Kajian Kaedah Konstruktivisme

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 23

BAB 1

PENYELIDIKAN MASALAH

1.1 Pengenalan

Pada dasarnya Kajian ini dijalankan bagi tujuan mencadangkan keberkesanan


kaedah konstruktivisme di kalangan murid tahun 6 sekolah rendah dalam pengajaran
pembelajaran penulisan UPSR. Pembelajaran secara konstruktivisme diharapkan akan
membantu memotivasikan dan menambah minat belajar berbanding dengan kaedah
konvensional yang digunakan pada masa kini. Kajian ini meliputi latar belakang kajian,
pernyataan masalah, objektif kajian, signifikan kajian, batasan kajian, definisi dan juga
tajuk kajian yang telah dipilih.

1.2 Latar Belakang Kajian

Terdapat pelbagai kaedah dan teknik yang boleh digunapakai oleh guru di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran penulisan tahun 6 UPSR. Antara kaedah yang
sesuai ialah kaedah konstruktivisme yang dapat menghasilkan pembelajaran yang
berkesan dan bermakna kepada pelajar-pelajar. Kaedah konstruktivisme memainkan
peranan yang penting di dalam pengajaran dan pembelajaran, khususnya di sekolah
rendah.

Terdapat pelbagai teori dan kajian yang telah dibuat menyatakan bahawa
pembelajaran konstruktivisme dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran
penulisan dalam bilik darjah melalui pemahaman kendiri, konsep dan pengetahuan
menerusi persekitaran pembelajaran yang kondusif. Kaedah ini lebih menekankan
pelajar membina sendiri kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai menerusi

1
pembelajaran yang bermakna. Di dalam kaedah konstruktivisme ini terdapat banyak
kelebihannya seperti dapat menggalakkan pelajar untuk lebih berfikir, lebih faham, lebih
ingat, lebih yakin, lebih berkemahiran sosial, dan lebih menyeronokkan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

1.3 Pernyataan Masalah


Pengajaran yang lazimnya berpusatkan guru, dan pelaksanaan aktiviti penulisan
yang sangat berkurangan dilakukan oleh murid tahun enam merupakan punca utama
kemerosotan mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan bagi pelajar UPSR. Ini telah
dibuktikan di dalam kajian Rohani (1996). Kebanyakan guru hanya memindahkan ilmu
pengetahuan mereka kepada pelajar dengan menyalin apa sahaja yang disampaikan oleh
guru tanpa menjalankan aktiviti susulan. Situasi ini mengakibatkan para pelajar menjadi
kaku, pasif dan tidak kreatif dalam memberi pandangan mereka akibat daripada sistem
pembelajaran yang dijalankan telah mengabaikan nilai pengalaman.

Hasil yang sama juga didapati daripada kajian oleh Sulaiman Ngah Razali et al.
(1996). Daripada kajian tersebut mereka mendapati kebanyakan pelajar menyatakan
bahawa guru mereka setiap kali atau banyak kali menggunakan kaedah kuliah semasa
mengajar. . Oleh itu kajian ini dibuat untuk mengenalpasti kaedah pengajaran dan
pembelajaran konstruktivisme dapat menentukan keberkesanan dan kejayaan seseorang
pelajar dalam menguasai konsep-konsep penulisan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

1.4 Kerangka Konsep Kajian

Bagi memastikan kajian yang dijalankan dapat membuktikan keberkesanan


penguasaan konsep-konsep dalam penulisan melalui pembelajaran konstruktivisme bagi
tajuk faedah-faedah mempelajari komputer oleh pelajar dapat dicapai ataupun tidak,
terdapat dua kaedah pembelajaran yang berbeza akan digunakan oleh guru. Kaedah-
kaedah tersebut ialah pembelajaran secara konstruktivisme dan pembelajaran secara
tradisional (pembelajaran berpusatkan kepada guru). Dua kaedah yang berbeza ini nanti
akan dapat membantu guru membuat perbandingan dari segi hasil yang ingin diperolehi

2
telah dapat dicapai ataupun tidak. Kerangka konsep kajian yang akan digunakan boleh
dilihat pada rajah 1 berikut. Kajian ini akan dijalankan dengan cara membahagikan
murid-murid kepada 2 kumpulan besar. Kumpulan pertama akan menggunakan kaedah
konstruktivisme dan satu kumpulan lagi menggunakan kaedah tradisional. Kumpulan
pertama akan berada di dalam kumpulan kecil masing-masing dan mencari isi-isi penting
bersama-sama rakan manakala kumpulan kedua pula menggunakan kaedah tradisional
untuk mencari isi-isi penting melalui penerangan dan demonstrasi guru. Sekiranya
kumpulan ini menulis karangan yang lebih berpusatkan kepada guru yang mana guru
memainkan peranan yang lebih dalam memberi penerangan dan menyusun aktiviti.

Bagi menentukan kaedah konstruktivisme adalah lebih baik daripada kaedah


tradisional di dalam membantu pelajar menguasai konsep-konsep penting penulisan,
terdapat beberapa hasil yang dapat dilihat seperti pelajar lebih seronok untuk belajar,
lebih bermotivasi, ingatan yang lebih kukuh, lebih yakin, dan lebih berkemahiran sosial.
Semua hasil ini adalah ciri-ciri yang terdapat di dalam pembelajaran menggunakan
kaedah konstruktivisme.

Bagi memastikan kaedah konstruktivisme ini dapat membantu pelajar menguasai


konsep-konsep penulisan bagi tajuk yang dipilih, pelajar akan diberikan aktiviti-aktiviti
‘hands on’ dan ‘minds on’ yang dapat membantu mencungkil idea-idea atau pandangan
tentang sesuatu konsep. Pelajar diberi peluang berkongsi persepsi antara satu sama lain,
pelajar akan dibekalkan tajuk yang berkaitan untuk mencari isi-isi penting, kajian spesifik
dan sebagainya.

3
Kaedah HASIL
1 Tindakbalas
Konstruktivisme daripada pelajar
2 Ingatan yang Penguasaan
lebih kukuh konsep-konsep
3 Lebih dalam
Kaedah bermotivasi Penulisan
Tradisional 4 Sikap dan nilai
murni
5 Kaedah terpilih

Rajah 1 : Kerangka Konsep Kajian konstruktivisme

1.5 Objektif Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau sejauhmana keberkesanan dan minat murid
dapat ditanam melalui kaedah Konstruktivisme yang merupakan salah satu struktur yang
terdapat dalam pembelajaran konstruktivisme. Pembolehubah sikap yang dikaji ialah
minat dan pencapaian pelajar dalam penulisan Bahasa Melayu. Objektif kajian ini
dijalankan adalah bertujuan :-

a) Mengenalpasti keberkesanan kaedah konstruktivisme bagi membantu pelajar


menguasai isi-isi penting Bahasa Melayu Penulisan bagi tajuk Faedah-Faedah
Mempelajari Komputer.
b) Mengenalpasti keberkesanan pembelajaran konstruktivisme dibandingkan
dengan kaedah ynag biasa digunakan iaitu kaedah tradisional di dalam
pembelajaran konsep.
c) Mengenalpasti sama ada ciri-ciri pembelajaran konstruktivisme seperti pelajar
lebih seronok, lebih yakin, lebih ingat dan sebagainya dapat diwujudkan bagi
membantu mereka untuk mencari isi-isi penting bagi matapelajaran Bahasa
Melayu Penulisan.

4
1.6 Persoalan Kajian

Kajian ini ingin mengetahui sama ada kaedah pembelajaran konstruktivisme boleh
menghasilkan sikap yang lebih baik terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu Penulisan dari segi persoalan-persoalan berikut:

(a) Adakah kaedah Konstruktivisme dapat meningkatkan penguasaan


pelajar-pelajar terhadap konsep penulisan?
(b) Adakah terdapat peningkatan prestasi pelajar dengan menggunakan
kaedah konstruktivisme lebih baik daripada kaedah tradisional?
(c) Adakah terdapat perbezaan sikap pelajar sebelum dan selepas
mengunakan kaedah pembelajaran konstruktivime.

1.7 Kepentingan Kajian

Kajian ini sangat penting kepada guru, pelajar dan pengkaji pendidikan kerana:
Ia dapat menyedarkan para guru tentang kaedah-kaedah yang dapat memudahkan
pemahaman pelajar untuk menguasai konsep dalam penulisan. Oleh itu guru dapat
menerapkan kaedah ini dalam setiap pengajarannya disamping dapat menambahkan
keseronokan dan minat murid untuk belajar. Melalui kaedah ini juga pelajar berpeluang
meneroka sendiri dan tidak terlalu mengharap pergantungan pada guru semata-mata. Ini
dapat melahirkan murid yang cerdas, berdikari dan aktif.

1.8 Batasan Kajian

Kajian ini mempunyai batasan seperti berikut:

1.8.1 Kajian ini akan menggunakan bilangan pelajar yang sedikit dan terbatas pada
sekolah ini sahaja. Mereka bukan merupakan sampel perwakilan sebenar untuk
sesuatu kawasan. Oleh itu, hasil dapatan kajian ini tidak dapat digeneralisasikan
kepada semua pelajar tahun 6.

1.8.2 Tumpuan kajian ini bertumpu kepada mencari isi-isi penting untuk dibuat peta

5
minda, kaedah ini mungkin tidak sesuai kepada beberapa tajuk yang tertentu.

1.8.3. Di antara beberapa perkara yang perlu diingatkan bahawa tumpuan kajian ini
hanyalah untuk mencari isi-isi penting sahaja, kaedah konstruktivisme ini
mungkin tidak sesuai untuk semua tajuk di dalam Bahasa Melayu. Oleh itu para
guru haruslah menyesuaikan kaedah pengajaran mengikut tajuk yang sesuai
kerana di dalam pengajaran Bahasa Melayu masih terdapat pelbagai kaedah lain
yang bersesuaian mengikut tajuk tertentu.

1.8.4 Kajian ini juga menggunakan bilangan pelajar yang sedikit dan terbatas pada
murid tahun enam Multimedia Sekolah Kebangsaan Tok Motong sahaja dan
mereka bukanlah sampel perwakilan sebenar untuk suatu kawasan. Mungkin
kawasan yang berlainan serta latar belakang pelajar yang berlainan memberikan
kesan pengajaran yang berlainan.

1.9 Takrifan Kajian

Berikut adalah merupakan definisi kepada istilah-istilah yang digunakan dalam kajian ini

a) Pembelajaran Konstruktivisme
Pembelajaran konstruktivisme adalah pembelajaran yang menyediakan peluang
kepada pelajar untuk membina kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dengan
mewujudkan jaringan atau hubungan (dalam minda) antara idea dan fakta yang sedang
dipelajari. Mengikut teori pembelajaran konstruktivisme, pelajar perlu memainkan
peranan aktif di dalam memahami dan memberi makna kepada maklumat atau
pengetahuan yang dipelajari. Oleh itu, konstruktivisme juga dikenali sebagai fahaman
‘binaan’.

b) Pembelajaran Secara Tradisional

6
Kaedah tradisional atau dianggap juga sebagai stail pengajaran yang lama, kerana ia
telah dipraktikkan untuk sekian lama di mana pengajaran lebih berpusatkan kepada guru
atau lebih dikenali sebagai ‘chalk and talk’.

c) Konsep

Konsep merujuk kepada pengertian atau pendapat yang terbentuk dalam fikiran
mengenai sesuatu.

d) Keberkesanan

Kesan adalah sesuatu tindakan atau hasil tindakan yang menyebabkan sesuatu
perubahan berlaku. Keberkesanan merujuk kepada keupayaan untuk mewujudkan sesuatu
hasil atau perubahan yang diingini. Keberkesanan dalam kajian ini merupakan skor yang
diperolehi pelajar berdasarkan ujian pra dan ujian pasca bermula dari 0 – 100 markah.

1.10 Ringkasan
Bab ini menghuraikan rasional, objektif, hipotesis dan kepentingan kajian ini.
Kajian ini diharapkan agar dapar membantu guru mencari pengajaran yang dapat
memudahkan penyampaian isi pengajaran di samping memberi peluang penerokaan oleh
murid untuk mencari konsep yang ingin dipelajari tanpa terlalu bergantung penuh pada
guru. Secara tidak langsung ianya juga dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran
yang menyeronokkan dan sekaligus objektif sesuatu tajuk pelajaran akan dapat dicapai
dengan lebih berkesan.

BAB 2

7
TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Kementerian Pelajaran Malaysia dan pakar pendidikan telah merancang dan


berusaha dengan pelbagai cara dan kaedah bagi menarik minat pelajar dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu Penulisan. Mengikut kajian yang lepas, salah satu kaedah yang
ditekankan ialah seseorang guru itu perlu melibatkan pelajar dalam pembelajaran secara
kritis, kreatif dan inovatif yang dapat membawa pemahaman kepada diri pelajar. Guru
digalakkan menggunakan kaedah yang sesuai untuk meluaskan pengalaman pembelajaran
disamping mengukuhkan pemahaman pelajar. Mengikut kajian yang lepas, salah satu
kaedah yang sesuai diketengahkan untuk membantu pelajar dalam pembelajaran Bahasa
Melayu Penulisan ialah kaedah konstruktivisme.

2.2 Teori Pembelajaran Konstruktivisme

Konsruktivisme bukan merupakan satu teori yang baru dalam bidang pendidikan.
Pengaruh konstruktivisme dalam era teknologi maklumat dan komunikasi ini semakin
kuat. Teori ini bertitik tolak daripada pandangan behaviorisme yang mengkaji tentang
cara manusia belajar dan memperoleh pengetahuan yang menekankan perwakilan mental.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Bruner (1973) beliau telah menekankan
bahawa pembelajaran merupakan satu proses di mana pelajar membina idea baru atau
konsep berasaskan kepada pengetahuan semasa mereka. Pelajar memilih dan
mengintepretasikan maklumat, Mencari isi dan membuat keputusan yang melibatkan
pemikiran mental (struktur kognitif seperti skema dan model mental) memberikan makna
dan pembentukan pengalaman dan membolehkan individu “melangkau melebihi
maklumat yang diberikan”. Hasil daripada pendekatan ini, beliau telah memperkenalkan
pembelajaran penemuan (Discovery Learning).

8
Menurut Zuraini Abd. Rahman (2006) yang memetik kajian kes yang telah
dijalankan oleh Bruner (1999) berpendapat murid membina pengetahuan mereka dengan
menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada,
mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang
diperolehi dengan binaan intelektual yang sedia wujud.

Menurut Zuraini Abd. Rahman (2006) yang memetik kajian oleh Brooks &
Brooks (1993) menyatakan bahawa murid membina makna tentang dunia dengan
mensintesis pengalaman baru kepada apa yang mereka telah fahami sebelum ini. Mereka
membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea.
Apabila mereka bertemu dengan objek, idea atau perkaitan yang tidak bermakna kepada
mereka, maka mereka akan sama ada menginterpretasikan apa yang mereka lihat supaya
secocok dengan peraturan yang mereka telah bentuk atau mereka akan menyesuaikan
peraturan mereka agar dapat menerangkan maklumat baru ini dengan lebih baik.

Menurut Zuraini binti Abd. Rahman (2006) yang memetik Mc Brien dan Brandt
(1997), konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada
penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat
setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan orang
lain.

Pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir berdasarkan


pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, pelajar akan menyesuaikan
pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan
baru dalam mindanya (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1991).

Secara ringkasnya, teori pembelajaran konstruktivisme adalah satu fahaman


bahawa pengetahuan, idea atau konsep yang baru dibina secara aktif berdasarkan kepada
pengalaman lepas dan pengetahuan sedia ada dengan maklumat, idea atau konsep yang
diterima sama ada bantuan kendiri, interaksi sosial atau persekitaran diselaraskan melalui

9
proses metakognitif. Rajah 2 menunjukkan gambaran pengertian konstruktivisme secara
ringkasnya.

Pengetahuan
sedia ada/
pengalaman Proses
lepas Proses
metakognitif Pengetahuan
metakognitif
baru
Maklumat
Pengetahuan Idea baru
Idea Secara Diubahsuai/ Konsep baru
Konsep aktif diselaraskan
Kemahiran
Maklumat

Persekitaran/
sosial/ individu

Rajah 2: Gambaran Pengertian Konstruktivisme

Rajah 2 menunjukkan sebuah peta minda tentang pengertian konstruktivisme secara

keseluruhannya iaitu dari segi implikasinya ke atas pengajaran dan pembelajaran, prinsip-

prinsip dan peranan guru dan pelajar.

10
Menerima autonomi pelajar
Pembelajaran satu proses Lebih bertumpu kepada pembelajaran
yang aktif Pelajar berwawasan dan bermatlamat

BERPUSATKAN Motivasi-kunci pembelajaran Menggalakkan penemuan inkuiri


PELAJAR Menggalakkan perasaan ingin tahu
Menggalakkan inisiatif

Pengalaman-peranan kritikal Pengalaman kepercayaan lepas,


dalam pembelajaran pengetahuan lepas, sikap sedia ada
PRINSIP-PRINSIP
PRINSIP-PRINSIP
KESELURUHAN CIRI-CIRI Pilih dan ubah maklumat
KESELURUHAN
PEMBELAJARAN Konstruk hipotesis
“Cognitive pre-disposition” Membuat pilihan Pembelajaran
manusia kooperatif
Pembelajaran
Berkaitan dengan kehidupan
melibatkan
Berkaitan dengan prejudis
bahasa
“reasoning” konstektual Berkaitan dengan kebimbangan
Pembelajaran
melibatkan
Pemikiran kritikal Aktiviti sosial
situasi
Pembelajaran
Penyelesaian masalah masa Refleksi dan kematangan
melibatkan
realiti dunia
“retrieval”, pemahaman dan fokuskan
Pembelajaran
penggunaan Pemahaman dan prestasi melibatkan
dialog

Fleksibiliti kognitif Bertanggungjawab-


GOL pembelajaran kendiri
GOL
PENGAJARAN refleksi
PENGAJARAN Organisasi kerja
Membelajari maklumat sendiri
Agihan Kepakaran Double lesson
baru Trait yang
Cara belajar yang baru diingini- ingin
Penggunaan teknologi
tahu, inisiatif dan
“persistent”
PERANAN
PELAJAR Fasilitator Rancang dan urus Perisian –alat
mencapai gol
GURU & pembelajaran
GURU & Pembimbing
PELAJAR Kaunseling dan arah tuju Pengaksesan
PELAJAR Internet-
“Learn along the way” perkongsian
Berfikiran terbuka maklumat,
PERANAN GURU
Simulasi,
modelling dll –
Penyokong kognitif sokong kajian
Buat cadangan,
Memperkenalkan,Cabara
Akses pelajar individu n kreativiti
Rajah 3: Peta Minda Konstruktivisme Galakkan berdikari

Sumber: Ubahsuai dari Set limit

http://uib.no/People/sinia/CSCL/HMM_Constructivismm.htm Kemungkinan, Kekuatan, Keperluan & perasaan.

/02/03/2008

11
MOHD NASOBAR BIN HJ IBRAHIM
HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

2.3 Prinsip-Prinsip Pembelajaran Konstruktivisme

Menurut kajian oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (1991), salah satu


implikasi pendekatan konstruktivisme yang paling utama ialah pengajaran dan
pembelajaran adalah berpusat pelajar. Pengetahuan yang diterima adalah hasil daripada
aktiviti tersebut dan bukannya yang diterima secara pasif. Ia menekankan tindakan dan
pemikiran pelajar dan bukannya guru.

Berdasarkan rajah 2, prinsip-prinsip pembelajaran utama yang berpusat pelajar


mempunyai ciri-ciri iaitu pembelajaran merupakan satu proses yang aktif. Di sini guru
perlu menerima autonomi pelajar. Ia lebih menekankan pembelajaran daripada
pengajaran. Pelajar diberi peluang untuk memilih gol, strategi dan penilaian
pelajarannya.

Keduanya ialah motivasi merupakan kunci kepada pembelajaran di mana ia


menggalakkan penemuan inkuiri, perasaan ingin tahu dan inisiatif pelajar. Di samping
itu, pengalaman dari segi kepercayaan, sikap sedia ada dan pengetahuan sedia ada
memainkan peranan yang kritikal dalam pembelajaran.

Oleh sebab manusia mempunyai kecenderungan kognitif (cognitive


predisposition) maklumat akan dipilih dan diubahsuai. Pelajar mengkonstruk
pengetahuan melalui penglibatan aktiviti projek/ kajian. (contoh; menguji hipotesis) dan
membuat pilihan. Di sini, pengajaran perlu direkabentuk untuk memudahcara
ekstrapolasi dan memenuhi ruang (“going beyond the information given”)

Dalam teori konstruktivisme, pembelajaran adalah berbentuk kontekstual. Ia


berkaitan dengan dunia kehidupan seseorang dan berhubung dengan prejudis dan
kebimbingannya. Pembelajaran juga ialah satu aktiviti sosial di mana ia menyokong
pembelajaran koperatif dan melibatkan penggunaan bahasa. Ia melibatkan pelajar dengan
situasi dunia sebenar. Pembelajaran sebagai aktiviti sosial ini juga menggalakkan dialog
dan perbincangan sesama pelajar atau antara guru dan pelajar. Satu lagi prinsip
pembelajaran ialah ia mengambil masa. Di sini pelajar perlu diberikan masa yang

12
MOHD NASOBAR BIN HJ IBRAHIM
HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

mencukupi untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Ia menekankan pemikiran refleksi


dan proses kematangan.

Pembelajaran konstruktivisme amat memfokus kepada pemahaman pelajar dan


prestasinya. Mengikut Alessi & Trollip (2001) ia mempunyai asas dalam kognitif
bersituasi dan perkaitan dengan pengajaran bertumpu.

2.4 Pendekatan Pembelajaran Secara Konstruktivisme

Pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme dapat dibahagikan kepada lima

format iaitu:

1. Penglibatan : Simulasi perasaan ingin tahu pelajar melalui pemberian suatu


tugasan, topik atau konsep, memupuk minat dan membangkitkan persoalan.
2. Penjelajahan : Adalah bertujuan untuk memuaskan perasaan ingin tahu melalui
penggunaan pendekatan inkuiri untuk menjelajah dan menyiasat, melalui
eksperimen, menggalakkan pelajar untuk bekerjasama dan menyoal.
3. Penerangan : Pendekatan yang melibatkan definisi konsep dan pernyataan.
Pertanyaan tentang penerangan orang lain dan membuat pertimbangan dan
penjelasan.
4. Penghuraian : Memperdalam lagi konsep ke dalam sudut kandungan yang lain.
Pelajar akan menghubungkaitkan dan melihat perhubungan sesuatu konsep atau
topik dalam sudut kandungan yang lain dan membuat perkaitan dengan konsep
/topik ke dalam situasi dunianya.
5. Penilaian : Menilai pemahaman pelajar melalui demonstrasi pemahaman dan
kemahiran atau konsep pengetahuan. Mengakses pengetahuan pelajar dan
kemahiran serta konsep. Mengemukakan soalan terbuka. Contoh: apa yang
sedang anda fikirkan? ( Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999).

Untuk mencapai gol pengajaran, beberapa pendekatan pengajaran secara


konstruktivisme seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2 iaitu mewujudkan aktiviti sebab-
musabab (reasoning), melibatkan pemikiran yang kritikal dan KBKK serta aktiviti

13
MOHD NASOBAR BIN HJ IBRAHIM
HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

penyelesaian masalah. Pelajar juga perlu berupaya mendapatkan kembali maklumat,


memahami dan menggunakan maklumat. Pengajaran juga perlu menekankan kepada
fleksibiliti kognitif, pemikiran refleksi dan pengagihan kepakaran di kalangan pelajar
dengan pelajar, pelajar dengan guru atau pelajar dengan pihak pakar.

2.5 Peranan Guru dan Pelajar dalam Pembelajaran Konstruktivisme

2.5.1 Peranan Guru

Seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2, guru memainkan peranan sebagai


fasilitator yang akan merancang dan menekankan aktiviti yang berpusatkan pelajar. Guru
merupakan pembimbing yang akan membantu pelajar menyedari kerelevanan kurikulum
kepada kehidupan mereka. Guru akan mengenalpasti pengetahuan sedia ada pelajar dan
merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut. Guru juga
merupakan pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada pelajar
membina pengetahuan baru. Guru sentiasa bersifat terbuka yang sentiasa menggalakkan
pelajar menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan mereka.

Sebagai penyokong kognitif, guru akan menstruktur pelajaran untuk mencabar


persepsi murid, menggalakkan mereka membuat tugasan berbentuk penyelesaian,
menganalisis, meramal, meneroka dan membuat hipotesis. Pelajar juga perlu digalakkan
menerangkan lebih lanjut jawapan mereka. Selain itu pelajar juga digalakkan membuat
penemuan melalui pertanyaan soalan bercapah dan bersoal jawab antara satu sama lain.
Masa yang secukupnya perlu diberikan agar pelajar dapat membuat perkaitan antara idea-
idea yang telah dijanakan. Akhirnya guru perlu tahu cara untuk melaksanakan
pembelajaran konstruktivisme dalam menjalankan tugasan dan membimbing pelajar
untuk mendapat jawapan yang tepat.

2.5.2 Peranan Pelajar

Perubahan ke atas peranan pelajar dalam pembelajaran secara konstruktivisme


melibatkan sikap bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan boleh
menyelesaikan masalah. Pelajar juga perlu mempunyai inisiatif mengemukakan soalan-

14
MOHD NASOBAR BIN HJ IBRAHIM
HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

soalan dan isu serta membuat analisis dan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.
Perbincangan juga penting dalam membantu pelajar mengubah atau mengukuhkan idea-
idea mereka, mengemukakan pendapat dan mendengar idea orang lain dan membina asas
pengetahuan yang mereka faham.

Selain itu, pelajar juga perlu mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan
untuk membuat ramalan. Pelajar juga perlu mempunyai kemahiran maklumat dan
kemahiran penggunaan teknologi di mana mereka dapat menggunakan data dan bahan-
bahan fizikal, manipulatif atau interaktif (misalnya akses kepada internet) bagi
menolong mereka menjana idea dan pengetahuan baru.

2.6 Kelebihan Pembelajaran Secara Konstruktivisme

Menurut kajian oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (1991), pembelajaran


secara konstruktivisme menggalakkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Ia
menggalakkan pelajar berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea dan membuat
keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran, misalnya
dalam aktiviti penyelidikan dan penyiasatan dan pengujian hipotesis.

Selain itu, ia membolehkan kefahaman yang lebih jelas tentang sesuatu konsep
dan idea di mana pelajar terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru dan
mengaplikasikannya dalam kehidupan atau situasi baru.

Hasil daripada proses pemahaman konsep, pelajar dapat membina ingatan jangka
panjang tentang sesuatu konsep melalui penglibatan yang aktif dalam mengaitkan
pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan
baru. Keyakinan pelajar dapat dipupuk hasil daripada pembelajaran ini dan membolehkan
pelajar berani menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru.

Di samping itu pelajar juga dapat meningkatkan kemahiran sosialnya iaitu dapat
bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah.

15
MOHD NASOBAR BIN HJ IBRAHIM
HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

Kemahiran sosial ini dapat diperolehi apabila murid berinteraksi dengan rakan-rakan dan
guru dalam membina pengetahuan mereka.

Menurut kajian-kajian lepas, hasil daripada pembelajaran secara konstruktivisme


di mana pelajar membina pengetahuan, konsep dan idea baru secara aktif, pelajar akan
meningkatkan kefahamannya, berasa lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar
sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan kemungkinan.

Konstruktivisme merupakan idea bahawa pembelajaran melibatkan pembinaan


skema pengetahuan seseorang individu yang dicapai melalui proses keseimbangan
(Reiber 1994). Keseimbangan ini dicapai melalui proses akomodasi dan asimilasi di
mana skema pengetahuan baru dibentuk melalui penstrukturan semula skema
pengetahuan baru dengan skema pengetahuan sedia ada. Pendekatan ini menggalakkan
pembelajaran induktif berdasarkan penemuan yang melibatkan penerokaan isi pelajaran
dengan lebih lanjut, menguji idea, membina dan menguji hipotesis.

2.7 Ringkasan

Daripada hasil tinjauan literature, dapatlah disimpulkan bahawa terdapat banyak


kajian dan teori mengatakan, bagi memastikan penguasaan konsep dapat dikuasai
sepenuhnya oleh pelajar adalah bergantung kepada pemilihan kaedah pengajaran yang
bersesuaian. Kajian ini seterusnya akan mengkaji sejauh mana pembelajaran konsep
menggunakan kaedah konstruktivisme ini boleh berjaya dijalankan kepada Tahun 6
Multimedia Sekolah Kebangsaan Tok Motong, Jerteh, Terengganu..

16
MOHD NASOBAR BIN HJ IBRAHIM
HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan

Kajian ini dijalankan bagi mencari keberkesanan kaedah Konstruktivisme di


dalam membantu murid-murid menguasai pembelajaran Bahasa Melayu Penulisan
karangan yang berkonsepkan fakta iaitu karangan yang bertajuk Faedah-Faedah
Mempelajari Komputer. Berdasarkan tujuan di atas, bab ini membincangkan mengenai
rekabentuk kajian, responden kajian, alat kajian, tatacara pengumpulan data dan tatacara
penganalisaan data.

3.2 Rekabentuk Kajian

Pembolehubah kajian bebas ialah kaedah konstruktivisme dan kaedah tradisional.


Manakala pembolehubah bersandar ialah sikap, demografi dan pencapaian. Ia dijalankan
ke atas dua kumpulan iaitu kumpulan Saga dan Kumpulan Iswara. Kedua-dua kumpulan
terdiri daripada murid-murid tahun 6 Multimedia yang sedia ada di dalam kelas masing-
masing mengikut penyusunan yang telah dibuat oleh pihak Sekolah Kebangsaan Tok
Motong iaitu cuma bilangannya ialah seramai 24 orang.

Kedua-dua kumpulan telah diberi ujian pra yang mempunyai soalan yang sama di
mana pelajar telah diberitahu terlebih awal supaya membuat persediaan awal dan oleh
kerana ini merupakan tajuk baru bagi mereka, maka nota juga diberikan bagi membantu
murid-murid. Setiap kumpulan diberikan masa 30 minit untuk mengulangkaji dan
memahami tajuk yang bakal diajar mengikut kefahaman mereka. Murid-murid dari
kumpulan Saga kemudiannya diajar mengenai tajuk Faedah-Faedah Mempelajari
Komputer menggunakan kaedah konstruktivisme di mana murid-murid sendiri menyusun
isi dan menjalankan aktiviti untuk membina pemahaman mereka. Sementara kumpulan
Iswara diajar secara kaedah tradisional iaitu lebih kepada bentuk kuliah oleh guru.

17
MOHD NASOBAR BIN HJ IBRAHIM
HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

Kemudian, kedua-dua kumpulan telah diberi ujian pos bagi menguji tahap
pemahaman murid bagi tajuk Faedah-Faedah Mempelajari Komputer . Setiap ujian yang
diberi dinilai dan dianalisa. Akhir sekali kumpulan Saga diberi soalan soal selidik bagi
meninjau tahap kepuasan dan penerimaan mereka terhadap kaedah konstruktivisme.

3.3 Instrumen Kajian


Dalam kajian ini, instrumen kajian terdiri daripada borang maklumat pelajar, 2
kertas ujian iaitu kertas ujian pra dan kertas ujian pos dan satu soal selidik. Ujian pra
digunakan untuk mengesan sejauh mana pengetahuan sedia ada murid tentang tajuk
Faedah-Faedah Mempelajari Komputer dan tahap pemahaman murid melalui pembacaan
mereka dan untuk menguji kesan pengajaran secara kaedah konstruktivisme dalam
membantu murid mencari isi-isi penting dan juga mengesan sejauh mana pemahaman
murid bagi kumpulan yang belajar menggunakan kaedah tradisional. Manakala soal
selidik pula untuk menentukan sikap murid terhadap keberkesanan penggunaan kaedah
konstruktivisme dalam pembelajaran.

3.4 Prosedur Analisis Data


Untuk memudahkan proses analisis data, setiap jawapan yang dipilih dalam ujian
akan diberi skor tertentu serta gred.

Dalam ujian pencapaian 20 item telah dibina untuk mengenal pasti penguasaan
tajuk yang dipilih iaitu Faedah-Faedah Mempelajari Komputer. Jika responden berjaya
menjawab dengan betul item-item yang dikemukakan, ini bermakna pengajaran dan
pembelajaran yang menggunakan kaedah konstruktivisme bagi pembelajaran yang
bertajuk Faedah-Faedah Mempelajari Komputer adalah lebih berkesan. Tetapi jika
jawapan adalah betul separa, atau salah ini bermakna kaedah pengajaran yang dipilih
tidak dapat membantu pelajar menguasai tajuk yang dipilih iaitu Faedah-Faedah
Mempelajari Komputer. Setiap skor yang diperoleh oleh pelajar ditukar kepada 100
markah.

18
MOHD NASOBAR BIN HJ IBRAHIM
HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

Daripada jadual 3.2., skor minimum ialah 0. Skor maksimum pula ialah 100.
Skor-skor yang akan diperolehi dikategorikan kepada gred seperti dalam jadual di bawah.

Jadual 3.2 : Skor Markah dan Gred

Skor Gred Kelulusan

80 - 100 A
60 – 79 B lulus
40 - 59 C
20 - 39 D
gagal
0 – 19 E

3.5 Skop Kajian


Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Tok Motong, Jerteh, iaitu salah
sebuah sekolah yang terletak di daerah Besut. Kajian ini melibatkan sebuah kelas sahaja
daripada dua buah kelas yang terdapat di sekolah Kebangsaan Tok Motong, Jerteh
dengan bilangan muridr seramai 24 orang daripada 52 calon UPSR 2009. Murid-muridr
dalam kelas Tahun 6 Multimedia ini mempunyai aras kecerdasan yang hampir sama yang
diukur berdasarkan tahap pencapaian akademik mereka. Setiap kelas terdiri daripada
murid lelaki dan perempuan. Satu kumpulan telah dijadikan sebagai kumpulan kawalan
yang diajar secara tradisional bagi tajuk yang sama. Manakala satu kumpulan lagi sebagai
sampel kajian yang diajar menggunakan kaedah konstruktivisme.

3.6 Prosedur Kajian


Kajian akan dijalankan oleh penyelidik di dalam kelas tahun 6 Multimedia yang
telah dipilih. Oleh kerana kajian yang akan dijalankan ini berbentuk eksperimen, maka
semua murid yang terdiri daripada kumpulan Saga dan kumpulan Iswara, diminta
mengambil ujian pra terlebih dahulu sebelum memulakan pengajaran bagi tajuk yang
dipilih. Ujian ini bertujuan untuk menguji tahap pengetahuan sedia ada murid bagi tajuk

19
MOHD NASOBAR BIN HJ IBRAHIM
HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

yang akan diajar. Kelas sampel kajian akan diajar menggunakan kaedah pembelajaran
konstruktivisme sementara kelas Iswara akan diajar menggunakan kaedah tradisional.
Pengkaji akan mengambil masa selama 10 jam untuk mengumpulkan data serta melihat
keberkesanan bahan yang disediakan dalam kajian ini.

Bagi kumpulan Saga, pengkaji memberikan penerangan ringkas mengenai tujuan


sesi pembelajaran ini diadakan dan bagaimana ia dijalankan. Pelajar diberikan masa 30
minit bagi menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah disediakan untuk mereka. Setelah
selesai menjalankan sesi pengajaran selama 3 minggu, pengkaji akan meminta sampel
kajian menyelesaikan masalah dalam ujian pos secara jujur dan ikhlas selama satu jam
untuk menilai tahap penguasaan mereka mengenai tajuk yang diajar. Selepas itu, pengkaji
akan meminta murid untuk memberi respon terhadap penggunaan kaedah pengajaran
secara konstruktivisme bagi tajuk tersebut dengan cara mengisi borang soal selidik. Bagi
kelas Iswara, mereka juga akan menjawab soalan pos seperti sampel kajian tetapi tidak
perlu menjawab borang soal selidik.

3.7 Pengumpulan dan Pemprosesan Data

Penganalisaan data kuantitatif dilakukan dengan menggunakan statistik deskriptif


dan inferens. Statistik deskriptif dilakukan dengan menentukan min, sisihan piawai,
frekuensi dan peratusan untuk melihat tahap kefahaman murid serta membandingkan
ujian pra dan ujian pos antara kumpulan Saga dan kumpulan Iswara. Manakala statistik
inferens digunakan untuk mengira nilai t dalam menentukan hipotesis nol kajian diterima
atau ditolak. Untuk menunjukkan persepsi murid terhadap keberkesanan kaedah
konstruktivisme, pengkaji mentafsir datanya dalam bentuk peratusan dan min skor setiap
item dalam soal selidik. Purata min skor yang tinggi bagi setiap item akan menunjukkan
penerimaan positif terhadap kaedah konstruktivisme dan sebaliknya purata min skor yang
rendah bagi penerimaan yang negatif. Sebahagian analisis dalam kajian ini menggunakan
program dari pakej SPSS dan perisian Excel.

20
MOHD NASOBAR BIN HJ IBRAHIM
HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

3.8 Ringkasan

Kedua-dua kumpulan menduduki ujian pra. Kumpulan eksperimen mengikuti


pembelajaran secara konstruktivisme di dalam kumpulan belajar di dalam bilik darjah.
Guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan murid menjalankan aktiviti secara
penerokaan untuk memahami konsep. Selepas selesai sesi pengajaran, sampel kajian
diminta mengambil ujian pos dan menjawab soalan-soalan di dalam borang soal selidik.
Bagi kumpulan Iswara, mereka hanya mengikuti pembelajaran biasa iaitu kaedah
tradisional dan turut menduduki ujian pos yang sama. Data yang diperolehi, dianalisis
melalui statistik deskriptif dan inferens.

21
MOHD NASOBAR BIN HJ IBRAHIM
HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

RUJUKAN

Mohd Majid Konting (1991). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa & Pustaka.

National Council of Teachers of Science (1989). Curriculum and evaluation standards

for school science. Reston, VA : Author.

Pusat Perkembangan Kurikulum. 1991. Pembelajaran secara konstruktivisme. Kuala


Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rohani Ahmad Tarmizi (1996). Pengukuran kemahiran saintifik di kalangan pelajar


lepasan UPSR. Kertas kerja yang dibentangkan di seminar kebangsaan penilaian
KBSR : Isu dan hala tuju strategik ke arah abad 21 di Genting Highlands pada 2-6
September 1996

Universiti Terbuka Malaysia.(2002). Prinsip teknologi pengajaran.Kuala Lumpur.


UNITEM.

Ward Mitchell Cates.(1990) Panduan amali untuk penyelidikan pendidikan. Dewan


Bahasa & Pustaka. Kuala Lumpur.

Zuraini Abd Rahman. (2006), Keberkesanan kaedah pembelajaran konstruktivisme


dalam pengajaran bahasa melayu , Kuala Lumpur : Open University Malaysia.

Peta Minda Konstruktivisme. Sumber. Dipeolehi Mac 02,2008 daripada


http://uib.no/People/sinia/CSCL/HMM_Constructivism.htm

22
MOHD NASOBAR BIN HJ IBRAHIM
HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

23

You might also like