UPSI

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 9

FALSAFAH DAN

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN
DI MALAYSIA

FCE 4000

”UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN


IDRIS”

DISEDIAKAN UNTUK:

DR. AMINUDDIN BIN HASSAN

DISEDIAKAN OLEH:

ESWADY BIN SALIMI DP 00125


Universiti Pendidikan Sultan Idris

EMBED Word.Picture.8

Logo Universiti Pendidikan Sultan Idris

Universiti Pendidikan Sultan Idris merupakan universiti pendidikan pertama di

Malaysia. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah diisytiharkan sebagai sebuah

universiti pada 1 Mei 1997 melalui Warta Kerajaan P.U.(A) 132 & 133, bertarikh 24

Februari 1997, di bawah dua buah Perintah iaitu Perintah Universiti Pendidikan Sultan

ldris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan ldris (Kampus) 1997.

Sebelum ini UPSI dikenali sebagai Institut Perguruan Sultan Idris.

Kampus UPSI terletak di Tanjung Malim, Perak. Cogan kata UPSI ialah "",

manakala lagu rasminya ialah "Ibu Kandung Suluh Budiman".

Sejarah

UPSI berasal dari UPSI dan MPSI / SITC di Tanjung Malim. Namanya sempena

nama Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah ibni al-Marhum Raja Bendahara Alang

Iskandar yang memerintah negeri Perak dari 26 Jul 1887 - 14 Jan 1916 kerana minat

yang ditunjukkan oleh Baginda dalam perkembangan pelajaran di negeri itu khususnya
bagi pelajaran anak-anak Melayu. Baginda lahir pada tahun 1849 dan mangkat pada

tahun 1916.

Sejarah penubuhan Maktab Perguruan Sultan Idris bermula dengan cadangan

R.O. Winstedt untuk memusatkan maktab-maktab perguruan Melayu. Kerja-kerja

membina maktab ini bermula dalam tahun 1919 dan siap pada tahun 1922. Setelah

mendapat persetujuan Sultan Abdul Jalil Perak, Pesuruhjaya Tinggi British telah

mengumumkan untuk menubuhkan sebuah Maktab Pusat yang besar bagi guru-guru

Melayu sebagai kenang-kenangan kepada Almarhum Sultan Idris Ibni Almarhum Raja

Iskandar, Perak. Maktab yang dinamakan The Sultan Idris Training Collge for Malay

Teachers yang dikenali dengan nama ringkasnya sebagai SITC telah dirasmikan oleh Sir

George Maxwell, Ketua Setiausaha Negara pada 29 November 1922.

Sir George Maxwell

Ketua Setiausaha bagi Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu


Maktab ini menerima kemasukan 120 pelajar sebagai permulaan untuk

mengikuti kursus selama 3 tahun dan mula beroperasi pada 231 November 1922. Tenaga

pengajarnya pula terdiri dari tiga orang Eropah, tujuh orang guru Melayu dan seorang

guru anyaman dari Filipina. O.T. Dussek pula telah dipilih menjadi Pengetua pertama

(1922 - 1936) dan telah berkhidmat sebagai Guru Besar selama 14 tahun. Beliau banyak

membentuk dan memungkinkan perkembangan golongan intelek asli atau anak negeri.

Bahkan beliau pernah membayangkan SITC yang bakal ditubuhkan itu sebagai "sebuah

Universiti Anak Negeri Dalam Kandungan".

Peruntukan kewangan sebanyak RM 49,000.00 telah dicadangkan untuk tujuan

pembinaan bangunan maktab. Kontrak untuk pembinaan telah dimulakan pada bulan

Ogos 1919. Di samping itu juga, bangunan Maktab turut dilengkapi dengan bekalan

elektrik dan air bagi kemudahan kepada para penuntut. Antara mata pelajaran yang diajar

sepanjang 3 tahun kursus di SITC ketika itu ialah: Bahasa dan Kesusasteraan Melayu,

Perdagangan dan Ilmu Alam, Tawarikh dan Hikayat, Ilmu Kira-kira, Kesihatan, Sains

Pertanian dan Perkebunan, Kelas Lukisan, Muzik, Anyaman dan Kerja Tangan, serta

kaedah mengajar secara teori dan praktikal.

MPSI merupakan puncak pelajaran anak-anak Melayu ketika itu, terutama bagi

pelajar-pelajar lepasan sekolah-sekolah Melayu yang tidak berpeluang untuk melanjutkan

pelajaran yang lebih tinggi dari setakat darjah enam. Keputusan untuk menubuhkan

Maktab ini dibuat dalam Mesyuarat Residen-residen British pada 10 Mei 1917.
Tujuan Penubuhan

Tujuan utama penubuhan maktab ini ialah untuk menyediakan guru-guru yang

dapat memajukan bidang pertanian, pertukangan dan anyaman apabila mereka pulang ke

kampung. Pelajaran pertanian asas merupakan matapelajaran utama.

Walau bagaimanapun, pelatih-pelatih lepasan MPSI telah mencapai kejayaan

lebih jauh dari matlamat penubuhannya. Pengaruh buku-buku Indonesia dan Sejarah

Alam Melayu yang terdapat di maktab itu telah menanam bibit-bibit kesedaran

kebangsaan di kalangan beberapa orang pelajar hingga melahirkan tokoh-tokoh politik

yang terkemuka seperti Ibrahim Yaakub, Senu Abdul Rahman, Abdul Ghaffar Baba,

Abdul Rahman Talib dan lain-lain lagi.

Di samping tokoh-tokoh politik, MPSI juga telah melahirkan sasterawan terkenal

tanahair dan juga tokoh-tokoh dalam bidang pendidikan seperti Harun Aminurrashid,

Abdullah Sidik, Masuri, S.N. Kemala, A. Wahab Ali, Awang Had Salleh dan Atan Long.

Jabatan Karang-Mengarang yang ditubuhkan di maktab tersebut dalam tahun 1925,

membantu melahirkan tokoh-tokoh berkenaan khususnya di bidang kesusasteraan.

Jabatan ini bergiat cergas menerbitkan berbagai- bagai jenis buku pelajaran, buku-buku

terjemahan dan karya asli pelajar-pelajar sendiri.

SITC kemudiannya seolah-olah menjadi Pusat Kehidupan Intelektual Melayu

dengan penuntut-penuntut yang datang dari segenap pelosok Semenanjung. Pertemuan

penuntut-penuntut Melayu ini secara langsung atau tidak langsung telah menyedarkan

mereka tentang tanggungjawab meninggikan tahap pelajaran anak-anak Melayu dan


membawa kepada perkembangan golongan terpelajar Melayu yang bersemangat

kebangsaan. Keunggulan SITC membentuk pelajar dan pelajaran Melayu terbukti

sehingga selesai Perang Dunia Kedua, bahkan hingga beberapa tahun selepasnya,

sebelum wujud beberapa institusi pengajian tinggi lainnya.

Kurikulum yang diajarkan di SITC adalah berkenaan dengan pertanian asas dan

pekerjaan tangan. Mata pelajaran yang diajar bagi satu-satu waktu pengajaran adalah

selama 45 minit dan terdiri dari ilmu kira-kira, ilmu geometri, ilmu alam, bahasa,

tawaraikh dan hikayat, ilmu tanaman, kaedah mengajar, ilmu kesihatan, lukisan, tulisan,

anyaman bakul, pengetahuan am dan agama.

Semasa Perang Dunia Kedua

Semasa Perang Dunia Kedua, SITC telah dijadikan Hospital Tentera British dan

kemudiannya setelah tentera British berundur, ianya telah dijadikan Markas Tentera

Jepun. Para pelajarnya berpindah ke Kuala Kangsar. Apabila perang mula merebak,

pelajar-pelajar diarahkan pulang ke kampung masing-masing. Selepas perang, SITC

dibuka semula, kali ini dengan para pelajar yang lebih bersemangat. Semangat kebagsaan

mula bercambah subur di SITC dan para pelajar semakin berani menuntut hak-hak

mereka sehingga berlaku tunjuk perasaan pada 10 Disember 1949 dan SITC ditutup

selama 3 bulan ekoran dari peristiwa itu.

Selepas Merdeka

Menjelang Kemerdekaan 1957, SITC telah dapat menyediakan segolongan intelek

Melayu yang berjiwa kebangsaan dan ini penting untuk mengsisi ruang kemerdekaan.
Pada tahun 1958, SITC turut mencatatkan sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya

anak tempatan dilantik sebagai Pengetua, iaitu Zainal Abidin Ali. Pada 13 Januari 1975,

sekali lagi SITC merakamkan sejarah dengan pengambilan masuk 140 pelajar puteri, iaitu

setelah 5 tahun dihuni oleh pemuda-pemuda Melayu.

Naik Taraf

Pada 21 Februari 1987, SITC telah dinaikkan taraf sebagai Institusi Pendidikan

Sultan Idris (IPSI). Kedudukan tarafnya lebih tinggi daripada makatb-maktab perguruan

yang lain dan diberi kuasa mengendalikan Kursus Sijil Lanjutan Pergurusan dan Diploma

Lepas Sijil.

Sesuai dengan peranan dan kepentingannya telah mendorong Kerajaan untuk

menaikkan tarafnya kepada peringkat yang lebih tinggi sebagai Universiti Pendidikan

Sultan Idris (UPSI) pada 1 Mei 1997.

Tokoh

Semenjak penubuhan selama 80 tahun, SITC – MPSI – IPSI – UPSI melahirkan

beberapa tokoh terkenal tanahair dalam bidang-bidang politik, sejarah, bahasa,

kesusasteraan dan pendidikan dalam pembangunan peradaban Melayu. Sekadar

menyebut beberapa nama yang dilahirkan UPSI seperti Za’ba, Aminuddin Baki, Ibrahim

Yaakub, Abdul Rahaman, Shahrom Hussein, Harun Aminurrashid, Masuri S.N, Tun

Abdul Rahman Abbas dan Awang Had Salleh.


Sebagai membuktikan ketokohan tokoh-tokoh tersebut, sebagai contoh Za’ba

yang lebih dikenali sebagai Pendeta Za’ba atau nama sebenarnya Zainal Abidin bin

Ahmad dalam kerts kerja dan artikelnya bertajuk “Pendeta Za;ba: Pemikir Wawasan

Sains Bangsa”, Dato’ Prof. Ir. Dr. Mohammad Noor Salleh, Bekas Naib Canselor UPSI

berkata:

“Salah seorang tokoh yang terkenal pada zaman SITC ialah Za’ba. Pendeta Zainal

Abidin bin Ahmad atau Za’ba (1895 - 1973) merupakan seorang tokoh ilmuan melayu

yang ulung. Ketokohannya dikaji melalui karya-karya yang dihasilkannya oleh beberapa

pengkaji dan penulis. Mereka itu ialah seprti Adnan Haji Nawang, Ungku A. Aziz,

Abdullah Hussain dan Khalid M. Hussain. Mereka mengkaji tentang Za’ba sebagai

pemikir dalam bidang-bidang agama Islam, politik, ekonomi dan pendidikan.

Adnan Haji Nawang dalam bukunya “Za’ba: Patriot dan Pendeta Melayu (1994),

iaitu hasil kajian sarjana sejarahnya, membincangkan Pendeta Za’ba sebagai pejuang

“Masalah Melayu”, “Reformis Melayu” dan “Pendeta Za’ba dengan Masalah Melayu”.

Kajian ini memperlihatkan Za’ba memperjuangkan nasib orang Melayu dari aspek-aspek

social, pendidikan, bahasa dan kesusasteraan.


Bibliografi

1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Universiti_Pendidikan_Sultan_Idris

2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Maktab_Perguruan_Sultan_Idris_Tanjung_Malim

3. http://hids.arkib.gov.my/doc/jilidiv/november/29_11_1922_1980.htm

4. Pembinaan Paradigma Pemikiran Peradaban Melayu, Mohd. Yusof Hasan, Terbitan

Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2004, halaman .

5. Awang Had Sallch, Pelajaran dan Perguruan di Malaya Zaman British, D.B.P., K.L.

1980, hal.82.

6. Roff, W.R., The Origin of Malay Nationalism, University Malaya Press, K.L. 1967,

ms. 142-157.

You might also like