Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Elemen-elemen Pengurusan Bilik Darjah

Mengurus
rutin bilik
darjah

Mengurus Mengurus
Aktiviti aktiviti
penilaian murid

ELEMEN- ELEMEN
Mengurus
Mengurus bahan
keadaan PENGURUSAN
pelajaran
fizikal dan
kemudahan

Mengurus Mengurus
aktiviti disiplin
kumpulan bilik darjah

Perkaitan Elemen Pengurusan Dengan Pelbagai Aktiviti Pengurusan Bilik Darjah.

Berdasarkan di atas, dapat dihuraikan seperti berikut:

1. Mengurus rutin bilik darjah merujuk kepada aktiviti pengurusan bilik darjah

yang dilakukan setiap hari yang meliputi aktiviti menanda jadual kedatangan, menyemak

keadaan fizikal bilik darjah, penyusunan kerusi meja, mengutip yuran, memungut buku

latihan, menguruskan jadual kerja pelajar dan memastikan segala peraturan bilik darjah

dipatuhi pelajar.
2. Mengurus keadaan fizikal pula merujuk keadaan fizikal bilik darjah meliputi

penyusunan kerusi meja murid, alat-alat, ruang , sudut pembelajaran dan kebersihan bilik

darjah. Ini bertujuan mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif..Guru hendaklah

menyediakan jadual kerja berkaitan pembahagian tugas di kalangan pelajar.

Jadual kerja diperlukan untuk memastikan suasana kelas sentiasa dalam keadaan ceria dan

bersih. Dengan mematuhi jadual ini juga, diharapkan dapat memupuk semangat kerjasama

dan saling bertanggungjawab dikalangan pelajar di dalam bilik darjah.

3. Mengurus Aktiviti Kumpulan.. Di bawah program KBSR & KBSM terdapat dua

cara pembentukan kumpulan, iaitu kumpulan yang berdasarkan pelbagai kebolehan, dan

kedua kumpulan berdasarkan kebolehan yang sama.

Di sini guru perlu mengenal pasti tahap kumpulan pelajar melalui ujian pencapaian. Dengan

adanya aktiviti kumpulan seperti ini guru akan dapat melaksanakan pengurusan kelas dengan

lebih mudah dan sistematik. Pelajar dapat belajar berdasarkan kebolehan mereka dengan

selesa dan gembira tanpa ada rasa tekanan.

4 Mengurus Bahan Pelajaran. Bahan pelajaran terdiri daripada bahan pengajaran, bahan

pembelajaran dan bahan rujukan. Bahan –bahan pelajaran itu memainkan peranan penting

dalam aktiviti P&P.Guru menggunakan bahan rujukan untuk merancang aktiviti pengajaran,

dan bahan pengajaran untuk menyampaikan konsep dan cara yang lebih berkesan. Murid

menggunakan bahan pembelajaran untuk mempelajari konsep dan kemahiran dengan cara

yang lebih berkesan dan seronok.

Pemilihan bahan pengajaran dapat membantu guru menyampaikan isi pelajara dengan

tepat dan tidak perlu menggunakan banyak perkataan untuk membuat huraian. Penggunaan
bahan bantu mengajar seperti carta, bahan edaran dan sebagainya dapat menjimatkan masa

kerana guru tidak perlu menulis maklumat yang banyak di papan tulis. Selain daripada itu,

yang paling penting penggunaan bahan pengajaran ini dapat merangsang minat murid untuk

menumpukan perhatian kepada pelajaran.

Manakala penggunaa bahan pembelajaran dapat membantu murid membuat hubungkait

antara benda konkrit dan abstrak, dapat mengukuhkan ingatan dengan lebih lama ,juga dapat

membantu menyelesaikan masalah secara sendiri dan yang terakhirnya dapat digunakan

sebagai alat untuk aktiviti pengayaan dan pemulihan.

5 Mengurus Aktiviti Penilaian.. Mengikut D Stufflebeam, iaitu penyunting buku

‘Education Evalution and Decision Making’, penilaian ditakrifkan sebagai proses

menentukan , mendapatkan dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat

pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya. Guru perlu membuat penilaian terhadap

keberkesanan strategi/aktiviti yang digunakan sebagai panduan untuk merancang strategi

P&P yang lebih berkesan pada masa akan datang.

6 Mengurus Disiplin Bilik Darjah. Dalam konteks pengurusan bilik darjah,

mengawal disiplin pelajar adalah tanggungjawab utama guru.Guru bertanggungjawab

menetapkan peraturan bilik darjah dan memastikan peraturan tersebut sentiasa dipatuhi

pelajar. Kecekapan guru menguruskan disiplin bilik darjah dengan berkesan akan

menghasilkan pencapaian objektif pelajaran yang optimum dan seterusnya pemupukan nilai-

nilai moral dapat dilakukan dengan mudah. Laporan Jawatakuasa Kabinet menyatakan

Matlamat Pendidikan Negara ialah untuk melahirkan generasi pelajar yang berdisiplin dan

bermoral tinggi.
7 Mengurus Aktiviti Murid. Guru perlu membuat perancangan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang sesuai dengan mengambil kira perkara-perkara berikut:

 Kaedah pengajaran pembelajaran yang berpusatkan murid

 Keselamatan – keadaan yang kondusif, persekitaran dan peralatan yang

sealamat.

 Pemikiran – merangsang cetusan idea, menggalakkan pemikiran secara

terbuka dan sesuai dengan tahap pemikiran murid.

 Kemahiran maklumat – menggalakkan murid mengaplikasi ICT untuk

mengakses maklumat , memproses maklumat dan menambah nilai kepada

maklumat.

 Bahasa yang digunakan - menggunakan bahasa yang mudah difahami

pelajar dan bahasa yang halus

 Nilai murni dan emosi – iaitu tidak menyentuh sensitivity kaum dan agama,

pembentukan keyakinan diri, semangat berpasukan, peka terhadap situasi

setempat dan membentuk sikap yang positif.

You might also like