Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Hasil Dapatan Lawatan Tidak Rasmi ke Bilik Kaunseling ke Sekolah

Kebangsaan Sembulan

Kaedah: Temu bual

1. Hasil daripada temu bual yang telah kami lakukan bersama guru kaunseling
siding petang Puan Rahmah Jamawi, kami mendapati bahawa memang pihak
sekolah ini sedar bahawa terdapat 8 bidang kaunseling. Namun begitu
hanya dua bidang yang telah dipilih untuk dijadikan aktiviti wajib dilaksanakan
setiap tahun. Manakala bidang- bidang yang turut dilaksanakan tetapi menjadi
aktiviti optional. Aktiviti yang wajib dilaksanakan di sekolah ini setiap tahun
ialah:
a. Kepimpinan ibu bapa dibawah bidang keibubapaan.
b. Gangguan seksual dibawah bidang .............

Aktiviti yang menjadi optional ialah:

a. Motivasi
b. PINTAR
c. Anti-Dadah
d. Kitar Semula
e. Kursus Kepimpinan Pengawas
2. Contoh program yang baru diaksanakan di sekolah ini ialah Program Minggu
Ilmuku Tatang, Sahsiahku Gemilang dimana program ini bertujuan untuk
menambahkan minat dan meningkatkan semangat murid- murid sekolah ini
dalam bidang akademik disamping menerapkan aspek sahsiah yang baik.
3. Selain, daripada melaksanakan program- program seperti yang telah
dilaksanakan, antara fungsi lain yang dijalankan oleh bahagian bimbingan
dan kaunseling di sekolah ini ialah dengan mewujudkan badan Tunas Rakan
Sebaya yang dikenali sebagai Pembimbing Rakan Sebaya jika di sekolah
menengah.
4. Setelah melihat keadaan bilik kaunseling di sekolah ini, kami mendapati
bahawa terdapat sebuah bilik untuk melaksanakan perkhidmatan kaunseling
individu dan juga bilik untuk menjalankan perkhidmatan kaunseling
kelompok.
5. Bilik- bilik ini bukan sahaja diwujudkan untuk sekadar ada sahaja, akan tetapi
ianya telah digunakan untuk tujuan yang menepati tujuan asal kewujudan bilik
ini. Hal ini adalah berdasarkan temu bual yang kami buat bersama dengan
Puan Rahmah.
6. Seperti di sekolah- sekolah lain, sekolah ini tidak lari daripada murid yang
mengalami masalah- masalah seperi tidak hadir ke sekolah, tidak buat
kerja rumah, pengambilan syabu, rokok, dan juga masalah perceraian
keluarga.
7. Selain daripada memberikan perkhidmatan kaunseling kepada murid- murid,
sekolah ini juga pernah memberikan khidmat kaunseling kepada seorang ibu.

8. Sebuah kes dimana seorang murid perempuan telah dirogol oleh ayahnya
sendiri. Setelah disiasat, punca kes ini ialah hasil daripada perceraian ibu dan
bapa murid ini. Murid ini kemudian diletakkan dibawah jagaan ayahnya.
Semasa inilah ayahnya melakukan perbuatan keji ini. Kemudian ibunya
mengetahui apa yang telah berlaku dan membuat laoran polis dan akhirnya
hak penjagaan diberikan kepada ibu. Kemudian ibu membawa murid pindah
ke sekolah ini. Apa yang menyebabkan guru di sini terpanggil untuk
memberikan kaunseling kepada ibu bukanlah mengenai masalah yang
dihadapi murid ini, tetapi mengenai sikap ibu yang mengambil kesempatan
dengan meminta simpati daripada orang ramai untuk mendapatkan bantuan
kewangan.

9. Prosedur melaksanakan bimbingan dan kaunseling:

a. Hasil kenal pasti daripada guru- guru biasa ataupun guru kelas.
b. Cadangan daripada guru- guru biasa ataupun guru kelas.
c. Murid isi borang temu janji bersama guru kaunseling.
d. Memandangkan guru kaunseling juga mengajar subjek lain, maka
masa yang dipilih haruslah tidak berlanggar dengan masa mengajar
guru kaunseling.
e. Sesi perjumpaan tidak semestinya dilaksanakan 3 kali atau lebih. Hal
ini kerana guru di sini melihat kepada perkembangan dan perubahan
tingkah laku murid di dalam kelas. Sekiranya tidak terdapat perubahan,
maka murid itu akan dipanggil untuk sesi kedua.
f. Guru turut menyatakan Etika Kerahsiaan kepada murid sebelum sesi
kaunseling dijalankan. Etika ini dilaksanakan secara lisan sahaja dan
tidak dalam hitam putih.
g. Untuk Kaunseling Kelompok pula, guru di sini hanya melaksanakan
kaunseling ini dalam kumpulan 8 hingga 10 orang. Antara system yang
digunakan oleh guru dalam kelompok ini ialah system buddy dan juga
memberikan motivasi kepada murid.
10. Sekolah ini telah memenangi Anugerah Pengurusan Bilik Kaunseling
Terbaik Seluruh Sabah sebanyak 6 tahun berturut- turut dari tahun 2002
sehingga 2008. Malah menerima lawatan dan menjadi rujukan kepada
sekolah- sekolah lain. Tambahan pula, sekolah ini turut dilawat oleh
sekumpulan guru daripada Brunei untuk melihat pengurusan bilik kaunseling
sekolah ini.

You might also like