Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 53

RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5: 1986-1990)

Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5) telah memperkenalkan satu fasa baru dalam
pembangunan negara dengan strategi yng menekankan pertumbuhan ekonomi yng
sederhana dan stabil.

Satu perkara yang diberi penekanan sepenuhnya ialh perpaduan negara yang
merupakan matlamat keseluruhan pembangunan sosioekonomi. Tumpuan usaha-usaha
perpaduan negara ialah untuk memupuk semangat kebangsaan. Rakyat Malaysia
dipupuk rasa cinta dan bangga terhadap negara sert sentiasa berpandu kepada Rukun
Negara.

Justeru matlmat RMK-5 adalah untuk mencapai perpaduan negara, mencapai objektif
dalam objektif dalam DEB dan mengecap pertumbuhan yang dapat menjamin
kestabilan ekonomi negara. Fenomena ini masih perlu mengmbil kira keadaan negara
waktu itu yang masih dalam era kemelesetan.
  
Secara keseluruhan, jumlah peruntukan bagi RMK-5 adalah sejumlah RM69,000 juta.
Daripada jumlah ini, 89.2 peratus diperuntukkan untuk perbelanjaan sosioekonomi, 6.5
peratus untuk keselamatan dan pertahanan dan 4 peratus untuk pentadbiran awam.

Projek kereta nasional kedua ini memang mempunyai peluang yang cerah untuk
memperolehi kejayaan

Strategi dan Pelaksanaan RMK-5

Dalam tempoh RMK-5, kerajaan telah mewujudkan dan melaksanakan beberapa strategi
yang dilaksanakan dalam RMK-5. Strategi yang dilaksanakan di dalam RMK-5
termasuklah peningkatan peranan sektor swasta melalui proses deregulation
(pelonggaran peraturan dan kawalan) dalam aspek hak milik syarikat, perlesenan dan
aktiviti ekonomi lain untuk mendorong persaingan yang sihat dan meningkatkan
kecekapan. Syarat-syarat pelaburan modal asing turut dilonggarkan bagi meningkatkan
pelaburan industri terutamanya industri yang berorientasikan ekspot.

Selain itu, kerajaan juga menggalakkan sektor pertanian dan industri luar bandar.
Beberapa syarat dilonggarkan seperti syarat-syarat penggunaan tanah, penanaman padi
secara ladang, penggunaan tanah lombong untuk pertanian dan penanaman tanaman
lain yang sesuai di sawah-sawah terbiar. Usaha menggalakkan perindustrian pula
didokong dengan langkah- langkah pengurangan kadar bayaran elektrik, telefon, air,
tapak kilang dan lain-lain.

RMK-5 turut merangka sebuah strategi baru iaitu penekanan terhadap bidang
penyelidikan dan pembangunan (R&D). Strategi ini diharap dapat meningkatkan kadar
produktiviti, keupayaan dan kecekapan guna tenaga tempatan. Usaha pembangunan
sumber manusia turut dititikberatkan seperti latihan kemahiran dalam bidang
pengurusan, keusahawanan, pembinaan, perhotelan dan perkapalan.

Perancangan dan pembangunan peringkat wilayah dan kawasan serta pembangunan


bandar-bandar baru juga diberi penekanan dalam RML. Ini bertujuan bagi
mengurangkan pertindihan pelaburan dan infrastruktur serta meluaskan faedah
pembangunan kepada seluruh wilayah. Perindustrian yang bersepadu telah digalakkan
terutama di pusat-pusat yang berpotensi tinggi untuk berkembang. Bagi pertumbuhan
bandar-bandar baru, garis panduan yang digunakan berasaskan pertumbuhan
semulajadi dan bukannya pertumbuhan rekaan.

Beberapa bandar yang sedia ada dalam kawasan mundur akan dimajukan untuk
mengurangkan penghijrahan pekerja ke kawasan bandar. Sektor pelancongan turut
diberi perhatian seperti menggalakkan pembinaan hotel oleh pihak swasta,
menggalakkan pihak swasta menyediakan kemudahan pelancongan, menubuhkan
Perbadanan Pelancongan Malaysia dan melancarkan Tahun Melawat Malaysia pada
tahun 1990.

Kajian-kajian mengenai prestasi dan produktiviti dijalankan oleh agensi-agensi seperti


Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan
Perancangan Tenaga Manusia (MAMPU). Seterusnya, perhatian juga diberikan kepada
usaha-usaha untuk meningkatkan lagi kemahiran ikhtisas dan teknik serta menambah
bilangan tenaga kerja dalam kemahiran-kemahiran tersebut.

Penubuhan Sistem Tadbir Baru

Pelaksanaan Dasar Penswastaan telah diperluaskan. Sektor swasta digalakkan


untuk mengenalpasti dan mengemukakan cadangan bagi mengambilalih perkhidmatan-
perkhidmatan yang bersesuaian. Penggunaan teknologi komputer dan elektronik dalam
proses perancangan dan pelaksanaan diperluaskan lagi. Sistem maklumat pengurusan
bersepadu yang dipanggil Sistem Pengesanan Projek Yang Disatukan Bagi Agensi-
agensi Pusat (SETIA) telah dilancarkan.

Dua buah kementerian baru di peringkat persekutuan dan 46 buah jabatan, agensi dan
pejabat cawangan telah ditubuhkan. Kementeriankementerian yang baru ialah
Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar dan Kementerian Kehakiman.
Seterusnya, sejumlah 48 buah kementerian, Jabatan dan agensi persekutuan dan negeri
telah disusun semula.

Selain daripada dasar-dasar dan nilai-nilai yang tersebut di atas, beberapa langkah
pentadbiran yang baru telah diperkenalkan untuk menggalakkan jentera perancangan
dan pelaksanaan Kerajaan yang lebih cekap dan lebih produktif. Langkah-langkah baru
tersebut ialah kod etika perkhidmatan awam, kepimpinan melalui teladan, kumpulan
meningkat mutu kerja, manual prosedur kerja dan fail meja, pusat pembayaran
setempat, konsep pejabat terbuka, sistem perakam waktu, tanda nama, peti cadangan,
pengurusan melalui mesyuarat dan penggunaan sistem poskod bagi seluruh negara.
Dalam tahun ini kerajaan telah melancarkan perkara-perkara seperti berikut:-
1. Rangka Rancangan Jangka Panjang 2 (RRJP2)(1991 - 2020)
2. Wawasan 2020 (1991 - 2020)
3. Dasar Pembangunan Nasional (DPN)(1991 - 2000)
4. Rancangan Malaysia Keenam (RMEn)(1991 - 1995)

Bidang pendidikan juga diberi keutamaan dalam RML

Pencapaian RMK-5

Prestasi ekonomi sepanjang tempoh RML amat membanggakan. Pada keseluruhannya,


Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebenar telah berkembang pada kadar 6.7 peratus
setahun berbanding dengan matlamat RMK-5 pada kadar 5.0 peratus. Prestasi yang
menggalakkan ini adalah hasil daripada kejayaan pelaksanaan langkah-langkah
penyesuaian yang diambil sejak tahun 1983 bagi mengukuhkan sektor awam dan
mengurangkan defisit belanjawan. Tambahan pula, dasar-dasar perdagangan dan
pelaburan yang liberal yang diperkenalkan semasa kemelesetan pada tahun 1985-86
telah menambahkan keyakinan para peniaga dan meningkatkan pelaburan swasta.
Faktor-faktor tersebut berserta dengan persekitaran luar negeri yang bertambah baik,
telah membolehkan ekonomi pulih dengan segera.

Pelaksanaan dasar dan strategi untuk mencapai matlamat agihan pendapatan yang
lebih saksama disertai pula dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat, terutamanya
dalam tempoh separuh penggal kedua RML telah menghasilkan kemajuan yang ketara
dalam corak agihan pendapatan. Corak agihan pendapatan yang lebih baik yang telah
dicapai, mencerminkan kemajuan yang menggalakkan dalam usaha menambah guna
tenaga dan penyertaan Bumiputera di dalam sektor moden ekonomi negara.
Pertambahan bilangan tenaga kerja Bumiputera yang terpelajar dan kemunculan
golongan peniaga Bumiputera serta peningkatan penglibatan mereka dalam aktiviti
ekonomi moden, telah dapat menambah bilangan Bumiputera di dalam kumpulan
berpendapatan tinggi.

Dalam tempoh RMK-5, walaupun kemajuan telah dicapai dalam pembentukan


Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB), pada keseluruhannya
penyertaan yang berdaya maju Bumiputera di sektor moden masih lagi terhad. Faktor-
faktor penting yang membawa kepada pencapaian yang masih rendah ini adalah asas
perniagaan mereka yang kecil dan terbatas, kekurangan pengalaman dan juga
kekurangan dari segi kemampuan pengurusan.

Di samping itu, pertumbuhan yang perlahan semasa kemelesetan ekonomi telah juga
menjejaskan prestasi peniaga Bumiputera, menandakan bahawa usaha pembangunan
MPPB masih belum mencapai asas yang kukuh dan berdaya tahan. Sebagai sebahagian
daripada program untuk membantu perniagaan Bumiputera, Kerajaan telah
mewujudkan tabungtabung khas seperti Tabung Pemulihan Usahawan dan Tabung
Usahawan Baru. Di samping itu, had maksimum pinjaman yang ditawarkan oleh agensi-
agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Syarikat Jaminan Kredit (CGC) kepada
peniaga- peniaga kecil juga telah di tambah.

Dalam dekad-dekad yang lepas negara telah berjaya memperkukuhkan lagi asas
pertumbuhan ekonomi. Negara telah dapat mengatasi beberapa cabaran ekonomi
sepanjang tempoh pembangunan sehingga kini. Tugas mengekalkan dan seterusnya
meningkatkan lagi perkembangan ekonomi negara adalah satu tindakan berterusan.
Hasrat dan aspirasi negara untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020
akan diberi tekanan dalam projek-projek pembangunan negara

PERPADUAN NEGARA
Konsep Perpaduan
1.Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh
masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu
identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.
2.Perpaduan boleh dicapai melalui dua cara utama, iaitu integrasi dan asimilasi.
3.Integrasi merupakan ‘satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di
kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi
dalam sesebuah unit politik.’
4.Terdapat beberapa unsur integrasi yang terdiri daripada:
a.Integrasi Wilayah yang bertujuan mengurangkan jurang perbezaan
pembangunan ekonomi dan sosial di antara wilayah-wilayah yang maju dengan
yang mundur.
b.Integrasi Ekonomi yang boleh diertikan sebagai usaha-usaha untuk
mengurangkan jurang perbezaan ekonomi di antara kumpulan-kumpulan etnik.
c.Integrasi Kebudayaan melibatkan usaha membentuk satu kebudayaan
kebangsaan.
d.Integrasi Sosial merangkumi usaha-usaha menyatupadukan rakyat melalui
program-program sosial serperti sukan, pendidikan, perumahan dan kesihatan.
e.Integrasi Pendidikan bertujuan untuk mewujudkan satu sistem pendidikan yang
bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek, jasmani dan rohani.
f.Integrasi Politik yang merangkumi usaha-usaha menyatukan rakyat melalui
kerjasama dan pembahagian kuasa politik.
5.Asimilasi merupakan satu proses bagaimana kumpulan-kumpulan minoriti
diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan
etnik yang lebih besar.
Masalah Perpaduan
1.Perbezaan agama dan kebudayaan
2.Dasar pecah dan perintah British
3.Sistem pendidikan yang berasingan
4.Aktiviti ekonomi yang berlainan
5. Persatuan-persatuan etnik
6. Pendudukan Jepun
Peristiwa 13 Mei 1969
1.Sistem kerajaan berparlimen telah digantung akibat peletusan rusuhan kaum dan
semua kuasa pentadbiran dipusatkan di bawah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).
2.Fungsi-fungsi utama Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ialah:
a.Mengembalikan keamanan dan undang-undang negara
b.Menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna
c.Mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan antara kaum di seluruh
negara.
3.Majlis Perundingan Negara, terdiri daripada wakil-wakil:
a.Menteri-menteri yang menganggotai MAGERAN
b. Kerajaan-kerajaan Negeri
c. Parti-parti politik
d.Sabah dan Sarawak
e.Kumpulan-kumpulan agama
f. Badan-badan profesional
g. Perkhidmatan Awam
h.Kesatuan sekerja dan persatuan majikan
i. Wartawan
j. Persatuan guru-guru
k. Kumpulan minoriti
4.Fungsi utama Majlis Perundingan Negara ialah untuk meneliti isu-isu perpaduan
negara dan mencari jalan menyelesaikan masalah-masalah masyarakat berbilang
kaum serta bertindak sebagai penasihat kepada MAGERAN mengenai perkara-
perkara yang berkaitan dengan perhubungan kaum.
Usaha-usaha Kerajaan Untuk Memupuk Perpaduan Nasional
1.Rukun Negara (ideologi kebangsaan)
2.Dasar Ekonomi Baru
3.Dasar Pendidikan Kebangsaan
4.Dasar Kebudayaan Kebangsaan
5.Bahasa Kebangsaan (BM)
6.Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara

Selagi kerajaan kita mementingkan kemajuan sains dan teknologi, selagi


kepentingan perpaduan antara kaum dilunturkan. Kini, kerajaan kita sedar
bahawa kepentingan perpaduan antara kaum adalah unsur utama
kesejahteraan negara. Oleh itu, pelbagai langkah dikenalpastikan untuk
merapatkan jurang perkauman demi masyarakat dan negara harmoni yang
kita lama harapkan.
-Pertama sekali, dasar-dasar kerajaan memainkan peranan yang amat
penting dalam mendorong perpaduan antara kaum. Sebagai contohnya,
Perdana Menteri yang kini 'Dato' Sri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul
Razak' menperkenalkan konsep 1 Malaysia. Seperti yang dinyatakan 'rakyat
didahulukan'. Ertinya kerajaan Malaysia amat mementingkan integrasi
antara kaum. Walaupun kemajuan sains dan teknologi penting sekali dalam
membangunkan negara, perpaduan kaum juga tidak boleh diabaikan.

-Tambahan pula, dengan mengadakan kempen, aktiviti dan program-


program yang berkaitan dengan perpaduan kaum dapat merapatkan jurang
perkauman. Pihak berkenaan bolehlah mengadakan pelbagai aktiviti seperti
'Larian 1 Malaysia' yang baru-baru ini berjaya memainkan peranan dalam
memupuk kepentingan antara kaum. Selain itu, kempen kesedaran boleh
diadakan dalam kalangan remaja. Ini disebabkan semangat ini perlu
diperihara sejak kecil sekali.

-Selain itu, semangat kejiranan juga boleh menjaminkan perpaduan kaum.


Negara kita yang berbilang kaum iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain.
Dengan ini, kebanyakan jiran-jiran kita adalah kaum yang berlainan. Oleh
itu, semangat kejiranan yang kuat membawa kepada perpaduan. Kita boleh
mengadakan gotong-royong ataupun rumah terbuka di kawasan tinggal
sendiri dalam menjayakan perkara ini.

-Akhir sekali, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam isu ini.
Ibu bapa perlulah sentiasa mendidik anak-anak mereka tentang kepentingan
perpaduan antara kaum. Ibu bapa boleh mengajar melalui ajaran agama diri
sendiri. Pemikiran positif tentang perpaduan perlulah dipupuk sejak kecil
kerana fikiran anak dan remaja yang masih mental. Ibu bapa juga
merupakan panutan kepada anak-anak mereka. Ibu bapa perlu
menunjukkan semangat perpaduan dihadapan anak-anak mereke supaya
boleh dicontohi.

-Kesimpulannya, semangat perpaduan antara kaum kepada sesebuah


negara merupakan unsur pertama kerjayaan dan kesejahteraan negara. Kita
perlulah menjamin dan meningkatkan semangat perpaduan untuk
merapatkan jurang perbezaan antara kaum. Keharmonian dan perpaduan
dalam masyarakat majmuk negara membolehkan kita menrealisasikan
Wawasan 2020

Perpaduan kaum amat penting dalam membangunkan negara di samping itu


dapat memberi sumbangan dalam menjamin keselamatan negara, menjamin
pertumbuhan sosial-ekonomi, DAN membekal sumber tenaga yang
berkecekapan tinggi demi mengecap ke wawasan 2020. Namun, masyarakat
kita masih tidak berhenti ditayang-tayangkan dengan pelbagai isu sentimen
perkauman yang membingungkan dan merunsingkan masyarakat kita.
Realitinya, perpaduan masih lagi belum berlaku sepenuhnya di negara ini.
Sebagai negara yang melaung-laungkan perpaduan antara kaum, adalah
amat memalukan apabila masih lagi timbul permasalahan sebegini di
masyrakat negara kita.

Sebagai jalan penyelesaian kepada masalah ini, pihak kerajaan telah giat
melaksanakan pelbagai dasar-dasar yang merapatkan jurang perkauman di
masyarakat kita dari segi pendidikan sejak kita mendapatkan kemerdekaan
sehinggalah ke masa kini. Contohnya, pihak kerajaan telah menyeragam
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta memperkenalkan Laporan
Razak, dasar kependidikan kebangsaan, sekolah wawasan 2020 dan lain-
lain. Usaha-usaha ini dibuat untuk mendidik dan menyatupadukan golongan
belia yang berlainan kaum tentang pentingnya perpaduan kaum untuk
mengecap ke arah pembangunan negara. 

Selain itu, pihak kerajaan jugapun telah memperkenalkan pelbagai dasar


ekonomi dari semasa ke semasa untuk merapatkan jurang perkauman.
Antaranya ialan Dasar Ekonomi Baru ,Dasar Pembangunan Nasional serta
Dasar Wawasan Nasional yang memainkan peranan penting dalam
menghapuskan pergeseran kaum yang disebabkan oleh pemisahan aktiviti
ekonomi ataupun faktor geografikal dengan melibatkan golongan
bumiputera dalam aktiviti komersial, mencampur-adukan orang dari
pelbagai kaum untuk melibatkan diri dalam pelbagai sektor misalnya
pertanian, perkilangan, perindustrian, perkhidmatan dan lain-lain. Memang
tidak dapat dinafikan bahawa usaha ini dapat merapatkan jarak hubungan
antara satu kaum dengan yang lain, dan seterusnya dapat membina
persefahaman kaum dan bangsa yang manakah ini dapat mengkagumkan
negara lain di tahap antarabangsa.

Dari segi budaya, pihak kerajaan telah memperkenalkan Dasar Kebudayaan


Kebangsaan dan menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara. Pihak kerajaan
dengan kerjasama pihak berkuasa sentiasa menyeru rakyat kita supaya
melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong, hari perayaan terbuka,
persembahan-persembahan pada hari kemerdekaan atau hari perayaan ,
dan kempen. Selain itu, pihak kerajaan juga berproaktif dalam
menyampaikan suara dan seruan perpaduan kaum melalui media massa,
mereka berpendapat bahawa media massa merupakan saluran yang dapat
mencapai ke hati semua orang daripada pelbagai tahap sosial masyarakat.
Masyarakat merupakan tonggak negara, masyarakat yang bersatu padu
mampu menghadapi sebarang rintangan dan permasalahan, bahkan kata
"Bersatu padu, bercerai roboh"! 

Di samping itu, pihak kerajaan juga telah memperkenalkan ideologi


kebangsaan iaitu Rukun Negara semenjak kemerdekaan untuk memupuk
semangat perpaduan antara kaum di kalangan masyarakat Malaysia. Dari
segi politik juga, parti-parti politik juga digabungkan melalui Barisan
Nasional untuk mewujudkan kesatuan kaum. Tambahan juga dengan slogan
"1 Malaysia" yang giat dilaung-laungkan oleh perdana menteri sejak
kebelakangan ini. Amat ketara bahawa perpaduan kaum dan keharmonian
masyrakat merupakan cabaran yang utama bagi kerajaan. Dengan adanya
kerjasama masyrakat , barulah dapat menjayakan segala seruan kerajaan
untuk menjana pembangunan negara.

Pada kesimpulannya, dasar-dasar kerajaan mengenai perpaduan nasional


adalah bersifat integrasi, dan dapat diterima oleh semua kumpulan etnik dan
kaum dalam negara kita. Pelbagai langkah telah dikenalpasti untuk
merapatkan jurang perkauman demi mewujudkan keharmonian dalam
kalangan masyarkat majmuk di negara kita. Bahkan kata "Bulat air kerana
pembetung, bulat kata kerana muafakat", oleh itu, demi mengecap ke arah
pembangunan dan pemordenan negara, kita sebagai rakyat Malaysia
perlulah mengamalkan sikap bersatu padu dan bersiap sedia dalam
menghadapi sebarang cabaran bersama-sama.

Perpaduan merupakan kunci kejayaan negara kita. Tanpa keamanan dan


keharmonian, Malaysia tidak akan mencapai kemajuan yang dinikmati pada
hari ini. Kerajaan telah sedar akan perpaduan antara kaum dalam menjamin
kesejahteraan negara.

Perpaduan dapat mewujudkan masyarakat majmuk yang bersatu dan stabil.


Masyarakat yang stabil dapat membangunkan negara dari segi ekonomi dan
sosial. Dengan kewujudan persefahaman antara kaum, rakyat dapat
bersama-sama membangunkan negara tanpa mengira kaum, ras dan
agama. Pencapaian Wawasan 2020 juga menjadi lebih mudah. Hal ini juga
dapat menarik pelaburan asing. Oleh itu, ekonomi negara dapat
diperkembang dan taraf hidup rakyat dapat dipertingkatkan.

Selain itu, perpaduan membentuk masyarakat yang menjalin ikatan kukuh


dari segi kekeluargaan dan keagamaan. Hal ini dapat melahirkan rakyat
yang mementingkan prinsip bertoleransi, hormat-menghormati dan sabar.
Dengan adanya rakyat yang berpegang teguh terhadap prinsip-prinsip ini,
perselisihan faham dapat dikurangkan. Pergaduhan dan perpecahan kaum
juga dapat dielakkan. Rusuhan kaum juga tidak akan berlaku. Justeru,
masyarakat dapat disatukan di bawah satu bumbung yang kukuh.

Langkah-langkah untuk mengekalkan perpaduan ialah kerajaan mewujudkan


konsep sekolah wawasan. Sekolah wawasan dapat mengukuhkan hubungan
antara kaum Melayu, Cina dan India. Langkah ini lebih berkesan jika
dimulakan sejak sekolah rendah lagi. Kanak-kanak dapat bergaul dengan
rakan-rakan berbilang kaum sejak kecil lagi. Kebudayaan dan adat resam
pelbagai kaum diperkenalkan antara satu sama lain. Wahana ini dapat
menjamin perpaduan rakyat.

Di samping itu, kerajaan juga melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan


Wawasan 2020 dengan hasrat menyatupadukan rakyat. Dasar-dasar
kerajaan dapat melahirkan masyarakat yang lebih adil dari segi
sosioekonomi. Hal ini dapat menjamin persefahaman antara kaum serta
menyemarakkan kemakmuran dari segi politik dan sosial dalam kalangan
rakyat Malaysia. Wawasan 2020 yang diperkenalkan juga dapat mewujudkan
negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan
dikongsi bersama. Melalui wadah ini, perpaduan rakyat dapat diwujudkan.

Kesimpulannya, perpaduan merupakan komponen utama dalam


pembentukan masyarakat majmuk yang harmonis. Perpaduan dapat
menjamin keamanan dan meningkatkan ekonomi negara. Langkah-langkah
proaktif perlulah diambil untuk mewujudkan perpaduan antara kaum supaya
dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang mempunyai kejatian diri yang
teguh, bersatu padu dan berdaya saing.

Sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, negara kita telah


menyedari kepentingan perpaduan antara kaum dalam menjamin
kesejahteraan negara. Dengan perpaduan semua bangsa, negara kita
barulah akan maju dan dapat bertanding di peringkat antarabangsa. Oleh
itu, kerajaan sentiasa memastikan pelbagai langkah telah diambil bagi
merapatkan jurang perkauman demi mewujudkan keharmonian dan
keamanan di negara kita.
----- Perpaduan memainkan peranan penting dalam pembentukan keadaan
politik yang stabil. Rakyat haruslah bersatu-padu pada setiap masa. Dengan
ini, kerajaan barulah dapat menumpukan perhatian terhadap pembangunan
negara. Sebaliknya, sesebuah negara akan berada dalam keadaan kacau-
bilau maju jaya jika penduduknya tidak bersatu-padu. Tambahan pula.
negara itu akan mudah diambil alih oleh negara asing. Rakyat negara pasti
akan hidup dengan penuh sengsera atas jajahan negara asing seperti zaman
kependudukan Jepun.. Rakyat mungkin akan didera dan tidak dapat layanan
yang adil dan saksama.

----- Selain itu, perpaduan juga akan menggalkkan perlaburan asing dalam


negara. Memang tidak dapat dinafikan bahawa pelaburan asing akan
memajukan perindustrian sesebuah negara. Pelaburan asign yang amat
berpengalaman dapat membawa masuk teknologi dan jentera yang canggih
ke negara kita. Contohnya, pelabur asing dari negara Jepun, Amerika
Syarikat dan Korea, dapat memajukan sektor perindustrian dengan
membawa teknologi dari negaranya. Secara tidak langsung, Malaysia dapat
menikmati dua faedah pada masa yang sama iaitu kemasukan teknologi dan
kemajuan perindustrian.

----- Salah satu langkah telah diambil oleh kerajaan untuk merapatkan
jurang perkauman adalah melalui perlaksanaan pelbagai dasar-dasar.
Contohnya, dasar Pembangunan Nasional dan Dasar Wawasan Nasional.
Dasar-dasar ini dapat menjamin persefahaman antara kaum serta
menyemarakkan semangat patriotisme antara kaum. Seterusnya,
memajukan negara dari segi politik dan sosial. Memang tidak dapat
dinafikan bahawa usaha ini telah merapatkan jarak hubungan antara kaum
dan membina persefahaman kaum dan bangsa. Dengan ini, negara kita
barulah akan maju, dan penduduk akan hidup dengan penuh harmoni.
----- Di samping itu, kempen, aktiviti dan program-program
perpaduan juga harus diperbanyakkan. Semangat kekitaan juga amat
penting dalam mengekalkan perpaduan di sesebuah negara. Semangat
kekitaan dapat diamalkan dengan memupuk amalan bertolak ansur dan
bertoleransi antara masyarakat. Oleh itu, aktiviti yang melibatkan
penglibatan pelbagai kaum seperti gotong-royong dapat memupuk
semangat bermasyarakat antara kaum harus diperbanyakkan. Dengan ini,
sifat bersatu-padu barulah dapat disemai antara masyarakat berbilang kaum
dan mewujudkan keharmonian dan semangat berjuang untuk negara,
bukannya untuk bangsa atau kaum sendiri.

----- Secara tuntasnya, sokongan padu dan kerjasama sayugianya


menyeluruh semua pihak supaya perpaduan antara masyarakat berbilang
kaum dapat dicapai dan jurang antara kaum dapat dikurangkan. Marilah kita
bersama-sama berusaha untuk merealisasikan 1Malaysia. "Rakyat
didahulukan, Pencapaian diutamakan'!
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha
mencapai perpaduan dan integrasi nasional.
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik. Rakyatnya terdiri
daripadapelbagai etnik dan kaum. Malahan, kepelbagaian ini adalah kekuatan
yangmewarnai corak negara ini. Tidak hairanlah Malaysia menjadi model
sebuahmasyarakat majmuk kepada masyarakat yang lain. Oleh itu, perpaduan
danintergrasi nasional adalah satu keperluan bagi menjamin rakyatnya hidup
dalamsuasana aman damai.
Perpaduan nasional umumnya merujuk kepada penyatuan berbagai-
bagaikelompok yang mempunyai latar belakang sosial dan kebudayaan yang
berbeza.Usaha ke arah perpaduan dapat dilihat melalui penyatuan Sabah,
Sarawakdengan negeri-negeri Semenanjung. Selain itu, usaha tersebut juga boleh
dilihatmelalui usaha kerajaan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum
danmeletakkan kumpulan etnik yang berlainan latar belakang di satu
kawasanperumahan yang sama.
Manakala konsep integrasi adalah lebih luas. Ia dikatakan satu prosesyang
abstrak, satu penyatuan yang sebati dan berpanjangan. Integrasimerupakan satu
proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok dalammasyarakat melalui satu
identiti. Ekoran kejadian 13 Mei 1969, kerajaan mulamenumpukan usaha-usaha dan
strategi-strategi ke arah mewujudkan integrasinasional.
Ringkasnya, perpaduan dan integrasi nasional adalah matlamat asas
baginagara Malaysia. Konsep perpaduan sangat penting dalam usaha
menjadikanMalaysia sebagai sebuah negara yang teguh dan bersatu padu. Secara
tidaklangsung, perpaduan dapat menjamin keselamatan negara, kestabilan
ekonomi,politik dalam jangka masa panjang.

Bagi memantapkan lagi perpaduan di kalangan rakyat pelbagai etnik dankaum,


kerajaan telah mewujudkan beberapa strategi melalui pendekatanekonomi, politik dan
pendidikan untuk mencapai matlamat-matlamat perpaduan.
1.Strategi Pendekatan Ekonomi
Masalah ekonomi merupakan halangan yang terbesar dalam
mewujudkanperpaduan dan integrasi nasional. Sehubungan dengan itu, kerajaan
telahmerangka pelbagai rancangan dan strategi untuk membolehkan semua kaumdan
etnik dan menyertai pelbagai sektor ekonomi dan semua peringkat pekerjaan.
Dasar Ekonomi Baru merupakan satu contoh formula yang dilancarkanoleh
kerajaan Malaysia pada tahun 1970 untuk membetulkan ketidakseimbangansosio-
ekonomi yang wujud antara kaum, wilayah dan di antara kawasan dalamwilayah yang
sama. Ini merupakan reaksi dari rusuhan kaum yang berlaku pada13 Mei 1969.
Falsafah dasar ini ialah “Pembangunan dan Pengagihan Bersama”.
Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru mempunyai dua matlamat utamaselain
perpaduan negara iaitu (a) pengambilan pekerja-pekerja di pelbagai sektorekonomi dan
di semua peringkat pekerjaan dan (b) hakmilik produktif yangterdapat di dalam negara
disusun semula supaya orang-orang Melayu dapatmemiliki sekurang-kurangnya 30%
daripada jumlah hakmilik tersebut pada tahun 1990.
Selain itu, Dasar Ekonomi Baru mempunyai matlamat serampang duamata iaitu
pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum. Selain itu, penyusunansemula
masyarakat perlu dilakukan untuk mengurangkan dan seterusnyamenghapuskan
pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Ini berpuncadaripada dasar ‘pecah
dan perintah’ yang telah menyebabkan berlaku tumpuankaum mengikut fungsi ekonomi
tertentu. Fenomena ini menyukarkan agihankekayaan negara, keadilan ekonomi
sekaligus menyukarkan perpaduan kaum.

Kerajaan kemudiannya telah melancarkan Dasar PembangunanNasional


(DPN) pada tahun 1991, kesinambungan daripada Dasar EkonomiBaru. DPN juga
bermatlamat untuk menghapuskan ketidakseimbangan sosialdan ekonomi negara.
Dasar ini menggariskan beberapa strategi yang jelasmenggambarkan kemakmuran dan
membina bangsa yang bersatu padu.
Dengan terhapusnya perbezaan kuasa ekonomi mengikut satu kaumsahaja,
perpaduan dapat dalam sektor ekonomi dapat diwujudkan. Secara tidaklangsung, taraf
pembangunan ekonomi nasinal keseluruhannya dapat ditingkatkan.
2.Strategi Pendekatan Politik
Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dankumpulan
etnik yang berbeza dari segi agama, pekerjaan, kebudayaan dansebagainya. Oleh itu,
kerajaan perlu menyediakan suasana politik yang stabilbagi menjamin keamanan dan
ketenteraman rakyat di segenap lapisan masyarakat.
Menerusi kaedahko nsesus atau persetujuan, perpaduan politik negaradapat
diwujudkan. Ini bermakna rakyat boleh menentukan kerajaan yangmemerintah melalui
proses pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali.Pemimpin-pemimpin politik yang
dipilih ini perlu mengamalkan semangatperundingan dan kerjasama di kalangan parti-
parti politik untuk memastikanpenyertaan bersama dalam proses pentadbiran negara.
Penubuhan Barisan Nasional yang merupakan komponen perikatanUMNO,
MCA, MIC dan beberapa parti yang asalnya adalah parti pembangkangtelah
diperluaskan. Semua komponen parti dalam Barisan Nasional telahmembuat
persetujuan politik untuk menghadapi segala masalah dalam bidangpolitik, ekonomi,
pendidikan, sosial dan kebudayaan melalui perbincangan danmencari penyelesaian
bersama di meja rundingan.

KEPENTINGAN PERPADUAN
Bagai aur dengan tebing' merupakan peribahasa yang amat sinonim dengan kehidupan
masyarakat Malaysia. Walaupun penduduk Malaysia berbilang kaum namun semangat
tolong-menolong sesama masyarakat amat penting untuk melaksanakan sesuatu
perkara. Bertitik tolak daripada sikap saling menolong ini, akan lahirlah masyarakat
yang bersatu padu. Perpaduan merupakan aset terpenting Malaysia kerana tanpa
perpaduan, tidak mungkin keharmonian dapat dinikmati ibarat 'bersatu kita teguh,
bercerai kita roboh'.

Kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah


negara yang merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau
berduri yang dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil
perpaduan masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang berganding bahu menuntut
kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan
kepada Tanah Melayu. Implikasinya, masyarakat kini hidup harmoni tanpa gangguan
dan kongkongan penjajah. Perpaduan yang telah wujud kini adalah warisan daripada
warisan nenek moyang yang harus dikekalkan agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek
panas.

Selain itu, perpaduan kaum juga dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu
semangat kekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri ala 'enau dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing'. Semangat assabiah ini akan menimbulkan
permusuhan antara kaum. Hasilnya, Malaysia dapat menjadi contoh terbaik kepada
negara lain seperti negara Amerika Syarikat yang mengamalkan Dasar Aparteid. Dasar
Aparteid ialah dasar yang mewujudkan jurang perbezaan antara golongan berkulit putih
dengan golongan berkulit hitam. Akibatnya, wujudlah pelbagai masalah sosial yang
melibatkan perkauman berdasarkan warna kulit. Sebagai iktibar, masayarakat Malaysia
wajar mengekalkan perpaduan demi mengelakkan semangat assabiah terjadi di atas
bumi Malaysia ini.

Di samping itu, kepentingan perpaduan yang lain pula ialah perpaduan dapat
membangunkan ekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat
Malaysia akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi
budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup
dengan harmoni di bawah satu bumbung. Selaras dengan itu, ekonomi negara akan
berkembang dengan kemasukan palancong asing. Masyarakat Malaysia juga dapat
berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam membangunkan negara. Pelabur dari luar
negara juga akan berminat untuk melabur di Malaysia. Rentetan itu, perpaduan kaum
yang mampu meningkatkan taraf ekonomi negara akan menjadikan Malaysia berdiri
sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain.

Konklusinya, pihak kerajaan perlulah mengadakan pelbagai program atau aktiviti yang
dapat memupuk semangat perpaduan kaum. Masyarakat Malaysia juga perlu
memainkan peranan dalam memupuk perpaduan kaum supaya negara kekal dalam
kemerdekaan. Semoga 52 tahun kemerdekaan pada tahun ini akan meningkatkan
kesepakatan masyarakat untuk menobatkan Malaysia agar gah dan popular di seluruh
sarwajagat ini. Laungan 'Malaysia Boleh' perlu diteruskan agar semangat warganegara
Malaysia ini digeruni oleh negara luar.
Posted by Cikgu Anelyza WMS at 9:35 AM

USAHA-USAHA MEMUPUK PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

Ekoran dari rusuhan etnik 13 Mei 1969, kerajaan telah melancarkan beberapa dasar
sosial, ekonomi dan politik yang berkisar mengenai perpaduan nasional dan bersifat
integrasi melalui penyesuaian bersama berbagai-bagai kebudayaan dan ciri-ciri sosial
yang dapat diterima oleh semua kumpulan etnik dalam negara kita.

Selain daripada memupuk perpaduan antara kaum, kerajaan juga menitikberatkan


integrasi antara wilayah, terutamanya antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan
Sarawak.

Antara usaha-usaha yang telah diambil untuk memupuk perpaduan nasional ialah:

(a) Rukun Negara (ideology kebangsaan);


(b) Dasar Ekonomi Baru;
(c) Dasar Pendidikan Kebangsaan;
(d) Dasar Kebudayaan Kebangsaan;
(e) Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu);
(f) Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara;
(g) Pergabungan parti-parti politik melalui Barisan Nasional;
(h) Integrasi antara wilayah.

A. Rukun Negara

Rukun Negara telah dilancarkan pada 31 Ogos 1970 adalah merupakan ideologi
kebangsaan negara kita. Ideologi kebangsaan adalah perlu bagi menimbulkan satu
semangat dan identiti yang sama bertujuan memupuk muafakat dalam kalangan
masyarakat perlbagai etnik.

Lima prinsip Rukun Negara adalah seperti berikut:

(a) Kepercayaan kepada Tuhan;


(b) Kesetiaan kepada Raja dan Negara;
(c) Keluhuran Perlembagaan;
(d) Kedaulatan Undang-undang; dan
(e) Kesopanan dan Kesusilaan.

Kelima-lima prinsip ini bertujuan untuk mewujudkan sebuah negara Malaysia yang
bersatu padu serta sebuah masyarakat Malaysia yang adil, demokrasi, liberal dan
progresif.

B. Dasar Ekonomi Baru


Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan pada tahun 1971 melalui Rancangan Malaysia
Kedua (1971 – 1975), adalah bertujuan mewujudkan keseimbangan ekonomi antara
kaum dan wilayah bagi mencapai perpaduan negara. Dengan kata lain, DEB bertujuan
memupuk perpaduan negara melalui pengagihan pendapatan dan peluang ekonomi
yang saksama dalam kalangan semua rakyat Malaysia.

DEB dilaksanakan menerusi strategi serampang dua mata, iaitu:

i) Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum


ii)Penyusunan semula masyarakat supaya pengenalan etnik mengikut fungsi ekonomi
dapat 
dihapuskan.

C. Dasar Pendidikan Kebangsaan

Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 adalah
berasaskan kepada laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman talib 1960. Antara lain
matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ini adalah untuk melahirkan satu masyarakat
Malaysia yang bersatu padu.

Antara langkah-langkah yang diambil bagi memenuhi matlamat Dasar Pendidikan


Kebangsaan dalam memupuk perpaduan dan integrasi nasional adalah:

i) Menggunakan bahasa Melayu (Malaysia) sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah


dan
institusi-institusi pengajian tinggi.
ii) Menyediakan sukatan pelajaran yang seragam kandunganya untuk semua sekolah di 
Malaysia.
iii) melaksanakan kegiatan kokurikulum.

D. Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Pembentukan satu kebudayaan kebangsaan dapat memupuk perpaduan menerusi satu


gaya hidup dan nilai-nilai yang dipersetujui dan dihayati bersama oleh semua kaum.
Kebudayaan Kebangsaan juga dapat mewujudkan satu identiti negara yang dapat
dikenali oleh negara-negara luar. Oleh itu, kerajaan telah menitikberatkan
pembentukan secara beransur-ansur satu kebudayaan nasional yang merangkumi
unsur-unsur yang baik daripada berbagai-bagai kebudayaan yang terdapat di negara
kita dengan berteraskan kebudayaan asli tempatan.

Tiga prinsip telah ditetapkan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan:


i) Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal 
rantau ini;
ii) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur
Kebudayaan Kebangsaan; dan
iii) Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan kebangsaan.[1]

E. Bahasa Kebangsaan

Bahasa memainkan peranan penting dalam proses memupuk perpaduan antara kaum.
Justeru itu, kerajaan telah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
negara kita. Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah memperuntukan bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi.

Mulai tahun 1970, bahas Melayu secara berperingkat-peringkat telah menggantikan


bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Kerajan juga telah
menjalankan kempen untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu dengan
melancarkan ‘Gerakan Cintailah Bahasa Kita’.

F. Jabatan Perpaduan Negara

Jabatan Perpaduan Negara telah ditubuhkan pada tahun 1969 dan memainkan peranan
yang sangat penting dalam menyatupadukan rakyat Malaysia. Ia menganjurkan kelas-
kelas perpaduan, yang kini dikenali sebagai Pusat Pendidikan Tidak Formal, di seluruh
negara dengan mengajar bahasa Melayu, adat resam, nilai-nilai keagamaan
masyarakat Malaysia dan pelajaran Sivik.

Melalui Skim Rukun Tetangga, Jabatan Perpaduan Negara menggalakkan kegiatan-


kegiatan yang bercorak muhibah atau kejiranan seperti kempen kebersihan,
pertandingan sukan, rondaan keselamatan dan kelas kejiranan.

Jabatan Perpaduan Negara juga menganjurkan khemah kerja kejiranan bagi


mengeratkan persefahaman di kalangan belia serta menanam sifat-sifat
kewarganegaraan toleransi dan semangat perpaduan.

G. Penggabungan Parti-parti Politik melalui Barisan Nasional

Kerjasama dan persefahaman politik adalah amat penting bagi menjamin kestabilan
dan perpaduan negara. Pada tahun 1953, parti perikatan telah ditubuhkan dan telah
berjaya menubuhkan kerajaan di Tanah Melayu pada tahun 1955. Kerjasama politik
melalui muafakat dalam parti Perikatan diperluaskan lagi dengan tertubuhnya Barisan
Nasional pada tahun 1971. Dengan tertubuhnya Barisan Nasional, telah melengkapkan
perwakilan dari pelbagai etnik dan kepentingan dalam parti pemerintah.
I. Pindaan Akta Hasutan

Pindaan Akta Hasutan mengeluarkan beberapa perkara daripada perbincangan umum,


termasuk di Parlimen dan Dewan undangan Negeri. Dua daripada perkara utama itu
ialah:
i) hak kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan kelompok bumiputera lain negara
ini; dan
ii) kedudukan raja-raja Melayu.

J. Integrasi Antara Wilayah

Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mengeratkan lagi perpaduan di


kalangan negeri-negeri. Negeri-negeri yang kurang maju seperti Kedah, Perlis,
Kelantan dan Terengganu diberi peruntukan perbelanjaan pembangunan yang lebih
berbanding dengan negeri-negeri lain yang dianggap maju bagi tujuan merapatkan lagi
jurang perbezaan ekonomi wilayah.

Kerajaan juga menitikberatkan integrasi antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.


Sistem pendidikan di Sabah dan Sarawak telah disatukan secara beransur-ansur ke
dalam sistem pendidikan kebangsaan.

Perhubungan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak diperkukuhkan melalui


perkhidmatan telekomunikasi, pengangkutan udara dan perkhidmatan pos yang baik.
Rangkaian radio dan televisyen di Sabah dan Sarawak juga telah disatukan dengan
rangkaian radio dan televisyen nasional.

Jabatan Perpaduan Negara seringkali menganjurkan lawatan-lawatan muhibah untuk


membolehkan pemimpin-pemimpin masyarakat Sabah dan Sarawak bertemu dan
beramah mesra dengan pemimpin-pemimpin masyarakat Semenanjung Malaysia.
PERUTUSAN TAHUN BARU 2010

7 JANUARI 2010; PUKUL 8.40 PAGI;

PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualiikum Warahmatullahi Wabarakatuh, selamat sejahtera dan salam 1Malaysia.

1. Pertamanya, marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi puji dan syukur ke hadrat Allah
s.w.t kerana dengan limpah kurnia serta izinNya, maka kita dapat bersama-sama hadir di
Majlis Perutusan Tahun Baru bagi tahun 2010 ini.

1. Setiap kali menjelang tahun baru, kita meletakkan sasaran dan memperbaharui azam
untuk berusaha dengan lebih gigih bagi mencapai kejayaan cemerlang dalam apa jua
bidang yang diceburi. Bagi warga Kementerian Pelajaran, hari ini merupakan hari yang
amat bermakna di mana seluruh warga Kementerian Pelajaran dari segenap pelusuk
tanah air berhimpun, sama ada di dalam dewan ini atupun di tempat-tempat lain, untuk
bersama-sama memperbaharui iltizam, memperteguhkan tekad dan menyuntik
semangat baru yang lebih kental bagi melaksanakan tanggungjawab mulia mendidik
anak bangsa dan melonjakkan mutu pendidikan negara.

Para hadirin yang dihormati,

1. Kementerian Pelajaran  merupakan nadi kepada usaha untuk membangunkan modal


insan yang akan memacu dan melonjakkan kemajuan negara pada masa hadapan.
Matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020,
sesungguhnya amat bergantung kepada keupayaan warga Kementerian Pelajaran untuk
menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada pelajar. Hanya dengan pendidikan
berkualiti yang menekankan pembangunan insan secara holistik dan membangunkan
daya inovasi dan kreativiti, kita akan dapat menghasilkanmodal insan yang berilmu,
kreatif, inovatif dan berketerampilan. Modal insan yang berkualiti tinggi ini tentunya
akan berupaya untuk memacu ekonomi berteraskan pengetahuan dan mencipta
kekayaan baru bagi negara kita. Usaha ini adalah sejajar dengan hasrat YAB Perdana
Menteri untuk melaksanakan Model Ekonomi Baru berteraskan pengetahuan dan
menjadikan negara kita sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi.

1.  Pendidikan di negara kita juga mempunyai satu lagi peranan yang amat penting. Dalam
sebuah negara berbilang kaum, agama, bahasa dan budaya, pendidikan merupakan
mekanisme utama dalam usaha kita untuk membina sebuah negara bangsa yang
bersatu padu. Hasrat ini hanya akan dapat dicapai melalui pelaksanaan satu sistem
pendidikan yang mementingkan nilai-nilai kebangsaan di samping menghormati
kepelbagaian. Melalui sistem pendidikan ini, anak-anak akan diasuh dengan nilai-nilai
kebersamaan, hormat-menghormati, cintakan tanah air dan penerimaan antara satu
sama lain. Nilai-nilai ini boleh dipupuk melalui pemakaian satu kurikulum kebangsaan,
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang menekankan unsur-unsur perpaduan
kebangsaan dan pemerkasaan sekolah kebangsaan. Saya percaya dengan adanya usaha,
tekad dan niat yang murni daripada pelbagai pihak dalam negara kita, baik kerajaan,
para guru, ibu-bapa, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, dan warganegara yang
prihatin untuk menyemai dan menyuburkan benih perpaduan di dalam hati dan
sanubari generasi muda kita melalui satu sistem pendidikan yang mengutamakan nilai-
nilai kebangsaan dan menghormati kepelbagaian, kita akan berjaya memperkukuhkan
perpaduan negara selaras dengan hasrat dan gagasan 1Malaysia.

1. Hakikatnya, melahirkan modal insan yang berketerampilan dan memupuk perpaduan


kebangsaan adalah dua matlamat murni sistem pendidikan negara. Lebih daripada itu,
kita bersyukur kerana sistem pendidikan di negara kita dipandu oleh Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang bermatlamat untuk melahirkan insan yang sempurna dan
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru, fungsi utama pendidikan
di negara kita ialah untuk membina dan membangun potensi yang ada pada setiap anak
kita tanpa mengira perbezaan kaum, agama, bahasa dan budaya. Adalah menjadi hak
setiap anak-anak di negara ini untuk mendapatkan pendidikan yang mampu menggarap
dan membina segala potensi yang ada pada diri mereka secara seimbang dan sempurna.
Ini bermakna, segala dasar, program dan usaha yang dilaksanakan oleh warga pendidik
di seluruh negara haruslah mendahulukan pelajar. Melahirkan pelajar yang cemerlang
dalam segala bidang merupakan keutamaan kita. Matlamat ini hanya akan dapat dicapai
sekiranya kita bersama-sama membulatkan tekad dan memperteguhkan muafakat
untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara.
 

Para hadirin yang dihormati sekalian,

KEJAYAAN YANG DICAPAI DALAM TAHUN 2009

Akses Pendidikan Berkualiti – Infrastruktur dan Kebajikan

6.      Menyedari kepentingan pendidikan sebagai wahana untuk melahirkan modal insan yang
berketerampilan, mempekukuhkan perpaduan dan membangun potensi pelajar secara seimbang,
kerajaan sentiasa memberikan keutamaan kepada agenda pendidikan. Meskipun Malaysia
menerima kesan daripada kemelesetan ekonomi dunia, Kementerian Pelajaran sentiasa
memastikan perancangan dan pembangunan pendidikan negara dapat dilaksanakan dengan
jayanya. Alhamdulillah, pencapaian sepanjang tahun 2009, menunjukkan program-program yang
dirancang telah memberi impak yang berkesan.  Dalam kesempatan ini saya ingin berkongsi
dengan para hadirin semua antara beberapa kejayaan yang telah kita capai sepanjang tahun.

PENCAPAIAN AKADEMIK DI SEKOLAH

7.      Dari segi pencapaian akademik, pencapaian calon UPSR pada tahun lalu adalah lebih baik
berbanding tahun sebelumnya dengan bilangan pelajar yang memperolehi Gred A dalam semua
mata pelajaran telah meningkat sebanyak 0.32 peratus. Sementara itu, keputusan PMR 2009 juga
mencatatkan peningkatan sebanyak 6 peratus. Peningkatan pencapaian murid dalam
peperiksaaan awam ini sesungguhnya adalah hasil didikan, usaha gigih dan pengorbanan para
guru kita di seluruh pelusuk negara. 

AKTIVITI SUKAN, SENI DAN KOKURIKULUM

9.      Saya juga amat berbangga dengan kejayaan menonjol para pelajar dalam bidang ko-
kurikulum apabila pasukan negara kita menjadi johan keseluruhan dalam pertandingan World
Robotic Challenge 2009 di Pohang, Korea Selatan. Pelajar kita juga telah mendapat tempat ke
enam dalam F1 Technology Challenge World Championship 2009 di London yang disertai oleh
48 pasukan daripada 32 buah negara. Tahniah diucapkan kepada Sekolah Victoria yang telah
menjuarai Kejohanan Pancaragam Sedunia 2009, yang telah berlangsung di Modena, Itali.
Manakala dalam bidang sukan, pasukan Boling Tenpin MSSM telah menjadi naib johan acara
berpasukan dalam Kejohanan Boling Tenpin Sekolah-Sekolah Asia ke-11 yang berlangsung di
Hong Kong. Kita juga amat berbangga dengan kegigihan yang ditunjukkan oleh para atlet muda
dari  Sekolah Sukan Malaysia yang mampu bersaing dengan atlet senior di Temasya Sukan SEA
Ke-25 di Laos dengan meraih sebanyak 28 pingat emas. Syabas dan tahniah saya ucapkan
kepada semua!.

11.    Kementerian amat maklum bahawa kejayaan pelajar kita dalam aktiviti kokurikulum dan
sukan hanya dapat dicapai dengan usaha, tunjuk ajar dan pengorbanan para guru dan jurulatih
yang gigih. Sehubungan itu, usaha yang lebih bersepadu untuk menambah baik kemudahan dan
prasarana sukan, meningkatkan keupayaan jurulatih dan menyemarakkan program sukan dan
kokurikulum di sekolah akan terus dilaksanakan pada masa hadapan. Untuk tujuan ini, seramai
480 orang jurulatih kokurikulum telah dilatih pada tahun 2009 bagi membolehkan 516 jawatan
jurulatih kokurikulum diisi  pada tahun 2010 ini.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

MEMANTAPKAN LATIHAN PERGURUAN

12.    Kita semua sedar bahawa kunci kepada kecemerlangan pendidikan ialah guru-guru yang
berkualiti. Dalam usaha untuk meningkatkan kualiti guru dan memartabat profesionalisme
keguruan, KPM telah melaksanakan beberapa strategi. Ini termasuklah menaik taraf maktab
perguruan kepada institut pendidikan guru (IPG) yang menawarkan program ijazah.  Kumpulan
pertama guru terlatih IPG iaitu seramai 1,448 orang yang berjaya memperolehi ijazah sarjana
muda pendidikan di bawah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) pada Disember
2009 akan memulakan tugas mereka pada awal tahun ini. Pusat-pusat Kecemerlangan Institut
Pendidikan Guru juga telah diwujudkan berdasarkan bidang-bidang kebitaraan.

13.    Kementerian juga akan meneruskan usaha untuk meningkatkan jaringan kerjasama dengan
universiti-universiti berprestij dalam dan luar negara sebagai salah satu usaha menaik taraf IPG,
meningkatkan pembangunan kapasiti (capacity building)  para pensyarah dan melahirkan guru
siswazah yang berkemahiran. Antara yang telah dilaksanakan ialah Program Perguruan IPTA
(Ijazah Sarjana Muda Perguruan) dalam negara, serta Program Kembar Bachelor of
Education (TESL). IPG Kampus Antarabangsa yang telah bekerjasama dengan lima universiti di
Australia, New Zealand dan United Kingdom sejak tahun 2003 telah melahirkan tiga kohort guru
bahasa Inggeris berjumlah 367 orang yang majoritinya berkhidmat di sekolah luar bandar dan
pedalaman.  Program melatih guru dalam bahasa Antarabangsa seperti Bahasa Jerman, Bahasa
Jepun dan Bahasa Perancis diteruskan bagi memastikan murid sekolah berpeluang belajar bahasa
lain selain bahasa Inggeris.

14.    Selain itu, Program Pensarjanaan Tenaga Pengajar IPG diteruskan bagi menjamin
kredibiliti tenaga pengajar dan kualiti pendidikan di IPG. Sehingga penghujung tahun 2009,
sejumlah 60 peratus pensyarah IPG telah ditawarkan tajaan biasiswa kedoktoran manakala 57
peratus  pensyarah ditawarkan  tajaan biasiswa sarjana.

Para hadirin sekalian,


INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN PENDIDIKAN

15.    Pemeluasan akses kepada pendidikan yang berkualiti tidak akan lengkap tanpa memastikan
pelajar menikmati kemudahan pendidikan yang selesa. Oleh itu,  sebanyak 10,281 projek
infrastruktur dan kemudahan pendidikan telah dan sedang dilaksanakan oleh Kementerian.
Peruntukan yang besar telah disediakan untuk tujuan ini. Bagi membiayai 962 sekolah bantuan
kerajaan, memantapkan program pra sekolah serta menaiktaraf, membaikpulih dan
menyelenggara sekolah, sebanyak RM 450 juta telah disalurkan melalui Pakej Rangsangan
Ekonomi Pertama. Kementerian juga telah membekalkan perabot dan peralatan, menyediakan
tenaga pengajar kontrak, membekalkan kabin, menaiktaraf, membaik pulih dan menyelenggara
sekolah dan institusi pendidikan dengan bajet mini yang disediakan berjumlah RM 2 bilion. Ini
membolehkan Kementerian membela dan memulihkan sekolah yang berada dalam keadaan dhaif
yang memerlukan pembaikan segera.

16.    Bagi memastikan anak-anak kita di luar bandar dan kawasan pedalaman menerima
pendidikan yang sewajarnya, sebanyak 93 buah asrama baru, asrama tambahan dan gantian telah
siap, atau sedang dalam proses pembinaan. Kebajikan guru di luar bandar dan kawasan
pedalaman juga telah diberi perhatian utama. KPM telah melaksanakan sebanyak 168 buah
projek rumah guru yang diharap akan dapat memastikan guru akan terus kekal berkhidmat di
kawasan pedalaman dalam keadaan yang lebih selesa.

17.    Selain itu, KPM juga telah melaksanakan projek bekalan air bersih, iaitu sebanyak 116 di
Sabah, 211 di Sarawak dan 240 di Semenanjung Malaysia dengan peruntukan sebanyak
RM387.9 juta. Bekalan elektrik telah berjaya disediakan di 429 buah sekolah di Sarawak, 197 di
Sabah dan 48 di Semenanjung Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM1.78 billion.
Sementara bekalan elektrik 24 jam telah dapat disediakan kepada hampir semua sekolah iaitu
99.1 peratus sekolah rendah, dan 99.5 peratus sekolah menengah.

18.    Dalam usaha merapatkan jurang digital, KPM telah memberi tumpuan kepada penyediaan
infrastruktur, perisian dan latihan ICT. Daripada 3,025 projek pusat akses, 2143 (70.8%) projek
telah disediakan di luar bandar. Dengan terlaksananya pembinaan pusat akses, maka ramai murid
telah dapat melaksanakan pembelajaran kendiri, berkomunikasi secara elektronik, mencapai
maklumat dan memperoleh kemahiran ICT.

Hadirin yang dihormati sekalian,

19.    Sesungguhnya Kementerian amat menghargai dan berterima kasih kepada para pendidik
yang tanpa jemu berusaha meningkatkan kualiti pendidikan negara dan mendidik anak bangsa,
terutamanya bagi mereka yang berkhidmat di kawasan luar bandar dan pedalaman. Bagi
memastikan guru terlatih mencukupi mengikut opsyen di pedalaman, Kementerian telah
memperluaskan pemberian Elaun Khas Mengikut Lokasi Dan Tahap Kesusahan bagi pegawai
perkhidmatan pendidikan dan anggota kumpulan sokongan yang berkhidmat di sekolah
pedalaman. Elaun ini telah memberi manfaat kepada seramai 12,000 warga pendidik di 872 buah
sekolah. Adalah diharapkan insentif sebegini akan memberi peransang dan galakan kepada para
guru untuk terus berbakti di kawasan luar bandar dan pedalaman.
PENGLIBATAN DAN PENCAPAIAN PERINGKAT ANTARABANGSA

20.    Selaras dengan aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan
pendidikan bertaraf dunia, kejayaan Kementerian terbukti melalui program-progran kerjasama
dengan negara-negara maju dan membangun.  Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP)
yang dikendalikan di IPG, Kampus Bahasa Antarabangsa sejak tahun 2001 melibatkan 93 buah
negara, adalah salah satu bukti bahawa pendidikan di Malaysia telah mencapai tahap
antarabangsa.  Latihan perguruan yang telah ditawarkan kepada 737 peserta setakat ini secara
tidak langsung meletakkan Malaysia di peta 93 buah negara tersebut. Kejayaan program G to G
ini bukan sahaja membuktikan penerimaan sistem pendidikan kita, malahan mempamerkan
keupayaan Malaysia menjadi global players dalam arena pendidikan dunia. Satu lagi projek yang
amat membanggakan Malaysia pada tahun 2009 adalah  Malaysia Australia Education Project
for Afghanistan (MAEPA), iaitu  projek kerjasama   Malaysia dan Australia bagi melatih 30
orang jurulatih utama dari Afghanistan dalam pendidikan guru menurut perspektif pendidikan
Islam di IPG yang sama. Malahan, kerajaan Australia telah memohon untuk meneruskan
pelaksanaan MAEPA II pada tahun 2010. Kejayaan projek ini membuktikan bahawa bidang
latihan guru kita telah diiktiraf oleh negara maju.

21. Dalam hubungan kerjasama peringkat dua-hala (Bilateral) dan pelbagai-hala (Multilateral),
Malaysia terus memberi perhatian utama, termasuk penyertaan aktif dalam pertubuhan
antarabangsa khususnya dalam bidang latihan keguruan, pengajaran dan pembelajaran
menggunakan Bahasa Inggeris, kepimpinan pendidikan, pembangunan kurikulum serta
memperkukuhkan rangkaian sekolah. Pelbagai saluran kerjasama bilateral seperti ASEAN,
UNESCO, ISESCO, Komanwel, dan SEAMEO akan terus menjadi wadah penting untuk
Malaysia meningkatkan keberkesanan sistem dan kualiti pendidikan negara secara berterusan,
iaitu melalui pemindahan teknologi, pengalaman dan ilmu yang diterima untuk dimanfaatkan
oleh murid-murid di negara ini melalui sistem persekolahan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

HARAPAN BAGI TAHUN 2010

22.    Apakah harapan dan wawasan kita bagi tahun 2010? Walaupun kita telah berjaya
melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan kualiti pendidikan pada tahun 2009, kita
juga akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan rintangan yang perlu ditangani bagi tahun
2010. Antara cabaran yang menuntut komitmen dan iltizam semua warga pendidik
adalah meluaskan akses pendidikan yang berkualiti dan berkemampuan sebagaimana yang
disasarkan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi pendidikan.

23.    Justeru, bagi tahun 2010 saya ingin memberikan tumpuan khusus kepada usaha untuk
mencapai sasaran awal empat sub-NKRA pendidikan. Pertama, untuk meningkatkan kadar
penyertaan murid prasekolah, sasaran Kementerian bukan sahaja tertumpu kepada kanak-kanak
yang berumur 5 tahun ke atas, malah juga meliputi kanak-kanak yang berumur 4 tahun. 
Penyertaan kanak-kanak seawal umur 4 tahun dalam sistem prasekolah diharapkan dapat
membina keyakinan anak-anak dan membentuk pemikiran kritis, kreatif dan inovatif dari awal
lagi.  Pada masa ini,  67 peratus kanak-kanak telah mengikuti prasekolah kerajaan dan swasta.
Sasaran bagi tahun 2010, iaitu peningkatan 5 peratus kepada 72 peratus bukanlah sesuatu yang
sukar dicapai, kerana tanggungjawab ini akan dipikul bersama oleh agensi kerajaan, swasta dan
Badan Bukan Kerajaan (NGO). Selaras dengan ini, Kementerian telah menambah bilangan kelas
prasekolah kepada 315 buah kelas dengan bilangan guru prasekolah seramai 7,511 orang pada
tahun 2010 ini. Semua prasekolah, kerajaan mahupun swasta, akan menggunakan Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Perluasan pendidikan prasekolah ke dalam aliran
perdana pendidikan akan membolehkan negara kita menepati standard antarabangsa dalam
menyediakan pendidikan bagi tempoh 12 tahun bagi setiap murid.

25.    Kedua, penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira murid akan ditingkatkan
dengan pengenalan program Literasi dan Numerasi (LINUS) pada peringkat sekolah rendah.
Pada masa kini, kadar literasi dalam kalangan murid sekolah rendah adalah 87 peratus. Sasaran
bagi tahun 2010 ialah peningkatan sebanyak 3 peratus iaitu kepada 90 peratus. Sasaran ini akan
disokong dengan menempatkan guru-guru yang terbaik untuk mengajar Tahun 1, menambah
bilangan guru pemulihan di sekolah pada nisbah 1 guru kepada 15 orang murid daripada nisbah
sedia ada iaitu 1 guru kepada 1 sekolah. Ini akan membolehkan lebih tumpuan diberikan kepada
murid yang lemah penguasaannya dalam kemahiran 3M. Kumpulan guru yang bertindak sebagai
fasilitator untuk membantu guru-guru dalam program ini juga akan diwujudkan di semua Pejabat
Pelajaran Daerah.

26.    Ketiga, sasaran untuk melahirkan Sekolah Berprestasi Tinggi akan dicapai dengan
mewujudkan sekolah berkesan atau effective schools yang mempunyai identiti tersendiri yang
unik, berbudaya kerja sangat tinggi dengan modal insan yang berkembang secara holistik,
berdaya saing serta diiktiraf dalam dan luar negara. Sebanyak 20 buah sekolah disasarkan untuk
menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun ini agar matlamat kita menjadikan 100 buah
sekolah dalam kumpulan ini pada tahun 2012 tercapai. Saya amat berharap agar hasrat untuk
mewujudkan sekolah-sekolah sebegini menjadi realiti dan seterusnya menjadi sekolah contoh
kepada sekolah-sekolah lain dalam mencipta kecemerlangan institusi masing-masing.

27.    Keempat, Kementerian telah merangka suatu insentif berbentuk kewangan dan bukan
kewangan kepada kepimpinan sekolah yang telah berusaha memajukan serta menyumbang
kepada profesionalisme pengurusan dan kesejahteraan institusi masing-masing. Bermula tahun
2010, semua pemimpin sekolah perlu menetapkan sasaran yang perlu dicapai dengan persetujuan
bersama Kementerian. Pencapaian prestasi sekolah adalah berdasarkan skor komposit iaitu
kombinasi skor Gred Purata Sekolah (GPS) dan skor Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
(SKPM). Pengetua dan Guru Besar yang mencapai kedudukan tertinggi akan layak menerima
ganjaran. Kementerian berharap agar ganjaran ini menjadi pendorong kepada semua pemimpin
sekolah untuk terus berusaha dengan gigih bagi mencapai sasaran yang ditetapkan dan
seterusnya meningkatkan kualiti sekolah sehingga menjadi sekolah berprestasi tinggi.

28.    Dalam usaha kita untuk menjadi negara maju, kita juga perlu melahirkan modal insan yang
berkemahiran tinggi. Alhamdulillah, dalam kalangan pelajar kita terdapat mereka yang lebih
cenderung untuk mengasah bakat dalam bidang kemahiran. Menyedari hakikat ini, Kementerian
telah menstruktur semula 69 buah Sekolah Menengah Teknik untuk dijadikan Sekolah
Menengah Vokasional yang diharapkan dapat menggarap kemahiran pelajar-pelajar kita dan
meningkatkan daya inovasi dan kreativiti mereka. Kita juga telah merancang program yang
terbaik agar sekolah aliran vokasional dan kemahiran menjadi salah satu bidang aliran perdana
dalam sistem pendidikan kita. Saya percaya dengan peningkatan mutu pendidikan kemahiran dan
vokasional, kita akan dapat membekalkan tenaga kerja yang kreatif, inovatif dan berkemahiran
tinggi yang amat diperlukan oleh negara, di samping mengurangkan kebergantungan kepada
tenaga kerja asing. Langkah ini diharap akan membantu industri berat dan sederhana di negara
ini untuk berkembang dengan lebih pesat lagi.

29.   Untuk memastikan sistem pendidikan negara kita terus relevan dan berdaya saing, saya
berpendapat bahawa penandaarasan pendidikan negara adalah amat penting untuk menjamin
pendidikan yang kita sediakan adalah setanding dengan amalan terbaik di peringkat
antarabangsa. Dengan mengambil kira kesesuaian konteks pendidikan Malaysia, Kementerian
akan menjalankan kajian penilaian ke atas sistem pendidikan negara pada tahun hadapan dengan
kerjasama UNESCO bagi membolehkan kita mengenal pasti kekuatan dan kelemahan untuk
menambahbaik sistem pengurusan pendidikan, kurikulum, latihan perguruan, proses pengajaran
dan pembelajaran dan aspek-aspek lain secara keseluruhannya.  

Hadirin yang saya hormati sekalian,

MBMMBI

30.     Bahasa merupakan jiwa sesuatu bangsa. Menyedari hakikat kedudukan Bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara serta sebagai bahasa ilmu dan bahasa
perpaduan, Kementerian akan berusaha lebih gigih untuk memartabatkan bahasa Malaysia
dengan mengukuhkan penggunaannya sebagai bahasa pengantar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Program literasi kepada murid sekolah rendah akan menumpu kepada kemahiran
membaca dan menulis dalam bahasa Malaysia dalam semua aliran pendidikan. Ini bagi
memastikan semua murid dapat berkomunikasi dan memahami satu sama lain dalam satu bahasa
yang akan mewujudkan semangat perpaduan dan muhibah dalam kalangan rakyat pelbagai
kaum.  Selain itu, Kementerian juga akan melaksanakan transformasi bahasa Malaysia dengan 
mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran melalui pendekatan modular yang
bersepadu, seimbang, dan holistik.

31.    Untuk berjaya pada peringkat antarabangsa, kita perlu menguasai bukan sahaja satu bahasa
malah pelbagai bahasa antarabangsa. Untuk tujuan itu, Kementerian telah mengambil langkah
untuk memperkukuhkan penguasaan dalam bahasa Inggeris yang merupakan bahasa kedua
negara, lantas dapat meningkatkan keupayaan murid menguasai ilmu terutama dalam bidang
sains dan teknologi, serta mempersiapkan mereka menghadapi persaingan arus globalisasi, selain
menggalakkan murid menguasai bahasa-bahasa antarabangsa lain di dunia. Antara usaha yang
dijalankan untuk mengukuhkan penguasaan bahasa Inggeris ialah dengan menambah bilangan
guru bahasa Inggeris berkualiti melalui latihan perguruan menggunakan jurulatih utama dari luar
negara atau penutur jati bahasa tersebut. Selain itu, penambahan masa dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Inggeris sebanyak 90 minit untuk Sekolah Kebangsaan dan 60 minit untuk
Sekolah Jenis Kebangsaan membuktikan kesungguhan Kementerian untuk memperkukuhkan
bahasa Inggeris dalam kalangan murid.  Sebanyak empat IPG dan English Language Training
Centre (ELTC) telah dikenalpasti sebagai ‘Pusat Kecemerlangan Bahasa Inggeris’. Semua IPG
ini akan melaksanakan pelan tindakan untuk memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris
dalam kalangan guru pelatih dan dalam perkhidmatan sepanjang tahun 2010 dan tahun-tahun
berikutnya.

Hadirin yang dihormati sekalian,

32.    Kementerian telah merancang pelbagai usaha untuk meningkatkan kecemerlangan


pendidikan dan menambahbaik sistem pendidikan negara. Namun, usaha dan perancangan
tersebut akan menghadapi cabaran yang bukan sedikit pada tahun 2010 ini. Sebagai permulaan,
krisis ekonomi dunia yang berlaku telah memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara
kita. Situasi ini telah menjejaskan pendapatan negara. Ini menyebabkan peruntukan perbelanjaan
Kementerian Pelajaran pada tahun ini dikurangkan kepada RM30.51 billion berbanding RM31.4
billion pada tahun lalu. Cabaran kepada Kementerian ialah untuk meneruskan segala aktviti sedia
ada secara lebih cekap dengan meletakkan keutamaan (priority) pelaksanaan program yang
dirancang tanpa menjejaskan kualiti pendidikan.

33.    Kunci kepada kejayaan kita mengharungi cabaran ini ialah pengurusan kewangan yang
berhemah berteraskan amalan nilai-nilai moral, etika dan integriti yang luhur. Dalam memelihara
integriti, saya menyeru seluruh warga Kementerian agar menghayati nilai-nilai murni seperti
cekap, jujur dan amanah, serta membuat sesuatu keputusan berasaskan kepada kriteria-kriteria
yang telus, adil dan saksama serta mengelakkan pembaziran. Saya yakin dengan memelihara
integriti, kita akan berupaya mengurus kewangan dengan berhemah dan menyampaikan
perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat selaras dengan prinsip rakyat didahulukan, pencapaian
diutamakan. 

34.    Di samping itu, cabaran yang amat jelas terpaksa digalas oleh semua pengurus pendidikan
khususnya pada peringkat institusi pendidikan ialah untuk berfikir dan bertindak bagi mengekal
dan meningkatkan pencapaian berdasarkan tahap keberhasilan yang ditetapkan dengan
menggunakan sumber yang terhad. Kejayaan pengurusan sekolah mendepani cabaran ini
sesungguhnya menjadi ukuran kepada kecekapan dan keberkesanaan mereka dalam mentadbir
dan mengurus sekolah. Inilah masa yang sesuai untuk kita memperaktikkan cadangan YAB
Perdana Menteri bagi tahun 2010, iaitu ‘menggalakkan kreativiti dan inovasi’ dalam
menjalankan tugas dan tanggungjawab.

35.    Yang lebih penting, saya percaya, kita pasti dapat mengharungi segala cabaran yang bakal
mendatang dengan adanya semangat, dedikasi, sifat tanggungjawab dan profesionalisme
daripada mereka di barisan hadapan,  dan guru-guru berkualiti yang terlatih. Sehingga kini, para
guru di Malaysia telah membuktikan kegigihan dan kewibawaan mereka melalui kejayaan yang
dicapai oleh anak didik mereka. Kejayaan yang telah kita capai sebelum ini sesungguhnya datang
daripada pelbagai situasi, sama ada ketika susah mahupun senang. Oleh itu, saya amat yakin
bahawa cabaran atau kekangan yang mungkin kita hadapi bagi tahun 2010 ini akan dapat kita
harungi jua dan tangani dengan jayanya. 

36.    Warga pendidik adalah nadi utama dalam pembangunan negara.  Justeru, marilah kita
bersama-sama merealisasikan agenda pendidikan yang telah kita rancang dan memikul
tanggungjawab dengan penuh iltizam dan azam yang kental. Memandangkan cabaran dalam
bidang pendidikan amat besar, wajarlah kita semua warga pendidik bersikap bagai aur dengan
tebing, cubit peha kiri peha kanan terasa jua. Kerjasama semua warga pendidik amat penting
dalam menjamin kejayaan agenda pendidikan negara yang berterusan.

37.    Kepada para pelajar, harapan saya tentu sekali anda semua mencapai kejayaan cemerlang
dalam pelajaran. Ingatlah bahawa setiap usaha yang dilakukan oleh para guru dan seluruh warga
Kementerian ini ialah untuk mendidik anda semua agar menjadi pelajar yang cemerlang. Justeru,
berusahalah dengan gigih, hormatilah para guru dan ibubapa, peliharalah disiplin dan sahsiah
diri, dan capailah impian anda. Di samping itu, jadikanlah sekolah kita sebagai medan untuk
memperkukuhkan perpaduan. Hayatilah semangat 1Malaysia dengan sepenuh hati dan
amalkanlah sikap saling hormat-menghormati. Saya percaya dengan sikap yang baik ini kita
akan berjaya memupuk semangat perpaduan yang lebih kental

SUMBANGAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN KE ARAH


PERPADUAN NEGARA
1.0 PENGENALAN
(Perenggan 12 Penyata Razak)menya ta kan:

‘Tujuan dasar pelajaran ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak

daripadasemua bangsa dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran

yang meliputisemua bangsa pengantar yang besar, walaupun perkara ini tidak dapat

dilaksanakandengan serta-merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-

ansur.’

Jelas di sini menunjukkan bahawa dasar Laporan Razak 1956 ini

jugamengutamakan perpaduan negara dan unsur serta nilai perpaduan menjadi teras

bagimenjamin kesejahteraan dan kepentingan masyarakat Malaysia yang

mempunyaipelbagai kaum. Penyata Razak jelas telah menggariskan aspirasi ini di

dalampenggubalan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Aliran Pendidikan Kebangsaan


adalahsaluran berkesan yang dapat membina warga Malaysia yang kukuh bersatu

padu.

Akta pelajaran 1961 telah memandatkan perwujudan satu sistem pendidikan

yangbercorak kebangsaan yang memberi penekanan kepada penggunaan Bahasa

Melayusebagai bahasa pengantar utama, penggunaan kurikulum yang sama bagi

semua sekolahdan pengambilan peperiksaan awam yang sama oleh semua murid atau

pelajar. SistemPendidikan Kebangsaan yang menekankan perkara tersebut dengan

tujuan untukmewujudkan satu identiti kebangsaan dan justeru itu dapat menyumbang

kepadaperpaduan rakyat di negara ini. Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia dan

Bahasa Inggeris telah dijadikan sebagai matapelajaran wajib bagi semua sekolah dan

turutmengekalkan penggunaan bahasa-bahasa etnik Cina dan Tamil sebagai bahasa

ibunda disekolah jenis kebangsaan (SJK), dan juga penggalakkan bahasa ketiga

seperti BahasaArab, Jepun dan Perancis. Sebenarnya tragedi 13 Mei 1969 juga

merupakan salah satupenyumbang ke arah pembentukan pendidikan kebangsaan yang

diharapkan dapatmewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yang

berbilang kaum.
2.0 DEFINISI
Sumbangan pendidikan kebangsaan ke arah perpaduan negara dapat kita
definisikan melalui beberapa buah buku rujukan. Kamus Besar Bahasa Melayu, Edisi
Ekonomi, 2002 : 1813 mendefinisikan sumbangan sebagai derma, donasi, pemberian,
bantuan, sokongan, sumbangsih dan pertolongan yang diberikan. Manakala,Kamu s
Dewan, Edisi Ketiga,1997 :1318 menyatakan sumbangan sebagai sesuatu yang
diberikan sebagai bantuan atau pertolongan yang diberikan. Oxford Advanced
Learner’s Dictionary: 6th Edition :250 mendefinisikan contribution sebagai an action
or a service thats helps to cause or increase.
Menurut Abd. Rahman bin Daub: 1999:15 menyatakan bahawa pendidikan

ataueducation dalam bahasa Inggeris berasal dari perkataan Latin ‘educare’ yang

bermaksudmemelihara atau mengasuh anak. Dalam buku yang sama turut memuatkan

beberapapendapat tokoh tentang pendidikan. Pendidikan bukanlah merupakan satu

ojek ataubenda fizikal tetapi sebagai satu idea (Abdul Rahman dan

Zakaria:1987). Pendidikanadalah khusus dalam apa juga keadaan yang menunjukan

gabungan alam semulajadidengan manusia. Mereka belajar melalui pengalaman dan

perjumpaan dengan alam (Alder:1970). The process of installing something into human

being (Syed MuhamadNaquid:1980). Manakala menurut Article 26(2) of the Universal

Declaration ofHuman Right 1984 states that ‘ education shall be directed to the full

development of the

human personality and to the strengthening of respect for human rights and

fundamentalfreedoms. It shall promote understanding, tolerance, and friendship among

all nations,racial or religious groups and shall futher the activities of the limited nations

for themaintenance of peace’.


Kebangsaan pula dapat didefinisikan melalui Oxford Advanced Learner’s
Dictionary: 6th Edition:780, menyatakan national sebagai connected with a particular
nation; shared by a whole nation.
Kamus Besar Bahasa Melayu: Edisi Ekonomi,2002 :816, mendefinisikan ke

sebagai kepada dan pergi. Namun, menurut Kamus Dewan: Edisi

Ketiga,1997:mendefinisikannya sebagai awalan untuk membentuk bilangan yang

menunjukankedudukan dalam sesuatu siri atau urutan. Ke juga merupakan awalan


yang membentukkata nama. Oxford Advanced Learner’s Dictionary: 6th

Edition:1258, menyatakan toialah in the direction of something, towards something.


Arah ialah hala, jurusan, hadap, maksud, tujuan, harapan, matlamat, cita-cita,lari
dan pergi (Kamus Besar Bahasa Melayu: Edisi Ekonomi,2002:83). Manakala,O xford
Advanced Learner’s Dictionary: 6th Edition:327, mendefinisikan direction sebagai the
general way in which a person or thing develops.

Perpaduan dalam Kamus Besar Bahasa Melayu: Edisi

Ekonomi,2002:1335,sebagai persatuan, perhubungan yang erat, percantuman,

penyatuan, permuafakatan,persesuaian dan penyebatian. Oxford Advanced Learner’s

Dictionary: 6th
132, solidarity bermaksud support by one person or group of people for another
because they share feeling, opinion and aims.
Oxford Advanced Learner’s Dictionary: 6th Edition:265 , mendefinisikan
country, an area of land that has or used to have its own goverment and laws.Kam us
Besar Bahasa Melayu: Edisi Ekonomi,2002: 1207, negara ialah sebuah kerajaan,
negeri, persekutuan bangsa dan wilayah persekutuan.

Jadi dapat kita simpulkan di sini bahawa sumbangan pendidikan kebangsaan

kearah perpaduan negara ialah merujuk kepada bagaimana pendidikan kebangsaan

dapatmembantu negara dalam mencapai atau meningkatkan persefahaman antara

kaum.
3.0 SEJARAH AWAL PENDIDIKAN KEBANGSAAN DI MALAYSIA

Sebelum Malaysia dibentuk, ia terlebih dahulu dikenali sebagai Tanah

Melayu.Pendidikan di Tanah Melayu bermula dengan pendidikan agama di masjid,

surau danpondok dengan bimbingan tok guru seperti Sharif Muhammad, Syeikh Daud

binAbdullah, Syeikh Abdul Kadir, Tuk Kecil, Hj Muhammad, Salleh Penaga dan

HjMuhamad Tamiri. Selain itu, mereka juga mendapat pendidikan tidak formal
daripadaibubapa dan keluarga seperti bertani, menangkap ikan , menjahit, melakukan

kerja-kerjarumah, menjaga adik dan lain-lain agar mereka dapat meneruskannya

apabila dewasa.Kedatangan British yang mengamalkan dasar ‘pecah danperintah’ telah

mewujudkansekolah-sekolah vernakular Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris. (Abu Bakar

Nordin &
Ikhsan Othman:2003:56

Walaupun sekolah vernakular melayu ditubuhkan, tetapi pihak British

kurangmengambil berat kerana bimbang kedudukan mereka tergugat jika rakyat

tempatanmendapat pendidikan tinggi. Pendidikan ini diwujudkan hanya untuk

memenuhikeperluan politik penjajah di samping mengambil hati pembesar

melayu.Pendidikanbagi masyarakat melayu hanya sekadar untuk menjadi tenaga buruh

atau petani. Antaramatapelajaran yang di ajar ialah bacaan, mengarang, ejaan,

menulis, ilmu hisab, latihanjasmani dan ilmu alam. Pemilihan bahan kurikulum adalah

tidak penting terutamanyabuku. Kebanyakannya buku dongeng yang melalaikan dan

melekakan orang melayu.Orang melayu hanya bersekolah setakat Darjah 4 sahaja

pada ketika itu. Pada mulanya,penerimaan orang melayu terhadap sekolah vernakular

adalah dingin. Tetapi, pihakBritish telah mengambil langkah memberi arahan memaksa

anak-anak melayu ke sekolahberdekatan, mewujudkan jawatan guru pelawat

bumiputera bagi kepentingan kemajuansekolah melayu, mengenakan denda kepada

ibubapa yang tidak menghantar anak kesekolah, mendapatkan bantuan ketua-ketua


masyarakat dan memberi hadiah kepadamurid yang rajin ke sekolah. (Sharil @ Charil

Marzuki, Habib Mat Som:1999:1)

Sekolah vernakular cina pula dibuka oleh mubaligh, individu cina, persatuan

cinaataupun persatuan suku kaum. Biasanya, sekolah vernakular cina mengimport

guru-gurumereka dari negara China. Kurikulum yang dijalankan di sekolah vernakular

cina ialahhafalan klasik lama, bahasa, ilmu hisab, lukisan, nyanyian, latihan jasmani,

sejarah, ilmualam dan moral. Kerajaan Manchu mula memberi bantuan kewangan

kepada pendidikanorang cina di Tanah Melayu mulai tahun 1901. Kerajaan China

mengambil kesempatanitu untuk menyebarkan ideologi kepada pelajar-pelajar. Pada

tahun 1919, telah berlakureformasi kebudayaan yang dikenali dengan pergerakkan 4

Mei. Reformasi tersebut telah memberi pengaruh terhadap pentadbiran sekolah-

sekolah vernakular Cina. Pelajarnyatelah di ajar matapelajaran etika, lukisan, geografi,

sejarah, sains, matematik, nyanyiandan pendidikan jasmani. Manakala, tahap

persekolahan dibahagikan kepada 3 iaitusekolah rendah (6 tahun) junior middle (3

tahun) senior middle (3 tahun) dan sekolah inijuga menggunakan bahasa mandarin

sebagai bahasa pengantar. Pihak British bimbangdan membendungnya dengan

meluluskan Enakmen Pendaftaran sekolah pada 1920.Tujuannya adalah untuk

memberi kuasa kepada Jabatan Pelajaran untuk menutup sekolahyang tidak menurut

syarat. Pada 1924, British mula memberi bantuan kewangan.

Sekolah vernakular Tamil mula dibina di estet-estet dan setiap estet

yangmempunyai sekurang-kurangnya 10 orang kanak-kanak yang berusia di antara 7


hingga10 tahun diwajibkan untuk menyediakan sekolah dan guru ( Kod Buruh 1925).

Sekolah-sekolah ini juga dibina oleh mubaligh dan orang perseorangan. Seperti

sekolahvernakular Cina, sekolah venakular Tamil juga mendapat kurikulum dan guru

dari India.Sekolah vernakular Tamil menggunakan bahasa tamil, gurjesat, hindi dan

malayalam.Pihak British telah mengarahkan seorang nazir sekolah tamil yang

berbangsa Eropahtelah dilantik pada tahun 1930 untuk mengendalikan pengurusan

sekolah-sekolahvernakular Tamil. Kaedah ini telah dimansuhkan pada tahun 1932

tetapi diwujudkansemula pada tahun 1938.

Sekolah Inggeris pula mempunyai 2 jenis iaitu free school dan sekolah

Inggerissepara bantuan. Sekolah Inggeris biasanya mempunyai kemudahan yang lebih

baikkerana mendapat sokongan kewangan daripada pihak gereja dan bantuan

pemerintah.Tidak ramai anak Melayu yang berkesempatan untuk belajar di sekolah

Inggeris keranasekolah ini hanya terletak di bandar sahaja. Namun, pada penghujung

tahun 1930an

peluang untuk anak-anak melayu mula terbuka luas dengan adanya Special Malay

Class.Tamat darjah 4, anak-anak melayu yang lulus peperiksaan khas boleh

melanjutkanpelajaran selama 2 tahun di Special Malay Class dan seterusnya darjah 4

sekolahInggeris.Kurikulum sekolah Inggeris pula memperlihatkan bahawa pihak

inggeris amatmementingkan akademik dan menyediakan pelajarnya untuk peperiksaan

CambridgeOverseas School Certificate. Sekolah Inggeris menawarkan matapelajaran


Sains, IlmuAlam, Pendidikan Jasmani, Lukisan, Bahasa Inggeris, Sejarah Eropah, dan

Matematik.

Sebenarnya, pihak British mempunyai tujuan lain di sebalik

memberikanpendidikan. Antaranya ialah memastikan penjajahan Inggeris berterusan,

mengekalkaneksploitasi ekonomi negara, memastikan bekalan tenaga buruh untuk

memenuhikeperluan penjajah dan mengawal semangat nasionalisme di kalangan

penduduktempatan (Norila Md Salleh & Ikhsan b Othman: sesi 2004/05:8) . Antara

sedar atautidak, sekolah vernakular telah banyak menjejaskan perpaduan rakyat

kerana setiapsekolah adakah khusus untuk satu-satu kaum sahaja. Ini bererti tiada

interaksi antaramelayu, cina dan tamil. Selain itu, bahasa, lokasi dan kurikulum juga

adalah berbezaantara satu sama lain .

Sebelum wujudnya Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, telah lahir

beberapalaporan pendidikan. Laporan Cheseeman 1946, diperkenalkan oleh British

setelahpemerintahan Jepun. Laporan ini merupakan langkah awal British untuk

membina semulapendidikan. Namun, ia tidak dapat dilaksanakan kerana British sibuk

membina semulabangunan yang musnah. Laporan Barnes pada 1949, telah

mencadangkan penubuhan duajenis sekolah iaitu sekolah Melayu dan Inggeris.

Tujuannya adalah untuk mewujudkanperpaduan di kalangan kanak-kanak. Ia mendapat

bantahan orang Cina kerana ia akan

menghapuskan sekolah cina. Kesannya, Laporan Fenn-Wu dikemukakan. Laporan

Fenn-Wu mencadangkan sekolah cina menggunakan 3 bahasa pengantar iaitu Cina,


Melayu,dan Inggeris. Akan tetapi, dasar pendidikannya tidak boleh menekankan

kebudayaanTanah Besar China. Laporan Razak pada 1956, menekankan pencapaian

perpaduanpolitik, pembangunan ekonomi dan integrasi sosial. Sukatan pelajaran yang

samadigunakan pada semua jenis sekolah. Laporan Rahman Talib pada 1960 pula

mengkajilaporan Razak dan laporan ini telah memperakui laporan Razak bahawa

pendidikanadalah laluan untuk mencapai perpaduan. Akta Pelajaran 1961 merupakan

satu akta yangdidasari oleh sistem pendidikan kebangsaan dan mempromosikan

pembangunankebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. Akta ini telah memperkukuhkan

kedudukanBahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Bagaimana

pun,penggunaan bahasa Cina dan Tamil masih dibenarkan. Laporan Jawatankuasa

Kabinet1979 juga merupakan kesinambungan Akta Pelajaran 1961iaitu pendidikan

berfungsiuntuk menyatukan masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai etnik.


4.0 MATLAMAT PENDIDIKAN MALAYSIA

Seperti kebanyakan dasar yang lain, Pendidikan Malaysia juga

mempunyaimatlamat yang tersendiri. Antara 3 matlamat utama Pendidikan Malaysia

ialahmelahirkan individu dan masyarakat yang berilmu, beramal, dan berakhlak

murniberasaskan kepercayaan kepada tuhan. Yang kedua ialah memupuk ciri-ciri

patriotismedan mengeratkan perpaduan ke arah membina bangsa Malaysia yang kukuh

dalam segalabidang. Yang ketiga ialah untuk melahirkan sumber manusia yang bertaraf

dunia untukmemenuhi keperluan negara ke arah mencapai taraf negara maju.


5.0 ISI
5.1 BAHASA KEBANGSAAN
Kedudukan serta peranan Bahasa Kebangsaan dalam sistem pentadbiran

dansistem pendidikan ini ternyata dalam beberapa dokumen penting kerajaan. Artikel

152Perlembagaan Persekutuan telah mewujudkan satu Bahasa Kebangsaan iaitu

BahasaMelayu. Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah melaksanakan Bahasa

Kebangsaan sebagaibahasa rasmi tunggal negara ini. Akta Pelajaran 1961 dan

Rancangan Lima TahunMalaysia telah menyatakan hasrat untuk menjadikan Bahasa

Kebangsaan sebagai bahasapengantar utama adalah satu prinsip asas Dasar

Pendidikan Negara. Rakyat Malaysiamenerima hakikat bahawa Bahasa Kebangsaan

adalah tali penghubung terpenting dalamusaha memupuk perpaduan rakyat kerana ia

boleh berperanan sebagai bahasapengantaraan untuk masyarakat kita yang berbilang

kaum. Malah, Bahasa Melayu telahdiimbangi dengan hak untuk mengguna, mengajar

dan mempelajari apa-apa bahasa.Bahasa Melayu juga diwajibkan penggunaannya

dalam maksud rasmi di negara kita.Selaras dengan kedudukan serta peranannya,

bolehlah dikatakan Bahasa Kebangsaandiajar sebagai salah satu matapelajaran

penting di semua peringkat dan jenis sekolah diMalaysia. Kenyataan ini dapat dilihat

melalui pernyataan ini: “Where the main medium


of instruction in an educational institution is other than the national language, the
national language shall be taught as a compulsory subject in the educational institution
(Education Act 1996, Sec.17)”. Dalam akta 1996 telah menjelaskan bahawa kedudukan
Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama hanya untuk sekolah
kebangsaa
sahaja dan sekolah jenis kebangsaan telah diberi pengecualian dengan dibenarkan
menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar di sekolah.
Namun, sehingga kini masih wujud masalah yang berkaitan dengan

penggunaanbahasa meskipun sudah hampir 49 tahun negara kita merdeka. Jelas,

negara kita masihgoyah semangat Malaysianya. Setiap etnik utama melayu, cina dan

indiadi negara kitamasih mahu mempertahankan penggunaan bahasa ibunda sendiri

dengan menubuhkansekolah-sekolah jenis kebangsaan. Misalnya, sekolah jenis

kebangsaan cina (SJKC) dansekolah jenis kebangsaan tamil (SJKT). Sekolah-sekolah

ini menggunakan bahasa ibundaseperti mandarin dan tamil sebagai bahasa pengantar

di sekolah. Walaupun, sekolah-sekolah ini diberi pengecualian oleh akta namun ini

sebenarnya menambahkan jurangantara kaum kerana pelajar akan kurang interaksi

dengan kaum yang lain. Pengecualianini dibuktikan melalui kenyataan ini: “The national

language shall be the main medium

of instruction in all educational institution in the national education system except

annational type school established under section 28 or any other educational

initutionexempted by minister from this section (Education Act 1996, Sec.17)”. Akan

tetapi ,

sekolah jenis kebangsaan ini tetap diwajib untuk mengajar Bahasa Kebangsaan

sebagaisubjek utama kerana ia merupakan bahasa perhubungan dan perpaduan bagi

negara kita.Sebenarnya, melalui bahasa kita dapat meningkatkan perpaduan kerana

komunikasi yangberjalan dengan lancar dan masyarakat akan saling faham kehendak

satu pihak yang lain.Penggunaan bahasa yang seragam dapat membantu

menghilangkan perasaan prasangkakerana setiap golongan masyarakat menggunakan


bahasa yang difahami malah ia akanbanyak membantu menangani masalah salah

faham konteks maksud ayat yang ingindisampaikan


5.2 KURIKULUM KEBANGSAAN
“The Minister shall prescribe a curriculum to be known as the National
Curriculum which subject to subsection (3) shall be used by all schools in the National
Education system (Education Act 1996, Sec. 18)”. Melalui penyataan ini, jelas bahawa

kurikulum dalam pendidikan kebangsaan juga penting dalam perpaduan

negara.Kurikulum merupakan satu usaha ke arah mewujudkan berbagai-bagai

programpengajaran dan pembelajaran bagi membolehkan murid dan pelajar menerima

ilmupengetahuan, memperkembang dan meningkatkan kemahiran serta menghayati

nilai-nilaiyang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Di negara ini,

penggunaankurikulum di sekolah adalah sama iaitu berdasarkan Kurikulum

Kebangsaan. KurikulumKebangsaan merupakan satu lagi ciri dasar Pendidikan

Kebangsaan yang bertujuan untukmewujudkan keperibadian kebangsaan ke arah

pembentukkan perpaduan negara.Kurikulum Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah

di negara ini telah digubalsedemikian demi mencapai dasar perpaduan. Bagi sekolah

rendah, kurikulumnya digubaluntuk memberi kemahiran asas dan menerapkan

perkembangan ilmu pengetahuan dansosialisasi di kalangan murid-murid sekolah

rendah. Manakala, sekolah menengah pulamerupakan kesinambungan sekolah rendah

dan ia pula menekankan pendidikan yangseimbang dan bersepadu. Melalui

pelaksanaan ini, Kementerian Pendidikan yakinmampu mewujudkan jenis rakyat yang

diingini oleh Falsafah Pendidikan Negara.Kementerian Pendidikan telah menjadikan

kurikulum sebagai salah satu asas untukmembentuk perpaduan di kalangan murid-


murid yang mendapat pendedahan bermuladari alam persekolahan lagi. Pendedahan

sejak awal dapat memupuk semanga

1Malaysia ke arah memupuk perpaduan (7)


Dasar Bahasa Kebangsaan

Bahasa adalah faktor yang sangat penting bagi menyatukan penduduk sesebuah negara termasuk
Malaysia. Satu bahasa juga merupakan kaedah paling mudah bagi memajukan dan memodenkan
pemikiran rakyat yang berbilang kaum kerana dengan satu bahasa, pelbagai kumpulan etnik yang
memiliki beraneka budaya, agama dan pegangan hidup dapat disatukan dalam satu wadah. Satu bahasa
juga menjadikan identiti nasional dan kesetiaan kepada negara lebih kuat dan kukuh. Dalam erti kata lain,
penggunaan satu bahasa membantu rakyat meningkatkan interaksi dan merapatkan jurang hubungan di
samping mengurangkan apa jua perbezaan yang ada. Dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152
memperuntukkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dan diguna pakai dalam semua urusan
kerajaan, pendidikan, perniagaan dan hubungan harian masyarakat.

Selepas 53 tahun merdeka, penggunaan Bahasa Melayu semakin baik khususnya dalam kalangan
generasi muda pelbagai kaum. Kejayaan ini adalah kesan daripada pelaksanaan sistem pendidikan
kebangsaan yang mewajibkan penyampaian diadakan dalam bahasa kebangsaan biarpun di sekolah
jenis kebangsaan. Dalam pada itu, majoriti penduduk Malaysia yang bercakap Bahasa Melayu semakin
bertambah seiring dengan pertambahan penduduk. Dalam pada itu, tekanan demi tekanan yang
dikenakan ke atas kerajaan untuk mendaulatkan Bahasa Melayu turut menggalakkan orang ramai
memilih bahasa itu sebagai bahasa utama mereka. Pembatalan PPSMI adalah satu contoh bagaimana
tekanan daripada parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan individu menyebabkan kerajaan
membatalkan pelaksanaan program ini di peringkat nasional.

Walaupun pelaksanaan Dasar Bahasa Kebangsaan seringkali dikesampingkan khususnya dalam


perniagaan, Bahasa Melayu semakin diterima umum. Ini dapat dilihat apabila penyiaran program
televisyen, radio, penerbitan, iklan di media elektronik semakin sensitif dengan Bahasa Melayu.

Jabatan Perpaduan Negara

Peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 telah membuka mata pelbagai pihak tentang pentingnya
usaha-usaha yang lebih serius diberikan tumpuan dalam menguruskan perbezaan serta sensitiviti yang
terdapat dalam sebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia. Berikutan peristiwa itu, Majlis Gerakan
Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan. Pada 1 Julai 1969, Jabatan Perpaduan Negara di bawah perintah
MAGERAN telah diwujudkan bagi menangani isu-isu berhubung pembinaan semula perpaduan
masyarakat di negara ini pada waktu itu. Antara tugas jabatan ini ialah mengkaji dan menyelidik sikap
antara kaum. Kajian berkenaan adalah untuk memupuk semangat muhibah antara kaum selain daripada
merapatkan semula hubungan di antara rakyat dan kerajaan yang telah terjejas. 
Sejak penubuhannya pada tahun 1969 itu, Jabatan Perpaduan Negara telah mengalami perubahan-
perubahan seperti berikut.

Tahun 1972
Jabatan Perpaduan Negara telah dicantumkan dengan Pejabat Muhibah Negara dan dijadikan
Kementerian Perpaduan Negara.

Tahun 1974 
Ditukar nama dari Kementerian Perpaduan Negara kepada Lembaga Perpaduan Negara dan diletakkan
di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Tahun 1980 
Lembaga Perpaduan Negara dicantumkan dengan Urusetia Rukun Tetangga dan dinamakan Jabatan
Rukun Tetangga dan Perpaduan Negara di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Tahun 1983 
Jabatan Rukun Tetangga dan Perpaduan Negara diubah kembali kepada nama asalnya iaitu Jabatan
Perpaduan Negara.

Tahun 1990 
Pada 27 Oktober 1990, Jabatan Perpaduan Negara telah diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan
Negara dan Pembangunan Masyarakat.

Tahun 2004 
Pada 27 Mac 2004, Jabatan Perpaduan Negara telah diletakkan semula di bawah Jabatan Perdana
Menteri dan dinamakan Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional.

Tahun 2008
Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional telah diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan,
Kebudayaan, Kesenian & Warisan. Tahun 2009Pada 9 April 2009, Jabatan Perpaduan Negara &
Integrasi Nasional telah diletakkan semula di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Walau apapun nama yang telah diberikan kepada agensi perpaduan ini, status dan peranannya tetap
sama iaitu bertanggungjawab menjaga perpaduan rakyat. Ia bertindak memupuk dan memelihara
semangat muhibah, mempastikan hubungan masyarakat sentiasa positif dan mempastikan masalah
perkauman sentiasa terkawal setiap masa.
Bagi memahami secara lebih jelas tentang program-program Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi
Nasional serta isu-isu perpaduan dan integrasi nasional, beberapa konsep dan istilah yang berkaitan
perlu difahami.

Perpaduan Negara
Satu keadaan di mana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman
sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaaan
berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. 
(Mesyuarat Panel Penasihat Perpaduan Negara, Februari 1992)

Integrasi Nasional
Satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia khususnya di antara
negeri-negeri di Semenanjung dengan Negeri Sabah dan Sarawak, untuk membentuk satu Bangsa
Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun
Negara. 
(Jawatankuasa Integrasi Nasional, Jun 1991)

Bangsa Malaysia 
Satu bangsa yang bersatu padu, mempunyai satu masa depan yang sama dan diperkongsikan. Sejahtera
dan bersatu padu di antara wilayah atau kumpulan etnik. Hidup dalam keadaan harmoni dan berkongsi
dengan cara yang sebenar dan adil. Satu Bangsa Malaysia yang kesetiaannya, politik dan kebaktiannya
tertumpu kepada bangsa tersebut. 
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, September 2003)

Kegiatan Jabatan Perpaduan Negara

Jabatan Perpaduan Negara (JPN) yang bertanggungjawab mengawal, memupuk dan memelihara
perpaduan telah merangka berbagai-bagai strategi seperti (1) menggalakkan perpaduan masyarakat dan
integrasi nasional, (2) mencegah konflik antara kaum, masyarakat dan wilayah, (3) menerapkan nilai-nilai
kewarganegaraan ke arah pembentukan bangsa Malaysia yang bersatu padu, (4) mengesan dan menilai
perhubungan antara kaum dan masyarakat, dan (5) menyelaraskan program dan aktiviti perpaduan
dengan pelbagai agensi kerajaan, swasta dan pihak-pihak yang terlibat dengan perpaduan. Bagi
mewujudkan perasaan muhibah, setia kawan, kerjasama dan toleransi, JPN merancang program yang
bersifat ‘menggalak dan mencegah’ bagi memberi ruang kepada penduduk untuk meningkatkan interaksi
dan kenal-mengenal antara satu sama lain.
Kumpulan sasar JPN ialah rakyat Malaysia khususnya kelompok dewasa, wanita dan belia yang terlibat
dalam kegiatan Rukun Tetangga. Bagi kanak-kanak, Tabika Perpaduan disediakan bagi pendidikan
prasekolah.

Kebanyakan aktiviti JPN bercorak kemasyarakatan dan sosial di samping aktiviti yang mudah diterima
oleh semua pihak. Antaranya ialah skim rukun tetangga, tabika perpaduan, sukan rakyat, majlis muhibah,
majlis kebudayaan, pertandingan bakat, gotong-royong, jiran muda dan wanita, kelas perpaduan rakyat
dan kelas vokasional. Selain itu, penerbitan juga menjadi fokus JPN. Risalah dan majalah ‘Balai
Muhibah’, akhbar ‘Jiran’ dan jurnal ‘Negara’ diterbitkan bagi memberi penerangan tentang sesuatu kaum
dan aktiviti-aktiviti agensi. 

Penyelidikan dan kajian dilaksanakan bagi mengumpul data status perhubungan kaum dan integrasi
nasional. Pelaksanaan kajian diharap dapat membantu kerajaan memahami persoalan dan isu-isu
berbangkit berkaitan perhubungan kaum.

TAJUK:  SEKOLAH SATU ALIRAN PUPUK PERPADUAN

2.    Sinopsis Isu 


Seorang tokoh pendidikan, Prof Datuk Dr Kamaruddin berpendapat sistem pendidikan
menggunakan satu bahasa pengantar paling berkesan bagi mewujudkan perpaduan
dan integrasi nasional. Matlamat ini boleh dicapai dengan berkesan dan lebih cepat
jika pendidikan di negara ini menggunakan satu sistem berbanding pelbagai aliran
ketika ini. 
Isu pengasingan pelajar mengikut kaum telah dibangkitkan oleh Kesatuan
Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dan sekiranya ia benar-benar berlaku,
ini boleh memberi kesan negatif yang boleh menghalang matlamat perpaduan dan
integrasi nasional. 
Sekolah pelbagai aliran di peringkat sekolah rendah pada ketika ini wujud hasil
toleransi pelbagai kaum sewaktu hendak mencapai kemerdekaan. Wujudnya satu
sistem pendidikan yang menggunakan satu bahasa pengantar , secara tidak langsung
akan mewujudkan satu sistem nilai dan budaya sosial. 
Konsep perpaduan dalam konteks negara ini perlu difahami sebagai satu prinsip
Rukun Negara yang mana mestilah berupaya menangkis semua gejala yang boleh
memecahbelahkan rakyat seperti semangat perkauman yang tebal dan perasaan
kedaerahan yang melampau. 
Melalui sekolah satu aliran, murid kaum lain masih berhak mempelajari bahasa
ibunda masing-masing di samping membolehkan mereka memupuk dan mencapai
matlamat perpaduan dan integrasi nasional menerusi pendidikan. 
 

3. Pengenalan 
 Isu Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum penting untuk difikirkan. Kita
melihat perbezaan bukan sahaja dari segi etnik malahan dari aspek ekonomi,
kebudayaan dan agama. Sesuatu etnik adalah mustahil untuk menjadi etnik yang lain.
Maka struktur ekonomi, budaya dan pendidikan telah dijadikan pemangkin untuk
mencapai perpaduan.  
Kerajaan telah merancang berbagai strategi jangka panjang untuk menyelesaikan
masalah berkaitan hubungan antara etnik. Antaranya adalah melalui dasar-dasar
pendidikan pada tahun 1970an seperti perubahan aliran Inggeris kepada bahasa
Melayu. Pada tahun 1979, Laporan Jawatankuasa Kabinet dihasilkan sebagai
matlamat untuk mencapai perpaduan dalam masyarakat pelbagai etnik. Sistem
pendidikan melalui bahasa kebangsaan, pengalaman persekolahan yang sama dan
peperiksaan yang selaras telah menyediakan pengalaman-pengalaman yang bertujuan
mensosialisasikan pelajar-pelajar ke arah cara berfikir yang sama. 
Pada masa kini, murid-murid di sekolah dididik untuk memeperkembangkan nilai-
nilai positif yang akan menggalakkan perpaduan. Kurikulum sekolah dibentuk
sebegitu rupa agar ianya mempunyai hubungan yang erat dengan perpaduan nasional.
Kurikulum juga dapat membentuk personaliti dan watak baik sebagaimana yang
dikehendaki oleh aspirasi negara. 
 

4.         ANALISIS ISU PENDIDIKAN

4.1       Perpaduan Kaum Daripada Perspektif  Teori Fungsionalisme. 


4.1.1 Definisi dan Konsep Teori Fungsionalisme. 
Teori ini mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang
menyumbang kepada penerusan masyarakat. Masyarakat sebagai tubuh badan
manusia yang mempunyai bahagian dan fungsinya yang tersendiri. Ianya boleh
dihuraikan sebagai suatu organisasi sosial dan bagaimana organisasi itu dikekalkan. 
Kajian dilakukan untuk meninjau sejauh mana struktur masyarakat berfungsi. Struktur
sosial akan menentukan kelancaran perjalanan atau keharmonian masyarakat.
Brinkerhoff dan White (1989:9) merumuskan tiga andaian utama ahli-ahli
fungsionalisme iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi. Stabiliti menentukan setakat mana
sesuatu masyarakat itu dapat dipertahankan. Harmoni pula merujuk kepada semangat
kerjasama dalam masyarakat untuk mencapai sesuatu matlamat. Evolusi pula
digambarkan bagaimana perubahan berlaku terhadap masyarakat akibat dari
pembaharuan. Sebagai rumusannya, teori ini menekankan kepentingan persefahaman
anggota masyarakat demi keharmonian dan kestabilan masyarakat berkenaan. 
Merton (1957) telah membezakan antara apa yang dikenali sebagai fungsi ketara dan
fungsi tersembunyi. Fungsi ketara adalah sesuatu yang diketahui dan dikehendaki
dalam aktiviti sosial tertentu . Fungsi tersembunyi pula merupakan sesuatu yang tidak
disedari atau tidak dijangkakan. Sekiranya sesuatu  hasil struktur adalah merupakan
apa yang dikehendaki dan diiktiraf dalam sistem, ia telah menjalankan fungsi ketara.
Sebaliknya sekiranya hasilan adalah sesuatu yang tidak dikehendaki dan tidak diiktiraf
maka ia dikenali sebagai fungsi tersembunyi. 
Merton juga membuat perbezaan antara fungsi dan disfungsi. Fungsi bermaksud
struktur sosial sesuatu masyarakat telah mengalami kesan positif hasil daripada
kefungsian sistem. Disfungsi pula bermakna kesan negatif yang dialami oleh
masyarakat akibat daripada sistem yang tidak berfungsi. Struktur yang dianggap
berfungsi adalah yang mengekalkan apa yang sedia ada dan diharapkan dalam
masyarakat manakala yang tidak mengikut kehendak masyarakat dianggap tidak
berfungsi.  
Teori fungsionalisme menyatakan  bahawa masyarakat, pihak sekolah dan media
massa memainkan peranan yang sangat penting dalam mewujudkan kestabilan,
keharmonian serta evolusi dalam sesebuah masyarakat.

4.1.2  Faktor-faktor yang mempengaruhi wujudnya masalah perpaduan kaum.

i)  Masyarakat 
Ibu bapa di Malaysia boleh memilih sama ada mahu menghantar anak-anak mereka ke
sekolah kebangsaan atau jenis kebangsaan. Tiadak ada sesiapa yang boleh memaksa
atau menghalang mereka dalam membuat keputusan. 
Bagi rakyat yang peka kepada aspirasi dan identiti nasional, sudah tentu sekolah
kebangsaan menjadi institusi pendidikan anak-anak. Bagaimanapun, apa yang kita
lihat sekarang, terdapat ramai di kalangan ibu bapa kaum Cina dan India lebih
berminat menghantar anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan bahasa ibunda
masing-masing. Lama-kelamaan,ianya akan menjadi suatu gejala negatif di dalam
masyarakat. 
Jika pengasingan pendidikan mengikut kaum ini berterusan, ia akan menghasilkan
masyarakat yang terpisah di antara satu sama lain, mengakibatkan satu suasana segrasi
dengan memiliki bibit perpecahan yang berbahaya. 
Dalam konteks ini, masyarakat harus peka dengan keadaan dan situasi yang berlaku.
Tindakan perlu diambil bersama-sama untuk menjamin keharmonian sebuah negara.

ii) Pihak Sekolah 


Pendidikan telah lama dianggap sebagai satu elemen dalam menyatupadukan rakyat.
Selepas tercetusnya peristiwa berdarah pada 31 Mei 1969, sekolah aliran Inggeris
telah ditukar kepada sekolah aliran kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu.
Ianya bukan sahaja untuk memartabatkan bahasa Melayu tetapi juga cuba memupuk
semangat perpaduan di kalangan rakyat melalui penggunaan satu bahasa. Namun
begitu, sekolah jenis kebangsaan yang menggunakan bahasa pengantar bukan Melayu
masih terus kekal bagi menjaga identiti kaum Cina dan India.  
Sehingga kini, kita masih lagi berhadapan dengan kekangan untuk memupuk integrasi
nasional di kalangan rakyat Malaysia. Walaupun di peringkat sekolah menengah,
kaum Melayu, Cina dan India serta kaum-kaum lain sama-sama mengikuti
pembelajaran, tidak wujud semangat kekitaan yang menyeluruh. Masih wujud budaya
prejudis dan stereotaip. Budaya ini berlanjutan hingga ke universiti di mana pelajar
Melayu hanya bercampur dengan pelajar Melayu, manakala pelajar lain terus bersama
kaumnya.Jadi, tidak hairan jika kita terus mendapati bahawa sehingga kini
pengasingan kaum ini masih terus lagi wujud.

iii) Media massa 


Pengaruh yang sangat mudah meresapi jiwa rakyat adalah media massa seperti
televisyen, radio dan surat khabar. Elemen ini sepatutnya memainkan yang besar
dalam menyatupadukan rakyat yang berbagai kaum ini. Didapati setiap kaum lebih
suka kepada rancangan atau program televisyen dan radio yang menggunakan bahasa
ibunda masing-masing. Begitu juga dengan akhbar-akhbar yang dijual, permintaannya
juga mengikut komposisi penduduk di mana setiap kaum cenderung memilih versi
bahasa ibunda.  
Baru-baru ini akhbar mengetengahkan secara besar-besaran tentang tuntutan Tindakan
Jawatankuasa Pilihan Raya Persatuan-Persatuan Cina  Malaysia  (Suqiu)  terhadap 
83  perkara  yang  kononnya  “ dibuat atas dasar kepentingan perpaduan dan kemajuan
negara...” sedangkan sebahagian besar daripada tuntutan itu jelas menyentuh hak dan
keistimewaan orang Melayu. Ianya satu contoh tindakan ekstrem yang tidak patut
dilakukan. Ianya telah mencetuskan bibit-bibit perbalahan yang membimbangkan.
Ekoran daripada itu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)
mengemukakan pula tuntutan terbuka 100 perkara kepada kerajaan dan menganjurkan
Perhimpunan Suara Rakyat di beberapa tempat di seluruh negara sebagai bantahan
kepada tutututan Suqiu itu. 
 

5.         Definisi Mobiliti Sosial 


Menurut pandangan fungsionalisme, pendidikan mempunyai peranan penting sebagai
alat mobiliti sosial. Ianya berkait rapat dengan stratifikasi sosial. Mobiliti sosial
bermaksud pergerakan individu atau kumpulan antara kedudukan yang berbeza dalam
hiraki stratifikasi sosial masyarakat. Mobiliti sosial boleh berlaku secara menegak
iaitu pergerakan ke atas atau ke bawah dalam hiraki. Mobiliti mendatar pula ialah
pergerakan dalam kelas sosial yang sama. Mobiliti sosial boleh berlaku dalam satu
generasi atau antara generasi berlainan. Pada hari ini, kedudukan kelas dan pekerjaan
selalu menjadi pengukur mobiliti sosial.  
Peranan pendidikan sebagai alat mobiliti sosial menegak sebelum kemerdekaan sangat
terhad. Dasar pecah dan perintah Inggeris telah mengekalkan struktur stratifikasi
masyarakat di mana anak-anak setiap kaum masih meneruskan pekerjaan ibu bapa
mereka. Ibu bapa Melayu sebenarnya tidak mampu menghantar anak-anak mereka ke
sekolah. Peruntukan Inggeris kepada sekolah-sekolah Melayu sangat kurang jika
dibandingkan kepada sekolah-sekolah Inggeris. Ini menyebabkan ramai anak-anak
Melayu tidak bersekolah. Ini adalah selaras dengan dasar-dasar Inggeris mahu
menjadikan anak-anak Melayu sebagai petani seperti ibu bapa mereka. 
Keadaan yang sama juga berlaku kepada kaum India. Jika mereka tamat bersekolah
pun, kebanyakan peluang adalah untuk menjadi buruh-buruh di jabatan kerajaan
seperti di Jabatan Kerja Raya manakala selebihnya meneruskan kerja-kerja di ladang.
Mereka yang bersekolah Cina, mobiliti sosial adalah terhad di lengkaran komuniti
Cina sendiri kerana tiada peluang bagi mereka bekerja dengan pihak kerajaan British.
Oleh itu, pada keseluruhannya lebih banyak mobiliti mendatar berlaku. 
Selepas kemerdekaan, peluang-peluang untuk mobiliti sosial memang nampak ketara.
Adalah diakui, Malaysia telah mengalami pembangunan ekonomi yang pesat
semenjak kemerdekaan. Rakyat tempatan telah mengambil alih peranan-peranan yang
dahulunya dipegang oleh pegawai-pegawai Inggeris. Di sektor swasta, pertumbuhan
perdagangan dan perindustrian yang pesat memerlukan pekerja-pekerja profesional,
eksekutif, pengkeranian,pekerja mahir dan separa mahir, operator-operator 
pengeluaran dan buruh-buruh am lain. Sememangnya pendidikan menjadi asas dalam
mobiliti sosial masyarakat Malaysia kerana kerjaya yang baik selalunya dikaitkan
dengan pendidikan tinggi.

6.  Menganalisis Isu Berdasarkan Tiga Konsep Sosiologi 


6.1           Mobiliti Sosial 
  Sekolah yang berbagai aliran sebenarnya terus menjadikan suatu bentuk mobiliti
sosial yang berbagai rupa. Sememangnya walaupun selepas kemerdekaan, negara
menuju kearah kemajuan ekonomi, pengenalan kaum mengikut sektor pekerjaan
masih lagi tidak banyak berubah. Asas pembelajaran di peringkat rendah jauh berbeza
di mana masing-masing menggunakan pendekatan sosio-ekonomi turun-temurun
seperti kaum Melayu dengan sawahnya, kaum India dengan ladangnya dan kaum Cina
dengan perniagaannya. Ini secara tidak langsung akan mengasingkan kelompok kaum
dari satu generasi ke satu generasi. 
  Keterasingan dalam sistem pendidikan membuatkan para pelajar terus menebal
dengan semangat kebangsaan masing-masing. Pergaulan dan juga persefahaman
antara kaum juga begitu terbatas di kalangan pelajar. Keterbatasan ini bukan sahaja di
sekolah, malahan dalam kehidupan seharian. Ruang kehidupan yang terbatas ini
akhirnya mencipta suatu identiti tersendiri yang sangat berbeza. 
  Sehingga kini didapati mobiliti mendatar lebih banyak berlaku. Harapan untuk
melihat persefahaman antara kaum melalui sektor pekerjaan yang sama  tidak
mencapai kejayaan yang memberangsangkan. Semangat kekitaan dalam satu
masyarakat Malaysia yang harmoni dan bersatu padu akan tercapai sekiranya sistem
persekolahan yang menggabung terus ketiga-tiga aliran ini menjadi satu dapat
direalisasikan.

6.2 Pendidikan dan Hubungan Etnik 


  Etnik bermaksud kumpulan manusia atau bangsa . Ia merujuk kepada pengenalan
diri seseorang ke dalam kumpulan yang mempunyai latarbelakang keturunan nenek
moyang yang sama. Mereka mempunyai kesamaan dari segi sejarah,negara asal,
bahasa, tradisi, budaya, struktur dan sistem nilai. Perasaan kekitaan ke dalam
kumpulan etnik berkembang menerusi hubungan kekeluargaan, rakan-rakan dan
kejiranan yang berkongsi ciri-ciri kehidupan yang rapat. Kumpulan etnik
sememangnya membantu mengekalkan pertalian kumpulan dan mengukuhkan
kedudukan etnik berkenaan dalam masyarakat.  
  Sistem pendidikan yang mewujudkan sistem persekolahan yang berasingan mengikut
kaum telah menjuruskan ke arah semangat perkauman yang menebal. Sungguhpun di
peringkat menengah, murid-murid terpaksa memasuki sekolah yang beraliran Bahasa
Melayu, dapat dilihat dengan jelas tiga kelompok kaum yang berasingan antara satu
sama lain. 
  Merujuk kepada peluang melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh dan
juga kuota memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), ianya memang
memihak kepada kaum bumiputera. Namun begitu, kini timbul rasa tidak puas hati
kaum lain terhadap keutamaman yang diberikan ini. Isu ini amatlah sensitif kerana
ianya menyentuh hak-hak keistimewaan Melayu yang termaktub dalam perlembagaan
Persekutuan. Kesannya amat berbahaya kepada perpaduan kaum di Malaysia.

6.3   Reformasi Pendidikan 


                Hussein Hj Ahmad (1993) menyatakan bahawa peranan sistem 
persekolahan sehingga akhir tahun 1980an bermotifkan tiga perkara utama.
Pertamanya, pendidikan untuk menyediakan tenaga kerja negara. Kedua, pendidikan
sebagai asas perpaduan kaum. Ketiga, pendidikan adalah untuk pembinaan disiplin di
kalangan rakyat berbilang kaum. 
  Sekolah satu aliran dilihat sebagai reformasi pendidikan yang harus diperjuangkan
bagi mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional selaras matlamat utama Dasar
Pendidikan Kebangsaan.  Melalui cara ini, di samping boleh bergaul secara meluas di
antara mereka, secara tidak langsung, mereka juga boleh memahami budaya kaum
lain. Jika perkara ini dapat dipraktikkan, maka masalah semangat perkauman akan
terhakis dengan sendirinya melalui pergaulan antara pelajar dan saling faham-
memahami. Kita dapat menyaksikan, keterasingan sekolah rendah ini telah
menanamkan semangat perkauman dari awal lagi. Fenomena ini jugalah yang terjadi
kepada pelajar sekolah menengah dan mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). 
 

7.  Cadangan Dan Kesimpulan 


  Pendidikan telah lama dianggap sebagai satu elemen penting bagi menyatupadukan
rakyat. Di negara kita, selepas tercetusnya peristiwa berdarah yang melibatkan
rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, Menteri Pelajaran pada ketika itu, Datuk Abdul
Rahman Yaakoub telah mengarahkan penukaran sekolah aliran Inggeris kepada
sekolah aliran kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu yang bermula pada
tahun 1970. 
  Aspek perpaduan kaum perlu diberi perhatian serius dan penekanan yang
menyeluruh oleh semua pihak. Generasi awal terutamanya para pelajar sekolah rendah
perlu didedahkan betapa pentingnya perpaduan dalam arus masyarakat Malaysia yang
besifat majmuk ini. Mahu tidak mahu, perkara ini turut melibatkan sistem pendidikan
negara kerana melalui pendidikanlah, generasi pelajar dapat membentuk dan
mencorakkan masyarakat Malaysia pada masa hadapan. Ianya selaras dengan pepatah
Melayu iaitu “ melentur buluh birlah dari rebungnya”. Mereka ini perlu dan
semestinya didedahkan bahawa perpaduan kaum begitu bermakna dan akibat buruk
yang akan timbul daripada sikap curiga mencurigai di antara mereka. 
  Matlamat ini boleh dicapai dengan berkesan dan lebih cepat jika pendidikan di
negara ini menggunakan satu sistem berbanding pellbagai aliran ketika ini. Ia akan
mewujudkan satu sistem nilai dan budaya sosial. Pengwujudan sistem pendidikan
yang menggunakan satu bahasa pengantar juga diberi jaminan tidak akan menggugat
bahasa ibunda kaum lain seperti yang dibimbangi selama ini.

RUJUKAN

Amir Hasan Dawi, 2002.  Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Tanjung Malim:  
        Thinker's Library Sdn. Bhd.

Mohd Salleh Lebar, 1998. Sosiologi Sekolah dan Pendidikan. Selangor 


        Nurin     Enterprise.

Mohd. Salleh Lebar, 1992. Perubahan Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur :  
        Quantum Books.

Berita Harian, 21hb Dis. 2001. Sekolah Satu Aliran Pupuk Perpaduan.

Dewan Masyarakat, Jun 2001. Sekolah Satu Aliran Wajar Dilaksanakan.

You might also like