Isu Guru Pendidikan Jarak Jauh

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Isu Guru Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)- Perjuangan KPPK

# Mengikut rekod Bahagian Pendidikan Guru pada awal Jun 2001 sebanyak 515
pemohon PJJ diterima dan hanya 227 pemohon memohon mengikuti bidang
kritikal yang diperlukan (Matematik, Sains, Bahasa Inggeris).Selebihnya
diluluskan mengikut bidang yang tidak kritikal.Guru-guru yang mengikuti PJJ
dalam bidang tidak kritikal tidak diberi jaminan bahawa mereka akan dilantik
sebagai guru siswazah selepas tamat pengajian mereka nanti.

# Terdapat program baru PJJ dilaksanakan secara kerjasama antara Kementerian


dengan UNITEM (Universiti Terbuka Malaysia).Bidang pengajian dibuat secara
'online','face to face' dan ijazah UNITEM adalah diiktirafkan.Ini bermakna lebih
banyak peluang untuk guru-guru mengikuti kursus ijazah secara PJJ.

# Pemohonan PJJ perlulah mendapat surat kelulusan terlebih dahulu daripada


Bahagian Pendidikan Guru sebelum memulakan pengajian.

# Bahagian Pendidikan Guru telah merancang untuk mengadakan kursus


'conversion' bagi membolehkan guru-guru bidang bukan kritikal mengajar mata
pelajaran kritikal.Perkara ini hanya akan dilaksanakan sekiranya guru tersebut
menerima tawaran lantikan sebagai PPPS Gred DG3 terlebih dahulu daripada
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

Dipetik dari 'Guru Malaysia'.Terbitan KPPK- September 2001

Guru lepasan PJJ akan diserap ke DG3


 

Sebanyak 8000 orang guru lepasan program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) gred
DGA6 dijangka dapat diserapkan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Siswazah gred DG3 menjelang akhir tahun ini.
Presiden KPPK, Tengku Habsah Tengku Petera berkata, Kementerian Pendidikan
bersetuju menyerapkan mereka secara beransur-ansur dan proses itu dijangka
selesai selewat-lewatnya tahun depan.
"Kementerian dalam mesyuaratnya pada 9 Julai lalu telah memutuskan untuk
melaksanakan kursus-kursus pertukaran kepada beberapa mata pelajaran kritikal
bagi memastikan guru-guru PJJ ini dapat diserapkan segera." katanya.

Dipetik dari "Guru Malaysia" KPPK

You might also like