Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 16

Sumbangan intelektual islam dalam bidang ilmu

1.0 Pengenalan

Orang Islam telah memberi sumbangan yang begitu besar terhadap peradaban dan
tamadun manusia. Sumbangan yang paling besar ialah dan aspek agama kerana agama Islam
membawa akidah, iaitu kepercayaan terhadap Allah Yang Maha Esa. Menerusi akidah, manusia
bebas hidup tanpa ada sesuatu yang ditakutinya kecuali Tuhan. Akidah juga menjadi aspirasi
bagi manusia untuk bekerja secara ikhlas dan jujur. Oleh sebab sifatnya sarwajagat dan tidak
terbatas-batas bangsa, kaum, keturunan dan geografi menyebabkan agama Islam dapat diterima
oleh semua bangsa di dunia. Inilah antara sebab agama dan tamadun Islam berkembang di
seluruh dunia. Di samping itu, agama Islam juga menyediakan undang-undang dan peraturan
hidup manusia yang dinamakan Undang-undang Syariat yang dilaksanakan setiap masa dan
tempat. Sekiranya akidah menjadi aspirasi dan motif penggerak ke arah tamadun, maka peranan
syariat itu ialah menunjuk ajar serta memberi kaedah yang jelas kepada asas pembinaan
tamadun. Antara asas itu ialah ilmu, iman dan amal. Ini ditambah pula dengan aspek akhlak, iaitu
asas kepada pembinaan peribadi yang luhur. Kesepaduan ketiga-ketiga aspek itu akan
membentuk insan yang sempurna yang merangkumi roh, akal dan jasad. Dengan ketibaan ajaran
Islam, masyarakat Eropah tidak lagi terikat dengan kawalan atau sekatan Paus gereja Rom.
Bukan sahaja mereka tidak menghormati institusi gereja, bahkan mereka menentangnya. Seruan
agama secara paksaan yang selama mi diamalkan oleh pihak gereja telah diubah kepada cara
diplomasi dan damai.

1.1 Pengertian Ilmu

Ilmu merupakan ketibaan maklumat. Maklumat ialah sebarang perkara yang diketahui
tentang sesuatu objek. Maklumat itu boleh berupa sifat, kelakuan, data atau apa-apa sahaja yang
boleh menerangkan objek yang dicerap itu. Lebih banyak yang diketahui tentang sesuatu, lebih
banyaklah maklumat yang diperoleh. Untuk memastikan bahawa maklumat itu bersifat ilmu,
maka maklumat itu mestilah benar. Benar bermaksud maklumat itu mestilah bersifat hakiki, iaitu
tidak ada unsur keraguan sama sekali. Jika maklumat itu tidak benar, maka martabat ilmu akan
menjunam, ilmu akan rosak dan pemikiran akan kacau. Maklumat yang benar dapat dipastikan
melalui kaedah analisis, sintesis, hipotesis sesuai dengan keperluan dalam bidang tertentu tempat
ilmu itu diperoleh. Maklumat itu mestilah bermakna kepada yang menerimanya.
1
Berdasarkan tugasan yang diberikan ini, saya akan membincangkan sumbangan
intelektual islam dalam bidang ilmu iaitu sains tulen. Sains tulen dapat dikategorikan kepada
beberapa bidang iaitu bidang kimia, geologi dan biologi.

2.0 Bidang kimia

2.1Pengenalan

Perkataan “ alikimia” diambil daripada bahasa arab dan diubah ke dalam bahasa inggeris
dengan panggilan “ alchemy”. Kini ianyanditakrifkan sebagai “ bidang ilmu yang berkenaan
dengan pnukaran barang zahir-bahan kimia berbentuk gas, cecair atau pepejal– melaui tinak
balas antara bahan atau penukaran kandungan kimia melaui proses penceraian / pencernaan”.
Ilmu kimia kini telah berkembang begitu pesat. Barat mampu mengembangkan ilmu tersebut
untuk meraih berbagai kemajuan. Miskipun sebenarnya, pada mulanya ilmu kimia dirintis oleh
sarjana Islam dalam bidang tersebut, seperti Abu Musa Jabir Ibn Hayyan, yang di negeri Barat
lebih akrab dipanggil dengan sebutan Ibnu Geber. Tokoh Kimia Islam. Umat muslimin telah
merakamkan kejayaan-kejayaan yang luas dalam bidang pengajian nature, dalam mana mereka
telah mengemukakan gagasan ujian amali. Kumpulan Ikhwan al-Safa telah menulis tujuh belas
bab mengenai pengajian-pengajian ini dari jumlah bab yang terkandung di dalam tujuh puluh dua
tesis yang dikarang mereka. Penyelidik besar dan ulung dalam ilmu kimia ialah al-Razi (923m).
Buku besarnya yang berjudul “Kitabul Asrar” telah telah diterjemahkan ke bahasa Latin oleh
Gerard of Cremona. Buku ini terus merupakan sumber paling penting dalam pengajian Kimia
sehingga munculnya karangan-karangan Jabir bin Hayyan (766m). Selepas lahirnya karangan-
karangan yang akhir ini ia telah berjaya mengambil tempat paling tinggi sekali, malah selepas
abad yang ke empat belas ia telah menjadi sumber terpenting dalam pengajian Kimia dan sumber
paling berpengaruh dan kuat dalam mengarahkan pemikiran-pemikiran ilmiah baik di Timur
maupun di Barat. Ini benar-benar merakamkan nama Jabir selaku tokoh yang ulung dalam
barisan pelopor yang menajakan ilmu kimia dan memperkembangkannya dalam jurusan teori
dan amali. Al-Jahiz (868m) dalam penyiasatan-penyiasatan kimianya telah berjaya menghasilkan
ammonia dari tahi binatang menerusi distilasi kering. Al-Tifasyi (1253m) telah menulis sebuah
tesis yang berjudul “Azhar-ul-Afkar di Jawahir Ahjar” dalam mana beliau mengupaskan unsur-
unsur dua puluh empat jenis batu-batu permata dan tabiatnya. Al-Bayruni telah melakukan
penyiasatan dalam bidang ini dan beliau telah mengemukakan dalam buku-bukunya yang

2
membicarakan tentang ilmu fizika, beberapa hasil pengajian yang boleh dikatakan lengkap
tentang kepadatan spesifik (specific gravity) delapan belas jenis logam dan batu-batu permata.

2.2 Sumbangan Intelektual islam dalam bidang kimia

1) Jabir/Gaber Ibn Hayyan (750-803 Masihi)

Beliau ialah Abu Musa Al Asadi Al Tusi dan dikenali juga dengan gelaran Al Harani. Lahir dan
wafat di Kufah, Iraq. Merupakan seorang ahli falsafah dan kimia tua. Beliau hidup di zaman
Khalifah Harun Al Rasyid beliau digelar Bapa Kimia Dunia, mahaguru kimia Arab dan Bapa
Kimia. Bidang kimia yang di pelopori orang Islam mencapai kemuncaknya dengan cepat dalam
abad ke-8 dengan kemunculan Jabir Ibn Hayyan. Beliau menghasilkan banyak penulisan yang
kemudiannya ditambah lagi oleh penuntut-penuntutnya yang menulis mengikut doktrin Jabir.
Himpunan hasil penulisan ini dikenali sebagai "Korpus Jabir". Di antara yang dipeloporinya
olehnya ialah penyelidikan-penyelidikan tentang kalsinasi (calcination) dan mengembalikan
logam kepada asalnya dengan menggunakan oksigen. Begitu juga beliau telah memperbaiki cara-
cara penguapan, sublimasi, peleburan, dan penghabluran atau kristalisasi. Beliaulah yang telah
membancuh asid asitik, asid sulfurik dan asid nitrik. Beliau juga telah menemui bahawa emas
dan perak boleh hancur dalam campuran asid sulfurik dan nitrik. Antara kejayaan-kejayaannya
lagi ialah Jabir telah menemui berbagai-bagai bahan kimia. Beliau telah berjaya mengasingkan
batu cetak (antimony) dan warangan (Arsenic) dari sulfide. Teori beliau mengenai unsur-unsur
galian mengatasi teori yang dikemukakan oleh Aristotle. Teorinya telah diterima oleh Barat dan
terus menjadi dasar pengajian-pengajian di Eropah setelah melalui sedikit pindaan sehingga abad
yang ke delapan belas. Sumbangan beliau, Menyumbang kepada proses menyediakan pelapisan
bahan antiair pada pakaian serta campuran bahan cat dan gris. Beliau mengembangkan teknik
peleburan emas dengan menggunakan bahan aqua regia. Idea eksperimen Jabir sekarang menjadi
dasar untuk mengklasifikasikan unsur kimia terutama pada bahan logam, bukan logam, dan
penghuraian bahan kimia. Mengemukakan kaedah percubaan sains. Antaranya kaedah sejatan,
pernyulingan, pemejalwapan, penghabluran, kaedah oksida logam bakar, percantuman dan
turunan. Jabir orang pertama yang mencipta asid galian seperti HNO3, H2SO4 dan lain-lain.
Beliau telah dapat menganalisa asid nitrik dan acetik yang tulin. Beliau mengembangkan teknik
peleburan emas dengan menggunakan bahan aqua regia.Idea eksperimen Jabir sekarang menjadi
dasar untuk mengklasifikasikan unsur kimia terutama pada bahan logam, bukan logam, dan
3
penghuraian bahan kimia.Karya beliau Jabir cukup terkenal kerana hasil penulisan yang melebihi
daripada seratus risalah dan diabadikan sehingga kini. Ada 22 risalah yang antaranya berkaitan
dengan alkimia antaranya melalui Kitab Al-Kimya, Kitab ini telah diterjemahan dan diterbitkan
oleh orang Inggeris, Robert Chester pada 1444, dengan judul The Book of the Composition of
Alchem, yang keduanya Kitab Al-Sab'een, Kitab ini telah diterjemahkan oleh Gerard dari
Cremona sementara Berthelot pula menterjemahkan beberapa buku beliau antaranya dikenali
dalam judul Book of Kingdom, Book of the Balances dan Book of Eastern Mercury. Pada 1678,
seorang berbangsa Inggeris iaitu Richard Russel mengalih bahasakan karya Jabir yang lain
dengan judul Sum of Perfection.Berbeza dengan pengarang sebelumnya, Richard adalah yang
pertama kali menyebut Jabir dengan sebutan Geber dan memuji ilmuwan itu sebagai seorang
pendeta Arab dan ahli falsafah. Buku Richard kemudiannya menjadi sangat popular di Eropah
selama beberapa abad lamanya dan telah memberi impak serta pengaruh besar kepada evolusi
ilmu kimia moden.

2. Muhammad Abu Zakariyya al-Razi (865-925M)

Belau menghasilkan "Kitab al-Asrar" dan "kitab Sirr al-Asrar" serta "al-Madkhal al-Thalim"
yang masih digunakan oleh para ahli kimia terkemudian kerana al-Razi masih mengekalkan
bahasa simbol kimia di dalam penulisannya. Sumbangan terpenting al-Razi termasuklah,
Pengkelasan benda-benda kepada logam, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Beliau juga
memberikan penerangan yang lebih teliti tentang proses pemejalwapan penyulingan,
penghabluran, penurasan dan sebagainya. Al-Razi juga menerangkan berbagai alat radas
pegujian kimia seperti bikar, kelalang, lampu nafta, relau pelebur, dan berbagai lagi.

3. Al-Kindi (875M)
Abu Yousuf Yaqub Ibn. Ishak al-Khindi.Al-Khindi dilahirkan di Kufa sekitar tahun 800
Masehi.Dalam bahasa Latin, al-Khindi dikenali sebagai Alkindus. Beliau sebenarnya seorang
yang mempunyai kepakaran dalam banyak bidang meliputi falsafah, matematik, perubatan,
astronomi, fizik, ahli geografi dan juga muzik.dalam bidang fizik pula, beliau memberikan
sumbangan yang besar dan menulis buku dalam bidang optik geometrikal. Membuat beberapa
pengujian tentang suhu dan kondensasi. Dalam bukunya berkenaan kimia pewangi dan
penyulingan, al-Kindi menerangkan proses-proses pengeluaran pewangi tiruan.

4
Selain itu, terdapat juga ilmuan islam seperti Abbas Ibn Firnas, Beliau telah memperkenalkan
teknik membuat kaca, dan lain-lain. Utarid Ibn Muhammad al-Hasib. Beliau pula menyusun
kitab "Manafi al-Ahjar" yang membicarakan berkenaan dengan sifat-sifat logam.

3.0 Bidang Geologi


3.1 Pengenalan
Sejarah mencatat begitu banyak ilmuwan Muslim yang mengkaji geologi di era keemasan Islam.
Menurut Guru Besar Universitas Yordania, Prof Abdulkader M Abed, para saintis Islam itu
mengkaji tema-tema khusus seperti mineral, batu-batuan serta permata. Sayangnya, kebanyakan
risalah itu banyak yang hilang dan tak eksis lagi. Berikut ini beberapa ilmuwan Muslim yang
mengkaji geologi antaranya Yahya bin Masawaih (wafat 857 M), beliau telah menulis tentang
permata dan kekayaannya. Al-Kindi (wafat 873 M), Menulis tiga risalah. Salah satu karyanya
yang terbaik berjudul "Gems and the Likes". Al-Hasan Bin Ahmad al-Hamdani(334 H), Menulis
tiga buku mengenai metode eksplorasi emas, perak, permata dan bahan mineral lainnya. Ikhwaan
As-Safa (pertengahan abad ke-4 H), Menulis ensiklopedia yang berisi bagian-bagian minelar
serta klasifikasinya. Abu Ar-Rayhan Mohammad Bin Ahmad al-Biruni, (wafat 1048 M). Adalah
ahli minerallogi terhebat sepanjang seharah peradaban Islam. Selain menulis Book of
Coordinates, dia juga menyusun buku berjudul Al-Jamhir fi Ma'rifatil Al-Jawahir. Yang
mengupas tentang cara mengenali permata. Buku itu dinilai sebagai kontribusi terbaik yang
disumbangkan perdaban Islam bagi studi minerallogi. Ahmad Bin Yousef Al-Tifashi, Ia menulis
kitab Azhar Al-Afkar fi Jawahir Al-Ahjar yang berisi tentang cara mengenali batu-batu mulia.
Mohammad Bin Ibrahim Ibnu Al-Akfani (wafat 1348A), menulis buku berjudul Nukhab Al-
Thakhair fi Ahwaal Al-Jawahir. Mengupas karakteristik batu-batu mulia. Geologi merupakan
cabang ilmu alam yang mempelajari bumi, komposisinya, struktur, sifat-sifat fisik, sejarah, dan
proses asal mula terbentuknya bumi serta sejarah perkembangannya..

3.3 Sumbangan Intelektual islam dengan perkembangan ilmu geologi

Ilmu ini dipandang memiliki kegunaan dan manfaat yang begitu besar. Geologi mampu
membantu peradaban Manusia dalam menemukan dan mengatur sumber daya alam yang ada di
bumi, seperti minyak bumi, batu bara, dan juga metal seperti besi, tembaga, emas dan uranium.
5
Selain itu, pengajian yang dikembangkan para saintis Islam itu juga sangat membantu dalam
menemukan zat mineral lainnya yang memiliki nilai ekonomi, seperti asbestos, perlit, mika,
fosfat, zeolit, tanah liat, pumis, kuarsa, dan silika, dan juga elemen lainnya seperti belerang,
klorin, dan helium. Sejak era kekhalifahan, umat Islam telah mampu menemukan ladang minyak
serta besi, emas dan lainnya. Menurut ilmuwan Barat bernama Fielding H Garisson yang
menyatakan bahawa pengajian geologi dimulai pada era kekhalifahan. Dalam bukunya berjudul
History of Medicine, Garisson mengatakan, “Umat Islam di abad pertengahan tidak hanya
mengembangkan aljabar, kimia dan geologi. Namun, juga telah meningkatkan dan memuliakan
peradaban.” Demikian ummat Islam memberi perhatian kepada ilmu geologi iaitu ilmu berkaitan
sifat-sifat muka bumi, pembahagian, daerahnya, iklim dan hasil-hasil buminya. Ilmu geologi
lahir sebagai rangkaian kepada perkembangan ilmu sejarah kerana sejarawan memerlukan
pengetahuan geologi dan ahli geografi memerlukan pengetahuan luas mengenai sejarah. Ummat
Islam pengasas dan membuat penerokaan yang berguna berkaitan pemetaan muka bumi dunia
seperti di hasilkan oleh al-Syarif al-Idrisi. Terdapat anggapan yang mensifatkan pencapaian
ummat Islam berkaitan geologi hasil warisan dari Greek, Parsi, Rome dan India. Pandangan ini
ditolak oleh Dr. Husain Mu’nis yang mensifatkan keahlian ummat Islam dalam bidang geologi
sebagai hasil penerokaan ummat Islam melalui tokoh pengembaranya seperti al-Istukhri, Abu
Ishak bin Mohammad al-Farisi (m. 346) dan lain-lain tokoh pengembara Islam seperti al-Balkhi
Abu Zaid Ahmad bin Sahl (235-322H), Ibn Hauqal Abu al-Qasim Mohammad bin Hauqal (m.
367H), al-Mas’udi al-Maqdisi dan lain-lain.Pencapaian ummat manusia dalam peradaban hingga
dapat mengenal beberapa dunia baru seperti Amerika oleh Colombus dan tokoh-tokoh
pengembara Barat lain adalah hasil dari gambaran teori geologi yang dihasilkan oleh ummat
Islam dalam sejarah tamadunnya, melalui tulisan-tulisan mereka.

4.0 Bidang Biologi


4.1 Pengenalan

Biologi adalah ilmu mengenai kehidupan (kaji hayat). Berasal dari kata Yunani, Bios yang
bererti hidup atau kehidupan dan Logos ertinya Ilmu. Ilmu biologi berurusan dengan ciri-ciri
fizik dan perilaku makhluk hidup pada masa sekarang dan masa lalu, bagaimana mereka tercipta
6
dan interaksi antara sesama mereka dan dengan alam sekitar.Pemahaman asas mengenai habitat,
kelakuan dan pengkelasan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Bidang ini telah dikaji dan dicatat oleh
orang-orang Islam sejak zaman Bani Umaiyah. Pada zaman tersebut mereka berminat di dalam
pembiakkan kuda dan unta, sehubungan dengan itu mereka berjaya menghasilkan suatu
penemuan asas untuk memulakan kajian dalam bidang zoologi dan biologi biak-baka. Sains
biologi merupakan suatu bidang ilmu yang bersangkutan dengan benda-benda hidup.
Pemahaman asas mengenai habitat, kelakuan dan pengkelasan haiwan dan tumbuh-tumbuhan
telah dikaji dan dicatat oleh orang-orang Islam sejak zaman Bani Umaiyah. Pada zaman tersebut
mereka berminat di dalam pembiakkan kuda dan unta, sehubungan dengan itu mereka berjaya
menghasilkan suatu penemuan asas untuk memulakan kajian dalam bidang zoologi dan biologi
biak-baka.

4.3 Sumbangan Intelektual islam dalam bidang biologi

Bidang botani telah menarik minat dan menjadi perhatian khusus pakar sains Islam
kerana kepentingan tumbuh-tumbuhan dan hasilnya dalam perubatan amat diperlukan oleh
masyarakat Islam ketika itu. Al-Riyasa Ibn Jarit (meninggal 1193M), menulis mengenai limau
dan rubab dan penggunaannya. Al-Ghafiqi dari Cordava telah berjaya mengkelaskan tumbuhan
yang dikutip dari Sepanyol dan Afrika dengan nama Latin dan Berber. Beliau telah menerbitkan
sebuah buku tentang tumbuh-tumbuhan dan 50 buah jenis pokok buah-buahan telah dijadikan
rujukan oleh pakar-pakar lain selepasnya. Al-Nabati menjalankan penyelidikan yang meluas
sehingga ke Sepanyol, Afrika Utara, Arabia dan Lautan Merah dan menghasilkan Al-Rihlah,
yang menceritakan tentang tumbuhan-tumbuhan yang dijumpainya. Murid beliau al-Baitar telah
menyusun sebuah buku yang menyenaraikan 1,400 jenis dadah yang diproses daripada binatang,
tumbuh-tumbuhan dan bahan bahan galian. Karyanya al-Mughni fi al-Adwiyah al-Mufradah dan
al-Jami'fi al-Adwiyah al-Mufradah paling berpengaruh dibidang farmakologi. Sebahagian karya
ini diterjemahkan ke dalam bahasa Latin, Perancis dan Jerman. Di kota besar seperti Cordava,
Baghdad, Kaherah dan Fez terdapat beberapa taman bunga yang cantik dan indah, menurut
Sarton pencapaian umat Islam jauh lebih dari bangsa Yunani. Asma'i dari Basrah(739-783 M)
telah menulis beberapa buah buku seperti "Kitab al-Ibil, Kitab al-Khail, Kitab al-Wuhusy, Kitab
al-Sya' (mengenai biologi haiwan) dan Kitab al-Khalq al-Insan" yang terakhir mendedahkan
mengenai anatomi manusia.Al-Jahiz telah mengkaji lebih dari 350 jenis haiwan, dan
7
menghasilkan "Kitab al-Hayawan". Kitab ini menyentuh tentang psikologi haiwan, persaingan
antara haiwan-haiwan untuk kehidupan dan adaptasi kepada alam sekitar. Al-Damiri telah
menghasilkan "Hayat al-Hayawan" dan dicetak beberapa kali di Kaherah, sebahagiannya
diterjemahkan ke Bahasa Inggeris oleh A.S.G. Jayakar.

Selain itu dalam bidang batoni juga, umat Islam telah memberi sumbangan yang besar.
Di kota-kota besar seperti Cordova, Kaherah, Baghdad dan Fez terdapat taman bunga yang
cantik dan indah. Menurut Sarton, pencapaian umat Islam dalam bidang botani adalah jauh lebih
hebat daripada pencapaian yang pernah diwarisi bangsa Yunani. Pada abad ke-12M, Ibn Arabi
telah menulis sebuah buku tentang botani. Al-Ghafiqi dari Cordova telah menerbitkan sebuah
buku tentang tumbuh-tumbuhan dan 50 jenis pohon buah-buahan. Sementara Ibn Sina turut
menghasilkan sebuah buku yang mengulas tentang tumbuh-tumbuhan. Ibn al-Baytar yang
berasal dan Andalus telah menyusun sebuah buku yang menyenaraikan 1400 jenis dadah yang
boleh diproses daripada binatang, tumbuh-tumbuhan dan bahan galian. Karyanya yang berjudul
Kitab al-Mughni fi al-Adwiyah al-Mufradah merupakan sebuah buku yang paling perpengaruh
dalam bidang farmakologi. Berikutnya, karya-karya botani yang berkaitan dengan perubatan
telah dihasilkan oleh para pengkaji yang tinggi di wilayah-wilayah Islam. Segala kajian itu telah
membantu mengenal pasti jenis akar kayu dan tumbuh-tumbuhan yang berkhasiat dan dapat
digunakan dalam bidang perubatan.

5.0 Sumbangan intelektual islam dalam perkembangan ilmu

Penciptaan dan penempatan manusia di muka bumi sebagai khalifah untuk membangun dan
mengurus kehidupan di bumi berasaskan prinsip ubudiah. Berasaskan ini pada manusia
persediaan menerima pengetahuan, menerima latihan untuk berkemahiran dan menerima didikan
kearah penghayatan akhlak yang mulia dan baik kerana aspek-aspek ini asas kepada kejayaan
dalam mengurus dan membangun bumi dengan baik ke arah kecemerlangan tamadun. Islam
memberi perhatian kepada penguasaan ilmu, berpengetahuan dan membina sifat-sifat diri dan
akhlak yang baik. Pengetahuan dari perspektif Islam sama ada ilmu agama atau keduniaan adalah
wajib. Walaupun penguasaan pengetahuan dalam beberapa disiplin ilmu seperti berkaitan
penghidupan dunia bertaraf wajib dan fardhu kifayah, bukan bererti ia tidak lebih penting dari

8
ilmu agama tetapi bermaksud penguasaan ilmu itu dikalangan komuniti ummat manusia tertentu
berasaskan pembahagian dan keperluan yang seimbang.
Pimpinan tertinggi negara dari perspektif Islam bertanggungjawab dalam menggubal
dasar pendidikan negara ke arah menentukan terdapat kumpulan individu masyarakatnya
menguasai semua disiplin ilmu-ilmu untuk pembangunan masyarakat dan negaranya. Ilmuan
Islam melalui usaha dan aktiviti penterjemahan warisan tamadun purba telah bertanggungjawab
menjaga warisan pemikiran, ilmu sains dan teknologi purba untuk terus memanfaatkannya
melalui teks terjemahannya dalam bahasa Arab. Ilmuan Islam awal melalui pengkajian semula
yang disepadukan dengan penjelasan al-Quran dapat menghasilkan huraian-huraian baru dan
dapat dimanfaatkan melalui penulisan dan huraian lanjutan yang dilakukan di institusi-institusi
yang dibangunkan seperti di Bayt al-Hikmah. Ummat Islam juga menghasilkan penemuan-
penemuan kesimpulan baru melalui penyelidikan mereka sendiri dalam pelbagai disiplin ilmu
sains dan teknologi seperti dalam lapangan perubatan, kimia dan lain. Segala warisan yang
diusahakan oleh ummat Islam telah berpindah ke tamadun Eropah akibat penjajahan kuasa
Eropah yang berjaya mengambil alih Bandar utama kekuasaan ummat Islam seperti di Cardova
dan lain-lain tempat. Pemindahan juga berlaku melalui kegiatan masyarakat zimmi dalam Negara
Islam seperti yang dilakukan oleh masyarakat Mazarabes di Andalus dan kehadiran pelajar-
pelajar dari masyarakat Eropah. Berasaskan ini, Bandar-bandar yang dibangun ummat Islam
dengan aktiviti dan institusi akademik yang dibangunkan di Bandar-bandar utama Negara Islam
menjadi jambatan pemindahan warisan pemikiran, keilmuan dan sains Islam ke dalam
masyarakat Eropah di Barat. Islam dan ummatnya dalam sejarah peradaban memberi perhatian
yang utama kepada kedua-dua ilmu Sejarah dan Geografi kerana al-Quran sendiri isyarat
terhadap kedua-dua ilmu tersebut. Al-Quran menjelaskan tentang penciptaan manusia melalui
penciptaan Adam dan Hawa. Melalui keduanya asas perkembangan zuriat manusia. Sebagai asas
pengambilan iktibar sebahagian kandungan al-Quran adalah kisah-kisah Rasul-rasul terdahulu,
ummat – ummat terdahulu dengan perlakuan dan aktiviti masing-masing dan hubungan dengan
kebangunan dan keruntuhan peradaban dan tamadun masing-masing. Ini membuktikan keperluan
mengambil iktibar dari sejarah dan tamadun ummat manusia. Allah berfirman menyatakan
antaranya: Surah al-Naml (27) ayat 69 bermaksud:“Katakanlah (wahai Muhammad)
mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana buruk kesudahan
orang-orang yang berdosa itu”. Surah al-An’am (5) ayat 11 bermaksud: “Katakanlah (wahai
9
Muhammad) mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat
buruk (yang menimpa) orang yang mendustakan Rasul-rasul itu.” Berasaskan isyarat al-Quran
tentang kepentingan mengambil pelajaran dari sejarah dari paparan kisah-kisah dalam al-Quran
telah mendorong pendisplinan laporan sejarah oleh ilmuan Islam dan pembelajarannya dalam
sejarah tamadun Islam. Objektif laporan sejarah dan pembelajarannya untuk iktibar dan
pengambaran dilakukan berasas paradigma kebenaran. Berasaskan kedudukan ini lahir tokoh
sejarawan Islam yang mengambil tanggungjawab dalam penulisan pembelajarannya dari
kalangan tabi’in seperti Urwah Ibn al-Zubair (22-93H), Hisyam Ibn Urwah (61-146H), Ibn
Syihab al-Zuhri (58-124H) dan lain. Hinggalah bagi generasi seterusnya lahir sejarawan seperti
Ibn Jarir al-Tabari (224-310H), Ibn al-Athir (555-630H), Ibn Khaldun (701-004H) dan lain-lain.
Ilmu sejarah juga kemudian menjadi pengetahuan penting dalam membantu disiplin ilmu Hadith
khusus dalam aspek penentuan kesahihan hadith Rasulullah S.A.W. Pendekatan dan metodologi
pembelajaran sejarah di kalangan ummat Islam berasas sejarah ketamadunan dengan pendekatan
sejarah politik sebagai sebahagian darinya bukan keseluruhan pembelajaran sejarah. Keadaan ini
memperlihatkan ummat Islam mendahului ilmuan Barat dalam pendekatan seperti ini kerana
ilmuan Barat baru memulakan pendekatan seperti ini hanya selepas diperkenalkan oleh Voltaire
(1694-1778M), iaitu pada awal kurun ke-18M. Demikian ummat Islam memberi perhatian
kepada ilmu geografi iaitu ilmu berkaitan sifat-sifat muka bumi, pembahagian, daerahnya, iklim
dan hasil-hasil buminya. Ilmu geografi lahir sebagai rangkaian kepada perkembangan ilmu
sejarah kerana sejarawan memerlukan pengetahuan geografi dan ahli geografi memerlukan
pengetahuan luas mengenai sejarah. Ummat Islam pengasas dan membuat penerokaan yang
berguna berkaitan pemetaan muka bumi dunia seperti di hasilkan oleh al-Syarif al-Idrisi.
Sebenarnya keahlian ummat Islam dalam bidang geografi adalah hasil penerokaan ummat
Islam melalui tokoh pengembaranya seperti al-Istukhri, Abu Ishak bin Mohammad al-Farisi (m.
346) dan lain-lain tokoh pengembara Islam seperti al-Balkhi Abu Zaid Ahmad bin Sahl (235-
322H), Ibn Hauqal Abu al-Qasim Mohammad bin Hauqal (m. 367H), al-Mas’udi al-Maqdisi dan
lain-lain. Pencapaian ummat manusia dalam peradaban hingga dapat mengenal beberapa dunia
baru seperti Amerika oleh Colombus dan tokoh-tokoh pengembara Barat lain adalah hasil dari
gambaran teori geografi yang dihasilkan oleh ummat Islam dalam sejarah tamadunnya, melalui
tulisan-tulisan mereka.

10
Berdasarkan teori dan asas pengetahuan pelbagai bidang yang termaktub dalam al-Quran,
kajian demi kajian dipelopori umat Islam mewujudkan satu tamadun gemilang dari sudut ilmu,
khususnya sains dan teknologi. Ketika al-Quran diturunkan, pelbagai fakta di dalamnya jelas
masih asing di kalangan manusia ketika itu.Tiada siapa mengetahui hakikat kehidupan seperti
tertera dalam al-Quran antaranya cakerawala bergerak secara terapung (Yaasiin: 40), bumi
bergerak (An-Naml: 88), pokok menghasilkan bahan bakar (Yaasiin: 80), atom adalah benda
terkecil (Yunus: 61) dan semakin tinggi semakin sukar bernafas (Al-An’aam: 125). Berbekalkan
maklumat daripada kalam Allah itu, umat Islam mula meneroka ilmu sains dan kegemilangannya
memuncak pada adab ketujuh apabila umat Islam menunjukkan kecenderungan dan minat
mengkaji serta mempelajari pelbagai pengetahuan. Menjelang pertengahan abad kesembilan,
ilmu pengetahuan yang semakin berkembang membuktikan fakta sains dibawa al-Quran adalah
benar dan ilmu dalam kitab itu mendahului zaman ia diturunkan.Ia sekaligus membuktikan kitab
itu sememangnya diturunkan Allah SWT dan menafikan dakwaan ia ciptaan manusia. Kebenaran
fakta al-Quran semakin meyakinkan dan pelbagai rahsia kitab suci itu terus digali sehingga
kegemilangan sains terus disingkap dalam tamadun Islam menerusi perkembangan
ilmu dan penciptaan teknologi. Muncullah nama-nama besar ilmuwan dan saintis Islam seperti
Ibnu Haitham (sains optik), Ibnu Yunus (penciptaan jam) dan Ibnu Nafis (sistem lengkap
peredaran darah), Ibnu Sina (sains perubatan), al-Biruni (astronomi) dan al-Khawarizmi
(matematik) dan Ibnu Rusyd (falsafah). Malah, ramai tidak mengetahui ilmuwan Islam
mendahului saintis Barat dalam penemuan pelbagai teori, seperti penerokaan awal Ibnu Haitham
mengenai hakikat graviti jauh lebih awal sebelum ia dijadikan teori oleh Isaac Newton. Hal sama
ditemui menerusi konsep penerbangan seperti diperjelaskan Ibnu Firnas dan kemudian diadaptasi
Wilbur Wright dan Oliver Wright. Abbas ibn Firnas saja sudah meneroka kajian cakerawala kira-
kira 600 tahun sebelum Leonardo da Vinci melakukannya. Perkembangan ilmu menzahirkan
pelbagai ciptaan teknologi dan inovasi. Cendekiawan Islam menghasilkan serbuk salpetre
sebagai ubat bedil, penggunaan angka sifar dalam matematik dan proses penyulingan untuk
memisahkan bendasing dalam campuran cecair. Balai cerap untuk mengkaji bintang, peta, glob,
kincir air dan angin, bangunan pengisar bijiran termasuk kereta perisai turut dihasilkan saintis
Islam ketika itu. Malangnya, pengembangan ilmu & kegemilangan Tamadun Islam itu tidak
dapat diteruskan, seolah-olah usaha itu seumpama api yang kehabisan minyak, semakin lama
semakin malap bermula ketika berakhirnya Kerajaan Abbasiyah. Pelbagai maklumat dan
11
penemuan penting juga dikatakan hilang ketika berlakunya Perang Salib. Masyarakat Barat yang
suatu ketika dulu turut menggali ilmu hasil kajian cendekiawan Islam sebaliknya mula
mengambil alih peranan mengembangkan ilmu pengetahuan. Malah, seolah-olah cuba menafikan
kegemilangan cendekiawan Islam, Barat menukarkan nama saintis Muslim dengan pelbagai
nama antaranya Ibnu Sina kepada Avicenna, Al-Biruni (Alberuni), Al-Battani (Albetagnius),
Ibnu Haitham (Alhazen), Al-Kindi (Alkindus) dan Ibnu Rushd (Averroes). Sehingga kini, tidak
dapat dinafikan kajian dan pengembangan ilmu pengetahuan tidak lagi didominasi umat Islam.
Kegemilangan ilmu pada tamadun Islam kini sekadar mampu dikenang, ia sekadar mampu
dibanggakan pencapaiannya.Dengan pengaruh besar & strategi yang tidak dinafikan berkesan,
manusia termasuk umat Islam kini lebih mengenali ilmuwan Barat dalam pelbagai bidang; Issac
Newton lebih dikenali drp Ibnu Haitam dan Wright bersaudara lebih dikenali daripada Ibnu
Firnas. Bagaimanapun, kegemilangan Islam menguasai ilmu ingin terus diabadikan. Saintis
Islam, Dr Fuat Sezgin menjejak, mengumpul dan mengembalikan khazanah ilmu hasil Tamadun
Islam yang hilang menerusi penubuhan Institut Sejarah Sains Islam-Arab di Frankfurt di Johann
Wolfgang Goethe Universiti, Frankfurt, Jerman pada 1982. Al-Khawarizmi Sarjana Matematik
& Astronomi, Tokoh Islam yang berpengetahuan luas meliputi bidang falsafah, logik, aritmetik,
geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia. Dalam bidang ilmu matematik,beliau
dikenali krn memperkenalkan konsep matematik algorithm. Hasil kerjanya di dalam ilmu algebra
sangat cemerlang dan beliau tidak hanya mempunyai inisiatif terhadap subjek dalam
pembentukan sistematik tetapi bertanggungjawab membangunkan penyelesaian analitikal dan
juga pengembangan garis lurus serta persamaan kuadratik.Persamaan kuadratik merupakan satu
persamaan di mana kuasa dua tanpa kuasa lebih tinggi digunakan bagi yang tidak diketahui.
Kejayaan itu akhirnya menjadikannya sebagai pengasas ilmu Algebra.
Bidang astronomi juga membuatkan al-Khawarizmi dikenali pada zaman tamadun Islam.
Astronomi dapat ditakrifkan sebagai ilmu falak iaitu pengetahuan tentang bintang-bintang yang
melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran yang berkaitan
dengan bintang. Diantara hasil kerja beliau ialah membuat penyemakan dan memperkemaskan
semula ilmu astronomi pada ketika itu. Para penjelajah dan pelancong yang tandang ke wilayah
itu pada abad ke-12 M, mengagumi kemakmuran yg diraih Dinasti Artukid. Penemuan Robot
Pertama kali Al-Jazari Bapak Robot; Peradaban Islam di era keemasan telah menguasai
teknologi yang sangat tinggi. Pada abad ke-13 M, dunia Islam sudah menggenggam teknologi
12
robot. Insinyur Muslim di zaman kekhalifahan sudah mampu menciptakan robot mirip manusia.
Pencapaian itu sekaligus mematahkahkan klaim Barat yang kerap menyebut Leonardo da Vinci
sebagai perintis teknologi robot. Pencapaian Ibnu Battuta yang luar biasa itu, konon dirampas
dan disembunyikan Kerajaan Perancis saat menjajah benua Afrika kisah Ibnu Battuta -
pengembara dan penjelajah Muslim terhebat di dunia membuka pengalaman perjalanan
panjangnya dalam buku catatannya. Dengan penuh kesedihan, ia meninggalkan orang tua serta
sahabat sahabatnya di Tangier. Tekadnya ingin untuk menunaikan rukun iman kelima.
Perjalananya menuju ke Baitullah telah membawanya bertualang dan menjelajahi dunia.
Seorang diri, dia mengarungi samudera dan menjelajah daratan demi sebuah tujuan mulia.
''Kehebatan Ibnu Battuta hanya dapat dibandingkan dengan pelancong terkemuka Eropah,
Marcopolo (1254 M -1324 M),'' ujar Sejarawan Brockelmann mengagumi kesungguhan sang
pengembara Muslim itu. Selama hampir 30 tahun, dia telah mengunjungi tiga benua mulai dari
Afrika Utara, Afrika Barat, Eropah Selatan, Eropah Timur, Timur Tengah,India, Asia Tengah,
Asia Tenggara, dan Cina. Perjalanan panjang dan pengembaraannya mengelilingi dunia itu
mencapai 73 ribu mil atau sejauh 117 ribu kilometer. Jadi tidak hairan la kehebatannya mampu
melampaui sejumlah penjelajah Eropah yang diagung-agungkan Barat seperti Christopher
Columbus, Vasco de Gama, dan Magellan yang mulai berlayar 125 setelah Ibnu
Battuta.Sejarawan Barat, George Sarton, mencatat jarak perjalanan yang ditempuh Ibnu Battuta
melebihi capaian Marco Polo. Sebuah pencapaian yang tak ada duanya di masa itu. kebesaran
dan kehebatannya hingga kini tetap dikenang.
Ibnu Sina Bapa Sejarah Sains. Kehebatan beliau bukan sahaja dalam bidang perubatan
bahkan dalam bidang falsafah beliau banyak mempengaruhi kebudayaan di barat. Beliau mula
menimba ilmu secara tidak formal sejak usia 5 tahun lagi. Hasil bimbingan sahabat karib
ayahnya Abu Abdullah Natili, seusia 10 tahun beliau sudah berjaya menghafal Al-Quran. Dalam
usia 10 tahun juga, beliau telah memumtazkan diri dalam cabang ilmu agama seperti fiqh,
ususluddin, tafsir, tassawuf dan sebagainya. Antara bidang ilmu kemanusiaan yang berjaya
dikuasainya ialah kedoktoran, falsafah, geometri, astronomi, matematik, sastera, muzik, politik,
fizik, kimia dan kosmologi. Beliau banyak menghasilkan karya-karya dan tulisan sebagai
panduan dalam sesuatu bidang khususnya dalam bidang perubatan. Beliau telah menghasilkan
250 karya yang masih kekal sehingga hari ini termasuk 116 karyanya khas dalam bidang
perubatan. Antara karya beliau yang terkenal adalah “Al-Qanun Fi Al-Tibb” (Peraturan
13
Perubatan) yang terdiri daripada 14 jilid diterbitkan di Rom pada tahun 1593 dan telah dianggap
sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Ibnu Sina juga telah menulis satu karya yang
bertajuk Remedies for The Heart iaitu sajak-sajak mengenai perubatan. Dalam buku beliau ini,
terdapat 760 jenis penyakit beserta dengan cara untuk menawarkan penyakit-penyakit tersebut.
Beliau telah memperkenalkan satu cabang ilmu perubatan iaitu ilmu perubatan psikosomatis atau
“psychosomatic medicine” yang menggabung ilmu psikologi dan perubatan dalam membantu
pesakit yang mengalami ganguan emosi dalam hidup. Beliau telah memperluaskan ilmu
diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengenal pasti dalam masa beberapa
detik sahaja ketidak - seimbangan humor yang berkenaan. Diagnosis melalui denyutan jantung
ini masih dipraktikkan oleh para hakim (doktor-doktor muslim) di Pakistan, Afghanistan dan
Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani. Seorang doktor dari Amerika (1981)
menerangkan bahawa para hakim di Afghanistan, China, India dan Parsi sgt berkebolehan dalam
denyutan jantung di tempat yang dirasai tetapi mutunya yg pelbagai. Ini merangkumi Kuat atau
denyutan yang lemah. Masa antara denyutan. Kandungannya lembap di paras kulit dekat
denyutan itu dan lain-lain lagi.

6.0 Kesimpulan

Sejarah dunia hari ini terpaksa mengakui bahawa Islam telah melahirkan suatu tamdun
besar yang telah membawa keamanan dan kesejahteraan kepada dunia dan menjadi pendorong
kemajuan manusia dalam aspek kerohanian, pemikiran, moral dan keduniaan. Ia menjadi sumber
utama ilmu yang bermanfaat bukan sahaja kepada timur tetapi kepada barat yang telah mendapat
darinya sumbangan intelektual dan moral dan juga ida-idea untuk kemajuan kebendaan (Ismail
Ibarahim dan Mohd. Sahri Abdul Rahman 1994: 45) Oleh yang demikian itu, ilmu-ilmu yang
berlandaskan kebenaran itu dapat membina sesuatu tamadun yang besar dan agung .

14
7.0 Rujukan

Ab. Alim Abdul Rahim dan Syed Idrus Syed Mohamad,(1997). Tamadun Islam, Penerbit Fajar
Bakti, Kuala Lumpur.

H. Zainal Abidin Ahmad (1974). Ibnu Sina, Bulan Bintang Sdn. Bhd. Jakarta.

Baharuddin Yatim dan Sulaiman. (1997). Sains Menurut Perspektif Islam, Pusat Pengajian
Umum UKM, Bangi.

Ali Mohamad. (2001). Tamadun Islam Dan Tamadun Asia, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Mahmood Zuhdi Abdul Majid. (2000). Tokoh-Tokoh Kesarjanaan Sains dan Teknologi,Dewan
Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Rashed Mohammad Kutty, Wan Ali Wan Jusoh, YazidJaafar. (2003).Tamadun Islam. Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.  

15
16

You might also like