Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Latar Belakang Unit Bimbingan dan Kaunseling di IPGKPP

Latar Belakang

Pada Jun 2002, Cawangan Kaunseling Dan Keutuhan telah ditubuhkan secara rasmi di
Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia. Pejabat pertamanya yang
terletak di Blok B, Tingkat 7, Pusat Bandar Damansara, Kuala Lumpur. Pada 23 Oktober
2004, CKK telah berpindah ke Blok E 12, Parcel E, Komplek Kerajaan Persekutuan,
Putrajaya. Pada 1 Februari 2007, CKK telah berkembang menjadi 3 unit iaitu Unit
Keutuhan, Unit Psikologi dan Unit Kaunseling. Fungsi dan peranan unit ini telah
dipertingkatkan dan diperluaskan. Ini adalah selaras dengan keperluan, fungsi dan
peranan CKK pada ketika ini.

Objektif Unit

Menyediakan perkhidmatan kaunseling individu dan kelompok bertujuan memberi


bimbingan dan perundingan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh individu dalam
organisasi, keluarga dan komuniti supaya mereka dapat meningkatkan kesedaran,
kecerdasan dan kemahiran menguruskan pemikiran, emosi dan tingkah laku seterusnya
menggunakan seluruh potensi diri demi mencapai kesejahteraan dan kecemerlangan di
dunia dan akhirat.

Piagam Pelanggan

Kami berjanji akan memberikan khidmat bimbingan dan nasihat berkaitan perkhidmatan
kaunseling secara profesional, efisien, mematuhi etika yang ditetapkan serta sentiasa
memberikan senyuman, bersedia mendengar dan memberikan layanan mesra yang
merangkumi fungsi-fungsi berikut;

Pentadbiran

Memberikan keputusan atau maklumbalas berhubung aktiviti perkhidmatan psikologi dan


kaunseling dalam tempoh tiga ( 3 ) hari bekerja.

Memberi khidmat nasihat atau maklumbalas berhubung aspek pengurusan dan


pembangunan sumber manusia melalui pendekatan psikologikal secara tepat, cepat,
efektif dan beretika.

Perkhidmatan Kaunseling

Melaksanakan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 18 Tahun 2005: Panduan Aplikasi Psikologi


Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam

Melaksanakan pekeliling-pekeliling yang dikeluarkan dari semasa ke semasa berkaitan


psikologi dan kaunseling

You might also like