Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

ELEMEN 2

SEJARAH SEKOLAH

TAJUK
SEJARAH SEKOLAH

ISI KANDUNGAN
Tajuk

Isi Kandungan

Penghargaan

Objektif Kajian

Kaedah Kajian

Hasil Kajian

Rumusan

Lampiran

Rujukan
“Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang”

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan pertolonganNya,

dapat saya menyiapkan kerja kursus Sejarah Sekolah Saya ini. Saya Adzman Bin Abdul

Wahab ingin menguacapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak.

Setinggi penghargaan saya rakamkan kepada kedua ibu bapa Abdul Wahab Bin

Abdul Aziz dan Affidah Bt.Mohd yang sentiasa memberi dorongan serta sumbangan dalam

bentuk modal sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada guru sejarah saya iaitu Cikgu Wan Siti

Rohani Binti Wan Azam. Tanpa tunjuk ajar atau bimbingan beliau mustahil dapat saya

melengkapkan dan menjayakan kajian ini.

Tidak lupa juga kepada adik beradik saya iaitu Atiqah Bt Abdul Wahab dan Adzam

Bin Abdul Wahab yang telah memberikan sokongan untuk menyiapkan folio ini.
Selain daripada memenuhi kriteria pemarkahan mata pelajaran Sejarah, kerja kursus ini

juga memerlukan beberapa objektif atau matlamat yang lain.

Objektif yang pertama adalah untuk mengenali lebih tentang sekolah saya iaitu Sekolah

Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib dengan lebih mendalam.

Selain itu, dengan membuat folio ini, saya dapat mengamalkan nilai murni yang diwarisi

bersama dalam warga sekolah.

Akhir sekali, saya dapat mengenali lebih tentang nama dan lambang sekolah serta saya

dapat memupuk rasa bangga dan cinta terhadap sekolah saya.


Bagi memperoleh maklumat dan fakta – fakta sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan

Abdul Rahman Talib, beberapa kaedah kajian telah digunakan. Kaedah – kaedah ini adalah

kaedah temu ramah, penyelidikan dan pemerhatian yang membolehkan saya mendapat

maklumat dengan cepat dan tepat.

KAEDAH PENYELIDIKAN

Saya telah membuat penyelidikan di perpustakaan sekolah dan melayari laman web

sekolah. Segala fakta dan maklumat yang diperolehi, dikumpul, ditafsir dan dianalisiskan

terlebih dahulu sebelum dijadikan bahan tulisan.

KAEDAH PEMERHATIAN

Saya telah memerhatikan keadaan fizikal bangunan dan lokasi sekolah ini. Saya telah

menggunakan kamera dan buku catatan bagi mendapatkan lagi maklumat. Kaedah ini telah

membantu saya menerangkan sejarah, usia, bentuk bangunan dan maklumat – maklumat lain

yang berkaitan dengan Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib.


KAEDAH ANALISIS

Semua data dan maklumat yang diperoleh akan dianalisisterlebih dahulu. Segala

maklumat adalah tepat , tidak berlaku pencanggahan dan pemalsuan tentang fakta sekolah.

SEJARAH SEKOLAH
Diasaskan pada 12 Januari 1964 sempena nama Menteri Pelajaran Malaysia yang ke –

2 iaitu Dr Abdul Rahman Talib. Dirasmikan pada 12 Jun 1967 oleh YB En Mohd Khir Johari

Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu. Antara sekolah aliran Melayu yang pertama di

Malaysia. Pada 1972, SMART dijadikan 2 sekolah berasingan iaitu SMART1 (Tingkatan 4,5

aliran Sains dan Tingkatan 6 aliran Sains) dan SMART 2 (Tingkatan 4,5 aliran sastera dan

Tingkatan 6 aliran sains). Pada 1973, sekolah ini disatukan semula. Pada 11 Oktober 1980,

perasmian bangunan tambahan (Blok B dan C) oleh KDYMM Pemangku Sultan Raja

Pahang iaitu Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad AL-Mustain Billah. Menjelang 1986,

sekolah ini dipilih sebagai Sekolah Rancangan Khas oleh Jabatan Pendidikan Negeri Pahang

(Sekolah Kawalan Negeri). Sekolah ini menjadi Sekolah Bestari mulai 1999 dan mendapat

tempat Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan 2001.

SMART tersenarai sebagai sekolah harian cemerlang peringkat kebangsaan, sementara di

peringkat negeri, SMART sentiasa menduduki senarai teratas sekolah harian. Pada 30 Mac

2007, SMART terpilih menjadi anatara sekolah Kluster di Malaysia.


Biru Emas
Merah

Bintang emas

bulatan

Bintang
arabes
Jalur gemilang

Logo sekolah Smart mempunyai banyak maksud. Warna merah dalam logo sekolah
bermaksud pemikiran yang kreatif dan kritikal. Warna biru pula bermaksud aspirasi yang
tinggi. Warna emas dalam logo bermaksud individu yang ideal dan cemerlang. Bintang emas
dalam logo smart bermaksud individu yang ideal sebagai sumber inspirasi. Jalur gemilang
bermaksud tiga kaum utama yang bersatu dan hidup dalam harmoni. Selain itu, jalur
gemilang juga bermaksud buku terbuka dan jalur komunikasi sebagai sumber maklumat dan
tangan terbuka yang berdoa, mencari berkat dan mengucapkan terima kasih. Manakala
bintang arabes bermaksud penekanan pada ilmu pengetahuan dan teknologi berdasarkan
islam. Akhir sekali, bulat dalam logo Sekolah SMART bermaksud kesempurnaan dan
globalisasi untuk bentuk dan berkongsi maklumat
SMKART adalah singkatan untuk SMART. K dan A saling berkaitan untuk membentuk

SMART sesuai dengan aspirasi dan kedudukan sebagai sekolah SMART. Warna merah

bermaksud aspirasi tinggi manakala warna kuning bermaksud yang sangat baik dan ideal

individu. Warna biru pula bermaksud pemikiran yang kreatif dan kritis.
COGANKATA~
ILMU IHSAN BESTARI

MOTTO~
SMART MANTAP BERKUALITI

SLOGAN~
SAYA INSAN CEMERLANG
SMART PASTI GEMILANG
LAGU SEKOLAH

SMART
ILMU IHSAN BESTARI
Melahirkan insan berkualiti
Di bidang sains dan teknologi

SMART ILMU IHSAN BESTARI


Melahirkan insan bertaqwa
Demi bangsa dan Negara
Akademik dan sukan aspirasi
Wawasan
Agama dan budaya teras insan
Mulia

SMART
ILMU IHSAN BESTARI
MISI~

Memberi pendidikan yang holistik, untuk melahirkan,


insan terbilang melalui permuafakatan bestari.

VISI~

SMART~ Pendidikan cemerlang, modal insan terbilang.


1) Zulkifli Mohd. Hasyim (1964-1966)
2) Mohd. Ghazali Hanafiah (1966)
3) Eric Yeoh Teck Siang (1967-1968)
4) Dr. Wan Zahid Mohd. (1968-1969)
5) Nawawi Mohd. Pait (1970-1971)
6) Ahmad Bin Hassan (1972-1974)
7) Mohd Hasyim Abd. Malik (1982-1985)
8) Hj. Mohd Fadzli Hj. Abdul Malik (1986-1987)
9) Tn. Hj. Ahmad Busu (1988)
10) Zainuddin Hj. Jumaat (1988-1989)
11) Dato Hj. Abd. Rahim Hj. Mohammad (1988-1989)
12) Tn Hj. Ibrahim Yaacub (1989-1992)
13) Tn. Hj. A Rahim Noh (1992-1993)
14) Hj. Mohd. Nasir Hj. Abdullah (1993-1995)
15) Hj. Abd. Rasyid Hj. Abd Samad (1995-1997)
16) Pn Hjh Rubiah Bt. Haji Sidin (1997-2004)
17) Datin Hjh Maizidah bt Raja Mohd (2004-2006)
18) Pn Hajah Normah Bt. Haji Abu Bakar (2006-sekarang)
Sekolah SMART mempunyai 18 orang pengetua yang telah mentadbir sekolah ini

dengan cemerlang, gemilang, dan terbilang. Pengetua yang pertama mentadbir

sekolah ini ialah Zulkifli Mohd. Hasyim yang telah mentadbir SMART selama 2

tahun bermula dari 1964-1965. Pengetua yang berikut ialah Mohd. Ghazali Hanafiah

(1966). Seterusnya ialah pengetua dari bangsa cina iaitu Eric Yeoh Teck Siang (1967-

1968). Kemudian ialah Dr. Wan Zahid Mohd. (1968-1969). Seterusnya ialah, Nawawi

Mohd. Pait (1970-1971). Seterusnya ialah Ahmad Bin Hassan (1972-1974).

Seterusnya ialah Mohd Hasyim Abd. Malik (1982-1985). Seterusnya ialah Hj. Mohd

Fadzli Hj. Abdul Malik (1986-1987). Kemudian SMART ditadbir oleh Tn. Hj.

Ahmad Busu (1988). Seterusnya ialah Zainuddin Hj. Jumaat (1988-1989).SMART

juga telah ditadbir oleh Dato Hj. Abd. Rahim Hj. Mohammad (1988-1989) selama

setahun. Seterusnya ialah Tn Hj. Ibrahim Yaacub (1989-1992). Seterusnya ialah Tn.

Hj. A Rahim Noh (1992-1993). Kemudian SMART ditadbir oleh Hj. Mohd. Nasir Hj.

Abdullah (1993-1995). Selepas itu,Hj. Abd. Rasyid Hj. Abd Samad (1995-1997) telah

mentadbir SMART. Kemudian Pn Hjh Rubiah Bt. Haji Sidin (1997-2004) telah

mentdbir SMART selama 7 tahun. Seterusnya, Datin Hjh Maizidah bt Raja Mohd

(2004-2006). Akhirnya Pn Hajah Normah Bt. Haji Abu Bakar (2006-sekarang)dari

2006 hingga sekarang. Pn Hajah Normah mentadbir SMART dengan cemerlang,

gemilang dan terbilang. Beliau menjalankan tugas nya dengan baik, walaupun beliau

seorang yang tegas, tetapi dia sangat menyayangi anak muridnya di sekolah ini.
Setelah meneliti dan mengkaji tentang sejarah sekolah, saya mendapati bahawa kita

seharusnya berbangga dengan latar belakang sekolah kita. Sekolah ini juga mempunyai

banyak ciri – ciri yang menarik dan dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk kita semua. Saya

dapat membuat kesimpulan bahawa lambang – lambang yang ada pada sekolah ini amat unik

dan menarik sekali.

Selain itu juga, saya mendapati bahawa lambang – lambang sekolah tersebut

mempunyai maknanya yang tersendiri dan kita seharusnya berbangga dengan identity sekolah

ini.

Sebagai warga SMART, kita harus mengetahui dan memahami makna lambang –

lambang kemegahan sekolah itu.


Akhirnya, saya berharap agar kita dapat merealisasikan objektif sekolah dan menjadi

pelajar sekolah yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.

KEMEGAHAN DAN KECEMERLANGAN SEKOLAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Sekian, terima kasih


Dewan AL-FALAH

Sulop Bestari dan pintu pagar depan


Pintu pagar belakang dan blok G&H

Pondok Pengawal Keselamatan


@ Majalah sekolah ( tahun 2009 )

@ Laman web sekolah ~ www.smart.edu.my

@ Buku planer sekolah

You might also like