Mengajar Di Luar Bidang Pengkhususan

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 30

OLEH;

AINI HASSAN & WAN HASMAH WAN


MAMAT
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI MALAYA
MENGAJAR DI LUAR BIDANG
PENGKHUSUSAN :
SEJAUH MANA KAH SERIUSNYA
MASALAH INI DI MALAYSIA?
NURHAFIZA BINTI NORDIN (LB080006)

PENSYARAH :
EN AHMAD RIZAL BIN MADAR
Fenomena Pengajaran di Luar Bidang
Pengkhususan

 Di Amerika Syarikat, Ingersoll (1996, 2000, 2001) telah


membawa perhatian pendidik terhadap fenomena ini
sejak satu dekad lalu. Seperti yang beliau definisikan,
fenomena ini bermakna guru "assigned to teach
subjects for which they have little education or training"
(him. 21). Satu kajian U.S. Department of Education
juga mendefinisikan "teachers as out-of-field if they did
not hold an undergraduate major or minor in the field
in which they taught most courses" (Zumwalt & Craig,
2005, him. 174).
 Kewujudan fenomena ini di Malaysia juga telah sekian lama
tidak diberi perhatian serius.
 Misalnya, data tahun 1991 bagi mata pelajaran Sejarah sahaja
menunjukkan hampir separuh (46.3%) daripada guru yang
mengajar Sejarah di sekolah menengah tidak mempunyai latihan
khusus dalam mata pelajaran itu (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 1991).
 Terkini, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun
Hussein telah membuat kenyataan sebagai reaksi kepada
rungutan bahawa berlaku masalah kekurangan guru di negara
ini; di sebaliknya beliau melaporkan terdapat lebihan 6000 guru
(Penempatan guru tidak seimbang, 2006). Beliau dilaporkan
memberitahu bahawa lebihan itu berpunca daripada
pengagihan penempatan guru yang tidak seimbang (mismatch):
kawasan bandar mempunyai terlalu ramai guru sementara
kawasan luar bandar tidak mempunyai guru yang mencukupi.
Misalnya, terdapat terlalu ramai guru Bahasa Malaysia.
Untuk meninjau tahap pengajaran di luar bidang
pengkhususan di negara ini, data daripada satu
penyelidikan di bawah peruntukan program
Intensification of Research in Priority Areas (IRPA)
dianalisis dan dibincangkan.
Di samping itu, satu set data tentang latar
belakang pengkhususan sekumpulan pelajar yang
sedang mengikuti satu program terkini, iaitu
program Diploma Pendidikan Lepas Ijazah (DPLI)
dianalisis dan dibincangkan juga untukmelihat
sejauh mana fenomena ini masih berterusan.
Hubungan antara Latar Belakang
Pengkhususan dan Mata Pelajaran yang
Diajar
 Pengkhususan guru, Dapatan kajian
menunjukkan pengkhususan yang sangat
pelbagai telah diambil oleh guru semasa mereka
di peringkat ijazah pertama, iaitu 55 bidang
pengajian telah dikenal pasti menjadi
pengkhususan mereka seperti yang ditunjukkan
dalam Jadual 1 (17 orang responden tidak
menyatakan bidang pengkhususan mereka).
 Mata pelajaran yang diajar. Merujuk
kepada mata pelajaran yang diajar di
sekolah, dapatan menunjukkan pelbagai mata
pelajaran diajar oleh guru-guru yang terlibat
dalam kajian ini.Terdapat 35.mata pelajaran
pertamayang disenaraikan oleh guru (lihat
Jadual 2).
Kesepadanan pengkhususan dengan mata
pelajaran yang diajar.

Dapatan kajian ini jelas menunjukkan berlakunya


ketidaksepadanan antara pengkhususan guru dengan mata
pelajaran yang diajar, iaitu sangat ramai guru didapati mengajar
di luar bidang pengkhususan mereka. Data daripada tujuh mata
pelajaran yang paling ramai bilangan guru yang mengajarnya,
menunjukkan ketidaksepadanan ini agak kritikal. Tujuh mata
pelajaran tersebut ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains,
Matematik, KemahiranHidup, Pendidikan Islam, dan Sejarah.
Mata-mata pelajaran lain juga menunjukkan aliran yang sama.
Bagaimanapun hanya lima mata pelajaran teras sahaja yang
akan dibincangkan secara terperinci di sini, iaitu: Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan Sejarah.
(i) Mata pelajaran Bahasa Melayu

Bagi mata pelajaran ini, dapatan menunjukkan guru yang


mengajar terdiri daripada mereka yang mengikuti pelbagai
pengkhususan.
Rajah 1 menunjukkan 51%, iaitu 20 daripada 39 orang guru
yang mengajar mata pelajaran ini tidak membuat
pengkhususan dalam bidang bahasa tetapi membuat
pengkhususan dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling (10%,
4), Geografi (5%, 2), Pengurusan Pendidikan (6%, 3),
Kejuruteraan Mekanikal (6%, 3), manakala Biologi, Perakaunan,
Sastera Inggeris, Sains Komputer, Sejarah, Sains Sukan,
Pentadbiran dan Sastera Melayu masing-masing seorang.
Rajah 1. Pengkhususan guru yang mengajar mata pelajaran
Bahasa Melayu
(ii) Mata pelajaran Bahasa Inggeris

Peratusan yang sama juga, iaitu 51% (16) daripada 30 orang guru
yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris tidak membuat
pengkhususan dalam bidang yang berkaitan dengan mata
pelajaran ini.
Dapatan menunjukkan 49% (14) daripada guru Bahasa Inggeris
mempunyai pengkhususan dalam bidang berkaitan manakala 7%
(2) lagi mempunyai pengkhususan dalam bidang Sastera Inggeris.
Selebihnya terdiri daripada guru yang membuat pengkhususan
dalam bidang Perakaunan (15%, 5), Ekonomi (11%, 3), dan
masing-masing seorang dalam Bimbingan dan Kaunseling,
Pengurusan dengan Pendidikan, Sains Komputer, Kejuruteraan
Elektrik, Comparative Religion, dan Psikologi. (RujukRajah2).
Rajah 2. Pengkhususan guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris
(iii) Mata pelajaran Sains
 Bagi mata pelajaran Sains pula, dapatan menunjukkan bahawa
bukan hanya guru-guru yang mempunyai latar belakang dalam
pelbagai bidang sains mengajar mata pelajaran ini, tetapi ada juga
dalam kalangan mereka yang datang daripada latar belakang
bukan sains.
 Rajah 3 menunjukkan ada daripada mereka membuat
pengkhususan dalam bidang Perakaunan (7%, 3), Bimbingan dan
Kaunseling (5%, 2), Geografi (5%, 2), Sastera Inggeris (2%, 1), dan
Pengurusan dengan Pendidikan (2%, 1). Peratusan selebihnya
adalah terdiri daripada guru yang membuat pengkhususan dalam
pelbagai bidang sains, seperti Kimia (26%, 12), Biologi (17%, 8),
Matematik (5%, 2), Fizik (5% 2), manakala Sains Komputer,
Genetik, Sains Pemakanan dan Kesihatan, Kejuruteraan Awam,
Statistik, Sains Aktuari, Perikanan, dan Geologi masing-masing
seorang.
Rajah 3. Pengkhususan guru yang mengajar mata pelajaran
Sains
(iv) Mata pelajaran Matematik
 Mata pelajaran ini yang menjadi mata pelajaran teras dalam
kurikulum sekolah menengah juga diajar oleh guru daripada
pelbagai bidang pengkhususan.
 Analisis data menunjukkan 41% (18) daripada 42 orang guru yang
mengajar mata pelajaran ini berpengkhususan Matematik dan
yang selebihnya, iaitu 59% (24), terdiri daripada guru-guru yang
pengkhususan utamanya bukan Matematik. Mereka terdiri
daripada guru yang berpengkhususan Kimia (8%, 4),Teknologi
Maklumat (8%, 4), Perakaunan (5%, 2), Sains Komputer (5%, 2),
Statistik (5%, 2), TESL (5%, 2), Ekonomi (5%, 2), manakala Fizik,
Pengurusan dengan Pendidikan, Perdagangan, International
Business, Kejuruteraan Gas, dan Kawalan masing-masing seorang
(3%) (rujuk Rajah 4). Bagaimanapun, kebanyakan daripada
pengkhususan ini ada kaitannya dengan matematik dan sains
melainkan bagi guru yang membuat pengkhususan TESL dan
Pengurusan dengan Pendidikan.
Rajah 4. Pengkhususan guru yang mengajar mata pelajaran
Matematik
(v) Mata pelajaran Sejarah
 Sebagai salah satu daripada mata pelajaran teras di sekolah
menengah, mata pelajaran Sejarah sepatutnya diajar oleh guru
yang berpengkhususan Sejarah.
 Bagaimanapun, dapatan kajian menunjukkan hanya 27% (5)
daripada 17 orang guru yang didapati mengajar mata pelajaran ini
membuat pengkhususan dalam bidang Sejarah; 73% (12) lagi
terdiri daripada guru yang pengkhususan pertama mereka
merangkumi pelbagai bidang yang tidak berkaitan.
 Rajah 5 menunjukkan 10% (2) daripada mereka terdiri daripada
guru yang membuat pengkhususan dalam bidang Geografi,
masing-masing 11% (2) dalam bidang Ekonomi, Bimbingan dan
Kaunseling, dan Sastera Melayu, manakala masing-masing seorang
(6%) berlatarbelakangkan Perakaunan, Biologi, Bahasa Melayu,
Sains Sukan dan Sains Politik.
Rajah 5. Pengkhususan guru yang mengajar mata pelajaran
Sejarah
 Dapatan tentang ketidaksepadanan latar belakang
pengkhususan dengan mata pelajaran yang diajar oleh guru
bagi lima mata pelajaran teras yang telah dibincangkan
menunjukkan pengajaran di luar bidang pengkhususan
berleluasa di sekolah.
 Contohnya bagi mata pelajaran bahasa, baik Bahasa
Melayu ataupun Bahasa Inggeris, walaupun hampir 50%
daripada guru yang mengajar terdiri daripada guru yang
membuat pengkhususan dalam mata pelajaran tersebut, tetapi
angka 50% lagi bagi guru bukan pengkhususan merupakan
peratusan yang besar.
 Kadar yang tinggi ketidaksepadan antara pengkhususan
guru dengan mata pelajaran yang diajar di sekolah ini
dikhuatiri akan memberikan kesan secara langsung kepada
kualiti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Data daripada Program Terkini

Program DPLI
 Seperti yang dinyatakan dalam penguruuman yang dibuat
oleh Kementenan Felajaran Malaysia (KPM) dalam laman
webnya pada 11 Januari 2007, program DPLI di IPTA
merupakan program khas kerjasama KPM dan Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) untuk menyediakan
keperluan guru di sekolah menengah bagi tahun 2008.
Mengikut pengumuman itu lagi, calon program khas ini telah
dipilih daripada mereka yang lulus Malaysian Teacher
Selection Test (MTeST) yang dikendalikan oleh KPM, dan
"calon akan ditemu duga untuk memastikan mereka
benarbenar berminat, layak dan sesuai menjadi guru" (lihat
www.moe.gov.my).
• Dapatan tinjauan
Bagi kumpulan pelajar yang dibincangkan di sini, mata pelajaran
yang terlibat ialah Matematik dan Teaching of English as a Second
Language (TESL). Data menunjukkan, bagi mata pelajaran Matematik
kesemua 19 (100%) orang pelajar yang mengikuti program DPLI untuk
mengajar mata pelajaran ini memperoleh ijazah dalam aliran sains
dari IPT tempatan, iaitu sama ada Sarjana Muda Sains (Fizik,
Komputer, Matematik, Statistik) atau SarjanaMudaKejuruteraan (Aero
Angkasa,Elektrik/ Elektronik, Mekanikal, Perisian, Sistem Maklumat).
Keadaan di sebaliknya didapati bagi pelajar yang mengikuti program
TESL, iaitu kesemua 21 (100%) orang pelajar didapati tidak membuat
pengkhususan berkaitan dengan mata pelajaran Bahasa Inggeris.
Hanya seorang pelajar yang telah memperoleh ijazahnya dari negara
yang bahasa pengantarnya Bahasa Inggeris, iaitu di Scotland,
sementara yang lainnya semua merupakan graduan institusi
pengajian tinggi tempatan. Jadual 3 memaparkan pelbagai jenis ijazah
yang mereka peroleh.
Rumusan
 Hasil kajian ini menunjukkan bahawa bagi mata pelajaran
Bahasa Inggeris, berlaku ketidaksepadanan yang serius. Lebih
membimbangkan lagi adalah dapatan bahawa 90.5% (19)
daripada mereka tidak pernah ditemu duga, khususnya
mereka yang memohon dan menduduki peperiksaan pada
tahun 2006. Hanya dua orang (9.5%) pernah ditemu duga dan
itu pun pada tahun 2005, iaitu mereka telah memohon dua
tahun berturutturut. Di samping itu, walaupun kesemuanya
pernah menduduki peperiksaan, hanya 6 orang (28.6%) lulus,
sementara dua orang (9.5%) gagal dan selebihnya (61.9%, 13)
tidak pasti sama ada mereka lulus atau tidak. Perkara yang
hampir sama didapati bagi pelajar pengkhususan Matematik:
31.6% (6) lulus, 10.5% (2) gagal, dan selebihnya (57.9%, 11)
tidak pasti.
Dapatan daripada kajian IRPA dan tinjauan terhadap latar
belakang pengkhususan pelajar program DPLI yang
dibincangkan di atas menunjukkan pengajaran di ruar bidang
pengkhususan masih berlaku dengan meluasnya di negara
ini.
Dapatan ini menimbulkan pelbagai persoalan dan implikasi,
terutamanya apabila diambil kira aliran penyelidikan dalam
dua dekad yang lalu yang menekankan kepentingan
pengetahuan isi kandungan {subject matter knowledge)
dalam asas pengetahuan bagi pengajaran {knowledge base
for teaching) (Ishat rnisalnya, Murray, 1996). Penyelidikan
tentangnya yang dipelopori oleh Shulman (1986, 1987)
menunjukkan kualiti pengajaran dan pembelajaran sangat
bergantung kepada kualiti pengetahuan isi kandungan guru
dan dapatan sedemikian menonjolkan potensi seriusnya
kesan pengajaran di luar bidang pengkhususan.
 Apabila hujah ini diaplikasikan kepada dapatan
kajian di Malaysia yang dibincangkan di atas,
gambaran yang diperoleh amat membimbangkan.
Misalnya, dalam konteks dua keprihatinan semasa
berhubung dengan Bahasa Inggeris, iaitu
peningkatan penggunaan Bahasa Inggeris dalam
pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah
mahupun universiti, dan rendahnya penguasaan
bahasa tersebut terutamanya di peringkat IPT.
Seperti yang dilaporkan oleh Menteri Pengajian
Tinggi, satu pertiga graduan yang lulus daripada
universiti tempatan pada tahun 2006 lalu
mempunyai tahap kecekapan bahasa Inggeris yang
sangat rendah (English proficiency, 2007).
 Dalam konteks usaha meningkatkan kualiti guru
seperti yang ditekankan dalam Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang diumumkan
baru-baru ini, isu pengajaran di luar bidang
pengkhususan perlulah diberi perhatian yang lebih
serius. Jika seperti yang ditekankan oleh Ingersoll
(2000), data menunjukkan sumber pengajaran di
luar bidang pengkhususan terletak pada "a lack of
fit between teachers' fields of training and their
teaching assignments" (him. 3), perlu difikirkan
dan dilaksanakan mekanisme untuk memastikan
guru diberi tugasan mengajar mata pelajaran yang
menjadi pengkhususan mereka.
 Di samping itu, dan mungkin lebih penting
lagi, adalah memastikan calon yang diterima
untuk mengikuti program pendidikan guru lepas
ijazah bagi sesuatu mata pelajaran telah membuat
pengkhususan dalam mata pelajaran itu
ataupun sekurang- kurangnya dalam bidang yang
berkaitan dengan mata pelajaran berkenaan.
Perkara ini dijangka tidaklah begitu sukar
dilaksanakan dalam situasi permintaan terhadap
tempat dalam program sedemikian tersangat
tinggi seperti yang disebut pada awal
perbincangan.
Penutup
 Sikap ini juga tergambar daripada amalan
pemilihan calon bagi mengikuti program pendidikan
guru lepas ijazah yang seolah-olah tidak mengambil
kira langsung pengkhususan calon pada peringkat
ijazah pertama.
 Oleh sebab jangka masa program pendidikan guru
lepasan ijazah yang singkat, iaitu kira-kira 10 bulan
sahaja, tumpuan terhadap aspek pengetahuan isi
kandungan adalah sangat cetek dan ini dikhuatiri akan
memberi kesan negatif terhadap kualiti pengetahuan
isi kandungan yang akan guru sampaikan kepada
pelajar.
 Ringkasnya, dalam konteks usaha meningkatkan
kualiti guru seperti yang digariskan dalam PIPP, dan
pada masa yang sama bertambahnya bukti empirikal
akan kepentingan pengetahuan isi kandungan dalam
asas pengetahuan bagi pengajaran, semua pihak yang
terlibat perlulah mengambil langkah untuk
mengurangkan pengajaran di luar bidang
pengkhususan. Perkara ini adalah kerana latar
belakang pengkhususan guru boleh mempunyai kesan
langsung terhadap kualiti pengajaran dan
pembelajaran yang berlaku di bilik darjah.

You might also like