Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Dari pemerhatian yang saya lakukan di Sekolah Jenis Kebangsaan (T)

Methodist Ipoh Perak. Saya telah mengenal pasti pelbagai jenis masalah yang
dihadapi oleh murid di sekolah ini, Di sini, saya berpeluang untuk memerhatikan
seorang murid yang mempunyai masalah tingkah laku. Nama murid tersebut ialah
Saravanan. Murid ini belajar di darjah 5 Mawar disekolah ini. Antara tingkah laku
bermasalah yang sering berlaku dan agak serius ialah masalah salah laku, iaitu
Saravanan tidak menyiapkan kerja rumah Matematik. Saravanan tidak langsung
mengambil perhatian ke atas kerja rumah pada setiap kali dia diberikan aktiviti
susulan. Untuk mengenal pasti punca masalah, saya telah mengajak Saravanan
untuk berbincang. Melalui sesi temu bual, saya akan cuba mengenal pasti dan
mencungkil masalah daripada Saravanan. Pada masa yang sama, saya juga
menggunakan kaedah pemerhatian, iaitu menyediakan rekod anekdot untuk
mengumpul maklumat tingkah laku murid tanpa bahasa.

Berdasarkan kepada laporan pemerhatian yang telah dibuat, saya telah


mengenal pasti bahawa punca–punca masalah ini adalah disebabkan oleh diri
murid, rakan sebaya keluarga dan kaedah serta bahan pengajaran yang tidak
sesuai. Saravanan tidak bertanggungjawab terhadap aktiviti pembelajaran dia dan
mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yang malas.

Selain daripada itu, Saravanan juga tiada dorongan untuk membuat kerja
rumah daripada ibu bapa dan rakan sebaya. Saravanan berpendapat bahawa
angka–angka yang dipelajari itu kurang relevan dengan kehidupan sehari–hari. Dia
mengalami kesukaran untuk memahami bagaimana topik-topik matematik digunakan
dan berguna dalam kehidupan seharian. Oleh itu, dia berasa bosan dan tidak
berminat untuk membuat latihan Matematik.

Banyak kesan yang akan dihadapi oleh guru dan murid sekiranya masalah ini
masih terus berlaku lagi di kelas. Pertama, kesan terhadap aktiviti pengajaran,
peruntukan masa serta penilaian guru akan terganggu dan terjejas seperti guru tidak
dapat menjalankan aktiviti pengajaran dengan baik, terpaksa memperuntukkan
banyak masa untuk menjalankan penyelesaian dan tidak dapat menerima maklum
balas murid melalui aktiviti susulan.
Kedua, kesan terhadap aktiviti pembelajaran dan tabiat murid, seperti tidak
mempunyai peluang mengaplikasikan dan mengukuhkan konsep atau kemahiran
yang baru mereka belajar serta mengamalkan sikap malas dan tidak
bertanggungjawab.

Pada pendapat saya, pujian dan kata–kata perangsang ialah satu jenis alat
rangsangan yang tidak terlazim. Warna juga boleh dijadikan sebagai alat
rangsangan yang tidak terlazim, seperti warna merah. Ia boleh merangsangkan
seseorang itu cepat merasa lapar dan ingin makan dengan banyak. Oleh sebab itu,
banyak kedai makan suka dicat dengan warna yang terang seperti merah, kuning
atau biru.

Untuk memberikan rangsangan kepada murid ini, saya telah menggunakan


teknik peneguhan positif, iaitu memberi motivasi dalam bentuk pujian dan kata–kata
perangsang untuk menyiapkan kerja rumah Matematik. Tetapi, penyelesaian ini tidak
berkesan dan kurang memuaskan, kerana motivasi yang diberikan oleh guru adalah
tidak dapat membangkitkan tingkah laku positif, iaitu menyiapkan kerja rumah
Matematik. Pemikiran murid tidak jauh dan kurang mementingkan masa depan
mereka. Selain daripada itu, golongan murid ini jarang mendapatkan dorongan untuk
menyiapkan kerja rumah daripada ibu bapa atau rakan sebaya.

Selepas itu, saya telah menggunakan teknik peneguhan negatif untuk


mengelakkan atau menghindari kepada murid tidak menyiapkan kerja rumah
Matematik. Walaupun peneguhan negatif diberi untuk membawa kesan yang tidak
menyeronokkan atau memalukan yang ingin dihindari oleh seseorang individu tetapi
sangat berkesan untuk menghadapi masalah murid, terutamanya golongan murid
yang berumur dalam lingkungan 7 hingga 12 tahun. Mereka lebih berasa takut
apabila guru mengambil tindakan untuk mendendanya. Pada pendapat saya,
merotan murid dengan cara yang betul merupakan satu penyelesaian yang sangat
berkesan, kerana ia dapat memberikan demonstrasi kepada murid dengan jelas dan
nyata, iaitu merotan murid itu di depan murid–murid lain apabila tidak menyiapkan
kerja rumah.

Dengan itu, saya telah membuat satu eksperimen pada murid–murid, iaitu
mana satu kumpulan yang telah kalah dalam kuiz matematik, mereka akan didenda
kehilangan lima minit masa rehat. Eksperimen ini telah berjaya menunjukkan
bahawa murid adalah lebih mengambil perhatian dan penumpuan terhadap
peneguhan negatif, kerana mereka takut menghadapi kesan–kesan peneguhan
negatif dan pula tidak mahu kehilangan layanan yang baik daripada guru. Oleh itu,
saya telah menahan murid yang tidak menyiapkan kerja rumah di dalam kelas untuk
menyiapkan kerja rumahnya semasa rehat ataupun selepas sekolah.

Selain daripada itu, saya juga membuat pengubahsuaian dalam pengurusan


strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, terutamanya menggunakan
kaedah dan teknik bermain dikaitkan dengan kaedah dan teknik mengajar seperti
penyelesaian masalah matematik. Saya juga menggunakan strategi pemusatan
bahan, seperti radio, gambar, model, benda konkrit, bahan bercetak, radas dan kad
jalur berpetak dalam proses pengajaraan dan pembelajaran.

Bahan pengajaran yang disediakan itu telah berjaya menarik minat murid
untuk membuat tugasan dan juga mudah difahami oleh setiap murid. Tujuannya
adalah untuk merangsangkan murid–murid supaya mereka dapat memberikan
tumpuan dan minat terhadap kerja rumah. Di samping itu, murid tidak akan berasa
bosan dan sebaliknya dia merasa sangat bangga sekiranya berjaya menyelesaikan
tugasan, iaitu latihan dalam buku kerja Matematik.

Pada pendapat saya, guru ialah seorang pelakon, dia mesti pandai
menonjolkan kebakatannya supaya terdapat banyak penonton suka akan
lakonannya. Manakala, murid ialah penonton dan dia akan menyaksikan pertunjukan
yang disembahkan oleh guru di dalam kelas. Oleh itu, guru mestilah pandai memilih
dan mengurus strategi yang sesuai untuk mencapai objektif jangka panjang sesuatu
pendekatan. Penyelesaian ini juga berkesan untuk menyelesaikan masalah murid
dengan baik.

Untuk memahami dan menyelesaikan masalah–masalah murid ini, saya telah


mengadakan perbincangan serta kolaborasi dengan guru matematik. Selain
daripada itu, saya juga cuba membuat pemerhatian dan kajian dengan sendiri, iaitu
mengkaji maklumat–maklumat murid melalui borang soal selidik dan rekod anekdot
yang telah disediakan untuk menyelesaikan masalah murid di dalam kelas ini.

You might also like