Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 23

ZH/Penulisan cemerlang

PENULISAN KARANGAN CEMERLANG


Perekayasaan oleh Zaiton Hashim(GCBM),SMKSB

PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU

Dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia KBSM, Bahasa Melayu kertas 1


terdiri daripada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A
ialah karangan berpandu berdasarkan bahan rangsangan dan Bahagian B ialah
karangan respons terbuka . Bentuk soalan yang dikemukakan berdasarkan
jenis dan format yang dipelajari. Manakala satu bentuk soalan berunsurkan
sastera merupakan item terakhir dalam Bahagian B. Peruntukan masa bagi
kertas 1 ialah dua jam 15 minit . Soalan Bahagian A MESTI dijawab. Calon
diminta untuk menjawab satu soalan pada Bahagian B .Calon boleh
menggunakan tulisan Rumi atau Jawi.

Tujuan penulisan adalah untuk menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif
yang menggunakan bahasa yang gramatis dan laras yang tepat , serta
memperlihatkan pertautan idea dan wacana yang kemas dengan pemikiran yang
kritis dan analitis.

“Penulisan bermaksud satu proses penghasilan wacana bertulis dengan


ketepatan dan formaliti yang berbeza-beza berdasarkan tujuan dan keperluan
penulisan.”(Smith, 1969)

1
ZH/Penulisan cemerlang

BAHAGIAN A
Karangan berpandu berdasarkan bahan rangsangan. BAHAN RANGSANGAN

 Gambar foto
 Gambar rajah
 Ilustrasi kartun
 Pelan
 Iklan
 Petikan
 Catatan

Masa yang dicadangkan untuk bahagian A ialah 45 minit. Markah yang


diperuntukkan sebanyak 30 markah. Calon boleh menulis karangan antara 200
– 250 patah perkataan.

Tema diberikan secara tersurat / tersirat berdasarkan bahan rangsangan. Calon


perlu membaca dan memahami arahan soalan dengan jelas. Calon perlu
meneliti tugasan soalan (huraikan / jelaskan / bincangkan dll) dan mengenal
pasti skop soalan. Isi dalam bahan rangsangan membantu pelajar merangka
dan menulis karangan. Jumlah isi hendaklah sesuai dengan kepanjangan
karangan dan markah yang diperuntukkan. Dicadangkan supaya pelajar dapat
mengemukakan tiga idea yang sesuai dengan kehendak soalan.

Pemarkahan karangan Bahagian A

Pemarkahan berdasarkan kriteria penskoran yang ditetapkan.

2
ZH/Penulisan cemerlang

Bahagian B

Jenis karangan berformat


 Surat kiriman
 Syarahan/ucapan/ceramah
 Wawancara/dialog/forum
 Rencana
 Berita
 Laporan
 Perbahasan

Karangan tidak berformat


 Ulasan
 Pendapat/pandangan
 Perbincangan
 Fakta
 Peribahasa/cogan kata

Masa yang dicadangkan untuk bahagian B ialah satu jam 30 minit. Markah yang
diperuntukkan sebanyak 100 markah. Panjang karangan hendaklah melebihi
350 patah perkataan.

Calon seharusnya menggunakan masa dengan berkesan untuk membaca


arahan dan memilih soalan. Rancangkanlah masa untuk merangka idea, menulis
dan menyunting karangan.Calon perlulah mematuhi langkah-langkah untuk
menulis karangan yang cemerlang.

3
ZH/Penulisan cemerlang

Langkah-langkah penulisan

1 Baca arahan dengan teliti. Pilihlah soalan yang benar-benar difahami,


mudah dan sesuai dengan kemampuan calon.Pastikan calon mempunyai banyak
idea tentang soalan yang dipilih.
2 Setelah memilih soalan, pastikan karangan berformat atau tidak.
Tandakan soalan yang telah anda pilih. Pastikan calon memahami setiap kata
dan maksud keseluruhan soalan itu.
3 Seterusnya, calon perlu menyediakan rangka karangan. Bahagikan
rangka karangan kepada pendahuluan, idea karangan dan penutup. Tujuan
menulis rangka karangan adalah untuk mengelakkan daripada tertinggal idea
dan mendahulukan idea penting.
4 Pendahuluan hendaklah tepat dan berkesan serta menarik pemeriksa
untuk membaca perenggan yang seterusnya.
5 Perenggan idea mestilah dihuraikan dengan berkembang berserta
dengan contoh yang sesuai dan penyampaian yang menarik. Penanda wacana
yang sesuai harus digunakan untuk memperlihatkan pertautan dan
kesinambungan antara perenggan.
6 Bahagian penutup merupakan kesimpulan karangan terhadap pendapat
yang telah dikemukakan dan menjelaskan pemahaman calon terhadap soalan.
7 Calon dinasihatkan menggunakan kosa kata yang sesuai, tepat dan
luas.Penggunaan pelbagai jenis ayat seperti ayat majmuk, ayat penyata, ayat
tanya dan ayat songsang dapat memberikan kesan dari segi bahasa.
8 Penggunaan ungkapan menarik seperti peribahasa, simpulan bahasa,
pendapat tokoh dan sebagainya menunjukkan kepelbagaian bahasa dan
kematangan calon dalam bahasa.
9 Sebelum menulis karangan, pastikan anda mencatat nombor soalan yang
dipilih pada kertas jawapan.
10 Peruntukkan lima hingga sepuluh minit terakhir untuk menyunting
karangan anda. Baca karangan sambil menyemak ejaan, tanda baca dan
tatabahasa.

4
ZH/Penulisan cemerlang

Kesalahan ejaan dan format


Kesalahan ejaan akan menyebabkan markah dipotong. Begitu juga dengan
kesalahan format karangan. Kesalahan ejaan akan dipotong ½ markah bagi
setiap satu ejaan yang silap. Maksimum pemotongan kesalahan ejaan ialah 5
markah dan kesalahan format ialah 4 markah.

Pemarkahan karangan bahagian B


Pemarkahan berdasarkan kriteria penskoran yang ditetapkan.

Pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia, bentuk soalan karangan dikemukakan


mengikut dimensi karangan:
1 Diri
2 Keluarga
3 Masyarakat
4 Negara
5 Antarabangsa

Dalam penulisan karangan yang cemerlang, unsur-unsur nilai murni boleh


diserapkan. Menggabungjalinkan unsur ini dalam penulisan karangan akan
memberi faedah kerohanian kepada penulis dan pembaca agar menjadi
warganegara yang memiliki jati diri yang tinggi serta berperibadi mulia.Contoh
nilai murni :
Baik hati kejujuran
Berdikari kerajinan
Hemah tinggi kerjasama
Hormat-menghormati kesederhanaan
Kasih sayang kesyukuran
Keadilan patriotisme
Kebebasan rasional
Keberanian semangat bermasyarakat
Kebersihan fizikal dan mental

5
ZH/Penulisan cemerlang

“Sediakan payung sebelum hujan”

Berdasarkan peribahasa di atas, pelajar perlu membuat persediaan secara


berstruktur untuk menghasilkan penulisan karangan cemerlang. Persediaan
pelajar merangkumi membaca bahan-bahan yang sesuai seperti majalah , surat
khabar dan bahan-bahan ilmiah termasuklah sumber rujukan semasa untuk
memperoleh informasi, data dan petikan kata-kata tokoh tentang isu-isu
muktahir. Pelajar boleh membuat buku skrap untuk mengumpulkan ke semua
bahan bacaan yang diperoleh itu. Kompilasi bahan-bahan itu antaranya
termasuklah :

Rangkaian kata menarik/indah


 Kesunyian malam mendakap tubuhku
 Angin laut sepoi-sepoi bahasa
 Bicaraku mati di situ
 Air mata berladung di kolamnya
 Otak fikirannya menerawang mencari kepastian
 Terpaksa melalui ranjau dan duri
 Dendam di hati makin membara

Kaya kosa kata


• Menjana minda
• Era globalisasi
• Mengawal selia anak-anak
• isu mutakhir
• Pembentukan jati diri
• Pembangunan modal insan
• Era ledakan teknologi maklumat
• Aplikasi teknologi moden

6
ZH/Penulisan cemerlang

• Koridor utara pelancongan negara


• Kepelbagaian produk tempatan
• Era pascamodenisme
• Cemerlang, gemilang, terbilang
• Memacu negara ke mercu jaya
• Membaca gaya wawasan
• Perkembangan potensi diri pelajar
• Masyarakat madani
• Buka hati, buka minda, kenali diri

Penanda wacana
• Belakangan ini,
• Justeru,
• Oleh itu,
• Pada keseluruhannya,
• Secara khususnya,
• Walau bagaimanapun,
• Dalam nada yang berbeza,
• Bertitik tolak daripada itulah,
• Sekiranya diperinci dengan lebih mendalam,
• Berdasarkan senario di atas,
• Sebagai rumusannya,
• Sehubungan dengan itu,
• Secara tuntasnya,
• Namun begitu,
• Pada masa yang sama,
• Oleh yang demikian,
• Dapatlah disimpulkan bahawa
• Secara keseluruhannya,

7
ZH/Penulisan cemerlang

Nama tokoh/pemimpin
• Menteri Pelajaran ,Tan Sri Muhyiddin Yasin
• Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Sabree Chik
• Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,
• Menteri Belia dan Sukan,
• Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri
Shahrizat Abdul Jalil
• Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Rais Yatim
• At-Tarmizi “Tiada satu anugerah yang lebih mulia yang diberikan seorang
ayah kepada anaknya selain daripada tunjuk ajar dan budi pekerti yang
baik”
• R.W. Emerson “Rahsia utama menuju kejayaan ialah percaya kepada diri
sendiri”
• Pepatah Cina “ Perjalanan yang jauh itu, bermula dengan langkah yang
pertama”
• Pepatah Inggeris ” kalau kamu tua, berilah nasihat dan jika kamu muda,
terimalah nasihat”

PERIBAHASA

1. Bagai aur dengan tebing.


Dua orang yang berkait rapat dan saling membantu.
2. Bak cendawan tumbuh selepas hujan
Terlalu banyak pada sesuatu masa.
3. Belakang parang jika diasah lagikan tajam.
Orang yang bodoh, kalau ada kesungguhan mempelajari sesuatu, lama-
kelamaan akan menjadi pandai juga.

8
ZH/Penulisan cemerlang

4. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu,


bersenang-senang kemudian.
Bersusah payah dahulu untuk mendapat kesenangan di kemudian hari.
5. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Mengalami kesusahan dan kesenangan bersama-sama.
6. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Jika ada perpaduan, rakyat akan menjadi kuat dan tidak berpecah.
7. Bukit sama didaki, lurah sama dituruni.
Sepakat atau seia sekata dalam susah dan senang.
8. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Kata sepakat yang dicapai dalam masyarakat

Statistik/data
 Sebanyak 6548 saman dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan lalu lintas
dalam Ops statik X dari 26 Januari hingga 9 Februari 2006
 Punca utama kemalangan ialah memandu secara melulu menyebabkan
mereka terbabas dan ini terbukti dengan 80 kes, diikuti memotong atau
menukar laluan sesuka hati sebanyak 69 kes.
 Perangkaan Kementerian Pelajaran Malaysia menunjukkan bahawa
daripada 5 juta orang murid sekolah, sebanyak 0.4 peratus terlibat dalam
masalah sosial.
 Sebuah kilang didenda sebanyak RM10,000 atas kesalahan membuang
sisa toksik di sungai Beruas.

Fakta-fakta penting
 RMK-9 menggariskan program pembangunan untuk tempoh lima tahun
akan datang
 Program pertanian baru menumpukan usaha meneroka kegiatan
berpotensi untuk dikomersialkan
 Kerajaan akan menjadikan Malaysia sebagai pusat pelancongan
kesihatan serantau

9
ZH/Penulisan cemerlang

 Masyarakat berminda kelas pertama ialah masyarakat yang


berpengetahuan, berbudaya kerja cemerlang dan memiliki kekuatan
moral.
 Kerajaan komited untuk mencapai sasaran 30 peratus pemilikan ekuiti
Bumiputera.

10
ZH/Penulisan cemerlang

Contoh Karangan Cemerlang


Modul 1
Pendahuluan jenis gabungan

Tajuk : Sukan
Skop : Langkah-langkah untuk meningkatkan mutu sukan negara

Sukan boleh ditakrifkan sebagai aktiviti kecergasan yang dapat mengisi


masa lapang dan menjaga kesihatan badan seseorang individu. Seseorang yang
menjalankan aktiviti sukan bukan sahaja meningkatkan kesihatan badan dari
segi fizikal bahkan dari segi mental. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri
Yaakob pernah menyatakan bahawa kementerian telah berusaha untuk
meningkatkan mutu sukan di negara ini, terutamanya dalam pertandingan
peringkat antarabangsa dengan mengadakan pelbagai program. Seperti yang
kita sedia maklum, negara kita telah menjadi tuan rumah acara sukan peringkat
antarabangsa. Kejayaan Malaysia menganjurkan Sukan Komanwel ke-16 pada
tahun 1998 telah mengangkat martabat negara dan pemimpinnya. Malaysia
berjaya menggondol sepuluh pingat emas dalam SUKOM 1998.
Persoalannya,apakah langkah-langkah yang wajar untuk meningkatkan mutu
sukan negara kita?

A1 Takrif tajuk/Pernyataan soalan


A2 Isu semasa
A3 Isu semasa
A4 Pendapat tokoh
A5 Tugasan soalan(ayat tanya)

Teknik 5A(perenggan idea)

A1 Ayat topik(idea pokok)


A2 Ayat huraian idea

11
ZH/Penulisan cemerlang

A3 Ayat huraian idea


A4 Ayat bukti/contoh(data)
A5 Ayat penyimpul

Tajuk : Kemalangan jalan raya


Skop : Punca kemalangan jalan raya
Isi : Sikap pemandu kenderaan yang suka melanggar undang-undang

Sekiranya diteliti dengan lebih terperinci, sikap pemandu kenderaan juga


dikatakan menjadi faktor berlakunya kemalangan jalan raya.Secara lazimnya,
pemandu kenderaan sering kali didapati melanggar undang-undang jalan raya
sehingga mengakibatkan berlakunya kemalangan yang mengorbankan nyawa
orang yang tidak berdosa. Antara kesalahan yang sering dilakukan ialah
melanggar lampu isyarat, memotong kenderaan di garisan berkembar dan
membawa kenderaan melebihi had laju.Sebanyak 6548 saman dikeluarkan
kerana pelbagai kesalahan lalu lintas dalam Ops statik X dari 26 Januari hingga
9 Februari 2006. Dengan itu, saya berpendapat bahawa pihak berkuasa harus
menaikkan kompaun kepada mereka yang dikenakan saman supaya para
pemandu tidak mengulangi kesalahan yang sama pada masa akan datang.

Perenggan kesimpulan
A1 Kesimpulan/rumusan
A2 Cadangan/saranan
A3 Harapan/seruan
A4 Pendirian penulis
A5 Peribahasa

12
ZH/Penulisan cemerlang

Kesimpulannya, berjimat cermat dan menabung perlu dijadikan amalan


dalam kehidupan kita untuk menjamin kecemerlangan hidup pada masa
hadapan.Untuk itu, kita hendaklah menanam rasa keinsafan, terutama dalam
kalangan generasi muda agar mereka mula berjimat cermat dan menabung
semasa muda.Budaya menabung akan melahirkan masyarakat yang tidak boros
dan sentiasa merancang masa hadapan mereka. Saya berpendapat bahawa
berjimat cermat merupakan alternatif yang paling bijak dalam membantu diri kita
agar berbelanja secara berhemat. Pernyataan ini sesuai dengan peribahasa
“beringat sebelum kena,berjimat sebelum habis” dan sehari selembar benang,
lama-lama menjadi kain”.

Jenis-jenis pendahuluan

1. Pendahuluan jenis definisi


2. Pendahuluan jenis pendapat tokoh
3. Pendahuluan jenis fakta
4. Pendahuluan jenis puisi
5. Pendahuluan jenis gabungan

Pendahuluan jenis definisi


Tajuk : Pencemaran alam
Skop : Usaha-usaha mengawal pencemaran alam

Pencemaran alam dapat didefinisikan sebagai satu keadaan yang berlaku


apabila alam sekeliling tercemar atau kotor,iaitu dipenuhi dengan sampah sarap,
asap, debu, buangan sisa toksik dan sebagainya. Pencemaran alam yang
berlaku di negara ini dapat dikelaskan kepada pencemaran udara, pencemaran
air,pencemaran bunyi dan pencemaran kawasan sekitar.Fenomena ini berlaku
mungkin secara sengaja atau tidak sengaja. Di samping itu, kita mendapati
bahawa pencemaran di negara ini semakin serius akibat pembangunan yang

13
ZH/Penulisan cemerlang

begitu pesat sejak akhir-akhir ini. Oleh itu, usaha-usaha perlu diambil dan
dilaksanakan utuk mengawal pencemaran alam supaya tidak menjejaskan
kesihatan rakyat dan mendatangkan pelbagai kesan buruk.

Pendahuluan jenis pendapat tokoh

Tajuk : Budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia


Skop : Faktor-faktor yang menyebabkan tidak ada budaya membaca

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah


berkata bahawa rakyat Malaysia kurang minat membaca dalam bahasa Melayu.
Tabiat kurang membaca ini ternyata benar berdasarkan statistik, setiap rakyat
Malaysia hanya membaca satu halaman buku setiap tahun secara purata.
Beliau berpendapat bahawa perkembangan media elektronik seperti telivisyen,
radio, komputer dan internet yang semakin canggih telah menyebabkan
masyarakat kita semakin ketara tidak berminat untuk membaca.Oleh yang
demikian, faktor-faktor yang menyebabkan budaya membaca kurang diminati
oleh rakyat Malaysia perlu di kenal pasti dengan segera.

Pendahuluan jenis fakta


Tajuk : Industri pelancongan
Skop : Langkah yang perlu diambil untuk menarik pelancong

Kedatangan pelancong ke Negara ini merosot kira-kira 12 peratus 1998


berikutan pelbagai factor termasuk media asing yang berat sebelah. Menurut
mantan Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia, Datuk Seri Abdul Kadir
dalam tempoh 11 bulan pertama tahun lalu, Malaysia mencatat kemerosotan

14
ZH/Penulisan cemerlang

14.1 peratus kedatangan pelancong. Kehadiran pelancong Taiwan, Jepun, dan


Singapura terjejas teruk dengan masing-masing mencatat 28 peratus,19.9
peratus dan 18.1 peratus. Sebaliknya, pelancong dari Australia, Arab Saudi
Emiriyah Arab Bersatu, Turki dan India mengambil kesempatan daripada
kejatuhan nilai ringgit untuk melancong ke Negara ini. Oleh itu, pelbagai langkah
perlu diambil untuk menarik semula kehadiran pelancong asing ke Negara ini
melalui peruntukan RM150 juta yang diperuntukkan oleh kerajaan.

Pendahuluan jenis puisi

Tajuk : Kejayaan dalam hidup


Skop : Langkah-langkah untuk mencapai kejayaan

Contoh 1

Hindarkan kemalasan
Jauhi rasa rendah diri
Pohon takkan berbuah
Jika tak dibajai

Begitulah hidup kita


Perlu bekerja dan berusaha
Bulat tak datang bergolek
Pipih tak datang melayang

Baris-baris puisi lagu di atas ialah sebahagian daripada seni kata yang
terdapat dalam nasyid “Berusaha Berjaya” yang telah dipopularkan oleh
kumpulan Hijjaz. Oleh itu, untuk berjaya dalam semua bidang yang kita ceburi,
kita perlu berusaha untuk mencapai kejayaan di samping berdoa kepada Ilahi
agar usaha kita direstui-Nya. Tanpa usaha,semua kerja tidak akan mencapai
kejayaan kerana ada cogan kata ”Usaha Tangga Kejayaan”. Oleh itu, marilah

15
ZH/Penulisan cemerlang

kita membincangkan langkah-langkah yang perlu kita lakukan untuk mencapai


kejayaan.

Contoh 2

Tajuk :Remaja
Skop :Langkah memupuk kesedaran dalam kalangan remaja

Sekarang bukan bermenung zaman bermenung


Sekarang bukan bermenung zaman bermenung

Marilah kita bersama berganding bahu


Marilah kita bersama bergerak maju

Rangkap puisi di atas menjelaskan kepada remaja bahawa zaman


sekarang bukannya zaman untuk berada dalam keadaan bermenung.Hal yang
sebaliknya ialah remaja diseru agar sentiasa berganding bahu dan bergerak
maju ke hadapan untuk menghadapi persaingan dalam dunia yang global ini.
Remaja hari ini ialah pemimpin masa hadapan. Oleh itu, golongan remaja harus
disediakan dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang optimistik.
Keadaan dapat direalisasikan melalui pendekatan pendidikan sebagai asas
kepada pembangunan modal insan.

16
ZH/Penulisan cemerlang

Pendahuluan jenis berita

Tajuk : Kemalangan di jalan raya


Skop : Langkah-langkah untuk mengatasinya

”Lesen bas ditarik jika abai keselamatan”


”Jeritan Siti Aishah masih terngiang-ngiang-Roziah”
”Van rombongan ke majlis kahwin jatuh gaung,seorang terbunuh”
”Ops Sikap X:10 kematian pada hari ke sepuluh”

Tajuk-tajuk berita di atas dipetik daripada keratan akhbar yang


memaparkan berita kemalangan di jalan raya yang berlaku di negara
ini.Berdasarkan berita seperti ini, kita mendapati bahawa walaupun Ops Sikap
dilancarkan untuk mengurangkan kemalangan , namun kita dapati bahawa
kadar kemalangan di jalan raya masih tinggi. Memang malang tidak berbau,
tetapi kemalangan jalan raya yang terus terjadi setiap hari kebanyakannya
berpunca daripada sikap cuai para pengguna jalan raya. Malah kemalangan di
jalan raya menduduki tempat pertama dalam senarai faktor kematian rakyat
Malaysia. Oleh itu, saya berpendapat langkah-langkah tertentu perlu
diimplementasikan untuk mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya di
negara ini.

17
ZH/Penulisan cemerlang

Pendahuluan jenis gabungan

Tajuk : Sukan
Skop : Langkah-langkah untuk meningkatkan mutu sukan negara

Sukan boleh ditakrifkan sebagai aktiviti kecergasan yang dapat mengisi


masa lapang dan menjaga kesihatan badan seseorang individu. Seseorang yang
menjalankan aktiviti sukan bukan sahaja meningkatkan kesihatan badan dari
segi fizikal bahkan dari segi mental. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri
telah berusaha untuk meningkatkan mutu sukan di negara ini, terutamanya
dalam pertandingan peringkat antarabangsa dengan mengadakan pelbagai
program. Seperti yang kita sedia maklum, negara kita telah menjadi tuan rumah
acara sukan peringkat antarabangsa. Kejayaan Malaysia menganjurkan Sukan
Komanwel ke-16 pada tahun 1998 telah mengangkat martabat negara dan
pemimpinnya. Malaysia berjaya menggondol sepuluh pingat emas dalam
SUKOM 1998. Persoalannya,apakah langkah-langkah yang wajar untuk
meningkatkan mutu sukan negara kita?

18
ZH/Penulisan cemerlang

MODUL 2

PENULISAN KARANGAN MENGGUNAKAN RUMUS 5A

Perenggan pendahuluan

A1 Takrif/definisi soalan/pernyataan soalan


A2 Isu semasa
A3 Isu semasa
A4 Pendapat tokoh,kerajaan atau umum
A5 Pendapat penulis

Masyarakat penyayang boleh ditakrifkan sebagai masyarakat yang hidup


dalam keadaan harmonis, aman damai dan tidak bersifat individualistik.Mutakhir
ini, slogan ”Masyarakat Penyayang” kurang dijadikan panduan hidup oleh
segelintir rakyat di negara ini.Hal ini terbukti apabila kes-kes pembuangan bayi
dan penderaan kanak-kanak sering kedengaran.Menurut Menteri Pembangunan
Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, slogan ”Masyarakat
Penyayang” patut diterapkan semula dalam sanubari setiap individu dan
masyarakat Malaysia agar matlamat kerajaan mewujudkan Malaysia sebagai
sebuah negara penyayang terlaksana. Selain itu, slogan seperti ”Rakyat Bersatu
Negara Maju” merupakan salah satu kempen kerajaan untuk mencapai matlamat
ini. Pada hemat saya, pepatah Melayu yang mengatakan ”berat sama dipikul,

19
ZH/Penulisan cemerlang

ringan sama dijinjing” dan ”bagai aur dengan tebing” wajar dijdikan panduan
hidup rakyat Malaysia.

Perenggan Idea/isi

1 Teknik WWH what – why - how

Idea - Gejala samseng berpunca daripada pengaruh rakan sebaya

Salah satu punca berlakunya budaya samseng dalam kalangan pelajar


sekolah adalah kerana pengaruh rakan sebaya(what). Hal ini demikian kerana
pada zaman ini remaja lebih mengutamakan rakan sebaya dalam kehidupan
mereka(why). Malah ibu bapa dan guru tidak menjadi model dalam kehidupan
remaja kini.Remaja, terutamanya pelajar sekolah akan mengikut segala ajakan,
permintaan dan arahan rakan sebaya dan mereka tidak boleh menolaknya
kerana sekiranya mereka ingkar , mereka akan diketepikan dalam kumpulan
tersebut(how) Misalnya, sekiranya ibu bapa meminta anak supaya tidak ke
sekolah atas sesuatu sebab, anak mereka akan menolak. Sebaliknya,jika rakan
sebaya mengajak supaya ponteng sekolah kerana hendak melepak, mereka
akan berbuat demikian. Jadi, untuk mengawal gejala samseng ini, ibu bapa perlu
mengenal pasti rakan sebaya anak-anak mereka dan memastikan supaya anak-
anak mereka tidak berkawan dengan remaja yang tidak bermoral.

2 Teknik 5A

A1 Ayat topik(idea pokok)

20
ZH/Penulisan cemerlang

A2 Ayat huraian idea


A3 Ayat huraian idea
A4 Ayat bukti/contoh(data)
A5 Ayat penyimpul

Tajuk : Kemalangan jalan raya


Skop : Punca kemalangan jalan raya
Isi : Sikap pemandu kenderaan yang suka melanggar undang-undang
Sekiranya diteliti dengan lebih terperinci, sikap pemandu kenderaan juga
dikatakan menjadi faktor berlakunya kemalangan jalan raya.Secara lazimnya,
pemandu kenderaan sering kali didapati melanggar undang-undang jalan raya
sehingga mengakibatkan berlakunya kemalangan yang mengorbankan nyawa
orang yang tidak berdosa. Antara kesalahan yang sering dilakukan ialah
melanggar lampu isyarat, memotong kenderaan di garisan berkembar dan
membawa kenderaan melebihi had laju.Sebanyak 6548 saman dikeluarkan
kerana pelbagai kesalahan lalu lintas dalam Ops statik X dari 26 Januari hingga
9 Februari 2006. Dengan itu, saya berpendapat bahawa pihak berkuasa harus
menaikkan kompaun kepada mereka yang dikenakan saman supaya para
pemandu tidak mengulangi kesalahan yang sama pada masa akan datang.

Perenggan kesimpulan
A1 Kesimpulan/rumusan
A2 Cadangan/saranan
A3 Harapan/seruan
A4 Pendirian penulis
A5 Peribahasa
Kesimpulannya, berjimat cermat dan menabung perlu dijadikan amalan
dalam kehidupan kita untuk menjamin kecemerlangan hidup pada masa

21
ZH/Penulisan cemerlang

hadapan.Untuk itu, kita hendaklah menanam rasa keinsafan, terutama dalam


kalangan generasi muda agar mereka mula berjimat cermat dan menabung
semasa muda.Budaya menabung akan melahirkan masyarakat yang tidak boros
dan sentiasa merancang masa hadapan mereka. Saya berpendapat bahawa
berjimat cermat merupakan alternatif yang paling bijak dalam membantu diri kita
agar berbelanja secara berhemat. Pernyataan ini sesuai dengan peribahasa
“beringat sebelum kena,berjimat sebelum habis” dan sehari selembar benang,
lama-lama menjadi kain”.
Menyunting penulisan

Dalam perancangan penulisan karangan cemerlang, pelajar wajar


memperuntukkan masa lebih kurang lima hingga tujuh minit untuk menyunting
karangan. Penyuntingan perlu untuk memastikan pelajar membetulkan dengan
segera kesilapan berkaitan dengan ejaan, tanda baca, format dan kesalahan
bahasa yang lain.

Perekayasaan oleh Zaiton bt Hashim,


Guru Cemerlang Bahasa Melayu,

22
ZH/Penulisan cemerlang

SMK Sultan Badlishah,


Kulim, Kedah DA.

23

You might also like