Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

http://penyelidikanpendidikankomputer.blogspot.com/2010/07/kajian-kuantitatif-dan-kajian.

html

Apa itu kajian kuantitatif?

1. Definisi kajian kuantitatif: 

 Kajian kuantitatif merupakan satu kajian secara umumnya menggunakan


analisis statistik, ia lebih bersifat objektif dan berorientasikan kepada hasil.

 Merujuk kepada istilah "kuantiti" membawa erti berapa banyak atau


bilangannya. Kuantiti merujuk kepada bilangan yang diskrit, yang dinyatakan
dengan tepat.

 Berdasarkan kepada istilah kuantiti, penyelidikan kuantitatif dikaitkan dengan


data numerika dan ketepatan. Ia adalah berdasarkan kaedah penyelidikan
inkuiri positivis dimana penyelidikan dilakukan melalui kajian eksperimental
dan data numerika yang dipungut dianalisis dengan ujian statistik. Melalui
penyelidikan kuantitatif, masalah kajian dinyatakan dalam bentuk hipotesis..

2. Jenis-jenis kajian kuantitatif: 

 Kajian kuantitatif terbahagi kepada 2 jenis iaitu kajian intervensi dan kajian
non-intervensi. Bagi kajian intervensi, rekabentuk kajian yang sesuai adalah
kajian eksperimen, manakala kajian non-intervensi pula rekabentuk kajiannya
adalah kajian korelasi dan kajian tinjauan.

 Bagi rekabentuk kajian eksperimen (kajian intervensi), ia menerangkan sama


ada intervensi mempengaruhi hasil satu kumpulan berbanding kumpulan
yang satu lagi. Manakala bagi rekabentuk kajian korelasi pula ia meramal
perkaitan atau hubungan antara pemboleh ubah, dan bagi rekabentuk kajian
tinjauan pula menerangkan trenda bagi satu populasi.

3. Apa itu Kajian Kuantitatif?

 Istilah "kuantiti" membawa erti berapa banyak atau bilangannya. Kuantiti


merujuk kepada bilangan yang diskrit, yang dinyatakan dengan tepat.
http://penyelidikanpendidikankomputer.blogspot.com/2010/07/kajian-kuantitatif-dan-kajian.html

Berdasarkan kepada istilah kuantiti, penyelidikan kuantitatif dikaitkan dengan


data numerika dan ketepatan. Ia adalah berdasarkan kaedah penyelidikan
inkuiri positivis dimana penyelidikan dilakukan melalui kajian eksperimental
dan data numerika yang dipungut dianalisis dengan ujian statistik.
Melaluipenyelidikan kuantitatif, masalah kajian dinyatakan dalam bentuk
hipotesis..

 Menurut John W. Cresswell (2008), Kajian kuantitatif adalah jenis


penyelidikan pendidikan di mana pengkaji memutuskan apa yang hendak
dikaji, bertanya soalan yang khusus, mengecilkan skop soalan, mengumpul
data yang boleh dikuantitatifkan daripada peserta, menganalisa nombor-
nombor tersebut menggunakan statistik dan menjalankan inkuiri dalam bentuk
yang objektif dan tidak bias.

4. Ciri-ciri kajian kuantitatif adalah seperti berikut:

 Bersifat deskriptif atau penjelasan dari


 Spesifik dan sempit
 Boleh diukur atau diperhatikan
 Instrumen ditentukan
 Data berbentuk numerikal
 Penglibatan responden yang ramai
 Penilaian yang lebih objektif dan tidak bias

Bagi penggunaan rekabentuk kuantitatif, ia terbahagi kepada 2 iaitu kajian intervensi


dan kajian non-intervensi.

Bagi kajian intervensi, rekabentuk kajian yang terlibat dalah kajian eksperimen
dimana menerangkan sama ada intervensi mempengaruhi outcome satu kumpulan
berbanding kumpulan yang satu lagi.

Bagi kajian non-intervensi, rrekabentuk kajian yang terlibat adalah kajian korelasi
dan kajian tinjauan. Kajian korelasi digunakan untuk meramal perkaitan atau
hubungan antara pemboleh ubah manakala kajian tinjauan adalah kajian yang
http://penyelidikanpendidikankomputer.blogspot.com/2010/07/kajian-kuantitatif-dan-kajian.html

menerangkan trenda bagi satu populasi.

Sumber:

1) Penulis: John W. Creswell (3rd Edition, 2008)


Buku: Educational Research - Planning, Conducting, and Evaluating Quantitative
and Qualitative Research

2) Penulis: Chua Yan Piaw


Buku: Kaedah Penyelidikan (Kaedah dan Statistik Penyelidikan)

3) Penulis: Schostak, John F. (2002)


Buku: Understanding, designing, and conducting qualitative research in education:
framing the project. (halaman: 80)

You might also like