Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 23

1.

2 PEKELILING/DASAR/PROGRAM/AKTIVITI KPM DAN PERINTAH AM

1.2.2: DASAR

Falsafah pendidikan

” Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi

individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari

segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha

ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

masyarakat dan Negara ”.

SISTEM PENDIDIKAN

Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori Institusi Pendidikan

Kerajaan terdiri daripada:-

1) Pendidikan Prasekolah

Program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun.

2) Pendidikan Rendah

Kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagi tempoh enam tahun tetapi
yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antara lima hingga tujuh tahun.

ia terdiri daripada sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan.

3) Pendidikan Menengah

Pendidikan yang terdiri daripada menengah rendah dan menengah atas.

Pendidikan menengah yang diadakan terdiri daripada:


4) Sekolah akademik

Sekolah teknik dan vokasional

Sekolah kebangsaan agama

5) Pendidikan Lepas Menengah

Pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamat mengikuti pendidikan menengah

rendah dan menengah atas, tetapi tidak termasuk pendidikan tinggi.Persekolahan di bawah

Kategori Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan pula adalah bagi Sekolah Berasrama Penuh yang

ditanggungjawabkan kepada Unit Sekolah Berasrama Penuh Bahagian Sekolah.

Institusi pendidikan lain di peringkat persekolahan yang ditubuhkan adalah:

Sekolah Pendidikan Khas yang ditanggungjawabkan kepada Jabatan Pendidikan Khas.

Sekolah Sukan yang ditanggungjawabkan kepada Bahagian Sukan.


KURIKULUM KEBANGSAAN

“... suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi

semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu

perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta

untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan”

Akta Pendidikan 1996

[Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997]

IMBASAN SEJARAH

Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 - Zaman Pengukuhan

Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan

Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama

Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling Malaysia

Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua

Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 - Zaman Kemaskini


Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira

Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini

Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia

Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional

Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun

Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan

Ciri-ciri Laporan Kabinet 1979

Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira

Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini

Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia

Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional

Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun

Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan

Rang Undang Undang Pendidikan 1995


Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari

segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara

Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan

Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5-7 tahun

Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan

Pendidikan teknik & politeknik dipertingkatkan

Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta


HALA TUJU PENDIDIKAN

a) Perundangan Pendidikan
1957 - The Education Ordinance, 1957
1961 - Education Act, 1961
1963 - Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Disemak - 1971)
1971 - Akta Universiti dan Kolej Universiti
1974 - Akta Politeknik Ungku Omar
1980 - Akta Majlis Peperiksaan Malaysia

b) Laporan-Laporan Penting
1956 - Report of the Education Committee, 1956 (Penyata Razak)
1960 - Report of the Education Review Committee, 1960 (Penyata Rahman Talib)
1967 - Penyata Jawatankuasa Perancang Pelajaran Tinggi
1973 - Laporan Jawatankuasa di atas Kajian Pendapat mengenai Pelajaran 
          dan Masyarakat (Laporan Keciciran)
1979 - Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran
(PenyataMahathir)
1991 - Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Latihan

c) Bahasa Melayu Dalam Sistem Pendidikan


1957 - Mata pelajaran wajib sekolah rendah dan menengah
1970 - Bahasa pengantar darjah 1
1975 - Semua Sekolah Rendah Inggeris selesai ditukar menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan
1976 - Bahasa pengantar Tingkatan 1
1979 - Bahasa pengantar Tingkatan VI aliran sastera
1980 - Bahasa pengantar jurusan sastera tahun 1 di universiti
1981 - Bahasa pengantar tingkatan VI aliran sains
1982 - Bahasa pengantar semua peringkat persekolahan
1983 - Bahasa pengantar semua kursus di university
d) Peperiksaan Sekolah Rendah
1957 - MSSEE (Malayan Sec. Sch. Entrance Exam) dimulakan
1963 - MSSEE dimansuhkan
1967 - PDL (Penilaian Darjah 5) dimulakan
1973 - UDT (Ujian Darjah 3) dimulakan
1982 - UDT dimansuhkan
1988 - PDL dimansuhkan
1988 - UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) dimulakan

e) Peperiksaan Sekolah Menengah


1957 - LCE (Lower Certificate of Education) dimulakan
1957 - OSC (Overseas Cambridge Sch Certificate) dimulakan
1957 - FMC ( Federation of Malaya Certificate) dimulakan
1957 - QT ( Qualifying Test) dimulakan
1960 - SRP (Sijil Rendah Pelajaran) dimulakan
1961 - UK (Ujian Kelayakan) dimulakan
1962 - SPPTM (Sijil Pel. Persekutuan Tanah Melayu) dimulakan
1964 - SPPTM dimansuhkan
1964 - FMC dimansuhkan
1964 - MCE (Malaysian Certificate of Education) dimulakan
1964 - SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dimulakan
1967 - SRP/LCE soalan objektif mula digunakan
1968 - OSC dimansuhkan di Semenanjung Malaysia.
1969 - SPVM (Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia) dimulakan
1976 - Peperiksaan Bahasa Melayu (Julai) dimulakan
1976 - MCE diambilalih oleh Lembaga Peperiksaan
1982 - HSC (Higher School Certificate Cambridge) dimansuhkan
1982 - STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) diambilalih oleh Majlis Peperiksaan Malaysia
1983 - LCE ujian Lisan Bahasa Melayu dimansuhkan
1983 - SRP Ujian Lisan Bahasa Inggeris dimansuhkan
1987 - Sijil SPVM ditukar kepada SPM(V)
1987 - SPM di seluruh Malaysia dimulakan
1991 - KHPP (Kemahiran Hidup Program Peralihan) SRP dimulakan
1992 - Tahun terakhir bagi SRP
1993 - PMR (Penilaian Menengah Rendah) dimulakan
1993 - SPM berdasarkan KBSM (Kurikulum Baru Sek. Menengah) dimulakan

f) Kurikulum
1956 - General Syllabuses and Timetable Committee ditubuhkan
1964 - General Syllabuses and Review Committee ditubuhkan
1965 - Pendidikan Komprehensif dimulakan
1967 - Report of the Committee on Curriculum Planning and Development
1973 - Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) ditubuhkan
1982 - KBSR dilaksanakan di 302 buah sekolah rendah sebagai percubaan
1983 - KBSR dilaksanakan di semua sekolah rendah
1988 - Pelaksanaan KBSR sepenuhnya dicapai
1988 - Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran bahasa
1989 - Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran lain
1989 - Kemahiran Hidup Program Peralihan dimulakan di tingkatan 1
1989 - Pelaksanaan PKBS di tahun 1 hingga tahun 6 di semua sekolah rendah
1989 - Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilancarkan di 100 buah sekolah rendah
1991 - Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilaksanakan di 1000 buah sekolah rendah
1991 - Kemahiran Hidup bersepadu dimulakan di Tingkatan 1
1992 - Mata pelajaran Kemahiran Hidup Manipulatif dilaksanakan di 3000 buah sekolah rendah
1993 - Kemahiran Hidup mula dilaksanakan di Tahun 4 di semua sekolahrendah. Sekolah yang 
          telah melaksanakan Kemahiran Manipulatifmeneruskannya di Tahun 5 dan 6 sekolah rendah
g) Peperiksaan Khas
1964 - Penubuhan Unit Pendidikan Khas
1978 - Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Komunikasi Seluruh
1981 - Jawatankuasa Antara Kementerian-Kementerian mengenai Pendidikan Khas 
          (Kementerian Kebajikan Masyarakat/ Kementerian Kesihatan,Kementerian Buruh 
          dan Tenaga Rakyat serta Kementerian Pendidikansebagai Pengerusi dan setiausaha)
1984 - Jawatankuasa Pendaftaran dan Penempatan Kanak-kanak cacat antara Kementerian-
Kementerian.
1984 - Penubuhan Jawatankuasa Penempatan Kanak-Kanak Negeri
1984 - Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional 
          Shah Alam ditubuhkan
1985 - Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan Braille Kementerian Pelajaran Malaysia
1985 - Penubuhan Mesyuarat Majlis Perkhidmatan Kebajikan Negara
1985 - Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh Kementerian Pendidikan
1987 - Penubuhan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Shah Alam
1987 - Jawatankuasa Pelaksana Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran
1988 - Arahan Y.B.Menteri Pendidikan mengkaji memberi bantuan penuh kepada Kanak-kanak 
          dengan Perlakuan Autisme Ringan
1989 - Majlis Perundingan Pembangunan Masyarakat Negara
1991 - Lembaga Penasihat Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-kanak dengan keperluan-
keperluan   Pendidikan Khas
1993 - Jawatankuasa mengkaji Dasar, Perancangan, Penyelarasan danPelaksanaan Pendidikan 
          bagi kanak-kanak dengan keperluan-keperluanPendidikan Khas.
PELAN INDUK PEMBANGUNAN PELAJARAN

Membina Negara Bangsa

1) KPM berhasrat untuk membangunkan warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-ciri

glokal,patriotik dan cintakan negara serta menyanjung dan menjunjung warisan budaya dan

kesenian bangsa.Peranan pendidikan penting untuk melahirkan semangat cintakan negara.KPM

berhadapan dengan cabaran besar melahirkan pelajar dengan ciri-ciri individu dan masyarakat

Bangsa Malaysia. Harapan KPM adalah memupuk jati diri melalui kurikulum,program kurikulum

dan sukan.Sistem pendidikan perlu melahirkan warganegara glokal yang mampu bertindak dengan

bijak untuk menghadapi cabaran dan ancaman globalisasi dan leberalisasi.

2) Fokus KPM dalam membina Negara Bangsa mencakupi usaha-usaha berikut:-

Memperkasakan Bahasa Kebangsaan sebagai asas perpaduan dan bahasa ilmu.

Memantapkan perpaduan dan integrasi nasional.

Memupuk kecintaan terhadap seni,warisan dan budaya bangsa.

Memupuk kefahaman yang jelas terhadap pendekatan Islam Hadhari dalam membentuk pemikiran
dan kehidupan.
Membangunkan Modal Insan

1) Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai

jati diri yang kukuh, berketerampilan,berkeperibadian mulia ,berpengetahuan dan berkemahiran tinggi

bagi mengisi keperluan negara maju 2020.

2) Tugas KPM adalah untuk menyediakan generasi muda Malaysia dengan seluas-luas peluang bagi;

Memperkembangkan potensi diri

Melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran

Membentuk ciri-ciri keperibadian dan perspektif hidup yangmembolehkan mereka berjaya dalam
kehidupan dan mampu memajukan lagi negara di mata dunia, selaridengan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan

3) Pembangunan modal insan juga termasuk melengkapkan diri pelajar dengan;

Kemahiran komunikasi berkesan

Kebolehan menggunakan ICT dengan baik

Berfikir secara kreatif dan kritis

Mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat nilai yang tinggi supaya berupaya menjadi pemimpin.
Berkesan dalam keluarga dan masyarakat

4) Modal insan yang ingin dilahirkan akhirnya berupaya untuk berfikir kreatif dan kritis,berkemahiran

menyelesaikan masalah dan berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru,mempunyai ketahanan

serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah.

Memperkasa Sekolah Kebangsaan

1) Fokus memperkasakan SK pada peringkat sekolah rendah dan menengah adalah untuk

menjadikan sekolah-sekolah ini lebih beraspirasi nasional, meningkatkan kecemerlangan pelbagai

bidang dan meningkatkan kualiti prasarana

2) Strategi dalam memperkasakan sekolah kebangsaan:

Infrastaktur lengkap dan berkualiti

Menawarkan bahasa cina dan tamil

Pencapaian akademik cemerlang

Sistem sokongan kuat dan mencukupi

Iklim dan budaya sekolah yang sihat

Semua pelajar menguasai 3m

Beraspirasi nasional

Pencapaian sahsiah cemerlang

Penawaran dan perlaksanaan kokurikulum yang cemerlang


penawaran dan perlaksanaan kokurikulum berasaskan pelanggan

Pemimpin dan guru cekap,terlatih dan berkualiti.

Merapatkan jurang pendidikan

1) Dasar KPM adalah untuk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap sosio ekonomi dan tahap

keupayaan pelajar.Matlamat KPM adalah untuk memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai

peluang dan keupayaan yang sama untukcemerlang.KPM telah mengenalpasti jurang pendidikan

yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan.

2) Jurang-jurang tersebut adalah seperti berikut

Jurang antara tahap pencapaian pelajar

Jurang digital.

Jurang sosio ekonomi.

Jurang antara pelajar normal dan berkeperluan khas.

Jurang bandar dan luar bandar.


Memartabatkan profesion keguruan

1) Peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan telah bertukar kepada guru sebagai pemudah cara

dalam P&P,agen perubahan dan sumber inspirasi kepada pelajar.

2) Guru harus kreatifdan inovatif untuk menjadikan sistem penyampaian P&P menjadi efektif,

menarik dan menyeronokkan.

3) Dasar KPM adalah untuk memartabatkan profesion keguruan dengan meningkatkan kualiti

guru,kerjaya guru dan kebajikan guru.Matlamat KPM adalah untuk menjadikan profesion keguruan

dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipikul dalam pembinaan generasi

masa hadapan negara

4) Strategi dalam memartabatkan profesion keguruan

Menambah baik sistem pemilihan guru

Memantapkan latihan perguruan

Memantapkan kerjaya guru

Menambah baik persekitaraan kerja dan kebajikan guru

Memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia


Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan

1) Pendidikan berkualiti untuk semua merupakan agenda utama KPM.KPM berhasrat untuk

membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia dengan tujuan melahirkan modal insan yang

berupaya untuk bersaing dalam era yang sangat mencabar.

2) Dasar KPM adalah untuk mengadakan pendekatan, piawaian danpenanda aras yang lebih tepat serta

bersesuaian dengan ciri dan keperluan kluster institusi pendidikan yang ada.

3) Matlamat KPM adalah untuk membangunkan institusi-institusi model yang dapat dicontohi oleh

institusi-institusi di dalam kelompok yang sama. Institusi-institusi ini diharapkan menjadi

showcase pada peringkat antarabangsa dan seterusnya membantu usaha untuk menjadikan

Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan


BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA) PENDIDIKAN

Dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan member tumpuan kepada

4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.


1. Sub-NKRA Prasekolah

Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasokolah Kebangsaan dan Bahagian Prasekolah dan

PERMATA Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

 Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) :


Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan

Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru

Menambah bilangan kelas prasekolah di kawasan miskin Bandar, luar Bandar dan pedalaman

Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan Prasekolah.

Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan

2. Sub-NKRA Literasi dan Numerasi

NKRA – Peluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan

Setiap kanak-kanak* menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun mengikuti
pendidikan rendah

pada akhir tahun 2012

‘’ Kanak-kanak berkeperluan khas ’’ – didefinisikan sebagai murid bermasalah pembelajaran, masalah

pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, terencat akal, mempunyai pelbagai kecacatan,

dan kurang upaya secara fizikal. Kurikulum khas literasi dan numerasi dibentuk untuk kanak-kanak

berkeperluan khas.

3. Sub-NKRA Sekolah Berprestasi Tinggi

3.1 Mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik   


Meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan tahap autonomi dan

akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing

(pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggota perkhidmatan)

3.2 Menghasilkan pelajar yang cemerlang

Sebagai tempat untuk melatihkan pelajar cemerlang bertaraf antarabangsa dan yang menjadi

personaliti unggul dalam semua bidang

3.3 Merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam sistem

Sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan tahap yang

lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara sekolah sekolah tersebut. 

4. Sub-NKRA Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah 


Meningkatkan kualiti keberhasilan murid menerusi peningkatan prestasi pemimpin sekolah di Malaysia:

You might also like