Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

P.

RAMLEE
P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak
Puteh dilahirkan pada 22 Mac 1929 di Pulau Pinang. Beliau
merupakan seorang lagenda tanah air yang juga simbol
kehebatan dunia perfileman dan muzik Melayu.

Bapanya, Teuku Nyak Puteh adalah seorang ketua kumpulan


sandiwara Asmaradana. Beliau berkahwin dengan Che Mah
yang ketika itu seorang janda ( widow tanpa anak ) pada tahun
1925. P. Ramlee pernah berkahwin tiga kali. Kali pertama
beliau berkahwin dengan Junaidah Daeng Harris pada 1950
tetapi perkahwinan hanya bertahan selama empat tahun.
Perkahwinan kedua P. Ramlee adalah dengan  Noorizan Mohd
Noor pada 6 Februari 1955, seorang kerabat diraja negeri
Perak yang sanggup meninggalkan alam istana demi orang
yang dicintainya itu. Kali terakhir adalah dengan  Salmah
Ismail (Saloma) pada 21 November 1961. Wanita dalam hidup
P. Ramlee menyintai beliau atas sebab-sebab yang berbeza. Isteri pertama beliau, Junaidah, menyintai P.
Ramlee ketika beliau masih belum ternama manakala Norizan menyintai P. Ramlee sebagai seorang
seniman dan pembikin filem yang terkenal. Walau bagaimanapun, Saloma menyintai P. Ramlee
seadanya iaitu sebagai seorang seniman dan sebagai seorang yang biasa yang menyebabkan Saloma
menjadi teman hidup sehati sejiwa beliau sehingga ke akhir hayat.

Ketika masih di alam remaja, bakat P.Ramlee terserlah dengn kebolehannya bermain alat muzik seperti
ukulele, gitar, biola, piano, saksofon, trompet, zilofon dan beberapa instrumen lain.

Karier P. Ramlee sebagai anak seni bermula di Singapura bersama Malay Film Productions (MFP).
Beliau mula berlakon, menyanyi dan mencipta lagu. Barangkali boleh dikatakan P.Ramlee juga
mencetuskan pelbagai ikutan terutama menerusi dialog-dialog popular daripada filemnya seperti “cobaan”
atau “mambang” (Pendekar Bujang Lapok) yang sering digunakan untuk memberi deskripsi kepada
makhluk ghaib dalam kebanyakan filemnya yang berunsur komedi.

Sehingga hari ini filem P. Ramlee masih menjadi pujaan ramai dan tidak dinafikan menjadi inspirasi
kepada kebanyakan penggiat seni tempatan. Malah lagu-lagu dendangan dan ciptaan beliau sehingga
hari ini masih kukuh di sanubari kebanyakan rakyat Malaysia.

Bak pepatah “ Patah tak tumbuh lagi”, P.Ramlee seorang lagenda tanah air yang tiada gantinya.
Peninggalan seni beliau meninggalkan sejarah yang mendalam dalam membentuk budaya masyarakat
Malaysia.

P.Ramlee telah meninggal dunia pada 29 Mei 1973 di rumahnya di Jalan Dedap, Furlong Estate, Setapak
akibat serangan jantung.

You might also like