Artikel153baru Perlembagaan Malaysia & Kontrak Sosial

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 16

ARTIKEL 153

ARTIKEL 153
PERLEMBAGAAN MALAYSIA
PERLEMBAGAAN MALAYSIA
DAN KONTRAK
DAN KONTRAK SOSIAL
SOSIAL
MATLAMAT :
Memberikan penjelasan bagaimana
negara ini dibentuk.

Menerangkan apa itu perlembagaan dan


mengapa ianya perlu difahami.

Memahami apa itu keistimewaan yang


telah diperuntukkan kepada kaum
bumiputera dan bukan bumiputera
OBJEKTIF:
Melahirkan golongan pelajar Bumiputera :
- Mampu berfikir secara rasional &
positif.
- Peka tentang perkembangan negara.
- Bertindak secara proaktif.
- Meningkatkan semangat cintakan
negara
Bancian Akhir Tahun 2007
Agama-agama yang dianuti oleh 26.7 juta
rakyat Malaysia
(Islam 60.4%, Buddha 19.2%, Kristian 9.1%,
Hindu 6.3%, Confucianists/Taoists 2.6%,
Puak/adat 0.8%, lain-lain 0.4%, tiada agama
0.8% dan tidak diketahui 0.3%).
PERLEMBAGAAN MALAYSIA
SEJARAH PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Perlembagaan ini telah dirangka dan digubal berdasarkan
nasihat daripada Suruhanjaya Reid terdiri daripada Lord
Reid, Sir Ivor Jennings, Sir William Mckell, Hakim B. Malik
dan Hakim Abdul Hamid pada tahun1956.

Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas


kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Perlembagaan Malaysia, dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan
mengandungi 183 perkara, adalah undang-undang tertinggi tertinggi di Malaysia. Ia
merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan
kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan
Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957.

Perlembagaan ini dibahagikan kepada 15 bahagian, setiap bahagian mengandungi


satu atau lebih artikel yang relevan.
Bahagian 1 - Negeri-negeri, agama dan undang-undang persekutuan
Bahagian 2 - Kebebasan asasi
Bahagian 3 - Kewarganegaraan
Bahagian 4 - Persekutuan
Bahagian 5 - Negeri-negeri
Bahagian 6 - Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri
Bahagian 7 - Peruntukan-peruntukan kewangan
Bahagian 8 - Pilihanraya
Bahagian 9 - Kehakiman
Bahagian 10 - Perkhidmatan awam
Bahagian 11 - Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan darurat
Bahagian 12 - Am dan pelbagai
Bahagian 13 - Peruntukan sementara
Bahagian 14 - Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya
Bahagian 15 - Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agung dan raja-raja
PINDAAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Perlembagaan negara boleh dipinda apabila majoriti 2/3
bersetuju kepada pindaan tersebut dikedua-dua dewan di
PARLIMEN. Perlembagaan negara telah dipinda lebih
daripada 42 kali sejak selepas kemerdekaan.

Menurut pakar perlembagaan negara Shad Saleem Faruqi:


Setiap kali pindaan perlembagaan dibuat, "semangat sebenar
dokumen tersebut telah dicairkan”.
DEWAN RAKYAT
Berperanan mengubal dan membahas rang undang-undang.
Anggota Dewan Rakyat dipilih menerusi pilihanraya umum
dimana mereka bertanding bagi kawasan Parlimen.

Sehingga pilihanraya 2008 sebanyak 219 kerusi parlimen


dipertandingkan bagi mengisi keanggotaan di Dewan Rakyat.

Anggota Dewan Rakyat juga dikenali sebagai


Yang Berhormat
DEWAN NEGARA
Berperanan membahas rang undang-undang yang telah
diluluskan di dalam DEWAN RAKYAT.

Anggota Dewan Negara juga dikenali sebagai SENATOR


adalah dipilih dan dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong
seramai 40 orang
PERKARA DIPERTIKAIKAN
ATAS ALASAN PERKAUMAN
Artikel 153 Perlembagaan Malaysia
Memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak
keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk
sebagai Bumiputera. Artikel mengkhususkan bagaimana kerajaan pusat perlu
melindungi kepentingan kaum Bumiputera dengan cara mendirikan kuota kemasukan ke
dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap
sebagai sebahagian daripada kontrak sosial, dan biasanya dikatakan sebagai
pertahanan legal bagi ketuanan Melayu.

Kontrak sosial biasanya dianggap sebagai suatu persetujuan yang memberikan


kewarganegaraan kepada orang-orang bukan Melayu dan bukan orang asli
(kebanyakannya orang Cina dan India) sebagai ganti untuk pemberian hak
keistimewaan kepada orang-orang Melayu dan orang-orang asli (dirujuk secara kolektif
sebagai Bumiputera). Sebuah buku teks kajian Malaysia pendidikan tinggi yang
menepati sukatan pelajaran kerajaan mengatakan: "Oleh sebab pemimpin-pemimpin
Melayu bersetuju untuk melonggarkan syarat-syarat kewarganegaraan, pemimpin-
pemimpin komuniti Cina dan India telah menerima kedudukan istimewa Melayu sebagai
penduduk asli Malaya. Dengan penubuhan Malaysia, status kedudukan istimewa itu
diperluas untuk merangkumi komuniti-komuniti penduduk asli Sabah dan Sarawak."
KETUANAN MELAYU
Ketuanan Melayu ialah konsep yang mendakwa bahawa orang Melayu adalah
tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia) . Orang Cina dan India di
Malaysia yang dianggap sebagai pendatang (yang dibawa masuk oleh British)
disifatkan terhutang budi kepada orang Melayu kerana kesanggupan dan
kesediaan orang Melayu menerima mereka sebagai warganegara Persekutuan
Tanah Melayu (Malaysia) sebagai prasyarat British memberikan kemerdekaan.

Sebagai timbal balik kerana kesanggupan dan kesediaan apa yang disifatkan
sebagai pengorbanan orang Melayu itu, perlembagaan memberi peruntukan
khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa dan ini dimaktubkan di
dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang)
Malaysia).
OLEH ITU BERDASARKAN ARTIKEL 153 INI
Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan
istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan
Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara 153 ini:

Dari segi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, danasiswa dan


keistimewaan pendidikan, apa-apa permit atau lesen dikehendaki bagi
mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan.

Bilangan tempat yang ditawarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi
pengurusan Universiti, Kolej atau institusi pendidikan itu kepada calon-calon bagi
apa-apa kursus pengajian adalah kurang daripada bilangan calon yang layak
mendapat tempat-tempat itu, maka adalah sah bagi Yang di-Pertuan Agong
menurut kuasa Perkara ini memberikan apa-apa arahan yang perlu kepada pihak
berkuasa itu untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada tempat-
tempat itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan
Sarawak.
Tunku Abdul Rahman menyatakan bahawa "...apabila kami (orang-orang Melayu)
menentang Malayan Union (yang menjejaskan kedudukan hak-hak orang Melayu),
kaum-kaum lain tidak mengambil bahagian kerana mereka mengatakan ini hanya
merupakan masalah Melayu, dan bukan masalah mereka. Mereka juga menunjukkan
bahawa kesetiaan mereka adalah kepada negara-negara asal mereka dan oleh itu,
menentang Laporan Barnes yang bertujuan untuk menjadikan bahasa Melayu menjadi
bahasa kebangsaan. Jika kami menyerahkan orang-orang Melayu kepada orang-orang
yang dikatakan orang Malaya ketika kerakyatan mereka masih belum ditakrifkan, kami
akan menghadapi banyak masalah pada masa hadapan." Bagaimanapun, dia
menambah bahawa "Bagi mereka yang mencintai dan berasa bahawa mereka
terhutang kesetiaan yang tidak berbelah bagi, kami menyambut mereka sebagai orang
Malaya. Mereka harus merupakan orang Malaya yang benar, dan mereka akan
mempunyai hak-hak dan hak-hak istimewa yang sama dengan orang-orang Melayu."
Frasa ketuanan Melayu tidak menjadi satu perkara yang disebut ramai hingga ke
awal tahun 2000-an. Kebanyakan tentangan konsep ini adalah daripada parti-parti
yang tidak berdasarkan kaum Melayu, seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP),
tetapi sebelum kemerdekaan orang Baba dan Nyonya juga menentang konsep ini.
Konsep keulungan kaum Melayu mendapat perhatian dalam tahun 1940-an
apabila orang Melayu bersatu untuk menentang penubuhan Malayan Union dan
kemudian, berjuang untuk kemerdekaan. Semasa tahun 60-an, terdapat usaha
yang cukup besar untuk mencabar ketuanan Melayu, diketuai oleh Parti Tindakan
Rakyat (PAP) dari Singapura — yang merupakan negeri Malaysia dari 1963
hingga 1965 — dan DAP selepas pemisahan Singapura. Walaupun begitu,
sebahagian Perlembagaan berkaitan ketuanan Melayu berakar umbi selepas
rusuhan kaum Mei 13, 1969 yang terjadi akibat kempen pilihan raya yang
menjadikan hak-hak orang bukan Melayu dan ketuanan Melayu sebagai isu
tumpuan. Tempoh ini juga menyaksikan kebangkitan ultra yang mendesak agar
kerajaan parti tunggal diketuai UMNO, dan pertambahan penekanan bahawa
orang Melayu merupakan “orang asal” Malaysia — iaitu hanya orang Melayu boleh
dianggap penduduk asal Malaysia.
KESIMPULAN
1 - Kedudukan kaum Bumiputera kini lebih baik kerana Artikel 153.
2 - Ramai Bumiputera sudah berjaya dalam pelbagai bidang.
3 - Namun begitu kejayaan ini masih belum boleh dibanggakan.
4 - Bumiputera perlu ubah pemikiran, sikap dan tindakan.
5 - Sikap sayangkan bangsa perlu ada pada pemimpin dan pentadbir
kita.
6 - Jangan salahkan bangsa lain yang telah maju.
7 - Jangan terlalu bergantung kepada Kerajaan dalam segala hal.
8 - Tingkatkan semangat berdikari dan usaha untuk berjaya.
9 - Berikan sepenuh komitmen kepada tugas yang telah diamanahkan.
10- Terus pertahankan kandungan yang termaktub dalam Artikel 153.

You might also like