Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

TAMADUN DUNIA/ISLAM : TEMA 4 – CIRI-CIRI SISTEM EKONOMI

KOMERSIAL

Huraikan Ciri – Ciri Utama Sistem Ekonomi Komersil Dengan Merujuk Kepada
Tamadun Graeco – Roman Dan Tamadun Islam.

A. Pengenalan.

Terdapat ciri – ciri perbezaan dan persamaan antara ekonomi sosial tamadun
Graeco – Roman dengan tamadun Islam. Perbezaan yang nyata sekali ialah
perkembangan latifundia di Empayar Rom yang bercorak perladangan besar yang
berasaskan Slave mode of production ( pengeluaran melalui tenaga perhambaan ).
Walaupun tenaga hamba digunakan di ladang – ladang semasa pemerintahan
Abbasiyah tetapi tidak mencapai sesuatu tahap yang menyeluruh Empayar Islam.

Pemusatan kuasa politik di Rom atau di Baghdad, perkembangan ekonomi pertanian


untuk eksport telah menjadi suatu sumber kekayaan kerajaan masing – masing.
Perdagangan, sama ada perdagangan domestik atau antarabangsa juga
berkembang dengan cepat dengan wujudnya kestabilan politik, sistem
pengangkutan yang baik dan kemudahan – kemudahan yang terdapat seperti
institusi kewangan.

B. CIRI – CIRI UTAMA SISTEM EKONOMI GRAECO – ROMAN.

1. Penaklukan dan perluasan empayar Rom telah mengubah asas ekonomi


pertanian daripada sistem ekonomi sara diri kepada ekonomi komersil. Ekonomi
sara diri adalah berteraskan kepunyaan tanah yang bersaiz kecil ( 5 – 30 ekar )
dan juga dikerjakan oleh kaum tani sendiri. Pada kurun yang ke dua Sebelum Masihi
ekonomi sara diri bertambah kurang, akibat kemerosotan kedudukan kaum tani
sehingga diambil alih oleh sistem ekonomi latifundia.

Latifundia adalah ekonomi perdagangan yang saiznya melebih 100 ekar.


Kadangkala luasnya hampir 300 ekar. Kebanyakkan tanah kepunyaan kaum tani
telah dibeli oleh tuan – tuan tanah besar dan ditanam dengan tanaman – tanaman
komersil seperti anggur dan zaitun untuk industri wain dan minyak. Jadi tanaman
makanan bijirin tidak dipentingkan lagi dan Rom bergantung kepada makanan
import.

2. Tenaga perburuhan ( labour ) untuk latifundia bergantung kepada tenaga


hamba. Adalah dianggarkan bahawa pada tahun 43 SM, bilangan hamba di
Semenanjung Itali telah mencapai seramai 3 juta orang berbanding dengan han 4
juta orang bebas. Menurut Perry Anderson dalam bukunya, “ Passage from Antiquity
to Feudalisme”

“ Nothing like this had ever been seen in the ancient world. The full potential of the
slave mode of Production was for the first time unfolded by Rome, which organised
an took it to a logical conclusion that Greece had never experinced. The predatory
militarism of the Roman Republic was it main lever of economic accumulation. War
brought lands, tributes and slaves, slaves, tributes and lands supplied the materials
of war”
Pada peringkat awal, latifundia bertumpu di Itali tetapi selepas Perang Punic
diperluaskan ke Sepanyol, Gaul, Noricum, Rhaetia dan juga Brtian. Perkembangan
Latundia dibahagaian timur Empayar tidak berlaku oleh kerana urbanisasi telah
mencapai suatu tahap yang tinggi.

3. Perdagangan eksport dan import juga berkembang tetapi tidak bersifat seimbang
oleh kerana nilai import ke Itali melebihi nilai eksport. Kelemahan ini berpunca
daripada sikap bangsawan Rom yang tidak berminat dengan hal perdagangan.
Pengendali hal perdagangan sama ada domestik atau antarabangsa dimonopoli
oleh saudagar – saudagar Yunani dan Syrians ( Phonecians ).

Perdagangan antarabangsa dengan negari China didorong oleh dasar perluasan


Han Wu Ti yang membuka dua jalan darat ke Bactria dan Merv. Yang lebih penting
ialah jalan laut melalui Lautan Hindi yang merupakan saluran utama perdagangan
dengan negeri – negeri Timur seperti India. Golongan saudagar Yunani berjaya
belayar ke India akibat daripada penemuan angin monsun.

4. Bandar Rom menjadi pusat perdagangan domestik hasil daripada permintaan


golongan bangsawan. Saudagar Yunani dan Syrians ( Phonecians ) menguasai
perdagangan Mediterranean, wilayah sekitar Sungai Rhine, Gaul dan Britian.
Kekayaan daripada perdagangan telah mempercepatkan proses urbanisasi dan
peningkatan cara kehidupan yang mewah.

5. Walau bagaimanapun orang Itali tidak terlibat dalam perdagangan tetapi mereka
memberikan sumbangan kepada perkembangan institusi – institusi kewangan
seperti bank.

C. CIRI – CIRI UTAMA SISTEM EKONOMI TAMADUN ISLAM.

1. Sistem Ekonomi komersil tamadun Islam memuncak pada zaman pemerintahan


Abbasiyyah. Terdiri daripada dua komponen iaitu ekonomi pertanian dan ekonomi
perdagangan, sama ada domestik atau antarabangsa. Sumber – sumber galian dan
pertanian serta perdagangan transit di antara Eropah dengan Asia Barat bersama
dengan kestabilan politik dalaman dan hubungan yang erat dengan negara – negara
jiran telah menyumbang kepada perluasan perkembangan komersil di seluruh
Empayar Islam.

2. Empayar Islam adalah kaya dengan sumber – sumber galian seperti perak dari
wilayah – wilayah timur, emas dari Nubia dan Sudan, tembaga dari Isfahan, besi dari
Parsi, Asia Tengah dan Sicilly. Ekonomi pertanian diperbaiki dengan usaha kerajaan
pusat. Usaha pertanian di Lembah Tigris – Eyphrates di bawah pengawalan yang
sistematik. Hak kepunyaan tanah diberikan kepada kaum tani. Sistem cukai adalah
adil berdasarkan kepada peratusan jumlah pengeluaran. Perladangan secara besar
– besaran dimulakan dengan tenaga hamba.

3. Perdagangan antarabangsa ( India, China dan Eropah ) dipercepatkan dan


digalakkan oleh kestabilan politik, sistem pengangkutan yang baik, serta
hubungan diplomatik yang erat dengan negeri – negeri lain. Wujudnya pelabuhan
– pelabuhan yang baik telah dapat menarik saudagar – saudagar asing ke Baghdad.
4. Perkembangan institusi – institusi kewangan seperti bank, sistem cek dan
surat – surat kredit. Pada kurun ke – 10 Masihi, terdapat bank – bank kerajaan di
Baghdad yang diuruskan oleh orang – orang Yahudi dan Kristian.

Kesimpulan:

Tamadun Graeco – Roman dan tamadun Islam telah mencapai suatu tahap yang
begitu tinggi dalam perkembangan ekonomi mereka. Ekonomi pertanian dan
perdagangan telah menjadi asas kekayaan kedua – dua tamadun yang terbayang
dalam corak kehidupan sosial dan kegiatan intelektual
BACAAN 5 - TAMADUN DUNIA : TEMA 4 - AKTIVITI EKONOMI ALAM
MELAYU ABAD KE-15

Huraikan aktiviti ekonomi yg dipraktikkan di Alam


Melayu sebelum abad ke- 15.                                        
A.  PENGENALAN ( 3 markah )
   -  Kegiatan ekonomi masyarakat Melayu Tradisional berasaskan kepada aktiviti
berasaskan aktiviti pertanian yang berasaskan pertanian sara diri terdiri daripada aktiviti
bercucuk tanam, menternak binatang, dan mengumpulkan hasil hutan.
   -  Masyarakat juga terlibat dalam kegiatan perlombongan dan mengumpulkan hasil hutan
yang dijadikan sebagai barang pertukaran untuk mendapatkan barang-barang keperluan.
   -  Menjelang abad pertama Masihi, berlaku perkembangan pesat dalam perdagangan dan
muncul politi-politi perdagangan

B.  ISI-ISI ( 7 isi x 3 m = 21 markah )


 a.  Ekonomi sara diri
  -  kegiatan ekonomi tradisional masyarakat Melayu bergantung pada aktiviti pertanian
untuk tujuan sara diri, iaitu menghasilkan pelbagai bahan makanan untuk kegunaan sendiri.
  -  kegiatan pertanian terdiri daipada aktiviti bercucuk tanam, menternak binatang,
menangkap ikan, memburu dan mengumpulkan hasil hutan.
  -  penanaman utama ialah penanaman padi kerana nears merupakan makanan penting di
Nusantara.  Tanaman lain ialah ubi keladi,sagu,ubi .

  b.  Mengumpulkan hasil hutan.


  -   Tanah Melayu kaya dengan hasil-hasil hutan seperti kayu wangi, kayu gaharu, kapur 
barus dan, rotan.
-   Hasil hutan dibawa ke pusat pengumpulan seperti Kuala Selinsing dan diedarkan ke
pelabuhan-pelabuhan kecil.

 c.  Mengumpulkan hasil laut.


  -  kepulauan Melayu kaya dengan hasil laut seperti siput, kerang, dan tiram mutiara.
  -  hasil laut seperti kura-kura, siput kowri, akar bahar, dan tripang mendapat pasaran yang
luas di China.
  -  kulit siput kowri digunakan sebagai mata wang manakala akar bahar dan tripang
digunakan sebagai perencah sup dan untuk tujuan perubatan.
  -  turut melibatkan orang laut yang mempunyai kemahiran menyelam dan berenang untuk
memungut kerang, tiram dan bunga karang.

d.  Perlombongan.
   -  hasil galian seperti galian besi,emas dan bijih timah di kawasan seperti Delta Sg 
Sarawak- besi dan emas, Semenanjung Tanah Melayu pula kaya dengan besi,  Emas dan
bijih timah.

e.  Perdagangan.
   - kedudukan geografi Kepulauan Melayu yang terletak di tengah-tengah jalan
perdagangan antara India dan China menyebabkan aktiviti perdagangan berkembangan
pesat. Perkembangan perdagangan menyebabkan muncul beberapa politi perdagangan di
Alam Melayu. Contohnya, Tun Sun, Lang-ya-hsui, Fo-lo-an, Kadaram, Chih-tu, Ko-ku-la dll.
- sumber bertulis China mengandungi maklumat tentang barang-barang yang didagang di
pelabuhan-pelabuhan tersebut.
   - Barang yang didagangkan :
     i.  Lang-ya-hsui  - gading gajah, tanduk badak, sumbu, gaharu, kapur barus.
     ii. Tan-ma-ling   -  madu labah, kapur barus, gading gajah, kayu gaharu.
     iii.  Kalah – kayu alges, kayu cendana, gading gajah dan ebony.
 
f.  Pusat pengumpulan.
  -  pusat pengumpulan muncul pada abad ke-2 dan ke-3 Masihi di Semenanjung Tanah 
Melayu. Pusat pengumpulan berkembang kerana kedudukan yang strategik di tengah-
tengah laluan perdagangan antarabangsa.
 -  terletak di tepi pantai dan sungai-sungai di kawasan pedalaman.  Turut menjadi pusat
persinggahan dan pusat menjual barang-barang tempatan.  Contohnya, Sungai Lang, Klang,
Batu Buruk ( bijih timah dan emas ), Pulau Tioman ( kayu gaharu, kapur barus, sarang
burung dan kelapa.

g.  Pusat pembekalan. 


  -  merupakan pusat-pusat yang mengeluarkan barangan tempatan kepada pusat-pusat
pemungutan.
-  terletak di kawasan pantai atau kawasan sungai di pedalaman.  Lembah Langat di
Jenderfam Hilir merupakan pusat pembekal bagi mengumpulkan bijih timah dari kawasan
pedalaman.
  
h.    Entrepot.
    -  merupakan pusat perdagangan yang muncul selepas abad pertama Masihi.
    -  terletak di tengah-tengah laluan perdagangan timur-barat dan mempunyai  kemudahan
pelabuhan yang lengkap seperti gudang, bekalan air minuman , tempat membaiki kapal dll.
    -  mengumpulkan barang-barang dagangan dari Arab, India, Sri Langka, dan China
seterusnya dihantar ke destinasi terakhir melalui pelabuhan entrepot.

C. KESIMPULAN ( 1 markah )
   - Selepas abad pertama Masihi, aktiviti perdagangan berkembang dengan pesat.
Kepesatan perdagangan ini nanti membawa kepada kemunculan empayar.
BACAAN 4 - TAMADUN DUNIA - TEMA 4 : DASAR MERKANTILISME
DI EROPAH

Bagaimanakah dasar ekonomi merkantilisme mengukuhkan pentadbiran dan


pemerintahan  negara bangsa di Eropah?

PENDAHULUAN (3 markah)

1.            Revolusi Perdagangan di Eropah pada abad ke-15 hingga ke-16 membawa
kepadaperkembangan ekonomi moden di Eropah.
2.               Maksud Sistem Ekonomi Merkantilisme
-          Satu sistem ekonomi yang melibatkan  campur tangan kerajaan dalam menggalakkan
pertumbuhan kekayaan, kekuasaan dan kebajikan.
3.                 Konsep Negara Bangsa
-          Merupakan negara kebangsaan yang sederhana besar dan mempunyai kesatuan politik
serta berkembang menjadi sebuah negara di Eropah.
-          Penduduk setiap negara bangsa terikat oleh satu keturunan, satu bahasa dan kebudayaan
tersendiri.
-          Contoh, England, Perancis, Sepanyol.

ISI  (5 isi X 4 markah)


1.            Pemerintah negara bangsa mewujudkan sektor pertanian dan perindustrian yang
produktif untuk menjamin pasaran luar negara.

2.            Kerajaan telah melindungi sektor perindustrian dalam negara dan perdagangan luar
dengan mengenakan duti import yang tinggi dan memastikan imbangan perdagangan
berpihak kepada negara mereka.

3.             Pemerintah negara bangsa  melihat negara lain terutama di Eropah sebagai musuh dan
sanggup berperang untuk  melindungi kepentingan industri, perdagangan dan
perkapalan tempatan. 

4.            Pemerintah memperkenalkan beberapa akta untuk  melindungi sektor perindustrian, pertanian dan
perkapalan.  Ratu Elizabeth (1558 – 1603) memperkenalkan Akta Perintis 1563, Undang-Undang
Kemiskinan 1660 dan Akta Perkapalan 1650.

5.            Raja negara bangsa menjadi pelopor kepada perkembangan kapitalisme dengan berlumba untuk
menguasai dan mengumpulkan kekayaan.  Untuk tujuan tersebut, pelayaran ke seberang laut
digalakkan seperti pelayaran John Cabot telah menemui New Foundland (1407).

6.            Penubuhan syarikat-syarikat perdagangan oleh Britain dan Belanda terutama di Timur
memperkukuh lagi Dasar Mekantilisme dan kekuasaan politik mereka.   Hal Ini membawa kepada
kemunculan pasaran ekonomi imperialis yang luas.  Contoh, Syarikat Hindia Timur British dan
Syarikat Hindia Timur Belanda .

7.            Sistem ini diperkukuh dengan perluasan kuasa negara-negara Eropah dari segi politik. Penjajahan
politik ke atas wilayah luar yang kaya menjamin sumber kekayaan kepada negara induk.  Contoh,
penjajahan British ke atas Tanah Melayu, Perancis ke atas Indo-China, dan Sepanyol ke atas Filipina.

KESIMPULAN (2 markah)

Dasar ekonomi Merkantilisme membawa kepada perkembangan kapitilisme di seluruh dunia.


BACAAN 3 - TAMADUN DUNIA : TEMA 4 – AKTIVITI PERDAGANGAN
DI EROPAH BARAT

Bincangkan aktiviti perdagangan di Eropah Barat


pada abad ke-11 hingga abad ke-15.
PENDAHULUAN (3 markah)

1. Sebelum abad ke-11, sistem ekonomi di Eropah berasaskan kepada sistem feudal
iaitu sistem manor. Melalui sistem ini, kegiatan pertanian merupakan aktiviti ekonomi
yang utama. Hubungan perdagangan tidak berlaku dan semua pertukaran barangan
dan perkhidmatan berlaku hanya dalam kelompok masyarakat mereka sahaja.
2. Zaman Kemuncak Pertengahan (1050 hingga 1270) merupakan zaman
permulaan berlakunya perubahan dari segi politik, ekonomi dan sosial. Dari segi
ekonomi, perubahan yang paling penting ialah perkembangan aktiviti perdagangan.

ISI: 5 Isi X 4 Markah =20 markah

1. Pemulihan Ekonomi

 Pada abad ke-11, apabila kejatuhan empayar Rom di Eropah Barat


membawa kepada pemulihan ekonomi di Eropah.
 Perang Salib telah menghubungkan orang Eropah dengan dunia Timur.
 Kesannya, berlaku hubungan perdagangan Eropah Barat dengan Laut
Mediterranean.
 Venice merupakan pusat perdagangan penting yang menjalinkan kegiatan
perdagangan dengan Constantinople dan menguasai perdagangan barang
mewah daripada Timur ke Eropah.

2. Kemunculan Pusat Perdagangan

 Pada zaman Pertengahan Tinggi, muncul pusat perdagangan di Eropah.


 Bandar perdagangan yang terkenal pada masa ini ialah Milan, Florence dan
Siena.
 Pisa dan Genoa berusaha untuk mengatasi penguasaan perdagangan orang
Islam di Laut Mediterranean
 Flanders menjadi pusat perdagangan di Eropah Utara berperanan sebagai
pusat pertukaran barang dagangan daripada Norway dan Denmark (kulit
binatang dan madu), timur (sutera, gula dan rempah) dan kain bulu (Flander)

3. Pasar

 Pasar pertama yang diwujudkan oleh bangsawan Champagne iaitu sebagai


pusat perniagaan yang menemukan para pedagang.
 Gerai dibina untuk disewa kepada para pedagang.
 Jalan yangmenghala ke pasar disediakan pengawal bagi menjamin
keselamatan pedagang.
 Pelbagai barang tempatan dan luar diurusniaga.
 Lama kelamaan pasar telah berkembang seluruh Eropah Barat.
 Salah satu pasar yang berkembang pesat ialah Boston di timur England.

4. Pengangkutan Perkapalan

 Genoa dan Venice berjaya membina kapal laut yang pertama.


 Orang Genoa dan Venice dapat belayar sepanjang tahun hingga ke Laut
Atlantik.
 Mereka dapat membeli secara terus kain kapas dan Yorkshire dan
kemudiannya menjualnya ke Bazar di utara Afrika.

5. Institusi Kewangan

 Perkembangan institusi kewangan apabila di Florence, Itali, para pedagang


dan pengusaha bank berjaya menjadi pemilik bank gereja.
 Keluarga Flander telah berjaya menguasai perbankan di Eropah.
 Mereka memberi pinjaman kepada pedagang untuk meluaskan aktiviti
perdagangan.
 Mata wang diperkenalkan di Eropah.
 Sistem mata wang telah menggantikan pertukaran barang.
 Pada tahun 1200 Venice telah mencipta mata wang sendiri.

6. Kesatuan Pedagang

 Perkembangan pedagangan berlaku dengan kemunculan kesatuan dagang.


 Kesatuan dagang dapat merangsang aktiviti perdagangan melalui
perkongsian modal, pengangkutan dan pengagihan barangan dagangan.
 Ahli kesatuan akan memasarkan hasil produk kesatuan tukang.

7. Undang-undang Perdagangan

 Undang-undang Perdagangan yang seragam dapat menguruskan para


pedagang terutama pedagang asing.
 Mereka dilindungi daripada ketidakadilan dan penganiayaan.

8. Buku Panduan Perdagangan

 Pada abad ke-13, buku panduan perdagangan yang pertama dikeluarkan di


Itali.
 Buku ini mengandungi deskripsi tentang pelabuan asing dan jalan
perdagangan.
BACAAN 2 : TAMADUN DUNIA – TEMA 4 - EKONOMI KAPITALISME
DI EROPAH

Huraikan faktor-faktor yang membawa kepada


perkembangan ekonomi kapitalisme di Eropah Barat
dari tahun 1400 M hingga 1700 M.
PENGENALAN: (3 Markah)

1. Definisi Kapitalisme

 Kapitalisme merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah


pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan
berasaskan keuntungan. Takrif individu di sini juga boleh merujuk kepada
sekumpulan individu seperti syarikat. Sistem ekonomi kapitalis berdasarkan
kuasa pasaran bebas dalam menentukan pengeluaran, kos, menetap harga
barang dan perkhidmatan, pelaburan dan pendapatan. Pengkritik sistem
kapitalis selalu berhujah bahawa sistem ini mewujudkan jurang perbezaan
yang ketara antara yang kaya dengan yang miskin. Kapitalisme berasal dari
perkataan ‘ capital ‘ yang bermaksud "modal". 
 Dikenali sebagai laissez faire. 
 Kapitalisme ialah sistem yang menggalakkan pengumpulan modal,
kebebasan ekonomi, hak milik persendirian, kebebasan pasaran dan
perniagaan untuk keuntungan. 
 Dalam ekonomi kapitalisme, individu dan syarikat-syarikat yang mempunyai
modal dan harta mempunyai hak dan kebebasan menjalankan perdagangan. 
 Matlamat utama Kapitalisme ialah mengaut keuntungan sebanyak mungkin. 
 Ringkasnya Kapitalisme adalah sistem ekonomi bebas berasaskan pemilikan
harta sendiri serta perniagaan atau perusahaan bermatlamatkan keuntungan,
kewangan dan kebendaan. 

2.  Sejarah kemunculan

 Kemunculan idea Kapitalisme dapat dikesan sejak zaman pertengahan awal,


namun ia tidak menyeluruh. 
 Kapitalisme menjadi dominan di Barat semenjak berakhirnya era Feudalisme. 
 Fahaman kapitalisme menjadi lebih kukuh selepas gerakan reformasi dan
kemunculan aliran-aliran agama baru khususnya aliran Calvinisme. 
 Dari England, kapitalisme merebak ke seluruh Eropah dan merupakjan
adalah sistem ekonomi utama di dunia yang memacu era perindustrian. 
 Menjelang abad ke-19, fahaman Kapitalisme menjadi dominan dan
disebarkan ke seluruh dunia menerusi aktiviti penerokaan dan penjelajahan
yang dilakukan oleh kuasa-kuasa Barat.

ISI:

Faktor-faktor yang membawa kepada perkembangan ekonomi kapitalisme di


Eropah Barat dari tahun 1400 M hingga 1700 M. (7 Isi x 3 Markah = 21 Markah)

1. Perkembangan institusi kewangan.

 Perkembangan institusi kewangan seperti insurans dan bank di bandar-


bandar telah menggalakkan perkembangan Kapitalisme di Eropah. 
 Menjelang abad ke-15 M, kegiatan meminjam wang untuk mendapatkan
keuntungan menjadi satu perniagaan yang menguntungkan. 
 Bank-bank penting dikuasai oleh keluarga Medici (di selatan) dan keluarga
Fuggers di Ausberg(di utara). Bank-bank ini mempunyai peranan yang besar
dalam menjana ekonomi dan terkenal di peringkat antarabangsa. 
 Bank-bank ini telah bertindak membuka pejabat cawangan di Paris, London,
Barcelona, Marselles, Tunis, pelabuhan Afrika Utara, Naples dan Rom. 
 Bank-bank kerajaan seperti Bank Sweeden (1657) dan Bank England (1654)
turut ditubuhkan. 
 Keuntungan yang diperolehi melalui pinjaman pelaburan dan pertukaran
wang disalurkan kepada perkembangan sektor perindustrian. 
 Institusi bank memberikan pinjaman bagi membantu golongan kapitalis
mendapatkan modal yang besar untuk meluaskan kegiatan perdagangan.

2. Penubuhan negara bangsa

 Penubuhan negara bangsa pada abad ke-16 Masehi juga turut menggalakkan
perkembangan Kapitalisme. 
 Raja-raja negara bangsa berperanan dalam menggerak dan mempelopori
perkembangan Kapitalisme dengan mengumpulkan kekayaan demi untuk
mengukuhkan kedudukan dan kekuasaan masing-masing. 
 Untuk mencapai hasrat tersebut, raja-raja negara bangsa turut menjalankan
dasar ekonomi merkantilisme dengan tujuan mengumpulkan kekayaan untuk
negara mereka pada sekitar abad ke-16 dan 17 Masihi. 
 Perubahan dasar ekonomi ini menyebabkan negara-negara bangsa terlibat
dengan aktiviti penjelajahan dan penerokaan. Mereka berlumba-lumba untuk
mencari kekayaan dengan melakukan pelayaran ke seberang laut dengan
sokongan kuat daripada raja. Contoh : Putera Henry dari Portugal dan Raja
Ferdinand dari Sepanyol telah membiayai dan memberi galakan kepada
aktiviti tersebut. 
 Kegiatan penjelajahan dan penerokaan ini dipelopori oleh Portugal, Sepanyol,
Perancis dan Inggeris. 
 Kesan daripada aktiviti ini, negara-negara bangsa menubuhkan koloni-koloni
dan menguasai kekayaan ekonomi di negara tanah jajahan yang memberi
keuntungan kepada mereka.

3. Dasar Merkantalisme

 Revolusi perdagangan melalui campurtangan kerajaan negara bangsa pada


abad ke-16 dan ke-17 telah menggalakkan pertumbuhan kekayaan dalam
negara bangsa. 
 Menerusi dasar ini kerajaan berusaha mewujudkan sektor pertanian dan
perindustrian yang produktif dan pasaran luar yang luas . 
 Untuk tujuan tersebut kerajaan mengadakan dasar melindungi pelabur dan
pedagang tempatan 
 Ratu Elizabeth (1558-1603) telah memperkenalkan akta seperti akta perantis
1563, undang-undang kemiskinan 1600 dan akta perkapalan 1650 .

4. Pembukaan koloni / Dasar Kolonialisme

 Perluasan dasar merkantalisme telah menyebabkan golongan kapitalis


menubuhkan koloni-koloni baru untuk tujuan pertanian dan perladangan ke
atas kawasan di Timur dan Amerika Latin. 
 Hal ini memperluaskan lagi sistem ekonomi kapitalisme. Perkembangan ini
menyebabkan permintaan untuk buruh meningkat dengan mendadak. 
 Kesannya telah membawa kepada penghijrahan manusia dari pelbagai
tempat untuk bekerja sebagai buruh ke kawasan-kawasan pertanian dan
perladangan tersebut. 
 Penggunaan buruh asing telah mengembangkan ekonomi negara Eropah dan
merancakkan sistem Kapitalisme di koloni-koloni tersebut. 
 Segala hasil kekayaan daripada koloni juga mengalir ke Eropah dan
merancakkan perkembangan ekonomi di sana.

5. Pertembungan dan perkembangan perdagangan dengan dunia timur.

 Perang Salib telah mengakibatkan berlakunya pertembungan dunia Eropah


dengan dunia timur. 
 Selepas tamat Perang Salib, hubungan perdagangan antara Eropah dengan
dunia timur terus berkembang dengan pesat. 
 Kesan daripada itu, bandar-bandar utama di Itali seperti Venice, Genoa,
Florence dan Milan telah menjadi pusat-pusat aktiviti perdagangan yang
penting. 
 Bandar-bandar tersebut mendapat keuntungan yang besar hasil daripada
hubungan perdagangan dengan Timur Tengah dan Eropah Utara. 
 Perkembangan pesat dalam aktiviti perdagangan menyebabkan institusi
perbankan khususnya bank-bank gereja ditubuhkan di Itali. 
 Perkembangan ini merangsangkan perkembangan ekonomi kapitalisme di
Eropah.
6. Kemunculan bandar-bandar baru.

 Zaman kemuncak pertengahan memperlihatkan pertumbuhan bandar-bandar


baru hasil daripada kepesatan aktiviti perdagangan di sepanjang laluan
perdagangan Eropah Barat. 
 Kepesatan perdagangan ini telah memperkembangkan bandar-bandar lama
yang sedia ada dan turut melahirkan bandar-bandar baru. 
 Bandar-bandar seperti Venice, Genoa, Florence dan Milan menjalinkan
hubungan perdagangan dengan Timur Tengah dan Eropah Utara. 
 Bandar-bandar ini mengeksploit kedudukan sebagai persimpangan
semulajadi antara timur-barat untuk meraih keuntungan yang besar. 
 Perkembangan bandar-bandar baru melahirkan golongan baru dalam
masyarakat feudal, iaitu pedagang dan tukang-tukang yang bergantung
kepada aktiviti perdagangan. 
 Cara kehidupan di bandar telah merintis jalan kepada tuntutan rakyat bandar
termasuk hak pentadbiran dan hak menjual barangan secara bebas di pasar. 
 Masyarakat bandar juga menuntut kebebasan untuk mencari nafkah tanpa
sekatan dan halangan yang tidak berasas yang diamalkan dalam institusi
manor. 
 Perubahan ini telah merintis jalan ke arah perkembangan sistem kapitalisme
di Eropah.

7. Gerakan Renaisans

 Gerakan Renaissans pada abad ke-14M telah memperkembangkan sistem


kapitalisme 
 Gerakan Renaisans telah melahirkan fahaman yang berbeza daripada
sebelumnya seperti sifat individualisme, humanisme, sekularisme dan
pemikiran kritis yang meransang ke arah perkembangan sistem kapitalisme. 
 Kesannya, fahaman-fahaman ini melahirkan masyarakat yang bersifat
materialistik dalam kehidupan khususnya dalam ekonomi yang menekankan
aspek kemewahan, kekayaan dan kebendaan. 
 Selain itu, fahaman-fahaman ini juga menggalakkan individu membaiki taraf
hidup dan mengumpul kekayaan mengatasi kemampuannya. 
 Perkembangan ini melahirkan golongan kapitalis yang berlumba-lumba
mengumpul modal untuk mengejar kekayaan material yang turut
menggalakkan sistem monopoli.

8. Kesan Gerakan Reformasi

 Ahli-ahli sosiologi seperti Max Weber berpendapat perkembangan kapitalisme


dapat dikaitkan dengan kesan dari kemunculan gerakan reformasi khususnya
selepas kemunculan mazhab Protestan. 
 Max Weber dalam bukunya The Protestant Ethic and The Spirit of
Capitalisme menyatakan bahawa ajaran mazhab Protestan
bertanggungjawab membentuk sistem kapitalis. 
 Salah satu doktrin mazhab Protestan yang dikenali sebagai The Calling
menyeru penganutnya agar melibatkan diri secara bersungguh-sungguh
dalam kegiatan ekonomi. 
 Hal ini bermakna, ajaran mazhab ini menggalakkan penganutnya berusaha
bersungguh-sungguh untuk mencari kekayaan dan keuntungan. Ajaran ini
mentakrifkan kejayaan dalam bidang ekonomi sebagai satu tuntutan
keagamaan. 
 Kebanyakan golongan yang terlibat dalam ekonomi di Eropah seperti
pengusaha bank, pengusaha industri, saudagar-saudagar dan tenaga mahir
adalah daripada kalangan penganut mazhab Protestan.

9. Fahaman Calvinisme

 Gerakan Reformasi yang dibawa oleh John Calvin dalam pemikiran agama
Kristian di Eropah telah mendorong kepada perkembangan ekonomi
kapitalisme 
 Ajaran Calvin membenarkan amalan riba dengan tujuan menggalakkan
masyarakat bekerja keras 
 Fahaman ini menyebabkan negara mazhab Protestan mengenepikan
Common Law dan membolehkan pedagang membebaskan diri daripada
kawalan paderi dan peraturan lama dalam ajaran Katholik.

KESIMPULAN: (2 Markah)
1. Sistem ekonomi kapitalisme diperkenalkan oleh masyarakat pada zaman awal
moden telah membawa kepada perkembangan ekonomi kapitalisme. Hal ini secara
tidak langsung telah melahirkan Revolusi Perindustrian di Eropah.
2. Revolusi perindustrian bermula selepas gerakan Renaisans dan Reformasi.
3. Revolusi perindustrian mendorong pelayar-pelayar mencari peluang-peluang baru
untuk menguasai kekayaan dan menyaksikan perubahan pesat dalam kaedah
pengeluaran barangan melalui pembinaan kilang-kilang dan pengeluaran barang-
barang secara besar-besaran.
4. Hal ini secara tidak langsung menggalakkan aktivtiti pengumpulan modal secara
besar-besaran untuk kegiatan ekonomi yang selaras dengan dasar kapitalisme.
BACAAN 1 : TAMADUN DUNIA :TEMA 4 - EKONOMI KAPITALISME
DI EROPAH DAN SRI VIJAYA DI ALAM MELAYU

1.            Takrifkan Konsep Ekonomi Kapitalisme Dan Jelaskan Empat Faktor Yang Membawa
Kepada Perkembangan Sistem Kapitalisme Di Eropah Dari Tahun 1400 Hingga Tahun
1700 Masihi.

A.   PENDAHULUAN :

1. Zaman kemuncak Pertengahan ( 1050 – 1270 ) merupakan zaman berlakunya


pelbagai perubahan dari segi ekonomi, politik dan sosial di Eropah Barat. Perubahan
tersebut menjadi asas kepada zaman Eropah Moden yang bermula dengan
kemunculan gerakan Renaissance di Itali dan kemunculan negara kebangsaan.

2. Perkembangan ekonomi di zaman Pertengahan Akhir ( 1270 ).


a.    Wujudnya bandar perdagangan seperti Florence, Milan dan Venice.
b.    Pertambahan kekayaan dan asimilasi pelbagai budaya dan tradisi.
c.    Kewujudan Kesatuan dagang dan Kesatuan Tukang yang menjadi kepentingan pedagang
dan tukang.

B.   ISI – ISI PENTING: ( 20 Markah )

1. Takrif Konsep Ekonomi Kapitalisme. ( 5 Markah )

a.    Sistem yang menggalakkan pengumpulan modal, kebebasan ekonomi, hak milik
persendirian, kebebasan pasaran dan perniagaan dengan tujuan untuk mendapatkan
keuntungan.

b.    Membolehkan individu atau kumpulan individu berusaha menambahkan kekayaan dengan
melabur semua keuntungan.

c.    Melibatkan sistem pembayaran upah kepada kaum buruh berdasarkan prinsip persaingan
perniagaan untuk mendapatkan peluang pekerjaan.

d.    Sistem pengeluaran, pengedaran dan pertukaran secara besar – besaran yang bercorak
baru.

2. Faktor perkembangan sistem Kapitalisme. ( 5 isi x 3 M = 15 Markah )

a.    Gerakan Renaissance dan Refomasi.

Gerakan Renaissance pada abad ke – 14 Masihi dan refomasi telah memperkembangkan


kapitalisme. Perkembangan aliran pemikiran Individulisme, humanisme, sekularisme dan
rasionalisme telah melemahkan peranan agama dalam bidang ekonomi dan melahirkan
masyarakat yang mementingkan kebebasan dan kekayaan kebendaan. Masyarakat di
bandar Milan, Venice dan Florence telah mendorong kepada kelahiran sistem ekonomi
kapitalisme melalui aktiviti pinjman, pelaburan dan pertukaran wang.

b.    Fahaman Calivinisme.

Gerakan reformasi yang dibawa oleh John Calvin dalam pemikiran agama Kristian di Eropah
telah mendorong kepada perkembangan ekonomi kapitalisme. Ajaran Calvin membenarkan
amalan riba dengan tujuan menggalakkan masyarakat bekerja keras. Fahaman ini
menyebabkan negara Protestan mengenepikan Canon Law dan emmbolehkan pedagang
membebaskan diri daripada kawalan padri dan peraturan lama.

c.    Kemunculan Negara bangsa.

Raja – raja negara bangsa merupakan penggerak kepada perkembangan sistem


kapitalisme. Setiap buah negara bangsa berlumba – lumba untuk mengumpulkan kekayaan.
Untuk tujuan itu penjelajahan dan penerokaan ke kawasan baru digalakkan. Putera Henry
dari Portugal Raja Ferdinand dari Sepanyol telah mebiayai dan memberikan galakkan
kepada aktiviti tersebut.

d.    Dasar Merkantalisme.

Revolusi perdagangan melalui campurtangan kerajaan negara – negara bangsa pada abad
ke – 16 dan ke – 17 telah menggalakkan pertumbuhan kekayaan dalam negara. Menerusi
dasar ini, kerajaan berusaha mewujudkan sektor pertanian dan perindustrian yang produktif
dan pasaran yang luas. Untuk tujuan tersebut kerajaan mengadakan dasar melindungi
pelabur dan pedagang tempatan. Ratu Elizeberth ( 1558 – 1603 ) telah memperkenalkan
akta seperti Akta Perantis 1563, Undang – undang kemiskinan 1600, Akta Perkapalan 1650.

e.    Dasar Kolonisme.

Perluasan dasar merkantalisme membawa kepada koloni ke atas kawasan di timur dan
Amerika Latin. Ini memperluaskan lagi sistem ekonomi kapitalisme. Kekayaan koloni
mengalir ke Eropah.

f.     Perkembangan Institusi Kewangan.

Perkembangan Industri bank berlaku setelah amalan riba diterima oleh masyarakat Eropah
menerusi institusi ini kemudahan pinjaman dan kredit ( pemabayaran melalui cek )
membolehkan pedagang dan pelabur membuat pelaburan modal dengan membesarkan
perniagaan mereka. Kesanya lahir golongan kapitalisme yang terdiri daripada pemilik kilang,
tuan tanah dan pengusaha lombong. Di samping itu sistem bank juga merupakan sati
perniagaan yang menguntungkan. Keuntungan yang diperolehi melalui pinjaman, pelaburan
dan pertukaran wang telah melahirkan golongan kapitalisme. Keluarga Fuggers dan
Ausgurg dan keluarga Medici merupakan keluarga yang terkenal dalam perniagaan institusi
kewangan di Eropah.

g.    Perubahan dalam Organisasi Perniagaan.

Di zaman pertengahan, aktiviti perdagangan dan pengeluaran dimiliki oleh individu dan
keluarga. Kesatuan Tukang dan kesatuan Dagang terikat dengan peraturan adat yang lebih
mementingkan kebajikan sosial. Bermula pada abad ke – 16 berlaku perubahan dalam
organisasi perniagaan dengan penubuhan syarikat perniagaan Regulated dan Joint Stock.
Ahli PR mengeluarkan modal dan menanggung kerugian. JS ialah syarikat yang modalnya
disumbangkan oleh pemegang saham awam dan diuruskan oleh badan pengarah. Syarikat
England ( 1576 ) merupakan syarikat ragulated yang berdagang di laut Baltik. Syarikat
Hindia Timur Inggeris ( SHTI ) 1660 merupakan syarikat joint stock yang terkenal. Dengan
modal yang besar dan kedudukan yang kukuh, membolehkan syarikat menyediakan
kemudahan perdagangan dan mendapatkan perlindungan ketenteraan. Kewujudan
organisasi tersebut memperkukuhkan lagi sistem ekonomi kapitalisme di Eropah.

C.   KESIMPULAN :

Sistem ekonomi kapitalisme semakin penting di Eropah barat apabila berlakunya Revolusi
Industri yang bermula pada abad ke – 18. Menerusi sistem ini negara Eropah menjadi kaya
dan menguasai ekonomi dunia.

Nota : Markah Pendahuluan +  Kesimpulan = 5 Markah  maksimum


            Pembahagian markah  sama ada  ( 4 + 1 / 3 + 2 ) @ sebaliknya

2. Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan Empayar Srivijaya muncul sebagai


pusat perdagangan utama di Alam Melayu dari abad ke- 7 hingga  abad ke-13 Masihi.

A.  Pendahuluan

Empayar Srivijaya  merupakan kuasa utama dan berpengaruh di Asia Tenggara dari
abad ke-7 hingga ke-13 masihi. Dengan kewibawaan pemerintahnya seperti Dapunta
Hiyam, Srivijaya telah meluaskan kuasa dan pengaruhnya ke atas beberapa negeri di
Pulau Sumatera, sebahagian Pulau Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, selatan Siam
dan persisiran Borneo sehingga menjadikan Srivijaya sebagai pelabuhan entrepot yang
terkenal di Alam Melayu.
Pusat pemerintahan kerajaan Srivijaya yang terletak di Palembang adalah sangat
strategik kerana dapat mengawal perairan Selat Melaka. Dalam hal ini, Srivijaya telah
menggunakan angkatan lautnya yang kuat untuk menguasai perdagangan Timur- Barat
terutamanya perdagangan antara Timur Tengah, China, India dan Asia Tenggara sendiri.
Sebagai contohnya, pedagang-pedagang yang melalui perairan Selat Melaka telah
dipujuk dan dipaksa untuk singgah di pelabuhan-pelabuhan Srivijaya.
Sesuai dengan statusnya sebagai sebuah empayar maritim yang sangat bergantung kepada
kekuatan dan kemahiran tentera lautnya, Srivijaya telah berjaya memonopoli
perdagangan di Alam Melayu dengan menguasai bandar-bandar pelabuhan penting di
sekitar Alam Melayu dan menjadikan Srivijaya sebagai emporium perdagangan yang
terkenal. Rekod-rekod dari Negara China telah membuktikan perkara ini, di mana telah
dicatatkan 14 kota raja telah membayar ufti kepada Srivijaya pada awal abad ke-11
masihi.
Dalam hal ini, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan Empayar Srivijaya mampu
muncul sebagai pusat perdagangan utama di Alam Melayu.

B. Isi-isi ( 7 isi x 3 markah = 21 Markah )

1. Kedudukan Yang Strategik


Kedudukan Srivijaya dari segi geografinya yang strategik iaitu terletak di tengah-tengah
jalan perdagangan antara Timur dan Barat dan hal ini telah menjadikan Srivijaya sebagai
pelabuhan persinggahan bagi kapal-kapal dari Asia Barat, India, Negara China dan
Alam Melayu. Kelebihan Srivijaya yang menghadap monsun timur laut telah
menyebabkan pelabuhan Srivijaya tidak mampu ditandingi oleh pelabuhan-pelabuhan
lain.

2. Perlindungan Diplomatik Daripada Kerajaan China


Kejayaan Srivijaya mendapatkan naungan daripada Negara China dengan cara
menghantar ufti kepada Maharaja China telah mengukuhkan kuasa dan pengaruh
Srivijaya. Dikatakan antara tahun 960-983 masihi, Srivijaya telah menghantar tidak kurang
dari lapan utusan diplomatik ke Negara China. Jaminan perlindungan daripada China
telah berjaya mengelakkan Srivijaya daripada diserang oleh kerajaan Majapahit, Siam dan
Burma. Lantaran itu, ini telah mengggalakkan kedatangan lebih ramai pedagang-
pedagang dari Arab, China dan India ke pelabuhan-pelabuhan Srivijaya.

3. Kekayaan Sumber Bahan Mentah


Kemampuan empayar Srivijaya menguasai dan memiliki bahan-bahan mentah yang
banyak telah menyebabkan Srivijaya mampu muncul sebagai pelabuhan entrepot utama di
Nusantara. Bahan-bahan mentah yang mendapat permintaan tinggi daripada pasaran
tempatan dan pedagang-pedagang China telah diperolehi daripada kawasan hutan di
Pulau Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu serta daripada kawasan jajahan
takluknya di Kepulauan Riau Lingga. Bahan-bahan mentah tersebut adalah seperti emas,
perak, kemenyan, gading gajah, kapur barus, kulit kura-kura, lilin lebah, damar, kayu
gaharu, kayu cendana, lada dan rempah ratus. Dalam hal ini, kekayaan sumber bahan
mentah telah menjadikan Srivijaya tumpuan pedagang-pedagang dari negara luar.

4. Kemudahan-kemudahan Perdagangan/ Pelabuhan


Para pemerintah telah menyediakan pelbagai kemudahan di pelabuhan-pelabuhan
seperti stor, tempat penginapan sementara dan gudang-gudang menyimpan barang.
Para pedagang yang datang ke Srivijaya dilayan dengan baik dan kemudahan dan layanan
yang baik ini telah menyebabkan Srivijaya dikunjungi oleh ramai pedagang.

5. Peranan Orang Laut


Peranan orang laut juga merupakan faktor penting dalam meningkatkan perkembangan
Srivijaya sebagai pusat perdagangan utama di Alam Melayu. Kemampuan dan kejayaan
pemerintah-pemerintah kerajaan Srivijaya mengawal orang laut menyebabkan masalah
perlanunan di Selat Melaka dapat dibendung dan diatasi. Dalam hal ini, pemerintah
Srivijaya telah menjadikan orang laut sebagai sebahagian daripada angkatan tentera laut.
Kemahiran orang-orang laut tentang selok belok laut seperti beting pasir, beting karang,
cuaca dan sebagainya telah membolehkan mereka mengawal jalan-jalan laut daripada
ancaman lanun-lanun dengan berkesan. Di samping itu, orang laut juga berperanan
memantau dan ada juga yang bertindak memaksa kapal-kapal pedagang-pedagang
singgah berdagang di pelabuhan-pelabuhan Srivijaya. Sumbangan orang laut ini telah
menyebabkan Srivijaya mampu memainkan peranan sebagai pusat persinggahan kapal-
kapal dagangan, pusat pengumpulan dan penyebaran barang-barang dagangan.

6. Sistem Pentadbiran Yang Baik dan Sistematik


Kerajaan Srivijaya juga mempunyai sistem pentadbiran yang baik dan sistematik. Kajian
terhadap inskripsi Telaga Batu menunjukkan bahawa Empayar Srivijaya dikenali sebagai
Kedatuan. Kedatuan dibahagikan kepada Mandala yang diketuai oleh seorang Datu dan
beliau dibantu oleh seorang Parvanda ( Ketua Tentera ). Dengan adanya sistem
pentadbiran yang baik dan teratur, maka perdagangan di Srivijaya dapat dijalankan dengan
lancar.
7. Dasar Perdagangan Srivijaya
Srivijaya juga mengamalkan beberapa dasar yang berhubung dengan sistem perdagangan.
Antaranya ialah pedagang-pedagang asing tidak dibenarkan berdagang secara
langsung di kawasan pedalaman dan mereka hanya dibenarkan berdagang di
pelabuhan-pelabuhan yang terletak di bawah penguasaan kerajaan pusat. Dasar ini
bertujuan untuk mengelakkan pedagang asing menghasut penduduk tempatan di kawasan
pedalaman untuk menentang kerajaan pusat. Pedagang-pedagang juga dikehendaki untuk
mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan. Dasar perdagangan ini
menyebabkan pedagangan di Srivijaya mampu berkembang dengan baik sehingga menjadi
satu pusat perdagangan utama di rantau ini.

8. Galakan Kerajaan
Kerajaan Srivijaya telah menggalakkan pedagang tempatan agar terlibat dalam
perdagangan antarabangsa. Terdapat kumpulan pedagang tempatan yang menjalankan
aktiviti perdagangan dengan China dan Asia Barat. Kumpulan yang terlibat dengan
perdagangan luar negara dikenali sebagai Puhawang dan Vaniaga. Istilah Siddha-Yatra
juga merujuk kepada pedagang-pedagang yang terlibat dengan perdagangan jarak jauh. Hal
ini menunjukkan kerajaan Srivijaya menggalakkan penduduk tempatan bergiat dalam
perdagangan antarabangsa dan seterusnya menjadikan Srivijaya sebagai pusat
perdagangan utama di Alam Melayu.

C. Kesimpulan
Berdasarkan kepada faktor-faktor yang telah dibincangkan tadi, kerajaan Srivijaya telah
berjaya sebagai sebuah kuasa perdagangan yang unggul daripada abad ke-7 hingga abad
ke-13 masihi. Menjelang abad ke-14 masihi, Srivijaya telah telah hilang pengaruhnya
sebagai sebuah empayar dan pusat perdagangan utama di Alam Melayu.

You might also like