Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Kelahiran Pramatang

Pengenalan

Kelahiran pramatang juga dikenali sebagai kelahiran sebelum masa atau tidak cukup
bulan. Ia merujuk kepada bayi yang dilahirkan sebelum usia kandungannya mencukupi
37 minggu - 40 minggu. Lazimnya, sesuatu kelahiran itu dianggap pramatang apabila
bayi dilahirkan sebelum mencapai tempoh 37 minggu kehamilan (1) .

Keguguran pula ditakrifkan sebagai kehilangan janin sebelum usia kandungannya


mencapai tempoh 20 minggu.

Bagi kes kelahiran pramatang, usia kandungan adalah penting kerana ia akan
menentukan kematangan organ dalam janin yang sedang berkembang, terutamanya
paru-paru. Kematangan organ ini pula akan menentukan peluang untuknya hidup
(mandiri).

Jadual di bawah ini menunjukkan peratusan peluang untuk hidup bagi bayi di Amerika
Syarikat yang dibuat anggarannya pada akhir tahun 1990. Di Malaysia, usia kandungan
yang dianggap "selamat" bagi bayi ialah lebih dari 32 minggu.

Usia kandungan semasa kelahiran,


Kadar kemandirian
merujuk kepada kitaran haid yang terakhir

            21 minggu atau kurang                   0 %

            22 minggu                0 - 10 %

            23 minggu               10 - 35 %

            24 minggu               40 - 70 %

            25 minggu               50 - 80 %

            26 minggu               80 90 %

            27 minggu                > 90 %

            30 minggu                > 95 %

            34 minggu                > 98 %

Asas Saintifik
Bagi kehamilan yang normal, janin biasanya mengambil masa selama 37 minggu - 40
minggu untuk membesar dengan sempurna. Malangnya, dalam keadaan tertentu,
seseorang wanita itu mungkin melahirkan bayinya sebelum usia kandungan mencapai
40 minggu. Keadaan inilah yang dikenali sebagai kelahiran pramatang.

Seperti yang tertera pada jadual di atas, risiko kematian adalah sangat tinggi jika bayi
dilahirkan sebelum 23 minggu, tetapi peluang untuknya hidup akan meningkat dengan
meningkatnya usia sesuatu kandungan.

Kematian bayi pramatang lazimnya disebabkan oleh penyakit 'Respiratory Distress


Syndrome' (RDS). RDS terjadi apabila surfaktan paru-paru berkurangan. Surfaktan ini
merupakan sejenis bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel yang melapisi alveolus paru-
paru bagi menghalang dinding-dinding alveolus dari melekat sesama sendiri.
Penghasilan surfaktan dalam paru-paru janin akan meningkat mengikut usia kandungan
dan ia mencapai tahap yang mencukupi menjelang 36 minggu kehamilan untuk
membolehkan paru-paru berfungsi dengan normal. Didapati, 35-50% daripada
keseluruhan bayi yang lahir pada usia kandungan 27-31 minggu akan mengalami RDS.

Penyebab

Dari sudut perubatan, penyebab utama bagi kelahiran pramatang ialah :

 Iatrogenik (kelahiran dicetuskan atas-sebab-sebab perubatan)

 Jangkitan kuman
 Selaput amnion yang melindungi janin pecah sebelum masanya
 Hamil kembar
 Polihidramnios (cecair amnion yang terlampau banyak)
 Kematian janin dalam rahim
 Janin abnormal (cacat)
 Struktur rahim yang abnormal (luar biasa)
 Pangkal rahim lemah/terjejas fungsinya

Faktor  - faktor risiko

Terdapat banyak faktor risiko yang boleh meningkatkan kejadian kelahiran pramatang.
Antara faktor-faktor itu ialah:

 Selaput amnion yang pecah sebelum masanya (Premature Rupture of the


membranes - PROM) Kira-kira 2/3 dari kelahiran pramatang yang berlaku
adalah berpunca dari PROM.

 Hamil kembar: Saiz rahim adalah salah satu faktor yang menentukan waktu
bersalin. Rahim ibu hamil yang lebih besar dari biasa akan meningkatkan risiko
pengecutan rahim (sakit bersalin) lebih awal dari waktunya. Kadar kelahiran
pramatang bagi ibu-ibu yang hamil kembar ialah sebanyak 50%.
 Polihidramnios (berlebihan cecair dalam rerongga amnion ) juga boleh
menyebabkan rahim mengembang dan menjadi lebih besar. Dengan itu
meningkatkan risiko kelahiran pramatang.
 Keabnormalan pangkal rahim, rahim dan uri
o Abrupsi plasenta iaitu pemisahan sebahagian dari uri atau sepenuhnya
daripada dinding rahim, menyebabkan rahim mudah rengsa dan
mengecut yang akhirnya membawa kepada kelahiran pramatang.
o Plasenta previa (kedudukan uri yang rendah) juga cenderung ke arah
menyebabkan rahim mengecut lebih awal.
o Pangkal rahim yang lemah pula akan menyebabkan bukaan rahim tidak
dapat menutup dengan sempurna. Ini akan meningkatkan risiko kelahiran
pramatang.
o Uterus bikornu (hujung bahagian atas rahim terpisah dua). Dalam
keadaan begini risiko kelahiran pramatang adalah setinggi 80%.
o Mioma rahim atau fibroid (ketumbuhan benigna dalam rahim) juga
meningkatkan risiko kelahiran pramatang.
 Fibronektin Faraj (fFN) Ia merupakan sejenis bahan glikoprotein yang
dihasilkan oleh janin yang membantu mengikat sel-sel itu sekali. Ini akan
mengekalkan kedudukan uri terlekat pada dinding rahim. Jumlah fFN yang
semakin banyak dalam rembesan servikovagina boleh menjadi petanda kepada
kelahiran pramatang.
 Umur dan Bangsa Pesakit yang lanjut usia lebih cenderung mengalami
kelahiran pramatang. Bangsa kulit hitam juga lebih berisiko mengalami kelahiran
pramatang.
 Pernah Mengalami Kelahiran Pramatang Jika ibu pernah melahirkan bayi
pramatang sebelum ini, risikonya untuk mengalami keadaan yang serupa amat
tinggi pada kehamilan seterusnya.
 Jangkitan kuman

Jangkitan pada saluran bukan-pembiakan

o Bakteriuria asimptomatik iaitu air kencing yang mengandungi bakteria,


tetapi pesakit tidak menunjukkan sebarang gejala jangkitan. Keadaan ini
berkait rapat dengan kejadian kelahiran pramatang.

o Pielonefritis akut yang tidak dirawat iaitu sejenis jangkitan bakteria pada
buah pinggang. Risiko untuk mengalami kelahiran pramatang bagi ibu-ibu
yang mendapat jangkitan ini ialah sebanyak 30%.
o Pneumonia - risiko kelahiran pramatang ialah sebanyak 25%.

Jangkitan saluran pembiakan

o Jangkitan oleh Treponema pallidum (sejenis bakteria yang menyebabkan


penyakit sifilis). Keadaan ini berkait rapat dengan kejadian kelahiran
pramatang.

o Sifilis primer atau sekunder yang tidak dirawat - kadar kelahiran


pramatang bagi keadaan ini ialah sebanyak 50%.
o Jangkitan gonokokus (penyebab gonorea). Ia dikaitkan dengan
peningkatan kejadian kelahiran pramatang
o Vaginosis bakteria (apabila flora faraj yang normal digantikan dengan
bakteria lain). Keadaan ini juga dikaitkan dengan peningkatan kejadian
kelahiran pramatang.
o Jangkitan cecair amnion (selaput amnion masih kekal)
Ruang dalam selaput amnion yang biasanya steril (bebas kuman) boleh
dijangkiti dan membiakkan pelbagai jenis organisma dan ini akan
menyebabkan berlakunya pengecutan rahim lebih awal.
o Iatrogenik (kelahiran yang dicetuskan atas sebab-sebab perubatan)
Cetusan kelahiran mungkin terpaksa dilakukan atas sebab-sebab
perubatan. Sebagai contohnya, bagi ibu-ibu yang menghidapi
praeklampsia yang serius (darah tinggi) atau eklampsia, bayi terpaksa
dilahirkan lebih awal untuk menyelamatkan nyawa ibu.

Faktor risiko untuk kelahiran pramatang

Kadar risiko relatif (berasaskan


Faktor perbandingan dengan wanita yang tidak
berisiko)

Kehamilan kembar
                              6-7

Kelainan pada rahim                              2-10

Fibronektin faraj                               3-7

Bangsa kulit hitam                                2

Sejarah kelahiran pramatang                                2

Vaginosis bakteria                                2

PH faraj > 4.5                                2

Insidens

Kelahiran pramatang hanya merangkumi 10% dari keseluruhan kehamilan. Di United


Kingdom, kejadian kelahiran pramatang ialah lebih kurang 7% tetapi di banyak negara
membangun, angka ini lebih tinggi.

Tanda - tanda dan gejala

Gejala pelahiran yang normal biasanya merangkumi salah satu dari yang berikut:

 Pengecutan rahim yang biasa

 Wujudnya "show" (rembesan lendir dan darah ketika hampir hendak bersalin)
 Lelehan cecair ("kantung air" pecah)
Bagaimanapun, sebelum berlakunya sesuatu kelahiran pramatang, beberapa tanda dan
juga gejala akan timbul. Ia membayangkan bahawa satu kelahiran yang tidak dijangka
akan berlaku. Tanda-tanda yang berkaitan adalah termasuk :

 Kekejangan atau pengecutan seakan-akan kesakitan semasa haid.

 Rembesan faraj semakin banyak dan berubah sifat


 Rembesan lendir dan darah
 Kesakitan di bawah bahagian belakang badan
 Mengalami tekanan di bawah bahagian belakang badan, pelvis, abdomen dan
juga peha
 Kebocoran cecair amnion

Komplikasi

Kelahiran pramatang ialah punca utama kematian dan kecacatan pada bayi yang baru
lahir.

Kebanyakan komplikasi yang terjadi akan memberi kesan pada bayi yang baru lahir. Ini
adalah kerana perkembangan organ mereka masih belum sempurna terutamanya paru-
paru yang sangat penting untuk bernafas.

Terdapat juga pelbagai masalah lain yang boleh memberi kesan pada bayi pramatang.
Sesetengah dari masalah yang akan timbul termasuklah :

 "Respiratory Distress Syndrome" (RDS)

Kekurangan surfaktan dalam paru-paru bayi pramatang akan menyebabkannya


sukar untuk bernafas. Di dapati seramai 35 - 50% bayi yang lahir pada usia
kandungan 27 - 31 minggu akan mengalami RDS. Bayi yang mengalami
masalah ini perlu diberi bantuan oksigen untuk bernafas dan fungsi-fungsi badan
yang penting hendaklah sentiasa diawasi.

 Hipotermia (suhu badan di bawah paras normal)

Kehilangan haba tubuh yang banyak kerana bayi pramatang biasanya


mempunyai keluasan permukaan badan lebih banyak dari berat badannya. Ia
juga tidak mempunyai kandungan lemak bawah kulit dan "lemak perang" yang
mencukupi. Lemak bawah kulit bertindak sebagai penebat, manakala lemak
perang mempunyai kadar metabolisma yang tinggi untuk menghasilkan tenaga
haba.

Bayi berkenaan perlu diletakkan dalam inkubator untuk memanaskannya atau


ditempatkan dalam ruang yang mempunyai suhu persekitaran yang sentiasa
tinggi (suhu terbaik ialah di antara 25 - 270C atau 76 - 80oF)

 Mudah dijangkiti kuman

Bayi mungkin dijangkiti kuman jika ia menunjukkan gejala-gejala berikut:


o Enggan makan

o Kelesuan
o Demam
o Hipotonia (otot menjadi kendur)
o Apnea (Pernafasan terhenti untuk seketika)

Sampel kultur bakteria perlu diambil dan diuji terlebih dahulu sebelum bayi diberi
rawatan antibiotik. Refleks untuk menyusu dan batuk bagi bayi-bayi pramatang
adalah lemah. Oleh yang demikian, makanan yang terkeluar semula seperti
muntah/jeluak susu mudah tersedut ke dalam paru-paru dan boleh
menyebabkan pneumonia.

 Jaundis

Jaundis atau hiperbilirubinemia berlaku apabila paras bilirubin (sejenis pigmen


hempedu) dalam darah meningkat. Bayi biasanya menunjukkan tanda-tanda kulit
atau mata putih berwarna kekuningan. Dalam keadaan normal, bilirubin diproses
di dalam hati dan seterusnya dihantar ke usus dan di buang melalui najis. Oleh
kerana bayi pramatang tidak mempunyai organ yang lengkap atau sempurna,
maka bilirubin tersebut tidak boleh diproses atau dibuang sepenuhnya

Apabila paras bilirubin dalam darah bayi meningkat terlalu tinggi, rawatan yang
sering diberi kepada bayi ialah fototerapi. Fototerapi ialah teknik rawatan yang
menggunakan sejenis cahaya khas (sinaran Ultra Ungu - UV). Bayi diletakkan di
bawah sinaran UV tersebut dan sinaran ini dapat membantu memecahkan
bilirubin. Dengan itu, paras bilirubin darah akan menurun. Ini sangat penting
kerana paras bilirubin yang terlalu tinggi boleh menjejaskan otak bayi dan
membawa kepada kerencatan akal.

 Apnea

Apneaialah keadaan di mana penafasan terhenti buat seketika untuk selama 15


hingga 20 saat. Bayi yang mengalami apnea juga selalunya pucat dan kadar
degupan jantungnya menurun. Rawatan masalah apnea ini termasuklah
pemberian dadah untuk merangsang pernafasan. Rawatan lain yang boleh
diberikan termasuklah penggunaan oksigen bertekanan dan mesin bantuan
pernafasan untuk meningkatkan penafasan bayi.

 Ketidakupayaan menghisap susu ibu

Ketidakupayaan untuk menghisap susu badan juga merupakan masalah biasa


yang dialami bayi pramatang. Pernafasannya yang terganggu (tidak selaras)
melemahkan keupayaannya untuk menghisap puting dan ini akan menjejaskan
lagi keadaannya.

 Pendarahan intrakranium (pendarahan dalam tengkorak kepala)


Imbasan ultrasound mungkin dapat membantu menentukan kewujudan dan
kedudukan sebenar pendarahan intrakranium. Bayi yang mengalami pendarahan
intrakranium biasanya menunjukkan gejala-gejala serangan apnea, hipotonia
atau terjejasnya gerakan tangan dan kaki secara spontan.

 Anemia (kekurangan sel darah merah)

Bayi pramatang lazimnya mendapat anemia kerana jangka hayat sel darah
merah mereka adalah pendek dan pengeluarannya pula adalah perlahan.

Ujian - Ujian

Tidak ada ujian tertentu untuk kelahiran pramatang. Ujian hanya akan dibuat atas
sebab-sebab yang munasabah atau bagi ibu-ibu yang berisiko. Sebagai contoh,
imbasan ultrasound dapat mengesan faktor-faktor risiko kelahiran pramatang iaitu
kehamilan kembar, kandungan bendalir amnion yang berlebihan (polyhydramnios) atau
rahim yang abnormal.

Kemungkinan berlakunya kelahiran pramatang hanya dapat dipastikan apabila pangkal


rahim membuka lebih awal (sebelum tarikh kelahiran sebenar) dan langkah-langkah
pencegahan yang telah diambil gagal untuk menghentikan kelahiran tersebut.

Pemantauan

Apabila seseorang ibu hamil menunjukkan tanda-tanda dan gejala kelahiran pramatang
seperti pengecutan rahim yang berulang-ulang dan pangkal rahim membuka (melebihi 3
cm) disertai dengan penipisan pangkal rahim, ibu berkenaan perlu diawasi dalam
hospital yang mempunyai NICU sebagai persediaan untuk menghadapi sebarang
kemungkinan berlakunya kelahiran pramatang.

Jika penggunaan agen tokolitik, rehidrasi dan berehat tidak dapat menghentikan
pelahiran, maka persiapan untuk kelahiran bayi pramatang perlu dibuat.

Kelahiran bayi pramatang secara biasa akan mengurangkan kecederaan atau trauma
yang mungkin di hadapi kelak. Seorang pakar kanak-kanak perlu hadir ketika kelahiran,
untuk menguruskan bayi berkenaan sebaik sahaja ia dilahirkan.

Lazimnya, bagi kes-kes kelahiran pramatang, bayi memerlukan lebih perhatian


berbanding ibunya. Ini adalah kerana bayi yang lahir pramatang menghadapi cabaran
yang lebih besar untuk terus hidup berbanding dengan bayi yang normal.

 Jaundis, masalah pernafasan dan kesukaran untuk disusukan dengan susu


badan adalah di antara masalah yang paling lazim dihadapi oleh bayi pramatang.
Mereka biasanya perlu ditempatkan di dalam inkubator untuk beberapa waktu
sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

 Ibu bapa kepada bayi pramatang ini perlu diberitahu tentang semua masalah
yang mungkin dihadapi oleh anak mereka kelak dan kaunseling perlu diberikan
kepada mereka sebagai persediaan untuk menghadapi situasi tersebut.
Prognosis

Prognosis atau jangkaan peluang untuk bayi itu hidup biasanya bergantung kepada usia
kandungan semasa kelahiran. Semakin kurang kematangan bayi, semakin sukar
untuknya hidup. Walau bagaimanapun, dengan bantuan teknologi moden, prognosis
bagi seseorang bayi pramatang itu adalah lebih baik.

Pencegahan

Wanita yang berisiko untuk mendapat kelahiran pramatang perlu dikenal pasti dan
didaftarkan dalam program pranatal khas.

Wanita-wanita ini perlu diajar bagaimana hendak mengenali tanda-tanda awal pelahiran
pramatang seperti yang disenaraikan di bawah ini dan melaporkan kepada doktor
sekiranya mereka mengalaminya. Wanita-wanita ini juga perlu mengelak dari melakukan
aktiviti atau kerja berat dan banyakkan berehat. Mereka juga sepatutnya mengurangkan
rangsangan seksual semasa hamil kerana hormon yang dihasilkan ketika itu akan
menyebabkan pengecutan rahim.

 Tanda-tanda awal pelahiran pramatang:

 Pengecutan rahim dan kekejangan pelvis semakin meningkat


 Rembesan faraj atau pendarahan yang luar biasa
 Kebocoran cecair amnion
 Sakit belakang

Jadual lawatan antenatal bagi mereka yang berisiko ialah seperti berikut:

Dari tempoh 22 minggu hingga 32 minggu kehamilan, wanita yang berisiko perlu
diperiksa setiap 1 hingga 2 minggu. Ketika lawatan ini, perkara-perkara berikut akan
diperiksa:

 Berat badan

 Tekanan darah
 Paras gula dan albumin dalam air kencing
 Ukuran ketinggian fundus rahim
 Degupan jantung janin

Pesakit perlu diingatkan mengenai tanda-tanda pelahiran pramatang dan diberi


kaunseling mengenai diet (pemakanan). Pemeriksaan faraj mungkin dilakukan untuk
mengesan jangkitan faraj atau sebarang perubahan pada pangkal rahim.

Secara amnya:

Tiada pencegahan yang khusus bagi mengelak kelahiran pramatang dari berlaku.
Tetapi, beberapa langkah boleh diambil untuk mengurangkan risikonya:
 Jika boleh, rawat sebarang masalah yang mungkin timbul seperti jangkitan
kuman dan pangkal rahim yang lemah dan sebagainya (sekiranya didiagnos
awal)

 Mengurangkan aktiviti harian untuk wanita yang hamil kembar. Ini dapat
mengurangkan risiko pengecutan rahim.
 Hentikan gaya hidup yang tidak baik seperti merokok dan tabiat meminum
minuman keras semasa hamil.

You might also like