STUDIO RAKAMAN VIDEO Ulasan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

STUDIO RAKAMAN VIDEO

Keperluan peralatan

1. Kamera Video
2. Peralatan Video Switcher / Mixer
3. Peralatan pencahayaan
4. Peralatan Chroma Key
5. Perisian Suntingan Non Linear Editing (NLE)
6. Audio Mixer
7. Mikrofon
8. Monitor
9. Alat Rakaman
10. Alat Komunikasi Jurukamera
11. Pengkabelan

Peralatan asas bagi sebuah studio video yang ringkas adalah seperti yang dinyatakan di atas.
Terdapat banyak lagi peralatan yang lain bagi studio besar kerana kebanyakan peralatan profesional
adalah mahal bagi menghasilkan bahan video yang berkualiti. Semakin mahal peralatan berkenaan
semakin berkualiti video yang dihasilkan dengan peralatan tambahan. Walaubagaimanapun bagi
tujuan pembelajaran secara asas peralatan yang dinyatakan diatas sudah boleh menghasilkan video
yang baik tujuan pembelajaran.

1. KAMERA VIDEO
Terdapat banyak jenis kamera video yang terdapat dalam pasaran yang kebanyakannya sudah
mempunyai keupayaan menyamai peralatan profesional.

Kamera video boleh merakam video kedalam format yang tertentu mengikut jenis pengguna.
Terdapat kamera video yang merakam video dalam format magnetic tape, Flash memori, hard disk,
DVD dan yang terbaru dalam bentuk Blue Ray Disc. Setiap Jenis format mempunyai ciri-ciri dan
kelebihnannya tersendiri. Magnetic tape terdapat banyak format yang digunakan contoh seperti
Mini DV Tape, HD Mini DV Tape, DVC Pro Tape, dan banyak format yang lain digunakan . Bagi
kegunaan profesional biasanya Mini DV adalah format paling rendah dan format terkini adalah HD
atau High Difinition format yang biasanya screen lebar resolusi 1080p. Harga kemera bergantung
kepada keupayaan kamera berkenaan. Bagi peringkat pertengahan biasanya berharga RM 8000.00
hingga RM 15,000.00 dan bagi profesional biasanya kamera berharga RM 100,000.00 dan keatas.
Bagi studio asas sebaiknya mempunyai 3 buah kamera kerana selain pembelajaran SCP
atau Single Camera Production studio ini mampu melaksanakan pembelajaran MCP atau Multiple
Camera Production. Ini bersesuaian dengan kehendak masa kini dalam dunia produksi. Di masa
depan boleh dipertingkatkan lagi dengan memasang peralatan tambahan seperti Dolly atau Track
bagi kegunaan pembelajaran.

2. SWICTHER VIDEO ATAU MIXER


Peralatan ini digunakan bagi pebelajaran MCP atau Multiple Camera Production.
Beberapa buah kamera video akan disambungkan kepada mesin ini untuk diadunkan bagi
penghasilan video dari pelbagai sudut kamera dan di masukkan kesan khas kedalam video secara
online dan dirakam hasilan terus kedalam format yang dikehendaki. Ini memudahkan dari segi
produksi kerana tidak lagi memerlukan kerja-kerja NLE .
Selain daripada itu peralatan ini boleh digunakan untuk tujuan penerbitan siaran
televisyen profesional bergantung kepada format yang bersesuaian digunakan. Dari segi harga
peralatan ini dahulunya amat mahal kini peralatan ini semakin murah. Semakin mahal peralatan ini
semakin canggih kesan khas boleh dimasukkan. Harga bergantung jumlah imput kamera yang boleh
dimasukkan kedalam mesin danjuga kesan khas yang boleh di imposekan kedalam video. Harga
boleh diperolehi dari RM 5000.00 hinggalah ratusan ribu bergantung kepada keupayaan mesin.

3. PERALATAN PENCAHAYAAN
Sistem perlampuan secara asas adalah menggunakan sistem 3 point lighting. Bagi studio
mini dengan chroma background seharusnya mempunyai sistem pencahayaan yang baik bagi
menghasilkan latarbelakang maya yang baik dengan menggunakan mesin khas. Perlampuan yang
banyak menghasilkan cahaya yang sekata bagi Fill Light, Key Light dan juga Back Light. Pembelajaran
pecahayaan akan lebih berkesan jika banyak jenis lampu digunakan bagi tujuan pencahayaan.
Kini terdapat banyak jenis lampu digunakan dalam produksi. Selain dari jenis yang
digunakan dalam studio terdapat juga Portable Lighting yang digunakan sewaktu penggambaran
luar. Harga peralatan ini bergantung kepada jenis cahaya samada jenis cahaya yang dihasilkan ,
kekuatan cahaya dan kualiti peralatan berkenaan. Jenis yang murah biasanya mudah rosak dan
mudah terbakar mentolnya. Kos mengganti peralatan akan menjadi mahal. Harga boleh diperolehi
dari RM 800.00 hingga beribu-ribu ringgit setiap unit.
4. CHROMA KEYER BOX
Alat ini digunakan untuk menghilangkan latarbelakang yang berwarna hijau seperti
terdapat didalam studio mini dan diganti dengan latarbelakang maya. Ini akan memberi kesan khas
kepada penghasilan video. Keupayaan ini juga ada yang telah digabungkan dengan mesin swicther
bergantung kepada kecanggihan mesin berkenaan. Harga bergantung mengikut kecanggihan
peralatan berkenaan. Kebiasaannya semakin mahal semakin bagus hasilnya.

5. Perisian Suntingan Non Linear Editing (NLE)


Komputer suntingan Non Linear Editing biasanya terdapat juga didalam studio untuk
memudahkan proses suntingan bahan dan juga peralatan. Komputer ini biasanya mempunyai
keupayaan yang tinggi kerana proses suntingan video adalah proses kerja yang berat bagi komputer.
Semasa memilihnya tentukan cip pemprosesannya adalah yang terkini, Memori juga besar dan
terkini, grafik juga perlu diambil kira kerana ini akan meringankan cip pemprosesan melakukan kerja.
Perkara utamanya adalah perisian suntingan. Perisian NLE ini ada banyak jenis dan harganya mahal
kerana perisian profesional ini asli. Cara penyuntingan sebenarnya sama sahaja cuma yang
membezakannya perisian mahal dapat mengenali mesin rakaman yang mahal dan profesional.
Perisian Suntingan seperti Sony Vegas Pro , Adobe Premier, Final Cut Pro, Pinacle Pro,
Velocity , iMovie, Endius, Video Storm dan banyak lagi. Harga bergantung kepada kecanggihan dan
peralatan tambahan yang diperlukan bagi menjalankan perisian berkenaan.

6. Audio MIXER
Alat ini digunakan untuk mengadun semua sumber audio kedalam rakaman video yang
dibuat sama ada melalui mikrofon, pemain VCD, DVD atau komputer dan sebagainya. Selain
daripada itu alat ini mengawal kekuatan audio sama ada kurang atau lebih dan boleh mengubahsuai
kualiti bunyi yang diterima daripada sumber audio. Terdapat 2 jenis mixer iaitu yang mempunyai
“power amp “ atau “pre amp”. Kebiasaannya studio menggunakan “Pre Amp”. Jenis ini tidak boleh
di sambung speaker secara terus tetapi mesti melalui “power amp” untuk mengeluarkan bunyi.
Harga peralatan ini bergantung kepada bilangan “Channnel” dan juga jumlah “effect” serta EQ atau
frequency pitch yang boleh dikawal. Alat ini sangat penting bagi menghasilkan kualiti audio yang
baik.

7. MIKROFON
Terdapat banyak jenis mikrofon yang perlu dikenali dan tahu kegunaannya. Bagi studio
tv mikrofon jenis klip adalah yang biasa digunakan kerana kecil dan tidak mengganggu pelakon atau
subjek. Jenis klip ini tergolong dalam kategori kondensor mikrofon. Mikrofon ini sangat sensitif dan
mempunyai pickup omnidirectional. Terdapat juga mikrofon pegang atau handheld. Biasanya jenis
ini terdapat 2 jenis iaitu diagfram dan kondensor. Jika handheld biasanya jenis diagfram dan pickup
cardiod. Terdapat juga jenis unidirectional dan digunakan secara khusus seperti alat muzik atau
suara ikut frekuensi yang tertentu.

You might also like