Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

NISBAH PENGURUSAN ASET

 Daripada Roslan Abd Jelani dan Azman Shamsuddin ( 1995 ), dalam buku ‘Asas
Pengurusan Perniagaan Kecil’ mengatakan sukatan yang berkaitan dengan kecairan
perniagaan adalah nisbah pusing ganti modal kerja atau nisbah pengurusan aset.
Modal kerja adalah lebihan aset semasa daripada liabiliti semasa. Modal kerja yang
membolehkan pemilik perniagaan menyesuaikan dengan senarai gaji mingguan,
membayar bil utiliti bulanan, dan membuat bayaran biasa kepada invois pembekal.
Sebagaimana yang telah kita perhatikan, biasanya aset semasa tidak boleh kurang
daripada dua kali ganda amaun liabiliti semasa, ini samalah dengan menyatakan
bahawa modal kerja mestilah sama dengan liabiliti semasa. Oleh itu pusing ganti modal
kerja, yang disukat dengan membahagikan modal kerja pada penghujung tempoh
perakaunan ke dalam jualan bersih dalam tempoh itu mempunyai kait rapat dengan
nisbah semasa. Pemilik perniagaan kecil perlu mengukur pusing ganti modal pelaburan
dan juga modal kerja. Angka ini diperoleh dengan membahagikan aset tetap (seperti
tanah dan bangunan, perabot dan perkakasan, serta mesin dan peralatan lain) dengan
nilai bersih ketara. Untuk mengawal daripada membeli terlalu banyak aset tetap, pemilik
perniagaan kecil mestilah berusaha untuk mengekalkan nisbah ini tidak melebihi 1
kepada 1. Dalam erti kata lain, pemilik mestilah mempunyai cukup modal untuk
dilaburkan dalam perniagaan untuk menampung walaupun tidak semua pembayaran
kebanyakan, aset tetap. Jika aset tetap adalah tinggi berbanding dengan nilai bersih,
perolehan tidak mencukupi bags menjelaskan ansuran yang matang pads hutang jangka
panjang, dan seterusnya pemilik perniagaan kecil terpaksa mencari modal yang baru.
Kos tetap yang berlebihan (overhed) adalah sebab utama berlakunya kebanyakan
kegagalan dalam perniagaan kecil. Ukuran lain yang penting untuk bakal pembeli bagi
perniagaan yang hendak dibuka adalah Pusing Ganti lnventori. Sukatan ini diperoleh
dengan membahagikan purata inventori (separuh daripada jumlah inventori awal dan
inventori akhir)dengan kos barangan yang dijual dalam tempoh tertentu.
Lazimnya, pemilik perniagaan mestilah berusaha untuk mendapatkan pusing ganti
inventori setinggi yang mungkin tanpa stok yang berlebihan. Dengan pusing ganti yang
cepat, paras inventori menjadi lebih rendah. Inventors yang berlebihan juga
menyebabkan banyak kegagalan perniagaan kecil. Nisbah jualan-bersih-belum terima
juga boleh digunakan sebagai ukuran dalam pengurusan perniagaan kecil. Apabila
urusan firma banyak members kredit. nisbah ini digunakan untuk menganggar purata
tempoh kutipan. Analisis ini akan mendedahkan beberapa aliran penting dan tanda-
tanda bahaya. Peningkatan nisbah menandakan potensi kekurangan modal kerja; jika
perniagaan ingin sentiasa membayar bil-bilnya sendiri dan memperoleh untung, is
sebaliknya mestilah menerima bayaran dengan cepat bagi barangan yang dijual atau
perkhidmatan yang diberikan. Secara amnya, purata tempoh kutipan tidak melebihi
kematangan bersih yang ditunjukkan oleh syarat-syarat penjualan iaitu 10 hingga 15
hari.

 Daripada Oswald D. Bowlin, John D, Martin dan David F. Scott ( 1995 ), dalam buku
‘Panduan Analisis Kewangan’, Nisbah Kecekapan atau nisbah pengurusan aset
mengukur keberkesanan sesebuah firma itu menggunakan asetnya untuk
menjanakan jualan. Maknanya, firma yang amat cekap ialah firma yang menggunakan
pelaburannya dalam aset untuk menjanakan aras hasil jualan yang setinggi mungkin.
Kita akan membincangkan empat ukuran kecekapan penggunaan aset, khususnya,
nisbah pusing ganti belum terima, nisbah pusing ganti inventori, nisbah pusing ganti
aset tetap, dan nisbah pusing ganti jumlah aset. Nisbah pusing ganti belum terima
mencerminkan bilangan kali firma mengutip, akaun belum terimanya dalam setahun dan
dihitung seperti yang contoh berikut:

Nisbah pusing ganti belum = Jualan kredit tahunan / Akaun belum terima
terima = RM 22 703 229 / RM1 438 929
= 15.8 kali

Justeru itu, PBC memusing ganti akaun belum terimanya lebih kurang 16 kali setahun
atau lebih kurang setiap 23 hari (365 / 15.8). Angka 23 hari itu disebut sebagai tempoh
kutipan purata dan digunakan jugs sebagai ukuran keberkesanan sesebuah firma
menggunakan pelaburan dalam akaun belum terimanya untuk menjanakan jualan.
Kecekapan firma mengurus inventorinya ditunjukkan oleh nisbah pusing ganti
inventori firma itu, yang dihitung seperti yang berikut:
Pusing ganti inventors = Kos barang dijual / Inventors

= RM15 208 914 / RM1 397 248

= 10.9 kali

Justeru itu, PBC memusing ganti inventorinya 10.9 kah setahun, atau lebih kurang 34
hari.
Dua nisbah kecekapan terakhir yang akan kita takrifkan adalah berkenaan
dengan agregatan aset. Yang pertama ialah nisbah pusing ganti aset tetap dan
yang kedua ialah nisbah pusing ganti jumlah aset. Nisbah pusing ganti aset tetap
PBC dihitung seperti yang berikut:

Pusing ganti aset tetap = Jualan / Jumlah aset

= RM 22 703 229 / RM7 147 910

= 3.18 kali

Nisbah pusing ganti jumlah aset dihitung dengan cara yang serupa, seperti berikut:

Pusing ganti jumlah aset = Jualan -- Jumlah asset

= RM 22 703 229 / RM 11 681 738

= 1.943 kali

Justeru itu, PBC mempunyai jumlah jualan yang agak besar berbanding dengan jumlah
pelaburannya dalam aset (malah lebih kurang dua kali).
NISBAH LAVERAJ
 Daripada Roslan Abd Jelani dan Azman Shamsuddin ( 1995 ), dalam buku ‘Asas
Pengurusan Perniagaan Kecil’ mengatakan nisbah laveraj juga disebut sebagai nisbah
keumpilan. Dalam perniagaan meminjam wang untuk menghasilkan wang
sememangnya perlu. Oleh sebab modal ekuiti tidak perlu dibayar balik, jadi adalah
lebih selamat digunakan modal ini daripada modal hutang. Apabila hubungan pem-
bahagian hasil tambah liabiliti semasa dan liabiliti tetap firma ini melampaui 100 peratus,
ekuiti pemiutang dalam aset perniagaan melebih ekuiti pemilik. Bank perdagangan,
Pentadbiran Perniagaan Kecil, dan autoriti lain merasakan nisbah ini tidak boleh
melebihi 75 peratus daripada ekuiti pemilik, malahan dalam sesetengah perniagaan
peratus ini adalah lebih kecil lagi.

http://www.scribd.com/doc/4424102/Analisis-Kewangan

You might also like