Nota Sejarah Tingkatan 3

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

NOTA SEJARAH TINGKATAN 3

BAB 1: Pemerintahan Jepun di Negara Kita

1.1 Kedatangan Jepun

1. Kebangkitan Meiji(1868) telah membawa pemodenan negara Jepun terutama


dan segi ekonomi.

2. Tujuan Jepun menawan Asia Tenggara ialah:


(a) Mengatasi masalah kekurangan kawasan pertanian untuk menampung
keperluan penduduk yang semakin bertambah.
(b) Mendapatkan bekalan bahan mentah untuk perkembangan perusahaan.

3. Jepun menggunakan slogan “Asia untuk Asia” dan “Kesemakmuran Bersama Asia
Timur Raya”.

4. Antara tindakan agresif yang dilancarkan Jepun ialah:


(a) 1931 — Jepun menawan Manchuria.
(b) 1937 — Jepun menyerang China.
(c) 1940 — Jepun menyerang Indochina.

5. Pada 7 Disember 1941, tentera Jepun telah menyebom Pearl Harbour.

1.2 Cara dan Strategi Serangan Jepun

1. Tentera Jepun melancarkan serangan ke atas Tanah Melayu melalui laut,


udara, dan darat.

2. British yang berpangkalan di Singapura tidak bersedia untuk menghadapi


sebarang serangan dan luar.

3. Serangan dilancarkan melalui arah pantal timur dan pantai barat tetah
melemahkan pertahanan British.

4. Jepun berjaya menenggelamkan dua buab kapal perang British iaitu Repulse
dan Prince of Wales.
5. Serangan ke atas Sabah dan Sarawak dilancarkan melalui pangkalan
tenteranya di Cam Ranh, Vietnam.

1.3 DasarPemerintahan Jepun

1. Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu adalah bercorak ketenteraan.

2. Kuasa tertinggi ialah Jeneral yang berpusat di Singapura.

3. Jepun telah menyatukan Sabah, Sarawak, dan Brunei di bawah satu unit
Pentadbiran yang dikenali sebagai Borneo Utara.

4. Dasar penjepunan dilaksanakan untuk menghapuskan pengaruh Barat di Asia.

5. Jepun turut memparkenalkan sistem ekonomi kawalan untuk menggantikan


Sistem ekonomi usahaniaga bebas

You might also like