Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Pada musim cuti yang lalu, anda telah berpeluang menyertai Kem Motivasi Diri yang dianjurkan oleh

sekolah anda. Ceritakan pengalaman anda itu.

Pada cuti persekolahan yang lalu, saya telah berpeluang mengikuti Kem Motivasi Diri anjuran Kelab
Bimbingan Kerjaya dan Kaunseling sekolah saya. Seramai 50 orang pelajar Tingkatan Satu hingga
Tingkatan Lima mengikuti kem tersebut. Aktiviti yang dijalankan selama tiga hari itu telah diadakan di
Kem Motivasi Lanchang,Merlimau.

Pada hari pertama, setelah memasang khemah, semua peserta mendengar taklimat daripada Cikgu
Azizan. Selaku guru penasihat, Cikgu Azizan telah menerangkan aktiviti yang akan dijalankan. Beliau
berharap agar pelajar dapat membina jati diri dalam menghadapi cabaran sebagai remaja menerusi
aktiviti yang akan dijalankan nanti.

Pada malamnya, sebuah kertas kerja yang bertajuk ‘Remaja Kini dan Cabaran’ telah disampaikan oleh
Dr.Fadley, pensyarah daripada Universiti Putra Malaysia(UPM). Kertas kerja tersebut mengajak peserta
berfikir secara positif dalam menempuh cabaran yang mendatang. Ramai pelajar teruja dan memberi
respons yang baik terhadap pembentangan tersebut.

Akiviti yang paling menarik sekali adalah pada hari kedua. Bagi membina ketahanan diri, aktiviti
merentas hutan dan mendaki bukit dijalankan. Peserta telah dibahagikan kepada sepuluh kumpulan dan
setiap kumpulan diberi peta perjalanan dan sebuah kompas. Setiap kumpulan diminta mencatat nama
tumbuh-tumbuhan, unggas, dan anak sungai yang ditemui.Aktiviti tersebut berakhir dengan jayanya
walaupun terdapat peserta yang mengalami kecederaan kecil akibat terjatuh semasa mendaki bukit
yang agak curam.

Pada sebelah malamnya pula, diadakan persembahan kebudayaan daripada setiap kumpulan. Ada yang
mengadakan persembahan Dondang Sayang, Boria, Dikir Barat dan sebagainya.Kumpulan saya
mengadakan persembahan pencak silat dan mendapat tepukan yang gemuruh daripada peserta yang
lain. Tanpa disangka-sangka juga hadiah telah diberikan kepada kumpulan kami oleh pihak penganjur
kerana telah membuat persembahan yang paling mencuri hati peserta yang menontonnya.

Pada hari ketiga, tepat jam 9.00 pagi setelah selesai bersarapan dan mengemas beg dan peralatan,
kami telah dibenarkan pulang dengan menaiki bas yang disewa khas oleh pihak sekolah.Kami berasa
sungguh gembira.Walaupun aktiviti yang dijalankan mengambil masa yang singkat, tetapi sekurang-
kurangnya dapat membina keyakinan para peserta untuk menghadapi cabaran hidup yang bakal
menjelma nanti.

You might also like