Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Kadar kemiskinan dikalangan rakyat merupakan salah satu cabaran yang perlu

diatasi oleh pihak kerajaan dalam membentuk sebuah negara yang maju bukan sahaja
dari sektor pembangunan infrastruktur negara tetapi juga mencapai kemajuan dari
sektor pembangunan kebajikan masyarakat. Permasalahan yang timbul pada masa kini
adalah kadar jurang kemiskinan yang tinggi di kalangan kaum yang berbeza yang
menjadi warganegara Malaysia iaitu tiga etnik utama di Malaysia iaitu etnik Bumiputera,
Cina dan India. Perbezaan jurang kemiskinan yang amat ketara ini boleh menyebabkan
perselisihan faham diantara ketiga-tiga etnik ini berlaku dan seterusnya mengancam
sistem keselamatan dalam negara Malaysia seperti Tragedi 13 Mei. Berikut merupakan
statistik Kadar Kemiskinan berdasarkan Kumpulan Etnik bagi Tahun 2004:

BUTIRAN KAUM
BUMIPUTERA CINA INDIA
Kemiskinan Tegar 1.9% 0.1% 0.3%
Bandar 0.7% neg¹ 0.2%
Luar Bandar 3.3% 0.3% 0.5%
Kemiskinan 8.3% 0.6% 2.9%
Bandar 4.1% 0.4% 2.4%
Luar Bandar 13.4% 0.3% 5.4%

Kemiskinan biasanya ditakrifkan secara relatif mengikut keadaan masyarakat di


sesebuah negara. Dua konsep kemiskinan yang biasa digunakan adalah kemiskinan
mutlak yang merupakan konsep dinamik dan kemiskinan relatif yang merupakan
konsep ketidaksamaan pendapatan. Pengukuran yang kerap digunakan bagi mengukur
kemiskinan mutlak adalah kadar kemiskinan yang merupakan peratus penduduk atau
isirumah yang berpendapatan di bawah garis kemiskinan. Kemiskinan mutlak
ditakrifkan sebagai satu keadaan di mana pendapatan kasar bulanan tidak mencukupi
untuk membeli keperluan minimum sesebuah isirumah yang diukur berdasarkan tahap
perbelanjaan minimum atau pendapatan garis kemiskinan (PGK). Kemiskinan relatif
pula ditakrifkan sebagai ketidaksamaan pendapatan antara kumpulan. Ianya diukur
dengan menggunakan nisbah perbezaan pendapatan kumpulan pendapatan, kumpulan
etnik dan penghuni bandar dan luar bandar

DASAR NEGARA MALAYSIA: DASAR EKONOMI BARU (DEB)


Melihat dari perspektif sejarah Malaysia, penjajahan British menggalakkan
perkembangan masyarakat secara 'plural' melalui amalan 'pecah' dan perintah. Pihak
British telah menggalakkan kedatangan tenaga buruh dari negara China dan India
untuk kepentingan ekonomi penjajah dalam sektor perlombongan bijih timah,
perdagangan dan perladangan. Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan
ekonomi telah menyebabkan pembahagian kelompok kaum mengikut sektor ekonomi.
Keadaan ini telah menyebabkan jurang perbezaan antara kaum, pembangunan bandar
dan luar bandar bertambah besar.

Selepas mencapai kemerdekaan, Rancangan Malaya 5 tahun telah


diperkenalkan. Rancangan Malaya Pertama, kedua dan Rancangan Malaysia Pertama
dirancang untuk menitikberatkan kepada segi pertumbuhan dan pembaharuan
ekonomi. Rancangan ini telah menunjukkan kelemahan dari segi strategi di mana corak
atau sistem semasa penjajahan masih berterusan. Ekoran itu, Dasar Ekonomi Baru
(DEB) dilancarkan didalam rancangan ini bagi merapatkan jurang kemiskinan diantara
kumpulan etnik. Ia merupakan Rancangan Pembangunan Ekonomi secara berperingkat
selama 20 tahun. (1979-1990). Objektif DEB ialah membasmi kemiskinan dan
penyusunan semula masyarakat. Antara strategi perlaksanaan DEB ialah Serampang
Dua Mata dengan membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan
memperbanyakkan peluang pekerjaan, mengadakan perkhidmatan sosial percuma atau
dibantu tanpa mengira kaum, menyusun semula masyarakat untuk akhirnya
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi dan pencapaian
matlamat DEB haruslah dalam kontek perkembangan ekonomi negara yang berterusan.

Bagi membasmi kemiskinan, pelbagai usaha telah dijalankan untuk


menyelesaikan masalah sosial ekonomi dan projek pembangunan telah dirangka
supaya mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang
menganggu, mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum antara
kawasan bandar dan luarbandar dan antara wilayah, mewujudkan kumpulan
perusahaan dan perdagangan bumiputera dan memodenkan kehidupan di luarbandar.
Selain daripada itu, kerajaan juga berhasrat supaya menjelang tahun 1990
pemilikan saham / ekonomi Malaysia akan melambangkan komposisi kepentingan
kaum di negara ini, di mana penyertaan Bumiputera sebanyak 30%, 40% bukan
Bumiputera dan 30% terdiri dari pelabur-pelabur luar negeri. Dalam mencapai matlamat
penyusunan semula Dasar Ekonomi Baru (DEB), beberapa strategi telah disusun
seperti meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui
proses memodenkan kawasan luar bandar, mengurangkan keadaan yang tidak
seimbang dalam struktur guna tenaga yang terdapat sekarang ini dengan cara yang
progresif dan menerusi pertumbuhan ekonomi seluruhnya supaya pada tahun 1990
kedudukan tenaga buruh mencerminkan bilangan kaum, membentuk sebuah
masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum
Bumiputera supaya dapat membentuk dan memiliki 30% ekonomi dalam tahun 1990
dan menubuhkan beberapa agensi saperti MARA, Bank Pembangunan, Bank
Bumiputera,Amanah Saham Nasional dan nemajukan negeri dan kawasan yang
dianggap mundur melalui pembangunan wilayah baru seperti DARA, KESEDAR,
KEJORA dan sebagainya.

Kesimpulannya, Dasar Ekonomi Baru (DEB) mempunyai matlamat untuk


perpaduan negara melalui proses pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula
masyarakat didalam konteks keselamatan negara yang kukuh. Segala program
pembangunan negara dan dasar kerajaan semasa yang diperkenalkan adalah
dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai tujuan-tujuan diatas. Usaha ini
memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih dari kerajaan dan kakitangannya, malah
ianya memerlukan perubahan sikap, tenaga dan pemikiran rakyat dari sektor swasta.

You might also like