Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

PERBAHASAN
FAKTOR PERSEKITARAN

Persekitaran merujuk kepada semua pengalaman seseorang individu

1. Pemakanan Selepas Kelahiran

Pemakanan berkhasiat penting untuk pertumbuhan dan tumbesaran kanak-kanak.


Pemakanan perlu diambil berat samaada sebelum seseorang ibu hamil, semasa
mengandung dan selepas seseorang anak dilahirkan.

Makanan seharian ibu mengandung

Makanan berprotin Ayam, daging, telur


Biji-bijian Kacang
Sayur-sayuran Sayur berdaun hijau
Buah-buahan Buah limau
Hasil ternakan Susu, keju, mentega

Pemakanan yang sesuai untuk bayi yang baru lahir ialah susu ibunya. Susu ibu mengandungi
segala khasiat yang sesuai untuk tumbesaran bayi dan membekalkan antibodi kepada bayi.

Sarapan pagi amat penting dalam kehidupan individu dan tidak harus diabaikan. Hal ini
kerana tenaga banyak digunakan di waktu malam.

Senarai keperluan pemakanan seseorang individu

Susu Kanak-kanak – 3 cawan


Remaja – 4 cawan
Dewasa – 2 cawan
Protein Ayam, daging, ikan dan kekacang
(2 ketul/biji sehari)
Sayur dan buah – buahan Sayur berwarna hijau
(4 kali sehari)
Roti dan biji-bijian Nasi, roti, gandum
(4 kali sehari)
2. Keluarga

Keluarga sangat mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan seseorang. Ibu bapa akan
bertanggungjawab dalam menyediakan pemakanan kepada anak-anaknya. Selain itu, cara
asuhan juga akan mempengaruhi pembentukan sahsiahnya. Mengikut Diane Baumrind,
terdapat 3 gaya asuhan ibu bapa iaitu:

- Ibu bapa authoritarian – mementingkan ketaatan sehingga mengorbankan rasa


otonomi anak-anak.
- Ibu bapa permisif – member sepenuh kebebasan dan meletakkan pencapaian yang
diharapkan daripada anak-anak mereka.
- Ibu bapa authoritative – membentuk tingkah laku anak-anak mengikut kebolehan
mereka, pada masa yang sama menyatakan harapan atau tingkah laku yang mereka
harapkan dicapai oleh anak-anak mereka.

Menurut Baumrind, cara asuhan yang efektif ialah authoritative sebab akan dapat
membentuk anak-anak yang berdikari, mudah berkawan, dapat berkerjasama dengan ibu
bapa, tinggi harga diri dan orientasi pencapaian yang tinggi.

3. Rakan sebaya

- Mempengaruhi individu sejak dia mula bersosial di luar rumah.


- Menurut Berk, rakan sebaya ialah mereka yang sama umur dengan seseorang itu.
- Dengan rakan sebaya, seseorang individu belajar untuk hormat-menghormati,
bekerjasama, bertanggungjawab dan mematuhi peraturan.
- Individu mempelajari kemahiran tersebut secara berperingkat-peringkat dan melalui
permainan.

4. Sekolah

- Sekolah sangat mempengaruhi perkembangan individu.


- Individu belajar tentang norma kumpulan dan peraturan dalam kumpulan yang lebih
besar.
- Individu juga belajar lebih mendalam tentang nilai-nilai moral dan pergaulan dalam
masyarakat.
- Nilai-nilai seperti tingkah laku baik dan buruk sangat ditegaskan agar individu dapat
mematuhi kehendak masyarakat di mana dia berada.
- Dendaan dan deraan biasanya dilakukan kepada individu yang melanggar peraturan
yang telah ditetapkan.

You might also like