Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

NOTA TATABAHASA (13/1/2011) Ayat Aktif

Aspek Menukarkan Ayat (i) Saya menendang bola itu


(ii) Kamu sudah menyimpan buku itu
(ASPEK SINTAKSIS DAN DITANYAKAN DALAM
SOALAN 3 (b) Ayat pasif

A.Menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif (i) Bola itu saya tendang
(ii) Buku itu sudah kamu simpan.
1. Apabila anda menukarkan ayat aktif kepada
ayat pasif,anda harus ingat bahawa ayat aktif 6. Dalam ayat pasif (i) di atas,subjeknya ialah
yang predikatnya terdiri daripada frasa kerja Bola itu manakala predikatnya pula ialah saya
transitif (kata kerja transitif +objek) sahaja tendang.Dalam ayat pasif (ii),buku itu ialah
yang dapat ditukarkan. subjeknya manakala sudah kamu simpan pula
ialah pedikatnya.
2. Dalam hal ini semua objek dalam frasa kerja
transitif akan menjadi subjek dalam ayat pasif. 7.Predikat saya tendang dan sudah kamu
simpan ialah unsur terikat dan oleh itu tidak
Contohnya
boleh diselitkan kata-kata lain di antara ayat
Ayat Aktif kata ganti diri dengan kata kerja pasif yang
tidak berimbuhan me-itu.
Hazrin sedang mengelap tingkap
8.Perhatikan contoh ayat aktif dan ayat pasif
Ayat Pasif di bawah ini.

Tingkap itu sedang dilap oleh Hazrin Ayat aktif

3. Berdasarkan ayat pasif di atas,subjeknya (i) Saya sudah menyidai baju itu.
Tingkap itu manakala predikatnya pula ialah (ii) Kamu telah menjelaskan yuran
sedang dilap oleh Hazrin. tersebut

4. Jadi.kata kerja transitif dalam ayat aktif Ayat pasif


yang berawalan me-akan diubah menjadi di-
sekiranya subjek asal bagi ayat aktif itu ialah (i)*Baju itu saya sudah sidai.(salah)
pelaku diri ketiga.Kata sendi oleh dalam Baju itu sudah saya sidai.(betul)
predikat ayat bukan unsur wajib dan boleh
digugurkan. (ii) *Yuran tersebut kamu telah
jelaskan.(salah)
5.Namun begitu,sekiranya subjek asal bagi Yuran tersebut telah kamu
ayat aktif itu terdiri daripada kata ganti diri jelaskan.(betul)
pertama ( pelaku diri pertama) atau
kedua(pelaku diri kedua),awalan me- bagi
kata kerja transitif mesti dihilangkan.

Contohnya:
LATIHAN TATABAHASA

Tukarkan ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa mngubah maksud asalnya.

1. Saya telah menyerahkan laporan itu kepada pihak pengurusan.


2. Anda mesti menjelaskan yuran tersebut secepat mungkin.
3. Mereka ingin menyertai pertandingan nyanyian solo pada minggu depan.
4. Kita akan memikul tugas memelihara keamanan Negara bersama-sama.
5. Kerajaan melancarkan program rukun tetangga.
6. Mereka telah membina sebuah taman permainan secara gotong-royong pada minggu lepas.
7. Saya telah menyelimutkan budak yang kesejukan itu dengan kain.
8. Semua pihak telah menyetujui cadangan encik Halim itu.
9. Pustakawan di perpustakaan universiti Industri Selangor itu sedang mengelaskan buku kepada
beberapa kategori.
10. Puan Hasnah menghantar anak lelakinya ke sekolah berasrama.

RENUNGAN

BIARLAH ANDA CUKUP SIBUK DENGAN USAHA MEMPERBAIKI DIRI SEHINGGA HANYA
MEMPUNYAI SEDIKIT MASA UNTUK MENGKRITIK ORANG LAIN.~~~H.JACKSON BROWN

JIKA KITA TERUS MENERUS DISUDUKAN MAKANAN KE MULUT,AKHIRNYA KITA TIDAK


BELAJAR APA-APA SELAIN DARIPADA BENTUK SUDU~~~E.M. FOSTER

You might also like