Tamadun Dunia

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

TAMADUN DUNIA

BAB 8 : BENTUK PEMERINTAHAN


• Kemunculan zaman reformation
(pembaharuan agama) telah menyebabkan
perpecahan dalam agama kristian
• Sebelum kedua-dua unsur ini bersatu tetapi
selepas Zaman Reformation masyarakat mula
percaya kepada semangat persatuan orang
awam berdasarkan bangsa dan negara.
• Perkembanggan ini tidak berlaku dengan
pantas tetapi mengambil masa dalam tempoh
dua hingga tiga abad.
8.1 PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
• Idea negara bangsa muncul pada abad ke-15 dengan
perkembangan zaman Renaissance dan Reformation
• Merujuk kepada sekumpulan masyarakat yang tinggal di
sesuatu kawasan dan mempunyai persamaan ideologi
serta sistem pemerintahan yang berdaulat dan merdeka
• Antara negara bangsa yang penting di Eropah
termasuklah England,Perancis dan Sepanyol.
• Perubahan dan perkembangan politik di Eropah pada
zaman Pertengahan telah membawa kepada
pembentukan negara bangsa
• Perhubungan antara gereja dan negara agak berbeza
dari pandangan pengikut mazhab katolik dan
protensan.
• Pengikut katolik berpendapat bahawa negara dan
gereja merupakan dua pihak yang berlainan dan
menjalankan tugas yang berbeza dalam bidang
masing-masing.
• Jika ada konflik antara kedua-dua pihak tersebut,
pihak gereja hendaklah diberi keutamaan.
•  
Pemerintahan beraja
Mesir

• Raja Menes telah menyetukan mesir utara dan mesir


selatan, dan dengan itu menandakan bermulanya era
pemerintahan dinasti yang menjalankan sistem
pemerinthan beraja atau monarki. Mesir dikatakan
diperintah oleh kira-kira 30 dinasti.
• Raja digelar firaun dan berada pada kedudukan teratas
dalam sistem pemerintahan di mesir. Firaun juga dianggap
sebagai anak kepada Amon Re atau tuhan matahari.
Rakyat mesir sangat mentaati raja mereka dan sanggup
menyerahkan cukai dalam bentuk gandum, lembu, arak,
dan kayu-kayun atas arahan firaun.
• Wazir dikendaki melaporkan perkembangan
berkaitan pentadbiran kepada firaun setiap
hari. Terdapat para pegawai yang berkhidmat
di jabatan-jabatan peringkat negeri seperti
yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.
• Firaun bertindak sebagai ketua hakim dan
bertanggunjawab mewujudkan keadilan
dalam negara. Beliau bertindak sebagai ketua
panglima perang. Biasanya wazir akan
mengetaui peperangan bagi mewakili firaun.
India

• Pemimpin utama yang memerintah tamadun lembah Indus dipercayai


terdiri daripada kalangan pendeta. Seperti juga dalam sistem kerajaan
monarki atau golongan pendeta ini mempunyai kuasa mutlak.
Pemerintahan oleh priest king ini juga dikenali sebagai teokrasi iaitu
pemerintahan yang tidak memisahkan agama dengan kuasa politik
• Sistem pemerintahan di India adalah sistem beraja yang diasaskan oleh
kerajaan Maurya.
• Raja mempunyai kuasa mutlak dalam semua hal. Setelah memperoleh
tanah jajahan, pemeritah Maurya menggelarkan diri mereka sebagai
maharaja.
• Raja-raja Maurya memerintah kerajaaan dengan bantuan majlis
penasihat. Empayar maurya dibahagikan kepada lima wilayah. Setiap
wilayah diketaui oleh seorang gabenor.
China

• Pemerintahan beraja juga diamalkan oleh Dinasti shang


dan Dinasti Chou di China. Dalam hal pengantian raja-raja
Dinasti Shang dan Dinasti Chou adalah berbeza. Bagi
dinasti shang, pengantian raja adalah antara adik-beradik
tetapi Dinasti Chou adalah secara warisan iaitu daripada
bapa kepada anak lelaki yang paling tua. Raja memerintah
secara mutlak. Rakyat amat taat kepada raja. Hai ini
demikian kerana rakyat percaya bahawa raja diberi
Mandate oleh tuhan untuk memerintah dan selagi tanda-
tanda mandat itu tidak ditarik balik oleh tuhan, mereka
perlu patuh kepada arahan raja.
• Pada zaman kedua-dua dinasti ini, raja juga berfungsi
sebagai ketua angkatan tentera dan ketua agama.
Golongan pendeta atau agama tidak memainkan
peranan penting seperti di Mesopotamia atau china.
• Raja Shin Huang Ti telah menyatukan wilayah-wilayah
china yang berpecah-belah dan membentuk sebuah
empayar yang luas. Beliau memakai gelaran maharaja
• Shih Huang Ti cuba menghapuskan sistem feudal dan
mengukuhkan sistem kerajaan pusat. Beliau telah
merampas tanah golongan bangsawan feudal dan
mengarahkan mereka tinggal di sekitar kawasan
istananya.
• Rakyat yang memiliki lembing, tombak, anak panah
dan kereta kuda dipaksa menyerahkan senjata-
senjata tersebut kepada kerajaan.
• Shih Huang Ti mengamalkan sistem undang-undang
yang ketat berasaskan fahaman legalisme yang
mengawal tingkah laku masyarakat melalui undang-
undang dan tindakan yang keras. Oleh itu, buku-buku
Confucius telah dibakar kerana bertentangan dengan
dasar yang diamalkan olehnya.
• Dinasti Han mengamalkan undang-undang yang
berasaskan ajaran Confucius. Oleh itu, amalan
Ledalisme yang diperkenalkan oleh Shin Huang Ti
tidak diikuti
• Corak perundangan Dinasti Han adalah kurang
ketat. Sistem kerahan buruh dilonggarkan dan
sisten undang-undang yang berat digantikan
dengan hukuman yang lebih ringan.
• Pemimpin-pemimpin wilayah pula dikawal
kuasa mereka supaya kerajaan pusat menjadi
kuat. Antara langkah yang diambil ialah
pemimpin-pemimpin wilayah tidak dibenarkan
memiliki harta yang banyak.
Alam Melayu

• Corak pemerintahan beraja juga diamalkan oleh kerajaan-kerajaan di


alam melayu. Sistem pentadbiran ini berasaskan campuran sistem
tempatan denga pengaruh luar iaitu agama Hindu dan Buddha.
• Raja menjadi ketua dan berkuasa mutlak dalam pemerintahan. Raja
juga berkuasa menggubal undang-undang. Kebiasanya undang-
undang digubal bertujuan untuk mengkukuhkan kedudukan raja.
Rakyat tidak boleh mempersoalkan undang-undang yang digubal
oleh raja.
• Pentadbiran diraja merujuk kepada pentadbiran pusat seperti hal-
ehwal raja, denda dan hukuman, bidang kehakiman dan pengutipan
cukai.
•  
• Pentadbiran ketenteraan pula diketuai oleh seorang panglima
atau Pratisava yang menguruskan hal-hal ketenteraan Srivijaya.
• Sultan juga dianggap sebagai Amirul Mukminin. Istilah raja
diubah kepada sultan. Sultan mempunyai kuasa autoriti dalam
pemerintahan. Kekuasaan sultan diperkukuhkan lagi dengan
unsur mitos dan legenda yang mengaitkan keturunan sultan
dengan tokoh-tokoh tertentu seperti Iskandar Zulkarnain dan
sebagainya
• Kewibawaan seseorang sultan juga dikaitkan dengan konsep
daulat dan jika ada rakyat yang tidak mematuhi arahan sultan
akan terkena tulah. Seseorang sultan memiliki beberapa
keistimewaan yang dapat mengkukuhkan kedudukan menjadi
lebih istimewa seperti penggunaan bahasa istana, alat
kebesaran, nobat dan sebagainya.
•  
Pemerintahan Republic Di Yunani
• Pada asalnya Athens mengamalkan
pemerintahan beraja. Raja dibantu oleh
konsul. Pada waktu tersebut, raja juga
berperanan sebagai ketua hakim, ketua
tentera dan ketua agama. Apabila kuasa
konsul semakin melampau maka secara tidak
langsung peranan raja semakin merosot.
Athens sudah mula dikuasai oleh konsul
• Golongan konsul pula terdiri daripada orang-orang
kaya. Pemerintahan jenis ini dikenali sebagai oligarki.
Melalui konsul pula lahir golongan aristocrat yang kuat
pengaruhnya. Pemerintahan yang didominasi oleh
golongan ini dipanggil sebagai Aristokrasi. Namun
begitu, ada pula golongan yang tidak berpuas hati
dengan corok kepimpinan sebegini lalu mereka
merampas kuasa. Kesannya maka wujudlah
pemerintahan yang dikenali sebagai tirani.
Pemerintahan ini dikenali oleh orang kaya atau tentera.
Pemerintahan ini tidak memberi kebaikan kepada
rakyat. Akibatnya amalan yang wujud lebih bersifat
dictator maka lahirnya penentangan sehingga
mewujudkan demokrasi.
• Menurut Sivachandralingan Sundara Raja dalam
bukunya tamadun Eropah, Athens adalah sebuah
negara kota yang mengamalkan sistem
pemerintahan Republic. Pentadbirannya
dikendalikan oleh dewan perhimpunan, majlis
majistret dan juri. Dewan perhimpunan diwakili
oleh sumua warganegara lelaki dewasa Athens.
Tempoh perkhidmatan mereka ialah antara enam
bulan hingga ke setahun.
• Majlis dibentuk untuk melaksanakan keputusan-
keputusan dewan perhimpunan. Majlis diaggotai
oleh 500 orang ahli yang dipilih melalui undian dan
50 orang mewakili setiap buku.
• Majistret terdiri daripada kakitangan perkhidmatan
awam yang melaksanakan dasar-dasar kerajaan
diputuskan oleh majlis peranan majistret sama
dengan kakitangan perkhidmatan awam di negara
kita.
• Ada dikalangan mereka ini yang menjadi pendidik,
pemungut cukai, tentera dan pembanci. Dari segi
pengadilan, kuasa terletak di tangan warganegara.
Juri menjadi pemutus bagi sesuatu kes dan pihak
yang tertuduh tidak berpeluang untuk merayu.
Jumlah juri adalah berbeza mengikut seriusnnya
sesuatu kes tersebut. Jumlah juri ialah antara 101
hingga 1001 orang.
Pemerintahan Republic Rom

• Idea tentang pemerintahan republic telah


diutarakan oleh ahli falsafah Yunani iaitu Plato.
Cadangan dalam bukunya the repuclic tentang
struktur kerajaan yang paling ideal tidak dapat
sambutan di Yunani.
• Kerajaan Rom telah mempraktikan sistem republic
dalam pemerintahannya. Dalam bahasa latin, res
publica bermaksud hal rakyat, merupakan satu
bentuk kerajaan yang ketuanya bukan seorang raja.
• Sebelum melaksanakan sistem republic,
kerajaan Rom juga pernah mengamalkan
pemerintahan beraja. Ketika itu iaitu sekitar
tahun 753S.M, penduduk Rom terdiri daripada
golongan bangsawan dan tuan tanah dan
golongan rakyat biasa.
• Akhirnya rakyat Rom telah memberontak dan
berjaya menyingkirkan pemerintahan raja
Etruscan. Rakyat Rom kemudiannya telah
menubuhkan pemerintahan bercorak republic
pada tahun 509S.M
• Walaubagaimanapun, sewaktu dalam
peperangan atau kecemasan, orang Rom akan
melantik seorang dictator untuk membuat
sesuatu keputusan.
• Tempoh pelantikannya ialah selama enam
bulan.
• Anggota Dewan Senat digelar senator dan
biasanya mereka berpengalaman luas dalam
bidang pemerintahan. Antara tugas dewan
senat termasuklah menasihati konsul,
menguruskan soal kewangan dan sistem cukai
• Di bawah Dewan Senat, terdapat dewan perhimpunan yang
dianggotai oleh sumua rakyat Rom.
• Dalam dewan ini rakyat Rom berkumpul dan mendengar
laporan tentang perkara yang dibincangkan dalam Dewan
Senat.
• Tugas dewan perhimpunan adalah terhad iaitu mendengar
laporan dan mengesahkan undang-undang yang diluluskan
oleh Dewan Senat. Menjelang tahun 451S.M , golongan rakyat
telah mendesak supaya mereka diberi hak dalam bidang
pentadbiran dan perundangan.
• Hal ini membawa kepada penubuhan tribuanal dan undang-
undang papan 12 Rom. Menurut undang-undang ini, semua
orang adalah sama di sisi undang-undnag.
• Seseorang itu dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan
kesalahannya.

You might also like