Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Padang Hoki

Pintu Gol

Setiap pasukan mempunyai satu pintu gol di tengah-tengah garisan gol. Pintu gol
ini mengandungi dua tiang tegak, berjarak 4 ela dan disambung dengan sebatang tiang
mendatar yang mempunyai ketinggian 7 kaki daripada tanah. Semua ukuran diambil
daripada dalam. Tapak depan tiang gol akan menyentuh tepi luar garisan belakang.

Tiang-tiang tegak dan mendatar (crossbar) yang membentuk sebuah pintu gol
mesti mempunyai ketebalan tidak lebih daripada 3 inci dan tidak kurang daripada 2 inci.
Pintu gol mesti dicat warna putih.
Jaring-jaring diikat kukuh kepada tiang-tiang tegak dan tiang mendatar, dengan
jarak dekat (tidak melebihi 6 inci) dan dipasangkan dengan kuat ke tanah di belakang
gol. Jaring daripada "mesh' 1 inci - 1.5 inci dicadangkan.

Papan tepi dan papan belakang diletakkan di keliling kaki jaring gol dan
berukuran setinggi 45 cm dan dicat dengan warna gelap. Papan-papan belakang,
berjarak 4 kaki daripada gol dan 4 ela panjangnya.
Tiang-Tiang Bendera

Empat tiang bendera di setiap sudut padang dan dipanggil bendera sudut.
Tingginya 4 kaki minimum dan 5 kaki maksimum, dan diletakkan di luar sudut.

Tiang-tiang bendera juga diletakkan di setiap belah tengah padang pada jarak 1
ela di luar garisan-garisan tepi. Tiang-tiang bendera juga dicadangkan untuk garisan-
garisan 25 ela.

Bulatan Jaringan

Satu garisan yang panjangnya 4 ela dilukis selari dan berjarak 16 ela daripada pintu
gol. Garisan 16 ela itu diukur daripada sudut dalam bahagian depan tiang-tiang gol ke
luar kawasan garisan 4 ela.
Gunakan tempat yang sama daripada tiang-tiang gol sebagai pusat dan 16 ela sebagai
radius. Lukis dua suku bulatan daripada garisan 4 ela ke garisan gol. Ini menjadi
bulatan jaringan juga dipanggil bulatan memukul atau kawasan D.

Tanda-tanda lain di bulatan pukulan termasuk garisan-garisan 5 ela dan 10 ela


untuk sudut penalti dan titik untuk strok penalti yang telah dijelaskan dahulu.

Pic Segiempat Bujur

Padang hoki mempunyai bentuk dan saiz yang tetap dan semua tanda-tanda adalah
ditentukan di dalam peraturan-peraturan. Padang hoki berbentuk segi empat bujur
dengan 100 ela panjang dan 60 ela lebar. Garisan-garisan panjang dikenali sebagai
garisan belakang atau garisan gol, kerana pintu gol diletakkan di atas garisan-garisan
tersebut.
Anda akan dapat perhatikan bahawa padang hoki dibahagikan kepada dua
bahagian oleh garisan tengah dan setiap bahagian itu dibahagikan kepada dua oleh
garisan 25 ela. Jadi, padang telah dibahagikan kepada empat sukuan.
Di atas kedua-dua garisan gol, garisan 25 ela dan garisan tengah, terdapat tanda-
tanda yang dilukis 5 ela daripada luar garisan tepi di kedua-dua belah padang. Tanda-
tanda ini adalah 2ela panjang.

Juga terdapat satu tanda di atas padang untuk menunjukkan 16 ela daripada garisan
gol. Tanda ini berukuran 12 inci dan terdapat di dalam padang permainan pada setiap
garisan tepi dan selari dengan garisan belakang. 16 ela ini diukur dari bahagian dalam
garisanbelakang.

Di atas garisan belakang terdapat tanda-tanda khas yang digunakan untuk sudut-sudut
penalti. Tanda-tanda ini panjangnya 12 inci bermula daripada garisan belakang ke
dalam kawasan bermain. Tanda-tanda ini diletakkan 5 ela dan 10 ela di luar tepi tiang
gol yang dekat sekali, di kedua-dua belah gol.
Satu titik untuk strok penalti ditandakan di depan setiap pintu gol. Titik tersebut
mempunyai diameter 6 inci dan 7 ela jauh daripada garisan pintu gol.

Alatan penjaga gol


Penjaga gol mesti dilindungi dengan baik dan mesti memakai perlindungan
badan yang sesuai. Penjaga perlu memakai ped di kaki dari pergelangan kaki sehingga
paras lutut. Ped mestilah ringan untuk membantu pergerakan penjaga gol. Sarung
tangan penjaga gol diperbuat daripada kulit dan plastik. Ia berfungsi untuk melindungi
tangan dan memberi keyakinan kepada penjaga gol untuk menahan bola.

Selain itu, alatan lain yang perlu adalah pelindung dada, pelindung bahu,
penutup muka, pelindung mulut, seluar berped, pelindung mulut dan kemola untuk
penjaga gol lelaki. Pelindung badan dan bahu untuk melindungi tubuh badan dan
dipakai di bawah jersi penjaga gol. Pelindung mulut pula bertujuan untuk melindungi
mulut dan gusi daripada cedera. Pelindung muka adalah wajib bagi penjaga gol kecuali
semasa penalti dan ia bertujuan melindungi muka, kepala dan kerongkong. Bagi
memudahkan penjaga gol melungsur di atas permukaan gelanggang sintetik ia perlu
memakai seluar yang mempunyai ped.

Kelengkapan alatan penjaga gol

Kasut
Pemain digalakkan memakai kasut yang sesuai terutama yang mempunyai
tetungku getah. Kasut khas digunakan untuk bermain di atas permukaan sintetik di
mana membenarkan pemain mempunyai tempat berpijak yang baik.

Kasut tetungku getah

Jaring

Jaring diikat kukuh pada tiang tengah dan tiang mendatar. Ia mempunyai “mesh”
berukuran 45 mm dan berbentuk empat segi.

Tiang bendera

Empat tiang bendera diletakkan di setiap luar sudut padang permainan dan dikenali
sebagai bendera sudut. Ketinggian tiang ini di antara 1.20 meter hingga 1.50 meter.
Tiang ini diperbuat daripada bahan lembut untuk menjamin keselamatan pemain.

Bola

Bola berbentuk bulat, keras, pejal atau kosong digunakan. Biasanya permukaan bola
adalah licin dan berwarna putih. Berat bola adalah di antara 156 g – 163 g dan lilitan
bola adalah di antara 224 g – 235 g.
Kayu hoki

Kayu hoki yang rata di sebelah kiri dan berbentuk bulat di sebelah kanan. Bahagian
rata di sebelah kiri kayu dipanggil muka kayu (face of the stick) dan hanya boleh
digunakan dalam permainan. Bahagian bulat kayu di panggil belakang kayu (back stick)
dan bahagian ini tidak boleh digunakan semasa bermain. Bahagian lengkuk kayu di
panggil kepala kayu yang berbentuk “J” atau “U”. Kayu hoki hendaklah licin dan tidak
tajam di bahagian tepi. Tebal kayu dihadkan dan hanya boleh melalui satu gelung yang
berdiameter 51 mm. Kayu hoki diperbuat daripada kayu dan berat tidak melebihi 737 g.

You might also like