Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

PERATURAN PERTANDINGAN

1. Dua (2) orang pemain yang bertanding akan berkedudukan secara mengadap.
2. Kedua-dua pemain yang bertanding akan memulakan permainan dengan
menapak/ jalan secara serentak dengan mencapai buah di kampung masing-masing
dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan
dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.
3. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam
kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti,
sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri atau di kampung pihak lawan.
4. Pemain dikira mati giliran menapak/jalan ialah jika buah/guli akhir masuk ke
mana-mana rumah kosong. Pemain lawan akan mendapat giliran menapak/jalan.
5. Buah/guli dimasukan satu demi satu ke dalam rumah dengan mengelilingi
kampung rumah papan congkak dalam keadaan tangan genggam terngadah
mengikut giliran masing-masing untuk meneruskan permainan.
6. Pemain tidak dibenarkan untuk melangkau atau memintas.
7. Setiap kali tiba di rumah ibu sendiri hendaklah dimasukkan juga satu biji
guli/buah tetapi tidak untuk rumah lawan. Tetapi jika guli/buah termasuk dalam
ibu pihak lawan, buah/guli tersebut adalah kepunyaan pihak lawan.
8. Buah/guli terakhir yang masuk ke rumah isi mestilah dilepaskan genggaman dulu
sebelum mengambil buah/guli yang ada di rumah tersebut dan kembali
menapak/jalan.
9. Pemain hanya boleh menikam setelah melalui kampung lawan sahaja. Tikam
layar adalah ditegah.
10. Setiap buah/guli yang telah disentuh hendaklah diambil untuk menapak/jalan dan
pemain hanya dibenarkan untuk berfikir selama lima (5) saat sahaja.
11. Mana-mana rumah terbakar tidak boleh ditanda. Baki disimpan di rumah ibu
sendiri. Buah/guli yang masuk ke rumah terbakar hendaklah dimasukan ke
dalam ibu pihak lawan.
12. Permain akan bermain sehingga masa yang ditetapkan untuk bermain tamat.
13. Pergiraan mata adalah mengikut bilangan guli yang terbanyak dalam ibu
congkak dalam sesuatu kumpulan.

You might also like