Program Kaunseling Dari Hati Ke Hati

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PROGRAM KAUNSELING DARI HATI KE HATI

TARIKH : 18 JANUARI 2011


TEMPAT : SMK PUTRAJAYA PRSINT 16 (1)
MASA : 8.30 PG – 12.30 TGH

Sebanyak 9 buah sekolah telah terlibat dalam menjayakan program ini . Program
ini adalah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia Dan Majlis Aspirasi Pemangkin
Nasional ( MAPAN ) bertujuan untuk membina modal insan yang cemerlang, gemilang,
dan terbilang menepati ciri generasi masa kini. Selain itu program ini juga bertujuan
untuk meningkatkan sahsiah pelajar yang berdisiplin. Bukan itu sahaja, malahan program
ini juga bertujuan untuk mencegah salah laku di kalangan pelajar, sebagai contoh aktiviti
gangsterisme, vandelisme dan lain-lain yang seumpama dengannya.

Pada jam 8.30 pagi,perasmian program ini dilaksanakan oleh Tuan Haji
Muhammad Yusof Bin Hassan Pengetua cemerlang SMK Putrajaya Presint 16 (1). Dalam
ucapannya, beliau mengucapkan syabas kepada jawatankuasa kerana berjaya
menganjurkan program sebegini. Menurut beliau lagi program seumpama ini perlu
digerakkan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan sahsiah pelajar. Oleh yang
demikian beliau berbanyak-banyak terima kasih kepada MAPAN kerana telah memilih
SMK Putrajaya Presint 16 (1) sebagai tuan rumah dalam menjayakan program ini.

Tn. Haji Yusof bin Hassan, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya
Presint 16 (1) telah memberi ceramah yang bertajuk ”Pembangunan Modal Insan Yang
Dinamik ”. Antara objektif ucapannya ialah meningkatkan daya intelektual pelajar ,
mambina motivasi dalaman untuk menjadi pelajar yang cemerlang dan lain-lain. Antara
ciri-ciri Modal Insan yang Dinamik ialah sentiasa berfikiran positif , menjadi manusia
baik, mempunyai jati diri yang kental dan sebagainya.

Pada sesi kedua iaitu pada jam 10.45 pagi, pelajar-pelajar yang terlibat telah
dibahagikan ke dalam kumpulan-kumpulan kecil. Terdapat 25 buah kumpulan yang
terdiri daripada seorang fasilator dan 5-9 orang pelajar. Agenda pertama ialah
mentafsirkan pengalaman hidup di dalam garisan kehidupan di mana pelajar harus
melukis graf mengenai pengalaman pahit dan manis semasa di alam sekolah menengah.
Setiap orang diminta untuk menceritakan tentang kisah hidup masing-masing. Selepas
itu, fasilator memberikan sekeping kertas yang berbentuk soalan sosial dan kehidupan.
Agenda seterusnya, pelajar-pelajar dipaparkan dengan video yang ditayangkan oleh
petugas-petugas MAPAN.
Pada jam 12.30 tengahari, pelajar dibenarkan pulang setelah selesai segala
agenda. Saya berharap agar program seperti ini akan diadakan lagi. Terima kasih kepada
pihak sekolah kerana memberi peluang kepada saya untuk melibatkan diri dalam program
yang bermanfaat ini.
Sekian , terima kasih.

Disediakan oleh,

( NUR MARDHIAH BT. ZULKHAIRI )


Penolong Ketua Kelas 4 Lambda,
SMK Putrajaya Presint 16 (1).

You might also like