Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 14

Bagaimanakah perkembangan

sains dan teknologi dapat


meningkatkan mutu sukan
negara?
 Kejayaan sukan tidak semestinya bergantung
kepada kekuatan seseorang atlit semata-mata
tetapi juga pada faktor lain.
 Pengetahuan sains dan teknologi
membolehkan ahli-ahli sukan menggunakan
tenaga secara optimum untuk kecemerlangan
dalam bidang sukan.
 Teknik latihan sukan yang saintifik dan
sistematik
· Pakar sukan boleh memanfaatkan hukum dan
konsep sains dalam penyelidikan untuk
memajukan kaedah-kaedah sukan dengan lebih
berkesan.
· Teknologi komputer telah digunakan untuk
menentukan cara lompatan terbaik dalam acara
lompat jauh atau lompat tinggi.
· Pengetahuan dalam biomekanik, iaitu kajian
tentang struktur dan sistem biologi serta
daya dan gerakan tubuh badan akan
membantu ahli sukan melakukan sesuatu
gerakan dengan cekap.
· Penggunaan prinsip-prinsip mekanik secara
langsung akan membantu ahli sukan
melakukan gerakan tertentu misalnya
imbangan dalam jimnastik, luncuran dengan
optimum.
 Peralatan sukan yang sesuai
meningkatkan prestasi shli sukan
· Dengan sains dan teknologi peralatan
sukan yang lebih jitu dan sesuai dengan
peringkat umur dan jantina ahli sukan
dapat dihasilkan.
· Teknologi komputer telah digunakan untuk
mereka bentuk peralatan sukan berpandukan
hukum-hukum fizik dan matematik,
umpamanya, lembing yang bersifat
aerodinamik.
· Penggunaan bahan atau fabrik pakaian
yang sesuai membolehkan ahli sukan berasa
selesa dan sejuk ketika bersukan atau
berlatih.
 Sains pemakanan membantu
meningkatkan pencapaian ahli sukan
· Prestasi fizikal atlit adalah berkait rapat
dengan corak pemakanannya.
· Pengambilan diet yang betul atau
seimbang akan menghasilkan tenaga
yang berterusan dan membantu
pemulihan segera.
· Sains permakanan banyak digunakan
untuk menentukan kuantiti zat makanan
seperti protein, kabohidrat atau vitamin
tertentu yang optimum untuk ahli sukan.
· Analisis komposisi zat dalam makanan
membolehkan pakar-pakar diet
mencadangkan sarapan terbaik untuk
meningkatkan prestasi ahli sukan.
 Sains perubatan meningkatkan
pencapaian sukan
· Kecanggihan dalam bidang perubatan
telah membantu dalam mengesan
sebarang kecederaan atau penyakit ahli
sukan dan merawatnya.
· Ujian elektrokardiogram dan ujian kecergasan
kardiovaskular sebelum aktiviti sukan cergas
boleh menghindarkan ahli sukan daripada
cedera atau mati kerana aktiviti sukan cergas
itu.
· Pencerakinan perubatan dapat mencegah para
atlit daripada mengambil pelbagai dadah seperti
steroid anabolik untuk memenangi sesuatu
acara sukan secara tidak jujur .
 Teknologi maklumat dan
telekomunikasi meningkatkan
kecemerlangan sukan
· Teknologi ICT seperti video, televisyen
dan kamera video serta satelit komunikasi
membolehkan teknik-teknik sukan yang
baik dikesan untuk dipelajari.
· Rancangan siaran langsung sesuatu
acara sukan ke seluruh pelusuk dunia
boleh meningkatkan kepopularan sukan.
· Kutipan besar daripada yuran iklan boleh
membiayai ahli-ahli sukan yang berjaya.
· Keadaan ini mendorong ahli-ahli sukan
berusaha gigih untuk meningkatkan
prestasi mereka seperti menjadi ahli
sukan profesional.
 Sains dan teknologi tetap penting untuk
kemajuan bidang sukan.
 Teknologi sukan membolehkan para atlit

menjadi sempurna dari segi fizikal dan


mental dan meningkatkan kecemerlangan
dunia sukan.
Selamat mencuba

Tarikh hantar tugasan:


10 Februari 2011

You might also like