Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 21

IPGM KAMPUS TEKNIK

BANDAR TUN RAZAK


KUALA LUMPUR

KURSUS PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH


AMBILAN NOVEMBER 2008

Kepelbagaian Budaya Boleh Mengukuhkan


Keharmonian Etnik.
Bincangkan konsep-konsep perpaduan dalam
konsep asas hubungan etnik.

NAMA : HASLINDA BINTI ROPA’AI


NO. K/P : 711215-01-5922
KUMPULAN : PGSR SAINS
SEKOLAH : SK. JALAN AIR PANAS,
53200 SETAPAK,
KUALA LUMPUR.
PENSYARAH :
ETNIK

PRAKATA

Tulis lah apa saja...

Halaman 2 daripada 21
ETNIK

KANDUNGAN

1.0 Pengenalan..................................................................................................................4

2.0 BUDAYA MENGUKUHKAN PERPADUAN PELBAGAI KAUM.........................................8


2.1 PELUANG PELAJARAN..................................................................................................8

3.0 SAMBUTAN PERAYAAN................................................................................................9


3.1 KEPELBAGAIAN MAKANAN..........................................................................................9
3.2 MUZIK..........................................................................................................................10
3.3 KONSEP ASAS PERPADUAN.......................................................................................11

4.0 KONSEP AKULTURASI................................................................................................13


4.1 KONSEP PLULARISME................................................................................................14
4.2 KONSEP AKOMODASI................................................................................................15
4.3 KONSEP ASIMILASI....................................................................................................16
4.4 KONSEP AMALGAMASI.............................................................................................18

5.0 Kesimpulan................................................................................................................20

Halaman 3 daripada 21
ETNIK

1.0 PENGENALAN

Budaya atau kebudayaan berasal perkataan Sanskrit iaitu

buddayah. Buddayah merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi

yang bermaksud budi pekerti atau akal. Secara amnya budaya

membincangkan hal-hal yang berkaitan budi atau akal manusia. Ini

termaksuklah cara hidup, amalan keagamaan atau kepercayaan,

pemakaian dan pemakanan.

Kebudayaan mempunyai hubungan erat dengan cara hidup dan

amalan masyarakat. Menurut Melville j. Herskovita dan Bronislaw

Malinawoski, segala sesuatu yang terdapat dalam sesuatu

masyarakat mempunyai hubungkait atau boleh ditentukan oleh

masyarakat itu sendiri. Budaya merupakan sesuatu yang

diperturunkan dari satu generasi ke generasi seterusnya.

Contohnya pantang larang, adat resam dan kepercayaan.

Halaman 4 daripada 21
ETNIK

Menurut Andreas Eppink pula, kebudayaan ialah keseluruhan

pengertian nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur

kemasyarakatan, keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual

yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat.

Kesimpulannya pengertian budaya ialah sebagai keseluruhan

cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang

sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani kelompok masyarakat.

Etnik pula merujuk kepada bangsa atau kaum manusia. Etnik

boleh didefinisikan sebagai kelompok manusia yang

mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat

resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Gabungan rumpun

bangsa manusia dan pelbagai aspek kebudayaan serta perhubungan

antara satu bangsa dengan yang lain menjadi kumpulan etnik yang

ahlinya mengaitkan diri sesama sendiri seperti budaya, kelakuan,

bahasa dan agama. Etnik wujud disebabkan terdapatnya perbezaan

budaya dalam kalangan masyarakat.

Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Ia sering

berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga,

Halaman 5 daripada 21
ETNIK

pakaian, pandangan mengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan

ekonomi dan hiburan.

Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan Dusun dan

pelbagai lagi dianggap sebagai etnik. Etnik pada dasarnya bersikap

etnosentrik, iaitu menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar,

betul dan lebih utama daripada etnik lain.

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai berbilang

kaum yang hidup dalam keadaan aman dan damai dengan tiga kaum

utama iatu Melayu, Cina dan India. Terdapat juga kaum-kaum

Bumiputera di Sabah dan Sarawak seperti Iban, Kadazan, Bajau,

Murut dan Bidayuh.

Kaum Melayu beragama Islam, berbahasa Melayu dan

mengamalkan budaya Melayu. Sementara kaum Cina

berkepercayaan Buddha,Taoisme atau Kristian, berbahasa Mandarin,

Hokkien, Hakka, Kantonis atau Teohew.

Manakala kaum India kebanyakannya beragama Hindu, bertutur

dalam bahasa Tamil, Malayalam dan Hindi, selain kaum Sikh, Serani

Halaman 6 daripada 21
ETNIK

atau Eurasian. Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi Malaysia

dengan Bahasa Inggeris digunakan secara meluas.

Halaman 7 daripada 21
ETNIK

2.0 BUDAYA MENGUKUHKAN PERPADUAN PELBAGAI KAUM

2.1 PELUANG PELAJARAN

Kerajaan memberi peluang pelajaran yang samarata antara

kaum. Ruang ini digunakan agar setiap kaum dapat berinteraksi

dengan lebih harmoni semasa pembelajaran untuk mencapai cita-cita

mereka selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Peluang yang

sama rata yang diberikan kerajaan ini dapat mengelakkan persaan

tidak puashati dan prasangka dalam kalangan semua kaum yang

boleh membawa perpecahan antara kaum, sebaliknya dapat

merapatkan hubungan antara kaum dan mengukuhkan perpaduan

antara kaum.

Halaman 8 daripada 21
ETNIK

3.0 SAMBUTAN PERAYAAN

Sambutan perayaan bagi setiap kaum akan dirayakan dengan

penuh muhibbah oleh kaum lain seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina

dan Deepavali dengan kunjung mengunjungi dan aktiviti rumah

terbuka. Secara tidak lansung, sambutan perayaan ini dapat

mengeratkan hubungan di antara kaum yang terdapat di Malaysia.

Kebebasan membuat sambutan perayaan tanpa halangan dan

prasangka akan mengukuhkan lagi perpaduan dan keharmonian

antara kaum di Malaysia.

3.1 KEPELBAGAIAN MAKANAN

Kepelbagaian makanan dari setiap kaum akan

diperkenalkan dan dipromosikan serta disesuaikan dengan citarasa

rakyat Malaysia untuk menikmati tradisi dari pelbagai kaum yang

terdapat di Malaysia tanpa rasa was-was dan bimbang. Kesedaran

dan sensitiviti kesan makanan terhadap agama dan kepercayaan

amat dititikberatkan sebagai tanda saling hormat-menghormati dan

bagi mengelakkan sebarang prasangka.

Halaman 9 daripada 21
ETNIK

Contohnya, hidangan daging babi tidak boleh dihidangkan

kepada masyarakat Melayu Islam dan hidangan daging lembu tidak

boleh dihidangkan kepada masyarakat India yang beragama Hindu.

Kesedaran, sensitiviti dan sikap saling menghormati ini dapat

meningkatkan perpaduan antara kaum. Secara tidak langsung ia telah

mendidik masyarakat di Malaysia agar sentiasa bersikap saling

hormat menghormati di antara kaum.

3.2 MUZIK

Muzik di Malaysia merupakan rangkuman elemen dan

kontempori dimainkan oleh rakyat Malaysia. Muzik tradisional banyak

mempengaruhi oleh budaya Islam, Cina, India dan Indonesia. Secara

tidak langsung, muzik juga berperanan dalam mengukuhkan

perpaduan di kalangan kaum di Malaysia. Ini dapat dilihat dengan

jelas semasa sambutan perayaan Hari Kemerdekaan. Muzik dari

setiap kaum dimainkan oleh semua kaum dengan meriah dan

jayanya. Contohnya muzik tradisional dimainkan dan ditarikan oleh

semua kaum di Malaysia termasuklah Cina, India dan suku kaum

minoriti yang lain dengan baik dan teratur. Jika dilihat dari aspek ini,

maka lahirlah satu bangsa yang dipanggil bangsa Malaysia.

Halaman 10 daripada 21
ETNIK

3.3 KONSEP ASAS PERPADUAN

Konsep perpaduan merupakan proses penyatupaduan seluruh

masyarakat agar masyarakatdapat membentuk satu identiti dan nilai

bersama. Konsep asas perpaduan ini hanya boleh dilaksanakan

melalui proses integrasi.

Intergrasi pula merupakan perlaksanaan proses bagi

mewujudkan identiti nasional di kalangan kumpulan yang terpisah dari

segi konsep kebudayaan,sosial dan lokasi. Perlaksanaan integrasi ini

dapat dilihat melalui konsep asimilasi, amalgamasi, pluralism,

akomodasi dan akulturasi sama lain. Konsep ini begitu meluas

diamalkan di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas

mengamalkan budaya masing-masing dalam keadaan harmoni.

Di Malaysia, walaupun rakyatnya terdiri dari berbilang etnik,

keharmonian masih dapat dirasai kerana adanya sikap saling

menyedari dan menghormati nilai dan norma kumpulan etnik yang

lain. Kesimpulannya, dalam konsep akomodasi ini, walaupun setiap

etnik yang ada mempertahankan dan mengamalkan budaya masing-

masing, keharmonian dalam asas hubungan etnik masih dapat

Halaman 11 daripada 21
ETNIK

dicapai dan dikekalkan selagi sikap saling menyedari dan

menghormati nilai dan norma kumpulan etnik yang lain masih

diamalkan oleh setiap individu dalam etnik.

Halaman 12 daripada 21
ETNIK

4.0 KONSEP AKULTURASI

Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur

kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari suatu

kebudayaan lain yang berbeza. Akulturasi terjadi apabila satu

kelompok manusia dengan satu kebudayaan tertentu dihadapkan

dengan unsur dari satu kebudayaan asing yang berbeza sehingga

unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam

kebudayaan sendiri. Berbeza dengan proses asimilasi, proses

akulturasi tidak akan menyebabkan masyarakat penerima hilang

identiti asal.

Lebih tepat lagi, akulturasi berlaku di mana manusia dalam

kumpulan minoriti menerima norma,nilai dan pola-pola tingkahlaku

golongan majoriti. Proses meminjam atau menerima unsur-unsur

budaya golongan majoriti tanpa mengububah unsur-unsur asal.

Akulturasi juga dikenali sebagai asimilasi budaya.

Dalam sejarah manusia, pertemuan atau pertembungan antara

dua atau lebih kebudayaan sering berlaku. Melalui pertemuan dan

pertembungan inilah yang menyebabkan berlakunya proses pinjam-

meminjam. Peringkat awalnya, unsur pinjaman digunakan secara

Halaman 13 daripada 21
ETNIK

langsung tetapi kemudiannya ia diolah serta dijadikan unsur

kebudayaan sendiri. Contoh-contoh nyata yang terdapat di Malaysia

adalah seperti angpau, makanan muzik dan hiburan, pemakaian tali

leher dan kot dan sebagainya. Sebaliknya, seandainya unsur budaya

yang diambil ini tidak diolah dengan sempurna, tindakan ini akan

memberi kesan yang tidak baik kepada masyarakat tersebut.

4.1 KONSEP PLULARISME

Konsep pluralisme merupakan proses mempertahankan

kepelbagaian. Pluralisme menitikberatkan pengekalan ciri-ciri

kebudayaan pelbagai kelompok. Di mana setiap etnik itu mempunyai

hak terhadap warisan yang diwarisi dan diamalkan oleh mereka tanpa

diganggu oleh etnik yang lain. Mereka berhak sepenuhnya terhadap

warisan yang diwarisi oleh mereka tanpa diganggu gugat. Perbezaan

kebudayaan adalah lazim dan tidak dapat dielakkan. Pluralisme ini

dapat dinyatakan dengan mudah melalui formula berikut:

A+B+C=A+B+C di mana A, B dan C mewakili etnik yang berbeza.

Ini merupakan fenomena yang berlaku di Malaysia yang

rakyatnya terdiri dari berbilang kaum, bangsa dan agama.

Contohnya, kaum Melayu mengamalkan cara hidup Melayu dan

Halaman 14 daripada 21
ETNIK

beragama Islam. Kaum Cina mengamalkan cara hidup Cina, dan

beragama Buddha atau Kristian. Kaum India pula mengamalkan cara

hidup merka dan beragama Hindu atau Kristian. Setiap kaum ini

bebas untuk mengamalkan cara hidup masing-masing tanpa

gangguan dari kaum yang lain. Melalui konsep ini sikap saling

menghormati amat penting untuk menjamin keharmonian hubungan

antara etnik.

Secaranya amnya, dalam konsep plularisme ini, sikap saling

menghormati dan saling memahami di antara kaum adalah asas

penting untuk mencapai keharmonian dalam konsep asas hubungan

etnik.

4.2 KONSEP AKOMODASI

Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap

kumpulan etnik menyedari serta menghormati nilai dan norma

kumpulan etnik yang lain. Di samping itu mereka mempertahankan

budaya hidup masing-masing. Secara ringkasnya setiap etnik akan

tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing tetapi mereka

masih boleh hidup dalam keadaan harmoni di atas sikap merka yang

mengamalkan budaya saling hormat menghormati. Konsep ini boleh

Halaman 15 daripada 21
ETNIK

diwakili melalui formula ini: A+B+C=A+B+C di mana A, B dan C

merujuk kepada budaya.

4.3 KONSEP ASIMILASI

Asimilasi merupakan satu proses pencantuman dan penyatuan

antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu

kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Menurut

seorang ahli sosiologi (Vander Zanden) asimilasi ialah satu proses

dalam mana kelompok-kelompok yang berfikir, berperasaan dan

bertindak secara berlainan, menjadi sesuatu dalam kesatuan sosial

serta budaya yang sama.

Secara jelasnya, asimilasi merupakan proses penyerapan

budaya iaitu cara hidup atau kebudayaan sesuatu masyarakat

(biasanya migran atau minoriti) telah diserap oleh kebudayaan

dominan tanpa membawa perubahan kebudayaan yang menyerap.

Asimilasi mutlak atau sempurna boleh menyebabkan berlakunya

penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti.

Konsep ini boleh dijelaskan melalui formula A+B+C=A, di mana A

mewakili golongan dominan sementara B dan C mewakili kumpulan

etnik minoriti.

Halaman 16 daripada 21
ETNIK

Contohnya, orang Thailand yang tinggal di Kelantan yang

bersempadan dengan Thailand. Mereka telah mengalami proses

asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa dan hampir semua aspek

cara hidup mereka (kecuali agama) telah disatukan dengan amalan

dan cara hidup Kelantan. Begitu juga apa yang berlaku ke atas

masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan Nyonya, juga merupakan

contoh berlakunya proses asimilasi. Namun bagi etnik Cina Kelantan

dan Baba dan Nyonya, asimilasi berlakunya tanpa anutan

kepercayaan atau agama.

Proses asimilasi berlaku apabila wujud interaksi yang erat

antara ahli kumpulan etnik berbeza budaya bagi satu tempoh yang

lama. Kejayaan asimilasi umumnya bergantung kepada kesanggupan

etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti

etnik majoriti, terdapat banyak persamaan budaya antara kumpulan

etnik dan kesanggupan kumpulan etnik majoriti menerima kumpulan

etnik minoriti.

Kesimpulanya proses asimilasi ini dapat membantu

mengukuhkan keharmonian etnik. Ini dibantu dengan kesanggupan

Halaman 17 daripada 21
ETNIK

etnik majoriti dan etnik minoriti untuk menerima dan menhormati

budaya mereka yang berbeza. Kesanggupan inilah yang merupakan

asas penting untuk mencapai keharmonian dan perpaduan antara

etnik. Jika mereka tidak sanggup untuk saling menerima budaya,

proses asimilasi tidak berlaku, seterusnya keharmonian etnik dan

perpaduan antara etnik juga tidak akan tercapai.

4.4 KONSEP AMALGAMASI

Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apabila

budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya da ras

baru. Kaedah utama dalam menentukan berlakunya proses

amalgamasi merupakan proses yang melibatkan proses pencantuman

dari segi biologi,iaitu kaedah kahwin campur. Melalui kaedah kahwin

campur ini akan melahirkan satu kelompok yang baru juga boleh

mewujudkan kebudayaan baru.

Teori amalgamasi ini boleh dijelaskan dengan ringkas dalam

bentuk formula A+B+C=D, dimana A,B dan C mewakili kumpulan

etnik berbeza dan D mewakili amalgam,satu kumpulan baru etnik

yang terhasil daripada penyatuan A,B dan C. Sebagai contoh,

kumpulan-kumpulan etnik yang sedia wujud mengamalkan


Halaman 18 daripada 21
ETNIK

perkahwinan campur lalu membentuk generasi baru atau budaya baru

tanpa menuruti budaya asal mereka.

Di Malaysia, contoh yang terdekat ialah keturunan Baba dan

Nyonya di Melaka. Kaum Baba dan Nyonya di Melaka berasal dari

perkahwinan campur yang berlaku di antara pedagang Cina yabg

berkahwin dengan orang tempatan Melaka. Hasil dari perkahwinan ini

terbentuklah satu generasi baru yang dipanggil Baba Nyonya Melaka.

Mereka bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan cara hidup baru

dan tidak menuruti budaya asal mereka sepenuhnya. Sikap saling

menerima dan menghormati cara hidup dan budaya inilah yang

membenarkan mereka berkahwin campur dan hidup dalam keadaan

yang harmoni walaupun dari kaum dan etnik yang berbeza.

Kesimpulanya,dalam proses amalgamasi ini, kesediaan mereka

untuk berubah,sanggup menerima prubahan dan saling menghormati

merupakan faktor penting untuk mencapai perpaduan dalam konsep

hubungan etnik. Melalui konsep inilah dan budaya iaitu Budaya

Malaysia.

Halaman 19 daripada 21
ETNIK

5.0 KESIMPULAN

Kepelbagaian budaya boleh mengikuhkan keharmonian etnik

melalui konsep perpaduan. Perpaduan pula hanya boleh tercapai

apabila wujudnya sikap hormat menghormati ini perlu ditanam dan

dikekalkan dalam hati setiap individu dalam semua etnik yang ada.

Hubungan keharmonian etnik haruslah dilihat dari sudut

konseptual dan bukan hanya dari luaran sahaja. Aspek yang menjadi

tras kebudayaan kebangsaan haruslah dipelihara kerana

kebiasaannya kebudayaan kebangsaan adalah berteraskan

kebudayaan asal.

Di Malaysia, unsur kebudayaan lain yang sesuai diterima

menjadi kebudayaan kebangsaan selagi ianya mengikut acuan

Malaysia. Dimana Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan

kebudayaan kebangsaan yang mengikut acuan Malaysia.

Penerimaan unsur kebudayaan lain yang sesuai menunjukkan

bahawa kebudayaan kebangsaan di Malaysia tidak meminggirkan

kebudayaan lain, sebaliknya menyatukan semua kepelbagaian


Halaman 20 daripada 21
ETNIK

kebudayaan yang ada di Malaysia. Konsep Satu Malaysia yang

diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia sewajarnya

dipraktikkan bersama bagi mewujudkan keharmonian etnik di

Malaysia. Kejayaan Konsep Satu Malaysia merupakan gambaran

yang tepat tentang kejayaan dalam mengukuhkan keharmonian dan

perpaduan dalam konsep asas hubungan etnik.

Jadi, adalah tanggungjawab kita bersam untuk menentukan

kejayaan Konsep Satu Malaysia dan memelihara keharmonian dan

perpaduan dalam hubungan antara etnik.

Halaman 21 daripada 21

You might also like