Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

TUGASAN INDIVIDU

Bimbingan Tingkah Laku Kanak-Kanak


( KAQ 1043 )

Rumusan Jurnal

Nama : Marsha Brillante Boni Galim

No. Matrik : E20091000318

Kumpulan : C

Nama Pensyarah : Cik. Anis Norma


Kajian ini berfokuskan untuk mengkaji hubungan diantara kelakuan dan fisiologi
untuk child-directed speech ( CDS ) dan kemampuan berkomunikasi bagi kanak-
kanak yang mempunyai gangguan mental atau dalam kata lain autism-spectrum
disorders ( ASD ). Dapatan ini adalah untuk meningkatkan pemahaman dalam
praliguastik yang mempengaruhi perkembangan bahasa ke atas kanak-kanak atau
kepada prasekolah yang mempunyai gangguan mental bagi meningkatkan lagi bahasa.
Pengkaji telah merumuskan beberapa hipotesis sebelum memulakan kajian ( sila lihat
pada lampiran ).

Didapati kajian lepas bahawa replikasi mencari yang mempunyai kaitan


perkembangan pralinguistik kanak-kanak ASD mempunyai respon yang rendah dalam
penggunaan perkataan atau bercakap dengan orang lain. Bayi dan kanak-kanak yang
mempunyai ASD kurang memberi respon apabila nama mereka dipanggil ataupun
disebut (Baránek, 1999; Tuhan, 1995; Osterling, Dawson, & Munson, 2002) dan tidak
menunjukkan keadaan yang diharapkan. Implikasi dari keputusan ini adalah terhad
untuk mendapatkan hasil perkembangan bahasa dan sosial-komunikatif. Dalam satu
kajian yang telah dijalankan keatas kanak-kanak prasekolah oleh Kuhl et. Al ( 2005 ),
sekelompok kanak-kanak yang mempunyai ASD terlibat dalam program CDS yang
terdapat rangsangan menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam menjalankan tugas
daripada kanak-kanak yang mempunyai ASD yang terlibat dalam program CDS tetapi
tidak mempunyai rangsangan. Penyelidikan lain yang turut dijalankan mendapati
bahawa kanak-kanak yang mempunyai ASD yang telah mengikuti program CDS telah
mengembangkan perkembangan bahasa mereka dan memudahkan mereka dalam
berkomunikasi dalam kehidupan seharian.

Dua puluh dua kanak-kanak lelaki yang berusia pada sekitar 28–42 bulan
mempunyai ASD telah didiagnosis dalam kajian ini ( sila rujuk pada gambar rajah 1 ).
Para ibu dari 18 peserta ( 82% ) dikenalpasti sebagai Eropah Amerika, manakala ibu
dari 4 peserta ( 18% ) dikenalpasti sebagai Afrika Amerika. Dari segi pendidikan ibu
bapa pula, 45% diantara mereka mempunyai sarjana, 14% memiliki gelar sarjana dan
41% mempunyai ijazah sekolah tinggi.
Pengkaji telah menggunakan 4 langkah bagi mendapatkan target dari kemahiran
komunikasi setiap peserta iaitu The MacArthur-Bates Communicative Development
Inventory ( CDI ) merupakan alat piawai yang digunakan bagi melihat atau mengukur
kemahiran komunikasi. Kedua ialah The Preschool Language Scale, Forth Edition
merupakan penilaian pemerhatian standard dari lahir hingga 6 tahun. Ketiga ialah The
Mullen Scales of Early Learning ( MSEL ), adalah penilaian standard yang diberikan
secara individu yang mengukur tahap perkembangan kanak-kanak dari lahir sampai
68 bulan. Yang terakhir ialah The Vineland Adaptive Behaviour Scales ( VABS )
merupakan sebuah bentuk standard tinjauan wawancara yang direka untuk menilai
kemampuan peribadi dan sosial yang diperlukan untuk kehidupan sehari-hari.

Keputusan maklumat deskriptis daripada beberapa dasar komunikasi yang


digunakan bagi mengumpul keputusan bagi bahasa reseptif, bahasa ekspresif dan
kemahiran sosial-komunikasi adaptif boleh dilihat dan dinilai ( sila rujuk pada gambar
rajah 3 ). Sebagai keputusannya, kanak-kanak telah mendapat purata nilai AE selepas
mereka mengikuti kajian ini sekitar 12 bulan dengan bahasa yang berbeza dan
keadaan sosial-komunikasi pada setiap kanak-kanak yang membawa perubahan pada
setiap purata. Melalui pemerhatian, kanak-kanak sebagai sebuah kumpulan yang
mendapat purata nilai AE dengan peningkatan dan langkah yang diambil
mencerminkan bahawa beberapa mereka menunjukkan keadaan terbatas pada tahap
kemajuan mereka sedangkan kanak-kanak lain menunjukkan kemajuan yang baik.
Analisis pengkaji menunjukkan bahawa kanak-kanak telah mengembangkan
penguasaan bahasa atau kemahiran sosial-komunikatif. Ini disebabkan mereka
mendapat motivasi daripada ibu bapa dan rangsangan yang telah diberikan kepada
mereka selama mereka menyertai kajian ini.

Selain daripada itu, kajian ini didapati bahawa ianya bertentangan diantara
kajian masa lepas dengan hipotesis pengkaji iaitu bahasa reseptif dan bahasa ekspresif
menunjukkan bahawa beberapa faktor boleh mempengaruhi perkembangan bahasa
antara anak muda dengan ASD. Selain faktor pemerhatian umum, kemampuan untuk
memberi perhatian semasa CDS adalah baik untuk membantu perkembangan bahasa.
Kelemahan kajian ini ialah saiz sampel yang digunakan adalah kecil untuk
menganalisis. Oleh itu, pengkaji menggunakan pelbagai alternatif lain bagi
menyelesaikan masalah dan mendapat keputusan yang memuaskan sepanjang kajian
ini dijalankan. Seterusnya, tahap umur kanak-kanak yang mengikuti program ini
tidak bersesuaian dengan tahap bahasa yang digunakan. Kaedah yang digunakan
sepanjang kajian adalah sukar bagi anak yang kurang faham dan tidak mampu
menerima arahan dengan baik. Kajian ini hanya melibatkan dua buah negara dan
kanak-kanak yang mengikuti kajian ini hanyalah kanak-kanak lelaki. Namun,
penyelidikan ini memberikan sumbangan yang unik dalam penemuannya berkaitan
dengan kemahiran komunikasi pada anak yang mempunyai gangguan mental ( ASD ).
Oleh itu, hubungan dan pemerhatian berterusan akan memberikan keputusan yang
baik dan positif keatas kanak-kanak yang mempunyai masalah iaitu gangguan mental
( ASD ).

You might also like