Tapak Warisan Dunia

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Tapak Warisan Dunia

7 Julai 2008 merupakan tarikh yang cukup bermakna bagi negara kita. Pada tarikh

ini, dua tempat bersejarah di negara kita iaitu Melaka Bandaraya Bersejarah dan

Georgetown telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia (TWD) bagi kategori

bandaraya (Bandaraya Warisan Dunia - BWD). Pengiktirafan ini dilakukan oleh

Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu

(UNESCO).

Sebelum ini, pada tahun 2000, Taman Kinabalu di Sabah dan Taman Negara Mulu di

Sarawak turut diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia bagi kategori alam semula jadi.

Tahukah adik-adik apakah yang dimaksudkan sebagai ‘Tapak Warisan Dunia’?

Apakah kelebihan tapak ini dan apakah ciri-ciri yang diperlukan untuk mendapat

pengiktirafan tersebut?

Dalam ruangan Fokus kali ini, kita akan mengupas tajuk ini supaya adik-adik lebih

memahami kepentingan pengiktirafan ini, seterusnya memainkan peranan agar

status TWD ini terus berkekalan sampai bila-bila.

Definisi Tapak Warisan Dunia (TWD)

Tapak Warisan Dunia bermaksud sesuatu yang mengandungi nilai sejarah yang

tinggi, yang diwarisi daripada generasi yang terdahulu. Misalnya hutan, gunung,

tasik, padang pasir, monumen, bangunan, kompleks dan bandar.

Pemilihan Tapak Warisan Dunia


Pemilihan Tapak Warisan Dunia tertakluk di bawah Program Warisan Dunia

Antarabangsa UNESCO. Program ini ditadbir oleh Komiti Warisan Dunia UNESCO

yang terdiri daripada 21 buah negara.

Apabila kerajaan Malaysia menghantar pencalonan ke atas Melaka Bandaraya

Bersejarah dan Georgetown untuk dinilai oleh Komiti Warisan Dunia UNESCO,

kesemua 21 buah negara yang terlibat telah bersetuju mengiktiraf kedua-dua

bandaraya ini sebagai Bandaraya Warisan Dunia.

Nota: UNESCO (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization)

ialah badan dunia yang ditubuhkan pada 16 November 1945 bagi mempromosi

inisiatif kerja sama antarabangsa bagi hal ehwal berkaitan pendidikan, sains dan

kebudayaan. Badan mempunyai 190 negara ahli termasuk Malaysia.

Kepentingan Tapak Warisan Dunia

Apabila sesuatu warisan itu telah diiktiraf sebagai TWD, hal ini akan dapat

meninggikan lagi nilai khazanah warisan itu. Warisan tersebut akan dilindungi

sepenuhnya dan dipelihara keaslian dan mutunya untuk tatapan generasi

seterusnya.

Apabila kerajaan negara kita telah mendapat pengiktirafan TWD bagi Melaka dan

Georgetown, satu jawatankuasa telah ditubuhkan untuk memastikan kedua-dua

tempat ini terus terpelihara dan dapat mengekalkan status tersebut. Jawatankuasa

tersebut, yang dinamakan Jawatankuasa Pengurusan untuk Tapak Warisan Dunia

Melaka dan Georgetown, dipengerusikan oleh Menteri Perpaduan, Kebudayaan,

Kesenian dan Warisan iaitu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Jawatankuasa inilah

yang bertindak memelihara dan memulihara kedua-dua Tapak Warisan Dunia


tersebut daripada segala bentuk tindakan yang boleh merosakkan nilai sejarah yang

ada sehingga menyebabkan pengiktirafan tersebut ditarik balik oleh UNESCO.

Sekiranya status tersebut ditarik balik, hal ini merupakan kerugian kepada negara

kerana tapak itu tidak lagi mempunyai daya tarikan kepada para pelancong,

manakala generasi akan datang tidak lagi dapat menatap sejarah yang pernah

berlaku di negara mereka.

Bagi memastikan Tapak Warisan Dunia dijaga dan dipelihara dengan rapi, Program

Warisan Dunia Antarabangsa UNESCO sentiasa membuat lawatan dari semasa ke

semasa ke tapak-tapak tersebut.

Pemilihan Melaka dan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia

Adik-adik, untuk mendapat status Tapak Warisan Dunia bukanlah perkara yang

mudah. Kerajaan Malaysia sendiri telah berusaha sejak tahun 2001 supaya Melaka

dan Georgetown diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia. Selepas tujuh tahun,

barulah negara kita menerima pengiktirafan tersebut, iaitu setelah semua ciri-ciri

yang diperlukan berjaya dipenuhi.

Apakah keistimewaan Melaka dan Georgetown sehingga berjaya dipilih sebagai

Bandaraya Warisan Dunia?

Melaka dan Georgetown sememangnya mempunyai ciri-ciri sejarah yang istimewa.

Melaka dan Georgetown merupakan bandar di pinggir Selat Melaka yang telah

dibangunkan sejak lebih 500 tahun dahulu sebagai pusat pertukaran barangan dan

budaya antara Timur dan Barat.


Pengaruh Asia dan Eropah dapat dilihat di bandar ini sehingga ke hari ini, sama ada

secara langsung dan tidak langsung. Pengaruh ini dapat dilihat pada bangunan,

tempat ibadah dan kubu yang dibina.

Tapak Warisan Dunia yang diiktiraf di Melaka merangkumi kawasan seluas 214.6

hektar. Kawasan ini melibatkan zon sekitar Bukit St. Paul yang terdiri daripada

bangunan-bangunan kerajaan, muzium, gereja dan kubu tinggalan Portugis dan

Belanda serta Bukit Cina, serta kawasan kediaman dan kawasan zon perniagaan

bersejarah yang merangkumi 600 rumah kedai, premis perniagaan dan bangunan

tempat tinggal, rumah-rumah ibadat dan makam-makam.

Manakala di Georgetown, kawasan yang dipilih ialah kawasan seluas 259.4 hektar.

Kawasan ini termasuk Lorong Love, Pengkalan Weld Lebuh Pantai, Jalan Masjid

Kapitan Keling, Lebuh Light, Lebuh Bishop, Lebuh Pasar serta beberapa lebuh lain.

Komitmen Kerajaan dan Rakyat

Kita harus berbangga dengan pengiktirafan Melaka dan Georgetown sebagai Tapak

Warisan Dunia. Dengan itu, wajarlah kita menyintai tanah air kita terutamanya

khazanah warisan negara yang cukup tinggi nilainya di kedua-dua tempat ini. Maka,

bersama-samalah kita memulihara khazanah ini supaya pengiktirafan ini kekal

sampai bila-bila.

Senarai Tapak Warisan Dunia

Sehingga kini, terdapat lebih 900 tempat yang telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan

Dunia di seluruh dunia.


Antara Tapak Warisan Dunia yang terkenal termasuk:

1. Angkor Wat di Kemboja

2. Candi Borobodour di Indonesia

3. Tembok Besar China di Negara China

4. London Tower di United Kingdom

5. Piramid Giza di Mesir

6. Great Barrier Reef di Australia

7. Sydney Opera House di Australia

8. Taj Mahal di India

9. Machu Picchu di Peru

10. Al-Hambra di Sepanyol

(Artikel ini telah tersiar dalam Dewan Pelajar Julai 2009)


Posted by Zulina Hassan at 16:40 0 comments
Labels: Rencana Umum

Thursday, 20 August 2009

You might also like