Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN LUAR

PUSAT KOKURIKULUM NEGERI SABAH


ZON PANTAI TIMUR

Tajuk : Kem Solo

Masa : 7 jam

Lokasi : Ladang Sawit, Kg Semulung, Sepagaya.

Matlamat :

Melahirkan peserta yang mempunyai ketahanan diri dari segi mental dan fizikal dan
dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan serta berupaya bertindak secara
spontan dalam menghadapi situasi kecemasan.

Objektif :

Psikomotor:
1. Menguji ketahanan fizikal dan mental.
2. Membina keyakinan diri, sikap bertanggungjawab, toleransi dan tenang
dalam menghadapi cabaran.

Kognitif :
1. Peka dan prihatin terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam semulajadi.
2. Mementingkan ciri-ciri dan aspek keselamatan.

Afektif :
1. Memupuk semangat kerjasama dan keseronokan dalam aktiviti.

Bilangan Jurulatih : 15 Orang

Aktiviti yang dicadangkan ( Pengisian Aktiviti )

1. Berkhemah seorang diri


2. Aktiviti Ikhtiar Hidup
- Menghidupkan api
- Memasak tanpa bekas
- Mendirikan khemah
3. Pendidikan Alam Semulajadi
- Mengenalpasti jenis serangga pada waktu malam
- Bunyi-bunyi burung dan serangga
1
Pelaksanaan / Pengurusan

A. Sebelum Aktiviti :

1. Pembahagian tugas kepada jurulatih


- Jurulatih aktiviti
- Jurulatih peronda/pemandu
- Jurulatih peronda bebas
2. Penyediaan tapak perkhemahan
- Memeriksa / menjejak kawasan
- Menanda tapak
- Menyediakan peta lakaran
- Menyediakan nombor mengikut bilangan peserta
3. Menyediakan peralatan

B. Semasa Aktiviti :

1. Bacaan doa.
2. Taklimat tentang peraturan dan prosedur aktiviti.
3. Pembahagian peralatan.
- Ponco
- Tali rapia
- Mancis
- Mess tin
- Catuan kering – Telur, roti, biskut dll.
- Wisel
4. Rondaan oleh jurulatih bertugas
5. Menyiapkan tugasan – Pendidikan Alam Semulajadi

C. Selepas Aktiviti :

1. Laporan daripada setiap kumpulan.


2. Memastikan kawasan aktiviti bersih dan tidak meninggalkan sebarang
kesan pembakaran.
3. Memastikan semua peralatan yang dipinjam dikembalikan dalam keadaan
mencukupi dan bersih.
4. Sesi sumbangsaran bersama peserta tentang pengalaman yang dilalui.
5. Rumusan dan penilaian oleh jurulatih aktiviti.
6. Laporan kepada jurulatih bertugas.

2
Langkah – langkah Keselamatan

1. Memastikan lokasi yang dipilih selamat dan jauh dari kawasan pemburuan dan
ancaman binatang buas.
2. Membuat penanda keselamatan bagi kawasan-kawasan larangan.
3. Tidak dibenarkan meninggalkan kawasan perkhemahan tanpa kebenaran
jurulatih.
4. Penggunaan wisel tidak dibenarkan sama sekali kecuali dalam situasi
kecemasan.
5. Memberikan kata laluan kepada peserta dan jurulatih.
6. Menyediakan peti pertolongan cemas.

Peralatan

1. Ponco
2. Wisel
3. Alas tidur
4. Belerang
5. Mancis
6. Mess tin
7. Tali Rapia
8. Air minum
9. Lilin
10. Alat tulis
11. Parang kecil / pisau bersarung
12. Beg galas
13. Bahan bacaan yang bercorak agama
14. Peti pertolongan cemas
15. Pita penanda keselamatan (Merah / Putih)
16. Spray
17. Walkie – Talkie
18. Peralatan lain yang difikirkan perlu

Panduan Aktiviti

1. Pengurusan
1.1 Penubuhan Jawatankuasa kerja
1.2 Pembahagian Tugas Jurulatih
- Jurulatih aktiviti
- Jurulatih pemandu / peronda
- Menubuhkan 6 kawasan (A-F) dan tiap-tiap kawasan dengan seorang
jurulatih.Tiap-tiap jurulatih perlu benar-benar memahami kawasan tapak
pesertanya

1.3 Jurulatih bebas perlu dilantik


1.4 Melantik jurulatih di sektor kawalan
- Stesen I – bagi sektor A-C
- Stesen II – bagi sektor D-F
3
1.4.1 Melantik kumpulan Urusetia sebagai pembantu
1.5 Melantik kumpulan pembantu bagi markas kawalan bagi stesen I dan II serta
kumpulan Urusetia

2. Penyediaan tapak perkhemahan sehari sebelum aktiviti dijalankan

2.1 Memeriksa – menjejak kawasan


2.2 Menanda tapak-tapak perkhemahan individu
2.3 Menyediakan peta lakaran tempat / kawasan khemah
2.4 Menyediakan kumpulan dan jurulatih pemandu / peronda

3 Taklimat

3.1 Beri taklimat kepada semua jurulatih sehari lebih awal


3.2 Peserta diberi taklimat dan dibahagikan dalam kumpulan-kumpulan sebaik-baiknya
apabila aktiviti hendak dimulakan
3.3 Ration / Catuan kering hendklah diberikan kepada peserta pada masa ini

4 Garis panduan rondaan malam oleh jurulatih

a. Rondaan

- Rondaan dijalankan oleh jurulatih yang bertanggungjawab terhadap


kawasan berkenaan
- Rondaan oleh Jurulatih bebas boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja
- Rondaan tidak sekali-kali mengganggu peserta
- Rondaan kem hendaklah dilakukan oleh dua orang jurulatih dan bertiga
jika jurulatih perempuan ada sama
- Tidak sekali-kali dibenarkan meronda berseorangan.

b. Masa Meronda

- Jurulatih bertanggungjawab terhadap kawasannya


- Jurulatih bebas tidak ditentukan masa

c. Kawasan Rondaan

- Jurulatih hanya meronda di sektornya sahaja


- Jika terpaksa melintasi sektor lain sewaktu menuju ke kawasan sektornya,
penggunaan lampu suluh hendaklah dielakkan
- Jurulatih bebas boleh meronda di kawasan-kawasan yang difikirkan perlu.

d. Markas Kawalan

- Kawasan Urusetia
- Stesen I
- Stesen II
- Markas kawalan akan memberikan bantuan setelah menerima isyarat dan
memberitahui Urusetia melalui isyarat walkie-talkie
4
e. Komunikasi / Bantuan

- Jurulatih tidak dibenatkan membuat sebarang komunikasi dengan peserta


kecuali benar-benar perlu

f. Penggunaan lampu

- Hanya sebuah lampu suluh boleh dipasang semasa membuat rondaan


- Menyuluh kawasan perkhemahan peserta tidak dibenarkan
- Memenimakan penggunaan lampu semasa membuat rondaan

g. Pembantu

- Pembantu-pembantu yang ditetapkan dibenarkan tinggal berkawal


bersama jurulatih di markas kawalan sahaja
- Pembantu tidak dibenarkan membuat rondaan bersama jurulatih
- Pembantu akan memberi bantuan jika berlaku kecemasan atau jika
diperlukan.

h. Peraturan-peraturan untuk peserta

- Pergerakan masuk / keluar mengikut urutan nombor


- Pergerakan keluar akan diberitahu oleh jurulatih yang bertanggungjawab
- Peserta dikehendaki pulang ke kawasan kem dan seterusnya akan
membuat laporan kepada jurulatih aktiviti
- Setiap peserta dikehendaki membawa pulang nombor masing-
masing.Peserta yang pulang tanpa nombor perlu kembali ke tempat
perkhemahan untuk mengambil nombornya
- Peralatan yang dibawa disediakan oleh peserta dan juga pihak pengelola
- Tidak dibenarkan berkomunikasi dengan peserta lain
- Tidak dibenarkan keluar dari lingkungan 2 meter dari kawasan
perkhemahan
- Penggunaan wisel tidak dibenarkan sama sekali kecuali dalam situasi
kecemasan
- Tiupan wisel berterusan jika berlaku kecemasan, sehingga bantuan tiba.
- Tidak dibenarkan memusnahkan kawasan alam semulajadi
- Pembakaran dilarang kecuali untuk aktiviti memasak
- Ponco hanya dibenarkan didirikan di kawasan yang dibenarkan sahaja.
- Kata laluan hendaklah digunakan jika bertemu dengan jurulatih peronda
dan sebagainya.

You might also like