Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Ucapan hari guru sklj

Bismillah……..
Alhamdulillah……
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Yang berusaha.
En. Che Lat bin Haji Salleh, Guru Besar SKLJ
En. Abdul Ghani NYDP
Tn Haji Azmi bin Sarid, Penolong Kanan Pentadbiran
Pn. Norani bin Haji Ahmad Hejas, Penolong Kanan HEM
Pn. Hajjah Zainah Ibrahim, Penolong kanan kokurikulum.
Guru-guru sklj
Dan yang di kasihi murid-murid sklj

1. Saya mengucapkan ribuan TERIMA KASIH KEPADA PIHAK SEKOLAH


kerana sudi menjemput saya untuk bersama-sama merayakan Hari Guru tahun ini.

2. “GURU PEMBINA NEGARA BANGSA – TERIMA KASIH CIKGU”, itulah


tema sambutan Hari Guru yang akan dirai pada hari ini oleh seluruh warga
pendidik di malaysia. Selamat hari guru saya ucapkan kepada semua warga
pendidik SKLJ.

3. saya selaku wakil ibubapa mengambil peluang ini untuk mengucapkan TERIMA
KASIH KEPADA GURU-GURU KERANA TELAH MENDIDIK ANAK-
ANAK tanpa mengira penat lelah., tidak pernah jemu dalam memberi pengajaran
dan nasihat, sentiasa sabar dalam menghadapi karenah murid-murid.

4. PIBG SEKOLAH SENTIASA MEMBERI SOKONGAN ATAS SEMUA


USAHA PIHAK SEKOLAH untuk memajukan dan meningkatkan
kecemerlangan murid-murid. Untuk makluman pihak sekolah, dalam usaha
membantu pihak sekolah, PIBG telah merancang beberapa aktiviti untuk
meningkatkan kecemerlangan murid. ANTARA PROJEK BESAR yang akan
diadakan pada tahun ini adalah program untuk menambah dana PIBG, program
motivasi khas pelajar dan waris dan program pra akil baligh untuk murid. Kami
ibu bapa amat yakin atas kemampuan dan kecemerlangan guru-guru SKLJ dalam
mendidik anak-anak kami.

5. kepada anak-anak, murid-murid, ingatlah KEJAYAAN ANDA TIDAK


BERERTI TANPA RESTU DARIPADA PARA GURU yang telah mengajar
anda semua daripada kecil hinggalah anda keluar daripada alam persekolahan.

6. Sempena tema tahun ini, ambillah kesempatan untuk MENGUCAPKAN


TERIMA KASIH KEPADA GURU-GURU ANDA SEBAGAI TANDA
PERHARGAAN MURID-MURID terhadap jasa dan pengorbanan guru.
7. Tema tahun ini telah MELETAKKAN HARAPAN YANG BESAR KEPADA
GURU UNTUK MEMBENTUK MURID-MURID SEBAGAI INSAN YANG
BERGUNA kepada Negara.

8. JASA DAN PENGORBANAN GURU AMATLAH BESAR DAN TIDAK


AKAN DAPAT DINILAI dengan wang ringgit dan harta benda. Anak-anak
sekelian, ingatlah, jangan sesekali menyakiti hati guru, hormatilah guru dan mulai
hari ini belajarlah bersungguh untuk mencapai kejayaan cemerlang.

9. GURU-GURU TIDAK MENGHARAPKAN BALASAN KEBENDAAN


daripada murid cukuplah sekadar kejayaan cemerlang murid sebagai satu
kebanggaan bagi guru-guru.

10. Akhir sekali, saya sekali mengucapkan selamat hari guru dan terima kasih atas
jemputan ini. Sekian Assalamualaikum dan salam sejahtera.

You might also like