Download as txt, pdf, or txt
Download as txt, pdf, or txt
You are on page 1of 1

TUNAIKAN SEPULUH HAK

Imam Syafie memberi wasiat, â Barang siapa yang ingin meninggalkan dunia dengan selam
at,hendaklah dia mengamalkan sepuluh perkara berikut :
1. Hak diri iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan maka
n dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
2. Hak malaikat maut iaitu mengqadakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal,
mendapatkan kemaafan daripada orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mat
i dan rasa cinta kepada Allah.
3. Hak kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang air kecil
merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi.
4. Hak Munkar Nakir iaitu tidak berdusta, meninggalkan maksiat dan nasihat-
menasihati.
5. Hak mizan iaitu menahan marah, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan
sanggup menanggung kesulitan.
6. Hak sirat iaitu membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu ora
ng beriman dan suka berjemaah.
7. Hak Malik iaitu banyak menangis kerana takutkan azab Allah, berbuat baik
kepada kedua ibu bapa, bersedekah semasa terang serta sembunyi dan memperelokka
n akhlak.
8. Hak Ridhwan iaitu reda dengan qada Allah, bersabar menerima bala, bersyu
kur dengan nikmat Allah dan bertaubat daripada maksiat.
9. Hak Rasulullah iaitu berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, be
rgantung dengan sunnah, menyayangi para sahabat dan bersaing mencari kelebihan d
aripada Allah.
10. Hak kepada Allah iaitu mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manus
ia daripada kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci maksiat.
(30 Wasiat Imam Syafie)

You might also like