Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 155

 

1.1 Gelanggang permainan berbentuk empat segi tepat berukuran


40 meter panjang dan 20 meter lebar, mengandungi 2 kawasan gol dan
kawasan permainan. Garisan tepi yang panjang dikenali sebagai
garisan tepi dan garisan yang pendek dikenali sebagai garisan
gol. Garisan tepi gol terdiri daripada garisan di antara dua tiang gol
(Inter goal line) dan garisan kedua-dua belah tiang gol (Outer goal line).

  Gelanggang permainan mesti mempunyai zon keselamatan


berukuran sekurang-kurangnya 1 meter sepanjang garisan tepi dan
2 meter sepanjang garisan gol.

Gelanggang permainan tidak boleh diubah yang boleh memberi


keuntungan kepada mana-mana pasukan.
40.0 m

GARISAN TEPI

7.0 m

4.0 m

4.45 m
GARISAN PERTUKARAN
9.0 m

MEJA UNTUK
BANGKU PEMAIN PENJAGA MASA DAN BANGKU PEMAIN
SIMPANAN PENCATAT SIMPANAN

3.5 m
1.2Gol diletakkan di tengah-tengah garisan gol. Gol mestilah
diletakkan dengan kukuh di atas lantai atau dinding.Keluasan
ruang gol ialah 2 meter tinggi dan 3 meter lebar.

Palang gol bersambung secara mendatar dengan tiang gol.


Kedudukan bahagian depan tiang gol diletakkan di atas garisan
gol.Tiang dan palang gol mestilah berbentuk empat segi sama
berukuran 8 cm. Tiang dan palang gol mestilah dicat dengan
dua warna yang kontra daripada latarbelakang.

Gol mestilah dipasang dengan jaring supaya bola berada di


dalam gol selepas gol dijaringkan.

1.3 Semua garisan dikira sebagai sebahagian daripada


kawasan permainan. Lebar atau tebal garisan ialah 5 cm
KECUALI garisan di antara dua tiang gol (Inter goal line)
ialah 8 cm

Garisan di antara dua tiang (Inter goal line) boleh dicat


dengan warna yang berbeza dengan garisan lain
28 13 x 20 28

PUSAT SUKU BULATAN

8 300 8
316
GARISAN GOL
8
KE ARAH GELANGGANG
100

80

100
130 - 150
1.4 Kawasan di depan setiap gol dikenali sebagai kawasan
gol. Kawasan gol dilingkungi oleh garisan kawasan gol
(garisan 6 meter) dan ditanda seperti berikut :-

i) satu garisan 3 meter dibuat selari dengan garisan gol


berjejari 6 meter daripada setiap tiang gol.

(ii) dua suku bulatan yang berjari 6 meter (diukur dari


bahagian dalam tiang gol). Kedua-dua suku bulatan ini
disambungkan dengan garisan lurus 3 meter yang selari
dengan garisan gol.
1.5 Garisan balingan percuma ( 9 meter ) ialah garisan putus-putus
yang dilukis 3 meter diluar garisan kawasan gol. Setiap garisan
putus-putus dan ruang antaranya berukuran 15 cm

1.6 Garisan 7 meter berukuran 1 meter panjang dibuat di hadapan


gol, selari dan berjarak 7meter dari garisan gol. (Ukuran dibuat
dari bahagian dalam garisan gol hingga bahagian belakang
garisan 7 meter ).

1.7 Garisan had penjaga gol ( 4 meter dari garisan gol )


berukuran 15 cm tepat di hadapan gol selari dengan garisan gol

1.8 Garisan tengah disambungkan daripada titik tengah kedua-


dua garisan tepi
1.9 Garisan pertukaran pemain (sebahagian daripada
garisan tepi) berukuran 4.5 meter ke kiri dan kanan daripada
garisan tengah sepanjang 15 cm ke dalam dan luar garisan
tepi selari dengan garisan tengah

445 cm 445 cm 5 cm

15 cm Garisan Pertukaran Garisan Tepi

Untuk Pemain Simpanan, Meja untuk Untuk Pemain Simpanan,


Gantung dan 4 Pegawai Penjaga Masa Gantung dan 4 Pegawai
dan Pencatat
2.1 Masa Permainan
  Masa permainan biasa bagi umur 16 tahun dan ke atas ialah 30
minit setiap separuh masa. Masa rehat 10 minit ( 30 : 10 : 30 )
Masa permainan biasa bagi kategori umur 12 – 16 tahun ialah 2 x
25 minit dan umur 8 - 12 tahun ialah 2 x 20 minit dengan masa
rehat 10 minit antara separuh masa bagi kedua-dua kategori.
2.2 Masa Tambahan
 

Sekiranya keputusan seri setelah masa permainan sebenar tamat


dan pemenang perlu ditentukan, maka masa tambahan akan
diadakan selepas rehat 5 minit.Masa tambahan ialah 5 minit setiap
separuh masa dengan 1 minit rehat diantaranya. Jika masih seri,
masa tambahan kedua akan dikuatkuasakan setelah rehat 5 minit.
Masa tambahan ini juga dimainkan selama 5 minit setiap separuh
masa dengan 1 minit rehat diantaranya.
 

Jika masih seri maka pemenang akan ditentukan mengikut


peraturan pertandingan kejohanan berkenaan.
2.3 Isyarat Tamat
 

Masa permainan bermula dengan tiupan wisel pengadil untuk


balingan permulaan. Masa tamat permainan ditentukan oleh isyarat
tamat otomatik dari Jam Gelanggang (Public Clock) atau penjaga
masa. Jika tiada isyarat seperti di atas maka kuasa tamat
permainan sebenar ditentukan oleh tiupan wisel pengadil

Jika tiada isyarat otomatik dari jam gelanggang, penjaga masa mestilah
menggunakan jam meja atau jam randik dan menamatkan permainan
dengan isyarat tamat (18:2 perenggan 2) Sekiranya jam gelanggang
diguna, jika boleh dilaraskan pergerakan jam dari 0 ke 30 minit

2.4 Salahlaku dan tiada bersemangat kesukanan sebelum atau ketika


isyarat tamat ( separuh masa @ tamat permainan) mestilah dihukum.
Hukuman masih boleh diberikan walaupun isyarat tamat permainan telah
dibuat. Pengadil akan tamatkan permainan selepas balingan percuma
dilakukan (kecuali balingan percuma dalam peraturan 13 :4) atau
setelah balingan 7 meter diambil dan keputusan permainan disahkan
serta merta
2.5 Balingan mesti diambil semula, jika isyarat tamat ( untuk
seperti masa tamat permainan) dibunyikan semasa balingan
percuma atau balingan 7 meter dibuat atau ketika bola berada di
udara. Keputusan serta - merta dari balingan semula mesti
diperolehi sebelum pengadil menamatkan permainan

2.6 Pemain - pemain dan pegawai pasukan masih tertakluk


kepada hukuman individu bagi salah laku atau tingkahlaku tidak
bersemangat kesukanan yang berlaku semasa balingan percuma
atau 7 meter seperti dalam situasi yang dijelaskan dalam peraturan
2:4-5. Balingan percuma tidak akan diberikan lagi setelah
keputusan diperolehi
2.7 Sekiranya pengadil menyedari penjaga masa memberikan
isyarat tamat lebih awal (untuk separuh masa atau tamat permainan)
mereka mesti meneruskan permainan sehingga tamat masa
permainan sebenar.Permainan akan disambung semula oleh
pasukan yang mengawal bola sebelum gangguan berlaku. Jika bola
tidak dimainkan, permainan akan dimulakan mengikut situasi
semasa. Sebaliknya jika bola dalam permainan, permainan akan
dimainkan semula dengan balingan percuma mengikut peraturan
13:4a-b.

Nota : Jika separuh masa pertama (atau masa tambahan )


ditamatkan melebihi masa permainan sebenar, masa
permainan separuh masa kedua akan dipendekkan. Jika
separuh masa ke dua (atau masa tambahan) ditamatkan
melebihi masa permainan sebenar maka pengadil tidak
dapat mengubah sebarang keputusan.
2.8        Masa Hentian ( Time Out )
Pengadil akan memutuskan bila dan berapa lama masa
permainan akan diberhentikan. “Time-Out” dimestikan bila:
penggantungan 2 minit, pembatalan atau penyingkiran dibuat

balingan 7 meter
masa hentian pasukan diberikan
kesalahan penggantungan pemain atau bilangan pemain
melebihi jumlah yang dibenarkan dalam gelanggang

isyarat wisel daripada penjaga masa atau delegasi


teknikal
perbincangan antara kedua-dua pangadil mengikut peraturan 17:8

‘Time-Out’ biasa juga diberikan mengikut situasi lain


bergantung kepada keadaan
Kesalahan yang berlaku semasa rehat adalah sama seperti
yang berlaku dalam permainan
2.9 Pengadil akan memberi isyarat kepada penjaga masa untuk
memberhenti dan memulakan jam berhubung dengan masa
hentian.
Gangguan masa permainan akan dimaklumkan
kepada penjaga masa menerusi 3 tiupan pendek dan
isyarat tangan – No. 16

Wisel mesti dibunyikan untuk menandakan permainan


dimulakan selepas masa rehat tamat.

2.10 Setiap pasukan akan diberi sekali masa hentian setiap


separuh masa selama 1 minit tiada ‘time-out’ dalam
masa tambahan.
3.1 Bola mestilah diperbuat daripada kulit atau bahan
sentitik. Ia berbentuk sfera, permukaan mestilah tidak
berkilat atau licin
3.2 Saiz bola – Ukur lilit dan berat, digunakan mengikut
kategori pasukan seperti berikut
UKUR LILIT BERAT BOLA SAIZ JANTINA PERINGKAT
BOLA UMUR
58-60cm 425- 475 gm 3 (IHF) Lelaki 16 tahun +
Lelaki 14 - 16 tahun
54-56cm 325- 375 gm 2 (IHF)
Perempuan 14 tahun +
Lelaki 8-12 tahun
50-52cm 290- 330 gm 1 (IHF)
Perempuan 8-14 tahun

Nota : Kehendak teknikal bagi bola yang digunakan untuk


pertandingan rasmi antarabangsa terdapat dalam ‘IHF Ball
Regulation”Saiz dan berat bola untuk Bola Baling Mini (Mini
Handball) tidak tertakluk kepada undang-undang permainan
sebenar.
3.3 Untuk setiap permainan, sekurang-kurangnya 2 biji
bola disediakan. Bola kedua mesti boleh di perolehi dengan
segera di meja penjaga masa semasa permainan dijalankan.

Bola yang digunakan mesti memenuhi


syarat mengikut peraturan 3 :1-2

3.4 Pengadil akan menentukan bila bola kedua digunakan.


Dalam keadaan ini pengadil mesti mendapatkan bola dan
mengelakkan masa rehat ( Time-out )
PASUKAN

4.1 Satu pasukan mengandungi 12 orang pemain.

Tidak lebih daripada 7 orang pemain perlu berada di


dalam gelanggang. Selebihnya adalah pemain
gantian. Sepanjang masa permainan, seorang
pemain mesti bermain sebagai penjaga gol
Penjaga gol boleh bermain sebagai pemain
gelanggang pada bila-bila masa. Begitu juga pemain
gelanggang boleh menjadi penjaga gol pada bila-
bila masa
Permainan boleh dimulakan dengan sekurang-kurangnya 5
orang pemain

Bilangan pemain dalam satu-satu pasukan boleh ditambah


sehingga 12 orang pada bila-bila masa sepanjang permainan
termasuk masa tambahan

Permainan masih boleh diteruskan sungguhpun sesuatu


pasukan mempunyai “kurang daripada 5 orang” dan
mengikut budibicara pengadil untuk meneruskan permainan.
4.2 Semasa permainan, adalah dibenarkan maksima 4 orang
pegawai berada bersama dengan pasukan.Pegawai-pegawai ini
tidak boleh digantikan semasa perlawanan berlangsung. Salah
seorang akan dipilih sebagai “Pegawai Bertanggung jawab
Pasukan”. Hanya pegawai ini dibenarkan untuk berurusan dengan
penjaga masa, pencatat dan berkemungkinan dengan pengadil.

Pegawai pasukan tidak dibenarkan memasuki


gelanggang semasa permainan dijalankan. Perlanggaran
peraturan ini hendaklah dihukum sebagai tidak
bersemangat kesukanan

Permainan disambung semula dengan balingan percuma


bagi pasukan lawan
4.3 Seseorang pemain atau pegawai pasukan berhak mengambil
bahagian sekiranya mereka hadir semasa permainan dimulakan dan
namanya terdapat dalam borang pencatat.

Pemain- pemain dan pegawai pasukan yang hadir atau tiba


selepas permainan dimulakan mestilah mendapat kebenaran untuk
mengambil bahagian daripada penjaga masa atau pencatat dan
namanya mesti dicatat dalam borang pencatat.

Seseorang pemain berhak untuk mengambil bahagian secara


prinsipnya boleh memasuki gelanggang permainan melalui Zon
Pertukaran pasukan pada bila-bila masa.
Seseorang pemain yang tidak berhak mengambil bahagian akan
DISINGKIR sekiranya dia memasuki gelanggang permainan.
Permainan akan diteruskan dengan balingan percuma untuk pihak
lawan
Pemain Gantian
4.4 Pemain gantian boleh masuk ke dalam gelanggang permainan
pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada pengadil
mahupun penjaga/pencatat asalkan pemain yang digantikan telah
meninggalkan gelanggang permainan.

Pemain dikehendaki meninggalkan atau masuk ke gelanggang


permainan di kawasan penggantian masing-masing. Peraturan
ini juga melibatkan pertukaran penjaga gol.

Peraturan ini juga dirujuk semasa Time-out (kecuali Team Time-out).

4.5 Kesalahan pertukaran pemain akan dihukum dengan hukum


Gantung 2 minit kepada pemain yang melakukan kesalahan. Jika
lebih daripada seorang pemain dari pasukan tersebut melakukan
kesalahan yang sama, hanya pemain pertama dihukum.

Permainan akan diteruskan dengan bailingan percuma untuk


pasukan lawan
4.6 Jika seseorang pemain masuk bermain ( dan merupakan
pemain kelapan dalam gelanggang ) tanpa mengganti sesiapa atau
pemain di kawasan penggantian mengganggu permainan, hukuman
Gantung 2 minit diberikan kepada pemain itu. Pasukan Itu juga
dikurangkan dengan seorang pemain digantung selama 2 minit.
(Pemain yang ke lapan juga perlu keluar dari gelanggang
permainan).

Jika seseorang pemain yang sedang dihukum Gantung 2 minit ,


masuk ke gelanggang permainan beliau akan di gantung
tambahan 2 minit. Hukuman ini dilaksanakan dengan serta-
merta agar bilangan pemain dikurangkan antara masa hukuman
pertama dengan hukuman kedua.

Permainan ini akan diteruskan dengan balingan percuma untuk


pihak lawan
Peralatan

4.7 Pemain dari kedua-dua pasukan mesti memakai pakaian yang


berlainan warna. Penjaga gol mesti memakai pakaian yang berlainan
warna dengan pemain pasukannya dan pasukan lawan serta penjaga
gol pihak lawan.
4.8 Pemain-pemain hendaklah memakai nombor 1 – 20 dan
ukuran ketinggian nombor seperti berikut :

Warna nombor hendaklah berbeza (kontras) dengan warna jersi


dan jelas. Ketua pasukan hendaklah memakai “arm band”
berukuran 4 cm lebar.

4.9 Pemain mestilah memakai kasut yang sesuai. Pemain-pemain


tidak dibenarkan memakai peralatan yang boleh membahayakan diri
sendiri atau pemain lain
4.10 Pemain yang cedera ( luka atau pun terdapat darah pada
pakaian, mereka ) dikehendaki meninggalkan gelanggang
permainan dengan segera secara sukarela dan boleh digantikan
dengan pemain lain. Kegagalan mematuhi peraturan ini, boleh
menyebabkan pemain tersebut akan dikenakan hukuman tidak
bersemangat kesukanan.

4.11 Dalam hal kecederaan pemain, pengadil boleh memberi


kebenaran (Isyarat Tangan No. 16 dan 17) kepada 2 orang
pegawai pasukan tersebut memasuki gelanggang permainan
semasa ‘Time Out” untuk memberi pertolongan kecemasan
kepada pemain itu.
Penjaga Gol dibenarkan
5.1 menyentuh bola dengan mana-mana anggota badan /
tubuh bagi menghalang / mengawal golnya
5.2 bergerak ke mana-mana sahaja dengan bola dalam
kawasan gol tanpa mengira langkah dan had masa kecuali
melengah-lengahkan permainan
5.3 keluar dari kawasan gol tanpa bola dan melibatkan diri dalam
permainan gelanggang
Pada masa itu penjaga gol menjadi pemain gelanggang dan tertakluk
kepada peraturan / undang-undang permainan.
permainan
Penjaga gol dianggap di luar kawasan gol jika mana-mana
bahagaian anggota tubuhnya menyentuh gelanggang permainan
yang terletak di luar garisan 6 meter.
5.4 keluar dari kawasan gol dengan bola dan meneruskan
permainan, jika dia belum dapat mengawal bola
Penjaga gol tidak dibenarkan

5.5 membahayakan pihak lawan semasa melakukan aksi


menahan bola.

5.6 dengan sengaja membawa keluar bola dari kawasan golnya

5.7 menyentuh semula bola yang dibalingnya sebelum disentuh


oleh pemain lain

5.8 menyentuh bola yang terhenti atau yang sedang bergolek di


luar kawasan gol semasa beliau berada di dalam kawasan
gol

5.9 membawa masuk bola yang terhenti atau yang sedang bergolek di
luar kawasan gol semasa penjaga gol berada di dalam kawasan
gol.
Penjaga gol tidak dibenarkan

5.10 memasuki semula kawasan gol dengan bola.

5.11 menyentuh bola yang terhenti dalam kawasan gol atau


yang sedang bergolek ke arah kawasan gelanggang dengan
tapak kaki atau mana-mana bahagian bawah lututnya

5.12 melintasi garisan 4 meter, sebelum bola dilepaskan dari


tangan pembaling semasa balingan 7 meter diambil

Komen:
Selagi penjaga gol meletakkan sebelah kakinya di belakang
garisan 4 meter, dia boleh mengerakkan mana-mana anggota
tubuhnya dan melepasi (di udara) luar garisan 4 meter.
6.1 Hanya penjaga gol sahaja dibenarkan masuk ke
kawasan gol.Kawasan gol termasuk garisan gol dan pemain
gelanggang dikira memasuki kawasan ini jika mana-mana
bahagian badannya menyentuh kawasan ini (termasuk garisan 6
meter)
6.2 Pemain gelanggang yang memasuki kawasan gol, akan
dihukum seperti berikut :

JIKA PEMAIN MASUK DENGAN


MEMBAWA BOLA

JIKA PEMAIN GELANGGANG MASUK TANPA


BOLA TETAPI MENDATANGKAN
KEUNTUNGAN KEPADA PASUKANNYA.

JIKA PEMAIN GELANGGANG MEMASUKI


KAWASAN GOL DENGAN TUJUAN
MEMUSNAHKAN PELUANG LAWAN
MENJARING GOL.
6.3 Pemain gelanggang tidak dihukum jika memasuki kawasan
gol; sekiranya beliau

a. Masuk selepas memainkan bola dan tidak menimbulkan


kerugian kepada pihak lawan.

b. Masuk ke kawasan gol tanpa bola tetapi tidak


mendatangkan keuntungan kepada pasukannya.

c. Masuk ke kawasan gol kerana cuba bertahan dan tidak


mendatangkan kerugian kepada pasukan lawan.
6.4 Bola dalam kawasan gol adalah hak penjaga gol.
Pemain gelanggang tidak dibenarkan menyentuh bola dalam
keadaan;

bola
bola sedang
berhenti bola bergolek dipegang oleh
dalam di dalam penjaga gol
kawasan gol kawasan gol

Pemain Gelanggang dibenarkan menyentuh / memainkan bola


jika bola tersebut berada di udara dalam kawasan gol KECUALI
ketika penjaga gol sedang melakukan balingan gol.
6.5 Penjaga gol perlu menghantar bola ke dalam kawasan
permainan dengan balingan gol (Peraturan 12) apabila
bola berhenti di dalam kawasan gol.

6.6 Permainan diteruskan (dengan balingan penjaga gol)


jika dalam keadaan menghadang secara sah, bola terkena
pemain pertahanan dan masuk serta berhenti di kawasan
golnya sendiri.
6.7 Jika pemain dengan sengaja memainkan bola masuk ke
dalam kawasan gol sendiri, hukumannya

Gol – jika bola masuk ke dalam gol

Balingan jika bola berhenti dalam Bola yang


percuma - kawasan gol atau disentuh keluar
penjaga gol. daripada
kawasan gol
Balingan ke jika bola keluar melalui garisan gol ke kawasan
dalam – gelanggang
permainan
Permainan jika bola tersasar keluar ke boleh
diteruskan – gelanggang dengan tidak disentuh
oleh penjaga gol
teruskan.
Memainkan bola:
 

Seseorang pemain
dibenarkan:

7.1 Membaling, menangkap, menahan, menolak,


memukul bola dengan menggunakan tangan (tangan
terbuka / genggam), lengan, kepala,badan, peha dan
lutut.

7.2 Memegang bola dalam jangka masa 3 saat

7.3 Mengambil 3 langkah maksima bersama bola Langkah


pertama dikira
apabila
Pemain berdiri dengan kedua belah kaki, mengangkat sebelah
kaki dan meletakkannya kembali atau mengubah sebelah kaki ke
tempat yang lain.

Pemain berdiri sebelah kaki untuk menangkap bola


kemudian menjatuhkan sebelah kaki lagi ke atas
lantai.

Komen:
Dikira 1 langkah sahaja apabila sebelah kaki diubah / bergerak dari
satu tempat ke tempat yang lain dan sebelah kaki lagi diheret ke kaki
yang pertama.
Melompat dengan sebelah kaki, mendarat dan
melompat dengan kaki yang sama atau dengan
kaki yang berlainan.

Mendarat serentak dengan dua belah kaki kemudian


mengangkat sebelah kaki dan meletakkannya
semula atau mengerakkan sebelah kaki ke tempat
lain.

Komen:
Dikira 1 langkah sahaja apabila sebelah kaki diubah /
bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dan
sebelah kaki lagi diheret ke kaki yang pertama.
7.4 Semasa berdiri atau berlari
a. Melantun dan menangkap semula bola dengan satu atau
dua belah tangan
b. Melantun bola berulang-kali dengan sebelah tangan
(dribble) atau menggolekkan bola secara berulang kali dengan
sebelah tangan kemudian menangkap atau mengambil semula
dengan sebelah atau ke dua belah tangan

Apabila bola telah dipegang dengan sebelah atau


kedua - dua belah tangan ia mesti dimainkan dalam
masa 3 saat termasuk tidak lebih dari 3 langkah

Melantun atau mengelecek


bola dikira bermula apabila Selepas bola terkena
pemain tesebut menyentuh pemain lain atau gol,
dengan mana-mana pemain tersebut
bahagian badannya, dibenarkan menampan
kemudian bola tersebut atau melantun dan
menyentuh lantai menangkap semula.
7.5 Menggerakkan bola dari sebelah tangan ke
tangan lain tanpa menghilangkan perhubungan pada
masa itu.

7.6 Dibenarkan menghantar bola dalam keadaan


berlutut, duduk atau baring di atas permukaan
gelanggang

Pemain tidak
dibenarkan

7.7 Menyentuh bola lebih dari sekali

KECUALI

terkena gelanggang, pemain lain atau gol


Komen :
Maksud Fumbling ialah ‘Kegagalan pemain
mengawal bola semasa cuba menangkap atau
menahan bola’ dan tidak akan dihukum.

Sekiranya bola berada dalam kawalan, pemain tidak boleh


menyentuhnya semula setelah menahan atau melantun
bola itu.

7.8 Menyentuh bola pada bahagian kaki bawah lutut


kecuali dibaling dengan sengaja oleh pihak lawan.

7.9 Permainan diteruskan sekiranya bola terkena pengadil di


dalam gelanggang.
7.10 Mengawal atau menyimpan
bola terlalu lama tanpa membuat
sebarang serangan atau jaringan dikira
sebagai permainan pasif.

Balingan percuma diberikan kepada pihak lawan di


mana bola itu diberhentikan oleh pengadil

7.11 Sekiranya permainan pasif telah dikesan, isyarat tangan (No.


18) hendaklah ditunjukkan. Ini adalah untuk memberi peluang
pasukan menyerang mengubah corak permainan. Sekiranya
permainan tidak berubah corak, balingan percuma diberikan
kepada pihak lawan

Dalam situasi tertentu, balingan percuma untuk permainan


pasif diberikan kepada pihak lawan tanpa amaran awal
pengadil.

Pemain tidak membuat cubaan untuk menjaring


walaupunberpeluang untuk melakukan jaringan
dalam kedudukan menang – tidak berusaha untuk melakukan serangan

apabila ada pemain sepasukan yang digantung

pertahanan terlalu ketat dan tidak dapat menyerang


bermain di tengah-tengah gelanggang
KESALAHAN-KESALAHAN TIADA
SEMANGAT KESUKANAN

8.1 a. Menggunakan tangan atau lengan untuk menghalang


atau mendapatkan bola.

b. Menggunakan tapak tangan untuk mendapatkan bola


dari pihak lawan dari mana- mana arah

c. Menggunakan badan untuk menghalang pihak lawan yang


tidak memiliki bola

d. Sentuhan badan terhadap pihak lawan apabila berhadapan


dengannya sambil tangan rapat ke dada (bent arms) dan
mengekalkan situasi ini untuk mengawal dan mengikut pihak lawan
8.3 Kekasaran yang ditujukan kepada penyerang dan bukan
untuk mendapatkan bola mestilah dikenakan hukuman yang
setimpal atau hukuman berturut-turutan (punished progressively) –
“Hukuman Beransur Maju” ( Progressive punishment) bermaksud
hukuman seperti balingan 7 meter atau balingan percuma masih
tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukannya yang lazim
berlaku semasa merebut – rebut bola
Setiap “Hukuman Berturut-Turutan” meliputi hukuman pada
pemain, bermula dengan amaran (16:1b), dan disusuli dengan
hukuman yang lebih berat
Amaran dan hukuman gantung sebelumnya juga
diambilkira

8.4 Tidak bersemangat kesukanan seperti mengeluarkan isyarat


atau bahasa lucah keterlaluan mestilah dihukum. Tertakluk juga
kepada semua pemain dan pegawai di dalam atau di luar gelanggang.
Hukuman Berturut-Turutan boleh juga dikenakan kepada sikap
kurang semangat kesukanan.
8.5 Pemain yang membahayakan pihak lawan semasa pihak
lawan menyerang mesti dikenakan hukuman DIBATALKAN
sekiranya;
a. Menarik tangan pemain yang sedang membaling bola
sama ada dari sisi atau belakang
b. Memaut leher pihak lawan.
c. Menyepak atau menendang pihak lawan dengan
lutut atau kaki.
d. Menolak pihak lawan ketika sedang melompat atau
berlari atau menyerang penyerang dengan pelbagai cara
sehingga pihak lawan hilang kawalan. Juga diguna pakai
bila penjaga gol meninggalkan kawasan gol untuk
menghadang serangan balas pihak lawan

e. Membaling bola ke arah muka atau kepala pemain lawan


yang berkeadaan statik dengan sengaja semasa balingan
percuma diambil; atau membaling terhadap kepala penjaga
gol yang berkeadaan statik ketika balingan 7 meter diambil
8.6 Tiada semangat kesukanan yang tinggi dari
pemain atau pegawai yang berada di dalam atau di luar
gelanggang boleh dikenakan hukuman DIBATALKAN’.

8.7 Pemain yang melakukan kesalahan yang kasar /


keras (asault) semasa permainan, boleh DISINGKIRKAN.
Kesalahan yang dilakukan di luar masa permainan boleh
menyebabkan hukuman DISINGKIRKAN . Ini juga termasuk
pegawai pasukan
Komen:
Kesalahan yang kasar (asault) mengikut Peraturan
& Undang-undang Bola Baling dianggapkan sebagai
menggunakan kekerasan dan berniat menyerang seseorang
( pemain, pengadil, penjaga masa, pencatat, pegawai
pasukan, perwakilan, penonton dll). Pendek kata, ianya
adalah suatu tindakan bukan secara spontan atau kecuaian.
Meludah kepada orang lain dianggapkan kesalahan yang
kasar

8.8 Kesalahan pada peraturan 8:2-7, akan dihukum


dengan BALINGAN 7 meter jika kesalahan ini secara
langsung atau tidak memusnahkan peluang menjaring.Jika
tidak, balingan percuma diberikan
9.1 Gol dikira apabila keseluruhan bola melintasi garisan
gol di antara dua tiang dan di bawah palang gol tanpa
sebarang kesalahan yang dilakukan oleh pembaling atau
rakannya sebelum atau semasa balingan dibuat. Pengadil
Gol meniup wisel dua kali (pendek) serta menunjukkan
Isyarat Tangan No. 12.
·GOL TETAP DIKIRA SEKIRANYA
PERTAHANAN MELAKUKAN KESALAHAN.

·  GOL TIDAK DIKIRA SEKIRANYA PENGADIL ATAU


PENJAGA MASA MEMBERHENTIKAN PERMAINAN
SEBELUM KESELURUHAN BOLA MELEPASI GARISAN
GOL.

·   GOL SENDIRI DIKIRA JIKA PEMAIN MEMASUKKAN


BOLA KE GOL SENDIRI, KECUALI PENJAGA GOL YANG
MELAKUKAN BALINGAN GOL.

Komen:
Gol dikira jika bola itu dihalang masuk oleh seseorang atau
benda ( penonton dll.) asalkan pengadil yakin bola itu boleh masuk
ke dalam gawang gol.
Rajah 4 : Jaring

Gol

Tidak Gol
9.2 Jaringan gol yang dikira TIDAK BOLEH DIBATALKAN
setelah pengadil meniup wisel untuk permulaan permainan

Pengadil perlu memberi kepastian gol secara jelas apabila gol


dikira, jika isyarat tamat untuk separuh masa pertama dibunyikan
atau sebelum balingan permulaan dilaksanakan

Komen:
Bilangan gol hendaklah dicatat di papan skor selepas
pengadil mengesahkannya
Pengadil mesti memastikan jaringan yang telah dibuat dengan
mengesahkan jaringan itu sebelum balingan permulaan dibuat.

9.3 Pasukan yang menjaringkan lebih gol dikira


menang.Permainan dikira seri jika bilangan gol dari kedua-dua
pasukan adalah sama banyak atau tidak mendapat sebarang gol
10.1 Untuk memulakan permainan, BALINGAN PERMULAAN akan
dilakukan oleh pasukan yang memenangi lambungan syiling atau
undian dan memilih untuk memulakan permainan. Pihak lawan berhak
untuk memilih gelanggang. Sebaliknya, jika pasukan yang menang
lambungan syiling memilih gelanggang ,maka pihak lawan
mengambil balingan permulaan

Pasukan akan bertukar tempat pada separuh masa kedua. Balingan


permulaan akan dibuat oleh pasukan yang tidak membuat balingan
permulaan pada separuh masa pertama.

Lambungan syiling dilakukan pada setiap masa tambahan dan


per. 10:1 akan diambikira

10.2 Selepas jaringan dilakukan, balingan permulaan akan


dilakukan oleh pasukan yang kena gol.
10.3 Balingan permulaan diambil dari tengah (dengan
kelonggaran 1.5 meter dari garis pusat ) kawasan permainan dan
balingan boleh dilakukan ke mana-mana arah dikehendaki Balingan
permulaan dilakukan dalam masa 3 saat selepas pengadil
membunyikan wisel

Pemain yang mengambil balingan permulaan MESTI memijak


garisan tengah dengan sebelah kaki sehingga bola dilepaskan.
 
Rakan pasukan pembaling tidak boleh melepasi garisan tengah
sehingga wisel dibunyikan.

10.4 Untuk membuat balingan permulaan pada setiap separuh


masa (termasuk masa tambahan) semua pemain mest berada di
kawasan masing-masing.

WALAU BAGAIMANAPUN,
BAGAIMANAPUN balingan permulaan selepas jaringan gol
dilakukan, pihak lawan (penjaring) dibenarkan berada di kedua-dua
belah gelanggang.
11.1 Balingan ke dalam diberikan apabila keseluruhan bola
melepasi garisan tepi gelanggang atau bila pemain gelanggang
yang bertahan adalah orang terakhir menyentuh bola sebelum bola
itu melepasi garisan tepi gol.

11.2 Balingan ke dalam diambil oleh pihak yang bukan


menyentuh bola sebelum ia keluar, tanpa menunggu wisel dari
pengadil

11.3 Balingan ke dalam hendaklah dibuat di tempat bola itu keluar


dari garisan tepi

>Jika melepasi garisan gol, balingan ke dalam di sudut


dibuat di sebelah mana bola keluar.
11.4 Pembaling MESTI memijak garisan tepi gelanggang
sehingga bola dilepaskan. Pembaling TIDAK DIBENARKAN
meletakkan bola di atas gelanggang dan mengambilnya semula
atau melantun bola

11.5 Semasa balingan ke dalam, pemain pasukan lawan


mesti berada tidak kurang 3 meter daripada pemain yang
membuat balingan. Tetapi pemain lawan dibenarkan berada di
luar kawasan garisan gol kurang dari 3 meter ketika balingan
ke dalam di sudut.
12.1 Balingan Penjaga Gol diberikan apabila
keseluruhan bahagian bola melepasi garisan
tepi gol selepas disentuh kali terakhir oleh
penjaga gol yang berada di kawasan gol atau
pemain lawan

> Ini bermakna, dalam kedua-dua situasi ini,


bola dianggap sebagai di luar permainan .
Peraturan 13.:3 adalah dirujuk jika terdapat
kesalahan oleh pasukan penjaga gol selepas
balingan gol diberikan dan sebelum balingan
gol dilakukan.

12.2 Balingan Gol dilakukan oleh penjaga


gol, tanpa menunggu tiupan wisel pengadil
dari kawasannya ke kawasan permainan
Balingan Gol dianggap telah diambil bila bola
yang di baling telah melepasi garisan
kawasan gol (6 meter)

Pemain dari pasukan lawan dibenarkan berada


di luar garisan kawasan gol (6 meter) tetapi tidak
boleh menyentuh bola sehingga bola melepasi
garisan kawasan gol.

12.3 Penjaga gol tidak boleh menyentuh semula bola


itu selepas ianya dibalingkan sebelum disentuh pemain
lain
13.1 Pengadil akan memberhentikan permainan atas
kesalahan yang dilakukan dan dimulakan semula dengan
balingan percuma untuk pihak lawan apabila;

a. Pasukan yang mengawal bola melakukan


kesalahan peraturan

(Rujuk Per. 4:2-3, 4:5-6, 6:2a-b, 6:4, 7:2-4, 7:7-8,


7:10,
8:8,10:3, 11:4, 12:3, 13:7-8, 14:4-7 dan 15:2-5).
b. Pasukan bertahan yang melakukan
kesalahan
(Rujuk Per. 4:2-3, 4:5-6, 5:5, 6:2b, 6:4,
6:7b, 7:8, 8:8).

13.2 Pengadil boleh meneruskan permainan tanpa memberi


balingan percuma

Pengadil tidak meniup wisel untuk balingan


percuma jika pasukan bertahan dapat mengawal bola
selepas berlaku kesalahan oleh pihak menyerang.
(advantage play)

Pengadil tidak akan memberhentikan perlawanan


sehingga pasukan menyerang hilang kawalan bola atau
seandainya tidak dapat meneruskan serangan
disebabkan kesalahan yang dilakukan oleh pihak
bertahan (advantage play )
Pengadil akan memberi hukuman kepada pemain yang
melakukan kesalahan jika ianya tidak mengganggu rentak
pihak menyerang atau mendatang “kerugian” kepada
pihaknya. Sebaliknya, pengadil akan “menunggu” dan
memberikan hukuman selepas serangan

Peraturan 13.2 tidak digunapakai jika berlaku


kesalahan mengikut peraturan 4:2-3 atau 4:5-6 di
mana permainan perlu diberhentikan serta-merta,
kelaziman dengan campur tangan penjaga masa.

13.3 Di bawah kesalahan 13.1a-b, permainan akan dimulakan


dengan balingan yang sesuai dengan sebab-sebab permainan
diberhentikan.
13.4 Apabila permainan terpaksa diberhentikan tanpa
kesalahan peraturan, balingan percuma diberikan

a. Pasukan yang sedang mengawal bola sebelum permainan


diberhentikan.
b. Pasukan terakhir mengawal bola akan mendapat
balingan percuma jika permainan diberhentikan semasa
kedua-dua pasukan tidak mengawal bola.

c. Pasukan yang bukan terakhir menyentuh bola akan


membuat balingan percuma, jika bola itu tersentuh siling
atau bahagian-bahagian lain dewan

Peraturan 13.2 tidak digunapakai dalam situasi


dalam Per. 13.4

13.5 Bola mesti diletakkan serta-merta apabila wisel


pengadil dibunyikan
Melakukan Balingan Percuma

13.6 Balingan percuma diambil tanpa tiupan wisel pengadil


dan pada dasarnya di tempat kesalahan berlaku.

Merujuk kepada Peraturan 13:4a-b, balingan percuma hendaklah


dibuat selepas tiupan wisel di tempat kesalahan berlaku. Dalam
keadaan Per.13:4c, balingan percuma dilakukan di bawah siling
atau bahagian-bahagian lain dewan.

Jika terdapat gangguan daripada pegawai teknikal atau penjaga


masa disebabkan kesalahan yang dilakukan oleh pegawai atau
pemain pasukan bertahan yang boleh menyebabkan amaran lisan
atau hukuman individu, dan disusuli dengan balingan percuma
diambil oleh pihak lawan di tempat di mana berlakunya
kesalahan, atau di tempat “menguntungkan” (favorable location)
selepas tiupan wisel pengadil.
Kesalahan Per.4:2.3 atau Per.4:5.6 mengenai
kesalahan pertukaran pemain boleh digunapakai
(peraturan di atas.)

Komen Merujuk Per.7:10, disebabkan


Jika balingan percuma permainan pasif, balingan percuma
dilakukan di kawasan diberikan di tempat permainan
balingan percuma, maka diberhentikan.
balingan ini perlu
dilakukan di tempat yang Semua balingan percuma tidak boleh
berhampiran sekali diambil di dalam kawasan gol atau di dalam
dengan kesalahan yang kawasan 9 meter pasukan lawan. Semasa
dilakukan. Akan balingan percuma diambil, pihak lawan
tetapi, jika pasukan hendaklah berada pada jarak 3 meter.
bertahan melakuan
balingan percuma,
balingan ini boleh Peraturan ini diboleh dirujuk untuk
dilakukan di luar garisan kesalahan Per. 13:5 dengan hukuman
kawasan gol hingga ke Per.16:3e. Balingan percuma mesti
garisan 9 meter dilakukan di tempat kesalahan itu.
13.7 Pemain yang akan membuat balingan percuma tidak boleh
meletak dan mengambil semula bola atau melantunnya.

13.8 Pemain penyerang tidak boleh menyentuh atau memasuki


kawasan balingan percuma sebelum balingan percuma diambil
atau dilakukan

Pengadil hendaklah membetulkan kedudukan pemain


menyerang yang berada di kawasan balingan percuma
( kawasan 6 meter dan 9 meter) jika kedudukannya boleh
memberi kelebihan kepada pasukannya. (15:1). Balingan
percuma ini dilakukan selepas tiupan wisel pengadil
Apabila balingan percuma telah dikuatkuasakan dengan tiupan
wisel dan berlaku kesalahan pemain penyerang masuk atau
sentuh garisan balingan percuma, sebelum bola dilepaskan
daripada tangan pembaling, maka balingan percuma akan
diberikan kepada pihak lawan.

13.9 Pemain bertahan mestilah berada pada jarak 3 meter


daripada sipembaling semasa balingan percuma dilakukan.
Akan tetapi, dibenarkan pemain bertahan berada di garisan
kawasan gol semasa si pembaling membuat balingan di luar
garisan kawasan balingan percuma.
14.1

akan diberi apabila

a. Peluang menjaringkan gol di mana-mana kawasan gelanggang,


dimusnahkan oleh pemain atau pegawai pihak lawan.

b. Gangguan wisel daripada luar semasa penyerang hendaklah


menjaringkan gol

c. Peluang menjaring dimusnahkan oleh gangguan daripada


orang luar (Penonton masuk gelanggang) (Kecuali Per.9:1
Komen)
14.2 Jika pemain penyerang masih dapat mengawal bola dan
imbangan badannya walapun berlaku kesalahan dalam Per.14:1a,
balingan 7 meter tidak perlu diberikan

Pengadil perlu berhati-hati sebelum balingan 7 meter diberikan.


Jika didapati bahawa seseorang pemain penyerang masih boleh
mengawal dan menjaring, sungguhpun dihadang, balingan 7
meter tidak perlu diberikan. Sebaliknya, jika hadangan pihak lawan
menggugat peluang menjaring, maka balingan 7 meter perlu
diberikan.

14.3 Apabila balingan 7 meter diberikan, pengadil perlu


berhentikan permainan dengan isyarat ‘Time – Out’
Melakukan Balingan 7 Meter

14.4 Balingan 7 meter hendaklah di tuju atau dibaling


ke arah gol dalam masa 3 saat selepas wisel dibunyikan oleh
pengadil gelanggang

14.5 Pemain yang membuat balingan 7 meter tidak boleh


memijak atau melintasi garisan 1 meter (garisan had balingan
7 meter) sebelum balingan dilakukan.

14.6 Setelah bola dibaling, bola tersebut tidak dibenarkan


disentuh oleh mana – mana pemain sehingga ianya disentuh
oleh penjaga gol atau terkena tiang atau palang gol.

14.7 Semua pemain kecuali pembaling 7 meter sahaja


dibenarkan berada di kawasan gol, sehingga bola dilepaskan.
> Jika pihak penyerang melintasi garisan balingan percuma
sebelum bola dilepaskan dari tangan si pembaling, balingan
percuma akan diberikan kepada pihak bertahan.

14.8 Jika pemain pertahanan memasuki kawasan balingan


percuma semasa balingan 7 meter dibuat, balingan akan
diulang jika tidak gol, dan sekiranya gol, jaringan itu di kira.

14.9 Jika penjaga gol melintasi garisan sempadan 4 meter


sebelum bola dibaling, balingan 7 meter diulang, jika tidak gol
dan dikira gol jika masuk gol.

14.10 Pertukaran penjaga gol tidak dibenarkan setelah


pembaling sedia membuat balingan. Sebarang percubaan
untuk membuat pertukaran akan dihukum sebagai

TIADA SEMANGAT KESUKANAN


PERATURAN MEMBALING
(Balingan Permulaan, Balingan Ke Dalam,
Balingan Penjaga Gol, Balingan Percuma
dan Balingan 7 Meter)

15.1 Bola hendaklah berada pada tangan si pembaling


sebelum balingan dilakukan
Semua pemain perlu berposisi mengikut peraturan. Semua
pemain dikehendaki di posisi yang betul sehingga bola
dilepaskan daripada tangan pembaling kecuali Per.10:3
perenggan 2.

Posisi yang salah perlu dibetulkan ( walaubagaimanapun


rujuk Per.13:8 perenggan 2 dan Per.15:7 ).
15.2 Kecuali balingan penjaga gol, untuk balingan-balingan
yang lain, si pembaling hendaklah memastikan sebelah kaki
sentiasa memijak lantai atau gelanggang dan sebelah kaki lagi
boleh diangkat dan diangkat dan diletakkannya berulang-
ulang.

15.3 Pengadil dimestikan meniup wisel untuk memulakan


a. Balingan permulaan (10:3) dan
balingan 7 meter (14:4)

b. Balingan ke dalam, balingan gol dan


balingan percuma

c. Selepas ‘time out’


d. Memulakan balingan percuma bawah peraturan 13:4

e. Melengahkan balingan

f. Selepas membetulkan kedudukan pemain

g. Selepas amaran lisan atau amaran


(kad kuning) diberikan.

Selepas tiupan wisel, balingan hendaklah di buat


dalam MASA 3 SAAT
15.4 Balingan dianggap telah dilakukan
apabila bola terlepas daripada tangan
si Pembaling. (Walaubagaimanapun rujuk Per.12:2)

Tidak dibenarkan menyerahkan bola kepada


pemain sepasukan semasa balingan hendak
dibuat (Serahan dari tangan ke tangan akan
dihukum mengikut peraturan 13:1a)

15.5 Pembaling tidak boleh menyentuh bola sebelum


bola itu disentuhi oleh pemain lain atau terkena
bahagian gol. (13.1a)

15.6 JARINGAN GOL BOLEH DIBUAT DARI MANA-


MANA ARAH KECUALI BALINGAN PENJAGA GOL KE
GOL SENDIRI. (12:2 )
15.7 Kedudukan pemain pertahanan yang salah semasa
balingan permulaan, balingan ke dalam atau balingan percuma
tidak perlu diperbetulkan oleh pengadil jika kedudukannya
tidak memberi kelebihan kepada pihak lawan. Jika kedudukan
tersebut memberi keuntungan kepada pihak lawan, maka
kedudukan tersebut perlu dibetulkan

Jika pengadil meniup wisel untuk memulakan balingan, dan


pemain pertahanan berada di posisi yang salah, maka pemain-
pemain penyerang boleh mengadu.

Seseorang pemain boleh diberikan amaran jika dia menganggu


atau cuba melambat - lambatkan pemain penyerang melakukan
balingan seperti berdiri berhampiran dengan pemain penyerang
atau dalam keadaan lain. Beliau boleh dihukum Gantung 2
minit jika beliau berulang-kali menganggu. (16:1c dan 16:3f)
hukuman
16.1 Amaran boleh diberikan pada

a. Kesalahan-kesalahan terhadap pihak lawan ( 5:5 dan 8:2)


yang mana tidak dikatogerikan sebagai “hukuman ansur
maju” ( punished progressively ) 8:3;
Amaran MESTI diberikan apabila;

b. Kesalahan-kesalahan yang perlukan hukuman ansur maju

c. Kekasaran terhadap pemain penyerang semasa melakukan


balingan

d. Tidak mempunyai semangat kesukanan oleh pemain atau


pegawai
Komen
>Seorang pemain tidak boleh diberikan lebih daripada satu (1)
amaran (kad kuning). Satu pasukan tidak boleh melebihi tiga
(3) amaran (kad kuning).

X
Pemain yang telah diberi 2 minit penggantungan
TIDAK BOLEH diberi kad kuning berikutnya.

TIDAK MELEBIHI SATU amaran (kad kuning)


diberi kepada pegawai-pegawai pasukan.
16.2 Pengadil akan menunjukkan kad kuning kepada
pemain atau pegawai dan seterusnya menunjukkan
kepada penjaga masa / pencatat untuk dibuat catatan.
Ukuran Kad 9 cm x 12 cm.

16.3      Penggantungan pemain ialah 2 minit permainan


dengan menunjukkan tanda penggantungan selepas
memberhentikan masa permainan ( Isyarat No. 14 )
Penggantungan diberi apabila seseorang pemain;

a. Melakukan kesalahan penggantian pemain


atau memasuki gelanggang tanpa izin.

b. Mengulangi kesalahan – kesalahan yang


perlu dihukum dengan hukuman ansur
maju
c. Berulang-kali melakukan sikap tidak bersemangat
kesukanan oleh pemain di dalam atau di luar gelanggang

d. Untuk kesalahan kali kedua oleh salah seorang


pegawai pasukan setelah seorang daripada pegawai
tersebut menerima amaran

e. Tidak meletakkan bola dengan serta-merta apabila


berlaku kesalahan (selepas tiupan wisel)
f. Berulang-kali melakukan kesalahan semasa pemain
penyerang melakukan balingan percuma

g. Disebabkan hukuman batal pada pemain


atau pegawai semasa dalam permainan

h. Kepada pemain yang telah menerima 2 minit


penggantungan dan menunjukkan sikap tiada semangat
kesukanan sebelum permainan disambung semula

Komen
Peraturan 16b ,c, dan d adalah hukuman yang diberi
berasaskan kekerapan pemain melakukan kesalahan atau
bersikap tiada semangat kesukanan. Sehubungan itu,
pengadil perlu meneliti samada hukuman gantung 2 minit
diberikan kepada pemain atau pegawai pasukan yang belum
lagi menerima hukuman awal ataupun pasukannya masih
belum menerima hukuman amaran kad kuning yang
maksima (ketiga).
Apabila penggantungan 2 minit diberikan kepada
seseorang pegawai pasukan mengikut peraturan 16:3b,
pegawai itu masih boleh berada di bangku pengganti dan
menjalankan tugasnya. Akan tetapi, jumlah pemain dalam
gelanggang permainan dikurangkan selama 2 minit.

16.4 Selepas meminta “Time out”, pengadil akan


menunjukkan isyarat gantung 2 minit untuk pemain yang
bersalah kepada penjaga masa dan pencatat. (Isyarat No.14).

16.5 Masa penggantungan adalah 2 minit dalam masa


permainan. Penggantungan kali ketiga keatas pemain yang sama,
hukumannya adalah disingkir (Kad Merah). Sepanjang masa
penggantungan, tiada pemain lain boleh menggantikannya.
Penggantungan 2 minit akan di bawa ke separuh masa kedua,
kiranya masa penggantungan belum tamat dalam separuh masa
pertama
16.6 Pembatalan (kad merah) BOLEH diberikan kepada;

a. Pemain yang tidak didaftarkan dalam permainan itu

b. Kesalahan kali ketiga atau kesalahan berturutan oleh


pegawai yang melakukan ‘kesalahan tiada semangat
kesukanan’ selepas salah seorang pegawai menerima
hukuman gantung 2 minit

c. Membahayakan pihak lawan

d. Menunjukkan tiada semangat kesukanan yang serius


oleh pemain atau pegawai pasukan sama ada di dalam
atau di luar gelanggang
e. Menyerang atau bergaduh di luar masa bermain; iaitu
sebelum bermain atau semasa rehat

f. Serbuan/Menyerang (assault) pegawai pasukan

g. Kerana gantungan kali ke 3 kepada pemain yang sama

h. Mengulangi sikap tiada semangat kesukanan oleh pemain


atau pegawai pasukan semasa pertukaran gelanggang
16.7 Pengadil memberhentikan permainan dengan
isyarat Time –out dan menunjukkan Kad Merah. Isyarat
atau kad merah juga di halakan kepada Penjaga Masa
dan Pencatat. ( Menunjukkan Isyarat No.13 )

16.8 Pemain atau pegawai pasukan yang telah dibatalkan,


dihukum pada keseluruhan permainan itu akan diminta keluar
dari tempat penggantian pemain dan gelanggang permainan.
Selepas meninggalkan tempat itu, mereka tidak dibenarkan
berhubung dengan pasukan itu

Pemain atau pegawai yang dibatalkan di gelanggang atau


di luar gelanggang , semasa permainan, akan dihukum dengan
gantungan 2 minit. Ini bererti, pasukan itu bermain dengan
kekurangan seorang pemain. (16:3g). Kekurangan tenaga
pemain boleh ditambah dengan jumlah 4 minit jika pemain
yang dibatalkan melakukan kesalahan di bawah per. 6:12.
Bilangan pemain pasukan yang mempunyai pemain atau
pegawai yang dihukum batal akan berkurangan. ( kecuali
16:13b). Walaubagaimanapun, bilangan pemain akan seperti
sediakala selepas tempoh hukuman tamat .

Pembatalan ini diambilkira pada permainan itu sahaja dengan


berasaskan penilaian pengadil. Sehubungan itu, hukuman ini
tidak akan di bawa ke perlawanan seterusnya, KECUALI
hukuman batal yang diberikan atas sebab menyerang, serbuan
(16:6e-f) atau tiada semangat kesukanan yang serius oleh
pemain atau pegawai (16:6d) yang dikatogerikan di bawah
Klalifikasi No.6 a atau d.

PEMBATALAN INI PERLU DIJELASKAN DALAM


BORANG LAPORAN
16.9 Penyingkiran BOLEH diberikan

jika pemain melakukan kesalahan yang serius,


(Penjelasan di Per.8:7) semasa permainan,
di dalam atau di luar gelanggang permainan.
( 16:13, perenggan 1, dan 2:6).

16:10 Selepas ‘Time out’ oleh pengadil, beliau akan


menunjukkan isyarat kepada pemain yang melakukan
kesalahan serta kepada pencatat dan penjaga masa.
(Isyarat No.15)

16.11 Penyingkiran meliputi keseluruhan masa


permainan ketika itu. Pasukan tersebut akan terus
bermain dengan kekurangan seorang pemain hingga
tamat permainan.
Pemain yang disingkir hendaklah meninggalkan
gelanggang dan tempat pemain gantian dan tidak
diboleh diganti hingga tamat permainan. Pemain
tersebut tidak boleh berhubung dengan pasukannya.

Penyingkiran ini perlu dijelaskan dalam


borang laporan. (17:11)

BERLAKU KESALAHAN DALAM SITUASI YANG SAMA

16.12 Jika seseorang pemain atau pegawai yang


melakukan lebih daripada satu kesalahan, atau berturut-
turut, sebelum permainan diteruskan, maka kesalahan
yang lebih serius diambilkira iaitu, kesalahan seperti
menyerang (assault)

Tetapi, dalam situasi yang tertentu, pasukan itu boleh


didenda dengan 4 minit penggantungan.
a. Jika pemain yang telah diberikan 2 minit penggantungan
melakukan sikap tiada semangat kesukanan sebelum
permainan disambung, dia akan digantung 2 minit. (16:3h).
Jika penggantungan ini adalah kali ketiga,
MAKA PEMAIN ITU DI HUKUM BATAL.
BATAL

b. Jika seseorang pemain dibatalkan ( samada kerana


penggantungan kali ketiga atau tidak ) dan dipersalahkan
atas sebab tiada semangat kesukanan, sebelum
permainan diteruskan, pasukan itu akan dihukum
denda 4 minit.
c. Jika seseorang pemain telah dikenakan hukuman gantung 2
minit, melakukan kesalahan tiada semangat kesukanan yang
serius, sebelum permainan diteruskan, maka pemain itu akan
dihukum BATAL (16:6d ); hukuman berganda ini akan
menyebabkan pasukannya menerima hukuman penggantungan
4 minit. (16:8. Perenggan 2)

d. Jika seseorang pemain telah dihukum BATAL ( secara


gantungan kali ketiga atau dengan cara lain ) dipersalahkan
atas tiada semangat kesukanan yang serius sebelum
permainan diteruskan, maka pasukan itu dihukum denda 4 minit.

Kesalahan Di Luar Masa Permainan

16.13 Situasi yang diterangkan di Per.16:1, 16:3, 16:6.


dan 16:9 lazimnya berlaku kerana kesalahan semasa
permainan. Masa permainan ini meliputi Masa
Tambahan, Masa Time-Out. Masa Rehat tidak dikira.(2:8)
Sikap tiada semangat kesukanan sama ada serius atau
tidak termasuk menyerang (assault) oleh pemain atau
pegawai di tempat permainan atau di luar kawasan
permainan akan didenda seperti berikut

Sebelum Permainan Bermula

a. Amaran diberikan kerana sikap tiada semangat kesukanan

b.Hukuman BATAL diberikan jika melakukan sikap tiada


semangat kesukanan yang serius (16:6d-f) tetapi pasukan itu
masih boleh mendaftar seramai 12 orang pemain dan 4 pegawai

Masa Rehat

c. Amaran diberikan kepada pemain yang bersikap tiada


semangat kesukanan
d. Hukum BATAL diberikan jika berlaku sikap tiada semangat
kesukanan yang serius berturutan atau menyerang ( assault)
(16:6b,d-f,h). Jika sikap tiada semangat kesukanan berturutan,
rujuk kepada hukuman Per.16:3c-d yang digunapakai semasa
permainan.

Pasukan yang pemain atau pegawainya diBATAL pada


masa rehat, boleh bermain dengan jumlah pemain
yang sama seperti sebelumnya.

Selepas Perlawanan

Buat laporan bertulis


17.1 Dua orang pengadil yang mempunyai
KUASA YANG SAMA mesti bertugas untuk
setiap pertandingan. Mereka akan dibantu
oleh Penjaga Masa dan Pencatat.

17.2 Pengadil mengawasi tingkahlaku


pemain mulai saat memasuki gelanggang
sehingga meninggalkan gelanggang.
gelanggang

17.3 Pengadil bertanggungjawab


memeriksa gelanggang permainan, tiang gol,
jaring gol dan bola sebelum permainan
dimulakan dan memutuskan bola pilihan.
(ruj.Udg. 1 dan 3:1).
Pengadil juga memastikan kedua-dua pasukan memakai pakaian
seragam. Memeriksa kertas pencatat dan peralatan pemain.
Mereka mempastikan jumlah pemain dan pegawai pada tempat
bangku pemain gantian. Mereka hendaklah dimaklumkan
tentang kehadiran pegawai pasukan. Segala kesilapan
mestilah diperbetulkan (4:1-2 dan 4:7-9)

17.4 Lambungan syiling dilakukan oleh salah seorang


pengadil dengan kehadiran pengadil kedua dan kedua-dua
ketua pasukan.

17.5 Semasa permulaan permainan seorang pengadil akan


bertugas sebagai pengadil gelanggang dan berada di
belakang pasukan yang membuat balingan permulaan.
Pengadil gelanggang memulakan permainan dengan
tiupan wisel untuk balingan permulaan

Bila berlaku serangan balas, pengadil gelanggang


akan menjadi pengadil gol dan berada di belakang
garisan gol. Rakannya akan bertindak sebagai
pengadil gelanggang.

Pengadil mestilah menukar kedudukan dari masa


ke semasa dalam tempoh permainan.

17.6 Pada dasarnya keseluruhan permainan


harus diadili oleh pengadil yang sama
Adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk mempastikan
pertandingan berjalan mengikut undang-undang. Hukuman
harus diberi pada mana-mana kesalahan

Sekiranya seorang pengadil tidak dapat meneruskan


pengadilan, pasangannya akan meneruskan pengadilan
seorang diri (Untuk IHF dan kejohanan tempatan,
keadaan ini diuruskan bergantung peruntukan undang-
undang)

17.7 Sekiranya pengadil meniup wisel untuk sesuatu


kesalahan serentak, tetapi mempunyai hukuman yang berbeza,
maka hukuman yang lebih serius akan dikuatkuasakan
17.8 Sekiranya pengadil meniup wisel pada waktu yang
sama untuk satu kesalahan permainan atau bola keluar
gelanggang, dan mereka mempunyai pandangan berbeza
hukuman akan dikuatkuasakan selepas rundingan antara
mereka berdua. Sekiranya keputusan tidak tercapai,

PENGADIL GELANGGANG BERHAK MENENTUKAN KEPUTUSAN.

‘Time-Out’ oleh pengadil hendaklah di isyaratkan kepada


penjaga masa dan pencatat. Selepas selesai rundingan
permainan disambung dengan tiupan wisel dari pengadil

17.9 Kedua-dua pengadil bertanggungjawab menyimpan


keputusan jaringan.Mereka juga membuat catatan berkaitan
amaran, penggantungan, penyingkiran dan pembatalan,
17.10 Kedua-dua pengadil bertanggungjawab
mengawal masa permainan. Sekiranya ada pertikaian
ketepatan masa oleh penjaga masa, pengadil akan
membuat keputusan bersama.

17.11 Pengadil bertanggungjawab untuk memastikan


pencatat mengisi borang pencatat dengan betul.

Pembatalan (16:11) dan Penyingkiran seperti


undang-undang 16:8 perenggan 4 mestilah
dijelaskan dalam laporan pengadil.

17.12 Keputusan yang di buat berasaskan pemerhatian


fakta atau pelaksanaan peraturan oleh pengadil adalah
muktamad.
Rayuan boleh dikemukakan hanya terhadap keputusan
yang tidak termaktub dalam undang -undang.

Semasa permainan hanya Pegawai Pasukan Bertanggungjawab


berhak untuk berurusan dengan pengadil.

17.13 Pengadil berhak untuk menggantung permainan


secara sementara atau tetap.

Pengadil harus berusaha untuk menyambung


kembali perlawanan sebelum memberhentikan
permainan secara tetap.

Pakaian seragam berwarna hitam


adalah pakaian utama.
18.1 Penjaga masa bertanggungjawab terhadap masa
permainan, masa hentian ‘time –out’ dan penggantungan
pemain ( 2 minit ).
Pencatat bertanggungjawab kepada senarai pendaftaran
pasukan, borang keputusan markah, pertukaran pemain
dan kemasukan pemain.

Sekiranya berlaku gangguan semasa bermain, penjaga masa


bertanggungjawab memberitahu pegawai pasukan tentang
jumlah masa yang telah dimainkan atau jumlah baki

Penjaga masa akan memaklumkan pemain yang


digantung tentang tamat masa penggantungan.

Penjaga masa sahaja yang boleh memberhentikan


permainan sekiranya perlu.
18.2      Sekiranya tiada jam rasmi pada ‘scoreboard’
secara automatik, penjaga masa bertanggungjawab
memberi isyarat menandakan tamat separuh masa dan
tamat permainan.
Isyarat Tangan IHF

Apabila balingan percuma atau balingan ke dalam


diberi, pengadil mesti dengan serta merta menunjukkan
arah ke mana balingan tersebut akan di tuju.
( Isyarat 7 atau 9 )

Begitu juga isyarat mesti di tunjukkan untuk hukuman


kesalahan individu. (Isyarat 13 - 15)

Sekiranya perlu untuk menjelaskan sebab balingan percuma


atau balingan 7 meter di berikan, satu isyarat 1 - 6 dan 11
boleh ditunjukkan. (Isyarat 11 semestinya sentiasa
ditunjukkan apabila balingan percuma diberikan untuk
permainan pasif jika isyarat 18 telah ditunjukkan).
Isyarat 12, 16 dan 17 adalah isyarat mandotori bagi
keadaan-keadaan tersersebut.
 
Isyarat 8, 10 dan 18 adalah isyarat yang ditunjukkan jika
perlu.
SENARAI ISYARAT TANGAN PENGADIL

1. Memasuki kawasan gol 10. Jarakkan 3 meter


2. Lantunan yang tidak sah 11. Permainan pasif

3. Melebihi langkah yang dibenarkan 12. Gol


atau melebihi 3 saat
13. Amaran (Kuning)
4. Menghadang, memegang atau Batal (Merah)
menolak
14. Gantung 2 minit
5. Memukul
15. Singkir
6. Kesalahan Ofensif
16. Time Out (Hentian Masa)
7. Balingan ke dalam - arah tuju
17. Kebenaran untuk 2 orang
8. Balingan Penjaga Gol
masuk ke dalam gelanggang
9. Balingan percuma - arah tuju
18. Amaran awal
permainan pasif
Pemain gelanggang memasuki kawasan gol
Lantunan berulangkali
Melebihi TIGA langkah atau
memegang bola melebihi TIGA saat
Merempuh, Memegang atau Menolak
Memukul pihak lawan
Kesalahan Offensif
Balingan ke dalam – arah tuju
Balingan Penjaga Gol
Balingan percuma – arah tuju
Jarak 3 meter
Permainan Pasif
Gol di sahkan
Amaran Pembatalan
Gantung 2 minit
Singkir
Time-out

T
Membenarkan 2 orang pegawai pasukan
YANG LAYAK
memasuki gelanggang
Amaran awal kerana Permainan Pasif
PENJELASAN PERATURAN
PERATURAN KAWASAN PENGGANTIAN
(PERTUKARAN)

1. Kawasan penggantian (pertukaran) adalah di luar garisan tepi pada


kiri dan kanan garisan tengah. Kawasan ini bermula dari garisan
tengah hingga ke hujung dan ruang belakang bangku pengganti.

Kedudukan bangku pengganti adalah 3.5 meter dari garisan tengah.


Jarak ini adalah untuk semua kategori

TIADA ALATAN ATAU PERKAKAS DIBENARKAN BERADA DI


KAWASAN INI YANG SELUAS KIRA-KIRA 8 METER DARI GARISAN
TENGAH.
2. Hanya pemain dan pegawai pasukan yang berdaftar
dibenarkan berada di belakang bangku pengganti.

Jika perlu seorang jurubahasa, beliau boleh berada di belakang


bangku pengganti

3.Semua pegawai pasukan dibangku pengganti hendaklah


berpakaian kemas

4.Penjaga masa dan pencatat akan membantu pengadil untuk


memantau keadaan di kawasan penggantian sebelum dan semasa
permainan.

Permainan tidak akan dimulakan selagi peraturan kawasan


pengganti tidak dipatuhi. Jika peraturan kawasan ini tidak
dipatuhi semasa permainan, permainan akan dihentikan dan
disambung hanya selepas masalah tersebut selesai.
5. Pegawai pasukan mempunyai hak dan adalah tanggungjawabnya
untuk mengurus pasukan mereka serta mematuhi peraturan dan
undang-undang bola baling. Pada dasarnya, pegawai pasukan mesti
berada bersama di bangku pengganti.

Pegawai pasukan dibolehkan bergerak di kawasan ini untuk

menguruskan penggantian pemain

memberi nasihat taktik kepada pemain-pemain di dalam dan di


luar gelanggang

urusan perubatan (bantuan awal)

meminta ‘ Time-Out’- berkomunikasi dengan penjaga masa atau


pencatat (khas untuk seorang sahaja yang
dipertanggungjawabkan).
Sesungguhnya, hanya seorang pegawai pasukan boleh
bergerak di kawasan penggantian dan beliau mesti
mempastikan bahawa beliau tidak mengganggu tugas pencatat
dan penjaga masa.

Pada prinsipnya, semua pemain gantian mesti duduk dibangku yang


telah disediakan dan boleh bergerak atau memanaskan badan di
belakang bangku tersebut.

Adalah DILARANG pegawai atau pemain

mengganggu atau mencaci pengadil, pegawai delegasi,


penjaga masa, pencatat, pemain, pegawai pasukan,
penonton. (contoh; menyakitkan hati atau tidak
bersemangat kesukanan

meninggalkan kawasan penggantian untuk


mempengaruhi permainan

berdiri atau bergerak di garisan tepi gelanggang untuk


memanaskan badan
6. Jika berlaku kesalahan di kawasan ini, pengadil boleh
bertindak mengikut per. 16:1d, 16:3 c -d atau 16:6b, d, g (amaran,
gantung, batal )

7. Penjaga masa dan pencatat boleh membantu dengan


memaklumkan kesalahan pasukan kepada pengadil sewaktu
permainan dihentikan.

Pegawai teknikal (IHF,Benua,Persekutuan) yang


menjalankan tugas dibenarkan menarik perhatian pengadil
mengenai peraturan kawasan pertukaran semasa permainan
terhenti (kecuali pengadil telah membuat keputusannya
sendiri)
sendiri

Permainan akan disambung dengan balingan yang bersesuaian


Pegawai teknikal boleh JIKA PERLU, menghentikan
permainan kerana kesalahan oleh sesebuah pasukan.
Permainan akan bersambung dengan balingan diambil oleh
pihak lawan. ( Balingan percuma atau jika berpeluang
menjaring, balingan 7 meter )

Pemain atau pegawai yang bersalah akan didenda dan


dicatat oleh pencatat.

8. Jika pengadil enggan menerima nasihat pegawai teknikal


perlawanan, satu laporan akan di kemukakan kepada Jawatankuasa
Disiplin yang akan mengambil tindakan susulan terhadap pengadil
tersebut
BALINGAN PERCUMA
SELEPAS ISYARAT TAMAT PERMAINAN
Pada lazimnya, sesebuah pasukan yang mempunyai peluang
untuk membuat balingan percuma kurang berminat untuk
cuba menjaringkan gol. Ini mungkin disebabkan keputusan
permainan telah diketahui atau tempat balingan itu terlalu
jauh.

Namun begitu, peraturan telah menetapkan bahawa balingan


percuma mestilah dilakukan walaupun masa permainan telah
tamat. Adalah menjadi tanggungjawab pengadil untuk membuat
keputusan sama ada balingan percuma dibaling oleh pembaling
atau ‘menyerahkan’ bola kepada pengadil.

Dalam kedua-dua situasi di atas, pengadil mesti menegaskan


bahawa permainan dapat diteruskan dengan balingan percuma
tanpa melengah-lengahkan masa. Pengadil juga hendaklah
memastikan pemain-pemain berada di tempat masing-masing.
Kesalahan-kesalahan yang dilakukan ketika itu mesti dihukum (Per.
15:7, 16:1c, 16:3f)

Contohnya:

penyerang memasuki kawasan balingan percuma pihak lawan


selepas wisel dibunyikan, sebelum bola di baling (Per. 13:8
perenggan 3) atau pembaling melompat semasa membaling
(15:2). Gol tidak dikira daripada kedua-dua balingan begini.
2. TIME-OUT / HENTIAN MASA (Per. 2:8)

Pengadil akan menggunakan budi bicaranya semasa memberikan


‘Time-Out’ yang berasaskan situasi-situasi yang tertentu seperti
berikut:

a. Gangguan luar ( cth: Gelanggang perlu dilap, dsb)

b. Pemain tercedera
c. Pasukan membuang masa ( spti: melambat-lambatkan
msa untuk membuat balingan ke dalam, membaling bola
selepas wisel dibunyikan, enggan memberi bola kepada
pihak lawan )

d. Bola terkena siling atau lain-lain bahagian


dewan dan bola melantun jauh dari gelanggang
permainan.
Sebelum pengadil memutuskan untuk memberikan ‘Time-
Out’, beliau perlu memikirkan sama ada ‘Time-Out’ ini boleh
menjejaskan pasukan lain.

Contohnya,
jika terdapat perbezaan gol yang sangat ketara, ‘Time-Out’ tidak
perlu diberikan kerana tidak akan mendatangkan apa-apa
makna. Begitu juga jika pasukan yang sedang ketinggalan
melengah-lengahkan masa.

Faktor lain yang perlukan ‘Time-Out’ ialah apabila pemain


mendapat kecederaan. Masa gangguan susah diduga, maka
adalah wajar pengadil memberikan ‘Time-Out’. Sebaliknya,
pengadil tidak perlu bergesa-gesa memberi ‘Time-Out’ untuk
bola keluar daripada gelanggang. Adalah lebih bijak jika
pengadil meminta bola simpanan untuk meneruskan
permainan.
3. ‘TIME-OUT’ PASUKAN
Setiap pasukan berhak meminta satu minit ‘Time-Out’ untuk
setiap separuh masa.

Pegawai pasukan yang meminta ‘Time-Out’ mesti

T
menyerahkan Kad Hijau kepada penjaga masa.

(Ukuran kad ini ialah 15 x 20 cm dengan


huruf “T” tertera di kedua-dua belah kad ).

‘Time-Out’ akan diberi kepada pasukan yang meminta apabila


pemainnya sedang mengawal bola; sama ada bola dalam permainan
atau sebaliknya. ‘Time-Out’ ini akan diberikan dengan serta merta
kecuali jika sebelum penjaga masa sempat meniup wisel, pasukan itu
kehilangan bola.
Kad hijau itu akan dikembalikan kepada pasukannya.
Pengadil akan meniupkan wisel untuk membenarkan‘Time-Out’
pasukan dan penjaga masa mesti menghentikan jam. Pengadil akan
mengesahkan ‘Time-Out’ itu dan penjaga masa memulakan kiraan
masa ‘Time-out’ pasukan. Pencatat akan mencatat masa ‘Time-Out’
pasukan di kertas catatan.

Semasa ‘Time-Out’ pasukan, pemain dan pegawai pasukan berada di


kawasan penggantian sama ada di dalam atau di luar gelanggang.
Pengadil akan berada di tengah-tengah gelanggang dan jika perlu
seorang daripadanya berada di meja pencatat.

Kesalah-kesalahan yang berlaku dalam masa ini adalah sama


dengan kesalahan semasa permainan tidak kira sama ada pemain
berada di dalam atau luar gelanggang. (per.8:4) dan 16:3c) Hukuman
gantung akan dikuatkuasakan jika berlaku sikap ‘TIADA SEMANGAT
KESUKANAN’
Selepas 50 saat, penjaga masa akan memaklumkan kepada
pasukan dengan isyarat bunyian dan permainan akan
diteruskan selepas 10 saat.

Permainan diteruskan dengan balingan-balingan yang


sesuai dengan keadaan sebelum permainan dihentikan.
Penjaga masa meneruskan perjalanan masa (jam) serentak
dengan tiupan wisel pengadil.
PERMAINAN PASIF (PASSIVE PLAY)
(7:10-11)

Tujuan peraturan ini adalah untuk menggelakkan sesuatu


perlawanan menjadi pasif dan tidak menarik. Ia juga adalah untuk
mengelakkan kurang adil kepada pasukan lawan. Justeru itu,
peranan pengadil adalah untuk mempastikan permainan sentiasa
menarik dan bergerak dengan lancar.

BILA BERLAKU ?????


Pasukan yang mendahului dengan jaringan yang tipis dan pada
saat-saat akhir perlawanan.

Pasukan mempunyai pemain yang di gantung 2 minit

Apabila pertahanan pihak lawan terlalu kebal


Amaran awal akan di isyaratkan apabila keadaan seperti
berikut

1. Melambat-lambatkan permainan semasa membuat


penggantian pemain atau semasa menyerang

pemain berdiri atau bergerak di kawasan tengah gelanggang


sambil menunggu rakan sepasukan diganti

pemain berdiri sambil melantun bola dengan tiada niat untuk


menyerang

pemain memainkan bola ke arah kawasan sendiri

melambat-lambatkan balingan seperti balingan percuma dsb.


2. Lewat menggantikan pemain selepas gerakan menyerang
dilakukan.

semua pemain telah dalam keadaan sedia menyerang

pasukan bersedia menyerang sambil membuat hantaran-


hantaran yang membuang masa

melakukan penggantian setelah dalam situasi menyerang

Komen
Sesebuah pasukan yang sering melakukan serangan
balas bermula dari kawasn sendiri tetapi gagal menggunakan
peluang menjaring, dibenarkan membuat penggantian secara
pantas.
3. Semasa pasukan merancang fasa menyerang

Pada prinsipnya, sesebuah pasukan berpeluang merancang


untuk menyerang dengan membuat hantaran-hantaran yang
tepat. Tanda-tanda pasukan mengambil masa yang terlalu lama
untuk menyerang (membuang masa) ialah

tidak menuju ke sasaran


( Ulasan: Menyerang/menuju ke sasaran ialah cuba memecahkan
bentang pertahanan lawan atau membuat serangan kilat tanpa
menyusun secara berperingkat).

pemain mendapat bola berulangkali sambil berdiri statik atau


tidak menuju ke arah gol lawan.

melantun bola berulangkali sambil berdiri


bila pemain pertahanan cuba menghalang, si penyerang tidak
cuba mengatasinya, sebaliknya beliau mengundur sambil
menunggu pengadil bertindak.

meningkatkan pertahanan dengan cuba menghalang kelicinan


pergerakan pihak lawan.

menyerang tanpa pergerakan yang pantas dari peringkat


awal hingga akhir.

4. Selepas Isyarat Amaran


Ulasan:
Selepas isyarat amaran diberikan oleh Pengadil perlu berhati-hati
pengadil, sesebuah pasukan itu mempunyai dan pastikan wisel ditiup
masa lebih kurang 5 saat untuk bertindak bukan ketika pasukan
secara aktif. ( Peringkat amatur mungkin hendak menjaring.
memerlukan masa yang lebih lama ). Jika
tiada perubahan, pengadil hendaklah meniup
wisel menandakan permainan itu adalah pasif
Contoh-contoh TSK

a. menjerit kepada pemain yang mengambil balingan 7 meter.

b. menedang bola selepas permainan dihentikan.

c. menghasut atau menggunakan perkataan kurang sopan


dengan rakan sepasukan atau terhadap pihak lawan.

d.pemain atau pegawai tidak bekerjasama untuk menyerahkan bola.

e.melambat-lambatkan masa untuk membuat balingan.

f. menarik baju atau jersi pemain lawan.


g.penjaga gol tidak bekerjasama untuk menyerahkan bola untuk
balingan 7 meter.

h.pemain pertahan terlalu kerap masuk ke dalam kawasan gol.

i. pemain gelanggang kerap menggunakan kaki atau lutut


untuk menahan bola.

 j. pemain bersendiwara dengan aksi-aksi yang mengelirukan


pengadil kononnya pihak lawan telah melakukan kesalahan.
( 8:6, 16.6d )

a. mencaci , menghina ( melalui percakapan, air muka, gerak-geri


badan ) atau meludah terhadap orang lain ( pengadil, penjaga masa,
pencatat, pegawai delegasi, pegawai pasukan pemain, penonton
dsb ).

b. membaling atau menolak bola terlalu jauh selepas pengadil


memberikan keputusan.
c. jika pengadil telah memberikan balingan 7 meter penjaga gol
menunjukkan sikap yang pasif dengan tidak berniat langsung
untuk menghalang balingan itu.

d. membalas dendam apabila dikasari oleh pihak lawan (bertindak


balas)

e. sengaja membaling bola ke arah pihak lawan sewaktu


permainan dihentikan.
Pada prinsipnya, pengadil menggalakkan dan cuba mempastikan
bahawa permainan dapat dimulakan dengan cepat. Justeru itu,
pengadil tidak perlu mencari kesempatan atau menganggu balingan
ini apabila pasukan melakukan balingan dengan segera.

Sebagai contoh, pengadil cuba mengelakkan membuat catatan atau


tugas lain semasa memulakan permainan apabila pemain-pemain
sudah bersedia. Pengadil gelanggang meniup wiselnya apabila
mendapati si pembaling sudah bersedia.

Pengadil perlu ingat bahawa apabila wisel ditiup, pemain-pemain yang


memulakan permainan boleh melepasi garisan tengah.
Sungguhpun peraturan menyatakan bahawa si pembaling mesti
pijak garisan tengah dan berada atara jarak 1.5 meter dari pusat
gelanggang, pengadil tidak perlu terlalu tegas hingga
meyebabkan permainan menjadi tidak seronok. Peraturan ini lebih
menitik beratkan pihak lawan, bila dan di mana pemain melakukan
balingan.

Kebanyakan gelanggang permainan tidak mempunyai tanda pusat


gelanggang atau di tampal dengan iklan-iklan penganjur. Dengan itu,
pemain dan pengadil perlu bijak mengagak tanda pusat.
9. DEFINASI ‘ PELUANG KEEMASAN MENJARING ‘
(CLEAR CHANCE OF SCORING)
Merujuk kepada peraturan 14:1,
‘PELUANG KEEMASAN MENJARING’
di takrifkan sebagai,

a. apabila seseorang pemain sedang berposisi menjaring di


hadapan kawasan gol pihak lawan dan tiada pemain lawan yang
boleh menghadangnya.

b. apabila seseorang penyerang sedang belari dengan bola menuju ke arah


kawasan gol pihak lawan (serangan balas) dengan tiada pemain lawan yang
boleh berada di hadapannya untuk menyekat serangan tersebut.
c. apabila seseorang pemain tanpa bola dalam situasi a. atau b.
dan pengadil berpendapat bahawa pemain itu telah bersedia
menerima bola jika hadangan terhadapnya tidak dilakukan.

d. apabila penjaga gol telah meninggalkan tempatnya dan pihak lawan


berpeluang menjaringkan gol. Begitu juga dalam situasi, apabila
pemain pertahanan mengahadang secara tidak sah di hadapan
penyerang yang berhadapan dengan gol tanpa penjaga gol.
Jika penjaga masa menghentikan permainan kerana berlaku
kesalahan penggantian pemain (Per. 4:2-3, 5-6), permainan
akan dimulakan semula dengan balingan percuma untuk
pasukan lawan di tempat kesalahan itu berlaku. Tetapi, jika
tempat balingan itu memberi kelebihan kepada pihak lawan,
maka balingan itu akan dilakukan di tempat di mana
permaianan itu terhenti.

Kesalahan penggantian pemain perlu diberhentikan masa dengan


serta merta tanpa mengira ‘‘advantage rule’ (Per. 13:2 dan 14:2), Jika
peluang menjaring dimusnahkan kerana gangguan ini, maka balingan
7 meter akan diberi. (Per. 14:1a)
Untuk kesalahan yang lain, penjaga masa akan memaklumkan kepada
pengadil semasa permainan diberhentikan. Jika penjaga masa
terpaksa memaklumkan suatu perkara atau insiden kepada pengadil,
pastikan bahawa gangguan ini tidak akan menyebabkan kehilangan
memilik bola oleh pasukan yang bertanding.

Jika gangguan ini adalah disebabkan kesalahan oleh suatu pihak


(pasukan) dan menyebabkan peluang untuk pasukan lawan
menjaring, maka balingan 7 meter diberi kepada pihak pertama (Per.
14:1b). Pada dasarnya, kesalahan-kesalahan yang dikesan atau
dilaporkan oleh penjaga masa tidak akan menyebabkan hukuman
individu, kecuali di bawah peraturan 4:2-3, 5-6.
Peruntukan yang membolehkan balingan 7 meter di bawah Per.
14:1a di perenggan kedua, juga membawa maksud yang sama
apabila pengadil atau delegasi teknikal (IHF, Benua, Persekutuan)
mengganggu permainan kerana terdapat kesalahan oleh pemain
atau pegawai.

PENGADIL MESTI MEMPUNYAI AKAL YANG WARAS


SEMASA BERTUGAS DAN BOLEH MEMBUAT
BEBERAPA KEPUTUSAN BERDASARKAN
BUDI BICARA SENDIRI

You might also like