Konsep Kepelbagaian Latar Belakang

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

MBE 1023 : PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV 1

KEPELBAGAIAN LATAR BELAKANG PELAJAR

ISI KANDUNGAN

1. KONSEP KEPELBAGAIAN LATAR BELAKANG 2


 JANTINA 3
 KAUM DAN ETNIK 4
 BUDAYA 5
 GAYA PEMBELAJARAN 6
 SOSIO-EKONOMI 8

2. PENDIDIKAN MULTI BUDAYA 9


 PENDIDIKAN MULTI BUDAYA DI MALAYSIA 12
 CIRI-CIRI DAN PELAKSANAAN SEKOLAH WAWASAN 13

3. IMPLIKASI KEPELBAGAIAN LATAR BELAKANG TERHADAP 16

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

4. KESIMPULAN 18

5. BIBLIOGRAFI 19
MBE 1023 : PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV 2
KEPELBAGAIAN LATAR BELAKANG PELAJAR

KONSEP KEPELBAGAIAN LATAR BELAKANG

Malaysia merupakan sebuah Negara yang berbilang kaum dan bangsa. Secara
tidak langsung, masyarakat Negara ini telah diperkenalkan kepada budaya, bahasa,
dan pemakaian yang tersendiri pada waktu dan masa-masa tertentu. Negara Malaysia
terdiri daripada pelbagai kaum yang membentuk komuniti masyarakat kecil yang
mempunyai identiti tersendiri. Komposisi penduduk Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai kaum dan etnik di semanjung, Sabah dan Sarawak menyebabkan wujudnya
kepelbagaian latar belakang pelajar dalam sistem pendidikan Negara. Kepelbagaian
latar belakang ini membuatkan masyarakat Malaysia semakin bersatupadu dan
semakin memahami kebudayaan dan fahaman bangsa-bangsa lain.

Konsep ‘1 Malaysia’ yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang


ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak bertujuan untuk memperkenalkan idea satu bangsa
tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. 1 malaysia bertujuan
untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan anatra pelbagai kaum di Malaysia
dan mewujudkan semangat kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar. Dari
aspek pendidikan, konsep ‘1 Malaysia’ ini berfungsi untuk mengurangkan juarang
perbezaan antara bandar, luar bandar dan kumpulan etnik agak mereka mempunyai
hak untuk mendapat bantuan kerajaan berbanding anak-anak dari golongan berada
yang sudah tentu mempunyai peluang pendidikan yang terbaik.

Dalam konteks pendidikan di Malaysia, konsep kepelbagaian latar belakang


pelajar ini adalah perkara asas dalam pembentukan pusat pembelajaran dan
perkembangan pelajar. Kepelbagaian latar belakang pelajar ini merangkumi aspek
jantina, kaum, budaya, gaya pembelajaran, status sosio-ekonomi, sosio-politik & sosio-
budaya. Menurut Khairul Yusri, 2007, perbezaan individu bermaksud variasi atau
ketidaksamaan individu daripada norma kumpulannya sama ada dari segi sifat kognitif,
emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat dan aspek – aspek lain yang
mungkin terdapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan.
MBE 1023 : PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV 3
KEPELBAGAIAN LATAR BELAKANG PELAJAR

 Setiap pelajar mempunyai budaya, latar belakang keluarga, dan tahap


sosioekonomi yang berbeza-beza yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada
pembelajaran mereka. Dalam konteks kepelbagaian ini, pertumbuhan dan
perkembangan seseorang pelajar itu mempunyai kesan yang sangat kuat dalam
menyusuri arus pembelajaran mereka. Ia juga adalah satu imapak yang sangat penting
kepada pelajar untuk mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di
sekolah. Konsep kepelbagaian latar belakang pelajar ini boleh dikaji dari aspek jantina,
kaum dan etnik, bugaya, gaya pembelajaran dan sosio-ekonomi.

JANTINA

Umumnya, jantina manusia terbahagi kepada dua, iaitu lelaki dan perempuan.
Peranan jantina pelajar memberi pengaruh yang besar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Menurut Sigmund Freud, pandangan corak peranan lelaki dan
perempuan berkaitan dengan Oedipus kompleks. Oedipus kompleks ialah kanak-kanak
lelaki yang inginkan kasih sayang ibunya, namun mencemburui bapanya. Masalah ini
menyebabkan kanak-kanak menghadapi isu mencari identiti peranan jantina apabila
dewasa. Eric Erikson mangatakan remaja menghadapi krisis identiti dalam mencari
peranan jantina sebenar. Kesilapan dalam membentuk dan mendidik remaja akan
menyebabkan wujudnya sifat negatif dalam diri mereka dan ianya akan terus menjadi
salah satu sifat dalam personaliti mereka.

Secara umumnya, lelaki lebih baik dalam menyelesaikan tugasan matematik dan
sains, sedangkan perempuan lebih cenderung ke arah kefasihan bercakap dan
berbahasa. Hal ini menyebabkan pelajar lelaki boleh bertindak sebagai pemimpin
manakala pelajar perempuan lebih cenderung kepada kesusasteraan dan kesenian.
Namun, keadaan boleh berlaku sebaliknya, perempuan belajar mengira pada peringkat
umur lebih awal berbanding lelaki. Perbezaan jantina ini bukan sahaja ketara di seolah
rendah, malah semakin ketara di sekolah menengah.
MBE 1023 : PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV 4
KEPELBAGAIAN LATAR BELAKANG PELAJAR

Lelaki dan perempuan memiliki minat yang berbeza dan memilih alat permainan
yang berbeza. Kebiasaannya, perempuan lebih suka bermain anak patung dan lelaki
suak bermain permainan yang lasak. Begitu juga dari aspek pencapaian. Perempuan
lebih menonjolkan pencapaian gred yang terbaik di peringkat awal persekolahan tetapi
ianya berlaianan apabila di peringkat sekolah menengah. Pelajar lelaki melakukan yang
terbaik dalam subjek yang mereka minati dan teruk dalam subjek yang tidak digemari.
Manakala, pelajar perempuan hanyalah mendapat keputusan yang biasa dalam semua
matapelajaran.

KAUM DAN ETNIK

Mengikut Kamus Pelajar bahasa Malaysia, Cetakan ke-sembilan 1993, kaum


bermaksud golongan orang sebagai sebahagian daripada satu bangsa yang besar yang
dikenali berdasarkan ciri-ciri seperti warna kulit dan rambut. Etnik pul berasal daripada
perkataan Greek,’ethnos’ yang membawa maksud kumpulan manusia atau bangsa
yang mempunyai ciri-ciri seperti kewarganegaraan, budaya dan bahasa yang sama.
Bangsa pula bermaksud kumpulan manusia yang sama asal usulnya serta sifat-sifat
seperti bangsa melayu.

Kaum atau etnik merujuk kepada pengenalan diri seseorang ke dalam kumpulan
yang mempunyai latar belakang keturunan nenek moyang yang sama. Mereka
mempunyai kesamaan dari segi sejarah, Negara asal, bahasa, tradisi, budaya, stuktur
dan sistem nilai. Perasaan kekitaan ke dalam kumpulan kaum atau etnik berkembang
menerusi hubungan kekeluargaan, kejiranan dan rakan-rakan yang berkongsi ciri-ciri
kehidupan yang akrab. Kumpulan kaum atau etnik sememangnya membantu
mengekalkan talian kumpulan dan mengukuhkan kumpulan etnik mereka. Kaum di
Malaysia terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India, serta Sabah dan Sarawak.
MBE 1023 : PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV 5
KEPELBAGAIAN LATAR BELAKANG PELAJAR

BUDAYA

Budaya merujuk kepada ciri-ciri atau hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh
sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya (Amir Hasan Dawi, 2002). Tylor
(1871) mengatakan bahawa buyada adalah keseluruhan yang kompleks yang
mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat
dan sebarang bentuk keupayaan yang diperolehi oleh seseorang sebagai ahli
masyarakat. Bagi tokoh kontemporari Bourdieu, budaya adalah proses sosial di mana
budaya dan struktur sosial adalah saling berkaitan. Budaya merupakan apa yang
terkandung dalam diri individu hasil daripada pengalaman interaksi sosial dengan
masyarakat sekeliling.

Masyarakat Melayu merupakan kaum terbesar di Malaysia dengan mencapai


60% daripada populasi masyarakat Malaysia. Masyarakat Melayu adalah beragama
islam, berbahasa melayu dan amat sinonim dengan politik Negara. Kaum kedua
terbesar ialah kaum Cina yang mewakili 25% masyarakat di Malaysia. Kebanyakan
kaum Cina berkepercayaan Buddha, Taoisme atau Kristian, berbahasa Mandarin,
Hokkien, Hakka, Kantonis atau Teochew dan lebih dominan dalam bidang ekonomi.
Kaum India membentuk 7% hingga 10% daripada populasi masyarakat Malaysia.
Kebanyakan mereka beragama Hindu dan Kristian, berbahasa Tamil, Malayam dan
Hindu dan menerokai bidang perguaman.

Budaya di sekolah merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat. Di


seolah, kanak-kanak dididik untuk berbudaya sebagaimana yang dikehendaki oleh
masyarakat. Pelajar-pelajar sejak mula masuk ke sekolah terus didedahkan kepada
norma, nilai, simbol dan bahasa yang akan mencorakkan masa depan mereka.
Pendidikan nilai amat diutamakan untuk menerapkan niali-nilai material dan bukan
material di kalangan pelajar dan mengelakkan berlakunya penyelewengan budaya.
MBE 1023 : PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV 6
KEPELBAGAIAN LATAR BELAKANG PELAJAR

GAYA PEMBELAJARAN

Gaya pembelajaran merupakan satu set ciri-ciri peribadi yang mempengaruhi


bagaimana seorang menerima, mengumpul dan memproses maklumat. Jenis gaya
pembelajaran berkaitan dengan pengalaman, nilai yang dipegang dan pendedahan
pendidikan sewaktu membesar. Menurut Robert M. Gagne, (1970), pembelajaran
sebagai perubahan tingakah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan &
tidak termasuk perubahan yang disebabkan oleh proses pertumbuhan.

Pada asasnya, terdapat tiga gaya pembelajaran iaitu Visual, Auditori dan
Kenestatik atau lebih dikenali sebagai gaya pembelajaran VAK. Pelajar yang tergolong
dalam golongan visual merupakan pelajar yang suka belajar dengan melihat huruf atau
perkataan, benda, gambar atau gambarajah, demonstrasi tindakan dan lakonan. Bagi
pelajar daripada golongan audio, mereka lebih suka mendengar atau bercakap seperti
mendengar cerita, penerangan, syarahan, huraian oleh guru atau pelajar lain,
menerangkan, berbual, member pendapat, bercerita atau menghuraikan. Golongan
kinestatik merupakan golongan pelajar yang suka belajar dengan membuat atau
melakukan sesuatu seperti menulis atau melukis, membuat latihan, kerja amali,
eksperimen, lakonan, simulasi dan projek.

Myers-Briggs Type Indicator (MBTI) dicipta oleh Katherina Briggs dan Isabel
Myers untuk mengukur pilihan-pilihan psikologi dalam bagaimana orang ramai melihat
dunia dan membuat keputusan. Menurut MBTI, kanak-kanak yang diasuh dengan
penuh demoktari dan penuh kebebasanakan menunjukkan dengan jelas ciri-ciri
ekstrovert. Terdapat empat kategori dalam mengelaskan pelajar mengikut MBTI iaitu
eksrtovert vs introvert, deria vs gerak hati, pemikiran vs perasaan serta mengadili vs
mengamati.

1. Eksrtovert vs Introvert
Ekstrovert merujuk kepada individu yang berkeinginan mencuba semua perkara
terutamanya yang berkaitan dengan sesuatu yang berada di luar dirinya. Mereka
mudah menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran dengan cepat,
MBE 1023 : PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV 7
KEPELBAGAIAN LATAR BELAKANG PELAJAR

peramah, mudah berinteraksi, bebas dari perasaan bimbang dan berminat


dengan pelbagai sukan. Introvert merupakan individu yang lebih memfokuskan
dalam diri sendiri. Mereka tidak gemar aktiviti sosial yang melibatkan hubungan
interpersonal. Golongan ini bersikap pasif, sensatif dan pemalu serta mempunyai
ikatan persahabatan yang berpanjangan walaupun tidak mempunyai ramai
kawan.

2. Deria vs Gerak Hati


Deria ialah kumpulan individu yang bersifat praktikal, menumpu segala bentuk
fakta-fakta yang sedia ada dan menjalankan tugas secara terperinci. Gerak hati
pula merupakan sekumpulan individu yang menitikberatkan kepada sesuatu
pengertian dan kemungkinan.

3. Pemikiran vs Perasaan
Individu yang tergolong dalam golongan pemikiran merupakan seseorang yang
cenderung untuk mengambil keputusan yang berasaskan logik dan mengikut
prosedur. Manakala individu yang tergolong dalam golongan perasaan pula
merupakan seorang yang cenderung membuat keputusan berdasarkan
pertimbangan yang bersifat peribadi dan berkemanusiaan.

4. Mengadili vs Mengamati
Mengadili menerangkan seseorang yang berperibadi tetap, patuh dan mengikut
peraturan tertentu, gemar mengambil keputusan atau kesimpulan walaupun data
atau maklumat tidak lengkap. Golongan mengamati ialah seseorang yang
sentiasa berubah mengikut persekitaran. Mereka sentiasa berusaha untuk
melengkapkan maklumat-maklumat yang telah diperolehi.
MBE 1023 : PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV 8
KEPELBAGAIAN LATAR BELAKANG PELAJAR

SOSIO-EKONOMI

Sharifah Alwiah Alsagoff, (1985) menyatakan bahawa taraf atau status


dipangkatkan mengikut ukuran-ukuran pencapaian pendidikan, pelajaran, kemahiran,
pendapatan, kelas sosial, kedudukan politik, asal usul ras dan etnik serta faktor-faktor
lain yang berkaitan. Ahli sosiologi mendefinisikan status sosio-ekonomi sebagai
pendapatan seseorang, pekerjaan, pendidikan dan pangkat seseorang dalam komuniti.
Status sosio-ekonomi adalah disebabkan keturunan, kemiskinan dan pendidikan yang
diterima seseorang. Status sosio-ekonomi tidak berkait dengan perbezaan kaum,
budaya dan etnik (Robert E. Slavin, 1997). Status sosio-skonomi amat berkait rapat
dengn kelas ekonomi yang kebiasaannya dinilai menerusi perbezaan pekerjaan, kelas
sosial dan tempat tinggal.

Masyarakat selalunya membuat rumusan bahawa mereka yang mempunyai


pendapatan pekerjaan yang tinggi, berada di peringkat teratas dalam kelas sosial dan
tinggal di kawasan bandar merupakan golongan yang mempunyai taraf sosio-ekonomi
yang terbaik dan amat berbeza dengan golongan yang berpendapatan rendah dan
tinggal di kawasan luar bandar. Pemikiran masyarakat setempat yang masih lagi di
takuk yang lama menyebabkan mereka merasa rendah diri apabila dikelilingi oleh
golongan yangmempunyai status sosio-ekonomi yang tinngi.
MBE 1023 : PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV 9
KEPELBAGAIAN LATAR BELAKANG PELAJAR

PENDIDIKAN MULTIBUDAYA

Multibudaya adalah satu perkataan yang paling sesuai dan tepat untuk
menggambarkan kehidupan masyarakat di Malaysia yang berbilang budaya. Malaysia
merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dan bangsa dan secara tidak langsung
masyarakat di negara ini telah diperkenalkan kepada budaya, bahasa dan pemakaian
yang berlainan di antara satu sama lain. Ciri-ciri kebudayaan ini adalah seperti bahasa,
agama, makanan kebiasaan, agama dianuti dan sebagainya.

Sebagai contoh, kaum terbesar di Malaysia iaitu kaum melayu menuturkan


Bahasa Melayu dan menjadikan agama Islam sebagai pegangan hidup. Manakala
kaum India pula menjadikan Bahasa Tamil sebagai bahasa ibunda mereka dan
pegangan hidup mereka pula adalah agama Hindu. Perbezaan agama dan budaya
yang mewarnai rakyat di negara ini tidak boleh dijadikan alasan untuk kita tidak duduk
sana di sekolah atau di tempat kerja mahupun di tempat makan.

Pendidikan Multibudaya adalah satu sistem pendidikan yang menekankan


bahawa setiap pelajar berhak mendapat peluang pendidikan yang sama tanpa mengira
jantina, kelas sosial, etnik, kaum, budaya, bahasa pertuturan dan agama. (James A.
Banks dan Cherry A. McGee Banks, 2003).

Beliau juga menyatakan bahawa pendidikan multibudaya ini adalah satu


pergerakan pembaharuan yang akan mengubah sistem pendidikan institusi pengajian.
Ia bukan sahaja mengubah struktur kurikulum sesebuah institusi tetapi perubahan
terhadap persekitaran dan struktur pentadbiran turut terjadi.
MBE 1023 : PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV 10
KEPELBAGAIAN LATAR BELAKANG PELAJAR

James A. Banks (1994) telah mengenal pasti matlamat pendidikan multibudaya iaitu:

1. Untuk mengurangkan diskriminasi terhadap sesuatu kaum dan memberikan


pendidikan yang adil kepada semua individu
2. Menghormati di antara satu sama lain tanpa mengambil kira perbezaan kaum
dan kelas sosial. Melalui pendidikan multibudaya ini, pelajar akan mengenali
kebudayaan kaum lain. Dengan ini, pelajar akan lebih menghargai dan
menghormati antara satu sama lain.
3. Membantu pelajar membina pengetahuan, sikap dan kemahiran diri agar boleh
membangunkan kaum sendiri dan juga kaum yang lain seterunya
membangunkan negara ke peringkat antarabangsa.
4. Membantu individu memahami diri sendiri dengan melihat diri dari perspektif
budaya orang lain.

Susulan daripada peristiwa pertumpahan darah yang berlaku meibatkan tiga


kaum utama iaitu Melayu, Cina, dan India pada 13 Mei 1969, kerajaan telah merangka
beberapa dasar yang menekankan kepada perpaduan dan keharmonian masyarakat
pelbagai kaum serta integrasi seperti Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Ekonomi
Baru dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1985), sekolah dianggap sebagai institusi


sosial di dalam masyarakat. Sekolah merupakan tempat pergaulan utama bagi setiap
individu tidak kira samada di sekolah tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah. Di
sekolah, pelajar akan di ajar mengenai kebudayaan kebangsaan seperti lagu
kebangsaan negara, bahasa kebangsaan dan bendera kebangsaan. Oleh sebab itu,
sistem pendidikan negara merupakan agen utama dalam usaha memupuk perpaduan
rakyat yang mempunyai pelbagai budaya dan amalan.
MBE 1023 : PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV 11
KEPELBAGAIAN LATAR BELAKANG PELAJAR

Di Malaysia pendidikan multibudaya terbentuk sejak zaman kegemilangan


Melaka lagi iaitu dari negara China dan India berhijrah ke Tanah Melayu samada untuk
berniaga dan menyebarkan agama Islam. Pada masa itu pendidikan adalah
berteraskan ajaran Islam dan kitabnya adalah kitab Al-Quran. Selepas zaman
kegemilangan ini berlalu dan Tanah Melayu dijajah oleh pelbagai bangsa, akhirnya
pendidikan di Malaysia diubah mengikut dasar pecah dan perintah. Dasar yang
diperkenalkan oleh British ini menindas kaum Melayu kerana kaum Melayu hanya diberi
peluang pendidikan sekadar untuk membaca dan menulis sahaja.

Selepas kemerdekaan, pendidikan multibudaya dilaksanakan dan ia


memfokuskan terhadap penerapan nilai-nilai murni ke dalam diri pelajar untuk
mengintegrasikan rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang kaum, kebudayaan,
agama, ekonomi dan sosial. Setiap individu berhak mendapat peluang pendidikan yang
sama. Nilai serta tata laku seperti saling faham memahami, saling hormat menghormati,
bertolak ansur, menghargai hak-hak asasi manusia, adil, jujur dan bersatu padu cuba
ditanam di dalam diri pelajar melalui pendidikan multibudaya untuk menyedarkan
masyarakat betapa pentingnya perpaduan rakyat.

Sistem pendidikan mempunyai objektif untuk menyepadukan empat sifat utama


iaitu JERI (Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual) dalam melahirkan individu yang
berakhlak dan cemerlang. Apabila setiap individu di Malaysia cemerlang di dalam
empat sifat utama yang ditekankan oleh sistem pendidikan ini, secara tidak langsung
perpaduan negara dapat diwujudkan.

Di Malaysia, subjek-subjek yang berkaitan dengan kebudayaan di Malaysia di


ajar. Antara subjek-subjek yang diajar ialah Sejarah Malaysia, Kenegaraan Malaysia
dan Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Pengajaran subjek-subjek tersebut dalam
pendidikan dapat meningkatkan kefahaman pelajar pelbagai kaum dan budaya bagi
memahami konsep kepelbagaian masyarakat di negara ini, kepelbagaian budaya,
tanggungjawab terhadap negara dan sebagainya.
MBE 1023 : PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV 12
KEPELBAGAIAN LATAR BELAKANG PELAJAR

PENDIDIKAN MULTI BUDAYA DI MALAYSIA

Pelaksanaan sekolah integrasi atau sekolah wawasan merupakan salah satu


rancangan kerajaan untuk menyatupadukan kaum-kaum di Malaysia. Matlamat
pembinaan sekolah wawasan ini adalah:

1. Mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid-murid yang berbagai-bagai


bangsa, latar belakang dan fahaman agama.
2. Memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran.
3. Melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang
tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu.
4. Menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui
perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah.

Sekolah Wawasan adalah sekolah integrasi yang menempatkan beberapa buah


sekolah yang berlainan aliran dalam satu kawasan yang sama. Sekolah-sekolah ini
akan berada di bawah satu ’bumbung’ tanpa mengira agama dan bangsa. Konsep
Sekolah Wawasan adalah bertujuan menyatukan masyarakat Melayu, Cina dan India
melalui satu sistem pendidikan di dalam satu kawasan.

Pada masa ini terdapat 5 buah Kompleks Sekolah Wawasan yang telah
beroperasi dengan jayanya iaitu

1. Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak


2. Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Setar, Kedah
3. Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau Pinang
4. Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor
5. Kompleks Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak
MBE 1023 : PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV 13
KEPELBAGAIAN LATAR BELAKANG PELAJAR

Ciri-Ciri dan Pelaksanaan Sekolah Wawasan

Sekolah wawasan meletakkan beberapa ciri-ciri asas dan pelaksanaannya.


Antaranya ialah pentadbiran dan pengurusan kewangan, kurikulum dan bahasa
pengantar, dan kokurikulum.

 Pentadbiran dan Pengurusan Kewangan

Dalam konteks pentadbiran dan pengurusan terdapat tujuh perkara yang diberi
perhatian iaitu:

1. Sekolah wawasan mempunyai dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan
aliran (SK/SJK/SJKT) yang terletak dalam satu kawasan dan menggunakan
bahasa pengantar masing-masing.
2. Mempunyai nama sekolah sendiri. Tiap-tiap sekolah mempunyai nama
sekolah yang tersendiri termasuk lencana sekolah, lagu sekolah, logo
sekolah dan peperiksaan sekolah masing-masing. Bagi Sekolah-Sekolah
Jenis Kebangsaan (Cina) dan (Tamil), lembaga pengelola yang sedia ada
akan terus kekal seperti yang diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996.
3. Mempunyai pentadbiran secara berasingan (Peruntukan Kewangan,
Anggaran Belanja Mengurus dan Pembangunan, Guru Besar dan lain-lain
lagi) bagi aliran masing-masing seperti yang dipraktikkan oleh sekolah
kerajaan.
4. Pelaksanaan Sekolah Wawasan akan mengekalkan identiti asal sekolah-
sekolah berkenaan.
5. Penggunaan kemudahan fizikal di mana warga Sekolah Wawasan digalak
menggunakan sebahagian kemudahan sekolah secara bersama seperti
kantin, makmal komputer, lapangan perhimpunan dan padang.
6. Satu jawatankuasa penyelaras yang terdiri daripada Guru Besar dan dua
orang guru dari setiap ekolah diwujudkan untuk menyelaras hal-hal
pengurusan mengenai kebersihan, keceriaan dan keselamatan sekolah.
MBE 1023 : PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV 14
KEPELBAGAIAN LATAR BELAKANG PELAJAR

7. Kantin sekolah akan dikendalikan bersama-sama oleh sekolah-sekolah


berkenaan. Makanan yang disediakan adalah makanan yang halal dan juga
mengambil kira sensitiviti pelbagai kaum.

 Kurikulum dan Bahasa Pengantar

Dalam konteks kurikulum dan bahasan pengantar, terdapat tiga perkara yang
diberi perhatian. Perkara-perkara tersebut ialah:

1. Penggunaan kurikulum kebangsaan:


- Sekolah Wawasan menggunakan Kurikulum Kebangsaan dengan bahasa
pengantar di Sekolah Kebangsaan ialah Bahasa Malaysia.
- Manakala, SJK(C) menggunakan Bahasa Cina dan SJK(T) menggunakan
Bahasa Tamil.

2. Matapelajaran yang diajar:


- Matapelajaran yang diajar di sekolah adalah megikut Kursus-Kursus
Pengajian bagi jenis aliran sekolah.

3. Pengajaran dan pembelajaran mengikut aliran sekolah:


- Pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Wawasan juga adalah mengikut
jenis aliran sekolah dan jumlah tenaga pengajarnya mengikut norma
perjawatan yang telah ditetapkan.
MBE 1023 : PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV 15
KEPELBAGAIAN LATAR BELAKANG PELAJAR

 Kokurikulum

Dalam konteks kokurikulum terdapat lima perkara yang diberi perhatian. Perkara-
perkara tersebut ialah:

1. Galakan kepada aktiviti tambahan bersama


2. Penggunaan bahasa pengantar masing-masing
3. Menghantar wakil terbaik sekolah masing-masing atau wakil sekolah
wawasan dalam sebarang bentuk pertandingan samada aktiviti kurikulum atau
korikulum.
4. Mengadakan Temasya Sukan Tahunan, Hari Guru secara bersama.
5. Perhimpunan bulanan dijalankan bersama dengan menggunakan Bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi perhimpunan. Namun Bahasa Cina dan Tamil
juga boleh digunakan untuk memperjelaskan jika ada isu-isu yang perlu
diperjelaskan.
MBE 1023 : PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV 16
KEPELBAGAIAN LATAR BELAKANG PELAJAR

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN LATAR BELAKANG TERHADAP


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1. Perbezaan budaya dan bahasa


- Tugas untuk menyampaikan ilmu dengan berkesan amat sukar apabila
berdepan dengan pelajar yang berlainan budaya dan bahasa pertuturan.
- Perbezaan budaya dan bahasa ini menyukarkan proses pengajaran dan
pembelajaran.
- Sebagai contoh, masalah komunikasi sering terjadi apabila guru berbangsa
melayu mengajar pelajar berbangsa Cina dan India.
- Ini berlaku kerana pelajar ini kurang memahami Bahasa Malaysia kerana
diasuh menuturkan bahasa ibunda mereka di rumah.
- Masalah ini menganggu proses pembelajaran dan pengajaran dan guru perlu
bijak mengawal keadaan apabila perkara ini terjadi.

2. Jantina
- Perbezaan jantina juga turut menjadi faktor dalam sesuatu pengajaran.
- Guru kadangkala bersikap pilih kasih terhadap pelajar mengikut jantina.
- Sifat agresif dan kenakalan pelajar lelaki menyebabkan guru kurang
berinteraksi dengan mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
- Guru lebih senang berinteraksi dengan pelajar perempuan yang disifatkan
sebagai patuh kepada arahan, rajin dan cekap melaksanankan tugasan.
MBE 1023 : PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV 17
KEPELBAGAIAN LATAR BELAKANG PELAJAR

3. Status ekonomi keluarga


- Status ekonomi yang tidak stabil dalam sesebuah keluarga boleh menjejaskan
orak pembelajaran pelajar.
- Apabila ibu bapa kurang berkemampuan untuk menyediakan kemudahan
pembelajaran, tumpuan pelajar terhadap pembelajaran akan terganggu.
- Tugas guru adalah mendekati dan menasihati pelajar agar menjadikan
kesusahan hidup mereka sebagai motivasi dan dorongan untuk berjaya.

4. Cara asuhan keluarga


- Menurut Teori Bernstein, kanak-kanak dari kelas sosial pertengahan dan
kanak-kanak yang memiliki pencapaian yang baik di sekolah mempunyai
interaksi yang baik dengan ibu bapa mereka.
- Ahli sosiologi mengakui bahawa murid-murid yang kerap berinteraksi secara
lisan dengan ibu bapa atau golongan dewasa mempunyai kesediaan membaca
yang tinggi.
- Ibu-ibu dari kelas sosial pertengahan tidak mengelak pertanyaan anak mereka.
- Mereka memberi jawapan yang tepat dan berinformasi serta penerangan yang
disertakan contoh.
- Ini menggalakkan perkembangan minda anak-anak dalam berfikir dan memberi
impak positif dalam cara pembelajaran mereka.
MBE 1023 : PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV 18
KEPELBAGAIAN LATAR BELAKANG PELAJAR

KESIMPULAN

Kepelbagaian latar belakang pelajar dari aspek jantina, kaum, budaya, gaya
pembelajaran dan status sosio ekonomi telah memberi kesan terhadap pengajaran dan
pembelajaran. Perbezaan jantina memberi persepsi berbeza tentang pencapaian
pelajar. Begitu juga dengan latar belakang budaya dan persekitaran pelajar yang
memberi impak ke atas pemikiran perasaan dan tingkah laku seseorang. Pencapaian
pelajar turut dipengaruhi oleh gaya belajar dan status sosio-ekonomi pelajar yang
menyebabkan gaya pembelajaran mereka terjejas akibat faktor persekitaran yang tidak
sesuai.

Pendidikan multi-budaya penting untuk memupuk perpaduan di Malaysia


terutamanya dikalangan pelajar. Walaupun sukar untuk melaksanakan pendidikan
multi-budaya, semua pihak hendaklah bekerjasama dalam merealisasikan pendidikan
multi-budaya seterusnya membantu dalam penubuhan gagasan ‘1 Malaysia’.
MBE 1023 : PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV 19
KEPELBAGAIAN LATAR BELAKANG PELAJAR

BIBLIOGRAFI

Baharom Mohamad, Ahmad Esa & Husin Junoh. Modul Pengajaran MBE 1023 :
Psikologi Pendidikan Dalam PTV. Fakulti Pendidikan Teknikal, Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia

Gaya Pembelajaran Dan Pelbagai Kecergasan.


http://mahirppb.tripod.com/gaya.html

Kepelbagaian Pelajar Dan Perbezaan Pengajaran.


http://www.scribd.com/doc/21849091/kepelbagaian-pelajar-di-sekolah

Mok Soon Sang & Lee Shok Mee (1988). Pendidikan Di Malaysia. Subang jaya :
Kump. Budiman Sdn. Bhd.

Sharifah Alwiyah Alsagoff (1987). Psikologi Pendidikan 1 : Konsep-konsep Asas


Psikologi dan Psikologi Pendidikan, Psikologi Perkembangan. Petaling Jaya : Longman
Sdn. Bhd.

Sharifah Md. Nor (1991). Factor-faktor Latar Belakang Yang Berkaitan Dengan
Pencapaian Akademik. Journal Pendidik dan Pendidikan, jilid 11 (1991/92)

Sufean Hussin (1993). Pendidikan Di Malaysia : Sejarah, Sistem dan Falsafah.


Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

You might also like