Biografi Dato

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

BIOGRAFI DATO’ DR.

USMAN AWANG
Julai 31, 2009

Bak kata pepatah Melayu, “harimau mati meninggal belang, manusia mati meninggalkan
nama.” Biarpun hampir sedekad beliau pergi meninggalkan kita, namun dari lembaran
karya-karya agung yang dinukilkan, kehadirannya tetap dirasai. Semasa hayatnya, beliau
terkenal sebagai seorang penyair hebat dan ahli drama yang prolifi k. Tongkat Warrant,
Adi Jaya, Atma Jiwa, Setiabudi, antara nama pena beliau yang termasyhur. Beliau yang
dimaksudkan ialah Allahyarham Dr. Dato’ Usman Awang.

Meniti Ranjau Kehidupan


Beliau diberi nama Wan Osman Wan Awang tetapi menukar namanya kepada Usman
Awang. Tokoh ini dilahirkan pada 12 Julai 1929 di Kampung Tanjung Lembu, Kuala
Sedili, Kota Tinggi, Johor Darul
Takzim. Ibunya, Halimah, meninggal dunia sewaktu beliau kecil lagi. Ayahnya seorang
nelayan yang mencari dan menjual rotan pada waktu musim tengkujuh. Usman Awang
menerima pendidikan setakat darjah enam Sekolah Melayu sahaja. Faktor kemiskinan
tidak mengizinkannya mengecap kejayaan yang lebih baik. Beliau pernah menuntut di
daerah Kuala Sedili (1936), Mersing (1937) dan Bandar Maharani (1940). Ketika Jepun
melanda Malaya pada tahun 1942, Usman Awang memerah keringat sebagai seorang
anak tani di Segamat. Tidak lama kemudian beliau menjadi buruh paksa Jepun selama
enam bulan di Singapura.

Beliau berjaya melepaskan diri dan pulang ke Segamat. Beliau pernah menjadi ‘budak
pejabat’ di Pejabat Tali Air Segamat. Kemudian memasuki Pasukan Polis Jepun (Botai),
tetapi selepas beberapa minggu menjalani latihan, pihak Jepun menyerah kalah. Selepas
itu, Usman Awang menjadi anggota polis apabila Inggeris kembali memerintah semula
pada tahun 1946. Beliau menjalani latihan di Johor Bahru sebelum menjalankan tugasnya
di Melaka.

Melangkah ke Dunia Persuratan Melayu

Pada tahun 1951, beliau berhijrah ke Singapura dan bekerja sebagai pembaca pruf di
Melayu Raya selama enam bulan. Beliau kemudian menjadi seorang pemberita. Sesudah
itu beliau bekerja di Mingguan Melayu sebagai sidang pengarang. Pada tahun 1952,
Usman Awang mendapat tawaran bekerja di Utusan Melayu sebagai sidang pengarang
akhbar Utusan Kanak-Kanak. Beliau diangkat menjadi pengarang Utusan Zaman dan
majalah Mastika selepas itu.

Pada tahun 1962, Usman Awang bekerja di Penerbitan Federal selama lapan bulan.
Kemudian beliau berkhidmat sebagai sidang pengarang di Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jawatan pertamanya ialah sebagai sidang pengarang untuk majalah Dewan Bahasa.
Kemudian beliau menjadi pengarang majalah Dewan Masyarakat, Dewan Sastera, dan
Dewan Budaya. Bermula pada Mei 1982,beliau menjadi Ketua Bahagian Pembinaan dan
Pengembangan Sastera sehingga bersara pada bulan Julai 1985.

Antara Karya Hebat

Usman Awang mula mencipta nama dalam dunia persuratan Melayu moden dengan
penulisan sajak. Sajak-sajaknya sentiasa segar, kukuh serta akrab dengan akar budi
Melayu dan perikemanusiaan. Lantaran keistimewaan yang ada dalam sajaknya yang
menarik, ia acap kali menjadi pilihan anak-anak sekolah juga masyarakat awam dalam
sebarang upacara mendeklamasi sajak. Antara sajaknya yang cukup popular ialah Pak
Utih, Ke Makam Bonda, Nasib Buruh, Bunga Popi, Gadis Di Kuburan, dan Salam Benua.
Manakala novel penulisannya yang masyhur sehingga kini ialah Tulang-tulang
Berserakan. Begitu juga dengan cerpennya yang hebat seperti Untuk Malaya Merdeka,
Turunnya Sebuah Bendera, Kami Yang Terlibat dan sebagainya. Di samping itu, drama
beliau yang bertajuk Muzika Uda dan Dara, Degup Jantung, Malam Kemerdekaan, Tamu
Di Bukit Kenny, Matinya Seorang Pahlawan – Jebat, Serunai Malam turut dipentaskan.

Petikan esiswa Ogos 2009

SUMBER:
http://penyair.wordpress.com

DISEDIAKAN OLEH:
Muhammad Nur Hafiz bin Jumat.

You might also like