Professional Documents
Culture Documents
Beststar Profil
Beststar Profil
SYARIKAT
LATAR BELAKANG BESTSTAR TRAVEL
BESTSTAR TRAVEL CENTRE SDN BHD (Dikenali sebagai AMZA TRAVEL CENTRE
SDN BHD ) telah ditubuhkan sejak 1989. Kami memperkenalkan nama Beststar Travel
Centre di pasaran dengan rangkaian perkhidmatan di sector kerajaan, swasta dan
individu. Di antara perkhidmatan yang kami sediakan adalah seperti tiket penerbangan,
penempahan hotel, pakej pelancongan domestik dan antarabangsa, ‘Meeting, Incentive,
Convention, and Exhibition’ (MICE) serta menawarkan perkhidmatan pengkhususan
dalam sektor pelancongan.
Putrajaya adalah lokasi di mana terletaknya pejabat urusan kami yang merupakan Pusat
Pentadbiran Kerajaan yang baru. Kedudukan yang strategik ini adalah amat bersesuaian
dengan misi kami untuk menjadi ejen pelancongan terbaik di Putrajaya, Malaysia.
Beststar Travel Centre adalah syarikat yang berstatus bumiputra dan berdaftar di bawah
Kementerian Kewangan dan Kementerian Pelancongan. Kini, kami berkelayakan untuk
semua perkhidmatan tender kerajaan yang meliputi rangkaian pelancongan.
Syarikat kami mempunyai kelebihan dan kelainan yang tersendiri. Keistimewaan kami
adalah menyediakan pakej pameran perdagangan, terutamanya ke Jerman. Pameran
perdagangan di Jerman dianjurkan di Frankfurt, Cologne, Dusseldorf dan Hannover,
merangkumi pakej menyeluruh termasuk kemudahan dari segi penempahan hotel di
bandar-bandar tersebut yang turut disediakan oleh Beststar Travel Centre. Di antara pakej
pameran perdagangan yang telah dilaksanakan di Jerman dengan jayanya ialah CEBIT,
Hannover (Industries) Fair, Interpack, Drupa, Automechanika dan lain-lain lagi.
Berlandaskan kejayaan ini BestStar Travel Centre telah memperkukuhkan lagi keyakinan
pelbagai syarikat pengeksport dan pengimport di serata pelusuk Malaysia. Penglibatan
syarikat kami yang menjangkau masa lebih dari 10 tahun membolehkan kami memahami
setiap keperluan dan permintaan pelanggan istimewa ini, untuk kini dan di masa akan
datang.
Beststar Travel Centre menongkah arus selaras dengan era baru dalam Industri
Pelancongan. Oleh yang demikian, arus permodenan ini memberi kami cabaran dalam
menyediakan kepakaran dan pengetahuan yang pelbagai diperlukan demi mencapai
kejayaan. Pejabat urusan kami dilengkapi dengan Sistem Penempahan Tiket Penerbangan
AMADEUS. Beststar Travel Centre berkebolehan untuk memberi perkhidmatan kepada
pelanggan dari aspek tiket penerbangan domestik dan antarabangsa serta lain-lain produk
pelancongan, dimana membolehkan pelanggan kami menjelajah ke serata dunia.
Kami amat berterima kasih kepada pelanggan yang merealisasikan segalanya bersama
Beststar Travel Centre Sdn Bhd.
PERKHIDMATAN
BESTSTAR TRAVEL CENTRE
Pakej Pameran Perdagangan – Jerman, China, United Arab Emirates dan lain-lain
MISI
Misi kami adalah menjadi ejen pelancongan yang menawarkan pelbagai pakej
pelancongan yang terbaik di Putrajaya, Malaysia
VISI
Visi kami untuk menjadi ejen yang menawarkan pelbagai pakej pameran perdagangan
terutamanya di Jerman dan pakej pelancongan di serata dunia
LOKASI
BESTSTAR TRAVEL CENTRE
BESTSTAR
TRAVEL
CARTA
ORGANISASI
CARTA ORGANISASI
BESTSTAR TRAVEL CENTRE SDN BHD
Pengurus Akaun/HR
Puan May Choong Puan Adeline
Penyelia
Ms Yusnita
FLIGHT DETAILS
OS 002 15 Mar Kuala Lumpur / Vienna 0105 / 0610
OS 163 15 Mar Vienna / Hannover 0835 / 1005
OS 168 20 Mar Hannover / Vienna 0630 / 0800
OS 001 20 Mar Vienna / Kuala Lumpur 1050 / 0445*
ACCOMMODATION
PRIVATE HOME – Hannover City Center
(click to view)
FLIGHT DETAILS
EK 352 22 Oct Kuala Lumpur / Dubai 0055 / 0350
EK 055 22 Oct Dubai / Dusseldorf 0850 / 1325
EK 058 01 Nov Dusseldorf / Dubai 2045 / 0605*
EK 342 02 Nov Dubai / Kuala Lumpur 0955 / 2050
ACCOMMODATION
DJH HOSTEL (click to view)
HOTEL ALLEGRO (click to view)
FLIGHT DETAILS
MH 006 13 Nov Kuala Lumpur / Frankfurt 2359 / 0605*
MH 005 18 Nov Frankfurt / Kuala Lumpur 1200 / 0640*
ACCOMMODATION
HOTEL ALLEGRO, COLOGNE (click to view)
Note: Airport taxes & others surcharges are not included(RM 760.00)
FLIGHT DETAILS
Departure :
EK 347 24Apr Kuala Lumpur / Dubai 0200 / 0455
EK 045 24Apr Dubai / Frankfurt 0825 / 1315
EK 048 28Apr Dusseldorf / Frankfurt 2220 /
0640*
EK 352 29Apr Dubai / Kuala Lumpur 0925 / 2325
ACCOMMODATION
DJH , COLOGNE
Note: Airport taxes & others surcharges are not included (MYR 200)
FLIGHT DETAILS
MH 006 27May Kuala Lumpur / Frankfurt 2350 – 0630* 28May
MH005 02June Frankfurt / Kuala Lumpur 1230 – 0625* 03June
ACCOMMODATION
DJH Hostel, Cologne
FLIGHT DETAILS
MH006 17Apr Kuala Lumpur / Frankfurt 2350 / 0630*
MH005 25Apr Frankfurt / Kuala Lumpur 1230 / 0625*
HOTEL LINDENKURG
Location: 08mins by tram to main train station