Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SEJARAH UKM

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang ditubuhkan pada 18 Mei 1970 adalah satu-satunya universiti
nasional di Malaysia, yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Dengan persekitaran
akademik yang unggul, prasarana kampus yang moden dan konsep kampus dalam taman, UKM
sememangnya antara universiti yang tersohor di Malaysia dan rantau ini.

Kemudahan Lebuhraya Utara-Selatan, perkhidmatan komuter dan bas memudahkan perjalanan ke kampus
UKM bagi para pelajar dan mereka yang ingin mengunjungi Universiti. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA) di Sepang pula mendekatkan lagi Universiti ini dengan dunia antarabangsa. Kampus Induk
Bangi terletak dalam lingkungan MSC, dan berhampiran Putrajaya dan Cyberjaya yang menjadi pemangkin
UKM ke arah pembangunan teknologi maklumat.

Kampus induk UKM yang mempunyai keluasan 1,096.29 hektar terletak di Bangi, Selangor Darul Ehsan, kira-
kira 35 kilometer dari bandar raya Kuala Lumpur menempatkan lapan fakulti dan 12institut. Selain itu, UKM
mempunyai Kampus Perubatan di Kuala Lumpur yang menempatkan empat fakulti iaitu Fakulti Perubatan
(Praklinikal), Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Fakulti Pergigian dan Fakulti Farmasi. Manakala Pusat
Perubatan UKM (PPUKM), yang mempunyai keluasan 22.3 hektar di Cheras, Kuala Lumpur berupaya
memenuhi keperluan semasa dari segi pendidikan, perkhidmatan dan penyelidikan perubatan. PPUKM
menempatkan sebuah hospital, Fakulti Perubatan dan Institut Perubatan Molekul (UMBI).

Berlandaskan kecemerlangan dalam bidang penyelidikan lebih daripada tiga dekad, UKM dipilih sebagai salah
sebuah Universiti Penyelidikan di Malaysia. Keunggulan UKM terserlah dengan penempatan institut
penyelidikan nasional dan antarabangsa, iaitu Institut Genom Malaysia (MGI) dan International Institute of
Global Health, United Nations University. UKM juga adalah penerima Anugerah Kualiti Perdana Menteri 2006.
Penganugerahan ini adalah pengiktirafan bagi kecemerlangan UKM dalam bidang akademik dan pengurusan.
Dengan asas yang mantap ini, UKM tampil dengan citra baru melalui slogan ‘Mengilham Harapan, Mencipta
Masa Depan’.
_______________________________________________________________________________

Pejabat Perhubungan Awam dan Korporat


Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia 
Tel: +603 89215085 / 3370 / 5333, Faks: +603 89214097
Laman Web: http://www.ukm.my/pro

You might also like