Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 78

1.

0 PROFIL SYARIKAT

Ticker: TOPGLOV

Exchanges: KUL

2009 Sales: 1,529,077,000


(Year Ending Jan 2010)

Industry: Rubber

Products: Rubber gloves

Headquarters: MALAYSIA

1
1.1 Sejarah
Top Glove Corporation Berhad merupakan sebuah syarikat korporat Malaysia yang
mengeluarkan sarung tangan getah untuk pasaran tempatan dan luar negara. Top Glove
Snd Bhd diasaskan oleh Tan Sri Dr. Lim Wee Chai sekitar tahun 1991. Sebelum
penubuhan syarikat ini, Dr. Lim Wee Chai pernah menimba pengalaman bekerja sebagai
pengurus jualan pemasaran produk pengguna di anak syarikat OYL Industries Bhd.1
Dr. Lim Wee Chai memulakan perniagaanya dengan menubuhkan sebuah kilang
kecil di Klang, Selangor. Pada peringkat awalnya, kilang ini beroperasi dengan 3 barisan
pengeluaran sahaja, produk sarung tangan yang dikeluarkan pula hanya memenuhi
pasaran domestik.2 Selepas beberapa tahun Top Glove (TG) berkecimpung dalam
industri, syarikat ini telah berkembang dengan pesat mengungguli pasaran sebagai
pengeluar terbesar sarung tangan getah dunia dengan kedudukan yang boleh
dibanggakan. Jadual di bawah merupakan percapaian terkini syarikat.

Existing
 
(As at March 2010)

Number of Factories 20
1.

Number of Production Lines 355


2.

Total pieces of Gloves Produced (Per Year) 33 billion


3.

Countries of Export 180


4.

Number of Employees 10,000


5.

Number of Customers 850


6.

Sumber: http://www.topglove.com.my/about.htm

1
Laporan Tahunan 2009, hal.10
2
http://www.topglove.com.my/about.htm

2
1.2 Logo

Rasional Logo

Mengandungi 2 huruf, “T” untuk Top dan “G” untuk Glove. Bulatan “G” mewakili kekuatan
global sejajar dengan moto syarikat `The World ialah Our Market'. Ia juga mewakili
perpaduan dan kecemerlangan dalam semua perkara.

“T” mewakili skala keseimbangan kekuatan kepimpinan, keadilan dan pentadbiran yang baik.

1.3 Misi

3
1.4 Visi

Garis Perniagaan Top Glove Corporation Berhad

4
1.5 Falsafah perniagaan

1) Kami berusaha untuk Pelanggan kami

2) Kami menjaga kepentingan Pemegang Saham kami

3) Kami memastikan Pekerja kami terus memberi sumbangan positif kepada Syarikat dan

kami menjaga kebajikan pekerja kami

4) Kami bekerjasama erat dengan pihak Bank, Pembekal, Sekutu dan Rakan Perniagaan

kami.

1.6 Moto
“The World is Our Market”

1.7 Warna

Warna rasmi yang digunakan dalam logo Top Glove seakan warna biru langit dan laut.
Warna biru melambangkan sifat-sifat yang baik, bagi Top Glove warna biru melambangkan
kedalaman dan kestabilan selain menjadi simbol kepercayaan, kesetiaan, kebijaksanaan,
kecerdasan, ikhtikad, kebenaran, keyakinan, dan ketenangan.

Warna biru yang jelas dan terang dalam huruf T tebal dalam logo Top Glove
melambangkan ketinggian kualiti, keupayaan jangka masa panjang dan kestabilan syarikat,
dengan kata lain, warna biru melambangkan “Hallmark of Premium Quality Rubber and
Synthetic Gloves”.3

3
http://www.topglove.com.my/media_kit_logo.htm

5
1.8 Ahli-Ahli Lembaga Pengarah dan Jemaah Pengurusan

Sumber: Laporan Tahunan 2009

6
NAMA: Tan Sri Dato Sri Lim, Wee-Chai

UMUR : 52 tahun

JAWATAN: Pengerusi Top Glove Corparation Berhad

AKADEMIK: Bachelor of Science Degree, Universiti Malaya

Master of Business Administration, USA

PENGALAMAN - Pengurus Jualan ( Oly Industries)


- Berpengalaman dalam lateks dan perkilangan
- Penglibatan dalam MARGMA
- Pengarah Ammi
- Ahli Lembaga pengarah Getah Malaysia

NAMA: Tan Sri Datuk Arshad Bin Ayub

UMUR : 82 tahun

JAWATAN: Independent Non-Executive Director

AKADEMIK: Diploma in Agriculture


Bachelor of Science (Hons.) Economics and Statistics
Diploma in Business Administration

PENGALAMAN: Berpengalaman luas dalam sektor awam dan swasta

NAMA: Lee Kim Meow

UMUR : 51 tahun

JAWATAN: Executive Director

AKADEMIK: Bachelor of Commerce Degree, Australia


Bachelor of Law Degree, London

PENGALAMAN: - Berpengalaman dalam bidang kewangan

- Penglibatan dalam MARGMA

NAMA: Lim Cheong Guan

UMUR : 45 tahun

7
JAWATAN: Executive Director

AKADEMIK: Bachelor Degree in Accounting

PENGALAMAN: Berpengalaman dalam bidang perakaunan dan sektor

korporat

NAMA: Puan Sri Tong Siew Bee

UMUR : 52 tahun

JAWATAN: Executive Director

AKADEMIK: Bachelor of Science Degree in Computer Science

Master of Business Administration, USA

PENGALAMAN: Berpengalaman dalam bidang perbankan dan


teknologi maklumat

NAMA: Lim Hooi Sin

UMUR : 48 tahun

JAWATAN: Executive Director

AKADEMIK: Bachelor of Science Degree in Management Science

Master of Business Administration

Charter Financial Consultant Diploma

PENGALAMAN: Berpengalaman luas dalam bidang


kewangan dan pemasaran

NAMA: Sekarajasekaran a/l Arasaratnam

UMUR : 82 tahun

JAWATAN: Independent Non-Executive Director

AKADEMIK: - Diploma in Civil Engineering

- Membership Examination of the Institution of Civil

8
Engineers

- Diploma in Public Health Engineering

PENGALAMAN: Berpengalaman luas dalam bidang kejuruteraan

NAMA: Quah Chin Chye

UMUR : 56 tahun

JAWATAN: Independent Non-Executive Director

PENGALAMAN: Berpengalaman luas dalam bidang pengurusan

9
Ringkasan Jemaah Pengurusan

Top Glove Corporation Berhad dipimpin oleh barisan ahli lembaga pengarah yang
mempunyai pengalaman luas dalam dalam pembuatan sarung tangan dan pelbagai sektor

10
profesional seperti sektor perundangan, perakaunan, teknologi maklumat, kejuruteraan,
pemasaran dan sebagainya.

Ahli-ahli lembaga pengarah terdiri daripada 8 orang, 5 daripadanya adalah Pengarah


Eksekutif termasuk pengerusinya sendiri iaitu Tan Sri Dato Sri Lim, Wee-Chai dan yang
lainnya adalah Pengarah Bukan Eksekutif. Diantara ahli lembaga pengarah ini ada yang
mempunyai hubungan kekeluargaan, contohnya Puan Sri Tong Siew Bee adalah isteri
kepada pengerusi syarikat dan kakak ipar kepada Mr Lim Hooi Sin yang merupakan
pengarah dan juga pemegang saham syarikat. Selain itu, ahli lembaga pengarah turut
dibantu oleh pengurusan atasan syarikat dalam pelbagai bidang seperti kewangan,
pemasaran, sumber manusia dan lain-lain bagi melancarkan perjalanan operasi syarikat.

1.9 Pemegang Saham Terbesar

Pemegang saham merupakan individu yang terpenting dalam sesebuah syarikat. Syarikat
yang kukuh dari segi kewangan sebenarnya mempunyai tulang belakang yang kuat
daripada para pelabur. Bagi Top Glove, kepentingan pemegang saham sangat diutamakan

11
seiring dengan kehendak falsafah Top Glove iaitu “Do not lose your shareholer’s money”.
Kehilangan kepentingan para pemegang saham boleh menyebabkan pelabur beralih arah
kepada syarikat pesaing.

Top Glove Corporation Berhad menunjukkan jumlah modal saham meningkat dari
semasa ke semasa walaupun ekonomi Malaysia pada tahun 2009 dikatakan sedikit
merosot. Jualan saham yang disumbangkan pada tahun 2004 sehingga pada tahun 2009
sebanyak RM162.7 juta seterusnya meningkat kepada RM216.1 juta, RM302.2 juta,
RM641.0 RM686.8 juta dan RM846.0 juta.

Keutamaan saham yang dibenarkan bagi Top Glove ialah RM200,000,000. Isu dan
keutamaan pembayaran pula ialah RM152,509,615.50 manakala pengelasan saham iaitu
saham biasa pada harga RM0.50 setiap satu. 4 Berikut menunjukkan pengagihan saham
bagi tahun 2009.

Saiz yang dipegang Bil. yang % Bil saham %


dipegang

1 - 99 227 6.93 11,050 0.00

100 - 1,000 1,148 35.04 858,540 0.29

1,001 - 10,000 1,390 42.43 5,333,091 1.79

10,001 - 100,000 348 10.62 10,686,372 3.58

100,001 - 14,920,125 (kurang 5% 160 4.88 174,269,398 58.40


daripada isu saham)

14,920,126 (5% daripada isu 3 0.09 107,244,080 35.94


saham) dan ke atas

JUMLAH 3276 100.0 298,402,531 100

Pemegang saham terbesar bagi Top Glove Corporation Berhad ialah Tan Sri Dato Sri Lim
Wee-Chai, The Overlook Partners Fund, Top Glove Holding Sdn. Bhd dan Matthews
International Capital Management, LLC kemudian diikuti oleh Lim Hooi Sin, Puan Sri Tong
Siew Bee, dan Lim Quee Choo dan bakinya yang lain-lain. Nilai saham bagi setiap
pegangan berbeza mengikut kadar peratusan yang dilaburkan. Berikut merupakan jumlah
pelaburan bagi pelabur-pelabur yang disenaraikan oleh Pemegang Saham Terbesar Yang
Berdaftar di Syarikat:

4
Laporan Tahunan 2009, hal. 110

12
Bil. Saham Biasa Yang Dipegang

No Nama (RM) % (RM) Tidak %


Langsung Langsung

1. Tan Sri Dato Sri Lim, Wee-Chai 88,507,900 29.66 30,068,821 10.08

2. Puan Sri Tong Siew Bee 4,597,874 1.54 113,978,847 38.20

3. Lim Hooi Sin 6,755,181 2.26 113,978,847 37.47

4. Lim Quee Choo 2,638,869 0.88 115,937,852 38.85

5. Top Glove Holding Sdn. Bhd. 16,076,897 5.39 - -

6. Matthews International Capital 16,003,560 5.36 - -


Management, LLC

7. The Overlook Partners Fund LP 20,068,980 6.73 - -

8. Lain-lain 48.18

Sumber:http://topglove.listedcompany.com/ar.html

13
1.10 Kedudukan dalam industri

14
Industri getah memainkan peranan penting dalam sektor ekonomi Malaysia. Pertumbuhan
yang semakin pesat terutamanya dalam pengeluaran getah asli menjadikan Malaysia
sebagai pengguna terbesar dunia bagi lateks getah asli. Lembaga Kemajuan Perindustrian
Malaysia (MIDA) melaporkan, “pengeluaran getah asli Malaysia pada 2006 berjumlah 1.33
juta tan metrik berbanding 1.13 juta tan metrik pada 2005.  Industri produk getah
menggunakan 377,141 tan metrik getah pada 2006.  Pengguna terbesar getah adalah
produk lateks, diikuti tayar dan produk berkaitan tayar; serta produk getah perindustrian dan
am.” 

Selain itu, MIDA turut melaporkan bahawa lebih 500 pengilang yang mengeluarkan
produk berasaskan getah seperti produk lateks, tayar, kasut, sarung tangan perubatan,
sarung jari, belon, kateter dan busa selain industri ini memberi peluang pekerjaan lebih
68,000 dan menyumbang RM8.4 bilion kepada pendapatan eksport negara pada 2006.

Walaupun industri getah di Malaysia berada dalam kedudukan yang agak selesa,
namun begitu Malaysia hanya dikategorikan sebagai pengeluar getah terbesar dan
bukannya sebagai pengeluar produk besar berasaskan getah. Oleh itu, industri ini masih
memerlukan lebih banyak penyelidikan dan pembangunan supaya dapat berdaya saing
dengan syarikat antarabangsa yang sentiasa mencari peluang perniagaan.

Top Glove yang menjalankan perniagaan di peringkat tempatan dan global sentiasa
melihat perkembangan industri berasaskan getah dari sudut yang positif, syarikat terus
meningkatkan kualiti produk dan memastikan perkembangan permintaan sarung tangan
getah dunia dapat dipenuhi. Pesaingan sentiasa wujud dalam industri kompetitif, dengan
menjalankan strategik perniagaan yang berkesan dapat memberi manfaat kepada syarikat.
Sehingga kini, Top Glove masih menjadi peneraju pasaran. Top Glove telah menguasai
lebih 24 peratus pasaran sarung tangan getah global.

Walaupun Top Glove menguasai pasaran sarung tangan getah dunia, namun begitu
kumpulan Top Glove masih menghadapi persaingan sengit. Berikut merupakan syarikat
pesaing yang disenaraikan sebagai pengeluar berasaskan getah di peringkat tempatan dan
global.

BIL. NAMA SYARIKAT BANDAR NEGARA

15
1. Alliance Rubber Products Snd. Bhd Nibong Tebal, Malaysia

Pulau Pinang

2. Comfort Rubber Gloves Industries Taiping Malaysia

Sdn. Bhd.

3. Rubbeex (M) Sdn. Bhd. Ipoh dan Huizhou Malaysia dan


China

4. Ace Delight(M) Sdn. Bhd. Balakong, Selangor Malaysia

5. A.P. Rubber Co.Ltd. Bangkok Thailand

6. Advand Rubber Inc. Changhua Pei Tou Taiwan

7. Aero –Med Ltd. Fluishing USA

8. Allevex, Inc. San Jose USA

9. Aim International Marketing, Inc. Glastonbury USA

10. Ac Healthcare Supply, Inc Cambria Heights USA

1.11 Kedudukan dalam penyenaraian di BSKL

Umumnya saham biasanya diperdagangkan di bursa saham, yang mana individu dan
organisasi boleh menjual dan membeli pelbagai jenis syarikat saham. Penyenaraian Top
Glove di papan utama Bursa Malaysia bermula sejak Mac 2001, tahun ini merupakan tahun
ke-9 TG disenaraikan di Bursa Saham Malaysia dibawah saham Securities Berhad. Stock
code saham TG adalah 7113 dan stock name di bawah TOPGLOV.5

1.12 Struktur korporat menurut subsiadiari

5
Laporan Tahunan 2009,hal.8

16
Top Glove Corporation Berhad menjalankan perniagaan utama dalam bidang pembuatan
sarung tangan getah. Selain itu, kumpulan turut melibatkan diri dalam aktiviti lain seperti
pelaburan hartanah, perniagaan mesin, pengeluaran dan penjualan getah cair, dan
menyediakan kelengkapan perkhidmatan dan pelaburan.6

Fokus dalam laporan ini akan menekankan kepada perniagaan utamanya iaitu
pengeluaran sarung tangan getah. Pengeluaran sarung tangan getah Top Glove terdiri
daripada 13 rangkaian produk utama iaitu Latex Examination Powdered, Latex Examination
Powder-free, Nitrile Examination Gloves, Vinyl Examination Gloves, Household/Industrial
Gloves, Long Length 12" High Risk Gloves, Cleanroom Gloves, High Density Polyethylene
(HOPE) Gloves, Low Density Polyethylene (LOPE) Gloves, PE Apron and Stretchy Vinyl
Examination Gloves.7 Barisan produk yang dihasilkan berkualiti tinggi dan biasanya
digunakan untuk tujuan pembedahan, pergigian, kimia, pembersihan dan lain-lain.

2.0 PROFIL INDUSTRI

2.1 Global
6
http://www.corporateinformation.com
7
http://www.topglove.com.my/products.htm

17
World production and consumption of rubber continued to increase in 2007. The
production of rubber increased by 2.46 per cent, from 22.44 million tonnes in 2006 to
22.99 million tones in 2007. Natural rubber (NR) comprised 42.12 per cent of total rubber
production in 2007. Consumption of rubber in 2007 also rose by 5.73 per cent to 22.90
million tonnes.8

Merujuk kepada laporan di atas, pengeluaran dan penggunaan getah dunia mencatatkan
peningkatan dari segi angka untuk tempoh 2 tahun. Jadual dibawah menunjukkan
pengeluaran dan penggunaan getah dunia untuk beberapa tahun sebelumya.

Malaysia mengeksport produk getah lebih dari 160 negara di seluruh dunia. Amerika
dan China merupakan pasaran terbesar produk getah Malaysia dengan mencatatkan jumlah
eksport sebanyak 35% produk getah, disamping pengeksport utama seperti Eropah dan

8
Market Watch 2009, The Rubber Sector in Malaysia, Julai 2009

18
ASEAN.9 Jadual di bawah menunjukkan produk berasaskan getah yang dieksport dan
negara-negara eksport getah Malaysia.

  2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008


Tyres
243.58 249.71 261.45 310.50 458.02 501.80 586.51 950.62 829.27
Inner
Tubes 13.57 15.63 17.29 15.75 23.10 26.50 25.27 27.99 32.89
Footwear
313.50 288.20 303.10 460.20 860.30 466.20 568.80 558.67 573.41
Latex
Goods 4480.7 4272.16 4361.15 4841.18 5832.24 6207.02 7121.50 7744.42 8404.08
7
Industrial
Rubber 153.45 139.48 149.16 155.05 277.43 334.22 368.95 474.43 420.66

Goods
General
Rubber 477.21 471.73 441.53 529.26 566.22 657.97 682.40 713.70 978.33

Goods
Grand
Total 5682.0 5436.91 5533.65 6311.99 8017.30 8161.69 9353.45 10469.82 11238.64
5

Source :Department of Statistics, Malaysia

Major Destination of Malaysia’s Rubber Product Exports (Million RM)

9
Malaysian Rubber Export Promotion Council (MREPC)

19
Top Glove Corporation Berhad di antara penyumbang terbesar pengeksport produk
berasaskan getah ke luar negara, sesuai dengan statusya sebagai pengeluar sarung tangan
getah terbesar dunia. Setakat ini, Top Glove masih mengekalkan penguasaan pasaran
dengan mengeksport produknya lebih dari 180 buah negara di seluruh dunia. 10 Negara yang
mengimport produk Top Glove terdiri daripada 5 benua iaitu Afrika, Timur Tengah, Asia,
Eropah dan Oceania.

2.2 Serantau

10
Laporan Tahunan 2009,hal. 3

20
Persatuan Negara-negara Pengeluar Getah Asli menyenaraikan lapan pengeluar terbesar
getah serantau iaitu “Thailand, Indonesia, Malaysia, India, Vietnam, China, Sri Lanka dan
Kemboja”. Malaysia pernah menjadi penyumbang getah terbesar dunia berbanding negara
serantau yang lain.

“Malaysia is the largest worldwide exporter of rubber gloves whereas Thailand


accounts for less than half of the Malaysian market share. Malaysia’s strength is its
productive labor.Each worker in the rubber gloves industry in Malaysia is estimated to
be nearly three times more productive compared to Thailand and twice to Indonesian
workers”

Walau bagaimanapun industri getah sentiasa tidak terlepas daripada krisis yang
melanda, kebimbangan peniaga terhadap peningkatan harga getah berikutan kekurangan
bekalan komoditi. Peningkatan harga komoditi getah akan menjejaskan produktiviti
pengeluaran getah, Malaysia mencatatkan penurunan pengeluaran terbesar yang
menghasilkan 879,000 tan metrik, penurunan 20.6 peratus berbanding 1.07 juta tan pada
2008” dan bekalan komoniti ini dijangka susut bermula Febuari sehingga pertengahan
April.11

Namun begitu, peluang untuk harga tempatan untuk kembali meningkat masih ada
ekoran harga getah tempatan masih diaggap murah berbanding pasaran serantau yang lain
seperti Thailand, Indonesia dan Singapura, yang sudah pun melepasi 1,200 sen
sekilogram.12 Awal Januari 2010, “harga SMR 20 melepasi 1,000 sen sekilogram, paras
tertinggi dicatatkan pada Julai 2008 apabila harga mencecah 1,051 sen sekilogram susulan
kekurangan bekalan selain keadaan cuaca yang tidak menentu. Malaysia, Thailand dan
Indonesia mengadakan mesyuarat peringkat menteri bagi mencari jalan untuk menstabilkan
harga getah. Tiga negara pengeluar terbesar sudah mengurangkan eksport untuk
mengimbangi harga sebelumnya, selepas ia mencecah paras kemuncak dalam tempoh 56
tahun kepada AS$3.25 sekilogram pada Julai 2008, namun susut kepada AS$1.10
sekilogram lima bulan kemudian.”(BERNAMA).

2.3 Tempatan

11
12-13 Bernama
12

21
Perkembangan ekonomi negara yang tidak stabil ekoran kelembapan ekonomi dunia dan
beberapa krisis yang melanda dunia menyebabkan industri getah negara terkena
tempiasnya. Pertumbuhan ekonomi Malaysia bergerak secara perlahan sepanjang tempoh
beberapa tahun sebelumnya, ekonomi negara pada tahun 2008 dikatakan mengalami
penurunan.

Pada tahun 2007, perindustrian getah negara mula berdepan dengan cabaran kesan
daripada krisis ekonomi dunia, peningkatan harga kos bahan mentah mula ketara apabila
berlaku peningkatan harga dalam “lateks mentah, bahan api, dan peningkatan nilai Ringgit
Malaysia, Baht Thailand, dan Renminbi China berbanding dengan nilai Dolar Amerika
Syarikat.13 Perniagaan yang terlibat dalam industri ini mula mengambil langkah berjimat
dengan mengurangkan kos perniagaan.

Keadaan ekonomi yang belum pulih sepenuhnya semakin meruncing apabila


kerajaan mengumumkan peningkatan harga petrol sebanyak RM0.78 atau 41%,
berkuatkuasa 5 Jun 2008, kenaikan kadar tarif elektrik sebanyak 26% yang juga
berkuatkuasa mulai 1 Julai 2008 dan kenaikan harga gas sebanyak 71% kepada RM 22.06.
Selain itu, permintaan pengeluaran getah semakin meningkat apabila harga lateks mentah
mencatatkan paras tertinggi pada RM7.20/kg pada Julai 2008 dan peningkatan kadar
pertukaran Ringgit Malaysia setinggi RM3.14 / 1 USD dalam bulan April 2008.14

Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mengumumkan
pertumbuhan KDNK negara pada tahun ini (2008) dijangka merosot antara lima hingga
enam peratus berbanding 6.3 pada tahun 2007. “...ekonomi negara dijangka melonjak
kembali dengan anggaran pertumbuhan 5.7 peratus sejajar dengan pemulihan ekonomi
dunia”.15 Walaupun tahun 2009 diramal sebagai tahun permulihan daripada krisis kewangan
ekonomi, namun bergitu negara dikejutkan sekali lagi dengan ancaman penyakit baru iaitu
Influenza A (H1N1) atau wabak selsema babi yang mengakibatkan kematian.

Perindustrian getah negara bernasib baik kerana industri ini kental dalam
menghadapi krisis dunia walaupun tidak dinafikan berlaku sedikit cabaran kepada
pengusaha yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam arena perindustrian
getah negara. Ini dapat dibuktikan apabila getah masih terus mendapat permintaan global.

3.0 PENILAIAN PERSEKITARAN DALAMAN

3.1 Analisis Mckinsey 7-S


13
Laporan Tahunan 2007
14
Laporan Tahunan 2008
15
Utusan Online

22
3.1.1 Superordinate goal

Objektif Top Glove merupakan unjuran kepada penyataan visi dan misi syarikat iaitu ingin
menjadi pengeluar sarung tangan getah berkualiti terbaik di dunia. Objektif Top Glove
memenuhi ciri-ciri SMART iaitu boleh dinilai pencapaiannya dengan tepat. Syarikat
menyasarkan untuk mengembangkan lagi agihan pasaran globalnya kepada 30 peratus
menjelang Disember 2012 berbanding 22 peratus saiz pasaran yang dinikmatinya
sekarang.16 Objektif yang jelas memberikan kekuatan kepada syarikat untuk
mengembangkan lagi saiz pasaran pada masa akan datang.

3.1.2 Strategi

Strategi merupakan pelan tindakan yang komprehensif syarikat yang menjadi wadah kepada
syarikat untuk mencapai objektif, misi dan visi yang telah ditetapkan. Oleh yang demikian,
Top Glove telah menggunakan strategi korporat sebagai taktik untuk menghadapi segala
persaingan sengit persekitaran perniagaan. Strategi korporat yang digunakan adalah
dibawah strategi pertumbuhan. Sejajar dengan kehendak persekitaran dalaman dan luaran,
pelan inisiatif telah diambil oleh Top Glove dengan mengkhususkan skop strategi
pertumbuhan ini dibawah strategi integrasi depan/belakang.

1) strategi integrasi menegak

Top Glove telah mengamalkan strategi pertumbuhan dua cabang iaitu melalui strategi
pertumbuhan menegak. Strategi ini melibatkan kegiatan hiliran untuk mengeratkan
hubungan dengan pelanggan melalui penubuhan lebih banyak pejabat pemasaran di luar
negara.17

2) strategi integrasi mendatar

Strategi pertumbuhan mendatar dilakukan dengan membeli sebahagian ekuiti syarikat yang
dirasakan berpontesi memberikan pulangan kepada syarikat. Pada 13 Mei 2002, TG telah

16
Utusan Malaysia Online
17
Laporan Tahunan 2009, hal.22

23
membuat usahasama dengan dua buah syarikat di China iaitu Zhangjiagang Medical Glove
Co. (ZMGC) & Hadsyn Latex Co. Ltd (Hadsyn) dalam mengilangkan sarung tangan PVC.
Usahasama ini dibuat untuk mengopersikan syarikat Top Glove (Zhangjiagang) Co. Ltd. 18
Faedah daripada usahasama ini dapat meningkatkan nilai tambah jualan seperti sarung
tangan pemeriksaan lateks tanpa serbuk, nitril lembut, "vinyl" , "clean room" dan
pembedahan untuk menguasai pasaran yang lebih besar19.

Sehubungan itu, penggembangan plan perniagaanya dengan meningkatkan


kekuatan sebagai “One–Stop Complete Gloves Sourcing Centre”. TG menggunakan
pendekatan usahasama dengan penguasaha China kerana syarikat tersebut mempunyai
pengkhususan dalam teknologi pembuatan latex dan nitrile glove. Selain dapat menikmati
kos operasi lebih murah dan ketersediaan bahan mentah untuk penghasilan sarung tangan
PVC. Pelan strategi yang berkesan memberi kekuatan kepada syarikat menggembangkan
lagi perniagaan ke serata dunia.

Name Nationality/ Country Shares (USD) %


of Incorporation

1) Top Glove Sdn Bhd Malaysia 1,650,000 55.0

2) Zhangjiagang Medical China 900,000 30.0


Glove Co

3) Hadsyn Latex Co. Ltd Thailand 450,000 15.0

Total 3,000,000 100.0

Sumber: General Announcement Top Glove

3.1.3 Sistem

Syarikat mengamalkan sistem yang terancang dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
Penekanan untuk meningkatkan piawaian ditetapkan oleh syarikat, khasnya dalam Amalan

18
General Announcement TG
19
20-21 Laporan Tahunan 2009

24
Baik Pengilang (Good Manufacturing Practice) serta projek penyelidikan dan pembangunan
yang menyeluruh. Kumpulan Top Glove amat menekankan pada prosedur kawalan mutu
yang ketat sesuai dengan piawaian ISO 9001 dan ASTM dan EN455.

Sistem Total Quality Management dipraktikkan sebelum penghantaran tempahan


dibuat, pemeriksaan wajib dan pra-penghantaran ketat dilakukan bagi memastikan selaras
dengan Quality Assurance dan Quality Control. Penekanan ini berdasarkan keperihatinan
terhadap kepentingan para pelanggan Top Glove. Perlaksanaan Customer Relationship
Management bahagian pemasaran diperingkat perniagaan berjaya mengukuhkan hubungan
diantara pelanggan dan syarikat.

Sarung tangan getah TG secara konsistennya telah diuji secara terancang dan
sistematik untuk memastikan bahawa memenuhi Acceptable Quality Level (AQL) dan
ASTM International sebelum dieksport.20 Berdasarkan sistem yang diamalkan, ini jelas
memberi kekuatan kepada syarikat untuk terus berkembang dan maju di pasaran.

3.1.4 Stail

Stail pengurusan Top Glove dilihat banyak berkait rapat dengan budaya yang diamalkan
dalam organisasi tersebut. Pihak pengurusan amat menitikberatkan kepentingan setiap
peringkat, bermula daripada pelanggan, pemegang saham, pekerja sehingga kepada pihak-
pihak lain yang terlibat dalam persekitaran syarikat.

Penilaian stail pengurusan yang dipamerkan syarikat lebih terarah kepada


pengurusan bersama, keadaaan ini dapat dilihat apabila prestasi yang dicapai oleh syarikat
hasil daripada kesinambungan usaha bersama. Contohnya ahli lembaga pengarah
memberikan nasihat, bimbingan dan sokongan bernilai untuk keputusan yang bakal diambil
oleh syarikat.21 Hal ini jelas menunjukkan stail pengurusan syarikat menjadi kekuatan dalam
membangunkan syarikat.

3.1.5Staf

Staf atau pekerja adalah aset yang berharga dalam organisasi, sumbangan dan jasa mereka
dalam membangunkan syarikat tidak dapat dinafikan. Falsafah perniagaan Top Glove

20
http://www.topglove.com.my/quality_assurance.htm
21

25
meletakkan kepentingan pekerja di kedudukan ke-3, isi kandungan falsafah menyatakan
bahawa syarikat akan memastikan pekerja memberikan sumbangan positif dan menjaga
kepentingan mereka. Top Glove mempunyai seramai 9,100 orang pekerja iaitu bilangan
kapasiti yang cukup ramai untuk ditempatkan di 20 buah kilangnya.22

Bilangan pekerja yang cukup ramai amat sukar untuk dikendalikan apatah lagi kilang
Top Glove turut beroperasi di luar negara seperti Thailand dan China, keadaan ini tentu
mewujudkan amalan dan budaya kerja yang berlainan. Walaupun kepentingan pekerja
menjadi keutamaan syarikat tetapi pelaksanaannya kurang jelas, keadaan ini sedikit
sebanyak menyumbang kepada kelemahan syarikat.

3.1.6 Skil

Top Glove memastikan setiap pekerjanya memberi sumbangan positif kepada syarikat
dalam penghasilan sarung tangan yang berkualiti tinggi. Produktiviti yang berterusan
memberi kelebihan kepada TG untuk menjana keuntungan. Namun begitu, syarikat tidak
banyak menjelaskan program-program atau kemahiran dan latihan yang dapat
meningkatkan daya saing dan kecekapan pekerja. Keadaan ini, sekiranya tidak diberikan
penekanan boleh menyumbang kepada kelemahan syarikat.

3.1.7 Struktur

22
http://www.topglove.com.my/about.htm

26
Susun atur pentadbiran Top Glove Corporation Berhad berdasarkan struktur
bahagian berasaskan produk. Struktur korporat ini dibahagikan kepada 6 bahagian iaitu Top
Glove Foundation, Top Glove Engineering Sdn Bhd, Top Glove Medical Sdn Bhd, Top Glove
Sdn Bhd, Great Glove Sdn Bhd, dan TG Medical (USA) Inc. dan dipecahkan kepada 4 buah
negara iaitu Thailand, Malaysia, Singapura, China dan USA. Pengkhususan struktur
korporat memberi kekuatan kepada syarikat, kerana setiap struktur menjalankan fungsinya
yang tersendiri yang mana tumpuan dapat diberikan sepenuhnya.

27
28
Sumber: Laporan Tahunan 2009

29
3.2 Faktor-faktor lain

3.2.1 Kewangan
LAPORAN KEWANGAN

1) Liquidity Ratio

Kecairan menunjukkan kemampuan Top Glove untuk membayar balik hutang jangka pendek

dalam tempoh yang diberikan. Semakin besar nilai kecairan nisbah, semakin kukuh

kedudukan kecairan syarikat.

 CURRENT RATIO

Hubungan yang ditunjukkan diantara aset semasa dan tanggungan semasa ialah “Nisbah
semasa”. Nisbah semasa ini juga dikeanli sebagai “working capital ratio” dan “banker”.
Nisbah ini dikira untuk melihat Top Glove menemui obligasi jangka pendek. Pengiraan
nisbah ini adalah seperti berikut:

Current Ratio = Current Assets


Current Liabilities

Ratio 2007 2008 2009


Current Asstes 466,045 507,885 511,497
Current Liabilities 257,214 306,084 244,059
1.812 1.659 2.096

30
Current Ratio
2.5

1.5

1 current ratio

0.5

0
2007 2008 2009

Penerangan :-

Pada tahun 2007, nisbah semasa adalah 1.812 kali tetapi pada tahun 2008 ianya
menurun kepada 1.659 kali. Manakala pada tahun 2009 ianya meningkat kepada 2.096
kali. Nisbah semasa adalah untuk mengukur keupayaan perniagaan Top Glove
membayar hutang jangka pendek. Ini jelas menunjukkan bahawa pada tahun 2009
berada pada kedudukan kewangan perniagaan yang lebih baik kerana nisbah semasa
lebih tinggi berbanding pada tahun sebelumnya yang mana Top Glove mempunyai aset
cair yang mencukupi untuk mengendalikan operasi semasa.

31
 QUICK RATIO

Kecairan nisbah adalah aliran tunai dan aset semasa yang lain yang boleh dicairkan dengan
segera. Ia juga dikenali sebagai “acid test ratio” yang mana nisbah yang tinggi menunjukkan
syarikat mempunyai aset yang cukup untuk membayar hutang jangka pendek dengan
segera. Nisbah ini dikira untuk melihat Top Glove menemui obligasi jangka pendek tanpa
bergantung terhadap jualan inventorinya. Pengiraan nisbah ini adalah seperti berikut:

Quick Ratio = Current Assets - inventory


Current Liabilities

Ratio 2007 2008 2009


Current Assets - Inventory 466,045 - 121,256 507,885 - 157,766 511,497 - 119,053
Current Liabilities 257,214 306,084 244,059
1.34 1.144 1.608

32
Quick Ratio
1.8
1.6
1.4
1.2
1
0.8 Quik Ratio
0.6
0.4
0.2
0
2007 2008 2009

Penerangan : -

Pada tahun 2009 merupakan nisbah cepat yang paling tinggi sebanyak 1.608 kali
berbanding pada tahun sebelumnya iaitu pada tahun 2007 sebanyak 1.340 kali dan 2008
sebanyak 1.144 kali. Pada tahun tersebut menunjukkan perniagaan mempunyai aset cepat
yang mencukupi untuk membayar hutang jangka pendek dengan segera.

33
2) Activity Ratio

 INVENTORY TURNOVER

Inventory turnover adalah kaedah yang digunakan untuk menilai pengurusan pulang balik
inventory. Nisbah ini adalah untuk menilai sama ada syarikat memegang stok inventory dan
sama ada syarikat menjual inventory dengan perlahan berbanding purata industri.
Hubungan yang wujud diantara bilangan produk dan inventory Top Glove yang telah dijual.
Sekiranya data bulanan tidak tersedia, maka purata nisbah inventory awal dan akhir tahun
akan digunakan. Pengiraan nisbah ini adalah seperti berikut:

Inventory Turnover = Sales


Average Inventory

Ratio 2007 2008 2009


Sales 1 228 778 1 377 931 1 529 077
Avarege Inventory 121 256 – 102 232 157 766 – 121 256 119 053 – 157 766
64.60% 37.74% -39.49%

34
Inventory
80

60

40

20
Inventory
0
2007 2008 2009
-20

-40

-60

Penerangan : -

Inventori pada tahun 2009 merupakan yang paling tinggi permintaannya sebanyak
39.49% berbanding pada tahun sebelumnya iaitu pada tahun 2007 sebanyak 76.6%
dan 2008 sebanyak 37.7%. Hal ini menunjukkan bahawa jumlah inventori semakin
menurun akibat deripada permintaan yang mendadak pada tahun 2009.

35
 FIXED ASSETS TURNOVER

Nisbah ini mengambil kira faktor seperti produktiviti jualan, kilang dan alat kelengkapan
syarikat dalam pengiraan nisbah aktiviti. Kaedah ini menunjukkan margin keselamatan
pemegang saham dan noteholder. Ia juga dinilai untuk melihat kemampuan syarikat untuk
meminjam modal tambahan dalam tempoh jangka panjang. Pengiraan nisbah ini adalah
seperti berikut:

Fixed Assets Turnover = Sales


Fixed Assets

Ratio 2007 2008 2009


Revenue 1,228,778 1,377,931 1,529,077
Non-current assets 587,583 601,660 620,912
2.091 2.29 2.462

36
Fixed Asset Turnover
5

2 Fixed Asset Turnover

0
2007 2008 2009

Pengenalan : -

Pusing ganti asset tetap pada tahun 2009 sebanyak 2.462 kali menggambarkan pengurusan
asset tetap yang lebih cekap berbanding tahun sebelumnya iaitu tahun 2007 dan 2008. Ini
kerana pusing ganti asset 2007 dan 2008 lebih rendah berbanding tahun 2009 iaitu masing-
masing sebanyak 2.091 kali dan 2.290 kali.

37
 TOTAL ASSETS TURNOVER

Kaedah ini adalah untuk menilai syarikat sama ada menghasilkan jumlah yang cukup untuk
saiz pelaburan aset syarikat. Jumlah pulang balik aset menunjukkan kecekapan syarikat
untuk menghasilkan jualan. Semakin tinggi nisbah adalah semakin baik kerana ia
menunjukkan keberkesanan syarikat dalam menguruskan aset. Ia menunjukkan berapa
banyak jualan boleh dihasilkan oleh Syarikat Top Glove. Pengiraan nisbah ini adalah seperti
berikut:

Total Asset Turnover = Sales


Total Assets

Ratio 2007 2008 2009


Sales 1,228,778 1,377,931 1,529,077
Total Assets 1,053,628 1,109,545 1,132,497
1.167 1.249 1.35

38
Total Asset Turnover
1.4
1.35
1.3
1.25
1.2 Total Asset Turnover
1.15
1.1
1.05
2007 2008 2009

Penerangan : -

Pusing ganti aset pada tahun 2009 sebanyak 1.350 kali menggambarkan pengurusan aset
yang lebih cekap berbanding tahun sebelumnya iaitu tahun 2007 dan 2008. Ini kerana,
pusing ganti aset 2007 dan 2008 lebih rendah berbanding tahun 2009 iaitu masing-masing
sebanyak 1.167 kali dan 1.249 kali.

39
 ACCOUNT RECEIVABLE TURNOVER

Account Receivable Turnover wujud apabila terdapatnya hubungan yang diantara jualan
kredit dan akaun yang akan diterima. Setiap syarikat menyediakan jualan secara kredit
kepada pelanggannya. Oleh itu, masa yang lama telah diambil oleh syarikat untuk mengutip
semula jualan kredit syarikat. Pengiraan nisbah ini adalah seperti berikut:

Account Receivable Turnover = Annual Credit Sales


Account Receivable

Ratio 2007 2008 2009


Net credit sales 1,228,778 1,377,931 1,529,077
Average account receivable 179,205 – 158,803 228,574 – 179,205 206,596 – 228,574
60.23% 27.91% -69.57%

40
Account Receivable Turnover
5

3
account receivable
2 turnover

0
2009 2008 2007

Account Receivable Turnover

Account Receivable Turnover belum terima digunakan untuk mengukur keupayaan


perniagaan mengutip hutang daripada pelanggannya. Semakin tinggi Account Receivable
Turnover belum diterima semakin pulih kerana ia menggambarkan perniagaan dapat
mengutip hutangnya dengan segera dan mempunyai hutang lapuk yang sedikit. Pada tahun
2007 mempunyai Account Receivable Turnover yang belum terima lebih baik berbanding
tahun sebelumnya. Pengiraan nisbah ini adalah seperti berikut:

3) Leverage Ratio

41
Laverage Ratio menunjukkan kemampuan syarikat untuk menyesuaikan tanggungjawab
atau obligasi kepada penghutang untuk menentukan keberkesanan pengurusan dalam
menggunakan dan menguruskan kapital.

 DEBT RATIO

Aset syarikat biasanya memerlukan jualan kredit. Nisbah tanggungan memenuhi fungsi ini
menilai nisbah debt-to-Total-Assets yang menunjukkan peratusan jumlah modal yang
disumbangkan oleh pemberi hutang. Nisbah yang rendah menunjukkan lebih banyak modal
yang ditanggung oleh pemberi hutang sekiranya syarikat muflis. Nisbah ini juga
membenarkan syarikat untuk merancang kegunaan modal sedia ada untuk menghasilkan
lebih banyak keuntungan. Pengiraan nisbah ini adalah seperti berikut:

Debt-To-Total Assets Ratio = Total Debt


Total Assets

Ratio 2007 2008 2009


Total liability 416,490 422,756 286,432
Total Assets 1,053,628 1,109,545 1,132,409
0.395 0.381 0.253

42
Debt Ratio
0.45
0.4
0.35
0.3
0.25
0.2 debt total asset
0.15
0.1
0.05
0
2007 2008 2009

Debt Ratio

Nisbah hutang digunakan untuk mengukur peratusan jumlah aset yang dibiayai oleh
pemiutang. Nisbah hutang pada tahun 2007 sebanyak 0.395 kali lebih tinggi berbanding
tahun 2008 dan 2009 iaitu 0.381 kali dan 0.253 kali . Sekiranya Top Glove dapat
menggunakan dana yang dipinjam untuk menghasilkan pulangan yang lebih tinggi daripada
dana yang diperlukan untuk membayar balik hutang.

43
 DEBT – TO – EQUITY RATIO

Nisbah ini menilai peratusan jumlah modal yang disumbangkan oleh pemberi hutang
dibandingkan dengan modal pemilik syarikat. Nisbah yang rendah adalah baik untuk syarikat
kerana ia menunjukkan syarikat mampu untuk menambah hutang atau tanggungan
sekiranya syarikat perlu berbuat demikian. Pengiraan nisbah ini adalah seperti berikut:

Debt-To-Equity Ratio = Total Debt


Total Stockholders' equity

Ratio 2007 2008 2009


Total liability 416,490 422,756 286,432
Total stockholders’ equity 615,691 667,048 824,513
0.677 0.634 0.347

44
Debt to Equity Ratio
0.8
0.7
0.6
0.5
0.4
0.3 debt to Equity Ratio
0.2
0.1
0
2007 2008 2009

Debt – to – Equity Ratio

Nisbah hutang ke atas ekuiti pemilik digunakan untuk mengukur peratusan liabiliti yang
dilindungi oleh ekuiti. Pada tahun 2007, nisbah hutang ke atas ekuiti pemilik sebanyak
0.677 kali iaitu lebih tinggi berbanding tahun 2008 dan 2009 iaitu 0.634 kali dan 0.347 kali.
Sekiranya nisbah ini adalah rendah nisbah ini dianggap baik kerana ia menunjukkan
syarikat berupaya untuk menambah tanggungan jika diperlukan. Oleh itu, pada tahun 2009
adalah lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

45
 LONG TERM DEBT TO EQUITY RATIO

Nisbah ini digunakan untuk menentukan keseimbangan baki diantara hutang dan ekuiti
dalam struktur kapital jangka panjang syarikat. Pengiraan nisbah ini adalah seperti berikut:

Long Term Debt-To-Equity Ratio = Long Term Debt


Total Stockholders' equity

Ratio 2007 2008 2009


Long- term liability 159,276 116,672 620,912
Total stockholders’ equity 615,691 667,048 824,513
0.259 0.175 0.753

46
Long Term Debt To Equity Ratio
0.8
0.7
0.6
0.5
0.4
0.3 Long term debt to
0.2 equity ratio
0.1
0
2007 208 2009

Long term debt to equity ratio

Nisbah hutang jangka panjang ke atas ekuiti pemilik digunakan untuk mengukur peratusan
tanggungan jangka panjang yang dilindungi oleh ekuiti. Pada tahun 2009, nisbah hutang ke
atas ekuiti pemilik sebanyak 0.753 kali lebih tinggi berbanding tahun 2007 dan 2008 iaitu
0.259 kali dan 0.175 kali. Sekiranya nisbah ini semakin rendah adalah semakin baik kerana
ia menunjukkan syarikat berupaya untuk menambah tanggungan jangka panjang jika
diperlukan. Oleh itu, pada tahun 2008 adalah lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

47
 Times Interest Earned

Nisbah ini digunakan untuk mengenal pasti keuntungan yang mana akan mengalami
penurunan tanpa membuatkan syarikat tidak mampu untuk mencapai kos faedah tahunan.
Semakin tinggi nisbah, semakin baik untuk syarikat kerana semakin tinggi ansuran
pembayaran yang boleh dibuat. Pengiraan nisbah ini adalah seperti berikut:

Times-Interest-Earned Ratio = Profit before interest and taxes


Total interest charges

Ratio 2007 2008 2009


Income before tax 159,276 116,672 620,912
interest expense + Interest 161283 118680 622921
0.99 0.98 1.00

48
Times Interest Earned
40
35
30
25
20
15 Times Interest Earned
10
5
0
2007 2008 2009

Long term debt to equity ratio

Nisbah liputan faedah menunjukkan keupayaan perniagaan untuk mendapatkan dana yang

mencukupi untuk membayar faedah apabila sampai tempoh matang. Pada tahun 2009

nisbah ini lebih tinggi daripada tahun 2007 dan 2008. Oleh itu, tahun 2009 menunjukkan

perniagaan lebih berupaya untuk membayar belanja faedah.

4) Profitability Ratio

49
 GROSS PROFIT MARGIN

Operasi margin keuntungan merupakan analisis bagaimana syarikat boleh menghasilkan


keuntungan daripada operasi jualan. Keuntungan yang ditunjukkan tanpa melibatkan faedah
dan cukai. Pengurusan yang cekap berhubung dengan pembelian adalah pentting dan ia
berkaitan dengan kos syarikat. Pengiraan nisbah ini adalah seperti berikut:

Gross Profit Margin = Sales - Cost of Goods Sold


Sales

Ratio 2007 2008 2009


Sales - COGS 1,228,778 - 1,014,377 1,377,931 - 1,150,360 1,529,077 - 1 155 975
Sales 1,228,778 1,377,931 1,529,077
0.18 0.17 0.24

50
Gross Profit Margin
0.3

0.25

0.2

0.15
Gross Profit Margin
0.1

0.05

0
2007 2008 2009

Gross Profit Margin

Margin untung kasar adalah untuk menunjukkan amaun bagi setiap ringgit jualan yang
diagihkan kepada untung kasar. Sekirnya nisbah adalah tinggi, ini menunjukkan pengurusan
belian adalah cekap dan kos berkaitan belian berkurangan. Pada tahun 2009, Top Glove
menunjukkan margin untung kasar yang lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya iaitu
24.4% dan menunjukkan pengurusan belian yang lebih cekap.

51
 OPERATING PROFIT MARGIN

Operasi keuntungan merupakan kaedah untuk menilai keuntungan tanpa melibatkan faedah
dan cukai. Ia menunjukkan kemampuan syarikat untuk menghasilkan keuntungan bersih
daripada setiap hasil jualan. Selain itu, kecekapan syarikat untuk mengawal kesemua kos
yang berkaitan dengan jualan. Pengiraan nisbah ini adalah seperti berikut:

Operating Profit Margin = Earnings before interest and taxes (EBIT)


Sales

Ratio 2007 2008 2009


EBIT 118 644 134 627 221 922
Sales 1 228 778 1 377 931 1 529 077
0.18 0.98 0.15

52
Operating Profit Margin
0.2

0.15

0.1
Operating Profit Margin
0.05

0
2007 2008 2009

Operating Profit Margin

Pada tahun 2007, Top Glove menunjukkan margin untung operasi yang lebih tinggi
berbanding tahun 2008 dan 2009 iaitu sebanyak 17.5% berbanding 9.8% dan 14.5%.
Untung yang diperolehi meningkat pada setiap tahun.

53
 NET PROFIT MARGIN

Margin keuntungan bersih menentukan keuntungan yang dihasilkan oleh jualan selepas
kesemua perbelanjaan termasuk cost of goods sold, perbelanjaan jualan, kos biasa dan
pengurusan, penyusutan, faedah dan cukai yang telah dibayar. Semakin tinggi nisbah ini
adalah semakin baik untuk syarikat kerana ia menunjukkan pengurangan perbelanjaan atau
kos dalam menghasilkan jualan. Pengiraan nisbah ini adalah seperti berikut:

Net Profit Margin = Net Income


Sales

Ratio 2007 2008 2009


Net Income 114 530 125 923 217 548
Sales 1 228 778 1 377 931 1 529 077
9.30% 9.10% 14.20%

54
Net Profit Margin
0.16
0.14
0.12
0.1
0.08
0.06 Net Profit Margin
0.04
0.02
0
2007 2008 2009

Net Profit Margin

Margin untung bersih bertujuan mengukur keupayaan syarikat Top Glove dalam
menghasilkan untung bersih daripada setiap ringgit jualan dan menilai kecekapan
perniagaan syarikat dalam mengawal kos dan belanja yang berkaitan dengan jualan. Tahun
2009 menunjukkan margin untung bersih yang paling tinggi iaitu 14.2% berbanding tahun
2007 dan 2008 masing-masing sebanyak 9.3% dan 9.1%.

55
 RETURN OF TOTAL ASSETS (ROA)

Return on Total Assets (ROA) merupakan nisbah yang menentukan keberkesanan


pengurusan dalam menggunakan aset untuk menghasilkan keuntungan. Semakin tinggi
nisbah ini semakin baik untuk syarikat kerana ia menunjukkan syarikat menggunakan aset
dengan lebih berkesan. Pengiraan nisbah ini adalah seperti berikut:

Net Profit Margin = Net Income


Sales

Ratio 2007 2008 2009


Net Income 114 530 125 923 217 548
Total Asset 1 053 628 1 109 545 447 900
10.90% 11.30% 48.60%

56
Return of Total Assets (ROA)

ROA
0.6

0.5

0.4

0.3
ROA
0.2

0.1

0
2007 2008 2009

Penerangan:

Pulangan ke atas aset bertujuan mengukur kecekapan pihak pengurusan Top Glove dalam
menggunakan aset unuk menghasilkan keuntungan tanpa mengambil kira sumber
pembiayaan bagi aset tersebut. Pada tahun 2009, Top Glove menunjukkan perniagaan
semakin cekap dan produktif berbanding tahun sebelumnya kerana ROA lebih tinggi iaitu
sebanyak 48.6%.

57
 Return of Stockholder Equity (ROE)

Nisbah ini menentukan kecekapan syarikat untuk menghasilkan keuntungan untuk


pemegang sahamnya. Ia merupakan kaedah yang menguntungkan syarikat untuk
melaburkan ekuiti dalam syarikat. Semakin tinggi nisbah, semkin baik untuk syarikat ia
menunjukkan syarikat mampu untuk menghasilkan keuntungan kepada pemiliknya.
Pengiraan nisbah ini adalah seperti berikut:

Return on Total Assets (ROE) = Net Income


Total Sales

Ratio 2007 2008 2009


Net Income 114 530 125 923 217 548
Average Total Stockholder Equity 640 979 – 284 109 686789 – 640 979 845977 – 686789
32.10% 27.49% 13.67%

58
ROE
3
2.5
2
1.5
ROE
1
0.5
0
2007 2008 2009

Return of Stockholder Equity


Pulangan ke atas ekuiti pemilik digunakan bagi mengukur keupayaan Syarikat Top Glove
untuk menghasilkan untung kepada pemilik atau pemegang sahamnya. Pada tahun 2008
menunjukkan ROE yang lebih tinggi iaitu sebanyak 27.49% berbanding tahun 2007 dan
2009 sebanyak 32.1% dan 13.67%. Ini jelas menunjukkan perniagaan Top Glove pada
tahun 2008 lebih berupaya menghasilkan untung yang tinggi kepada pemiliknya.

3.2.1.1 Rumusan Analisis Kewangan Bagi Tahun 2007 Hingga 2009

59
Liquidity Ratios

Year 2007 2008 2009


1.812 1.659 2.096
Current Ratio (times)
1.340 1.144 1.608
Quick Ratio (times)

Leverage Ratios
Year 2007 2008 2009
Debt-to-Total Assets Ratio 0.395 0.253 0.381
(times)
0.347 0.634 .0677
Debt-to-Equity Ratio (times)
Long-term Debt-to-Equity 0.259 0.175 0.753
Ratio (times)
Times-Interest-Earned Ratio
0.99 0.98 1.00
(times)

Activity Ratios

Year 2007 2008 2009


2.091 2.290 2.462
Fixed Assets Turnover (times)
1.167 1.249 1.350
Total Assets Turnover (times)
Accounts Receivable 60.23 % 27.91 % - 69.57 %
Turnover (%)

Profitability Ratios

60
Year 2007 2008 2009
0.18 0.17 0.24
Operating Profit Margin (%)
09.3 9.1 14.2
Net Profit Margin (%)
10.9 11.3 48.6
Return on Total Assets (ROA) (%)
32.1 27.49 13.67
Return on Stockholder’s Equity (ROE) (%)

Rumusan status kewangan Syarikat Top Glove

Bagi kadar kecairan Syarikat Top Glove secara keseluruhannya menunjukkan peningkatan
yang mana mempunyai kemampuan untuk membuat pembayaran hutang dalam jangka
masa yang singkat. Sekiranya penghutang berniat untuk menyuruh syarikat membuat
pembayaran dengan kadar segera adalah tidak menjadi sebarang masalah kepada pihak
syarikat Top Glove.

Secara keseluruhan nisbah “ leverage ” pula telah menunjukkan bahawa syarikat


Top Glove mempunyai nisbah yang sentiasa meningkat dari satu tahun ke satu tahun. Hal
ini telah menunjukkan bahawa syarikat mempunyai kemampuan dalam pengurusan operasi
dan modal yang cekap. Selain itu syarikat juga mempunyai “Times-Interest-Earned Ratio
(times)” yang tinggi yang mana boleh membantu syarikat menjana pembayaran faedah pada
tahap yang matang.

Selain itu syarikat Top Glove mempunyai nisbah aktiviti yang baik. Syarikat telah
berusaha untuk memaksimumkan penggunaan asset untuk menjana jualan syarikat dengan
banyak. Selepas itu syarikat juga memperolehi keuntungan yang baik dari tahun ke tahun
yang mana purata jaringan pendapatan syarikat ialah sebanyak 14.3%, selepas syarikat
berusaha mengurangkan semua perbelanjaan syarikat tetapi masih memperolehi
keuntungan yang baik juga.

Kesimpulannya, Syarikat Top Glove mempunyai tahap kecairan kewangan yang


tinggi dan mampu membuat pembayaran kredit dalam masa yang singkat. Pada masa yang

61
sama, syarikat juga dapat menjana keuntungan yang tinggi, walaupun mengalami
kemelesetan ekonomi pada tahun 2009.

3.2.2 Misi

Menurut Peter F. Drucker “misi merupakan perantara yang digunakan oleh syarikat untuk
menerangkan jenis perniagaan, prinsip, kepercayaan, falsafah dan tujuan kewujudanya. 23
Top Glove Corporation Berhad mempunyai misi yang spesifik iaitu “to be a world class glove
manufacturer providing Top Qualit Products with Excellent Services Trough Continuous
Improvementand Innovation”. Misi menjadi kekuatan kepada syarikat kerana jelas
menyatakan apa yang ingin ditawarkan oleh kumpulan TG kepada pelanggan.

3.2.3 Visi

Visi merupakan wawasan yang ingin dicapai oleh syarikat dan proses untuk mencapainya
mungkin mengambil masa berpuluh-puluh tahun (20 hingga 30 tahun ataupun lebih). 24
Dalam penyataan visi, Top Glove (TG) mempunyai visi yang spesifik untuk dicapai dalam
jangka masa panjang. Keberkesanan visi yang dilaksanakan telah membawa TG sebagai
syarikat awam yang disenaraikan dalam pasaran utama Bursa Saham Malaysia, selain
mendapat pengiktirafan sebagai pengeluar sarung tangan getah yang terbesar dunia.

Top Glove menetapkan visi iaitu “We strive to be the world’s leading manufacturer
with excellent quality glove products and services that enrich and protect human lives”. 25
Pernyataan visi yang terperinci memberi kekuatan kepada syarikat mencapai matlamatnya
sebagai pengeluar terbesar sarung tangan getah dunia.

23
1-2 Hail Hilman, 2006, persaingan hiperkompetitif
24
Laporan Tahunan 2009,hal.3
25

62
3.2.4 Falsafah Perniagaan

Perkembangan positif yang berlaku dalam institusi-institusi perniagaan hari ini


membolehkan setiap organisasi perlu menyusun falsafah perniagaan yang membolehkan
organisasi mempunyai keupayaan untuk bertindakbalas. Sejajar dengan perubahan
persekitaran dunia perniagaan yang sering dipengaruhi oleh faktor persekitaran luaran dan
dalaman, syarikat memerlukan falsafah perniagaan yang berkesan supaya pengurusan
syarikat dapat berjalan dengan lancar dan bersistematik.

Setanding dengan syarikat awam yang terkemuka lain, Top Glove Corporation Berhad
juga mempunyai beberapa falsafah perniagaan yang tersendiri. Falsafah perniagaan Top
Glove menjadi satu budaya yang diamalkan dalam organisasi. Susunan falsafah yang baik
memberikan kekuatan kepada syarikat supaya dapat melicinkan lagi struktur perniagaan.

3.2.5 Moto

“The World is Our Market” adalah moto Top Glove yang cuba diposisikan sebagai satu
semangat kepada syarikat untuk terus menguasai pasaran dunia dalam industri sarung
tangan getah. Moto membina kekuatan dalaman syarikat untuk pergi lebih jauh bukar
sekadar menguasai pasaran tempatan malah ingin menjadi pengeluar terbaik sarung tangan
dunia, yang mana sasaran pasaran ataupun pelanggan mereka berada di seluruh dunia.

63
3.2.6 Jenama

Jenama merupakan aset yang bernilai bagi sesuatu produk, Top Glove Corporation Berhad
menggunakan nama syarikat ‘Top Glove’ sebagai jenama produk untuk kesemua rangkaian
produknya. Ketiadaan jenama yang spesifik untuk setiap produk memberikan kelemahan
kepada syarikat kerana menyukarkan pelanggan menentukan produk yang diinginkan dan
tidak dapat mewujudkan tahap kesedaran jenama produknya secara khusus di minda
pengguna.

3.2.7 Kilang

Keberkesanan operasi pengeluaran TG disokong oleh kekuatan kilang pembuatan sarung


tangan getah. Kumpulan TG memiliki 20 buah kilang sarung tangan getah dengan 375 talian
pengeluaran yang moden dan canggih, contohnya kilang Malaysia dan Thailand dilengkapi
dengan kemudahan biomass sebagai kaedah penjimatan tenaga.26 Barisan pengeluaran TG
berjaya menghasilkan 33 billion pasang sarung tangan setahun. Keadaan ini jelas
membuktikan pemilikan kilang oleh kumpulan TG memberi kekuatan kepada syarikat untuk
memantapkan kedudukannya dengan menampung permintaan keperluan sarung tangan
getah dunia.

26
Laporan Tahunan 2009, hal.23

64
4.0 PENILAIAN PERSEKITARAN LUARAN

4.1 Peringkat Makro

4.1.1 Politik

Faktor risiko dan kestabilan politik adalah kunci utama yang diberi perhatian sebelum Top
Glove ingin beroperasi di luar negara. Kumpulan TG berjaya menembusi pasaran lebih
daripada 180 buah negara. Oleh itu, keadaan politik menjadi ukuran kepada syarikat untuk
beroperasi terutamanya bagi negara yang mempunyai hubungan kerjasama dengan syarikat
Singapura, Thailand, China dan Amerika Syarikat.

Pergolakan politik yang ketara berlaku di Thailand, ekoran daripada rampasan kuasa
oleh pihak tentera pada tahun 2006. Perarakan protes rakyat anti kerajaan Perdana Menteri,
Abhisit Vejjajiva sering berlaku. Terbaru, puluhan ribu penunjuk perasaan (kumpulan Baju
Merah) penyokong bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dijangka membuat
perarakan besar-besaran bagi melumpuhkan ibu negara Thailand dan memaksa Perdana
Menteri, Abhisit Vejjajiva mengadakan pilihan raya baru.27 Kejadian seperti ini dilihat boleh
mengancam operasi perniagaan sekiranya tidak berjaya dikawal oleh pihak yang
bertanggungjawab.

4.1.2 Ekonomi

Negara yang mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh iaitu dengan kadar pertumbuhan
ekonomi yang konsisten mampu menarik syarikat-syarikat besar datang untuk melabur. 28
Industri getah beroperasi dalam pasaran yang tahan kemelesetan, krisis kewangan semasa
yang melanda hanya memberi kesan yang minimum kepada prestasi kumpulan TG
terutamanya pengeluaran produk dalam sektor kesihatan dan perkhidmatan makanan yang
kurang sensitif terhadap perubahan ekonomi semasa.29

Namun begitu, persekitaran ekonomi dunia sukar diramal. Kejatuhan matawang Asia
pada tahun 1997-1998 turut dirasai Malaysia begitu juga dengan krisis ekonomi yang

27
Kosmo Online, 13 Mac
28
Haim Hilman, hal.57
29
Laporan Tahunan 2009, hlm 26.

65
melanda Amerika turut mempengaruhi ekonomi dunia secara keseluruhannya. Pembuat
sarung tangan getah berkemungkinan akan meningkatkan harga sarung tangan jika mata
wang US menjadi lemah, harga latex akan menjadi lebih mahal dan permintaan untuk
peralatan perubatan semakin bertambah bilangannya.30

Oleh yang demikian, keberangkalian besar TG akan meningkatkan harga sarung


tangan getah sekiranya perkara sedemikian berlaku kerana harga latex menjadi lebih mahal
berbanding sebelumnya. Sekiranya fenomena seperti ini berlarutan untuk tempoh jangka
masa panjang, ia akan memberi ancaman kepada pengeluaran kumpulan TG kerana
permintaan terhadap sarung tangan getah akan berkurangan kerana peningkatan harga
pasaran.

4.1.3 Teknologi maklumat

Penggunaan teknologi maklumat memudahkan aktiviti perniagaan Top Glove berjalan


dengan lancar. Perubahan teknologi sentiasa bergerak pantas dari masa ke semasa,
perhubungan di antara peniaga dengan pelanggan sentiasa berinovasi contohnya transaksi
melalui penggunaan internet. Internet memudahkan capaian yang lebih cepat terhadap
sesuatu maklumat. Perkhidmatan laman web iaitu www.topglove.com.my membolehkan
transaksi perniagaan dijalankan secara online, pelanggan boleh membuat tempahan produk
melalui borang yang disediakan.31

Promosi dan hebahan (e-supplier) juga boleh didapati dalam laman web Top Glove.
Selain itu, kemudahan telefon, fax, dan email memudahkan lagi urusan perniagaan.
Teknologi maklumat memberikan kaedah yang efektif untuk mendapatkan maklumat-
maklumat pembelian dan maklumat yang berkaitan selain menjimatkan kos. Aplikasi
penggunaan teknologi maklumat memberikan peluang kepada Top Glove dalam
menjalankan aktiviti seharian.

30
News Strait Times, Thursday, July 2, 2009.
31
Rujuk lampiran contoh borang tempahan produk

66
4.1.4 Ekologi

Industri pengeluaran sarung tangan getah tidak lari daripada isu persekitaran semasa yang
melanda dunia khususnya penyebaran wabak penyakit. Umum mengetahui Top Glove
menghasilkan produk untuk sektor perkhidmatan kesihatan dan pemakanan. Pada tahun
2009, kumpulan Top Glove telah menikmati pertumbuhan yang ketara susulan wujudnya
penyakit baru seperti Influenza A (H1N1).

Peningkatan permintaan global terhadap produk TG berikutan spekulasi wujudnya


gelombang kedua penyakit tersebut. Selain itu, permintaan yang tinggi dari pasaran industri
perubatan disebabkan oleh tahap kawal selia yang ketat, penambahan penduduk yang
umurnya semakin meningkat serta gejala ancaman kesihatan lain seperti SARS, selsema
burung dan sebagainya.32 Keadaan ini memberikan kesan yang positif kepada pengeluaran
produk Top Glove dan bakal menjana peluang sangat baik kepada syarikat kerana ketika ini,
permintaan produk mendapat permintaan yang tinggi.

4.1.5 Perundangan

Perundangan merupakan salah satu aspek penting yang dilihat sebelum memasuki sesuatu
pasaran. Sesebuah negara mempunyai sistem perundangan yang tersendiri seperti
mengamalkan comman law, code law atau perundangan Islam. Kepelbagaian sistem
perundangan memberikan ancaman kepada Top Glove untuk menawarkan produknya di
luar negara kerana setiap aktiviti pemasarannya seperti pelatakkan harga, pembungkusan
produk, pengedaran produk, promosi dan lain-lain lagi perlu mematuhi perundangan di
negara yang ingin dimasukinya.

32
Laporan tahunan Top Glove 2009 hlm.22

67
4.2 Peringkat Industri (Porter 5 Gerak Kuasa)

4.2.1 Pembeli

Pembeli merupakan pihak yang berkepentingan dalam sesebuah perniagaan kerana produk
yang berjaya dalam pasaran mempunyai ramai pembeli. Pembeli produk Syarikat Top Glove
bukan sahaja terdiri daripada pembeli sektor perubatan, malah pembeli terdiri daripada
sektor bukan perubatan dalam industri pemakanan dan perkhidmatan33. Syarikat Top glove
berjaya menunjukkan peningkatan penjualan produk meningkat kerana pada tahun 2007,

Syarikat Top Glove mempunyai 800 pelanggan yang kuat beroperasi lebih daripada
180 buah negara34 dan pada tahun 2008, kumpulan ini telah mengekspot lebih daripada 180
buah negara dan mempunyai pelanggan seramai 85035. Dalam perniagaan Top Glove,
peningkatan permintaan yang meningkat memberi peluang kepada perniagaan untuk
meningkatkan jualan dan mencapai keuntungan yang tinggi36.

4.2.2 Pembekal

Pembuatan sarung tangan getah Top Glove banyak bergantung kepada sumber utamanya
iaitu getah asli yang diperoleh daripada pembekal. Dalam industri getah, pembekal
mempunyai kuasa melebihi pembeli. Keadaan ini bermakna pembeli getah asli seperti Top
Glove tidak mempunyai kuasa sepenuhnya untuk mengawal kuasa pembekal. Hal ini
menyumbang ancaman kepada syarikat.

33
Laporan tahunan Top Glove 2009 hlm.26
34
Laporan tahunan Top Glove 2007 hlm.19
35
Laporan tahunan Top Glove 2008 hlm.20
36
Laporan tahunan Top Glove 2009 hlm.20

68
5.0 PEMBENTUKAN ANALISIS SWOT

5.1 Analisis SWOT

Penggunaan analisis SWOT sangat memberi kesan dalam sesebuah syarikat untuk lebih
berdaya saing. Hal ini kerana, dengan pemadanan faktor-faktor yaang ingin dinilai oleh
syarikat berdasarkan syarikat pesaing yang berada dipersekitaran industri yang mereka
ceburi. Secara amnya, pemadanan faktor-faktor ini adalah berdasarkan faktor-faktor
daripada empat kuadran kelemahan, kekuatan, peluang dan ancaman yang dimiliki dan
dihadapi oleh sesebuah syarikat.

Kuadran kekuatan dan kelemahan merujuk kepada situasi yang berada di dalam
persekitaran dalaman syarikat dan kuadran peluang dan ancaman pula merujuk kepada
keadaan yang berada di luar persekitaran syarikat. Oleh itu, syarikat Top Glove perlu
mengenalpasti faktor-faktor yang telah dinyatakan supaya syarikat boleh bergerak lebih
kehadapan berbanding dengan pesaing-pesaingnya.

69
KEKUATAN (K) KELEMAHAN (Kn)
1. Garis panduan yang jelas. 1. Tiada jenama khusus setiap produk.
2. Produk yang berkualiti. 2. Memfokuskan kepada 3 sektor
3. Memiliki 20 buah kilang. sahaja.
4. Strategi pemasaran yang berkesan. 3. Penggunaan buruh luar.
5. Pengiktirafan dunia. 4. Anak syarikat yang tidak aktif.
6. Top Glove Foundation. 5. Penggunaan orang tengah dalam
7. Kesetiaan pelanggan. perniagaan.
8. Struktur korporat yang sistematik. 6. Kurang barangan berasaskan
9. Sistem perniagaan yang kukuh. pengguna.
10. Peningkatan keuntungan margin 7. Kejatuhan nisbah keuntungan pada
sebanyak 54%. tahun 2009.

PELUANG (P) ANCAMAN (A)


1. Peningkatan permintaan global. 1. Krisis ekonomi dunia.
2. Perkembangan teknologi yang 2. Persaingan.
meluas. 3. Ketidakstabilan politik.
3. Peluang pasaran ekologi baru. 4. Harga getah yang tidak stabil.
4. Sumber bahan mentah. 5. Kuasa pembekal.
5. Free Trade Agreement. 6. Dasar kerajaan.
6. Kerjasama dengan kerajaan. 7. Produk ganti.
7. Lokasi yang strategik. 8. Perubahan pertukaran mata wang.
8. Mudah mendapatkan sumber 9. Wujudnya produk pembasmi kuman.
kewangan. 10. Peningkatan duti eksportsesebuah
9. Hubungan baik dengan pembekal. negara.
10. Peningkatan kesedaran terhadap
kesihatan.

70
6.0 PEMBENTUKAN MATRIK TOWS

6.1.1 Matrik TOWS

Kekuatan (K) Kelemahan (Kn)


1. Garis perniagaan yang 1. Tiada jenama khusus
jelas untuk setiap produk
2. Produk yang berkualiti 2. Memfokuskan
3. Memiliki 20 buah kilang kepada 3 sektor
4. Strategi pemasaran sahaja
yang berkesan 3. Penggunaan buruh
5. Pengiktirafan dunia luar
6. Top Glove Foundation 4. Anak syarikat yang
tidak aktif

Peluang (P) Strategi KP Strategi KnP


1. Peningkatan 1. Melebarkan barisan 1. Menutup anak syarikat
permintaan global produk (K1,K2,P1,P3) yang tidak aktif (Kn4,
2. Perkembangan -strategi pembangunan P1,P2)
teknologi yang produk -strategi pelupusan
meluas 2. Mempelbagaikan aktiviti 2. Penjenamaan semula
3. Peluang pasaran sosial barisan produk
ekologi baru (K1,K5,K6,P1) (Kn1,P1,P2,P5)
4. Sumber bahan -strategi penjenamaan
mentah semula
5. Free Trade 3. Penambahbaikan
Agreement teknologi untuk
meningkatkan
produktiviti
(Kn4, P2,P3)
Ancaman (A) Strategi KA Strategi KnA
1. Krisis ekonomi 1. Meningkatkan 1. Meningkatkan
dunia kerjasama dengan program dan
2. Persaingan pihak yang latihan (Kn3,A2)
3. Ketidakstabilan berkepentingan - strategi
politik (K3,K4,A2,A5) pemulihan
4. Harga getah yang -strategi usahasama
tidak stabil 2. Pengambilalihan
5. Kuasa pembekal syarikat pembekal
(K1,A2,A5)
-strategi integrasi
menegak ke
belakang
3. Inovasi produk
(K1,K2,A2)
-strategi
pembangunan
produk

71
6.1.2 CADANGAN STRATEGI TOWS

Strategi KP ( Kekuatan Peluang)

1. Melebarkan barisan produk

 Merupakan kombinasi daripada strategi K1,K2,P1 dan P3

Sehingga ke hari ini, Syarikat Top Glove mempunyai 13 rangkaian dan 379 barisan
pengeluaran produk.37 Syarikat boleh melaksanakan strategi pembangunan produk kerana
sekiranya syarikat menambah lagi barisan produk yang sedia ada, syarikat dapat
menghasilkan produk baru yang dapat memenuhi permintaan semasa pelanggan.
Mempelbagaikan produk yang sedia adalah selaras dengan garis perniagaan yang jelas
seperti misi, visi dan polisi kualiti iaitu “peningkatan dan inovasi berterusan adalah tugas
kami”.38 Dengan menghasilkan produk baru, syarikat Top Glove dapat menghasilkan produk
yang berkualiti di samping memenuhi keperluan ekologi semasa dan meningkatkan
permintaan di peringkat global.

Gambarajah: Produk-produk Top Glove

37
Laporan Tahunan Top Glove 2009 hlm. 120
38
Laporan Tahunan Top Glove 2009 hlm. 4

72
2. Mempelbagaikan aktiviti sosial

 Merupakan kombinasi daripada strategi K1, K5, K6 dan P1

Syarikat Top Glove telah dikenali sebagai sebuah “ Cooperate Social Responsibility” yang
baik di Malaysia.39 Aktiti sosial boleh dipelbagaikan lagi bagi membantu mereka yang
memerlukan sama ada diperingkat tempatan atau diperingkat antrabangsa kerana Top
Glove merupakan syarikat global. Top Glove Foundation telah menjalankan aktiviti sosial
seperti sumbangan dana untuk tujuan kebajikan, pendidikan atau pengurusan bakat melalui
pemberian biasiswa dengan menyediakan latihan industri dan menjalankan aktiviti-aktiviti
lain yang berkaitan dengan pemuliharaan alam sekitar dan program khidmat masyarakat.40

Syarikat mementingkan nilai-nilai korporat yang membantu syarikat untuk


mengukuhkan imej yang baik kerana imej yang baik akan memudahkan syarikat dalam
menarik perhatian pihak yang berkepentingan untuk bekerjasama dengan syarikat. Secara
tidak langsung, permintaan global terhadap produk oleh pelanggan akan meningkat dan
kesetiaan hubungan perniagaan boleh dipertingkatkan lagi.

Gambarajah: Aktiviti Sosial Yang Dilaksanakan

Strategi KnP ( Kelemahan n Peluang)

39
40-41 Laporan Tahunan Top Glove 2009
40

73
1. Menutup semula anak syarikat yang tidak aktif

 Merupakan kombinasi strategi Kn4, P1 dan P2

Terdapat 2 anak Syarikat Top Glove yang tidak begitu aktif penglibatannya. 41 Oleh itu,
pendekatan yang boleh diambil oleh syarikat ialah dengan menutup anak syarikat tersebut
melalui strategi pelupusan. Ianya penting kerana tidak memberi sebarang keuntungan
kepada syarikat. Setelah menutup anak syarikat yang tidak aktif, syarikat boleh
memfokuskan kepada syarikat yang aktif untuk memenuhi permintaan global dengan
meningkatkan pengeluaran produk. Tambahan lagi, perkembangan teknologi yang meluas
dan semakin canggih turut membantu dalam proses pembuatan produk syarikat.

2. Penjenamaan semula barisan produk

 Merupakan kombinasi strategi Kn1, P1, P2 dan P5

Kelemahan syarikat yang tidak mengkhususkan setiap jenama produk perlulah diatasi.
Salah satu strategi yang boleh dilaksanakan oleh Syarikat Top Glove ialah melalui strategi
penjenamaan semula produk. Strategi ini memerlukan syarikat untuk menjenamakan semula
nama-nama produk keluaran syarikat. Ia bertujuan untuk memudahkan pelanggan
mengingati setiap jenis produk terutamanya dalam membuat tempahan produk di Internet.
Permintaan produk di peringkat global serta Free Trade Agreement telah memberi
peluang kepada syarikat dan memudahkan pelanggan yakin akan produk walaupun produk
telah dijenamakan semula kerana produk keluaran syarikat merupakan produk yang diiktiraf
di dunia.42

3. Penambahbaikan teknologi untuk meningkatkan produktiviti

41
Laporan Tahunan Top Glove 2009 hlm. 83
42
Laporan Tahunan Top Glove 2009 hlm. 7

74
 Merupakan kombinasi strategi Kn4, P2 dan P3

Sekiranya anak syarikat yang tidak aktif ditutup dan dimansuhkan, syarikat boleh
memfokuskan pengeluaran produk syarikat yang aktif. Penggunaan teknologi sedia ada
dipertingkatkan semula bagi memastikan kualiti produk terjamin disamping dapat
menghasilkan produk dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa. Ia boleh membantu
syarikat mengeluarkan produk yang berkualiti sejajar dengan ekologi semasa.43

Strategi KA ( Kekuatan dan Ancaman )

1. Meningkatkan kerjasama dengan pihak yang berkepentingan

 Merupakan kombinasi strategi K3, K4, A2 dan A5

Syarikat juga boleh melaksanakan strategi usahasama dengan meningkatkan kerjasama


dengan pihak yang berkepentingan. Pihak yang berkepentingan di sini merujuk kepada
pelanggan, pekerja, pembekal, pengedar, kerajaan dan pelabur. Kerjasama yang baik perlu
dijalinkan kerana ia boleh memberi kelebihan kepada syarikat. Kepercayaan akan wujud dan
ia akan menarik lebih ramai pelanggan, pelabur dan pihak bank untuk bekerjasama dengan
Syarikat Top Glove.

Syarikat Top Glove kini telah memiliki 20 buah kilang dan ini amat penting kepada
syarikat untuk menjaga nama baik syarikat seiring dengan strategi pemasaran yang
berkesan. Syarikat tidak dapat mengawal kuasa pembekal dan sekiranya syarikat
menjalankan hubungan yang baik dengan mereka, syarikat tidak akan mempunyai sebarang
masalah mengenai bahan mentah. Sekiranya syarikat mengekalkan hubungan baik dengan
pelanggan, syarikat dapat menguasai pasaran dari segi persaingan.

2. Pengambilalihan syarikat pembekal

43
Laporan Tahunan Top Glove 2009 hlm. 21

75
 Merupakan kombinasi strategi K1,A2 dan A5

Strategi integrasi menegak ke belakang merupakan salah satu strategi yang boleh
dilaksanakan oleh Syarikat Top Glove. Sekiranya syarikat Top Glove mengambilalih syarikat
pembekal, syarikat dapat menampung sumber bahan mentah bagi mengelakkkan
berlakunya kekurangan sumber bahan ekoran daripada permintaan yang tidak dijangka.
Contohnya, syarkat mengambilalih syarikat pembekal yang mengalami masalah kewangan
dapat memberi kelebihan persaingan kepada syarkat Top Glove itu sendiri.

3. Inovasi produk
 Merupakan kombinasi strategi K1,K2 dan A2
Menginovasikan produk merupakan strategi pembangunan produk. Inovasi produk perlu
dilaksanakan kerana kita sedar bahawa citarasa pelanggan sentiasa berubah. Inovasi
merupakan salah satu misi Syarikat Top glove jelas difahami.44 Syarikat boleh meningkatkan
kualiti produk apabila sentiasa membuat pembaharuan ke atas produk dengan
menginovasikannya. Dengan menginovasikan produk, Syarikat Top Glove dapat bersaing
dengan pesaing yang berpotensi untuk menceburi produk yang sama.

Strategi KnA

1. Meningkatkan program dan latihan


44
Laporan Tahunan Top Glove 2009 hlm. 4

76
 Merupakan kombinasi strategi Kn3,Kn4 dan A2

Strategi pemulihan merupakan salah satu strategi yang boleh dilaksanakan oleh Syarikat
Top Glove. Dengan meningkatkan program dan latihan, Syarikat Top Glove dapat
meningkatkan kefahaman buruh, sama ada buruh tempatan atau buruh asing mengenai
garis panduan dan hala tuju syarikat. Buruh asing memberi impak kepada kerajaan dan
soasial. Ini dapat mengelakkan berlakunya situasi yang tidak diingini iaitu penggunaan 1700
orang pekerja yang mempunyai permit tamat tempoh.45

3.0 KESIMPULAN

Syarikat Top Glove adalah sebuah syarikat yang mempunyai jenama yang kukuh di pasaran
walaupun berhadapan dengan persaingan dari syarikat yang mengeluarkan produk yang

45
Utusan Online diakses pada 5 Mac 2010

77
sama. Dari segi pertumbuhan pasaran yang meningkat pula telah memberi peluang yang
luas kepada syarikat untuk terus maju dan berkembang di pasaran dunia.
Dengan gaya pengurusan yang cekap dapat membantu syarikat mencapai visi dan
misi syarikat dengan lebih berkesan. Pengurusan strategik yang jelas ke atas semua
kakitangan syarikat dapat memberi impak positif ke atas prestasi syarikat Top Glove
sebagaimana yang telah dibincangkan dalam laporan ini. Selain itu, kemampuan syarikat
dalam mengawal operasi dengan lebih berkesan dan sentiasa memperbaiki produktiviti
mereka, boleh membantu syarikat menjadi lebih fokus dan berdayasaing.
Tambahan pula, dengan kedudukan kewangan syarikat yang kukuh dari segi kadar
kecairan aset yang tinggi, untung yang bersih dapat membantu syarikat menjalankan
sebarang aktiviti sama ada di dalam atau luar negara dengan mudah kerana memiliki modal
yang cukup tanpa bantuan daripada pihak luar terutamanya dari pihak bank.
Selain itu, dengan kedudukan yang kukuh dalam semua industri telah memberi
kesan yang positif kepada syarikat. Hal ini, hasil daripada penekanan syarikat terhadap
peningkatan kualiti produk dan memastikan perkembangan permintaan sarung tangan getah
dunia dapat dipenuhi. Persaingan sentiasa wujud dalam industri kompetitif, dengan
menjalankan strategik persaingan yang berkesan dapat memberi manfaat kepada syarikat.
Sebagaimana yang kita ketahui syarikat Top Glove juga mempunyai pengaruh dan
keupayaan yang tersendiri dalam memenuhi permintaan pelanggan mereka di pasaran. Pada
masa yang sama juga telah melaksanakan pelbagai tanggungjawab sosial kepada masyarkat
dengan lebih baik daripada pesaing-pesaing mereka

78

You might also like