Latar Belakang Wacana

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Latar Belakang Wacana

Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat (Harimurthi, 1982). Unit bahasa ini
juga mengandung satu penyatuan bahasa yang lengkap kerana sesuatu wacana mungkin terdiri
daripada dua atau beberapa gabungan ayat, satu perenggan, satu bab, sebuah buku atau satu siri
buku. Wacana turut menunjukkan perkembangan fikiran berurutan yang tersusun dengan
sempurna, selain menghasilkan satu pemikiran yang utuh. Dalam tatabahasa, wacana terletak
dalam hierarki tertinggi yang hadir selepas tingkat ayat. Terdapat dua jenis wacana dalam unit
bahasa, iaitu wacana lisan dan tulisan. Wacana lisan dihasilkan secara lisan yang melibatkan
komunikasi secara langsung antara penutur dengan pendengar. Dalam wacana jenis ini, ekspresi
wajah, nada suara, gerak badan dan sebagainya berfungsi untuk menyampaikan sesuatu perkara
kepada pendengar. Contohnya ialah perbualan harian, temu ramah, ceramah, ucapan, khutbah,
siaran televisyen dan radio.

Wacana tulisan pula ialah wacana yang disampaikan secara bertulis yang melibatkan
hubungan antara penulis dengan pembaca. Komunikasi yang berlaku ialah komunikasi satu arah
atau tidak langsung. Penulis tidak mendapat reaksi pembaca pada masa itu kerana penulis tidak
berdepan dengan pembaca. Contoh wacana tulisan ialah rencana, akhbar, majalah, buku dan
novel. Wacana boleh dianggap sebagai kesatuan bahasa yang paling tinggi, iaitu kumpulan
kalimat yang tertera dan berkesinambungan sehingga membentuk kesatuan yang utuh.

You might also like