Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

1

(1)TAJUK: A Cross-cultural Study of Taiwanese Kuwaiti EFL Students’ Learning Styles


and Multiple Intelligent. (Shu-Hua Wu, Sulaiman Alrabah).

Diterbitkan di: Innovations in Education and Teaching International, Volume 46, Issue 4,
November 2009, muka surat 393-403.

Tujuan kajian:Melihat hubungan antara hasil soal selidik tentang gaya pembelajaran dan
kecerdasan pelbagai yang dijalankan terhadap pelajar Bahasa Inggeris daripada dua kumpulan
budaya yang berbeza iaitu pelajar Kuwait dan pelajar Taiwan. Ini bertujuan mengesahkan
ketekalannya dalam membina teknik pengajaran yang sesuai bagi setiap profil kumpulan.

Bagaimana pengkaji mengukur konsep yang dikaji: Pengukuran dilakukan dengan


mengumpul data melalui kaedah soal selidik yang dibentuk daripada dua instrumen yang telah
dipiawaikan. Bahagian pertama soal selidik memfokuskan tentang gaya pembelajaran yang
digemari pelajar manakala bahagian kedua tentang kecerdasan pelbagai. Analisis data mengenal
pasti apakah gaya pembelajaran dan kecerdasan pelbagai yang dominan bagi setiap kumpulan.

Reka bentuk kajian: Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang digabungkan antara
dua instrumen standard yang telah digunakan secara meluas. Bagi mengukur gaya pembelajaran,
digunakan instrumen yang diperkenalkan oleh Oxford(1998) manakala bagi mengukur
kecerdasan pelbagai, digunakan instrumen yang diperkenalkan oleh Christison(1998b).Analisis
data menggunakan program Excel bagi mencari min, sisihan piawai, peratus dan kedudukan
setiap gaya pembelajaran dan kecerdasan pelbagai bagi setiap kumpulan. Bagi mencari hubungan
antara MI dan LeS setiap kumpulan, 3 jadual digunakan.

Sampel kajian: Subjek atau sampel kajian terdiri daripada dua kumpulan pelajar iaitu: (1) 138
orang pelajar “Freshmen-level” di Universiti Taiwan. (2) 112 orang pelajar Freshmen-level di
Kolej Pendidikan Asas Kuwait. Kadar responden yang menjawab soal selidik itu daripada
keseluruhan pelajar ialah 3% daripada kumpulan Taiwan dan 5% daripada kumpulan Kuwait.

Keputusan kajian: Dapatan utama kajian;, kebolehan dan gaya pembelajaran kumpulan Taiwan
adalah konsisten antara satu sama lain iaitu gaya pembelajaran visual dan kecerdasan visual.
Begitu juga pada kumpulan Kuwait,gaya pembelajaran ekstroversi adalah yang paling diminati,
diikuti oleh persepsi visual dan pembelajaran hands-on. Ini dilihat bertepatan dengan profil
kecerdasan pelbagai yang menunjukkan susunannya ialah kecerdasan interpersonal, kecerdasan
visual dan kecerdasan kinestetik. Kesimpulannya, bagi kedua-dua kumpulan, profil kecerdasan
yang diperhatikan adalah konsisten dengan keputusan skor min bagi gaya pembelajaran.
2

(2) TAJUK: The Validity of a New, Self-report Measure of Multiple Intelligence


(Adrian Furnham, 2009)
Diterbitkan di: Current Psychology
A Journal for Diverse Perspectives on Diverse Psychological Issues
© Springer Science+Business Media, LLC 2009

Tujuan kajian: menilai kesahan konkuren terhadap satu pengukuran laporan-kendiri yang baru
tentang kecerdasan pelbagai Gardner (1983,1999) dengan mengaitkan skor ujian ini untuk
mengukur personaliti, pendekatan pembelajaran, kecerdasan mengkristal dan kebolehan menilai
diri sendiri tentang kecerdasan-kecerdasan tersebut. Kajian literatur dan web menunjukkan 2
perkara: pertama, terdapat beberapa pengukuran laporan-kendiri di laman web yang berlainan
tetapi mempunyai persamaan dari segi reka bentuk dan latar belakang. Terdapat padanya
kesahan muka tetapi tidak diketahui ciri-ciri psikometrik, terutamanya kebolehpercayaan serta
kesahan konstruk dan kesahan telahan. Kedua, tiada satu keupayaan pun atau ujian kebolehan
tentang MI walaupun usaha-usaha dibuat untuk membentuk satu “battery” yang dibina daripada
ujian yang disahkan keupayaannya tentang setiap satu kecerdasan tersebut. Justeru, kajian ini
akan melihat ciri-ciri psikometrik dalam satu pengukuran laporan- kendiri.

Bagaimana pengkaji mengukur konsep yang dikaji: kajian ini menggunakan 3 jenis ujian
untuk mendapatkan pandangan tentang kesahan konkuren bagi ujian yang baru ini. (1)
memandangkan pengukuran laporan kendiri memerlukan ia memastikan kedudukannya dalam
ruang personaliti, maka skor ujian MI nanti akan dibandingkan dengan pengukuran yang sah
tentang Lima Personaliti Besar. (2)satu pengukuran tentang Pengetahuan Am (crystallized
intelligence) digunakan. (3) pengukuran tentang MI dilakukan bagi mengukur gaya
pembelajaran.

Sampel kajian: 187 pelajar daripada 3 universiti British dengan purata usia 21.71 tahun. Mereka
fasih berbahasa Inggeris, separuh daripada mereka adalah pelajar psikologi manakala separuh
lagi datang drpd pelbagai disiplin.

Reka bentuk kajian: berbentuk soal selidik, di mana pelajar diuji dalam kumpulan yang besar
sebaik sahaja mereka memasuki universiti. Masa diberikan 20 minit untuk menjawab Ujian
Pengetahuan Am. Manakala ujian-ujian lain menggunakan masa pelajar sendiri(bebas).
Bahannya terdiri daripada 5 set item: (1) Multiple Intelligences Test (Haselbauer 2005), (2) The
NEO Personality Inventory—Revised (NEO-PI-R; Costa and McCrae 1992), (3) General
Knowledge Test (Irwing et al. 2001), (4) Study Process Questionnaire (Biggs 1987), (5) Self-
Assessed Multiple Intelligence (Furnham 2001) 

Keputusan kajian: ringkasnya, kajian ini menunjukkan bahawa terdapat sokongan yang lemah
bagi kebolehpercayaan dalaman dan kesahan dalaman bagi pengukuran baru laporan-kendiri
terhadap lapan MI ini. Instrumen tersebut memerlukan pembaikan seterusnya dan ujian
empirikal jika ia hendaknya dimasukkan dalam penyelidikan. 2 cadangan: satu analisis item
digunakan bagi membuang item2 yang mengurangkan skala alfa keseluruhan, kedua; kesahan
ramalan bagi pengukuran ini hendaklah dinilai dengan memeriksa keupayaannya meramal
tingkah laku atau data pemerhati yang berkaitan dengan setiap skor 8 skala.
3

3) TAJUK: Faktor Kontribusi Kecerdasan Pelbagai dalam Kalangan Pelajar Remaja


(SITI RAHAYAH ARIFFIN, ROSENI ARIFFIN , HAFSA MOHAMED MAKKI)
Jurnal Pendidikan 33 (2008) ms. 35 – 46

Tujuan kajian: untuk melihat faktor kontribusi domain lain dalam kecerdasan pelbagai kepada
kecerdasan VL dan LM dalam kalangan remaja. Manakala objektif kajian adalah seperti berikut:
(1)Mengenal pasti kebolehpercayaan dan kesahan instrumen MyMICA;
(2)Mengenal pasti domain kecerdasan dominan di kalangan remaja;
(3)Menentukan kontribusi domain-domain kecerdasan pelbagai terhadap domain verbal-
linguistik;
(4)Menentukan kontribusi domain-domain kecerdasan pelbagai terhadap domain kecerdasan
logik-matematik.

Bagaimana pengkaji mengukur konsep yang dikaji: Kajian ini menggunakan satu set
instrumen yang dibangunkan sekumpulan penyelidik diketuai oleh Siti Rahayah (Siti Rahayah et
al. 2005) yang dikenali sebagai Malaysian Multiple Intelligences Checklist for Adult (MyMICA).
Instrumen ini mengandungi 80 item persepsi berskala Likert lima mata yang mewakili sembilan
domain kecerdasan pelbagai.

Sampel kajian: Sampel kajian terdiri daripada 844 orang remaja yang berumur di antara
16 hingga 18 tahun di negeri Selangor Darul Ehsan. Daripada jumlah itu, seramai 401 (47.5%)
pelajar lelaki dan 443 (52.5%) pelajar perempuan. Komposisi sampel mengikut aliran pula, 503
(59.6%) dalam aliran sains dan seramai 341 (40.4%) dalam aliran bukan sains. Sementara pelajar
Melayu seramai 58.5%, pelajar Cina 29.5% dan pelajar India 13.0%.

Reka bentuk kajian: Kajian menggunakan kaedah tinjauan dengan pemilihan sampel secara
rawak. Data kajian ini dianalisis menggunakan prosedur analisis regresi berganda bagi mengenal
pasti kontribusi domain KP.

Keputusan kajian: kecerdasan yang paling dominan dalam kalangan pelajar ini ialah
kecerdasan kerohanian, diikuti kecerdasan intrapersonal, kecerdasan logik-matematik dan
keempat adalah kecerdasan interpersonal. Kecerdasan kinestatik-badan dan visual-ruang adalah
tidak dominan di kalangan pelajar yang dikaji. Kajian ini juga jelas menunjukkan seseorang
individu itu mempunyai lebih daripada dua kecerdasan tradisi iaitu kecerdasan verbal-linguistik
dan kecerdasan logik-matematik.
4

(4) TAJUK:TEACHING INFORMATION LITERACY THROUGH LEARNING STYLES:


THE APPLICATION OF GARDNER’S MULTIPLE INTELLIGENCES
(INTAN AZURA MOKHTAR*, SHAHEEN MAJID and SCHUBERT FOO)
JOURNAL OF LIBRARIANSHIP AND INFORMATION SCIENCE, 40 (2) JUNE 2008 p.p 93-
109.

Tujuan kajian: Untuk membincangkan penyepaduan(integrasi) literasi maklumat(IL)


dengan pendekatan pedagogi berdasarkan kepada teori kecerdasan pelbagai(MI) Gardner dalam
konteks pembelajaran pelajar berasaskan projek. Artikel ini memberikan gambaran tentang satu
kajian yang telah dijalankan di dua buah sekolah menengah tinggi di Singapura. Justeru, kajian
ini menilai kesesuaian penggunaan satu pendekatan gaya pembelajaran khususnya kecerdasan
pelbagai Gardner terhadap kemahiran IL.

Sampel kajian: pelajar 2 buah sekolah menengah (14-15 tahun) di Singapura yang sedang
menjalankan tugasan projek berdasarkan topik yang ditetapkan oleh sekolah masing-masing. Di
setiap sekolah, tiga atau empat kelas dipilh daripada kalangan pelajar yang sama kemampuan
akademik mereka (berdasarkan keputusan peperiksaan tahunan dan aliran yang sama). Kesemua
sampel 274 orang, 197 mendapat latihan IL manakala 77 pelajar untuk kelas kawalan tanpa
latihan IL.

Bagaimana pengkaji mengukur konsep yang dikaji: ujian pra intervensi diberikan kepada semua
kelas. Satu kelas dijadikan kelas kawalan. Selebihnya mendapat latihan IL selama 5 minggu. Selepas
kelas-kelas tersebut selesai latihan IL 5 minggu, 2 kelas dipilh secara rawak untuk menjalani soal selidik
tentang kecerdasan pelbagai. Setelah mendapatkan kecerdasan dominan bagi setiap pelajar, mereka
ditempatkan dalam kumpulan homogeneous atau heterogeneous. Kelas yang kluster homogenous terdiri
daripada pelajar yang daripada kecerdasan dominan yang hampir sama. Manakala kelas heterogeneous
mengandungi pelajar berlainan kecerdasan. Kesemua kumpulan diberi tugasan menggunakan kecerdasan
masing-masing. Di hujung tugasan/projek mereka, satu ujian pos intervensi dijalankan.

Reka bentuk kajian: Kajian secara eksperimen. Ujian pra dan ujian pos dilakukan bagi melihat
keberkesanan konsep yang diukur. Data dianalisis menggunakan ujian t dan ANOVA bagi melihat
perbezaan antara dua kumpulan.

Hasil kajian: bagi ujian pra, kumpulan pelajar yang tidak menghadiri latihan IL mendapat skor
yang lebih baik daripada pelajar terlibat IL. Walau bagaimanapun, ujian pos menunjukkan
terdapat perbezaan signifikan iaitu kumpulan yang hadir latihan IL adalah lebih baik dalam
penilaian projek mereka berbanding projek kumpulan tidak hadir latihan. Dalam pada itu,
kumpulan pelajar homogeneous mendapat skor yang terbaik berbanding yang lain. Ini boleh
dikatakan bahawa pelajar yang mendapat latihan intervensi IL telah menggunakan kecerdasan
mereka sebagai alat meningkatkan pembelajaran. Selain itu, pelajar yang berada dalam
kumpulan kecerdasan yang sama(homogeneous) menujukkan hasil projek yang lebih baik
daripada kumpulan pelbagai kecerdasan. Yang paling penting, dapatan kajian menunjukkan
bahawa pendedahan tentang teori-teori dan gaya pembelajaran lebih berfaedah bagi pelajar
untuk kepentingan IL mereka. Selain itu, pengetahuan guru tentang kecerdasan (MI) pelajar
membantu memudahkan proses pengajaran guru dan pembelajaran pelajar.
5

(5)TAJUK: Energizing the Nursing Lecture: Application of the Theory of Multiple


Intelligence Learning(Roxanne Amerson, 2006)

Nursing Education Perspectives: Vol. 27, No. 4, pp. 194–196. © Copyright by National League for
Nursing 2006

Tujuan penulisan artikel ini: Pendidikan kejururawatan memerlukan gaya pengajaran yang
mampu mewujudkan persekitaran yang menggalakkan pelajar menjadi peserta yang aktif.
Artikel ini membincangkan cara-cara yang perlu digunakan oleh seorang pensyarah jururawat
untuk melaksanakan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam bilik darjah.

Strategi kognitif yang spesifik menunjukkan kepada pembelajaran yang digemari pelajar bagi
setiap kecerdasan dibincangkan dalam tulisan ini. Respon-respon atau penilaian pelajar
terhadap aktiviti keutamaan mereka berkaitan setiap satu kecerdasan pelbagai Gardner (ada 8)
direkodkan dalam artikel ini.

Di penghujung artikel, dinyatakan respon guru (penulis artikel ini )terhadap persoalan; bolehkah
konsep pembelajaran Kecerdasan Pelbagai benar-benar digabungkan dalam satu bilik
syarahan? Penulis berkeyakinan boleh berdasarkan pengalamannya apabila penilaian
pelajarnya membayangkan kepuasan hati mereka terhadap usaha dan kemahuan guru untuk
keluar dari kepompong tradisional kepada kepelbagaian pilihan cara pembelajaran.

You might also like