Skema Jawapan PJ & PK

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Baca,fahami dan jawab semua soalan .

Unit 1 : Kecergasan Fizikal

1. Kecergasan fizikal ialah kemampuan kita melakukan aktivit harian tanpa cepat rasa letih.

2. Dua kompenan asas dalam kecergasan fizikal ialah kecergasan berasaskan kesihatan dan

Kecergasan berasaskan kemahiran.

3. Aktiviti memanaskan badan dan meregangkan otot dilakukan

Untuk menaikkan suhu badan.

4. Kelajuan bermaksud kebolehan kita bergerak pantas dari satu tempat ke satu tempat dalam
masa yang singkat.

5. Imbangan bermaksud kebolehan kita mengekalkan kestabilan tubuh badan dalam keadaan
statik dan dinamik.

Unit 2 : Kemahiran

6. Terdapat tiga fasa semasa melakukan servis dan membuat pukulan dalam permainan
badminton iaitu :

i. Fasa persediaan.
ii. Fasa pelaksanaan.
iii. Fasa ikut lajak.

7. Nyatakan empat fasa semasa melakukan lompat tinggi gaya pelana dan gaya fosbury :

i. Lari landas
ii. lonjakan
iii. layangan
iv. pendaratan

8. Peraturan asas lompat tinggi.Lompatan tidak sah apabila palang dijatuhkan semasa cubaan
melompat.
Unit 3 : Kesukanan

9. Langkah-langkah keselamatan semasa bersukan ialah :

a. Melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum memulakan aktiviti.


b. Memakai pakaian sukan yang sesuai dengan aktiviti.
c. Menggunakan alatan sukan yang sesuai dengan aktiviti.
d. Mengambil dan menggunakan alatan sukan dengan pengawasan guru.

10. Kita perlu bersenam dan mengambil makanan seimbang untuk mendapatkan kesihatan yang
baik.Makanan seimbang mengandungi nutrien ,karbohidrat,protein,lemak,vitamin, mineral dan
air.

11. Ahli sukan perlu mempunyai disiplin diri yang tinggi untuk mengekalkan prestasi yang
cemerlang.Faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi kita dalam sukan adalah seperti
menguasai teknik, mewujudkan persefahaman dan merancang strategi.

Unit 4 : Kesihatan Diri dan keluarga

12. Kita dikatakan telah akil baligh apbila mula mengalami haid bagi orang perempuan dan ihtilam
bagi orang lelaki.

13. Perubahan fizikal semasa akil baligh :

Perempuan Lelaki

a.mula ditumbuhi bulu pada ketiak a.mula tumbuh misai serta bulu pada ketiak
b.pertumbuhan payu dara b.bahu dan dada menjadi bidang
c.mula ditumbuhi jerawat c.mula ditumbuhi jerawat

14. Karies gigi ialah masalah gigi berlubang.Masalah ini berlaku akibat tindak balas antara bakteria
dengan makanan bergula di permukaan gigi.
Berikan dua cara mencegahnya ialah :
i. Berus gigi dengan betul, kurangkan pengambilan gula
ii. Amalkan pemakanan seimbang, buat pemeriksaan gigi secara berkala

15. Berikan tiga cara pencegahan penyakit tidak berjangkit :

1. Bersenam dan bersukan


2. Makan makanan seimbang
3. Memeriksa kesihatan secar berkala dan tetap
Unit 5 : Gaya Hidup Sihat

16. Makanan boleh dikelompokkan mengikut kumpulan karbohidrat,protein,lemak,serta vitamin


dan mineral.Kita perlu tahu jenis-jenis makanan dalam setiap kumpulan ini.Pengetahuan ini
dapat membantu kita memilih dan seterusnya mengambil makanan seimbang.

Berikan jenis makanan bagi kumpulan tersebut :

A. Karbohidrat : beras,gandum,oat,jagung,roti,mi,bijirin,kentang,keledek
B. Protein : daging,ayam ,ikan ,kekacang,susu,keju dan dadih
C. Lemak : minyak,marjerin,susu tinggi lemak,santan
D. Vitamin dan Mineral : betik,(buah-buahan dan sayur-sayuran)

17. Karbohidrat memberikan tenaga kepada kita untuk melakukan aktiviti seharian.

18. Protein pula membekalkan nutrien supaya tubuh kita dapat membesar dengan sempurna.

19. Lemak diperlukan sedikit sahaja untuk membekalkan haba kepada tubuh kita.

20. Vitamin dan mineral juga diperlukan untuk memelihara fungsi tubuh dan melindungi kita
daripada penyakit.

21. Dadah wujud dalam bentuk pil,serbuk dan bahan mentah.Jenis-jenis dadah adalah seperti
heroin,candu,ganja, kokain dan pil khayal.

22. Rokok mengadungi pelbagai bahan toksik seperti nikotin,karbon monoksida dan tar.

SOALAN TAMAT
Markah

Nama
:___________________________________________

You might also like