Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 26

http://teoripiaget.blogspot.

com/

Pertumbuhan Dan Perkembangan


Kognitif Manusia Daripada
Perspektif Teori Piaget

Myspace Codes: MyNiceSpace.com

Wednesday, April 18, 2007


LATAR BELAKANG JEAN PIAGET

Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9


Ogos 1896. Bapanya bernama Arthur Piaget, yang merupakan seorang Profesor
Sastera dalam bidang Sejarah dan ibunya pula bernama Rebecca Jackson. Jean
merupakan anak pertama yang suka berdikari dan berminat tentang ilmu alam.
Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 84 tahun, 1981.

Beliau memulakan kariernya sebagai penulis pada usia yang teramat muda iaitu
10 tahun. Selepas tamat sekolah menengah, Jean melanjutkan pelajaran ke
Universiti Nauchatel. Beliau mendapat PhD semasa berumur 22 tahun. Jean mula
meminati Psikologi apabila beliau terpilih menjadi pengarah makmal Psikologi di
Universiti Jeneva. Tidak lama kemudian, beliau dilantik sebagai ketua "Swiss
Society for Psychologist."

Dalam bidang Psikologi, Jean merupakan salah satu tokoh yang amat penting di
abad ke dua puluh. Latar belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan
kepada bidang psikologi setelah beliau bekerja dengan Binet bagi membentuk
ujian keceredasan mental. Semasa bekerja dengan Binet, Jean tidak berminat
untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi lebih
berminat untuk melihat pola-pola perlakuan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak
apabila mereka memberikan jawapan yang salah. Pada pandangan Jean, pola-
pola perlakuan ini boleh memberikan petunjuk bagi pengetahuan bagaimana
proses pembentukan pemikiran berkembang di kalangan kanak-kanak. Ekoran
daripada itu, teori yang beliau kemukakan adalah memfokuskan kepada
perkembangan kognitif kanak-kanak.

Soalan-soalan :

1. Di mana dan bilakah Jean Piaget dilahirkan?

a) Helsinki, Finland; 6 Ogos 1898


b) Nauchatel, Swizerland; 9 Ogos 1896
c) Rome, Italy; 3 February 1986
d) Gothenburg, Sweeden; 26 Disember 1888

2. Universiti yang pernah menjadi tempat Jean Piaget melanjutkan pelajaran


adalah :
a) University of Swizerland
b) Nauchatel University
c) United Nation University
d) Oxford University

3. Pada usia berapakah Jean Piaget menghembuskan nafas terakhir?

a) 82 tahun
b) 83 tahun
c) 84 tahun
d) 85 tahun
Posted by ba-e-yah at 11:12 PM 0 comments
Wednesday, February 28, 2007
PENGENALAN

Sebelum membicarakan tentang teori kognitif Jean Piaget, kita perlu terlebih
dahulu mengetahui beberapa konsep penting yang diutarakan oleh beliau.
Antara konsep-konsep penting tersebut adalah :
1. Skema
-Ia merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan
sesuatu
dengan cara tertentu.
-Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa
gerakan pantulan
yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang,
mencapai, merasa,
memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki.
-Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda yang
tidak
menyakitkan.
-Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak
menyakitkan seperti
contoh, jari ibu.
-Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindakbalas
dengan
persekitarannya.

2. Asimilasi
-Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi
dengan
skema yang sedia ada.
-Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatu
modifikasi skema
hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi.
-Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal.
Oleh itu, kanak-
kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada)
dan sekaligus
merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang
baru
baginya berkenaan "sebiji epal".
3. Akomodasi
-Merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan.
-Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan)
persekitaran
baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak.
-Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran.
-Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan
magnet akan
menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian
konsep terhadap
magnet itu.
4. Adaptasi
-Ia merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara akomodasi
dan asimilasi
untuk disesuaikan dengan persekitaran.
-Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai
kecenderungan sejadi
untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari dengan kehendak persekitaran.

Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu


dalam proses perkembangan yang dilalui. Menurut beliau lagi, perubahan
daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila
kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada
pengalaman yang relevan. Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut, kanak-
kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang
tinggi.

Oleh yang demikian, beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada


empat tahap yang mengikut turutan umur. Tahap-tahap perkembangan
tersebut ialah :
 Tahap Sensorimotor @ deria motor (dari lahir hingga 2 tahun)
 Tahap Praoperasi ( 2 hingga 7 tahun)
 Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 12 tahun)
 Tahap Operasi Formal (12 tahun hingga dewasa)

Soalan-soalan :

1. "merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi


dengan skema yang sedia ada". Hai ini menerangkan .........................

a) skema
b) asimilasi
c) akomodasi
d) adaptasi

2. Terdapat ............... tahap perkembangan kognitif yang diperkenalkan oleh


Jean Piaget.

a) 1
b) 2
c) 3
d) 4

3. Tahap sensori motor dikenali juga sebagai .......................

a) tahap praoperasi
b) tahap deria motor
c) tahap operasi konkrit
d) tahap operasi formal
Posted by ba-e-yah at 2:59 AM 0 comments
Wednesday, February 14, 2007
TAHAP SENSORIMOTOR (0-2 TAHUN)
Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan
persekitaran. Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa.
Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan
mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan untuk meniru
tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (observational
learning) (Mussen dan Kagan, 1974). Dalam perkembangan sensorimotor ini,
terdapat enam sub tahap yang dikategorikan dengan melihat perkembangan
kebolehan tertentu pada umur yang tertentu.

a) Dari lahir hingga satu bulan (refleks)

Bayi hanya mampu melakukan gerakan pantulan. Gerakan pantulan yang


diwujudkan lahir melalui tingkah laku pendengaran, penyusunan, gerakan tangan
(genggaman dan sebagainya), penyesuaian, pandangan, pergerakan mata dan
sebagainya. Gerakan ini belum dapat ditentukan perbezaannya. Sebahagian
besar daripada gerakan ini dilakukan ialah untuk keperluan tertentu atau hanya
sebagai gerakan pantulan sahaja.
b) Sebulan hingga empat bulan (reaksi asas sekular)

Peringkat pertama pencapaian untuk penyesuaian dan berlakunya reaksi sekular.


bayi mula mempunyai pengertian tentang bahagian badannya yang tertentu. Di
tahap ini pengalaman memainkan peranan yang penting untuk pembentukan
tingkah laku kanak-kanak. Pengalaman boleh didapati daripada perkembangan di
tahap pertama. dengan itu tingkah laku kanak-kanak pada tahap kedua ini sudah
bergantung kepada andaian sebab musabab yang tertentu untuk mewujudkan
sesuatu situasi baru. Pergerakan sistem sensori mula diselaraskan dengan sistem
pandangan dan gerakan tangan. bila mendengar sesuatu bunyi, bayi akan
menggerakkan kepala dan matanya ke arah punca sumber bunyi. Contohnya,
sekiranya bayi tersebut melakukan sesuatu tingkah laku yang ganjarannya akan
mendapat menyeronokkan atau menyenangkan, dia akan mengulangi tingkah
laku itu lagi.
<!--[if !vml]--><!--[endif]-->

c) Empat hingga lapan bulan (reaksi sekular kedua)


Di tahap ini bayi mempunyai persediaan untuk membuat pandangan da n
pemerhatian yang lebih. Kebanyakan tingkahlaku bayi dihasilkan daripada
sesuatu proses pem belajaran. Bayi telah dapat melakukan tingkah laku baru
seperti mengambil sesuat u barang lalu menggerakkannya. Di waktu ini, bayi
boleh membuat tanggapan ten tang objek dalam tangannya. Contohnya, bayi itu
sengaja memasukkan barang mainan ke dalam mulut dengan tujuan untuk
mengeta hui atau mengenali barang tersebut.

d) Lapan hingga dua belas bulan ( reaksi kordinasi)

Ia dikatakan sebagai masa pengukuhan di mana keadaan yang wujud


sebelumnya disesuaikan di antara satu sama lain. Pada tahap ini, perkembangan
mental bayi sudah dapat dikatakan sebagai sebagai berada di tahap
perkembangan daya kognitif dan kebolehan mental asas pada bayi. Bayi sudah
mengetahui sebab akibat sesuatu keadaan berlaku. Contohnya, apabila
menggoncangkan sesuatu alat mainan, ia akan berbunyi.

e) Dua belas bulan hingga lapan belas bulan (reaksi sekular ketiga)

Pada ketika ini, penemuan makna baru melalui pengalaman yang dilalui oleh bayi
berlaku secara aktif. hal ini, bayi memerlukan kecepatan untuk melahirkan
keseluruhan rangkaian tingkah laku apabila berada di dalam sesuatu situasi baru.
di tahap ini, bayi memperlihatkan kemajuan yang pesat berhubung dengan
pemahaman sesuatu konsep dan telah mempunyai konsep yang kukuh tentang
sesuatu objek. bayi juga mengalami proses cuba jaya tetapi dalam keadaan yang
mudah. Contohnya, kanak-kanak ini akan mencuba pelbagai bunyi dan tingkah
laku untuk mendapatkan perhatian.

f) Lapan belas bulan hingga dua tahun (penggambaran pemikiran awal)

Berlakunya kombinasi mental di mana kanak-kanak mula mempunyai keupayaan


untuk memahami aktiviti permainan dan fungsi simbolik. Pada ketika ini, kanak-
kanak dapat mengatasi masalah kaedah cuba jaya dan dapat membezakan jenis-
jenis tingkah laku peniruan yang diperhatikan. kanak-kanak juga telah
mengetahui tentang peranan jantina dan fungsi individu dalam rumahtangga.

soalan-soalan:

1. Dalam perkembangan deria motor, berapakah tahap yang didasarkan


pembahagian mengikut umur?

a. 2
b. 4
c. 6
d. 8

2. Pada umur yang berapakah bayi tersebut mula meniru sebarang pergerakan
yang dilihat?

a. 4-8 bulan
b. 8 bulan- 1 tahun
c. 1-1.5 tahun
d. 1.5- 2 tahun

3. Pernyataan manakah yang salah?

a. Pada umur 1-4 bulan, bayi mula bertindak balas dengan menggerakkan kepala
dan mata pada
sumber bayi.
b. Pada umur 8-12 bulan, bayi mengalami proses cuba jaya yang mudah.
c. Sejak lahir hingga 1 bulan, bayi masih tidak mampu melakukan gerakan.
d. Kanak-kanak belum berkeupayaan untuk memahami aktiviti permainan pada
umur 19 bulan.

4. Apakah yang berlaku pada kanak-kanak berumur 1 tahun 5 bulan?

a. berlakunya proses peniruan


b. mengalami proses cuba jaya yang mudah
c. hanya mampu melakukan genggaman
d. mula memahami fungsi individu dalam rumahtangga.

5. pada tahap deria motor apakah unsur-unsur yang ada?

i pemahaman tentang akibat dan ruang


ii dapat membuat keputusan
iii konsep tentang objek
iv kebolehan mengira
a. i, ii
b. ii, iii
c. iii, iv
d. i, iii

(jawapan:1. c, 2. b, 3. d, 4. b, 5. d)
Posted by lis_capri at 11:56 PM 0 comments
Monday, January 29, 2007
TAHAP PRAOPERASI ( 2-7 TAHUN )
Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah
penggunaan bahasa. Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan
simbol di dalam permainan, contohnya mengandaikan buku sebagai kereta
apabila ditolak di atas lantai. Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-
kanak masih lagi di tahap yang rendah berbanding dengan orang dewasa.
Contohnya, pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik di mana, di dunia ini,
keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka sahaja.

Piaget juga mengatakan bahawa proses perkembangan kognitif kanak-kanak


menjadi lebih sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku iaitu :
1. Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah
laku yang ketara seperti kebolehan mengira.
2. Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang
dikukuhkan dan digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku
yang stabil.
3. Hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan
sesuatu pengukuhan tingkah laku.

Selain itu, Piaget juga mengatakan bahawa operasi yang berlaku mesti
berasaskan pada tiga fenomena mental yang penting iaitu pengamatan, ingatan
dan bayangan. Pengamatan merupakan suatu proses di mana kanak-kanak
memberikan sepenuh perhatian terhadap sesuatu yang dilihat. Sementara,
ingatan pula ialah satu proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan
kembali memori mengenai peristiwa lalu. Manakala, bayangan merupakan satu
proses yang menyebabkan sensasi yang statik, selalunya pandangan dan
pendengaran yang dikumpulkan di bahagian mental.

Bagi tahap ini, Piaget telah bahagikan kepada dua sub tahap iaitu :
1. Tahap Pro-konseptual ( 2-4 tahun )
2. Tahap Pra-operasi ( 4-7 tahun )
Di tahap pra-konseptual, kanak-kanak belum lagi dapat membezakan dan
memahami dua atau lebih dimensi pada masa yang sama. Hal ini kerana, mereka
belum dapat menyusun penerangan yang ada dalam pemikiran.

Kecerdasan di tahap ini selalunya dihuraikan sebagai kaku, tegang,


ketidaksanggupan membuat kesimpulan dan tidak menumpukan perhatian
terhadap hubungan di antara peristiwa yang berbeza. Terdapat empat
kandungan utama proses kognitif dalam tahap ini iaitu 'egocentrism',
'konsep sebab-akibat', 'peningkatan perolehan bahasa' dan
'pembentukan identiti diri'.

Satu lagi kekurangan di tahap ini ialah dari segi prinsip ketekalan ; iaitu
pengetahuan bahawa kuantiti adalah tidak berhubung kait dengan susunan @
keadaan fizikal sesuatu objek. Kanak-kanak yang tidak memahami prinsip ini
tidak akan tahu bahawa jumlah, isipadu atau panjang sesuatu objek tidak akan
berubah apabila bentuk dan susunannya berubah.

Soalan- soalan :

1. Menurut Piaget, tahap praoperasional berlaku berasaskan 3 fenomena mental


berikut kecuali
a) persepsi
b) ingatan
c) bayangan
d) pengamatan

2. Kanak-kanak pada tahap praoperasi ......................

a) Boleh membezakan jumlah, isipadu atau panjang sesuatu objek apabila


diubah bentuk dan susunannya
b) Tidak boleh membezakan jumlah, isipadu atau panjang sesuatu objek apabila
diubah
bentuk dan susunannya
c) Memahami bahawa kuantiti adalah berhubung kait dengan susunan keadaan
fizikal sesuatu
objek
d) Mengatakan bahawa tanah liat yang tela diubah bentuk dari bulat ke
segiempat adalah
sama kuantitinya

3. Proses kognitif pada tahap praoperasi ialah :

a) pemikiran konkrit
b) egosentrik
c) operasi formal
d) pemikiran kritis
4. Perkembangan yang paling penting menurut Piaget pada tahap praoperasi
ialah ........................

5. Pemikiran ............................... merupakan pemikiran kanak-kanak yang


melihat dunia secara
keseluruhannya menurut perspektif mereka sendiri.

6. Pada tahap ..............................., kanak-kanak belum lagi boleh memahami


dua atau lebih
dimensi pada masa yang sama.
Posted by rezha at 11:50 PM 0 comments
TAHAP OPERASI KONKRIT (7-11 TAHUN)

Tahap ketiga Piaget dikenali sebagai tahap operasi konkrit iaitu berlaku semasa
kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi
berfikir secara egosentrik seperti yang berlaku pada tahap praoperasi. Perasaan
ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada tahap ini akan gemar bertanyakan
sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa.
Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula
menerima pendapat orang lain. Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan
bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan
mula memasuki zaman persekolahan.

Satu lagi perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sedikit demi sedikit sudah
mula memahami unsur-unsur pemikiran logik. Mereka faham akan konsep-
konsep nombor, berat, susunan dan padatan. mereka juga faham akan konsep
pengekalan sesuatu benda atau objek. Walaubagaimanapun, kanak-kanak pada
umur sebegini masih belum memahami atau menaakul tentang perkara-perkara
yang abstrak seperti konsep kenegaraan, ketuhanan, makna hidup dan
sebagainya. Mereka hanya memahami konsep-konsep yang konkrit atau objektif
seperti mengenali haiwan, tumbuhan dan sebagainya.

Dengan itu, Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak pada
tahap ini boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi tidak
boleh beroperasi ke atas operasi atau proses pemikirannya sendiri.

Soalan Objektif

1. Berdasarkan Teori Perkembangan Kognitif Piaget iaitu semasa berusia 7-11


tahun, kanak-kanak mengalami suatu tahap yang dinamakan ...........

a) Operasi Formal

b) Pra-Operasi

c) Operasi Konkrit

d) Operasi Motor

2. ``Keupayaan kanak-kanak memanipulasi konsep dan idea adalah terhad,


hanya memahami pada objek yang dapat dilihat sahaja. ``

Tahap manakah dalam Teori Perkembangan Kognitif Piaget yang sesuai untuk
menggambarkan penyataan di atas.

a) Deria Motor
b) Operasi Konkrit

c) Pra-Operasi

d) Operasi Formal

3. Inhelder dan Piaget (1958) menerangkan bahawa kanak-kanak di tahap


Operasi Konkrit;

a) Boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas sesuatu objek.

b) Boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas sesuatu yang abstrak.

c) Mampu memahami sepenuhnya perkara-perkara abstrak seperti konsep


ketuhanan.keadilan dan makna hidup.

d) Belum memahami konsep pengekalan dan unsur pemikiran logik.

Soalan Subjektif

Terangkan perkembangan dan konsep-konsep yang telah dapat difahami oleh


kanak-kanak pada tahap Operasi Konkrit.

Jawapan untuk soalan objektif

1. c, 2.b, 3.a

Posted by ain at 11:45 PM 0 comments


TAHAP OPERASI FORMAL (12 TAHUN - DEWASA)
Pada tahap ini Piaget menyatakan bahawa perkembangan kecerdasan kognitif
manusia telah sampai ke tahap maksima. Tahap ini melibatkan umur sebelas
hingga lima belas tahun. Pemikiran dan penghuraian pendapat individu pada
tahap ini dikatakan lebih baik dan nyata. mereka dikatakan mampu membuat
keputusan dan telah dapat membuat hipotesis melalui pemerhatian. Individu
telah mula mencari jalan untuk menyelesaikan masalah berdasarkan rasional dan
lebih bersifat sistematik.

Piaget menyatakan kaum remaja pada tahap ini didapati patuh dan berhati-hati
dengan pendapat dan pegangan. Mereka mula memikirkan tentang diri mereka
dan peranan mereka dalam masyarakat. Di samping itu, mereka telah membuat
perancangan berdasarkan pegangan dan pendapat yang difikirkan sesuatu
dengan nilai dan norma yang terdapat dalam masyarakat.

Pada tahap ini juga, pemikiran baru dihasilkan iaitu berbentuk abstrak, formal
dan logik. Walaupun pemikiran pada operasi tahap formal bermula semasa
zaman remaja, pemikiran sebegini kadangkala jarang digunakan (Burbulus &
Linn 1988)
Soalan -soalan :

1. Tahap operasi formal melibatkan peringkat umur............

a) 8-11 tahun
b) 11-15 tahun
c) 15-17 tahun

2. Operasi formal merupakan tahap perkembangan kognitif ................

a) permulaan
b) pertengahan
c) maksima

3. Mereka mula memikirkan tentang diri dan peranan mereka dalam masyarakat.
Tahap ini
dinamakan tahap ...........................

a) tahap perkembangan
b) tahap operasi formal
c) tahap operasi konkrit

4. Berikut merupakan ciri-ciri remaja pada tahap operasi formal


kecuali ........................
a) dapat membuat keputusan dan hipotesis melalui pemerhatian
b) patuh dan berhati-hati dengan pendapat dan pegangan
c) emosional dan memberontak

5. Apakah ciri-ciri individu yang berada pada tahap operasi formal?

a) tidak dapat memahami dua atau lebih dimensi


b) dapat menyelesaikan hal yang berhubung dengan "combinativity"
c) menyelesaikan masalah berdasarkan rasional dan lebih sistematik
Posted by kuCayang at 11:44 PM 0 comments
ISU-ISU BERKAITAN TEORI PIAGET

Teori Perkembangan Kognitif Piaget telah mendapat perhatian meluas dalam


bidang Psikologi sejak kajiannya dikemukakan. Kajian Piaget menerangkan
peringkat-peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak dan proses pemikiran
berasaskan perkembangan skema. Namun, teori dan kajiannya tetap menerima
kritikan teutama berkaitan kelemahan teori dan metodologi yang digunakan.

Dari segi kelemahan teori, pengkritik menyatakan bahawa teori Paiget tidak
mampu menerangkan struktur, proses dan fungsi kognitif dengan jelas. Ada
pengkritik yang mempertikaikan kebenaran wujudnya empat peringkat
perkembangan kognitif yang disarankan oleh Piaget (Gelman dan Baillargeon,
1983). Mereka menyatakan sekiranya kanak-kanak melalui setiap peringkat
perkembangan kognitif berasaskan set operasi yang khusus, maka apabila
kanak-kanak tersebut berjaya memahirkan set operasi tertentu, mereka
sepatutnya juga dapat menyelesaikan semua masalah yang memerlukan set
operasi yang sama.

Sebagai contoh, apabila kanak-kanak menunjukkan kemampuan pemuliharaan


iaitu yang terdapat pada tahap operasi konkrit, maka berdasarkan teori Piaget,
dia sepatutnya dapat menunjukkan kemampuan pemuliharaannya dalam angka
dan berat pada masa yang sama. Namun, dalam kajian yang dilakukan oleh
Klausmeier dan Sipple (1982) menunjukkan keadaan yang berbeza di mana
kanak-kanak sentiasa menunjukkan kemampuan pemuliharaan berat lebih lewat
daripada pemuliharaan angka. Keadaan ini adalah bercanggah dengan teori
Piaget.

Dari segi metodologi juga, pengkritik mempertikaikan kaedah klinikal yang


digunakan dalam kajian Piaget di mana kajian dengan kaedah klinikal sukar
untuk diulang. Oleh itu, kesahihannya adalah diragui. Pengkritik juga menuduh
Piaget membuat generalisasi daripada sampel-sampel yang saiznya terlalu kecil
dan tidak menepati piawaian.
Posted by ain at 11:43 PM 0 comments
Older Posts

Subscribe to: Posts (Atom)

skpx 2083 psikologi perkembangan


 falsafah fitrah kejadian manusia
 prenatal dan kelahiran
 bayi
 kanak-kanak awal
 kanak-kanak pertengahan dan akhir
 remaja
 dewasa awal
 dewasa pertengahan
 dewasa akhir
 kematian
 teori freud

links
 ukm
 psikologi perkembangan
 http://jamiahhm.blogspot.com
 GAYA KOGNITIF DAN GAYA BELAJAR
 Perbezaan gaya kognitif individu
 ameenbooks.com.my

Blog Archive
 ▼ 2007 (9)
o ▼ April (1)

 LATAR BELAKANG JEAN PIAGET


o ► February (2)

 PENGENALAN
 TAHAP SENSORIMOTOR (0-2 TAHUN)
o ► January (6)
 TAHAP PRAOPERASI ( 2-7 TAHUN )
 TAHAP OPERASI KONKRIT (7-11 TAHUN)
 TAHAP OPERASI FORMAL (12 TAHUN - DEWASA)
 ISU-ISU BERKAITAN TEORI PIAGET
 APLIKASI TEORI PIAGET
 Teori Kematangan Kognitif Piaget

About Us
 rezha
 ain
 lis_capri
 kuCayang
 ba-e-yah

KATA-KATA HIKMAH...
Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga
harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila
dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan –Saidina Ali bin Abi Talib-

Kerika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibuka. Tetapi seringkali
kita terpaku lama pada pintu tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang
dibukakan untuk kita.

Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.

Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang disekelilingmu tersenyum.


Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan
orang-orang disekelilingmu menangis.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan


untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua
mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya
menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan
telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang
untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...

RENUNGKAN LAH....
Kelebihan membaca Bismillah

1. Allah memerintahkan malaikat memcatat amal manusia yang membaca


bismillah sebanyak 400 kebaikkan.

2. Membaca 21 kali ketika hendak tidur akan aman daripada syaitan,


kecurian, maut mendadak dan bala.

3. Membaca 313 kali kali bismillah dan salawat atas nabi S.A.W 100 kali
pada hari ahad di saat matahari terbit dengan menghadap Qiblat, akan
mendapat rezeki yang tiada terduga.

4. Membaca 50 kali di hadapan orang zalim, akan tunduk atau takutlah


orang zalim itu.

10 Hukuman Bagi Orang Yang Banyak Ketawa

1. Mati hatinya.

2. Hilang air mukanya (malu dan kemuliaan).

3. Digemari syaitan akannya.

4. Dimurkai Allah.

5. Disoal padanya pada hari kiamat.

6. Dipalingkan oleh Nabi Muhammad s.a.w pada hari kiamat.

7. Dikutuk para malaikat.

8. Dibenci oleh semua penghuni langit dan bumi.

9. Lupa pada segala-galanya.

10. Terbuka aibnya pada hari kiamat.

ucapan kepada budak2 psikologi

You might also like