Ternakan Rega-1

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Jabatan Perikanan Malaysia

Kampung Pulau Sayak, KEDAH.


n

Helaian Maklumat
Ternakan Rega
Y-022-3(4)

PUSAT PENGELUARAN DAN PENYELIDIKAN BENIH UDANG KEBANGSAAN,


Jabatan Perikanan Malaysia,
Kampung Pulau Sayak,
08500 Kota Kuala Muda,
KEDAH, MALAYSIA.
Tel: 04-437 4021 Faks: 04-437 4470
Email: pppbuk@po.jaring.my
HELAIAN MAKLUMAT 51795068.doc
Ternakan Rega
1.0 Penyediaan tangki

Dua hari sebelum ternakan dimulakan tangki ternakan di sediakan. Tangki diisi
air dan dibubuh agent pencuci tangki seperti natrium hipoklorit sebanyak 100 ppm.
Tangki direndam semalaman. Keesokan hari air dibuang dan kekotoran diberus. Tangki
kemudian dibilas dan dibiarkan kering.

2.0 Penstokan benih

Tangki asuhan larva diisi air masin yang ditapis dengan penapis 10 mikron
keparas ¾ paras tangki. Rega ikan distok kedalam tangki mengikut kadar 30 larva per
liter air.

3.0 Pemakanan makanan hidup

Larva diberi makan makanan hidup, rotifer (Brachionus sp) pada hari kedua
dengan kadar 10 – 20 rotifer per liter air. Makanan ini diberi setiap hari sehingga ke hari
lima belas hari ternakan. Makanan hidup kedua, naupli Artemia diberi kepada larva pada
ke 10 hari ternakan pada kadar 2-5 naupli Artemia per liter air. Makanan ini diberi setiap
hari hingga hari ke 25 hari ternakan.

4.0 Makanan rumusan

Makanan rumusan saiz 150-300 mikron diberi kepada larva pada hari ke 15 pada
kadar 20% berat badan. Makanan ini diberi setiap hari sehingga hari ke 21 hari ternakan.
Makanan rumusan saiz 400-800 mikron diberi kepada larva pada hari ke 21 pada kadar
20% berat badan. Makanan ini diberi setiap hari sehinga hari ke 30 hari ternakan.
Makanan rumusan saiz 1.0mm diberi pada hari ke 30 hari ternakan sehingga larva
mencapai saiz 2.5cm.

5.0 Pengurusan air

Air asuhan larva ditukar secara berterusan pada kadar 10% mulai hari ke3
ternakan hingga hari ke7 hari ternakan. Pertukaran ditingkatkan pada kadar 20%, 40%,
60%, 100% pada hari ke7-10, 11-25, 26-30, 31-40 masing-masing.

Pemeriksaan mutu air dijalankan setiap hari. Mutu air yang disampel ialah suhu,
kemasinan, oksigen terlarut, pH, ammonia. Mutu piawai air ternakan seperti suhu: 28-
30oC; kemasinan:28-30 ppt; oksigen terlarut: 3-6ppm; pH: 6.8-8.5, Ammonia kurang dari
2ppm.

6.0 Pembersihan dasar tangki

Mukasurat 2 / 4
HELAIAN MAKLUMAT 51795068.doc
Ternakan Rega

Pembersihan dasar tangki dimulakan pada hari ke7 hari ternakan menggunakan
alat saifon. Pembersihan dilakukan setiap hari untuk membuang kekotoran dan sisa
makanan yang boleh menurunkan kualiti air.

7.0 Pengredan larva ikan

Tumbesaran larva ikan tidak serata dan ciri kanabilisma akan berlaku apabila
larva meningkat umur 15 hari. Pengredan larva ikan perlu dilakukan dengan
menggunakan alat pengred. Pengredan perlu dilakukan setiap lima hari bermula pada hari
ke15 asuhan larva ikan. Larva ikan yang telah digred ditempatkan ke dalam tangki yang
berasingan. Larva ikan yang telah digred, dirawat dengan bahan kimia, acriflavin (1-2
ppm), atau ebazine (2 ppm).

8.0 Kadar penstokan larva ikan

Kadar penstokan larva ikan bergantung kepada kadar penukaran air. Penstokan
awal larva ikan ialah 30 larva per liter air. Kadar penstokan selanjutnya dikurangkan
kepada 15 larva per liter air selepas pengredan pertama dijalankan pada hari ke 15 hari
ternakan. Kadar penstokan boleh di kurangkan setiap 7 hari ke kadar 7 larva per liter.

9.0 Pemantauan makanan hidup dalam tangki

Makanan hidup dalam tangki asuahan dipantau setiap hari dengan menggunakan
kaedah persampelan rawak. Air asuhan disampel dan dipantau di bawah mikroskop.
Bilangan makanan hidup di hitung dalam 1ml sampel air di atas Rafter-Sadgweigh
counter ‘ dibawah mikroskop.

10.0 Pemantauan Larva ikan

Tahap aktiviti kecergasan larva dipantau setiap hari. Sanpel ikan diambil
menggunaka bikar kaca 500 ml. Kecergasan dan tahap pengambilan makanan
diperhatikan dengan mata kasar. Larva yang aktif berenang dan mempunyai abdomen
besar menunjukkan tahap kecerdasan yang baik

11.0 Pengutipan hasil

Pengutipan hasil dijalankan untuk tujuan pengredan, pengurangan kadar


penstokan dan penghantaran benih. Pengutipan hasil dlakukan dengan menggunakan
hapa yang ditempatkan di out-let tangki. Hapa yang bemata pukat 1mm ini di tempatkan
didalam tangki supaya air sentiasa bertakung apabila larva atau benih dilepaskan dari

Mukasurat 3 / 4
HELAIAN MAKLUMAT 51795068.doc
Ternakan Rega
tangki. Hapa ini perlu dibekalkan dengan air laut yang bersih dan juga pengudaraan yang
cukup. Larva ikan yang di tuai dianggar bilangannya. Anggaran dibuat dengan mengira
500 ekor larva ikan sebagai sampel dan bilangan larva seterusnya dianggar berdasarkan
sampel itu.

12. 0 Rekod

Setiap aktiviti yang dijalankan perlu direkodkan. Antara rekod yang perlu ialah
tarikh,jumlah rega yang dimasukkan, kapasiti air, mutu air, kadar hidup, kadar
tumbesaran, jenis-jenis makanan yang dibekalkan, bilangan makanan hidup yang terdapat
dalam tangki dan bilangan hari ternakan. Penggunaan bahan kimia untuk ‘treatment’ juga
perlu direkodkan.

Mukasurat 4 / 4

You might also like