Dapatan Kajian (3) Geografi PMR

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

8.

5 Langkah/cadangan untuk mengatasi masalah dalam melaksanakan kitar semula

Bagi memastikan amalan kitar semula dapat dijalankan di kawasan sekolah kita

dengan lebih lancar, beberapa langkah atau tindakan telah saya cadangkan bagi

memastikan atau menjamin tahap cemerlang dalam pelaksanaan amalan kitar semula.

Langkah tersebut adalah seperti yang berikut:

1. Kempen

Pihak sekolah boleh mengadakan kempen kesedaran tentang amalan kitar semula

untuk meningkatkan kesedaran menjaga alam sekitar. Ini dapat melahirkan golongan

pelajar yang lebih prihatin, peka dan bersama-sama memainkan peranan untuk

mengamalkan amalan kitar semula. Kempen-kempen yang dilaksanakan juga boleh

memberi keinsafan kepada para pelajar supaya menjaga alam sekitar daripada mengalami

kemusnahan.

2. Pendidikan

Pelajar-pelajar sepatutnya memberi pendidikan tambahan tentang kepentingan

dan cara melaksanakan amalan kitar semula.Melalui cara tersebut, pelajar dapat mudah

menyedari akan peranan sendiri dalam sebarang aktiviti kitar semula dan melahirkan

sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Pertandingan di sekolah juga harus giat

dilakukan untuk menarik minat pelajar mengamalkan kitar semula dengan menyediakan

hadiah yang lumayan kepada pelajar yang menyertai pertandingan tersebut.


3. Menyediakan Kemudahan Pusat Pengumpulan.

Pihak berkuasa tempatan perlu menyediakan lebih banyak pusat pengumpulan

kitar semula bagi memudahkan pihak sekolah mengurus bahan-bahan kitar semula yang

telah dikumpulkan. Ini sangat penting kepada para pelajar supaya lebih peka dengan tidak

membuang bahan yang boleh dikitar semula secara sesuka hati. Pihak sekolah juga perlu

meletakkan tong-tong kitar semula di lokasi yang sesuai bagi memudahkan pelajar

membuang bahan-bahan kitaran ke dalam tong yang disediakan.

4. Gotong Royong

Gotong-royong juga merupakan langkah yang baik untuk mengalakkan para

warga sekolah menyumbang tenaga untuk menjayakan aktiviti kitar semula. Pelajar-

pelajar seharusnya belajar bersama-sama bergotong royong untuk mengumpulkan bahan-

bahan kitar semula daripada membakar atau membuang ke tong sampah sahaja. Selain

itu, guru-guru juga berperanan yang penting untuk memastikan kerjasama daripada setiap

pelajar terhadap amalan kitar semula yang diadakan di sekolah.

Akhir kata, semua pihak perlulah berganding bahu dan bekerjasama untuk

memastikan amalan kitar semula ini dapat dijalankan dengan sempurna. Pelajar-pelajar

dan warga sekolah lain perlu mempunyai sikap bertanggungjawab untuk bersama-sama

menjaga bumi ini daripada pencemaran dan ancaman kegiatan manusia.

You might also like