Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

SELAMAT DATANG KE

PULAU BORNEO MALAYSIA


MAIN MENU
Tempat Makanan
Pengenalan Perayaan
Menarik Tradisional

Nama negeri Sabah dikatakan berasal daripada perkataan ‘saba’ iaitu sejenis buah
pisang yang dipanggil pisang saba oleh masyarakat kaum Βajau, yang sangat popular
dibuat pisang goreng. Pisang saba ini juga dikenali sebagai pisang jaba oleh
segolongan masyarakat Bajau dari suku yang serumpun. Negeri ini disebut sebagai
Sabah kerana masyarakat di sekitar pantai barat negeri Sabah kebanyakannya
menanam pisang jenis ini sebagai bahan makanan.Asal usul nama Sabah juga
dikenali sebagai Seludang. Dalam bahasa Jawa seludang dinamakan sebagai Sabah
sebab itulah Negeri Sabah dikenali sebagai Seludang.
Tempat Makanan
Pengenalan Perayaan
Menarik Tradisional
• Sabah adalah sebuah negeri yang terletak di bahagian utara Kepulauan Borneo (lihat peta) dan
merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak.
Sabah juga dikenali sebagai 'Negeri Di Bawah Bayu' kerana kedudukan negeri tersebut yang
berada di bahagian luar dan selatan zon ribut. Sabah terdiri daripada 6 daerah pentadbiran
atau Bahagian, yang dahulu dikenali sebagai "Residensi" iaitu:

• Kudat
• Pantai Barat - Utara & Selatan
• Pedalaman
• Sandakan
• Tawau

Bandar-bandar utama di Sabah adalah Kota Kinabalu (ibu negeri), Keningau, Papar, Sipitang,
Tuaran, Penampang, Semporna, Lahad Datu, Sandakan dan Tawau. Penduduk Sabah terdiri
daripada masyarakat berbilang kaum, di mana kumpulan etnik terbesar adalah kaum
Kadazandusun (satu pertiga) dan diikuti oleh Bajau, Мurut, dan kaum-kaum minoriti lain.
Tempat Makanan
Pengenalan Perayaan
Menarik Tradisional

Gunung Kinabalu yang terletak di


Sabah merupakan puncak tertinggi
di Malaysia dan puncak tertinggi
Pulau Borneo yang ketinggiannya
mencecah 4,095 meter dari aras
laut. Gunung Kinabalu juga
merupakan gunung kelima
tertinggi di Asia Tenggara.
Tempat Makanan
Pengenalan Perayaan
Menarik Tradisional

Tanah Lembap Garama, Beaufort


Satu lagi destinasi ekopelancongan yang
unik untuk diterokai di Sabah
Ikuti pelayaran persiaran menaiki bot di
sepanjang Sungai Garama untuk melihat
sendiri monyet probosis yang berhidung
besar dan berperut yang buncit. Biasanya
dilihat dalam kelompok kecil yang
mengandungi seekor monyet jantan yang
berpengaruh dan empat atau lima ekor
monyet betina. Haiwan yang memakan
daun dan biji benih ini bergayut dari pokok
ke pokok dan mudah kelihatan semasa
siang atau sebelah petang. Haiwan ini
hanya boleh didapati di Pulau Borneo.
Tempat Makanan
Pengenalan Perayaan
Menarik Tradisional

Ambuyat dimakan menggunakan


candas (atau kayu penyepit) dan
dicelup dengan kuah ikan dan terus
dimakan bersama-sama dengan sayur
pucuk paku.
Sagu adalah makan ruji untuk kaum
Bisaya. Resipi ini adalah makanan
seimbang, kaya dengan karbohidrat
kompleks dan serat serta rendah
lemak dan garam.
Makanan ini baik dimakan sewaktu
masih panas
Tempat Makanan
Pengenalan Perayaan
Menarik Tradisional

Hinava atau Hinava Ginapan merupakan


salah satu hidangan tradisional istimewa di
Sabah. Ia merupakan hidangan yang
dihasilkan daripada isi ikan segar yang
dicampurkan dengan biji buah bambangan
yang telah diparut, cili merah, halia, bawang
merah , limau kapas dan garam. Isi ikan
tersebut tidak perlu dimasak kerana ia akan
masak dengan menggunakan perahan jus
limau samada menggunakan limau nipis
ataupun limau kasturi (menyerupai shushi).
Ikan yang biasa digunakan ialah ikan tenggiri
dan ikan yu. Selain itu isi sotong atau udang
juga boleh digunakan bagi penyediaan
Hinava ini.
Tempat Makanan
Pengenalan Perayaan
Menarik Tradisional

Pesta Kaamatan atau nama lain iaitu (Tadau


Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan
"Magavau" merupakan upacara perayaan khas
untuk menghormati "Bambazon" iaitu
semangat padi. Perayaan ini adalah amalan
secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun. Perayaan
"Magavau" ini biasanya diadakan selepas
selesai menuai padi. Tarian sumazau ditarikan
oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan
perempuan dengan memakai pakaian
tradisional mereka. Tarian ini dimainkan
dengan iringan paluan gong. Tarian ini
ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat
ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama
kipasan sayap burung, mengikut alunan
rentak yang dimainkan.
Makanan
Pengenalan Tempat Menarik Perayaan
Tradisional

Nama Sarawak berasal daripada nama Sungai Sarawak . Sungai Sarawak meliputi
kawasan yang digelar sebagai "Sarawak Prosper" menganjur dari Pedalaman Kuching
di Bau sehingga ke Samarahan. Sarawak ialah negeri yang terbesar antara 13 buah
negeri di Malaysia. Batang Rajang yang terdapat di Sarawak ialah sungai terpanjang di
Malaysia di samping Mulu yang terkenal sebagai sistem gua yang paling luas di dunia.
Hutan hujan tropika yang tertua dan yang kedua terbesar selepas Amazon
menjadikan Sarawak sebagai pusat biokepelbagaian. Negeri Sarawak terbahagi
kepada 11 bahagian pentadbiran yakni Kuching, Kota Samarahan, Sri Aman, Betong,
Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu, Mukah, Miri dan Limbang (lihat peta). Kuching ialah ibu
negeri dan pusat pentadbiran negeri. 
Makanan
Pengenalan Tempat Menarik Perayaan
Tradisional

Kampung budaya ini juga digelar 'Muzium Kehidupan' ditubuhkan bagi


memelihara dan mempamerkan warisan kebudayaan dan kesenian negeri Sarawak.
Muzium ini terletak di Pantai Damai, Santubong hanya 32km dari bandar Kuching
merupakan tempat yang terbaik untuk mengenali budaya dan cara hidup tempatan.
Perkampungan seluas 17 ekar ini mempunyai seramai 150 orang penduduk yang
mempamerkan aktiviti harian suku kaum negeri Sarawak seperti aktiviti memproses
sago dan menghasilkan kraftangan. Mereka memakai pakaian tradisional dan
mengadakan persembahan tarian tradisional untuk para pelawat . Penduduk
kampung ini menerangkan tentang cara hidup, kepelbagaian budaya mereka kepada
pelawat serta boleh melihat replika bangunan yang mewakilkan setiap suku kaum
pribumi utama yang ada di Sarawak; rumah panjang bagi orang Iban, Bidayuh dan
Orang Ulu, rumah tinggi Melanau dan rumah ladang orang Cina.
Makanan
Pengenalan Tempat Menarik Perayaan
Tradisional
Perkampungan ini juga mempunyai sebuah
pentas di mana pelawat boleh menyaksikan
persembahan tarian tradisional pelbagai
kaum, sebuah restoran dan kedai kraftangan.
Rumah panjang yang terdapat di sini
mempunyai deretan bilik-bilik yang
bersebelahan yang disambungkan dengan
sebuah ruang serambi yang panjang yang
digunakan untuk aktiviti-aktiviti seperti
mengukir kayu dan menganyam bakul.
Pelawat sering dijemput menghadiri majlis
pada waktu malam dan dihidangkan
minuman tuak yang diperbuat sendiri oleh
penduduk kaum Iban dengan menggunakan
beras.
Makanan
Pengenalan Tempat Menarik Perayaan
Tradisional

Taman Negara Bako ialah taman negara yang


tertua di Sarawak merangkumi kawasan seluas 27 km
persegi terletak kira-kira 37 km dari bandaraya Kuching.
Taman negara ini terkenal dengan persekitaran
semulajadi yang mempesona, habitat, tumbuh-
tumbuhan dan hidupan liar. Tarikan utama di sini ialah
teluknya yang terlindung serta tanjung berbatu dengan
tebing curam yang mengagumkan berhadapan dengan
Laut China Selatan. Ombak laut, air masin dan angin
kuat telah mengukir gerbang dan tiang batu semulajadi
di kaki tebing sehingga ada yang menerjah permukaan
laut bagaikan kepala naga. Pembentukan batu pasir di
tebing tampak kemerahan disebabkan kandungan besi
yang ada. Di pedalaman pula, air terjun mengalir ke
dalam takungan kolam air tawar diiringi ketenteraman
persekitaran hutan yang hijau segar.
Makanan
Pengenalan Tempat Menarik Perayaan
Tradisional

Manok Pansoh adalah makanan yang


paling biasa dalam kalangan penduduk
Sarawak. Ini adalah hidangan ayam yang
biasanya dimakan dengan nasi
putih. Ayam dipotong- potong dan
dimasukkan ke dalam buluh bersama-
sama dengan bahan lain seperti
cendawan, serai, bunga kantan dan daun
herba yang lain serta dimasak di atas api
menyerupai dengan cara lemang
dimasak. Manok Pansoh tidak dapat
dijumpai dengan mudah di semua
restoran dan kedai kopi.
Makanan
Pengenalan Tempat Menarik Perayaan
Tradisional

Kek Lapis Sarawak merupakan tradisi warga


Sarawak yang diwarisi secara turun temurun.
Untuk menghasilkan Kek Lapis Sarawak ia perlu
melalui proses manual yang amat teliti, rumit
dan memakan masa. Disebabkan itu, Kek Lapis
Sarawak dapat disimpan dengan lama.
Kesabaran dan kesenian tinggi akan
menghasilkan Kek Lapis Sarawak yang begitu
menarik dalam kepelbagaian corak, rasa dan
saiz. Kini Kek Lapis Sarawak mula dihidangakn
pada hari – hari perayaan  besar di Malaysia
seperti Aidilfitri, Tahun Baru Cina & Krismas,
turut menjadi pilihan di Majlis Pertunangan &
Perkahwinan.
Makanan
Pengenalan Tempat Menarik Perayaan
Tradisional

Gawai Dayak merupakan perayaan yang disambut di Sarawak oleh


kaum bumiputera Sarawak, terutamanya Iban dan Dayak.
Gawai Dayak mempunyai beberapa upacara yang dijalankan di bandar
dan rumah panjang. Persembahan pelbagai makanan dan tuan di
persembahkan kepada dewa padi untuk hasil yang baik. Penyair akan
membaca mentera yang khusus untuk upacara ini dan melumur
darah ayam jantan pada bahan persembahan. Selepas upacara ini, perayaan
Gawai Dayak akan bermula secara rasmi. Sebatang pokok yang dikenali sebagai
'ranyai' akan didirikan di tengah ruang dan dihiasi
dengan makanan dan minuman. Mereka juga akan melawat kaum keluarga dan
sahabat handai yang dikenali sebagai 'ngabang'. Pakaian tradisi akan
dikenakan, dan perhiasan manik orang ulu akan dikeluarkan untuk dipakai
pada hari itu. Perawan Iban pula akan mengenakan perhiasan perak tradisi.
Pesta Gawai Dayak ditutup berakhir dengan penurunan pokok ranyai tersebut.
Makanan
Pengenalan Tempat Menarik Perayaan
Tradisional
PETA SABAH
PETA SARAWAK

You might also like