Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 31

7.

0 Pengenalan
Komputer dan peranti komunikasi yang lain menggunakan isyarat sebagai
perwakilan data. Isyarat ini dihantar dari satu peranti ke peranti yang lain menggunakan
berbagai jenis medium penghantaran. Komunikasi rangkaian tidak boleh wujud
melainkan terdapatnya media penghantar. Secara amnya ia boleh dibahagikan kepada
dua keadaan yang dikenali;
1. Media terpandu.
2. Media tidak terpandu.
Bagi memudahkan kefahaman mengenai medium penghantaran, lihat gambar rajah 7.0.

Gambar rajah 7.0: Medium Penghantaran


7.1 Media terpandu
Media terpandu kadangkala juga dikenali dengan media terarah adalah merupakan
media yang berbentuk fizikal dan laluannya boleh dilihat. Contohnya seperti UTP, STP,
kabel fiber optik dan kabel sepaksi (Coaxial cable).
Ciri serta kualiti penghantaran banyak bergantung kepada media penghantaran yang
digunakan. Elemen utama yang perlu diambil kira termasuklah;

1. Teknik penghantaran yang digunakan.


 Teknik penghantaran yang digunakan sama ada dalam bentuk tenaga
elektrik atau cahaya.
2. Lebar jalur
 Semakin tinggi lebar jalur yang digunakan semakin tinggi jugalah
keupayaan kadar data yang boleh melaluinya.

51
3. Lengahan (delay)
 Keupayaan peranti yang memproses data juga memberikan kesan.
4. Bilangan penerima
 Semakin banyak bilangan stesen yang menggunakan talian
kesesakan trafik juga akan bertambah.
5. Kesesuaian
 Penggunaan teknologi, medium penghantaran dan peranti juga
memberikan kesan kepada sistem yang rangkaian yang dibangunkan.
6. Throughput

7.1.1 Twisted pair cable


Kabel twisted pair dibina oleh dua wayar kuprum berpenebat yang berpintal. Pasangan
wayar ini bertindak sebagai satu laluan komunikasi. Kebiasaanya beberapa pasangan
wayar ini akan dikumpulkan dalam satu kabel. Sekiranya penghantaran itu pada jarak
yang jauh, maka kabel ini akan mengandungi beberapa ratus pasangan wayar. Terdapat
dua jenis kabel twisted pair :
i. Kabel Shielded Twisted Pair (STP)
ii. Kabel Unshielded Twisted Pair (UTP)
7.1.1.1 Unshielded Twisted Pair (Dawai terpih yang tidak dibalut)- UTP

Gambar rajah 7.1: Kabel UTP

52
Kabel jenis ini mewakili teknologi penghantaran elektronik yang paling lama.
Faedah paling besar yang didapati daripada penggunaan pasangan dawai dalam sistem
komunikasi ialah perhubungan telefon.
Ia boleh didapati daripada 2 jenis;
i. Wayar terpiuh yang dibalut (STP)
ii. Wayar terpiuh yang tidak dibalut (UTP)
UTP adalah lebih murah dan senang dipasang, ia menjadi media rangkaian yang
popular sejak akhir-akhir ini. UTP menggunakan spesifikasi 10 Base T didalm
kebanyakkan rangkaian kabel pasangan terpiuh. Spesifikasi UTP ini bergantung kepada
jumlah bilangan pintalan bagi setiap 12 inci panjang kabel.
Berdasarkan piawaian EIA/TIA 568 menetapkan spesifikasi kabel UTP dalam
penyambungan rangkaian komputer. Jenis-jenis UTP yang wujud pada masa kini adalah
seperti berikut;
Kategori (Cat) Penerangan
Umumnya digunakan untuk menghantar suara pada sambungan
1 telefon dan bukan untuk menghantar data.
Untuk menghantar data pada kelajuan 4 Mbps. Ia mengandungi 4
2 pasangan kabel.
Untuk menghantar data bagi transmisi 10 Mbps. Mengandungi 4
3 pasang wayar dengan 3 pintalan bagi setiap 12 inci.
Untuk kegunaan data bagi transmisi 16 Mbps. Mengandungi 4
4 pasang wayar.
Untuk kegunaan data bagi transmisi 100 Mbps. Mengandungi 4
5 pasang wayar.
Untuk kegunaan data bagi transmisi 1000 Mbps. Mengandungi 4
6 pasang wayar.
Jadual 7.0: Kategori UTP
UTP dan STP menggunakan penyambung RJ 45 untuk sambungan komputer yang
menyediakan sambungan 8 kabel, berbanding RJ 11 yang digunakan untuk
penyambungan telefon yang hanya menyediakan sambungan 4 kabel.
Terdapat 3 jenis pemasangan kabel UTP.
i. Pemasangan lurus (straight-through)
ii. Pemasangan terbalik (cross over)
iii. Roll over
i. Pemasangan lurus
 Digunakan untuk menghubungkan hub dengan komputer.

53
 Kabel pemasangan lurus mempunyai sambungan wayar kod warna yang
sama bagi kedua hujung komputer dan hub.
ii. Pemasangan terbalik
 Digunakan untuk komunikasi antara komputer dengan komputer.
Terdapat 2 jenis piawaian bagi kod warna RJ 45. Ditunjukkan seperti gambarajah
berikut.

Rajah berikut menunjukkan bagaimana penyambungan dilakukan mengikut kod-warna


wayar.

7.1.1.2 Shielded Twisted pair (Dawai terpiuh yang dibalut)- STP

54
Gambar rajah 7.2: STP

STP ialah wayar UTP yang ditambah dengan satu lapisan balutan pelindung.
STP kurang dipengruhi gangguan persekitaran jika dibandingkan dengan UTP dan
mampu memindahkan data jauh lebih baik berbanding UTP. STP lebih mahal dan
sukar untuk memasangnya. STP juga mampu menyokong penghantaran data yang
lebih jauh berbanding dengan UTP.

55
6.1.2 Kabel Sepaksi

Gambar rajah 3.1.2: Kabel Sepaksi


Kabel sepaksi ini mempuyai lapisan luar (outer jacket) yang membolehkan kabel jenis ini
digabungkan menjadi kabel-kabel yang lebih besar.Kabel ini pernah/masih lagi
digunakan didasar lautan untuk menghubungkan antara benua.Kabel ini digunakan

56
untuk kabel TV dan lazimnya, ia menjadi penghantaran media pilihan untuk
menghubungkan komputer kepada terminal yang berada dalam bangunan berdekatan.
Jejaring kuprum pada kabel sepaksi ini berfungsi sebagai penyerap isyarat melimpahi
konduktar talian, ini bagi mengelakkan ia daripada menggangu kabel-kabel sepaksi
yang berada disekitaranya.
Jejaring ini juga bertindak sebagai bumi dan melindungi teras dari hingar dan cross
talk.Cross talk ialah isyarat dari wayar berhampiran yang melimpahi masuk ke dalam
talian.

Terdapat 2 jenis kabel sepaksi iaitu


i. thinnet (nipis)
 adalah kabel sepaksi boleh lentur dengan ketebalan saiz teras 0.25 inci.
 biasanya digunakan dalam sambungan kad rangkaian yang terdapat
dalam komputer ke sistem rangkaian.
 Kabel jenis ini mampu membwa isyarat sejauh 185 meter, sebelum
isyarat mula berkurang atau attenuation berlaku.
 Kabel thinnet digolongkan dalam keluarga RG 58, ia mempunyai
galangan (impedence) sebanyak 50Ω. Perbezaan utama keluarga RG 58
adalah sama ada pada teras iaitu sama ada ia teras padu atau teras
lembar.
 Berikut adalah keluarga kabel sepaksi.
Kabel Penerangan
RG – 58 /U Teras padu
RG – 58 A/U Teras berkembar
RG – 58 C/U Spesifikasi military bagi RG A/U
RG – 59 Transmisi broadband seperti TV
RG - 62 Rangkaian Arc Net

ii. thicknet (tebal)

57
 adalah kabel yang mempunyai diameter 0.5 inci, sukar dilentur.Kadangkala
dikenali sebagai Ethernet Piawai kerana telah digunakan sebagai kabel
pertama dalam arkitektur Ethernet.
 Jarak isyarat yang mampu dibawanya sejauh 500 meter. Ia biasanya
digunakan sebagai backbone bagi sambungan kepada beberapa rangkaian
kecil yang berasaskan thinnet.
 Transceiver adalah peranti yang digunakan untuk menyambung kabel thinnet
coaxial dengan kabel thicknet coaxial.
Kedua-dua jenis kabel ini menggunakan penyambung yang dikenali sebagai
BNC (British Naval Connector) atau Bayonet Nut Connector atau Bayonet
Neill Concelman.

Terdapat 4 jenis BNC untuk penyambungan kabel sepaksi iaitu;

i. BNC connector iii. BNC terminator connector


ii. BNC T connector iv. BNC barrel connector
6.1.2.1 Pemasangan kabel coaxial dalam rangkaian
Kabel coaxial sesuai digunakan untuk pemasangan rangkaian dengan topologi BAS iaitu
semua komputer dalam rangkaian disambung dengan satu kabel utama. Kaedah
penyambungan ditunjukkan dalam Rajah 6.4. Panjang maksima kabel dari topologi BAS
adalah 200 meter. Penggunaan kabel lebih dari 200 meter tidak digalakkan kerana
rangkaian akan menjadi lambat.

Model Ethernet BAS

58
6.1.2.2 Gred kabel dan kod kebakaran
Gred kabel yang hendak digunakan bergantung kepada lokasi dimana kabel tersebut
hendak di pasang. Terdapat dua gred bagi coaxial cable :
i. Polyvinyl cloride (PVC)
ii. Plenum
i. PVC adalah sejenis plastik yang digunakan sebagai penebat dan jaket kabel
bagi kebanyakan coaxial cable. Kabel PVC ini adalah mudah lentur dan mudah
di pasang pada kawasan yang terbuka. Bagaimanapun apabila ia terbakar ia
akan menghasilkan gas yang beracun.
ii. Plenum adalah sejenis penebat kabel. Plenum dipasang dalam ruang di antara
siling gantungan dan paras lantai di atas siling tersebut. Plenum sesuai di
pasang di ruang ini kerana apabila berlaku kebakaran, asap yang terhasil tidak
akan membahayakan penghuni bangunan tersebut. Plenum adalah tahan api
dan menghasilkan asap yang minima apabila terbakar. Ini dapat mengurangkan
keracunan bahan kimia.

6.1.3 Kabel Fiber Optik

59
Terdapat 2 mod utama didalam pengkelasan kabel fiber optik iaitu,
i. Single mode ii. Multi mode
Perbezaan yang ketara diantara kedua-dua mod ini diperlihatkan seperti gambarajah
berikut;

6.1.4 Perbandingan Media


Media Kebaikan Kelemahan
Wayar terpiuh  Murah  Sensitif kepada hingar,
 Mudah difahami dan gangguan
 Mudah dibangunkan elektromagnetik
 Lebar jalur terhad
 Keselamatan – mudah
ditapped
Kabel Sepaksi  Lebar jalur tinggi  Saiz kabel besar
 Jarak penghantaran  Keselamatan – mudah
jauh ditapped
Kabel Fiber Optik  Lebar jalur amat tinggi  Pembinaan sukar
 Jarak penghantaran  Mahal
jauh
 Keselamatan data
terjamin
 Saiz kecil
Jadual : Perbandingan media penghantaran

60
7.2 Media tidak terpandu
Media penghantaran tidak terpandu meliputi isyarat yang dihantar menggunakan udara
sebagai medium penghantaran. Contoh penggunaannya adalah seperti yang dinyatakan
berikut.
7.2.1 Inframerah

Inframerah membenarkan anda menghantar dan menerima maklumat daripada satu


peranti kepada satu peranti yang lain dengan menggunakan cahaya. Kebanyakan PDA
dan telefon bersel, notebook dan pencetak mempunyai port inframerah. Sesetengah
PDA membenarkan anda menggunakan inframerah untuk berkomunikasi dengan
pencerak atau telefon bersel.

cahaya inframerah

Pusat pertukaran inframerah terhad kepada dua peranti sahaja dalam satu masa.
Peranti yang lebih canggih seperti PDA dan notebook, mempunyai perisian dan
perkakasan untuk menguasai peranti tersebut sementara pencetak dan telefon bersel
adalah peranti yang kurang canggih. Peranti yang lebih canggih pasti akan menguasai
sambungan inframerah.

Jika terdapat gangguan radio daripada peranti lain, port inframerah terganggu dengan
sumber cahaya yang lain. Untuk mengurangkan gangguan port inframerah hendak

61
mempunyai capaian 15 darjah sahaja. Tamabahan pula untuk mencapai port inframerah
yang lain ia hendaklah berada di dalam ruang litup peranti lain.

Pemindahan inframerah adalah separuh dupleks, dan ini membolehkan hanya satu
peranti sahaja bersambung pada satu masa. Setiap peranti mempunyai 500 milisaat
untuk bersambung dan 500 milisaat untuk mendapat maklumbalas. Jika ia tidak
berhubungan di dalam julat masa itu maka peranti itu dianggap tidak berfungsi.

7.2.2 Gelombang Mikro

Gelombang radio adalah satu bentuk dari radiasi elektromagnetik, dan terbentuk ketika
objek bermuatan listrik dipercepat dengan frekuensi yang terdapat dalam frekuensi radio
(RF) dalam spektrum elektromagnetik. Gelombang ini dalam jangkauan 10 hertz sampai
beberapa gigahertz. Radiasi Elektromagnetik bergerak dengan cara elektrik dan
magnetik osilasi.

Adapun gelombang elektromagnetik lainnya, yang memiliki frekuensi di atas gelombang


radio adalah sinar gamma, sinar-X, inframerah, ultraviolet, dan cahaya terlihat. Contoh
teknologi yang dibangunkan adalah seperti WiFi, Bluetooth dan sebagainya.

7.2.3 Bluetooth

Bluetooth adalah sebuah teknologi yang menjanjikan banyak kebaikan tetapi ia masih
kurang mendapat sokongan perisian dan keselamatan serta harga yang mahal.
Bluetooth menyediakan komunkasi radio jarak pendek antara peranti Bluetooth.
Contohnya sebuah fon telinga berasaskan Bluetoothboleh digunakan dengan telefon
bersel yang disimpan dalam poket anda. Bluetooth menggunakan frekuensi spektrum
2.4GHz.

Sebuah rangkaian sambungan peranti-peranti Bluetooth dikenali sebagai "piconet" atau


rangkaian pico. Satu peranti digunakan sebagai peranti utama dan ia akan menentukan
frekuensi yang akan digunakan dalam seluruh rangkaian pico tersebut dan peranti lain
dianggap sebagai peranti sekunder. Rangkaian pico adalah sebuah rangkaian "peer-to-
peer" yang mana setiap peranti boleh menerima dan menghantar maklumat daripada
sebarang peranti. Dengan itu sebuah peranti boleh menjadi rakan yang aktif dalam lebih

62
daripada satu rangkaian pico. Jika lebih daripada satu rangkaian pico disambung maka
ia akan dinamakan sebagai "scatternets".

headset telefon bimbit ini menggunakan bluetooth

Apabila sebuah peranti Bluetooth cuba bersambung dengan peranti Bluetooth yang lain
ia akan mengeluarkan perintah dalam 16 bentuk frekuensi. Peranti yang berhampiran
akan mengesan frekuensi setiap 1.28 saat dan mengimbas 32 jenis frekuensi. Apabila
peranti berjaya menghasilkan sambungan dengan perantai lain mana ia akan
mengambil masa kira-kira 0.64 saat bersambung.

Walaupun hampir kesemua rangkaian tanpa wayar serupa tetapi ketidakserasian


rangkaian memerlukan perhatian yang lebih dalam penentuan kawasan yang diliputi.
Ada diantara rangkaian direka untuk memberikan kelajuan dan capaian yang tinggi dan
luas seperti CDPD dan Ricochet.

7.2.4 CDPD

CDPD (Cellular Digital Packet Data) adalah rangkaian data tanpa wayar yang digunakan
pada rangkain bersel analog yang sedia ada. Oleh kerana rangkaian ini memerlukan
perkakasan tambahan maka CDPD tidak akan dapat meliputi keseluruhan kawasan
perkhidmatan.

63
CDPD digunakan dalam sistem perhubungan pada kereta ini

CDPD adalah rangkaian suis-paket di mana data dipecahkan kepada serpihan kecil dan
dihantar menerusi rangkaian dan tiba di destinasi tanpa mengira susunan. Peranti tanpa
wayar akan menerimanya dan menyusun semula paket-paket data tersebut. CDPD
sentiasa berfungsi sepanjang masa dan anda tidak perlu mendail kepadanya untuk
mendapatkan perkhidmatan dan pengguna akan dicaj menurut jumlah data yang
dihantar. Kini kebanyakan CDPD banyak digunakan bersama PDA.

Rangkaian CDPD telah direka menuruti lakaran sebuah rangkaian tanpa wayar.
Rangkaiannya berasaskan tiga komponen iaitu M-ES (Mobile End System), MDBS
(Mobile Data Base Station), dan MD-IS (Mobile Data Intermediate System). M-ES
adalah sebuah peranti seperti sebuah modem tanpa wayar untuk PDA. Modem tanpa
wayar ini akan memantau status MDBS. Jika ia menerima isyarat "sibuk", modem tahu
bahawa terdapat sebuah peranti sedang berkomunikasi dengan MDBS. Jika M-ES
menerima isyarat "kosong" maka MDBS bersedia untuk menerima data dan ia akan
berkomunikasi dengan MDBS. Apabila MDBS menerima isyarat daripada modem MDBS
akan menghantar isyarat pendekod kepada modem untuk memberitahu bahwa data
telah diterima. Jika modem tidak menerima isyarat pendekod maka ia akan menghantar
semula maklumat tadi.

MDBS mempunyai sebuah modem tanpa wayar dan sebuah modul kawalan komputer.
Setiap modul menyokong sehingga enam penerima tanpa wayar. Rekabentuk ini
membenarkan MDBS menggunakan seberapa banyak penerima yang diperlukan pada
setiap lokasi MDBS. Pada setiap lokasi MDBS ia akan bergabung dengan sebuah
menara bersel analog di mana rangkaian tanpa wayar bermula.

64
Sebelum peranti meminta maklumat daripada rangkaian CDPD, ia akan ditentusahkan
oleh MD-IS. MD-IS akan bertanggungjawab untuk mengetahui lokasi modem tanpa
wayar pada setiap masa. Jika modem itu terkeluar daripada capaian MDBS, makan MD-
IS akan memilih MDBS yang terdekat dan menggunakan modem pada kedudukan baru.
MD-IS seterusnya akan memantau jumlah data yang dihantar atau diterima oleh
pengguna. Rangkaian CDPD berkelajuan sehingga 19.2Kbps iaitu antara yang paling
perlahan dalam sambungan dail-terus.

8.0 Pembangunan rangkaian


Untuk membina sesebuah sistem rangkaian, seperti menyambungkan dua komputer
dengan satu printer, atau kita hendak menyambungkan beberapa komputer di dalam
bilik yang sama atau menyambungkan beberapa komputer yang berada pada lokasi-
lokasi yang berjauhan; apa yang penting kita ketahui ialah menentukan jenis kabel
penyambung yang sesuai dan perkakasan rangkaian lain yang diperlukan untuk
membuat sambungan berkenaan.

Dalam bab ini kita juga akan membincangkan mengenai kategori perkakasan rangkaian
yang utama yang akan membolehkan rangkaian-rangkaian kecil disambungkan untuk
menjadi satu rangkaian LAN dan WAN yang lebih luas.

8.1 .Kad Antaramuka Rangkaian (NIC – Network Interface Card)

65
Contoh gambar NIC
NIC dikenali sebagai papan litar bercetak yang membolehkan komputer berkominikasi
dengan talian penghantaran. NIC ini berbentuk kad dan ada yang berupa komponen
dalam motherboard komputer. Sesebuah komputer boleh ada lebih daripada satu NIC.
NIC merupakan satu peranti yang digunakan oleh komputer untuk berkomunikasi
didalam rangkaian antara fungsi kad rangkaian ialah;
i. Bertindak sebagai antaramuka fizikal atau sebagai penyambung
diantara komputer dan kabel rangkaian.
ii. Berfungsi sebagai menyediakan data untuk dimasukkan kedalam
talian rangkaian.
iii. Menghantar data ke komputer yang lain
iv. Mengawal aliran data dari komputer dan sistem kabel
penyambung.
NIC ini juga menerima data input dari kabel dan menterjemahkannya ke byte yang
difahamami oleh CPU (Central processing unit). NIC juga mempunyai perkakasan dan
program firmware (aturan rutin yang disimpan seperti ROM) yang mengimplemen
fungsi-fungsi LLC dan MAC. Dimana MAC akan bertindak daripada keluaran NIC ke
talian rangkaian dan LLC pula bertindak daripada NIC ke protokol atas (daripada lapisan
fizikal ke lapisan aplikasi)

i. IEEE telah merekabentuk LLC agar lapisan pautan data dapat


bertindak secara bersendiri (independently).

66
Gambarajah kedudukan NIC berpandukan Model Rujukan OSI
ii. NIC berada di lapisan pautan data membolehkanya berfungsi
menyediakan data dan berfungsi seperti binyatakan di 2.1
iii. LLC di lapisan pautan data menguruskan protokol data seperti packet
IP dan menambahkan maklumat kawalan untuk membolehkan packet
IP ke destinasi yang dikehendaki. Ia menambahkan 2 pengalamatan
berdasarkan piawaian 802.2 iaitu DSAP (Destination Service Access
Point) dan SSAP (Source Service Access Point).
iv. Setelah repackaged packet IP, melalui sub lapisan MAC untuk
dimasukkan data dan juga encapsulation data. (kaedah ini sering kali
digunakan oleh teknologi Ethernet, Token Ring atau FDDI)

8.1.1 Connectors - Penyambung

Network cards have three main types of connectors. Below is an example of what a
network card may look like.

67
BNC - As illustrated in the above picture the BNC connector is a round connector which
is used for Thinnet or 10Base-2 Local Area Network.

DB9 (RJ45 JACK) - The DB9 connector not to be confused with the Serial Port or
sometimes referred to as the RJ45 JACK not to be confused with the RJ45 connection is
used with Token Ring networks.

DB15 - The DB15 connector is used for a Thicknet  or 10Base-5 Local area network.

RJ45 - Today one of the most popular types of connections used with computer
networks. RJ45 looks similar to a phone connector or RJ11 connector however is slightly
larger.

LED -The LED's as shown in the above illustration indicates if it detects a network
generally by a green light which may flash as it communicates and then a red light which
indicates collisions which will generally flash or not flash at all.

Langkah penyediaan data di NIC.

i. Sebelum data boleh dihantar NIC perlu menukarkannya kepada bentuk


yang boleh bergerak dalam kabel rangkaian. Jika sebelum ini PDU
(protocol data unit) akan bertindak daripada Data – Segmen – Packet –
Kerangka(Frame) – Bits (Binary). NIC dapat menghantar jika ia
ditukarkan didalam bentuk bit.
ii. Data bergerak dalam kabel rangkaian bergerak secara transmisi siri
kerana satu bit yang bergerak akan diikuti oleh bit yang lain. Kabel hanya
merupakan hanya laluan sehala sahaja.

iii. NIC mengambil data yang bergerak secara selari dalam satu kelompok
dan menstrukturnya semula supaya ia boleh dialirkan melalui laluan siri
1-bit pada kabel rangkaian. Ini boleh dilaksanakan dengan
menterjemahkan isyarat digital kepada isyarat elektrik atau isyarat optik
(bergantung kepada laluan medium media yang digunakan). Komponen
yang bertanggungjawab menukarkan isyarat ini dikenali sebagai
transceiver (transmitter/receiver)

68
8.1.2 Alamat Rangkaian

i. NIC yang menukarkan bentuk data, yang hendak dihantar dalam


rangkaian, akan menambahkan maklumat lokasi atau alamat rangkaian.
Ini bertujuan untuk membezakannya dari kad-kad rangkaian yang lain.
ii. Alamat rangkaian ini telah ditentukan oleh IEEE (Institute of Electrical and
Electronics Engineer Inc). Ia telah menetapkan blok-blok alamat bagi
setiap NIC oleh pengeluar dan pengedar kad (Organizational Unique
Identifier - OUI).

iii. Pengalamatan MAC terdiri daripada 48 bit panjang, dan ditulis dalam 12
digit hexadecimal.6 digit hexadecimal seterusnya diperuntuukan untuk
interface serial number atau nilai yang telah ditetapkan oleh setiap
pengeluar kad.

iv. Pengalamatan MAC kadangkala dikenali dengan nama burned-in


address (BIAs) kerana ia telah diburned ke read only memory (ROM),
dan disalin ke random access memory (RAM) apabila NIC telah
dikenalpasti oleh komputer (selepas proses installation berlaku)

Gambarajah menunjukkan pengalamatan MAC pada sesebuah NIC

8.1.3 Penghantaran dan pengawalan data

69
i. Ethernet ataupun piawaian 802.3 merupakan rangkaian bersifat
broadcast. Kesemua stesen dapat melihat kerangka (frames), dan
memeriksa destinasi kerangka tersebut.
ii. Data melalui talian, dan NIC setiap stesen yang akan memeriksa
kerangka tersebut. NIC akan mengenalpasti kepala pada kerangka yang
mengandungi alamat destinasi data yang dibawanya. Jika alamat MAC
pada kepala kerangka itu sama dengan NIC tersebut. Data itu akan
disalin, dikeluarkan daripada sampul dan dihantar ke komputer.

iii. Walaubagaimanapun sebelum NIC menghantar data kedalam sistem


rangkaian, ia perlu berdialog secara elektronik dengan NIC yang hendak
dihubungkan. Ini bagi memastikan kedua-dua NIC sependapat dengan
perkara-perkara berikut;

a. Saiz maksima kelompok data yang hendak dihantar

b. Jumlah data yang hendak dihantar

c. Sela masa (time interval) antara penghantaran bahagian-bahagian


data

d. Jumlah masa menunggu sebelum ia boleh menghantar

e. Jumlah data yang mampu diuruskan oleh setiap kad, sebelum


berlakunya limpahan (overflow)

f. Kelajuan transmisi data

8.1.4 Pemilihan NIC

Untuk memilih NIC terdapat 3 perkara yang perlu difikirkan, iaitu;

i. Jenis teknologi rangkaian yang hendak digunakan (Ethernet, Token Ring,


FDDI, dll)
ii. Jenis media yang digunakan (twisted pair, kabel sepaksi, fiber optik)
iii. Jenis sistem bas yang digunakan (PCI – Peripheral component
interconnect dan ISA – Industry standard arcitecture)

70
8.2 Hub
Hub adalah satu peranti yang banyak terdapat dalam rangkaian selaian dari NIC.

Contoh gambar Hub


Mempunyai beberapa bilangan female RJ 45 yang dikenali sebagai port. Setiap
penyambung ini direkabentuk supaya boleh memuatkan satu kabel twisted pair
melalui penyambung male RJ 45. Kabel ini digunakan untuk menyambungkan komputer
ke salah satu port pada Hub. Hub digunakan dalam rangkaian Ethernet yang
menggunakan kabel jenis UTP dan juga STP.

Gambarajah kedudukan Hub berpandukan Model Rujukan OSI


i. Hub digunakan untuk menjanakan semula isyarat, ini dilakukan pada
level bit ke bilangan host yang banyak (seperti 4,8,16 ataupun 24) proses
ini dinamakan concentration.
ii. Hub juga kadangkala bertindak sebagai pengulang (repeater), nama lain
bagi hub ialah multiport repeater.
iii. Hub berada dilapisan 1 (lapisan fizikal) kerana ia bertindak menjanakan
semula isyarat dan menghantarkanya kesemua host yang disambungkan
padanya kecuali port yang menghantar data itu.
iv. Terdapat banyak klasifikasi hub didalam rangkaian iaitu;
a. Hub pasif – hanya memisahkan isyarat tanpa menjanakan semula
isyarat yang dihantar (seperti kabel yang berbentuk “Y” mesahkan
headphone kanan dan kiri)

71
b. Hub aktif – memerlukan bekalan kuasa luar untuk menjanakan
semula isyarat yang dihantar.
Bagi memudahkan rekabentuk rangkaian dilakukan hub disimbolkan seperti gambarajah
dibawah;

Hub adalah titik penyambungan diantara stesen dengan stesen dan diantara stesen
dengan server. Teknologi Token Ring juga mempunyai peralatan yang hampir sama
fungsinya dengan hub dikenali sebagai MAU (Media Access Unit)
Terdapat 2 kategori Hub
1. Chasis Hub
2. Stackable Hub (hub bertindan)

8.2.1.Chasis hub
i. Berbentuk lebih besar daripada hub biasa, direkabentuk untuk dipasangkan terus pada
rak rangkaian. Chasis ini mempunyai ruang/slot pengembangan kad (card expansions
slots) yang serupa seperti pada motherboard komputer biasa.
ii. Ia direkabentuk sedemikian rupa untuk menggelonsorkan kad tanpa perlu membuka
chasis tersebut. Dihadapaan kad tersebut terdapat port RJ 45.
iii. Mampu menyokong 4 hungga 24 port bergantung kepada kepadatan port. Hub jenis
ini juga kebiasaanya mempunyai slot yang diperuntukan bagi slot kad pengurusan.
iv. Hub chasis juga menampung kad-kad bridge,switch dan juga router.

8.2. 2. Stackable hub


i. Rekabentuk hub jenis ini lebih kurang sama dengan mana-mana hub yang biasa,
mengandungi 6 hingga 24 port.
ii. Kebanyakkn portnya mempunyai lampu yang menyala bagi menunjukkan aktivitinya.
Ia dikenali sebagai stackable hub kerana hub ini boleh ditindankan untuk menambahkan
port sambungan.
iii. Stackable hub terbahagi kepada dua jenis;
a. Managed stackable hub

72
 Dikenali sebagai hub pintar, menjalankan perisian yang membolehkan
kiita berkomunikasi dengannya dan menyemak aktiviti hub tersebut
seperti status portnya (on atau off).
 Komunikasi ini berguna jika kita mempunyai persekitaran rangkaian yang
luas.Hub jenis ini selalunya akan mempunyai port console bagi
membolehkanya diprogram dan menguruskan trafik didalam rangkaian.
 Hub pintar juga akan menghantar amaran (alert) kepada stesen
pengurusan, tetapi amaran ini hanya akan berlaku sekiranya hub itu
direboot atau salah satu portnya down. Setiap port akan down apabila
pengguna shutdown komputer masing-masing.
b. Unmanaged stackable hub
 Hub jenis ini tidak mempunyai sebarang perisian pengurusan ataupun
perisian pemantuan. Status hub ini hanya dilihat pada nyalaan lampu
LED (light emission diode) bagi setiap port. Sama ada data dihantar,
diterima, mahupun perlanggaran data berlaku.
 Stackable hub boleh disambungkan dengan 2 cara;
1. melalui sambungan backbone
 Dilakukan dengan menggunakan penyambung lain yang
direkabentuk untuk hub tersebut.pada kebiasaanya
penyambung BNC digunakan dalam hub yang mempunyai
kelajuan 10 Mbps melalui kabel pendek thinnet.
2. melalui sambungan port uplinki
 Port uplink adalah port khas dan menyonsangkan sambungan
transmit dan receive bagi kabel twisted pair.

8.3 Pemecahan Rangkaian


Pemecahan rangkaian dilakukan mengunakan peralatan atau perkakasan seperti bridge
dan router. Bahagian-bahagian rangkaian yang telah dipecahkan dikenali sebagai
segmen. Setiap segmen adalah merupakan satu rentetan komputer yang dirangkai
mengikut topologi tertentu.
Kelebihan pemecahan rangkaian antara lain menjadikan talian rangkaian menjadi cepat
dan memudahkan penyelenggaraan rangkaian dilakukan.

73
Terdapat beberapa cara bagaimana pemecahan rangkaian boleh mengurangkan
kesesakan trafik data dalam rangkaian iaitu;
a. Menyambungkan satu server pada setiap segmen. Oleh kerana setiap
segmen bersambung diantara satu sama lain dan mempunyai server
berasingan, maka trafik data akan hanya tertumpu kepada stesen-stesen
dalam rangkaian masing-masing sahaja. Ini akan menjadikan aliran trafik
lebih laju. Masalah yang wujud disini ialah rangkaian setiap segmen tidak
dapat berhubungan antara satu sama lain.
b. Menyambungkan setiap segmen kepada server yang sama tetapi melalui
NIC yang berasingan. Walaupun beban server bertambah tetapi beban
trafik dalam setiap segmen dapat dikurangkan. Kaedah pemasangan
beberapa NIC ke dalam server yang sama adalah kerap dilakukan.
Sekarang timbul pula persoalan bagaimana kita hendak menyambungkan segmen-
segmen ini supaya komunikasi antaranya boleh berlaku. Di sinilah bridge,switch dan
router digunakan.Gambarajah berikut menunjukkan kedudukan segmen-segmen yang
telah dihubungkan menggunakan switch,bridge,router dan juga hub.

8.4 Bridge

74
Rupabentuk bridge adalah seperti sebuah kotak kecil, dengan dua penyambung
rangkaian yang disambung kepada 2 rangkaian yang terpisah. Bridge digunakan untuk
menghantar data diantara rangkaian yang menggunakan protokol yang sama. Bridge
juga boleh digunakan untuk menapis packet, iaitu hanya packet tertentu sahaja boleh
melaluinya.

Gambarajah kedudukan Bridge berpandukan Model Rujukan OSI


i. Setiap bridge akan memeriksa alamat MAC sama ada trafik yang dihantar itu
local atau sebaliknya. Bridge bergantung kepada senarai alamat MAC yang ada
padanya.
ii. Tetapi kini kebanyakkan fungsi bridge telah diambil alih oleh switch dan juga
router. Sebab itulah bridge berada di lapisan kedua model OSI.
iii. Simbol bridge adalah seperti ditunjukkan dibawah;

Contoh Operasi bridge


i. Bridge menggunakan alamat dikepala kerangka untuk memantau sumber dan
destinasi alamat MAC pada setiap kerangka data. Didalam LAN, kerangka
adalah merupakan satu unit lapisan MAC yang mengandungi maklumat kawalan
dan data.
ii. Dengan memantau alamat-alamat sumber ini, bridge akan mengecam semua
lokasi sistem rangkaian. Bridge kemudianya akan membina satu jadual yang
menyenaraikan alamat MAC yang boleh dicapai oleh setiap portnya. Ia kemudian
menggunakan maklumat tersebut untuk menyelaras aliran data dalam rangkaian.
iii. Gambarajah berikut menunjukkan bagaimana bridge beroperasi, katakan P
hendak menghantar data ke O. NIC P akan mendengar semua transmisi dari

75
stesen-stesen lain dalam rangkaian. Jika talian didapati free, P akan transmit
kerangka data. Bridge juga melihat keadaan trafik, dan ia akan melihat sumber
dalam kepala kerangka data P. Olehkerana ia tidak pasti port yang mana
bersambung dengan alamat MAC O, bridge akan menguatkan isyarat (berfungsi
sebagai repeater) dan transmit semula isyarat tersebut kepada port ke port B
(stesen N dan M).
iv. Pada ketika ini bridge akan mencipta satu jadual masukan (table entry) P
dengan alamat MACnya.

interne
t

v. Apabila O membalas permintaan P, bridge sekali lagi akan melihat destinasi


kerangka data sekali lagi. Pada ketika ini terdapat persamaan dalam jadual
masukkan. Kebetulan P berada pada port A (stesen P dan O). Oeh kerana
bridge tahu P boleh menerima maklumat secara terus, bridge akan
menggugurkan kerangka dan menghalangnya dari ditransmit keluar ke port B. Ia
juga akan membuat satu jadual baru untuk O dan menyimpan alamat MAC
sebagai telah melalui port A.
vi. Bridge juga antara lain berfungsi untuk memisahkan collision antara satu
segmen dengan segmen yang lain seperti gambarajah dibawah;

Collision Domain A Collision Domain B


“Port A” Bridge “Port B”

vii. Setiap sistem hanya perlu bersaing untuk bandwidth dengan sistem
disegmenya sahaja, ini bermakna bahawa setiap stesen tidak akan mengalami

76
collision diluar segemenya.Dengan itu segmen-segmen ini dikenali sebagai
collision domain.Secara tidak langsung potensi bandwidth akan digandakan.
viii. Apabila bridge tidak pasti akan lokasi sesebuah sistem, ia akan sentiasa
membenarkan packet melaluinya.Gambarajah dibawah menunjukkan satu
contoh lain bridge pada satu-satu rangkaian.

Conversations:
Y Frame
G
O B
R Bridge Broadcast
V

Menggunakan bridge untuk segmen trafik


i. Peraturan bridge menyatakan bahawa 80% trafik perlu disambungkan secara
terus dan 20% atau < 20% disambung melalui bridge. Peraturan ini adalah untuk
mengimbangkan trafik dalam segmen dengan bridge latency. Teori bagi bridge
latency ialah capaian 100% melalui bridge tidak dapat dicapai kerana isyarat
dilambatkan (delayed) disetiap laluan (route).
ii. Tetapi delayed ini tidak begitu ketara, tetapi jika sekiranya pengguna kerap
menggunakan server tertentu, jangan sambungkan bridge diantara server
dengan pengguna tersebut.

8.6 Routers
Router adalah peranti multi-port yang membuat keputusan terhadap bagaimana
hendak menguruskan kandungan frame,berdasarkan protokol dan alamat rangkaian.
Untuk pemahaman yang lebih lanjut kita perlu mengetahui bagaimana protokol
berfungsi.

77
Alamat MAC telah digunakan oleh peranti didalam rangkaian. Sistem ini telah
menggunakan nombor (alamat) ini untuk menghubungi sistem lain dan transmit
maklumat.
Masalah yang timbul ialah apabila terdapat terlalu banyak sistem yang berkomunikasi
didalam rangkaian berkenaan. Sebagai contoh jika terdapat lebih 2000 sistem yang
berkomunikasi dalam satu-satu masa, kita akan dapati akan ada 2000 sistem yang
bersaiang untuk mendapatkan bandwith dari satu rangkaian Ethernet. Walaupun
menggunakan switching, bilangan frame yang dibroadcast akan akhirnya sampai kesatu
tahap akan melambatkan rangkaian. Maka disinilah protokol IPX dan SPX diperlukan.
Disinilah router diperlukan, router adalah peranti pengesan protokol yang menyenggara
satu jadual setiap rangkaian yang wujud. Ia akan menggunakan jadual ini untuk
membantu menghantar maklumat ke destinasi akhir.
Router berfungsi
i. Bagi membolehkan router berfungsi sebagai pengesan protokol, kita selidiki
dahulu apakah yang dimaksudkan dengan Protokol rangkaian, ia ditakrifkan
sebagai satu set peraturan komunikasi yang menyediakan kaedah-kaedah
untuk mengumpulkan sistem-sistem rangkaian dalam satu kawasan tertentu
dan menggunakan pendawaian yang sama. Untuk menandakan bahawa
mereka adalah sebahagian dari kumpulan tertentu, setiap sistem ini akan
diberikan alamat protokol rangkaian dengan awalan (prefix) yang sama.
ii. Alamat rangkaian adalah menyerupai alamat surat-menyurat.

Gambarajah menunjukkan bagaimana kedudukan switch didalam sesebuah


rangkaian

78
8.6 Switch
Merupakan gabungan teknologi hub dan bridge. Switch mempunyai rupabentuk yang
serupa seperti stackable hub, iaitu mempunyai penyambung RJ 45. Switch berfungsi
seolah-oleh mempunyai bridge kecil pada setiap portnya. Ia akan sentiasa mengesan
alamat MAC pada setiap portnya dan mengarahkan laluan (route) trafik tertentu kepada
alamat port tertentu sahaja.
Pemasangan Switch bagi sesuatu rangkaian membolehkan collision domain hanya
terhad kepada 2 peranti (Switch dan juga peranti yang disambung). Secara tidak
langsung boleh mengelakkan daripada perlanggaran isyarat berlaku dan juga kita dapat
mengelakkan transmisi kedua-dua sistem ini daripada bertindan diantara satu sama
lain.
8.6.1 Teknologi VLAN
Switching memperkenalkan satu teknologi dikenali sebagai virtual local area network
(VLAN). Perisian yang dipasang dalam Switch membolehkan kita membina parameter
untuk menyambungkan sistem secara workgroup (dikenali sebagi kumpulan-kumpulan
VLAN), tetapi bukan secara lokasi fizikalnya.
Pentadbir switch akan menguruskan transmisi antara port secara logikal supaya
kumpulan sambungan dapat diwujudkan mengikut keperluan pengguna.
Bahagian yang virtual adalah kumpulan-kumpulan VLAN ini boleh merangkumi
beberapa segmen rangkaian. Dengan menumpukan semua hub pada switch ini telah
membina satu rangkaian pentadbiran yang virtual.

8.7 Repeater
Repeater digunakan untuk mengatasi masalah yang wujud akibat suatu had tertentu
seperti jarak, panjang kabel, bilangan pengguna dsb.
Berdasarkan kepada fungsinya, repeater boleh dibahagikan kepada beberapa jenis:
1. Local repeater
2. Remote repeater
3. Buffered repeater
4. Multiport repeater
5. Hub repeater
6. modular rack repeater
7. Stackable hub repeater
• Local repeater

79
 Digunakan apabila 2 LAN perlu dipautkan back to back
 Tanpa gunakan rangkaian atau kabel sebagai suatu jarak yang tidak
melebihi 100m.
• Remote repeater
 Digunakan bagi memautkan LAN yang berada didlm jarak 2000 m,
dimana LAN mempunyai sebahagian local repeater yang dipaut kepada
kabel fiber optik.
 Buffered repeater
 Digunakan bagi pautan LAN CSMA/CD yang berjarak jauh. Ianya
diperlukan bagi menyimpan bingkai yang diterima dan memeriksa saluran
sama ada sibuk atau tidak bagi menghantar semula bingkai.
 Multiport repeater
 Digunakan bagi memaut LAN yang berasaskan senibina pengkabelan
“upon linear” seperti sistem bas pasif
 Pengulang hub
 Berfungsi seperti hub-dlm topologi bintang
 Repeater Modular rack
 Digunakan bila sambungan berpusat diperlukan bertindak sebagai satu
titik sambungan repeater dan modul didalam rak bertindan sebagai
repeater hub atau multiport repeater.
 Stackable hub repeater
 Ianya merupakan alternatif kepada modular rack dimana hub repeater
ditindankan kepada ketinggian tertentu dan ianya mewujudkan satu
rangkaian logikal dan fizikal.

9.0 Perisian Sistem Pengoperasian Rangkaian


Sistem pengoperasian rangkaian (network operating system – NOS) merupakan
perisian yang mengawal rangkaian. Kebiasaanya ia mempunyai dua set perisian iaitu;
i. Server
• NOS yang digunakan di server akan beroperasi dilapisan
pautan data, rangkaian dan lapisan aplikasi.
• Ia juga mempunyai sistem pengoperasian biasa bagi
sesebuah komputer.

80
ii. Client
• NOS di client pula beroperasi di lapisan pautan data dan
lapisan rangkaian.
• Ia perlu berinteraksi dengan perisian aplikasi yang
digunakan di komputer tersebut.
• Ia juga mempunyai sistem pengoperasian biasa bagi
sesebuah komputer.
Kebanyakkan NOS mempunyai persamaan dari segi perkhidmatan-perkhidmatan yang
disediakannya. Bersempena dengan namanya, NOS perlu menyediakan fungsian
rangkaian seperti berkongsi sumber di antara komputer-komputer.

81

You might also like